BAB TIGA PULUH LAPAN
Wajah Shania yang pucat itu aku renung simpati. Aku tidak menyangka sama sekali Shania akan terlantar begini. Khamis lalu, aku, Zafril, dan mak lang telah membuat ujian darah untuk melihat keserasian dengan Shania. Ibu dan bapa Zafril tidak digalakkan menjadi penderma kerana masing-masing mempunyai masalah kesihatan. Aku amat berharap agar salah seorang daripada kami akan dapat mendermakan buah pinggang padanya. Aku tidak sanggup melihatnya berulang-alik ke pusat dialysis jika masih tidak mendapat penderma. Dia terlalu muda untuk menangung semua ini.
Pintu bilik terkuak perlahan, apabila melihat sahaja makcik Hasnah memasuki bilik aku bergerak bangun dari kerusi yang berada di sisi katil untuk memberikan peluang untuk makcik Hasnah duduk dan berada dekat dengan Shania. Aku tahu makcik Hasnah pasti amat risau dengan keadaan Shania tika ini.
Makcik Hasnah terus mendpaatkan Shania dan duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil Shania tanpa sedikitpun memandang wajahku. Dia terus memegang tangan Shania dan mengucup dahi anak buahnya itu, kemudian dia mengusap pipi Shania.
Aku segera berpaling ingin keluar dari bilik itu, aku tahu pasti makcik Hasnah ingin bersendirian dengan Shania pada waktu ini.
“Safi tak kesian kat Shania ke?”
Langkah kakiku mati apabila mendengar kata-kata makcik Hasnah? Aku berpaling semula. Mengapa soalan itu yang ditanya olehnya padaku? Mana mungkin aku tidak mengasihani Shania. Walaupun aku dan dia bertegang urat kebelakang ini, tidak mempunyai pertalian darah, namun aku dan dia membesar bersama-sama. Rasa kasih itu telah lama wujud di hatiku buatnya. Dan jika aku tidak kasihan dengannya, mana mungkin untuk aku akan menyatakan persetujuanku untuk mendermakan buah pinggangku untuknya.
“Shania dengan ibu dia kena halau dulu, semuanya salah makcik. Makcik termakan hasutan orang. Masa dia orang keluar dari rumah, makcik rasa menyesal. Bertungkus mak cik lumus cari Shania dan ibu dia. Sejak itu makcik berjanji, kalau makcik jumpa Shania, makcik nak jodohkan dia dengan Add.” Makcik Hasnah membuka cerita yang sememang aku tidak tahu. Tapi entah kenapa aku tidak mahu tahu kisah ini, walhal akulah peneman bicara Shania jika dia ingin berkongsi kisah dukanya tentang keluarganya denganku suatu masa dahulu.
“Dalam keadaan Shania macam ni, dia perlukan perhatian yang penuh. Makcik yakin hanya Zafril saja yang boleh menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati sebab mereka memang dah kenal sejak kecil. Lagi pula, dari dulu lagi mereka berdua rapat.” Luahnya yang masih mengharapkan pengertian dariku.
“Kesian Shania, dari kecil dia menderita, takkan sampai dah besar pun kita nak biarkan dia menderita. Walaupun mungkin Shania akan dapat buah pinggang baru, tapi dia masih perlukan penjagaan rapi. Tak boleh ke, Safi berkorban sikit demi kepentingan Shania? Shania lebih perlukan Add berbanding Safi. Safi tak boleh terlalu pentingkan diri macam ni.”
Aku terkedu seketika mendengar hujung kata-katanya. Adakah aku begitu pentingkan diri jika aku cuma mahu mempertahankan cinta pertamaku ini? Tidak sayangkah aku pada Shania jika aku mahu memberikan buah pinggangku padanya dan bukan Zafril? Zafril kebahagian buatku, dan patutkah aku melepaskan kebahgian aku sendiri demi wanita lain?
“Safi.”
Aku berpaling memandang mak lang yang sudah berada di hadapan pintu wad sambil merenungku.
“Mak lang nak cakap sikit dengan Safi.” Selepas menyampaikan pesanan itu mak lang terus hilang di balik pintu.
Aku yang sudah tidak sanggup berhadapan dengan Makcik Hasnah lagi terus keluar dari wad. Mak lang menungguku di kerusi di luar wad. Aku terus mengambil tempat duduk di sebelahnya. Namun fikiranku bukan berada di sini, fikiranku sibuk mengimbas kata-kata Makcik Hasnah sebentar tadi.
“Safi, tak boleh pertimbangkan ke, cadangan makcik Hasnah tu?”
Soalan yang diajukan oleh mak lang padaku itu menyentak hatiku. Soalan yang sama yang diperdengarkan oleh mak cik Hasnah. Mak lang sudah tahukah tentang hubunganku dengan Zafril? Mungkin juga, maka kerana itu, dia bersetuju dengan kata-kata makcik Hasnah tadi. Jika tidak masakan dia berkata begitu padaku.
“Safi tak kesian kat Nia ke?” Sayu sahaja suara mak lang ketika ini.
Sekali lagi aku disajikan dengan ayat yang sama. Aku bukan tidak mengasihani Shania, cumanya jika aku mengasihaninya, siapa pula yang ingin mengasihaniku? Menyatukan cinta hatiku dengan wanita lain? Siapa yang akan tahu apa yang perlu aku hadapi dan aku tanggung di kemudian hari? Dan ibu saudaraku ini, dia lebih mementingkan hati anak angkatnya berbanding hatiku, anak saudaranya darah dagingnya sendiri.
“Tiga hari lagi mak lang akan bawa Shania ke Amerika berubat kat sana. Lagipun dia dah ada doktor peribadi kat sana. Doktor Andrew Chia. Mak lang pernah cerita kat Safikan.” mak lang cuba mengubah toik perbualan.
Ya, mak lang pernah bercerita tentang doktor yang kerap merawat Shania sewaktu Shania belajar di Amerika dahulu. Tapi aku hanya mendiamkan diri, menganguk tidak, menggeleng pun tidak. Hatiku masih terkesan dengan kata-kata mak lang tadi tadi.
“Safi marah mak lang ke?” melihat kebisuanku mak lang terus menanyakan soalan itu.
“Semua orang kesiankan Nia. Tapi tak ada seorang pun kesiankan Safi, tanya apa perasaan Safi.” Aku terus bersuara menyatakan kata Hati.
“Safi… Nia tu kan sakit.”
“Safi tahu, Safi pun tak nak Nia bertambah sakit. Tapi Safi tak boleh nak berpisah dengan Zafril, mak lang. Tolonglah mak lang”
Mak lang melepaskan nafas resahnya yang dapat kuhidu sedari tadi. “Mak lang bukan apa, cuma mak lang tak mahu Safi terluka. Lagipun makcik Hasnah tu memang beria-ia nak Shania jadi menantu dia. Dia tak mahu perempuan lain. Sebab tu dia nak Zafril ikut sekali ke Amerika nanti, temankan Shania.”
Kali ini barulah aku memandang wajah mak lang. Zafril akan ke Amerika bersama-sama mereka? Apa perlunya Zafril ke sana? Sekadar peneman Shania?
“Mak lang harap sangat Safi jangan rumitkan keadaan ya. Tolonglah, demi mak lang dan Shania.” Mk lang terus berlalu masuk ke dalam bilik wad, meninggalkan aku sendirian di sini.
Aku tidak pernah merumitkan keadaan. Namun kenapa setiap kata-kata mereka mengambarkan seolah-olah aku yang bersalah dalam situasi ini? Sehingga ibu saudaraku sendiri memaksaku memberikan kebahagianku pada Shania begitu sahaja.
Saat hatiku bersulam duka, Zafril muncul bersama-sama doktor Hasan yang bertugas merawat Shania di sini. Aku terus bangun menghampiri Zafril yang nampaknya begitu sibuk berbincang dengan doktor itu. Pastinya semua perbincangan itu menjurus pada Shania. Begitu tekun Zafril mendengar penjelasan doktor Hasan sehingga tidak menyedari kehadiranku.
“Zaf.” Aku memanggilnya apabila dia masih lagi tidak menoleh sekali pun padaku.
“Safi…” Zafril terkejut meliha aku berada di sisinya. Wajahnya berubah tiba-tiba.
“Safi nak cakap dengan Zaf sikit.” Aku terus berlalu selepas melemparkan sebuah senyuman buat doktor Hassan. Perkara ini sudah tidak boleh bertangguh lagi, aku tidak mahu mendengar dari mulut orang lain, aku mahu kepastian darinya sendiri.
“Sekejap lagi boleh tak?” soal Zafril seakan enggan memberi ruang buatku.
“Safi dah tak banyak masa” aku hidangkan jawapan itu untuk memaksa Zafril mengikut kehendakku. Aku sudah tidak mampu bertahan jika terus diasak dengan keadaan genting begini tanpa sokongan kuat daripada Zafril sendiri.
Aku meneruskan langkah menuju ke taman yang terdapat di tingkat bawah hospital ini. Sepanjang berada di dalam lif, aku dan dia langsung tidak mengeluarkan sebarang bicara. Kami tidak ubah orang asing yang baru sahaja berkenalan, tanpa bicara dan tanpa balasan pandangan antara satu sama lain. Buat pertama kalinya aku tidak dapat merasa kehadiran Zafril walaupun jelas dia sudah berada di sisiku.
Aku menonong jalan menuju ke taman, meninggalkan Zafril berjalan bersendirian di belakang. Zafril juga tidak mengejar untuk berjalan seiringan denganku, seperti selalunya. Kalau dahulu, dia sedaya upaya akan cuba pastikan aku dan dirinya berjalan seiringan walaupun kami tidak berpegangan tangan. Katanya dia tidak mahu aku jauh darinya.
Aku mengambil tempat di sebuah kerusi panjang di taman itu. Zafril masih lagi dengan langkah perlahan menghampiri aku yang sudah sedia duduk menantinya.
“Betul ke Zafril ikut Shania ke Amerika nanti?” Aku terus menyoal sewaktu Zafril mengambil tempat duduk di sebelahku. Mataku halakan ke taman permainan yang disediakan, aku sememangnya tidak sanggup mendengar jawapannya. Entah kenapa hatiku seperti sudah tahu apa jawapannya.
“Ha’ah.” Ringkas sahaja jawapan yang Zafril berikan tapi jawapan itu sudah cukup untuk menguris hati hawaku.
“Betul Zaf nak pergi?” Aku menyoalnya sekali lagi dan kali ini aku memberanikan diri memandangnya. Aku mahu lihat reaksi wajahnya pula.
Zafril menganggukkan kepala.
“Kalau Safi tak nak Zaf pergi?” Aku bukan sengaja cuba melakukan provokasi. Apa yang aku soalnya memang seperti apa yang hatiku mahukan.
Zafril terus menoleh memandangku. Mungkin tidak menyangka yang aku akan berkata sebegitu. “Safi. Shania tu sakit. Zaf temankan dia sebab Zaf nak bagi semangat kat dia. Dia perlukan Zaf.” Tenang sahaja kata itu berlagu di bibirnya tanpa memikirkan jiwaku yang sedang kacau.
“Habs tu, Safi tak perlukan Zaf. Macam tu?” Aku masih berkeras. Aku sememangnya tidak mahu dia pergi. Aku bukan tidak kasihan pada Shania apatah lagi tamak. Makcik Hasanah, pakcik Zul dan mak lang juga turut berada di sana, aku takut kalau ada perkara-perkara yang aku tidak mahu terjadi, berlaku tanpa pengetahuanku. Lebih-lebih pula sejak akhir-akhir ini aku dapat rasakan yang Zafril sudah semakin jauh langkahnya meninggalkan aku sendiri.
Makcik Hasnah sudah ternyata tidak mahu menerimaku, dan mak lang juga tidak menyebelahi cintaku. Aku benar-benar takut jika Makcik Hasnah mengaturkan rancangan lain supaya Zafril meninggalkanku ketika di sana nanti. Tambahan pula, berapa bulan Zafril perlu berada di sana? Aku yakin, bukan sebulan dua untuk penyakit Shania itu mampu sembuh sepenuhnya, lebih-lebih lagi penerma juga masih belum lagi ditemui. Dalam masa selama itu, jika Zafril sentiasa bersama Shania, tidak mustahil Zafril akan berubah hati. Daripada kasihan dan simpati, berubah menjadi kekasih sejati. Dan di waktu itu apa lagi yang ada padaku? TIdak aku tidak mahu dia turut serta.
“Bukan macam tu maksud Zaf. Tapi buat masa sekarang memang Zaf kena ikut Shania.”
“Berapa lama Safi kena tunggu Zaf kat sini? Sebulan? Dua bulan? Atau mungkin setahun?”
Zafril terdiam dengan soalanku, aku tahu dia tidak mempunyai jawapan yang pasti buatku. Jika dia sudah tidak pasti apatah lagi aku yang harus menanti dia di sini selama itu.
“Safi, please. Percayakan Zaf. Zaf tahu apa yang Safi fikirkan dan bayangkan. Itu semua takkan terjadi. Zaf sayangkan Safi, takkan semudah tu Zaf nak terima Shania.”
“Pantai pun boleh berubah Zaf. Inikan pula hati manusia.”
“Iya, tapi itu bukan Zaf. Zaf takkan buat Safi macam tu. Safi cuma perlu percayakan Zaf. Dan Zaf akan pulang pada Safi dalam masa terdekat ni.” Dia terus cuba menyakinkanku.
“Safi rasa, mungkin dah tiba masanya untuk kita buat keputusan. Memandangkan keluarga Zaf pun tak restu hubungan kita, Safi nak Zaf buat keputusan” aku membuka cadangan yang tiba-tiba zahir di fikiran. Bukan memaksa, sekadar inginkan kepastian. Mungkin ini yang terbaik buat kami berdua. “Safi nak Zaf pilih antara dua. Safi atau Shania? Kalau Zaf pilih untuk ikut Shania ke Amerika, itu maknanya, Zaf menolak untuk hidup bersama Safi”
“Safi!” Zafril terus bangun dari duduknya.
Kini aku juga bangun dari dudukku, air mata seakan mahu mengalir tapi segeraku tahan dari tumpah di hadapan lelaki itu. Aku tidak menyangka yang aku akan berkata sebegitu padanya. Keputusan itu aku buat tanpa aku rancang teliti. Sekadar menyatakan kemahuan hati. Dan aku tahu itulah kata hatiku, aku tidak sanggup menjadi penunggu pada sesuatu yang tidak pasti. Dengan keluarganya yang tidak dapat menerimaku, apa-apa sahaja boleh terjadi. Tapi jika dia memang cintakanku, ditentang seluruh dunia pun aku sanggup menghadapinya, selagi dia sentiasa bersamaku mengharungi halangan ini. Aku memang mahu dia sentiasa bersamaku dan aku tidak mahu dia meninggalkanku walau sejenak pun.
“Keputusan ada pada Zaf. Kalau betul Zaf sayangkan Safi, Zaf takkan kecewakan Safi.” Aku terus berlalu meninggalkannya di situ sebak sahaja menghabiskan ayat itu. Aku sudah tidak dapat menahan air mata lagi jadi aku harus segera pergi.
MASUK sahaja ke dalam wad Shania, ramai yang sudah menemaninya di situ. Mak lang, makcik Hasnah, pakcik Zul, ibu, ayah dan yang paling penting Zafril juga turut berada di sudut bilik itu sambil memandangku yang sedang bersalaman dengan mereka semua yang berada di dalam bilik ini. Sewaktu aku bersalaman dengan ibu, dapat aku rasakan ibu mengenggamkan tanganku lebih erat dari selalu. Usapan ibu pada badanku juga kurasa berlainan daripada biasa. Sinar matanya seolah-olah ingin mengatakan sesuatu padaku, namun aku tidak dapat membacanya. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
“Makcik harap Safi dapatlah tengok-tengokkan Adni Maju ye sepanjang ketiadaan Add kat sini nanti. Add dah setuju nak ikut sekali ke Amerika, dia dah siap tempahkan tiket untuk kami semua dah.” Makcik Hasnah terus memberitahu dengan wajah yang cukup riang.
Aku rasakan dunia berputar dengan ligat sekali. Kepalaku mula berdenyut dengan kenyataan yang baru makcik Hasnah sampaikan. Aku tahu dia sengaja ingin membakar hatiku dengan meluahkan kata-kata itu. Terus aku memandang Zafril yang masih setia memandangku. Dia masih lagi kelihatan berdiri santai sambil berpeluk tubuh sedangkan aku sudah mengelupur menahan rasa dalam hati. Air mata pula semakin mahu turun ke pipi.
“Lepas Shania dah sihat sikit boleh kita jalan-jalan kat sana pula.” Cadang pakcik Zul mengamatkan lagi bicara dan tawa makcik Hasnah.
Aku sudah tidak peduli dengan itu semua. Aku dan Zafril masih lagi berbalas pandangan, berbicara melalui hati ke hati.
“Alah tak payah nak lekas-lekas sangat. Kalau Shania rasa selesa kat sana nanti, kita semua duduklah sana. Tak payah balik sini lagi pun tak apa.” gurau makcik Hasnah. Gurauan yang membunuh hatiku.
“Bila bertolaknya kak Has?” soal ibu mungkin tahu aku sudah tidak dapat menanggung rasa.
“Lusa. Si Add ni hah dah tak sabar nak pergi. Katanya tak sanggup tengok Shania macam ni. Makan hati katanya.” Tawa makcik Hasnah sekali lagi pecah.
Aku sudah tidak sanggup berada di dalam bilik itu. Bilik yang sentiasa berhawa dingin ini ternyata berjaya memanaskan hati dan badanku. Aku sempat menoleh pada Shania sebelum keluar dari wad itu, dan Shania turut membalas pandanganku dengan renungan yang aku tidak tahu maknannya. Dan buat masa ini aku tidak mahu ambil tahu apa-apa. Aku hanya mahu membuang kegalauan hati.
“Safi tunggu.”
Jeritan Zafril yang berada di belakangku tidak dapat menghentikan hayunan kakiku, malahan makin pantas aku mengorak langkah. Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Aku sudah tahu jawapan pada soalan yang aku berikan padanya semalam. Dia sudah pun mengambil keputusan yang langsung tidak memihak padaku, yang kononnya dia cinta selama bertahun-tahun.
Masuk sahaja ke dalam lif aku terus menekan butang LG untuk ke bawah namun belum sempat pintu itu tertutup rapat tangan Zafril smepat menahan pintu itu dari tertutup. Aku memencilkan diri di sudut lif yang agak luas ini. Wajahnya langsung tidak aku toleh.
“Safi.” Zafril menghampiriku.
Aku menahan dirinya dari terus mendekatiku. “Safi dah dapat jawapan dari Zaf. Safi dah tak ada apa-apa nak cakap lagi” Keadaan lif yang lenggang tanpa penghuni lain selain aku dan dirinya membolehkanku meluahkan kata hati.
“Safi, Zaf terpaksa ikut Shania. Kalau Zaf ikut dia pun tak bermakna Zaf tak sayangkan Safi, tak cintakan Safi.”
“Sudahlah Zaf, tak payah nak mainkan perasaan Safi lagi. Zaf yang pilih Shania, pergilah pada dia. Safi dah tak kisah dah.”
“Safi, Zaf bukan pilih Shania. Zaf cuma nak bantu Shania je.”
“Safi tak peduli. Suka hati Zaflah, Zaf nak buat apa. Safi dah tak mahu ambik tahu.” Aku membuka cincin yang tersarung kemas di jemariku. Cincin yang suatu masa dulu aku tidak mahu tanggalkan sampai bila-bila. Namun hari ini aku terpaksa menanggalkannya kerana aku sudah tidak layak terus menerus menyimpan cincin ini. Sebaik sahaja cincin tu terlucut keluar dari jemariku, hatiku turut dirobek sama. Aku segera menyerahkan cincin itu pada pemilik asalnya.
“Kenapa dengan Safi ni?” Zafril masih lagi merenung cincin itu tanpa mahu mengambilnya. Wajahku dan cincin ini direnung berkali-kali.
“Kalau Zaf dah buat keputusan, Safi pun dah buat keputusan. Safi tak nak simpan lagi cincin ni. Safi dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Zaf.” Kenapa hatiku sakit ketika meluahkan kata-kata ini?
“Safi! Jangan nak mengarut boleh tak?” marah Zafril tiba-tiba.
“Zaf yang nak sangat ikut Shania kan. Pergilah, ikut dia, Safi tak halang, tapi Safi dah tak nak ada apa-apa lagi dengan Zaf lepas ni.” Aku terus merenung nombor-nombor yang kurasakan berganjak perlahan.
“Kenapa tiba-tiba nak minta putus ni? Susah sangat ke Safi nak percayakan Zaf.”
“Memang Safi tak percayakan Zaf, dan Safi takkan percayakan Zaf lagi selepas ni. Cukuplah dengan apa yang Zaf tinggalkan pada Safi”
Zafril terdiam mendengar kata-kataku dan aku juga turut begitu terdiam sama. Aku langsung tidak menyangka aku akan mengeluarkan kata-kata itu padanya.
“Tapi Safi dah janji nak percayakan Zaf.” Zafril merenungku tajam. Aku tidak pernah menerima renungan sebegitu tajam darinya sebelum ini.
“Zaf jangan ungkit lagi pasal janji. Zaf yang bunuh kepercayaan Safi” Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku segera menyerahkan cincin itu pada Zafril dan terus keluar dari perut lif.
Sebaik sahaja keluar dari lif, air mataku merembes keluar. Perjalanan ke kereta yang tidaklah sejauh mana terasa payah untukku teruskan, beginikah penghujung kisah cintaku padanya. Pertama kali aku jatuh cinta dan cinta pertama ini jualah yang menyakitkan hatiku.
KAK ROS mengeluh berat setelah membaca notis perletakkan jawatan yang aku serahkan padanya. “Kenapa tiba-tiba nak berhenti ni?”
Aku hanya tersenyum. Rasanya aku tidak perlu menjawab soalan itu kerana semuanya sudah aku tulis pada notis perletakkan jawatan itu. Walaupun alasan masalah peribadi yang aku berikan agak menimbulkan keraguan padanya, tapi aku tidak mahu mengulas lanjut. Mahu atau tidak kak Ros harus menerimanya kerana aku turut menyertakan sebulan gaji beserta notis tu.
“Zafril dah tahu?” soal Roslina lagi.
Kini aku pula yang mengeluh dan menganggukan kepala. Sebentar tadi aku memberikan notis itu pada Zafril. Dengan mata Zafril yang mencerun tajam dan rahangnya yang bergerak-gerak seolah-olah menahan marah Zafril menyerahkan semula notis itu padaku.
“Kalau dah tak sabar sangat nak berhenti pergi beritahu Roslina. Takkan benda remeh macam ni pun saya nak kena handle. Ingat saya tak ada kerja lain, ke?”
Aku masih mampu imbau bentakkan Zafril sebelum aku tiba di bilik Kak Ros. Semua itu benar-benar menguris hatiku yang sudah parah berdarah. Bukannya aku sengaja ingin meletakkan jawatan, namun aku terpaksa. Bagaimana aku mahu bekerjasama dengan Zafril lagi selepas ini jika kami sudah berpisah. Aku tidak boleh berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku dan terus melaksanakan kerja seperti selalu. Aku tidak boleh dan aku tahu Zafril juga tidak mampu berbuat begitu. Jadi inilah jalan terbaik untuk aku dan dirinya.
“Habis Zafril kata apa?”
“Tak kata apa.”
“Safi serius ke ni?”
Aku mengangguk kepala.
Kak Ros sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi. “So, hari ni last day lah ye?”
Aku mengaritkan sebuah senyuman untuknya. Sepanjang aku bekerja di sini, Kak Ros lah yang paling banyak membantuku. Aku suka berkawan dengannya. “Terima kasih Kak Ros. Atas tunjuk ajar akak selama ni. Safi takkan lupakan jasa baik akak pada Safi selama ni.” Aku bingkas bangun dan terus memeluk kak Ros.
“Jangan lupa akak tau.
Aku mengangguk sambil terus tersenyum pada kak Ros.
Sebaik sahaja keluar dari bilik Kak Ros aku terus bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal pada semua pekerja Adni Maju. Sesudah itu, aku mengemas kesemua baranganku. Aku masukkan ke dalam kotak. Siap mengemas, aku menuju ke bilik Zafril untuk mengucapkan selamat tinggal padanya. Sebetulnya aku sudah tidak mahu berhadapan dengannya lagi, tapi hari ini aku harus mengetepikan semua itu. Walau apa pun, aku pernah bekerja dengannya dan dia masih majikanku dan aku harus menghormati hubungan itu.
Aku terus masuk apabila selesai mengetuk pintu. Aku terus berdiri dihadapannya melihat dirinya yang tekun menyemak fail kewangan syarikat.
“Encik Zafril saya minta diri dulu. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini.” Aku luahkan segera apa yang ingin aku katakan. Aku memang tidak snaggup berhadapan lagi dengannya.
Aku tekejut apabila tiba-tiba Zafril menutup kuat fail hitam yang berada di hadapannya. Kemudian jari jemarinya dengan pantas menaip papan kekunci komputer. Berdetup-detup bunyi abjad-abjad pada papan kekunci komputer itu apabila diterjah dengan kuat oleh jemari Zafril.
Melihat reaksianya itu aku tahu dia tidak senang dengan kehadiranku di sini jadi aku mengambil keputusan unuk keluar dari biliknya. Sampai sahaja di luar aku mendengar, Zafril menjerit memanggil nama Shasha yang tempat duduknya selang dua meja dariku berulang kali. Terkecoh-kecoh Shasha bangun mendapatkannya.
Aku pelik dengan tingkahnya. Sepatutnya aku yang marah dengan dirinya tapi mengapa dia pula yang kelihatan begitu marah padaku. Dia yang memilih Shania dan bukan memilih diriku. Esok dia dan Shania akan berlepas ke Amerika, jadi mengapa kelakuannya seolah-olah aku yang bersalah dalam hal ini?
Arghhh… aku sudah tidak mahu memikirkannya lagi. Aku sudah tawar hati dengan segalanya. Aku sudah tawar hati dengan cintanya. Aku sudah tidak mahu mengenang cinta ini lagi. Biarlah ianya berlalu walaupun aku masih lagi menyayangi dan menyintainya sepenuh hati.
SUASANA suram menyelubungi Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Atas paksaan ibu, aku ikut serta menghantar pemergian mereka semua. Kata ibu, Shania mahu aku ada sama. Kalau ikutkan hati, aku sudah tidak mahu menunjukkan wajah pada Shania mahupun Zafril. Namun atas desakan ibu, aku terpaksa kuatkan jiwa.
Penuh senyuman Zafril berada di samping Shania. Setia dia memegang kerusi roda Shania, umpama orang kuat yang sentiasa menjadi pendorong untuk Shania kembali sihat seperti sedia kala. Hanya aku rasa terasing di situ. Sendiri aku berlindung diri di balik tubuh ibu, cuba menghilangkan diri dari situ.
“Kak Safi, doakan Nia ya”
Terpaksa juga aku pamerkan wajah mendengar ayat yang ditutur Nia secara tiba-tiba itu. Apa lagi yang mampu aku buat apabila semua mata menangkap ke arahku. Pantas aku ukirkan senyuman. “Insya’Allah, akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Nia. Semoga Nia bahagia” aku yakin Shania faham apa maksudku yang sebenar.
“Insya’Allah, Nia akan sentiasa bahagia”
Zafril tiba-tiba mencelah. Membuatkan aku terasa ingin rebah. Ya, aku tahu Shania akan bahagia di sisinya! Kemudian aku segera alihkan kembali wajah, melilau memandang ruangan KLIA itu. Tidak mahu hati terus tertumpu pada Zafril. Pergilah menjalani kehidupan dengan penuh makna. Perlahan-lahan pintu hati aku tutup rapat. Selamat tinggal cinta…
Bersambung…
P/S : Maaf buat rakan2 pembaca yang menanti ADH terlalu lama. Kesibukkan benar-benar mengikat masa AH kebelakangan ini. Harap masih terus sudi mengikuti ADH hingga ke akhirnya walau selewat manapun AH memasukkan entry terbaru di blog AH. Terima kasih atas komen2 yang AH terima, andai ada banyak masa, pasti AH akan membalas setiap patah kata yg AH terima, tapi percayalah, AH tidak pernah lupa untuk membaca setiap komen yg AH terima. Komen2 itulah pembakar semangat buat AH. Thank to All.. Jumpa lagi next entry... Assalamualaikum
57 comments:
entri nie sedeyhla...
eeeeiiiiiiiii i hate u nia n zafril..akak minta2 kapal terbang yang dorang naik tu meletup biar dorang suma tuh mati..safi tabahkan hati..u deserve some1 better than zafril yg pengecut tuh..
sakit hati baca n3 nie...safi tinggalkan aje zaf tu..benci ngan nia..benci ngan makcik hasnah..benci ngan semua yg sakitkan hati safi..
memang patut pun safi berpisah je...
sambung cpt2 ye
kesian kat safi :(( zafril dah fly ke US...ade hero baru ke cik writer??? hope ada someone yg bole mengubat hati safi :)
sedihnya... nk nangis ar... kejam betul Zafril... Nia pun mengada2... tensionnya... Safi, jgn fikir psl Zafril dh... Bawa diri, mulakan hidup baru... Biar Zafril pula menyesal...
betul betull..tinggal je zafril tue...dulu bukan main lagi nak pujuk si safi now dibuat safi macam tue..dasar lelaki bodohhhhh....
sian safi.....zafril n nia x suke le///zafril ni nak sape sebenarnya......betul kata safi semua org hanya fikirkn nia tp safi dr dulu sedih je.....biar zafril nyesal....dlm marah2 kt zafril nak jg zafril ngan safi bukan ngan nia,,,,,x suke betul mcm ni....huhuhu
saya sedih ni..sian kat safi..hu hu
Blaaaaa la Zafril..bagus Safi..berenti je keja..jangan lps ni dh brapa bln/tahun Zafril memujuk rayu balik semula..tiada maapplaa tuk Z N S..Emo sekejap!!!!
hampir meleleh air mata baca entry kali ni :( kenapa zaf tak pernah nak faham perasaan safi ? kenapa mak cik hasnah tak faham perasaan safi ? Harap harap safi bawa diri jauh and biar zaf,mak cik hasnah and nia or sesiapa jelah yang pernah buat safi menderita menyesal..safi tak payah lah fikirkan and tunggu zaf lagi,buat hati sakit je.Harap ada yang boleh sembuhkan hati safi because she deserves someone better than Zaf..anyways,cepat sambung tau kak adah :)
em menyampah betul..tah-tah nia tu pura-pura je sakit teruk..bia zafril tu menyesal sebab kecewakan safi bila dia tahu yang nia tu jahat dan pura-pura je sakit..tak mau dah safi dengan zaf..menyampah tol lelaki yang pengecut ni..baik dia dgn someone yang lebih hensome, kaya, baik dan yang terbaik lah...ish sakitnyer ati..tak sabar nak tunggu akhir cerita ni
tapi zafril dh & takkan tinggalkan die ..
mungkin betul jugak ..,,
safi tak percayakan die sbb tu lah zafril mrah ..
sakit dada betul mnahan sebak baca n3 kali nie...
napalah zaf ni kejam sangt....kalau betul cinta bwalah safi skali
buktikn jgn main ckap je...geram...sakit ati betul
aduhhhhh. sebak nya dada... senak nye hati... sabar safi...tp safi memang kuat.. betul pilihan safi. klu dh x de restu org tu memang susah...mak zafri mesti ada plan nak kahwin kn zaf dgn nia kt london kan kan kan..tp masih hrp safi dgn zaf, sbb sbnar nye zaf memang sygkan safi... cuma mak dia je yg problem.. kesian kt zaf jgk..
sedih..mmg sedih..hampir2 air mata ni nk kluar..btul keputusan Safi tu...wpun dia amat cintakan kita tp bila ibunya dh ada pilihan lain & tak sukakan kita mmg prpisahan yg akan brlaku..apa2 pn sianak akan ikut ckp ibunya..itu yg saya alami...
kagum ngan safi..... dia dah buat keputusan yg terbaik buat dirinya....better lepaskan zafril skrg...dari menunggu kepastian yg tak pasti.... jarak pasti dpt mengubah hati seseorg... hopefully..ada lelaki lain yg lebih baik dpt membahagiakan safi....masa pasti dpt mengubati kepedihan dihati safi...
nak gelak i baca komen u all ni.....too serius!!!!
apapun, bezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
aduh sedihnya....sebak dada dan sakitnya hati kat Shania dan teutamanya Zafril...setuju sgt dgn keputusan yg dibuat Safi.....namun masih berharap Safi dgn Zafril......dan airmata mengalir lagi....
Sy sokong, semua Safi deserve someone better than Zaf. Kesian Safi klu dia dan Zaf pertahankan perhubungan mereka juga dia yg akan menderita sbb tak dapat restu dari keluarga zaf.
ADAH...Aku menangis....@bluescarf
kenapa begini???? :'(
At last!!!
Saya dapat baca satu cerita yg lain dari yg lain... Kebanyakkan novelog2 yg saya baca, mempunyai jln cerita yg hampir sama.. Tahniah, kerana Adah telah membuat sedikit kelainan.. Saya harap entri selepas ini lebih menyegat lagi :)
Fazee
Aduh...mmg sesak dada...baca n3 ni....sedih sgt dgn nasib safi...tp nak buat mcmana....zaf pilih family drp dia...dgn hrpan safi ttp percaya pd cinta zaf pd nya. Zaf tersepit dgn perasaan cinta dan kasih pd nia....nia yg sgt selfish dan mmg akan buat apa shj utk dptkan zaf....so biarlah mereka berpisah sementara...if u love someone...let it go...when he/she come back to he's yours...kalau jodoh mereka kuat tak kan ke mana....safi teruskan hidup baru...Sy pasti Cinta Safi & Zaf Masih Ada Dalam Hati. Adah citer ni sgt menarik....congrates...cepat2 smbg lagi ye....
adah....lama lg ke cite ni nk abis???agak2 brapa episode lg ye???
Kak AH.. you are super great.. you make me cry dengan jalan cerita yg sangat sedih ni. hebat la kak!teruskan usaha..kami peminat karya2 akak sentiasa sokong akak. geram sangat2 dengan zafril tu lbh pntingkan nia dpd safi. mmg la nia tu sedara dia,but dia kan sblom ni beria-ria sgt nkkan safi. patutnya fikir jugak perasan safi. kenapa semua orang suruh safi berkorban utk kebahagiaan nia tu? habis tu bilanya safi nk capai kebahagiaan dia sendiri? bilaaaaa?? safi betul dengan perthnkan cinta dia,tp perthanan dia rapuh tanpa zafril di belakang. saya dh agk mst zafril akn pergi gak amerika ikut nia. yg mak safi tu pun xpyh la paksa2 safi pergi KLIA sekali,sebagai ibu dia kena faham perasaan ank dia yg dh byk terluka. semuanya kerana cinta zafril yg ntah ikhlas atau tak.sungguh terkejut bila mak lang safi pun lbh pntingkan org luar dpd darah dagingnya sendiri. saya suka ayat safi ni, 'jika aku mengasihaninya,siapa pula yang akan mengasihaniku?' siapa? siapa yg nk kesian kn dia smpaikan zafril pun x kesian kan dia.
bagi pendapat saya la kan, lbh baik safi n zafril berpisah buat sementara wkt. mungkin setahun lbh. dlm masa perpisahan tu,mngkin byk perubahan ad pd safi. munkin dia blh ad perniagaan sendiri spt kedia bunga or something else. n mybe dia ad secret admire yg baru.hehee.. n zafril mula kejar safi yg baru. like that :)
tak sabar nak tunggu next en3....kalau boleh cepat2 lah...berkobar2 nak tahu kisah selanjutnya...
wah~~ menarik.. suka la jln cite n3 ni..^^
terbaik writer..gud job..:)
so, hope safi akan jumpa lelaki yang lebih baik dr zafril..yang dpt jaga, lindungi dan cintai dirinya sepenuh hati..^^ usah diharapkan zafril yang hanya mampu mencintai dirinya tapi sayang untuk melindungi dan menjaga tidak mampu dilaksanakannya..setuju tak??? hehe..
cepat sambung~~~
writer suke la cite ni..^-^
haha..harap cik writer dpt continue jln cite ni more realistik..jgn terlalu steriotipe sngt mcm novel melayu yg lain..dah bosan asyik same j..finally married with our first love(hero-heroin)..erm..why not we change???
safi can meet other guys that more suitable for her..right? don't wait for zaf anymore..safi!!!you must be strong..i always support you..:)
memang pilihan tepat buat masa ni safi. beralah bukan bermakna kalah. insya Allah =)
lepas ni kalau ada keajaiban berlaku pun mungkin kalau shania nak beralah sebab dia sedar yang zaf memang takde hati dengan dia. heh.
nak nangis ley x ? :(
np zaf kejam ?
xnak becinta ar cm nie..tkut ==
akk cepat cepat new entry
and bg safi pkwe bru !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hehehe :P
sobs...sobs...sedih btol bce n3 kli ni kak adah..sakit jiwa dibuatnye dgn peragai si zafril tu, syg sgt kat nia tu...ha pergi la..pergi..tinggalkan je safi sebab safi lyak dpt org yg lagi baik dr ko..rse nk lempang2 je mk cik hasnah n mak lang safi tu..huhu...sabarla safi, Allah sentiasa bersama org yg sabar
aduuu sakit jiwa..dah x sanggup teruskan bacaan ni...sob2x
entri nie sdeyh sgt..nsib baik x nangis kat dpn pc nie...kcian kat safi..hup dia tabah ngn dugaan yg mnimpa dia...
bapak sedihhhhh
Betul dgn keputusan yg Safi buat tu, biar kecewa dahulu dari merana di kemudian hari. Walaupun Zafril mengatakan cinta separuh mati kat Safi tapi dia akan kalah juga apabila emaknya memaksa berkahwin dgn Nia nanti. Lupakan Zafril tu bena hidup baru di tempat yg baru, buka pintu hati untuk insan yg lain....ESOK MASIH ADA ~ kak min ~
geramnya kat si zafril tue...xkan xphm lagi kot si safi tue dah bg hint...tp nak salahkan zafril pun xleh juga...dia tersepit...ahhhh....geram2...
xsabar rasanya nak baca sambungan cita nie....
Suka dgn cadangan supaya safi dgn org lain...takde maknanya lg kalau safi tunggu zaf pun..
x tau nak kata apa dah, nak komen..everybody komen benda yg sama dalam fikiran saya...sooo saya nak tinggalkan jejak juga to show my appreciation to writer...THANKS for the superb story-mory.
shania pun nampak mcm dah ok ja..mungkin dia faham perasaan safi dan zaf, cuma dia pelukan seseorang saat ni...nampak pandangan dia semakin lembut kepada sofi...rasanya, shania akan mengundur diri...betullah apa yg semua komen...safi perlu teruskan kehidupan dgn lebih tabah...kegagalan bercinta bukan boleh bawa maut pun...yg penting kita ada pendirian tegas, simpanlah kenangan fisrt love itu dalam hati...carilah cinta baru ye safi...gud job writer
zaf sruh safi percya dia but he do nothing untk buat safi prcya cnta dia, stkt mulut tp action untk bkti die cnta safi x de lnsung, safi deserved smone better, biar sfi bwk diri, biar zaf trcari after ni smpai x jmpe, biar makcik2 yg selfish sume 2 nnti terhegeh2 cari safi..
sowwy emo lak.
pergh..macam nak jetus jetus kepala mamat poyo tu..mmg betui kata safi..zaf da memilih Nia..teruskan saja..dah banyak kali menipu safi..keluar ngan nia ..masih sanggup berbohong ..biaqla safi berlalu pergi.. dari hidup zafri..masih ada banyak lagi lelaki diluar sana yg mengharap cinta safi..Harap safi dapat berjumpa ngan lelaki yg lebih hebat..lebih kaya dari zafri..yg lebih menyintai safi setulus hati dan meminangnya..biar zafri dan makcik hasnah tau..sape Nia sebenarnya..menipu ngan Dr Dr..yg mengatakan bahawa dia sakit..sdgkan..dia tidak sakit hanya mau memilikki zafri dengan cara yg tidak betui..dan biar zafri merana kerana cintanya yg tak kesampaian ngan safi..
Mengharap ada E3 baru..teruja nak tahu perjalanan hidup safi selepas mamat poyo perasan bagus tu meninggalkan nya..dan apa sebenarnya perasaan zafri bila safi meninggalkannya..apa perasaannya bila bertemu kembali safi..selepas mengetahui dirinya tertipu ngan perlakuan Nia..yg menangguk di air yg keruh..
salam
kak idA
salam
kak idA
setuju sangat dengan n3 diatas ni, mesti si Nia gedik tu tipu bhw dia sakit teruk dan doktor pun dia suruh cakap begitu demi nakkan Zafri.....
sedihlah...tp hrp zaf n safi still bley bersama smula...
tahniah Adah...sesak dada ni... anak, mak & bapak sama aje..mrk brjaya mmbakar hati Safi...bahagikan Safi dgn Hafiz...biar si Zafril tu merana..suruh Safi prcayakn dia...tp dia yg brbohong...
argh... tensionnya...
tengah saspen2 mcm ni bersambunglah pulakkkk...
KHAS BUAT SEMUA
Firtsly AH nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat anda semua kerana tidak putus2 memberikan sokongan pada karya2 AH terutama ADH ini. Tak dpt AH gambarkan dgn kata2 setiap kali mmbaca komen yang ditinggalkan buat AH pada entry ini mahupun entry2 yang sebelumnya. Insya'Allah AH akan terus berkongsi kisah dgn semua dan utk ADH, hanya tingga 10 bab terakhir untuk dihabiskan. Seperti biasa AH akan update bab demi bab sehingga tamat. Jadi, untuk bab2 yang terakhir ini, hayatilah ADH dengan seadanya, semoga rindu tidak dibawa bersama ketika ADH sampai ke penghujungnya nanti.
Ramai rakan2 pembaca yg mahukan supaya ADH dibukukan. Utk makluman semua, ADH pernah mencuba untuk mencetak ADH utk jumlah kecil utk memenuhi permintaan2 yg AH terima. Tapi apabila melihatkan kos yg terpaksa rakan2 pembaca tanggung utk sebuah buku, AH terpaksa melupakan niat tersebut. Apapun, Insya'Allah, AH akan bukukan ADH dalam bentuk PDF. Andai kata, ada antara rakan2 yang berminat utk menyimpan karya ADH ini, bolehlah emailkan request pada AH dan AH akan menghantar terus ke email ssecara percuma sebaik sahaja ADH selesai dipostkan di blog AH. Hadiah dr AH buat semua yg sudi menjadikan ADH sebagai koleksi peribadi.
Apapun, AH ingin mengambil kesempatan ini utk sekali lagi mengucapkan terima kasih kpd semua pembaca ADH, sama ada anda selalu meninggalkan jejak mahupun sekadar silent reader. Tanpa anda semua, apalah guna huruf2 yg AH gabungkan untuk membentuk sebuah kisah. Sesungguhnya anda semualah yang mewarnakan setiap kisah yg AH lakarkan. Salam Sayang penuh hormat dr AH, istimewa buat semua. Jumpa di Next entry ya ;)
Salam Sayang,
Adah Hamidah
thx adah...
sedih n3 kali ini..
tp inilah lumrah hidup dlm percintaan..
byk rintangan & dugaan...
safi yg terpaksa mengalah..
zaf yg tersepit..
tp lari la sejauh mane pun,
klu dh jodoh x kemane..
gud job adah...
sedih plak en3 kali ni,,kasian safi,,zaf pun yg nak marah2 kat safi tuh apsal plak,,:)
Kesian Safi....tp Zaf pun tersepit antara Nia n Safi..hopefully biarla Safi berbahagia lepas ni
Kasihan Safi...
Zaf tu yang x tahu menilai...
Semoga safi akan temui kebahagian .....
Benci zafril . Kesian safi . Harap safi kuat . Bagusla safi tinggalkan zaf . Cari je laki lain . Baru padan ngan muka zaf . Hee~ Best2 !
saya setuju....buat aje safi tinggalkan zafril..biar zaf discover yg nia menipu..then ada 2nd hero yg lebih baik (kaya, hensem) n nakkan safi..biar zafril gigit jari pd hari perkahwinan safi nanti..i likeeee
sebagai anak, zafril terpaksa taat dengan ibunya.
huuu..sayang adah!sy suka cte ni..realistik.
lawak bca pelbagai komen emo.hehe...
keep it up,writer!
Saya menangis baca n3 nh .. ya allah sedihnya ... saya faham perasaan safi ... jahat tau nia nh .. zafril pn takde hati perut langsung....
adoiii sedehnya part ni...mgalir air mataku..huhuu
Kali ke2 bc...xjemu...best2...
Post a Comment