Wednesday, December 15, 2010

Cinta Dari Istana - Dialog Catch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulllah, akhirnya novel CINTA DARI ISTANA akan menemui semua pembaca di pasaran. Jadi sebelum semua dapat membaca kisah ini dari awal hingga akhir, ada baiknya AH memperkenalkan dahulu hikayat  CINTA DARI ISTANA buat tatapan semua. Terima kasih tidak terhingga buat pembaca yang sudi menjadikan novel CDI ini sebagai tatapan dan koleksi. Buat anda yang sudah lama menantikan CDI, AH ingin juga mengucapkan setinggi gunung terima kasih. Tinggalkanlah sepatah dua kata sebaik sahaja anda habis membaca karya ini agar AH dapat memperbaiki kekurangan yang tidak dapat AH nampak dengan mata kasar. Akhir kata,   terima kasih atas sokongan anda semua. Ketahuilah, AH amat-amat menghargai anda sekalian. 

MEMPERSEMBAHKAN


SUDAH SELAYAKNYA SEORANG PUTERI MAHKOTA JATUH CINTA DENGAN PUTERA RAJA, TAPI YANG MENJADI MASALAHNYA IALAH PUTERA RAJA YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PUTERI MAHKOTA ITU BUKANLAH DARI KALANGAN KERABAT DIRAJA, SEBALIKNYA DARI GOLONGAN RAKYAT BIASA. PENDEK CERITA PUTERA RAJA RAKYAT BIASA! JADI,  MANA MUNGKIN TUAN PUTERI NAK MENGAKUKAN!

“Kenapa gabra sangat ni? Jantung awak berdegup laju ya?” Ra’if Arjuna mula bersuara.  Kali ini aku dapat melihat jelas senyuman pada bibirnya.
“Tidak!” Segera aku menyangkal.
“Atau ada rasa pening, macam nak pitam? Gemuruh satu badan, betul tak? Nafas rasanya tersekat-sekat? Sah! Memang sah yang awak dah jatuh cinta dengan saya, kan?”
Aku memejamkan mata, tidak bersedia untuk mendengar kalimah-kalimah cinta. Belum cukup berani memberikan hati kepada lelaki itu. Isy, merepek!
“Abang Arjuna, maafkan Piya, sebenarnya Piya masih belum bersedia lagi untuk itu.” Jujur, aku berterus terang.
“Mustahil! Mak cakap Piya dah bersedia.”
“Bersedia? Bilakah masanya Piya mengatakan begitu pada mak cik?” Segera aku membidas pernyataan yang tiada bukti kukuh itu. Hati bertambah resah.
“Abang Arjuna, sememangnya itulah kenyataannya. Piya tidak pernah bersedia untuk semua itu. Hati Piya masih belum terbuka untuk menerima cinta daripada sesiapa juga. Maka, janganlah Abang Arjuna terus memaksa Piya,” pinta aku tanpa memandang wajah Ra’if Arjuna.
“Apa yang awak merepek ni, Piya? Awak ingat saya suka kat awak ke? Helo, tolonglah jangan berangan yang bukan-bukan boleh tak? Bila mak saya cakap, saya suka kat awak pagi tadi, awak pun terus percaya, kan? Tolong jangan merepek. Itu tak akan terjadi! Mak cakap, awak dah reti buat air, jadi saya nak awak siapkan saya secawan Nescafe. Itu saja! Takkan itu pun awak masih tak reti nak buat?” Gelak Ra’if Arjuna akhirnya meletus, jelas kuat kedengaran.
Sempat juga aku memandang Ra’if Arjuna sekilas sebelum berlalu mendapatkan anak tangga dengan langkah yang laju bila saja laluanku tidak lagi dihalang Ra’if Arjuna. Cis! Sanggup Ra’if Arjuna mempermain-mainkan beta!

MALU! SEJAK DARIPADA ITU, TUAN PUTERI DAPAT MERASAKAN BAHAWA SIMPTOM-SIMPTOM CINTA SEPERTI YANG DIPERKATAKAN OLEH RA’IF ARJUNA MEREBAK DALAM HATINYA. TUAN PUTERI NYATA SUDAH JATUH CINTA! TIDAK LAGI KISAH WALAUPUN RA’IF ARJUNA, BERSTATUSKAN DUDA. BILA CINTA, SEMUANYA TIDAK MENJADI APA, HATI TUAN PUTERI YAKIN DENGAN IKLAS CINTANYA. TAPI TUAN PUTERI LUPA, TEPUK SEBELAH TANGAN TETAP TIDAK AKAN MENGHASILKAN BUNYI WALAUPUN DIA BERTARAF PUTERI RAJA...

            “Sejak kebelakangan ni saya tengok mak saya macam nak satukan kita berdua. Jadi kalau boleh, saya tak nak itu berlaku.” Lancar saja kata-kata itu keluar dari mulut Ra’if Arjuna.
“Tapi mengapa?” soal aku perlahan.
“Jangan kata Piya, kalau tuan puteri datang depan saya sekalipun, saya tetap tak akan berganjak daripada keputusan ni sampai bila-bila. Saya tak nak mengkhianati cinta arwah isteri saya. Terlalu banyak dia korbankan semata-mata ingin memberikan saya kebahagiaan.”
Tertunduk aku mendengar pengakuan itu.
“Piya bukanlah orang pertama yang cuba disatukan dengan saya. Sebelum ni pun dah ramai dah, tapi tak ada satu pun yang berjaya. Jadi saya sekadar nak ingatkan Piya, apa saja yang mak saya katakan pada Piya, jangan Piya bersetuju kerana takkan mendatangkan hasil. Piya buat kerja Piya macam biasa dan saya akan kekal sebagai majikan Piya sampai bila-bila.”
Kurang sopan! Dengan teganya Ra’if Arjuna reject beta, puteri Sri Alamar! Rasa tidak puas hati muncul lagi. Mungkin akulah satu-satunya puteri di alam fana ini yang kena reject cintanya. Oleh rakyat biasa pula tu! Sungguh tidak aku berpuas hati!

TUAN PUTERI PANAS HATI BILA RA’IF ARJUNA TERLEBIH DAHULU MENGHUMBAN CINTANYA SEBELUM SEMPAT ADA LUAHAN CINTA DARIPADA DIRINYA. TUAN PUTERI KECEWA, NAMUN HATINYA SENTIASA SAJA DAPAT MERASA TITIS-TITIS KASIH BUAT RA’IF ARJUNA. APABILA RAHSIA HATI RA’IF TERBONGKAR, TUAN PUTERI BUKAN MAIN SUKA. CUMA TUNGGU MASA MENDENGAR RA’IF MENGESAHKAN SEGALA. TAPI RA’IF LAIN PULA CERITA, TIDAK MAHU MENYUARAKAN RASA HATINYA. TIADA KEBERANIAN ATAU MUNGKIN SENGAJA MEMBUAT TUAN PUTERI TERTANYA-TANYA?

            “Piya!” Ra’if Arjuna memanggilku sebaik saja aku ingin berjalan memasuki rumah. Aku menoleh kepadanya yang sudah beberapa tapak aku tinggalkan.
“Saya ada hal nak cakap sikit.” Suara Ra’if Arjuna sedikit bergetar. “Sebenarnya saya...” Sukar benar dia mengeluarkan kata. Dia tertunduk dengan katanya yang tersekat-sekat itu.
“Apa sebenarnya, Abang Arjuna?” Aku sergah saja dirinya dengan persoalan itu apabila tidak tahan menunggu lama di situ.
“Saya saja nak bagi tahu yang saya dah hantar nasi goreng tadi. Yang awak serius sangat tu kenapa?” Laju pula Ra’if Arjuna mengeluarkan kata-kata itu.
Aku pula yang menjadi malu. Ingatkan tadi, Raif Arjuna ingin membuat pernyataan rasmi tentang cintanya. Cis, buat dada beta bergetar sahaja, getusku dalam hati.

TAKDIR MENENTUKAN SEGALA. DI HARI KELAHIRAN TUAN PUETRI YANG DIREKA-REKA, RA’IF ARJUNA MELAMAR RASA..

            “Rasa kasih buat Abang Arjuna. Piya sungguh bahagia. Cuma satu yang Piya ingin Abang Arjuna tahu.” Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung kata.
“Piya hadir dalam hidup Abang Arjuna bukanlah untuk menggantikan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Asalkan Piya dapat duduk menumpang di hati Abang Arjuna, itu sudah memadai walaupun kedudukan Piya tidak sebaris dengan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Jadi tidak perlulah Abang Arjuna merasakan bahawa kehadiran Piya akan menggugat cinta Abang Arjuna pada Warda kerana Piya tahu Abang Arjuna mencintai Warda terlebih dahulu. Anggap sajalah Piya hanya serpihan-serpihan cinta Warda yang masih tertinggal untuk Abang Arjuna.” Aku meluahkan segala apa yang terpendam selama ini.
            “Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Warda di hati saya. Tapi itu bukan bermakna Piya tidak mempunyai tempat di hati saya. Piya sebenarnya sudah lama mendapat tempat yang cukup istimewa di hati saya. Cuma selama ini, saya yang enggan mengakuinya. Kononnya mempertahankan cinta kepada Warda. Tapi saya terlupa, cinta itu adalah milik Allah, bila Allah menghendaki untuk menyerahkan cinta itu kepada saya. Saya takkan mampu menolaknya, walau apa jua caranya. Piya tak perlu menggantikan Warda kerana Piya bukan pengganti tetapi Piya sebenarnya adalah penawar kepada kesunyian hati saya. Penawar yang sentiasa saya perlukan di sisi.”
            Hampir saja menitis air mata bila Ra’if Arjuna berbicara daripada hatinya. Rasa seperti istana cinta kami sudah siap terbina. Jejantas angkasa umpama penghubung cinta aku dan Ra’if Arjuna. Cinta yang dulunya cuba aku elak dan cuba aku sangkal atas alasan darjat dan kedudukan. Kononnya aku tidak mahu mengulangi jalan cerita yang telah almarhum ayahanda lalui. Berkahwin dengan rakyat biasa, yang akhirnya hanya menimbulkan dendam.

CINTA BERSEMI UMPAMA OASIS KASIH YANG KIAN MENGHEMBUS MENIUPKAN BAHAGIA. NAMUN, YANG NAMANYA RAHSIA, TETAP AKAN PECAH AKHIRNYA. YANG BERNAMA PUTERI MAHKOTA TAK MUNGKIN PULA MENJADI RAKYAT BIASA. RA’IF ARJUNA BENAR-BENAR MARAH, MELEBIHI MURKA SANG RAJA!

“Abang Arjuna, tidak bolehkah Abang Arjuna memaafkan Piya? Tidak bolehkah Abang Arjuna padamkan rasa marah itu dengan cinta ikhlas Piya kepada Abang Arjuna? Piya akan menderita tanpa Abang Arjuna di sisi.” Aku menarik baju Ra’if Arjuna. Menggenggam kuat bajunya yang sempat aku capai itu. Kini air mataku menitis kembali.
“Jangan berani sebut pasal penderitaan. Siapa yang menderita sebenarnya? Saya atau awak? Kenapa berbohong? Mempermainkan hati dan perasaan saya? Awak sendiri tahu kan apa yang dah jadi pada mak saya? Macam mana kalau orang tua tu tahu semua ini? Apa pula yang saya nak cakapkan pada Puteri bila dia bertanyakan awak? Kononnya Aduka tu abang kandung awak, padahal...” Ra’if Arjuna ketawa sinis.
“Sudahlah, saya tak mahu merampas apa-apa daripada orang lain. Cukuplah, Piya, dengan semua tipu daya awak selama ini. Pergilah... Jangan sekali-kali datang lagi ke sini. Mulai hari ini, saya tak pernah kenal awak. Cinta saya pada awak dah mati!” Ra’if Arjuna menggenggam erat tangannya. Hatinya yang bergelora jelas ketara.
Aku faham benar maksudnya itu dan aku tahu aku tidak akan dapat apa-apa lagi di situ. Orang istana yang lain sudah mula bergerak keluar mengikut arahan Dato’ Andika. Dato’ Andika menghampiriku dan memandangku dengan penuh pengharapan, agar aku faham bahawa aku sudah tidak dialu-alukan lagi di rumah itu.

PERPISAHAN MENYEKSA JIWA. TUAN PUTERI DIBUANG JAUH DARIPADA KASIH DAN CINTA RA’IF ARJUNA. MARAH DAN BENCI MENJARAKKAN, TAPI RINDU SENTIASA MENDEKATKAN. NAMUN TAKDIR YANG ESA, TIADA SIAPA YANG MAMPU MENCAMPURINYA. PERTEMUAN YANG SEPATUTNYA MEMBAHAGIAKAN TUAN PUTERI TELAH MENJADI NOKTAH CINTA YANG MEMERITKAN HATI...

“Puteri Mahkota Nur Shaafiah... tunggu!”
Terdengar jeritan Ra’if Arjuna memanggilku dengan gelaran itu, menjadikan aku semakin sakit hati. Ternyata sudah Ra’if Arjuna luputkan semua kenangan dan ingatan yang mendasari hati selama ini.
“Puteri apa khabar?” Ra’if Arjuna mula bersuara.
Titisan air jernih mengalir lagi saat suara yang terlalu lama aku rindukan terdengar di telinga. Serasa seperti kebahagaiaan mula menyapa mesra. Namun apa gunanya aku terus terperangkap dengan kebahagiaan sementara itu. Sudah jelas dan nyata, aku tidak boleh mengharap apa-apa lagi detik keindahan bersamanya. Dengan semua yang telah berlaku, aku harus juga belajar untuk memahami segalanya.
“Usahlah Abang Arjuna bertanyakan perkhabaran Piya lagi buat selama-lamanya. Kebahagiaan mahupun penderitaan yang Piya lalui, sudah tidak ada kaitannya dengan Abang Arjuna. Apa pun, rasa kasih atas hukuman yang Abang Arjuna jatuhkan pada Piya. Hukuman ini akan Piya jadikan pengajaran yang cukup berharga buat selama-lamanya. Abang Arjuna teruslah berbahagia.” Aku luahkan apa yang aku rasa. Aku tahu dia sedang berbahagia.

APA YANG TERJADI SEBENARNYA? MENGAPA TUAN PUTERI MENJAUH RASA? ADAKAH KECEWA BERSARANG DI JIWA ATAU DERITA YANG MENGHAMBAT  CINTA? SIAPA YANG PALING LAYAK MERAJUK DAN SIAPA PULA YANG PATUT MEMUJUK? TUAN PUTERI ATAU RA’IF ARJUNA? PERSOALANNYA, PANTASKAH TUAN PUTERI MELEPASKAN ISTANA DAN HIDUP DENGAN RAKYAT BIASA HANYA KERANA SEBUAH CINTA?  

KESUDAHANNYA HANYA TERTULIS DI DALAM NOVEL CINTA DARI ISTANA! DAPATKANNYA DI PASARAN!!!



Saturday, December 11, 2010

Cerpen KHALIFAH CINTAKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini AH nak berkongsi sebuah karya yang AH ilhamkan, tajuknya KHALIFAH CINTAKU. Setiap daripada kita yang bergelar HAWA di dunia ini pasti akan dikurniakan seorang KHALIFAH yg bakal bertanggungjawab memimpin tangan kita melalui jambatan syurga..semoga saja dengan membaca cerita pendek ini anda semua dapat menemui mesej yg tersembunyi di sebalik intipati karya ini... Komen dr anda sekalian amatlah diharapkan memandangkan anda saja yang mampu menemui titik-titik kesalahan yg tidak terlihat dek mata kasar AH. Semoga anda menyukai karya ini...


Klik tajuk di bawah untuk baca

Friday, November 26, 2010

Apabila Rahsia Terbongkar

Assalamualaikum & Salam Ukhwah!

Tak ada apa yang menghairankan bila AH x update blog AH sebab AH memang bermasalah bab nak meng-update blog. seperti selalu, tiap kali nak update blog, virus M.A.L.A.S pun menyerang sebelum sebelum sempat AH berbuat apa2. Tapi hari ini lain sikit, awal2 lagi AH dah suntik vaksin R.A.J.I.N sebabnya dah hampir 2 bulan AH x memberi nafas baru pada blog AH ni. Puas AH fikir nak bercerita pasal ape pula kali ni, fikir punya fikir...TING..TING..TING ilham mari tanpa diduga! Hari ni AH nak kongsi kisah yang telah berjaya membuat AH malu satu ALAM...satu alam taw, bukan 2 Alam....!!! he2

sebenarnya Ah sendiri dah tak ingat pasal benda ni, almaklumlah pendek ingatan! Nak dijadikan cerita, one day kakak AH ada tanya satu soalan kat AH, dialognya lebih kurang mcm nilah

K.Ajut : Wey Adah, dulu ko ade tulis novel dalam buku nota sekolah orang tak?
AH      : Mana ada, awatnya?
K.Ajut : Kau jangan tipulah (lepas tu dia gelak mcm ni..Hahahahahahahahaha)
AH      : Apasal ko gelak? (Sambil buat muka blur)
K.Ajut : Hari tu orang selongkar kat bilik sebelah, cari buku MUET. Lepas tu orang jumpa novel yang ko tulis dalam buku sekolah orang. Hahahaha...(dia gelak lagi) Apasal ko tak tulis dalam buku sekolah sendiri?
A H     : Takde manenyer...bukan tulisan orang tu!
K.Ajut : Tulisan ko lah, ingat orang tak kenal ke? ayat dah la klakar! hahahaha..(dia gelak sekali lagi)
AH      : (Terkedu lidah, otak pula don pusing, betul ke aku yang tulis?)
K.Ajut : Yang klaka tu ko tulis macam ni "Kalau Neuton mengatakan bhw setiap barang yg jatuh ke bumi adalah krn daya tarikan graviti bumi, bagiku airmataku yang jatuh itu adalah kerana daya tarikan pipiku yang malunya separuh bumi bimasakti ni"..hahahahahaha (dia gelak lagi,,boleh pulak dia ingat ayat tu sebiji2!)
AH      : Tak ada makne orang nak tulis mcm tu de (Aku bantah! malu punya pasal!)
K.Ajut : Orang ada buktilah (penuh confident)
AH      : (Aku naik takut...betul ke ni?)
K.Ajut : Yang tak tahan tu, ko punya ayat2 cinta "Cintaku hadir bukan untuk diuji" kahkahkahkahkahkahkah (kali ni lagi galak dia gelak) Jiwang menusuk ke tulang! kahkahkahkahkah (gelaknya yg x bisa berhenti)
AH      : Ko tipu, selagi orang tak tengok bukti org tak percaya. Kalau orang tulis, mestilah orang ingat! tah2 tulisan ko, kan ke tu buku ko? (Berusaha mempertahankan diri walaupun da mula goyah)
K.Ajut : Ala memang tulisan ko pun, tak payah nak nafi2lah. Jom orang tunjuk bukti!

SELANG BEBERAPA MINIT.....

K.Ajut : Ini ape ke bendenya?





ALAMAK! tengok ja bukti2 yang berkenaan AH terus tersenyum simpul! Memang TEPAT SEKALI SEMUA DAKWAAN kakak AH tu...
AH      :  'Ha2 macam mane la aku bley lupa impian nak jadi penulisa zaman remaja dulu nih! (ckp dlm hati ja, senyap2)
K.Ajut : Kahkahkahkahkahkah...orang cakap ko tak nak percaya! KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH (dia gelak sampai malam!)
AH      : (Berasa amat malu dan sakit hati!)

T.A.M.A.T

jumpa lagi next entry :)

Thursday, October 7, 2010

Aku Rindu, Sayang Kamu :)

Assalamualaikum  Semua....

Saat ini aku sanggup bersengkang mata x lain & x bukan sebab aku nak story pasal insan2 yang sgt2 aku RINDU, SAYANG n TAK BOLEH LUPA sampai bila2...Insan2 yang memberikan peluang utk aku tumpang suka, duka, marah, gaduh, n macam2 rasa lagi. Banyak kenangan masam2 manis masa sama2 duduk dengan dorang ni dulu...Kalau ada peluang nak juga putar masa sehari dua nak balik kembali ke satu saat yang mana aku digelar pelajar..dapat berkumpul balik dengan depa semua...bestnyer...
Dikeheningan malam yang indah lagi permai ni....haha..mcm sasterawan plak da...hi3 aku dengan bangganya nak bercerita pasal kengkawan ku itu mengikut SUDUT PANDANGAN n PERSPEKTIF aku. Buat kawan2 yg tersenarai di bawah x usahlah kalian merasa sebak dan terharu atas penceritaan aku ni yer, sebab aku bukan nak tengok korang menangis...tapi aku nak korang sentiasa ingat yang korang ada kawan yg selalu duk ingat kat korang x kire waktu susah atau senang (ingt 5 perkara sblm 5 perkara...iklan jap..he3) baiknya..kawan siapalah ni yer..ha2 & So, secara tak langsungnya korang x boleh bantah mahupun saman story mory ttg korang kat bawah ni yer...ha2 ni bukan pesanan tapi ugutan! ha2! Dan org2 yg bertanggungjawab menghasilkan rasa seperti aku duk tulis dlm CAPITAL LETTER tadi adalah seperti berikut dan inilah dia watak, sifat n cerita ringkas tentang dorang yang aku selalu ingat....The Story Begin...

Inilah kengkawan yg aku maksudkan...ade sorang lagi..NAS..sorry nas..pic nas xde dlm album ni..he3 xpe2 kang pic nas muncul yer...he3..Nak start pasal siapa dulu yer? ermmmm..haaaa...dpt da...jom kite tgok siapa yg kena...

Nama : Norafidah Bt Kadir
Nama Glamour : Fida/Minami Akuto/Masterji
Umur : Usia? hanya sekadar angka
Makanan Kegemaran : Ayam masak merah + Rangka Ayam
Minuman Kegemaran : Milo + Teh orang kampung (he3..)
Hobi : Kacau orang (kalau kacau dodok kan bagus)
Cita2 : Angkasawan (10/10/2010 ni jgn lupe beli byk2 tisu)
Kemahiran : Membuat Ketupat Palas sambil memejamkan mata!
Fear Factor : Lipas..kahkahkah..masih ku ingat kejadian itu..haha
Pencapaian Terbaik : Di nobatkan sebagai AYAH dlm rumah kitaorang boz dia nilah yang menguruskan hal2 mentadir rumah seperti bayar sewa rumah, api n air..kite org yg lain tolong tengok aje..haha.
Komen Juri Prof : Anda bukan sahaja seorang yg bertanggungjawab malah anda merupakan seorang rakan yg setia yg sentiasa ada tatkala dperlukan utk masak nasi, betulkan lampu dan sebagainya. Anda mempunyai sifat2 pelawak dn tidak salah jika saya kataan bhw anda layak menyertai pertandingan raja lawak. Mood anda pula ada kalanya tentu hala dan menjadi pelik bila anda melayan lagu rock 80-an dengan kadar yg terlampau..namun semua rakan-rakan selalu melihat anda sebagai ketua kerana sifat kepimpinan yang tinggi yang ada pada diri anda..Tahniah kerana anda merupakan seorang Sahabat yang disukai ramai ;)

Nama : Syarifah Fairus Bt Abdul Ghani
Nama Glamour : Sya/SHERRYYY..ha2
Umur : Umur Kenapa nak berahsia?
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Air Kosong (Jimat orangnyer)
Hobi : Tidur awal
Cita2 : Cikgu (almaklumlah sekolah sebelah rumah aje)
Kemahiran : Kait baju yang jatuh kat tingkat bawah...mmg hebat!
Fear Factor : Miawwwwwww....hahaha..kucing pun takut!
Pencapaian Terbaik : Menggosok baju utk seminggu dalam tempoh 20 minit, mewakili group kiteorang joint dikir barat walaupun kiteorg yg lain berjaya melarikan diri..haha..Kagum!
Komen juri Prof : Anda selalu menyembunyikan rasa sedih anda dan enggan berkongsi dengan rakan2 yg lain kerana anda bimbang anda akan mnyusahkan mereka. walhal tanpa anda sedar rakan2 disekeliling anda sentiasa ternanti2 anda berkogsi cerita suka dan duka bersama. Apa yang bagus tentang anda ini ialah, anda merupakan seorang sahabat yg selalu memberi nasihat n tunjuk ajar tatkala otak rakan2 yg lain menjadi beku sebeku ais di kutub utara. Anda tidak pernah putus asa utk mencairkan ais tersebut drpd kepala rakan2 anda membuatkan rakan2 anda mengangkat anda sebagai pelajar dekan yg seharusnya dibanggakan dan dicontohi. Tahniah keperamahan anda membuatkan rakan2 anda sentiasa bertambah walau diceruk mana anda berada ;)


Nama : Noorul Jannah Binti Mohd Rofaei
Nama Glamour : Jannah/Ana
Umur : Betul! Semua tak percaya....
Makanan Kegemaran : Kicap pedas yang dibuat oleh Sya!
Minuman Kegemaran : Air Kosong dalam botol hijau
Hobi : Mengetop (Mengadap Laptop..ha2)
Cita2 : Pelakon..nak lawan Fasha Sandha katenye..ha2
Kemahiran : Menyanyi Dalam Toilet (haha..org dengar la..)
Fear Factor : Lipas..(haha..sama spesis ngan Fida! haha Serangga Perosak pun  nak takut...guna jek la Ridsect)
Pencapaian Terbaik : Tak hadir kelas En Arman tapi masih bleh tersenyum bila En Arman tanya "Kenapa awak x dtg kelas saya? Kalau awak x boleh bagi alasan awak kene buat semula semua assignment" tapi dia tetap tersenyum (sungguh redha orgnya..ha2) 
 Komen Juri Prof : Tahukan anda bhw anda adalah seorang rakan yang amat menghiburkan. Apabila berjalan disebelah anda rakan2 yg lain akan terasa ayu (mcm iklan minyak wangi tu) kerana byk mata2 teruna diluar sana yg akan menoleh walaupun pada hakikatnya teruna2 itu hanyalah menoleh ke arah anda seorang! ha2 jgn bangga dulu..baca sampai habis dulu...anda selalu merasa rendah diri padahal anda mempunyai lebih pengalaman dalam sesuatu perkara...itu tandanya anda jauh dr sifat riak. Rakan2 menyenangi anda kerana sifat membantu-membantu yang ada dalam diri anda. Anda saggup berkongsi apa sahaja asalkan dpt memenuhi keperluan rakan anda..i like it! Tanpa anda sedari ramai2 rakan2 yg sebenarnya ingin menjadi seperti anda kerana anda mempunyai aura yang tersendiri, Tahniah! ;) 

Nama : Shahida Binti Shaharuddin
Nama Glamour : Shida/Sidz/Da
Umur : Orang cakap saya sentiasa kelihatan muda...selamat tinggal kulit bermasalah!
Makanan Kegemaran : Ayam kicap mak cik kat simpang...
Minuman Kegemaran : Yang boleh Menghilangkan tekak..ehh silappp...yg boleh menghilangkan dahaga 
Hobi : Tengok Certa hantu bersama2 Jannah n Am pukul 3 pagi! Ish2 segiauu teman!
Cita2 : Suri rumahtangga..haha..
Kemahiran : Menghasilkan riak muka selumber walaupun esok nak exam...he3
Fear Factor : ha'ah..Shida ko takut ape ek?
Pencapaian Terbaik : Menjadi penandatangan bagi pihak kiteorg yg tak datang kuliah (Siap mintak hard copy utk dia tiru supaya nampak lebih real...he3 tengkiuk Shida!) 
 Komen Juri Prof : Secara teorinya anda boleh sy ketegorikan sebagai seorang yang sentiasa cool dlm apa juga keadaan sekalipun. Anda sentiasa tersenyum dan mengeluarkan idea2 bernas dalam ape jua keadaan. Anda seorang rakan yang jujur dlm berbicara kerana kerap kali menegur andai ada yg tidak kena pada rakan2 yang lain. Selain sukakan keCoolan anda, percayalah rakan2 yang lain amat gemar melihat pada wajah tenang anda. Tahniah yer ;)

Nama : Siti Fairus Binti Rosli
Nama Glamour : Am/Fairus
Umur : Nampak 10 tahun lebih muda...
Makanan Kegemaran : Western Food..i'm sound stupid when i eat Malay Food! (haha..propaganda je tu..padahal selalu kirim kat Sya Nasi Ambang)
Minuman Kegemaran : Yang manis lagi berkrim, disukai ramai..
Hobi : Dok koyak cik teady miliknya lalu dikeluarkannya semua isi perut..di carik2 sponge, selepas dibasuh kulit cik teady lalu dimasukkan semula semua isi2 dan dijahitkan punca yang dikoyakkan tadi..(aduh..mcm bagi resepi plak da)
Cita2 : Ibu Mithali..he2
Kemahiran : Mengemas rumah n dapur sehingga bkilat tanpa menggunakan Fabuloso...(rajin orgnyer)
Fear Factor : En Arman..ha2
Pencapaian Terbaik : Dengan ikhlas memberikan jawapan kpd kengkawan yg memerlukan masa pensyarah buat kuiz mngejut! Cayalah ammm...he3
Komen Juri Prof : Sikap dan Perasaan kelembutan yang ada pada diri anda menambahkan lagi kecomelan anda. Anda merupakan rakan yg sentiasa menyenangkan hati dan perasaan kawan2 disekeliling anda. bijak dalam mengawal tutur kata kerana anda tahu lidah itu lebih tajam drpd mata pedang. Anda mempunyai skill komunikasi yang tinggi dan mampu menarik kawan anda untuk mengikuti anda, Tahniah tapi gunakan kepakarana anda itu utk tujuan yg baik yer. Rindu nak berbual pasal politik dengan Am ;)

Nama : Siti Maimun Binti Adnan
Nama Glamour : Moon/Emon?Doraemon
Umur : Beralihlah kpd Garnier anda pasti rasai perubahannya...
Makanan Kegemaran : Maggi pelbagai perisa
Minuman Kegemaran :Teh Ais (eh..betol ker moon? ha2)
Hobi : Membela kura2 dalam bekas air krim warna biru
Cita2 : Askar..(inilah barisan kita..lalalalala..)
Kemahiran : Memasak nasi goreng, Makaroni goreng, membuat kuih kapit, kuih-muih dan sangat berpengalaman dalam bab2 pindah randah ni! he3
Fear Factor : Semua jens binatang yang tidak pernah mempunyai kaki
Pencapaian Terbaik : Menerima Anugerah pengunjung library paling kerap pd tahun akhir berada di KYM...(mmg layak pun! dah mcm rumah kedua dia)
Komen Juri Prof : Setiap kali melihat wajah anda, yang kelihatan dengan jelas adalah air muka seorang ibu. Sifat penyayang dan membebel anda mengesahkannya. Ditambah pula dengan skill memasak yg ada pada anda, Tahniah!. Anda sebenarnya seorang rakan yg sentiasa mengambil berat bukan sahaja tentang kebajikan rakan2 sekeliling malah ada kalanya anda yang bertindak sebagai juru cakap memaparkan dengan jelas semangat setiakawan anda. Apapun tanpa anda sedar atau tidak, jika anda marah tidak ada orang yg berani menegur anda termasuk Perdana Menteri Uganda. ;)

Nama : Nurul Syuhadah Binti Dawot
Nama Glamour : Nurul
Umur : Ada apa dengan umur?
Makanan Kegemaran : Nasi yang dibungkus
Minuman Kegemaran : Air yang dimasak sendiri
Hobi : Membaca Novel (Rajin benor membaca dia nih)
Kemahiran : Membuat kuih tat nenas (kiteorg tukang pehabis dlm senyap2..he3)
Fear Factor : Cicakkkkkkkk!!! sampai cerita cicakman pun dia elergi sepi...
Pencapaian Terbaik : Membawa kipas tangan tak kire dimana saja dia berada...
Komen Juri Prof : Anda merupakan sahabat yang tidak tahu menimbulkan huru hara. Anda tidak tahu bergaduh dan tidak pernah cuba untuk mencari jalan gaduh. Anda suka tersenyum dan adakalanya termenung sendirian sambil melihat pemadangan senja melalui balkoni rumah. Anda lebih suka berbicara dengan ekspresi wajah anda berbanding dengan getaran suara anda dan tanpa anda sedar bahawa rakan2 disekeliling anda selalu ternanti2 peluang untuk berbicara dengan anda. Anda juga merupakan seorang yang cukup berdisiplin dan menepati masa, jikalau bukan kerana masalah2 teknikal di jalan raya, sudah pasti anda adalah pemegang rekod 'Tidak Pernah Lewat Ke Kelas' bag Batch 2006-2009..Tahniah yer ;)

Nama : Siti Hawa Binti Yaacob
Nama Glamour : Awe
Umur : Usia..bukan lagi penghalang..
Makanan Kegemaran : Nasi Kerabu Kat Pasar Malam
Minuman Kegemaran : Air bersusu...
Hobi : Berurusan dengan Laptop dan Internet
Cita2 : Pakar IT (bdasarkan hobi n kelayakkan iktisas...he3)
Kemahiran : Belajar sampai pukul 3-4 pagi...aduyaiii
Fear Factor : Tiada..Berani menghadapi sebarang risiko..he3
Pencapaian Terbaik : Membantu menenangkan Nurul dengan menghalau Cicak di dinding bilik..he3
Komen Juri Prof : Anda panda menyesuaikan diri dengan keadaan, sikap matang anda membuatkan rakan-rakan yang lain selesa berdamping dengan anda walaupun sebenarnya terdapat perbezaan umur. Anda bukan sahaja seorang yang cermat, malah anda pandai mengawal situasi. Satu perkara yang perlu anda tahu, andalah yang selalu mewujudkan suasana belajar di dalam rumah dengan kehadiran rakan berbilang bangsa! Tahniah, itu bermakna anda tidak pernah memilih kawan. ;)

Nama : Siti Nazurah Binti Mohd Hanapi
Nama Glamour : zura/baby he3
Umur : Kalau tak percaya..tengoklah IC
Makanan Kegemaran : KFC
Minuman Kegemaran : Air carot susu yg akak buat (ha2 suke2 aje)
Hobi : Dgr lagu omputeh
Cita2 : BBF (Budak Baik Forever)
Kemahiran : Memicit sambil mengeluarkan angin dlm badan (ala2 bidan la)
Fear Factor : Kak Fida..hahah
Pencapaian Terbaik : Tak keluar bersiar-siar dan hanya duduk terperap dalam rumah selama 1 hari..hi3 peace :)
Komen Juri Prof : Sifat manja anda sebagai 'adik' dalam rumah membuatkan semua rakan2 yang lain dapat merasai suasana hidup bersama keluarga walaupun hakikatnya tinggal berjauhan. Anda menghidupkan suasana bahagia (mcm iklan singer tu 'Singer menawan kelauarga bahagia')bijak menghiburkan rakan2 yang lain, pandai memujuk dan pandai mengambil hati. Keterroran anda dalam bidang andaman amat dikagumi oleh rakan2 yang lain. Anda tahu apa yang perlu anda lakukan dalam sesuatu perkara dan bertidak pantas ke arah itu. 1 lagi perkara..Tahniah! anda merupakan seorang yang berkarisma... 


Nama : Nas Aida Binti Nasir
Nama Glamour : Nas/Aida
Umur : Macam yang semua orang katakan..terima kasih Olay...
Makanan Kegemaran : Rangka Ayam
Minuman Kegemaran : Air bergas
Hobi : Mendengar lagu sambil berborak dalam Handphone
Cita2 : Pramugari MAS (ha2 suke2 aku jerk..he3)
Kemahiran : Menyelamatkan diri dlm situasi2 genting (kiteorg gak yg jd mangse)
Fear Factor : Peminat2 fanatiknya....hi3
Pencapaian Terbaik : Berjaya mempengaruhi kiteorng dgn lagu2 kumpulan Radja sprt Jujur, takkan melupakanmu, wahai kau cinta, pendek cite 1 album la)
Komen Jui Prof : Tahniah, anda selalu mengejutkan orang bangun sahur. Anda bukan saja bertanggungjawab malah anda juga seorang rakan yang boleh dipercayai. Anda tidak pernah lupa kepada rakan2 yang lain walaupun jarak ternyata memisahkan anda dengan rakan2. Usaha yang anda tunjukkan utk terus menutup jurang perpisahan menjadikan rakan2 yang lain juga tidak pernah sesekali melupakan anda. Anda wajar diberikan pujian ;)

Ape kes2 Menarik Sepanjang Zaman..Jom Tengok!


Dinner & Sambutan Hari Raya
During Assignment & Presentation Day

Setiap gambar ini memberikan pengertian yg berbeza..he3

Percutian Tamat Belajar Di Port Dickson
Yang tak akan lupa sampai bila2

He2..itu ajelah kenangan kita yg sempat aku rakamkan kat sini..jam pun dah dekat pukul 6 pagi..dah masa untuk aku stanby wat pe3 yg patut menjelang pagi ni..apepun harap mike semua x terasa hati dengan coretan rindu dr teman kali ini..he3 aku bukan ape..lame da x bergurau dengan korang semua..hopefully satu hari nanti kita boleh back together wat reunion ke..he3. Pesanan terakhir untuk entry kali ini..komen dr juri tu tadi hanyalah pendapat peribadi aku tetang korang semua. Puas hati dapat bercerita pasal korang semua..jgn amik ati yer..amik jantung tak apa, aku benarkan..he3..apapun tak kire siapapun korang pada hari esok, korang semua tetap kawan2 aku dunia n akhirat. Harap2 jgn ade sesiapa yg menyepikan diri la yer lepas ni. contact2lah sesama kita...he2 Sori kalu ade salah silap dlm entry ni..jumpe lg next time..Luv U my FriendS  Assalamualaikum :)


Wednesday, September 8, 2010

SaLaM LeBaRaN





Pulang Di Hari Raya 




Oh... gembira
Rasanya hati pengembara
Dapat pulang bersua dengan yang tersayang
Bersyukurlah pada Tuhan yang Masa Esa
Dapat kita merayakan bersama-sama
Di hari mulia ini kususun sepuluh jari
Ku kini telah kembali Padamu yang menanti
Selamat hari raya Hari yang bahagia
Selamat hari raya Ampun maaf dipinta
Indah nian Desa yang lama kutinggalkan
Kerinduan Seakan memanggil kupulang
Suasana Sungguh meriah di sini sana
Segalanya Berseri indah berhias rupa
Di hari mulia ini Kususun sepuluh jari
Ku kini telah kembali Padamu yang menanti
Selamat hari raya Hari yang bahagia
Selamat hari raya Ampun maaf dipinta

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri buat semua pembaca dan semua umat Islam yang sudi singgah ke blog AH. Dikesempatan yang ada ni AH nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kalau-kalau selama ini ada yang terasa hati dengan AH, ada yang sakit ati dengan kelakuan AH..mohon dimaafkan krn AH ni hanya manusia biasa yg selalu melakukan kesilapan...maafkan aje lah yer, takkan x boleh kot? Sedangkan Nabi ampunkan umat! he3.. Ape, dah maafkan dah? Alhamdulillah..barulah lega rasanya...he3 Korang nak AH maafkan dosa2 korang x? ishh..x payahlah ek! ha3 dunt wuri AH da maafkan sesiapa saja yg ade buat salah  kat AH dulu, kini n selamanya, cuma persoalannya, ade ke org yg buat salah kat AH ni? he3 macam xde aje3..ha3 tak ape lah...utk memeriahkan raya, AH anggap ade ajelah ek..he3 mcm hal lah AH ni kan! he3! Maaf skali lagi yer! :)

Buat yang akan pulang beraya di kampung halaman, pandulah berhati2 di jalan raya, ingatlah orang yg tersayang ek..he3...Buat yg beraya di KL, mai la rumah, kita raya sesama..he3..al-maklumlah kampung AH pun kat KL ja.. anak jati KL..moh ler datang..bukan jem pun..siap boleh main bola sepak kat jalan raya ni sebab lengang sungguh (aksi ni hanya boleh dilakukan oleh org2 profesional aje, hrp maklum!)

He3 AH mcm biasa, masak rendang daging + kari ayam + roti jala (kalau k.ajut rajin buatlah) + kuah kacang (cnfirm 2 kilo) + ketupat (nsb baik keje, x yah dok anyam..selamat! he3) + lontong (kalau AH rajin ler)... he3! uih sedapnyer.... ha2 jd singgah2 la yer! 

Ok.. x taw nak tulis ape lagi, AH berhenti setakat ini aje.. so insya'allah ade time nti AH update lagi lah blog AH ni (tu yg malas tu sbnrnya..he3)..Lastly

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Semoga Segala Amalan Kita DiBulan Ramdahan Diterima Oleh Yang Maha Esa


Tuesday, August 24, 2010

E-Novel JAUH DARI CINTA

Assalamualikum n Salam 1 Novel... he3
   

Selepas Biarkan Cinta Hadir, Secangkir Kopi Rindu dan Cinta Dari Istana. AH kali ini muncul lagi dengan karya baru. Akhirnya AH membuat keputusan utk mempublishkan novel baru AH ini lebih awal memandangkan AH tak rasa AH boleh siapkan manuskrip JAUH DARI CINTA (JDC) sebelum bulan 12 kalau tak kena ketuk n dipaksa menyiapkannya. Jadi AH ambil langkah drastik ini supaya ada pihak2 diluar sana berjaya mendesak AH untuk menyiapkan manuskrip JDC ini dengan segera sekali gus melengkapkan jadual penulisan AH buat tahun 2010 ini. Al-maklumlah AH ni cukup lembap dlm karang-mengarang ni..he3
Terima kasih daun keladi buat semua pembaca yang sudi untuk terus mengikuti karya-karya AH yang tidak sebaik mana, insya'allah walaupun manuskrip JDC ini belum disiapkan sepenuhnya (Baru 1/4 ja..ha2) tp AH akan cuba menyiapkannya scpt mungkin..cumanya AH mengharapkan komen membina drpd pembaca2 diluar sana supaya AH dpt memperbaiki mutu penulisan AH yang masih pada tahap bawah lagi. Hu3..nak tak nak, anda semua terpaksalah menjadi juri profesional untuk karya AH kali ini.

JAUH DARI CINTA
Insya'allah hujung minggu ni AH akan  masukkan beberapa bab awal. So sementara tunggu hujung minggu tiba AH nak anda semua dpt gambaran awal tentang novel JDC ini k. 

Pernahkah anda jatuh cinta? Pernah? Bagus! Tapi adakah cinta anda dibalas atau anda hanya mampu menjadi  sang pencinta yang setia tanpa sebarang balasan? JDC mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Nysa Nur Sakinah...Dia jatuh cinta pada abang angkatnya sendiri dalam diam...Lantas atas keyakinan cinta yang lahir dari dalam diri bahawa itu merupakan cinta suci, Nysa dengan penuh yakin menyatakan perasaannya itu pada abang angkatnya iatu Farish Aqil. Namun apakan daya, hati Aqil bukan milik Nysa. lalu Nysa menanggung beban cinta dalam jiwanya sendirian.

Hari demi hari berlalu, Tahun demi tahun berganti, namun Nysa sedikitpun tidak mampu menghapuskan cintanya, lalu lamaran demi lamaran yang datang, hanya dipandang sepi dan ditolak mentah2 oleh Nysa. Keluarganya menjadi binggung. Namun sampai bila Nysa mampu menangkis setiap bingkisan suci yang dibawa untuknya. Dan apabila masanya telah tiba, Nysa tidak mampu lagi menjadi musuh kpd takdirnya sendiri, akhirnya satu lamaran terpaksa diterima dengan hati yang tawar...lebih memeranjatkan lamaran itu datangnya dr insan yang amat didambakan selama ini. Nysa tertanya-tanya, apakah yang berlaku sebenarnya? Benarkah cinta Aqil miliknya? apakah penantiannya selama ini berbaloi belaka? 

Anda rasa apakah yang berlaku sebenarnya? he3 untuk kisah lebih lanjut..nantikan JAUH DARI CINTA akan datang... Terima Kasih! c u soon....

Monday, August 9, 2010

Bulan RAMADHAN, Hadiah terbesar daripada ALLAH utk umat Nabi Muhammad Saw

Awalan...
Assalamualaikum, ahlan wa sahlan kpd anda yg masih sudi berkunjung ke Blog AH. Kali ni, AH stop seketika menulis en3 ttg hal2 duniawi ni. Sebab apa? sebab skrg ni kan kita dah masuk bulan penuh keberkatan, bulan penuh cahaya & bulan penuh dengan hidayah-Nya. Bulan Ramadhan... Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menghirup udara di malam Ramadhan. Semoga juga kita masih terus diberi peluang utk menghidupkan malam2 Ramadhan sehingga tibanya detik akhir Ramadhan pada kali ini. Semoga juga Ramadhan kali ini merupkan Ramadhan terbaik yang cuba diusahakan dengan penuh rasa insaf, tawaduk dan istiqamah.

Tanpa Kita Sedar...
Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah SWT mensyariatkan agar umat Nabi Muhammad Saw utk menunaikan fadhu puasa? sedangkan umat nabi2 lain tidak diperintahkan utk berpuasa sama seperti kita pada hari ini? Apakah Allah SWT sengaja membiarkan kita berlapar di bulan Ramadhan? Sudah pasti TIDAK! AH tak perlu terangkan fadhilat2 berpuasa dari sudut kesihatan kerana AH yakin anda lebih pakar dan bpengetahuan luas tentangnya. Tapi kali ini AH cuma nk berkongsi sedikit pengetahuan mengapa ALLAH memerintah kita untuk berpuasa di bulan RAMADHAN. Mungkin anda tahu tentangnya dan mungkin juga ini merupakan ilmu baru utk anda. Diposisi manapun anda, semoga saja en3 AH kali ini membuka pemikiran kita, menyedarkan kita bahawa sesungguhnya kita selalu saja BERBURUK SANGKA pada Zat Ar Rahman dan Ar Rahim ini.
Hadiah dari ALLAH SWT....
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Tidak mungkin bagi kita yang purata umur sekitar 60-70 thn ni mampu mengerjakan ibadat setanding dgn umat2 terdahulu yang hidup bertafakur dan bertahmid kepada ALLAH SWT beratus-ratus dan beribu-ribu tahun. Jika begitu apakah kita akan mendapat tempat disyurga dengan hanya bekalan amal ibadat setakat 60-70 thn (itupun jika kita sememangnya beribadat sejak kecil).
Justeru, ALLAH mengirimkan hadiah yg tidak pernah diberikan kepada mana-mana umat sebelum ini. Hadih istimewa buat Umat Nabi Muhammad SAW. Agar hamba-hamba ini sedar bahawa ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mendengar. Dan malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. Jadi cuba-cuba menghitung ganjaran amal yang mungkin kita peroleh di bulan Ramadhan ini. (So kena rajin2 beramal dan capai pahala beribadah berartus2 tahun)
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) .
Hadiah inilah yang harus direbut oleh kita andai kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk berada di dalamnya. Kita terlalu lemah iman, terlalu kufur nikmat, terlalu cintakan dunia. Jarang sekali kita melihat apa yang dihantar dan dikurniakan oleh-Nya kepada kita dalam bentuk nikmat tetapi kita selalu hanya memandang bentuk-bentuk dugaan yang diutuskan oleh-Nya sehingga kita hanya tahu menyalahkan TAKDIR. sedangkan tidak ada siapa yang mampu mengubah takdir melainkan diri kita sendiri. Dikesempatan yang penuh dengan wangian syurga ini, marilah kita kembali merebut hadiah yang dikirimkan oleh ALLAH buat kita semua. Semoga ketika kita kembali bertemu dengan-Nya seperti mana perjanjian kita dengan-Nya, akan ada kuntum-kuntum iman yang mampu kita persembahkan kepada-Nya.

p/s AH Mengambil kesempatan ini utk mengucapakan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan...Biarpun kita bukanlah hamba yang sehebat mana, namun kita wajib untuk memperbaharui dan mempertingaktkan iman kepada-Nya. Mohon maaf dari AH dari hujung sulaman benang hijab hingga ke hujung jari... Jumpa di en3 seterusnya... Selamat Beramal :)

Tuesday, July 13, 2010

TEMUBUAL EKSKLUSIF (kih..kih..kih)

Assalamualaikum semua...

AH nak buat satu pengumuman penting! Cewah2, konon2 mcm pengisytiharan tarikh melihat anak bulan la pulak..he3. Tak ada yg penting2 (sekejap penting, sekejap tak! ha2 mental btullah) cuma just nk inform satu kisah sedih, rasanya projek FP Junior terpaksa dihentikan buat seketika atas SEBAB-SEBAB TERTENTU! ermm.. maaf yer adik2 semua... apapun AH akan tetap berusaha menyiapkannya setelah selesai masalah tersebut!


Sekarang AH buat apa? takkan duduk goyang kaki aje?

Erm..sementara mendapatkan kembali mood FP Junior yg hilang atas permasalahan yg berlaku, AH bkeputusan utk menyiapkan 2 manuskrip iaitu;

1. Manuskrip Dwilogi Cinta
2. Manuskrip Air mata (Ha2 tu bkn tajuk taw! tu kira mcm gambaran awallah. Kali ni nak wat kisah air mata pulak. Sedih sangat ke? erm..entahlah...harap2 sedih la..he3)

Deadline Bila? HabaQ maiii secawan...

1. Manuskrip Dwilogi Cinta telah dibincangkan, selewat-lewatnya pun awal tahun depan. So mcm byk masa lagi..he3 Nak kena amik mood betul sblm wat story dwilogi ni, coz nk selami watak yg sedikit berbeza dgn watak2 yg telah AH cipta sblm ni! Cewah..mcm pelakon teater plak da ni, he3
2. Manuskrip Air mata tu...erm.. tak terjangka coz kadang2 laptop duk wat hal, kengkadang plak idea plak yang wat hal, tak leh nk berjanji. Tapi insya'allah selewat2nya pun AH jangkakan siap sebelum bulan 12 Coz sbnrnya AH dah buat 1/4 drpd manuskripnya pastu AH jerukkan manuskripnya. So tinggal lagi 3/4 ja..da cukup masa untk dijerukkan skrg da tiba masa utk dikeluarkan daripada balang n diteruskan lagi rentetannya. Harap2 cukup masa. Kalau nak cepat senang aje, suruh AJUT n KUYAH desak, msti cepat punyalah. Tak sampai bulan 11 mesti dah siap. Ha3oox, kalau nak lagi cepat kena lah bagi cuti masak, cuti basuh pinggan, cuti menggemas rumah! ha2 (dengar tak kakak2 n adikku?) ha2! Alasan lagi tu! hik2! Pe pun, AH cuba yg terbaik k!

Cinta Dari Istana bila nak ada di pasaran?

Oh, lupa nak maklumkan! utk pengetahuan semua CDI dah slmt sampai ke meja penerbitan FAJAR PAKEER n alhamdulillah telahpun lepas penilaian awal. Sekarang tgh Q utk masuk proses edit pula. Jadi AH jangkakan awal tahu depan kut! Erm..Sorilah yer, lambat sikit baru bleh tahu ending CDI. Tah sedih ke, hepi ke endingnya? ha3..Ah tak mau bagi taw.. tapi apapun endingnya AH harap semua pmbaca yg mgikuti CDI dr awal berpuas hati...he3

Cerita lain?
Tak ada cerita lain2 dah. Tamat buat masa sekarang.


Lepas entry ni, bila plak nak masukkan entry baru dalam blog ni? Asyik Entry lama aje!


Ha2..ni pun satu masalah coz AH mmg tidak arif utk menulis di dlm blog sendiri. Segan pun ada nk crita pasal diri sendiri coz taw cnfirm tak ada sape3 yang nak hiraukan. Sebab tu bila ada yg penting2 aje AH terjun masuk dalam blog AH ni..ha2..jangan maraa aaaa...(tiru gaya n nada suara trio pendekar bujang lapok) Ha!


Pesanan terakhir utk entry kali ni?

Fuhyooo..siap bleh wat pesanan terakhir tu.. ha2. Pesanan terakhir utk en3 kali ni. Selamat membaca novel2 yang ada dipasaran. Terima kasih atas sokongan anda..lihatlah dunia..kah3x Sokonglah penulis2 tempatan krn kami juga menulis menggunakan pena n menaip menggunakan komputer/laptop, sama mcm penulis di luar negara.. ha2(bleh ke pesanan mcm ni? ha2..ikut suka la ek!) Daa.. c u next time k. SALAM :)

Tuesday, March 16, 2010

'SECANGKIR KOPI RINDU' & 'CINTA DARI ISTANA'

Assalamualaikum n Salam 1 novel... cewah3...

Alhamdulillah, Mini novella sulung AH akan berada di pasaran tidak lama lagi! Rasanya boleh didapati di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010, Booth FAJAR PAKEER, Insya'allah, AH akan turun ke sana pada 27 MAC 2010...So, jumpa di sanalah ya... Opsssss....lupa, kepada semua peminat-peminat novel, karya terbaru saya bertajuk CINTA DARI ISTANA sudah dipostkan di PENULISAN2U.MY. Jadi, singgah2lah di sana yer..Insya'allah, pasti terhibur! So, AH attachkan Cover bagi Mini Novella AH yg bertajuk SECANGKIR KOPI RINDU dan sedikit ringkasannya untuk semua...jangan lupa dapatkannya di pasaran!!!


Matlamat utama Nur Hayati ke bandar besar bukanlah untuk mendapatkan pekerjaan sebaliknya adalah untuk mencari seorang lelaki yang akan digelar ‘suami’. ‘Rancangan bodoh’ itu terpaksa Nur Hayati laksanakan agar bingkisan lamaran yang dibawa oleh ketua kampung untuk dirinya berpihak pada adiknya, Syikin.

Namun dia tertekan bila mengetahui ada jiwa yang telah didustai, walhal dia sendiri tidak rela . Sikap aneh bosnya juga menambah tekanan yang ada. Entah apa dosanya pada bos itu sehingga sering menjadi mangsa kerahan tenaga. Mungkinkah kerana dia cuma gadis pencuci pejabat merangkap pembancuh air?

Tanpa sedar, semua itu sebenarnya membawa dirinya menggembara ke alam cinta yang luar biasa dan dia sedikitpun tidak merasa ragu kerana ketika cinta itu tiba, secangkir kopi telah menjadi petunjuk nyata yang dititipkan oleh-Nya!

Thursday, February 4, 2010

Jom Berkenalan Dengan Novel 'Biarkan Cinta Hadir' (BCH)

Assalamualaikum & Salam Mesra,

Diam tak diam rupa-rupanya dah hampir 3 minggu novel BCH ada di pasaran, namun AH masih belum sempat untuk memperkenalkan BCH kepada semua pembaca kat luar sana. So, dikesempatan yg agak sempit ini AH luangkan sedikit masa tidur AH utk memperkenalkan Novel Sulung AH secara rasminya.

Mempersembahkan...
Biarkan Cinta Hadir

Ada cinta dihati, mungkinkah dia mengerti?

Memperkenalkan Teraju Utama...

Sayang Camalia
Dia ni anak yatim piatu, sejak kecil dah tinggal dgn mak usu dan abang2 sepupunya di kampung. Mungkin kerana dia rapat dengan abang2 sepupunya (depa main bola dia joint, dorang panjat pokok dia ikut serta, kalau semua pakat pergi memancing dia pun follow sama) menjadikan dia lupa bahawa dia seorang perempuan. Pendek kata dia sudah cukup layak untuk bergelar TOMBOY melihatkan serba serbinya yang tak serupa perempuan. Tapi dia ni punyalah penakut, hahah! pelik tapi benar! Akhirnya ada satu perkara yang menyebabkan dia mula sedar bahawa dia  ialah hawa, iaitu setelah hatinya dicuri oleh seseorang....syyyyy!!! Cinta dihatinya hanya untuk Syukur Razlan walaupun dia cuba menafikan pada awalnya. Namun dia juga manusia biasa yang tidak mampu membohongi hati dan perasaannya sendiri. Meletakkan dirinya sebagai insan serba kekurangan, menjadikan dia hanya mampu untuk tunduk menyembunyikan cintanya.

Syukur Razlan
Namanya saja sudah cukup memperlihatkan kemachoan dirinya. Itu cuma kata orang2 yang tak pernah bersua dengannya. Tapi bagi yang mengenali, gelaran pelajar lembut lentik cukup sebati dengan dirinya. Di universiti kawannya hanya seorang, mungkin kerana yang lain malu untuk mengisytiharkan dirinya sebagai sahabat. Ramai yang cuba memperlekeh dirinya, ada juga yang dengan tega memanggilnya perempuan! Namun dia tak pernah peduli kerana kebahagian telah dia temui dan kawan baik yang sentiasa ada di sisi. Tanpa dia sedar, bunga-bunga cinta mula kembang mekar dihati, itupun hanya untuk teman baiknya sehingga dia sudah tidak betah untuk memangkah naluri aslinya. Namun tatkala itu juga dia mula sedar, adakah layak baginya untuk meraih cinta sejati? atau dia harus berubah untuk berjaya memiliki pilihan hatinya Sayang Camalia? Satu perkara yang perlu diberi perhatian, dia cukup pandai berahsia.

Mohd Ariff Iskandar
Lelaki yang cukup digilai ramai gadis2 di universiti. Gentleman, Jaguh bola sepak, segak, penuh dengan gaya, mutu & keunggulan. Dia mempunyai segalanya, kemewahan dan kasih sayang daripada orang-orang di sekelilingnya. Cuma 1 yang dia gagal memperolehi, apa dia? of course cinta! Sejak kali pertama terserempak dengan Sayang Camalia, dia sudah jatuh hati. Jadi dia sentiasa berusaha mendapatkan cintanya itu. Biarpun ramai yang menagih cintanya, namun hanya wanita itu dihatinya. Lantas dia selalu menggunakan peluang2 yang terbuka luas untuk dekat dan menyelinap masuk ke dalam hati Sayang Camalia. Agak-agaknya, dia berjaya tak?

Apa yang anda perlu tahu tentang BCH?
Kesemua barang-barang di atas adalah KESUKAAN Sayang Camalia


Semua barang-barang kat atas ni pula, adalah KESUKAAN Syukur Razlan

Lagi Tentang BCH...

 
Inilah dia Tasik Universiti & "Pohon Kita" yang merakamkan banyak memori indah!

Ha! yang ni pula, dewan kuliah yang telah bersusah payah utk menyimpan banyak kenangan manis!

Yang ini apa? inilah Kafe Dang Anum, dorang selalu makan kat sinilah

Nak Tahu Lagi Pasal BCH?

Mesti anda nak tahu lebih lanjut tentang perkara-perkara yang AH gambarkan tadi, yer tak? So, untuk gambaran sebenar Biarkan Cinta Hadir, apa lagi? dapatkan Novel Biarkan Cinta Hadir Di kedai buku berhampiran (nak senang, cari kat MPH/Popular). Habis aje baca, terus bagi komen anda supaya AH boleh baiki mana2 yang terkurang. Kepada semua yang dah pun memilik BCH, Terima Kasih daun keladi, semoga anda sukakannya & tidak lupa untuk terus memberikan sokongan kepada AH....Jumpa Lagi! Daaaa...