1
MASUK
saja dalam rumah teres dua tingkat itu, aku terus di bawa ke ruang tamu. Pak
Lang dan Mak Lang tidak henti-henti tersenyum memandangku sejak mereka
menyambut kedatanganku di KLIA lagi. Mungkin terlalu gembira menerima aku sebagai
tetamu dalam rumahnya ini. Setidak-tidaknya, senyuman mereka itu membuatkan
hatiku menjadi sedikit lega. Mana tidaknya, aku akan menumpang untuk satu
jangka masa yang lama di sini. Mujur Pak Lang dan Mak Lang yang merupakan
sepupu kepada ayahku mengizinkan aku menetap di rumah mereka sepanjang tempoh
aku menjalani latihan praktikal di Kuala Lumpur. Jika tidak, entah dimana aku
mahu tinggal.
“Ana ingat lagi
tak dengan rumah ni?” Pak Lang meletakkan kunci kereta miliknya di atas meja
kopi.
“Ingat, Pak Lang.”
Jawabku ringkas bersama senyuman kecil. Mana mungkin aku lupakan rumah ini
walaupun sudah banyak perbezaannya. Lima belas tahun terpisah jauh dari rumah
ini tidak langsung membuatkan aku menjadi lupa pada semua kenangan yang ada.
Aku masih ingat
setiap ruangan yang menempatkan kenanganku bersama Abang Naim. Zaman kanak-kanak
yang tidak pernah lekang dari ingatanku. Naim Zulkarnain! Lelaki itulah yang
amat aku kagumi sejak kecil. Dia pakar dalam semua perkara. Ketika rantai
basikalku tercabut, dialah yang membetulkannya semula. Di saat aku menangis,
dialah yang memujuk jiwa dengan menghadiahkan lolipop kepadaku. Pada waktu aku
terjatuh dan tercedera, dialah doktor pakar yang selalu memberikan rawatan
segera. Jadi amat mustahil untukku meninggalkan semua memori indah dahulu.
“Tak payahlah
nak malu-malu dengan Pak Lang dan Mak Lang, Ana. Kamu dah macam anak kami
sendiri.” Pak Lang mula bersuara sebaik saja duduk di atas sofa.
“Betul tu, Ana.
Tak ada apa yang nak dimalukan. Buatlah rumah ni, macam rumah Ana sendiri.”
Sambung Mak Lang, melengkapkan maksud Pak Lang.
“Terima kasih
Pak Lang, Mak Lang.” balasku penuh kesyukuran di dada.
“Ana duduk dulu,
ya. Biar Mak Lang ke dapur sekejap, buatkan ai.r” Mak Lang mula bangun dari
duduknya yang tidak lama mana.
“Biar Ana tolong.”
aku juga bingkas bangun. Tidak elok menjadi puan besar dalam rumah yang mana
aku duduk menumpang di dalamnya.
“Eh, tak payah.
Ana duduk aje, berehat dulu. Lama duduk dalam kapal terbang tu, mesti letihkan.
Biar Mak Lang yang buatkan.” Mak Lang enggan membenarkan aku membantunya.
“Iyalah, Ana.
Kamu duduk aje sini, temankan Pak Lang. Boleh kita berbual panjang. Lagipun dah
lama Pak Lang tak berbual. Nak harapkan Abang Naim kamu tu, tak ada maknanya.
Sejak kerja, bukan main sibuk lagi dia. Mengalahkan tokoh korporat” Pak Lang menggeleng-gelengkan
kepala.
Aku tersentak
saat nama Abang Naim keluar dari mulut Pak Lang. Nama itulah yang aku mahu
dengar khabarnya sejak dari tadi. Namun tidak ada seorangpun yang bersuara,
berceritakan tentang diri Abang Naim. Apa khabar agaknya Abang Naim? Bagaimana dia
kini? Masih ingatkah dia padaku? Soalan-soalan itu bermain-main di benak
fikiran. Rasa tidak sabar bertemu dengan Abang Naim. Secara jujurnya, aku amat
merinduinya. Sejak berpisah dengan Abang Naim dahulu, hatiku menjadi kosong,
dan kekosongan itu tidak pernah terisi sehingga ke hari ini.
“Abang Naim
kerja apa sekarang, Pak Lang?” soalku, cuba membuka lembaran kisah Abang Naim
yang sudah lama tidak aku ketahui.
“Abang Naim kamu
dah jadi kaunselor sekarang!” Pak Lang membuka kisah.
“Kaunselor? Wah,
hebat ya Abang Naim tu, Pak Lang,”
Aku terkejut menerima perkhabaran itu. Kaunselor! Memang sesuai dengan diri
Abang Naim.
“Dah rezeki dia,
Ana” Pak Lang memperlihatkan senyumannya. Pasti dia berbangga mempunyai anak
seperti Abang Naim.“Hah, yang Ana ni, praktikal kat company mana pula? Bila mulanya?”
“Esok dah mula,
Pak Lang. Company kecil aje. Buat
kerja-kerja printing.” Balasku.
“Tak apalah,
cari pengalaman dulu. Kerja kat mana-manapun sama aje, Ana. Yang penting niat
kita betul,” Pak Lang memberikan nasihat.
“Iyalah Pak
Lang, Ana pun tak kisah juga sebenarnya. Inipun mujur kawan Ana tolong dapatkan
tempat kat company abang dia. Kalau
tidak, tak tahulah Ana nak praktikal kat mana.” aku mula bercerita.
“Dah memang
takdir, Ana kena praktikal kat KL ni. Adalah hikmahnya tu.” Pak Lang masih
meneruskan bicara. “Habis tu, esok nak ke sana macam mana? Nak Pak Lang
hantarkan?” Pelawaan itu dibuat oleh Pak Lang.
“Eh, tak apalah,
Pak Lang. Ana naik PUTRA LRT ajelah.” Aku menolak bantuan yang ingin Pak Lang
hulurkan. Bukan apa, aku tidak mahu terus menyusahkan orang-orang di dalam
rumah itu. Dapat tumpang tinggal di situ saja sudah amat aku bersyukur
dengannya.
“PUTRA LRT? Ana
tahu ke?”
“Insya’Allah,
Ana tahu, Pak Lang. Lagipun kawan Ana dah bagi Ana kursus dulu dah sebelum Ana
sampai sini. Tak ada masalah rasanya.”
“Ikut suka Analah.
Tapi kalau perlukan apa-apa, jangan segan-segan pula nak bagi tahu Pak Lang.”
“Terima kasih,
Pak Lang.” Aku terus tersenyum.
AKU
membelek satu persatu pakaian yang ada di atas katil. Esok merupakan hari
pertama aku menjalani latihan praktikal. Aku tahu, aku harus berpenampilan
kemas. Tapi aku runsing, pakaian bagaimana yang perlu aku pakai? Kata
pensyarah, first impression sangat penting!
Jadi, adakah itu bermakna aku harus berpakaian formal? Aku mula kusut. Hendak
menghubungi Fina, telefon bimbitku kehabisan kredit pula.
“Argh...
pakai ajelah baju kurung ni, habis cerita.” aku sudahnya mencapai baju kurung
hijau berbunga jingga. Malas mahu memikirkan apa-apa lagi. Setelah tekad dengan
keputusan itu, aku kembali menyusun pakaian-pakaian yang tadinya aku lambakkan
di atas katil itu. Satu persatu aku sangkut pada penyangkut baju yang tersedia
ada di dalam almari kayu yang kosong.
Selesai
menyudahkan kerja-kerja mengemas baju. Aku terus saja keluar dari bilikuntuk
bertemu dengan Mak Lang bagi mendapatkan seterika. Aku mahu bersiap lebih awal.
Tidak mahu terkocoh-kocoh esok hari. Perlahan-lahan aku bawa kaki menuruni anak
tangga. Melilau mataku memandang ruang tamu. Namun tidak ada sesiapa di situ.
Aku teruskan juga langkah untuk menjejaki Mak Lang. Di dapur juga Mak Lang
tiada,jadi di mana mereka? Mungkin di dalam bilik, dugaku.
Aku
matikan niat untuk terus mendapatkan Mak Lang. Mustahil bagiku untuk mengetuk
pintu bilik Mak Lang. Tidak mahu menjadi pengganggu. Sudahnya, aku rebahkan
punggungku di atas sofa. Berehat seketika. Sempat juga mataku memandang jam
besar pada dinding rumah. Hampir pukul 10.30 malam. Nampak gayanya, aku harus
bangun lebih awal esok hari. Keletihan tiba-tiba saja terasa. Lantas aku
baringkan diri di atas sofa itu. Malas pula mahu melangkah, menaiki anak tangga
untuk menuju ke bilik.
“Macam
manalah dengan esok...” omelku sendiri. Tiba-tiba saja ada gentar menemani
hati. Lebih-lebih lagi apabila terfikirkan semua peringatan yang Fina berikan
tentang abangnya, merangkap bosku nanti.
“Baik
aku test, macam mana nak perkenalkan
diri esok. Tak adalah gabra nanti.” aku tersenyum.
“Hello everybody.My name is Marina and you
all can call me, Ana.” Aku terdiam
seketika. “Alahai, macam pelik aje, bunyinya. Cakap Melayu dahlah!” aku membuat
penilaian sendiri. “Cuba sekali lagi.”
“Assalamualaikum
semua. Nama saya Marina, boleh panggil saya, Ana je.” kali ini aku tersenyum.
Amat berpuas hati.
“Wa’alaikumusalam.”
Aku
tersentak apabila mendengar salam yang tidak aku berniat tujukan kepada sesiapa
itu, bersambut. Dengan pantas aku bangun daripada pembaringan dan menoleh ke
arah suara yang kedengaran jelas itu.
“Nama
saya Naim Zulkarnain, Ana boleh panggil saya, Naim.”
“Abang
Naim!” aku terkejut. Tidak pasal-pasal nama itu meluncur keluar dari mulutku.
“Abang
Naim? Erm... okey juga panggilan tu,” Abang Naim tersenyum nipis bersama
mukanya yang bersahaja. “Okeylah, Abang naik dulu.”Abang Naim akhirnya terus
berlalu begitu sahaja.
“Abang
Naim!” Pantas nama lelaki yang amat aku rindu itu, aku panggil. Abang Naim
kembali menghentikan langkahnya, menolehkan kepala, memandangku.
“Abang
Naim, ingat Ana lagi tak?” dengan berani aku bertanyakan tentang itu. Sekadar
ingin mengetahui apakah namaku masih tersimpan dalam memorinya.
“Ana,
budak manja yang selalu menangis tu, ke?” Abang Naim tersenyum lagi.
Aku
terkedu. Ternyata dia masih ingat padaku.
“Abang
naik dulu. Have a good rest.”
Aku
menganggukkan kepala. Hanya isyarat itu
yang dapat aku berikan sebagai balas kata. Hati berbunga bahagia. Sangat
gembira kerana Abang Naim masih mengingatiku, sama seperti aku mengingati
dirinya. Seorang lelaki yang akan sentiasa aku kagumi.
PAGI-PAGI
lagi, Fina sudah menghubungiku. Mengingatkan tentang itu dan ini. Kerisauan
yang dia tunjukkan membuatkan aku benar-benar terharu. Dia kawan baikku, dan
akan kekal menjadi kawan baikku buat selama-lamanya. Hakikat yang tidak mungkin
dapat diubah.
“Abang
aku tu, lain macam sikit orangnya. Kau jangan kecil hati pula.” Fina tidak henti-henti
memberikan amaran.
“Lain
macam apanya? Abang kau ada tiga kepala macam raksasa dalam cerita Ultraman tu,
ke? Atau dia ada kuasa sakti yang boleh buat aku menangis tak henti-henti?” aku
gelak. Sedikitpun tidak mengambil serius kata-kata Fina.
“Main-mainlah
kau, nanti dah kena, baru kau tahu langit tu tinggi ke, rendah. Masa tu nanti,
kau jangan kata aku tak pesan apa-apa pula.” Fina masih serius dengan katanya.
“Alah
Fina, janganlah marah. Aku bukan apa... hari tu, kau yang cakap kat aku yang
abang kau tu jenis yang pendiam, tak banyak cakap dengan orang lain. Hari ni,
kau cakap lain pula. Mana satu yang betul ni?”
“Memanglah
abang aku tu spesis yang pendiam. Tapi kalau dia dah start bercakap, boleh bernanah telinga orang yang mendengarnya, kau
tau tak!” Fina menjelaskan.
“Alah,
tak ada hallah. Pandai-pandailah aku nanti. Lagipun, orang yang pendiam ni,
senang nak handle,” aku cuba
menyakinkan Fina.
“Pandai-pandai
kaulah. Tapi jangan jatuh cinta dengan abang aku, sudah! Pantang datuk, nenek,
moyang aku, kalau kawan aku, suka kat abang aku.” sempat juga Fina memberikan
peringatan sama, yang pernah diperdengarkan padaku dulu.
“Alah
tak ada maknanya. Kalau jenis pendiam macam tu, jangan kata jatuh cinta, jatuh
suka pun belum tentu.” Dengan yakin aku melafazkan kata-kata itu.
“That’s
good! Okeylah, jalan elok-elok. Apa-apa hal nanti kau contact aku!”
“Okey,
adik bos!” Talian dimatikan sudahnya. Kemudian aku memasukkan telefon bimbitku
itu ke dalam beg tangan yang tidak berjenama yang sempat aku beli sebelum
berangkat ke Kuala Lumpur.
Setelah
menyarungkan jilbab jingga di kepala. Aku segera keluar dari bilik dan bergegas
menuruni anak tangga. Pak Lang, Mak Lang dan Abang Naim sudah mula menikmati
hidangan sarapan pagi sewaktu aku turun. Lantas aku mengambil tempat duduk di
sebelah Mak Lang setelah diarahkan oleh Pak Lang.
“Takkan
tengok aje, makanlah, Ana.” Mak lang mula menuangkan teh ke dalam cawan. Cawan teh
itu kemudiannya diserahkan padaku.
“Terima
Kasih, Mak Lang.” aku menyambut cawan teh yang dihulurkan itu.
“Naim,
alang-alang kau nak pergi kerja ni, kau tolong hantarkan Ana kat stesen PUTRA
sekali, boleh? Takkan kita nak biarkan Ana jalan kaki. Ana bukannya biasa lagi
dengan tempat ni.” Pak Lang mengarahkan Abang Naim.
Pantas
mata Abang Naim memandangku. Kemudian dia mengerling jam ditangannya. Aku pula
kelu. Mencari kata untuk menolak cadangan Pak Lang itu. Daripada pemerhatianku,
dapat aku rasakan yang diasebenarnya keberatan untuk menumpangkan aku. Mungkin
dia sendiri sudah terlewat.
“Boleh
tak ni?” Pak Lang bertanya sekali lagi.
“Tak
apalah Pak Lang. Biar Ana jalan kaki aje. Lagipun, bila lagi Ana nak biasakan diri
dengan kawasan sini,” aku terlebih dahulu bersuara. Tidak mahu menyusahkan Abang
Naim mahupun sesiapa. Mujur ada juga alasan yang muncul di minda.
“Biarlah
Ana belajar berdikari, ayah. Lagipun dia dah besar. Dia tahulah nak jaga diri.”
Jawapan
yang Abang Naim berikan membuatkan aku tidak tertelan roti bakar yang sudahpun
aku kunyah lumat itu. Rasanya, Abang Naim di hadapanku kini, bukan lagi Abang Naim
yang pernah aku kenal dulu. Tiba-tiba sahaja ada rasa sedih di hati. Kerinduan
pada Abang Naim yang selalu menjadikan aku sebagai keutamaannya muncul kembali.
Ternyata masa telah merubah segalanya.
“Ana
pergi dulu ya, Pak Lang, Mak Lang.” pantas aku bangun, bersalaman dengan kedua
orang tua itu, mahu segera bergerak meninggalkan meja makan. Bukan merajuk pada
sesiapa, namun situasi sebegitu hanya menjerat diriku sendiri. Risau jika
kehadiranku hanya menimbulkan rasa susah mereka.
“Biar
Pak Lang hantarkan Ana, ajelah.” Pak Lang mula berdiri.
“Eh,
tak apalah Pak Lang. Ana memang nak pergi sendiri. Pak Lang tak payah
susah-susah. Betul cakap Abang Naim, Ana kena belajar berdikari,” aku tidak
membenarkan Pak Lang meneruskan niatnya. “Ana pergi dulu ya, assalamualaikum.”
kakiku melangkah laju, meninggalkan mereka semua. Aku berharap, semoga itu
merupakan kali pertama dan kali terakhir situasi sebegitu terjadi padaku.
AKU
memandang bangunan kedai tiga tingkat di hadapanku itu. Papan tanda yang
tertulis perkataan Arena Printing Enterprise jelas kelihatan pada lot kedai
paling hujung.Aku kembali melipat kertas yang terlakar peta perjalanan dari
Stesen Masjid Jamek hinggalah ke bangunan berwarna merah bernyala itu. Tepat
sekali lakaran Fina. Langsung aku tidak sesat. Bangunan merah bernyala itu
masih aku renung. Sudah kelihatan sepert balai bomba sahaja. Mengenangkan itu,
aku ketawa sendirian.
Setelah
menarik nafas panjang, aku mula melangkah menghampiri bangunan itu. Aku ingin
terus masuk ke dalam bangunan Arena Printing Enterprise, namun laluanku di
halang oleh seorang lelaki yang begitu khusyuk membaca akhbar di hadapan pintu
kaca syarikat itu. Mungkin pengawal keselamatan di situ.
“Assalamualaikum
encik, tumpang lalu, boleh?” akhirnya aku bersuara. Tidak sanggup berdiri lebih
lama di situ.
Lelaki
berpakaian serba hitam itu menghentikan bacaannya. Surat khabar yang tadinya
menutup wajahnya, kini tidak lagi menjadi penghalang. Wajah lelaki itu jelas
kelihatan. Dia hanya memandangku tepat, dari atas hingga bawah. Berulang kali
dia memandangku begitu, membuatkan aku rasa tidak selesa.
“Kenapa
encik pandang saya macam tu? Saya pakai baju terbalik, ke?” soalku, sengaja
menyedarkan dirinya bahawa pandangannya itu merimaskan diriku.
“Kausiapa?”
lelaki itu kembali menyoal.
Aku
tersentak. Kasar sungguh bahasa lelaki itu. Sudahlah pakaian macam orang jahat.
T-shirt hitam, jeans hitam, Kasut hitam. Perangai pun hitam juga. Dah sah-sah
gelap masa depan!
“Encik
ni siapa pula? Tiba-tiba aje nak tanya saya siapa, apa hal?” Aku tunjuk garang.
Sama seperti pesan emak. Perlu berhati-hati dengan sesiapapun juga. Lelaki itu
tidak mampu membalas kata-kataku. Jadi, kemenangan berpihak padaku.
“Apa
kes ni?” tanya seorang lagi lelaki yang tiba-tiba saja muncul di situ.
Aku
jadi cuak seketika. Mana tidaknya, dibuatnya lelaki yang satu itu pun bersekutu
dengan lelaki serba hitam itu, mahu nahas aku jadinya.
“Joe,
kau tolong settlebudak ni. Menyemak
aje!” lelaki serba hitam itu terus saja berlalu pergi setelah mengeluarkan
arahan itu kepada lelaki yang seorang lagi.
Aku
hanya mampu memandang lelaki itu pergi dengan penuh rasa marah. Boleh pula dia
kata aku menyemak! Hatiku betul-betul sakit. Kurang ajar sungguh! Jerit hatiku.
“Adik
ni, nak cari siapa?”
Pandanganku
pada lelaki yang tidak aku tahu namanya itu mati begitu saja apabila lelaki
yang bernama Joe itu memulakan pertanyaan.
“Saya
student praktikal kat sini. Saya nak
daftar diri, jadi boleh saya jumpa dengan Encik Muhammad Afdhal?” Aku segera
mengeluarkan fail dari dalam beg tanganku. Surat pengesahan penerimaan dan
penempatan praktikal aku tarik keluar dari dalam fail, lalu aku menyerahkannya
kepada Joe sebagai bukti.
“Lah...
kenapa tak cakap dari tadi?” Joe tersenyum.
“Kenapa
pula encik?” aku bertanya apabila rasa tidak sedap hati mendengar nadanya itu.
“Yang
tadi tulah, Encik Muhammad Afdhal.”
“Hah?”
Fail di tanganku, terlepas dengan serta merta. Rasa seperti tidak mahu percaya
dengan apa yang baru saja aku dengar. “Betul ke ni, encik?” walaupun aku sudah
mengetahui hakikatnya, tapi aku tetap mahu bertanya sekali lagi.
“Iya,
betul. Dah, tak payah nak formal sangat kat sini. Panggil Abang Joe pun dah kira
okay. Tak payah nak berencik-encik! Kerja kat sini tak payah nak berprotokol,
redah aje. Apa-apa hal pun, jom kita bincang kat dalam office.” Joe membuka pintu kaca seluas-luasnya setelah mengutip
failku di atas lantai kaki lima. Setelah fail itu dikembalikan kepadaku, Joe
mempersilakan aku masuk ke dalam pejabat.
Dengan hati yang
berat, aku melangkah juga. Muhammad Afdhal? Tidak sesuai sungguh nama itu
dengan dirinya! Aku tahu, aku akan berhadapan dengan masalah besar di situ. Aku
menampar pipiku perlahan, memang sengaja mencari nahas! Habislah...
Bersambung.....
Kata AH :
Assalamualaikum n salam ukhwah. Aduh, lama sungguh AH x update blog rupanya. Jadi untuk kembali memeriahkan blog AH ni, AH mulakan dengan mempamer karya Jangan Jatuh Cinta. Actually, karya ini AH ada letakkan pada laman penulisan2u.my. Tapi cuma ada 2 bab di sana. Insya'ALLAH AH akan sambung di sini juga. Selamat membaca... :)
31 comments:
Wahh... novel baru lagi. Hebat la AH ni... selalu byk idea. Oh, selalu publish penulisan kat p2u ek? Sofia pn dah lama x update kat p2u tu. Hehe...
Dah lama adah x update novel baru. X sbr nak tunggu cite selanjutnya. Cepat2 upload ye. BTW.... Apa kesudahan cerita SAC. Puas sya tunggu ...:(
Wah, best sangat! Lama tak jengah blog ni. Rindu dengan karya-karya kak Adah. :D
best. bila nak sambung ni.
Cepat cepatlah Adah sambung cerita ni. Seksa tunggu lama -lama. Suka dengan watak Naim dan Afdhal. Mana satu pilihan Ana saya suka je.Mula mula baca akak dah senyum dah. Sudah parah!
Adah cepat2 upload. Penat tunggu tau.
hi2.. x baru sgt... projek lama terbengkalai sebab2 tertentu... jadi kontraktor nk mulakan semua... hi3 tq selamat mmbaca :)
Terima kasih... Insya'ALLAH SAC sudah ada di tangan penerbit... tunggu sikit masa lagi untuk dipasarakan. Nanti adah maklumkan ya... terima kasih sudi menunggu n sentiasa mengikuti karya2 adah. Sgt adah hargai :)
Hi3... akak pun... rindu dgn komen2 Fifah juga... teruskan menyokong akak ya... ;)
Insya'ALLAH adah cuba postkan secepat mungkin ya... ;)
Incha... Insya'ALLAH akak cuba sambung cepat2... btw.. thnks sudi mengikuti kisah mereka... hi2 nanti kita tngok siapa jd pilihan hati okay... thnks :)
Insya'ALLAH sepantas kilat adah upload... hi2 tq :)
ok.. jatuh cinta pandang pertama dgn abg naim..
hihi...
hai adah.. peminat JDC dah mula nak menyibuk kat sini..
:) i follow..
https://bayanlarsitesi.com/
Cihangir
Heybeliada
Yalova
Adana
İZUF
elazığ
erzincan
bayburt
tunceli
sakarya
BQ0GE
whatsapp goruntulu show
show
6JGWM
ankara parça eşya taşıma
takipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
6DSİ
uşak evden eve nakliyat
balıkesir evden eve nakliyat
tokat evden eve nakliyat
kayseri evden eve nakliyat
denizli evden eve nakliyat
YGNK0C
istanbul evden eve nakliyat
konya evden eve nakliyat
düzce evden eve nakliyat
bursa evden eve nakliyat
diyarbakır evden eve nakliyat
57THB
2F799
Düzce Evden Eve Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat
Burdur Evden Eve Nakliyat
Balıkesir Evden Eve Nakliyat
Çanakkale Evden Eve Nakliyat
E1E2C
Bayburt Parça Eşya Taşıma
Edirne Evden Eve Nakliyat
Sivas Lojistik
Gölbaşı Parke Ustası
Pursaklar Fayans Ustası
Ankara Lojistik
Samsun Evden Eve Nakliyat
Sinop Şehirler Arası Nakliyat
Bilecik Parça Eşya Taşıma
2DCA2
Mersin Lojistik
Tunceli Evden Eve Nakliyat
Ünye Kurtarıcı
Kırşehir Lojistik
Çerkezköy Asma Tavan
İstanbul Lojistik
Amasya Şehir İçi Nakliyat
Antalya Şehirler Arası Nakliyat
Kocaeli Şehir İçi Nakliyat
8A27B
Maraş Lojistik
Ardahan Lojistik
Paribu Güvenilir mi
Sinop Şehirler Arası Nakliyat
Antalya Rent A Car
Çerkezköy Parke Ustası
Çerkezköy Boya Ustası
Ünye Organizasyon
Çerkezköy Marangoz
45079
binance indirim kodu %20
A8E5C
https://referanskodunedir.com.tr/
8FDB7
%20 komisyon indirimi
A84D1
bitlis yabancı görüntülü sohbet
Rize Sesli Sohbet Odası
Antalya Canli Sohbet Bedava
Nevşehir Kadınlarla Sohbet Et
ankara yabancı sohbet
Ardahan Görüntülü Sohbet Odaları
bingöl bedava sohbet odaları
tokat sesli sohbet siteler
Urfa Kadınlarla Sohbet
CE2F7
Telegram Abone Satın Al
Facebook Sayfa Beğeni Satın Al
Coin Madenciliği Siteleri
Binance Referans Kodu
Linkedin Takipçi Satın Al
Anc Coin Hangi Borsada
Coin Madenciliği Nedir
Tiktok Takipçi Satın Al
Binance Hesap Açma
CBB9F07313
instagram takipçi alma güvenilir
50A97F1B89
fake takipçi
Brawl Stars Elmas Kodu
Raid Promosyon Kodu
Township Promosyon Kodu
Dragon City Elmas Kodu
Türkiye Posta Kodu
MFF Kupon Kodu
Footer Link Satın Al
101 Okey Vip Hediye Kodu
D57F1CF545
düşmeyen takipçi satın al
Titan War Hediye Kodu
Google Haritalara Adres Ekleme
Zula Hediye Kodu
Hay Day Elmas Kodu
Whiteout Survival Hediye Kodu
Google Yorum Satın Al
Dragon City Elmas Kodu
Footer Link Satın Al
Post a Comment