Tuesday, March 22, 2011

Cerpen : BUDAK NEWSPAPER


ENJIN MOTOR kapcai peninggalan arwah ayahku, aku hidupkan. Satu-satunya harta yang ditinggalkan untuk aku. Cubaan pertamaku untuk menghidupkan enjin motor tuaku itu tidak berjaya, lalu aku cuba buat kali yang kedua.
            “Ish, motor ni. Time orang nak cepat pula dia nak buat hal!” aku cuba buat kali ketiga, namun masih tidak berhasil.
            “Aku bagi kau peluang terakhir, kalau kau tak nak hidup juga kali ni, aku jual kau kat kedai besi buruk!” Aku mencekakkan pinggang, memberi amaran keras pada motor yang tidak bernyawa itu. Amaran bodoh daripada orang yang juga tak berapa nak pandai. Mana mungkin aku dapat membeli motor baru dengan pendapatan yang tak banyak mana. Dalam bab makan pun ada kalanya aku terpaksa membuat catuan kerana kekurangan duit di poket. Inikan pula nak beli motor baru? Jangan harap, silap-silap sampai ke tua aku harus menggunakan motor itu sebagai pengangkutan sehari-harian.
            Nak salahkan siapa? Mak dan ayah? Tidak! Mereka tidak layak untuk dipersalahkan kerana sesungguhnya merekalah insan yang tidak sudah-sudah memberikan nasihat dan menunjuk jalan, sedangkan aku? Hanya tahu membazirkan masa. Makanya, orang yang harus dipersalahkan sepenuhnya ialah diriku sendiri. Mana tidaknya, waktu orang lain sibuk belajar, berusaha keras mengejar cita-cita, aku pula sibuk bermalas-malas seolah-olah aku ialah anak kepada Donald Trumph, jutaan dunia. Sekarang, aku sendiri harus terima padah atas kelalaianku dahulu.
Hari ini barulah aku sedar apakah yang dimaksudkan dengan cita-cita. Kalaulah aku boleh putarkan masa kembali, sudah pasti aku akan tekun belajar dan berusaha menjadi menteri pendidikan negara. Hahaha… sebab teringin pula rasanya nak berdiri di hadapan khalayak ramai dan menyampaikan pesanan supaya generasi hari ini belajar bersungguh-sungguh. Namun apakan dayaku, itu cuma impian yang tak mungkin jadi kenyataan kerana hakikatnya hari ini aku hanyalah seorang pekerja biasa. Dan pada ketika ini aku harus segera menggerakkan kenderaanku, pergi mendapatkan bekalan surat khabar yang harus aku edarkan kepada pelanggan-pelanggan tetap di kawasan perumahan teres dua tingkat, tidak jauh daripada rumah flat yang aku kongsi bersama kawanku, Mira sejak lima bulan yang lalu. Ya, itulah tugasku menjelang sinar pagi. Kerja sambilan itu harus aku laksanakan bagi menampung keperluan poket yang asyik kontang lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.
“Hah, hidup pun kau. Tahu takut!” aku segera menyarung topi keledar di kepala dan meluncur laju menuju ke destinasi yang menjanjikan sesuap nasi untuk pagi dan malam.
Pagi ini aku terpaksa bekerja dengan lebih pantas dan tangkas. Semuanya gara-gara terlebih tidur. Jika aku masih berlengah-lengah seperti hari-hari selalu, itu tandanya aku bakal mendengar suara megah Puan Tan, memecat aku dari kedai dobi miliknya juga tidak jauh dari kawasan perumahan ini. Puan Tan memang garang, lebih-lebih lagi apabila aku tiba lewat di dobinya itu. Jadi aku harus mengelakkan ia daripada berlaku bagi menyelamatkan satu-satunya kerjaya tetapku itu sekaligus mengelakkan diriku daripada disumbat ke dalam mesin basuh besar miliknya.
            Sampai saja di kawasan perumahan itu aku segera memasukkan naskah-naskah akhbar ke dalam peti surat dari rumah ke rumah yang melanggan. Tidak ada masa lagi bersenang-senang, bekerja sambil menghirup udara nyaman pagi. Apa yang harus aku kejarkan ialah, aku harus selesai menyudahkan kerja-kerja mengedar surat khabar sebelum jam 8.30 pagi. Jika tidak, pasti nahas menanti dengan senyuman.
            Bunyi bising salakkan anjing membuatkan aku menggeleng kepala sambil memandang ke arah anjing yang mengeluarkan suara. Sudah hampir dua bulan aku bekerja, namun anjing itu masih tidak dapat mengecam diriku dan bunyi motorku ini sedangkan setiap pagi aku akan  memasukkan senaskah surat khabar ke dalam peti rumah tuannya itu. Rasanya, tiang elektrik di situ lebih mengenaliku berbanding anjing itu.
            Seperti selalu, sempat juga aku menunjukkan penumbuk ke arah anjing itu sebelum berjalan meninggalkan rumah terakhir yang menerima naskah surat khabar di fasa itu. Mujur juga anjing itu dirantai ketat pada tiang besi rumahnya, jika tidak, mana mungkin aku berani menunjukkan buku limaku itu. Aku tersenyum, sambil melambaikan tangan pada anjing yang pastinya kempunan mahu mengejarku, aku memecut laju motor kapcaiku itu dan membuat pusingan ‘u’ meninggalkan kawasan perumahan. Ini bermakna, tinggal satu fasa kawasan perumahan yang harus aku selesaikan membuat penghantaran.  
            Melihat kereta Toyota Vios yang tiba-tiba saja muncul entah dari arah mana, aku menjadi terkejut. Jarak yang tidak sebesar mana membuatkan aku segera membelok pantas. Namun bunyi geseran masih juga kedengaran di telingaku. Aku akhirnya terjatuh apabila hilang imbangan. Badan-badanku terasa sakit terutama tangan dan sikuku. Aku bangun perlahan kemudian melihat sikuku yang mula mengalirkan darah perlahan. Kemudian mata aku singgahkan pula pada naskah-naskah surat khabar yang berselerakkan di jalan tar itu. Mula ada rasa marah dalam hatiku!
            “Woi budak! Mata kau letak kat mana?”
            Tanpa belas kasihan, lelaki yang keluar tergesa daripada perut keretanya itu melemparkan ayat yang menambahkan kesakitan yang ada. Aku pula bukanlah spesis manusia penyabar, mahu saja rasanya beradu tenaga dengan lelaki yang berlagak bagus itu. Namun apabila difikirkan tentang tentang keselamatanku dan taraf kejantinaanku, aku mematikan niat yang ada. Lebih-lebih pula aku tidak pernah menyertai mana-mana kelas mempertahankan diri. Jadi pada saat ini, adalah wajar untukku melindungi diri dan sekadar memerhati reaksi lelaki itu sahaja.
            “Tengok ni, tak pasal-pasal calar kereta aku!” Marah lelaki itu lagi.
            “Bukan saya sengaja pun, ingat saya suka sangat ke aktiviti langgar-melanggar ni,” balasku selamba, sakit hati terus-terusan dipersalahkan.
            “Kau tak ada mata ke?” lelaki itu masih tak puas hati.
            “Abang pun takkan tak ada mata? Sama-sama tak nampak, kenapa saya seorang aje yang dipersalahkan? Mana letakknya keadilan?” aku tidak mahu kalah dengan lelaki itu. Mentang-mentanglah aku perempuan dan lebih muda daripada dia, jangan ingat  aku dengan mudah-mudah mengaku salah dan kalah.
            “Menjawab kau ya! Tak kira, aku nak kau bayar ganti rugi!” lelaki itu cuba merumitkan keadaan.
            “Saya nak bayar dengan apa? Ingat saya banyak duit ke?” balasku jujur. Sakit di tangan dan beberapa anggota badan masih terasa, tapi aku tahankan juga.
            “Aku peduli apa! Kau yang langgar kereta aku kan? Kaulah yang bertanggungjawab.” lelaki itu membeliakkan matanya.
            Aku mula menyumpah dalam hati. Muka aje hensem, tapi perangai… boleh buat aku beristigfar panjang. Tak logik langsung! Kenapa aku pula yang kena bayar ganti rugi, padahal rasanya kerosakkan motorku lagi teruk. Mana tidaknya, motorku sudah separuh abad, sedangkan keretanya kelihatan masih baru dan memancar-mancar sinarnya.
            “Alah, bukan remuk pun kereta abang tu. Calar sikit aje, itupun nak berkira. Saya yang cedera ni, siapa pula yang nak bertanggungjawab? Abang nak bayar ke duit rawatan saya? Tak nakkan?” aku membuat serangan balas. Mana mungkin aku bertahan lebih-lebih lagi melihat kereta menjalar di depanku itu. Kalau aku ikutkan kehendak lelaki itu, mahu habis dua bulan gajiku. Kalau gajiku tak ada? Macam mana aku nak makan? Jadi aku harus bertahan selagi terdaya. Duitku... hakku!
            “Aku ke yang suruh kau langgar kereta aku? Kau yang langgarkan? Kau pandai-pandailah settle sendiri.”
            Aku bertambah panas dengan lelaki di hadapanku itu. Dahlah tak tahu etika bermasyarakat, tak reti teknik-teknik nak berhemah pula tu. Orang-orang macam inilah yang menyebabkan usaha-usaha kerajaan menjalankan kempen budi bahasa dan sopan santun menjadi sia-sia.
            “Suka hati abanglah!” aku segera  mengangkat kembali motorku dengan penuh daya dan mengutip setiap naskah surat khabar yang bersepah itu dengan segara. Malas mahu melayan karenah lelaki yang entah apa-apa itu. Meluat!
            “Woi, budah newspaper! Kau jangan nak lari!”
            Budak newspaper, dia panggil aku! Marah dihati mula sampai pada paras yang membolehkan darurat diumumkan. Kalau ikutkan tahap marahku pada saat ini, mahu saja aku menempeleng lelaki itu. Lantas aku palingkan wajah, membuat renungan tajam. Tapi renunganku itu automatik bertukar menjadi tumpul apabila melihat lelaki itu berjalan menghampiriku.
            “Eh, budak! Senang-senang aje kau nak lepas diri ya.”
            “Kan saya dah kata, saya tak ada duit! Abang ni tak faham bahasa melayu ke? Kalau abang nak juga ganti rugi, saya bayar bulan-bulan bolehlah. Satu bulan RM50, tak boleh lebih!” aku balas jua, walaupun hati sudah segunung getar memandang mata lelaki itu.
            Lelaki itu memandangku lama seolah-olah ada sesuatu yang cuba difikirkan. Kemudian dia tersenyum kecil ke arahku. Senyuman aneh yang membuatkan aku berasa tidak sedap hati. Saling tidak tumpah macam senyuman Ahmad Nisfu, ketua penjahat di penambang, Kampung Pinang Sebatang.
            “Okey, aku boleh anggap semua settle, tapi dengan satu syarat!” masih ada senyuman di bibir lelaki itu.
            “Aik... semacam aje ni bang! Siap bersyarat-syarat pula. Nak bayar saman pun tak susah macam ni!”
            “Kau jangan banyak cakap boleh tak? Dengar sini baik-baik. Mulai hari esok, kau kena kerja dengan aku sampai hutang kau selesai, faham!” lelaki itu membuat kejutan.
            “Kerja dengan abang? Kerja apa? Ada gaji tak?” segera aku bertanya, ini sudah cukup baik. Ini bermakna ada lubang kerja baru buatku. Yes! Duitku bakal bertambah.
            “Gaji apanya…kerja freelah. Dahlah kau berhutang dengan aku, nak aku bayar gaji kat kau pula. Banyak cantik muka kau.”
            Terus patah semangatku yang tadinya menggunung tinggi mendengar penjelasan itu.  “Kerja amallah ni! Aduhai… iyalah, apa kerjanya?” aku sudah putus semangat.
            “Senang aje. Aku bagi kau kerja yang dah biasa kau buat!”
            “Iyalah... apa kerjanya, cakaplah cepat. Saya banyak kerja lagi ni!”
            “Sabarlah, nak cakaplah ni. Mulai esok, kau kena jadi penghantar bunga kat seseorang. Senangkan?”
            “Tu aje?” aku soal lagi. Ingatkan dia nak lantik aku jadi pembantu peribadi dia. Ceh, buang karan aje. Nak tak nak, terpaksalah juga aku ikutkan kehendak lelaki itu, tidak mahu memanjangkan cerita. Aku cuba memendekkan masa. Takut nanti aku pula yang jadi mangsa dan terus teraniaya.“Habis tu, minyak motor saya ni siapa nak bayar? Takkan saya juga?” aku meminta kepastian.
            “Oh, kalau aku berkira, kau marah. Kalau kau, tak apa pula! Dahlah, tak payah risau, aku ni bukannya kedekut sangat! Esok pagi jumpa aku kat sini tepat pukul 8 pagi. Aku akan bagi arahan seterusnya!” lelaki itu terus saja berlaku, berjalan masuk ke dalam keretanya sebaik sahaja menyampaikan titah itu.
            “Orang macam ni pun ada? Macam-macam hallah!” perlahan ayat itu keluar daripada mulutku sambil melihat lelaki itu menutup pintu keretanya. Aku kemudian berpaling dan menyambung kembali tugas mengutip naskah surat khabar yang masih ada di atas jalan.
            “Woi budak newspaper... esok jangan lambat!”
            Jeritan kuat lelaki itu membuatkan aku kembali menoleh memandang dirinya yang mengenyit mata padaku bersama senyuman jahat yang sama seperti tadi. Kemudian lelaki itu membawa keretanya meluncur laju meninggalkan aku sendiri.
            “Kurang asam!” balasku akhirnya.


TEPAT pukul lapan pagi aku dah terpacak kat tempat kejadian semalam. Menunggu lelaki yang membuatkan tanganku cedera dan duit poketku terbang melayang sebanyak RM50 gara-gara mendapatkan rawatan doktor. Itu belum lagi kisah aku dipecat oleh Puan Tan atas sebab lewat dua jam ke tempat kerja. Mana nak sempat, nak habiskan kerja hantar surat khabar lagi, nak pergi klinik lagi. Mestilah makan masa! Tapi nak buat macam mana, jodohku dengan kedai Dobi Star tidak panjang mana. Aku redha, tak apalah, aku akan cari kerja lain sebaik saja selesai kerja amal, menghantar bunga ini selesai.
            Hampir lima belas minit kat situ, barulah kereta vios muncul. Terus aku tanggalkan topi keledar di kepala dan turun daripada motor.
            “Assalamualaikum bang!” aku memulakan bicara sambil mengangkat tangan sebaik sahaja lelaki itu turun daripada keretanya. Menunjukkan betapa aku sudah bersedia menjalankan tugasku sekaligus membayar kembali hutang-hutangku padanya. Lelaki itu aku perhatikan membawa bersamanya sejambak bunga ros merah yang segar dan indah. Aku tersenyum melihat bunga itu. Alangkah bestnya, kalau bunga itu ditujukan untukku. Wah, pasti aku akan terbang  ke langit ke tujuh dengan penuh kegembiraan. Berhenti berangan! Akal memberi amaran. Ada tugas penting yang perlu aku selesaikan.
            “Nah, ni alamatnya,” lelaki itu menyerahkan secebis kertas yang tertulis alamat yang harus aku tujui. Salam yang aku hulurkan tidak dijawabnya. Hatiku jadi tertanya, tidakkah dia tahu bahawa menjawab salam itu adalah wajib hukumnya! Entahlah, tak tahu mahu kata apa! Tapi mana tahu dia dah jawab dalam hati. Tiba-tiba saja ada satu suara yang menyokong lelaki di hadapanku itu. Betul jugakan! Hatiku cuba berbaik sangka.
            Ain Insyirah! Sedap nama gadis itu. pasti orangnya juga cantik! Bisik hatiku sendiriaan apabila melihat cerbisan kertas yang diserahkan kepadaku itu. Jadi tugasku sekarang ialah, menghantar bunga kepada pemiliknya.
            “Ini bunganya, jaga elok-elok. Pastikan bunga ni sampai pada orangnya. Faham!”
Aku sekadar mengaggukkan kepala, tanda memahami arahan yang diberikannya itu.
            “Yang ni pula, ucapan yang kau kena sampaikan pada dia. Sampaikan dengan penuh perasaan, hafal setiap perkataan yang aku tulis ni, kalau boleh jangan tengok kertas,” kini lelaki itu menyerahkan pula sekeping kertas yang tertulis beberapa potong ayat di atasnya. Aku merenung ayat itu lama.
            “Alahai, pasal apa pula saya kena bacakan ucapan ni, ingat saya dejeey radio ke? Saya dah setuju nak tolong hantarkan bunga ni pun dah kira baik. Tak nak! Saya tak nak memalukan diri saya sendiri. Selit ajelah kertas ni kat bunga ros, mesti dia baca punyalah!” aku menolak arahan yang baru saja aku terima. Mana mungkin aku mampu menyampaikan ucapan jiwang itu. Melihat kata-kata yang tertulis di atas kertas itu saja telah membuatkan tekakku loya, nak termuntah rasanya.
            “Ewah… ewah, banyak hal pula kau ni ya. Kalau aku suruh tu, kau buat ajelah.” lelaki itu mula mencekakkan pinggangnya.
            “Tak nak! Nah, ambil balik semua ni. Abang hantarlah sendiri, abang cakaplah sendiri. Saya tak kuasa nak layan. Apa nak jadi… jadilah!” aku menyerahkan kembali semua yang tadinya ada denganku. Aku tidak mahu melakukan kerja bodoh itu. setakad menghantar bunga, itu tidak menjadi masalah padaku. Tapi nak jadi penyampai hasrat hati dengan ayat-ayat yang meremangkan bulu roma, baik tak payah! Lantas aku segera berjalan mendapatkan kembali motorku yang tidak jauh mana sambil memakai topi keledar. Gila ke apa, lelaki ni. Tak gentlemen langsung! Hatiku menjadi marah.
            “Woi budak newspaper, kalau kau tak nak buat semua kerja ni, kau tunggulah surat saman sampai.”
            Langkah kakiku terhenti mendengarkan kata-kata berupa ugutan itu. Jantung berlari kencang saat itu. Saman? Nak kena naik mahkamahlah ni? Kalau naik mahkamah nak kena ada peguam kan? Kalau nak guna khidmat peguam, mesti kena bayar juga? Kalau kalah kes lagi banyak nak kena bayar! Aduh, mula ada penyesalan atas tindakan meluluku sebentar tadi. Nak bayar yuran guaman pun tak ada duit, inikan pula nak bayar saman. Kalau ikutkan kes-kes yang biasa keluar kat dalam surat khabar, berjuta-juta tuntutan yang kena bayar! Aduh, manalah aku nak cekau duit? Dalam bank aku pun tinggal RM100 saja, mana cukup!
            “Nak pergi hantarlah ni, nak gurau-gurau pun tak boleh!” segera aku mendapatkan semula jambangan bunga dan kepingan kertas yang ada pada tangan lelaki itu. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan menurut saja perintah lelaki itu. Kalaulah aku banyak duit, tak payah aku bersusah payah mengikut arahan  bodoh itu.
            “Buat kerja tu elok-elok. Sambil bagi bunga, baca ucapan tu sekali dengan sepenuh hati. Nanti pukul enam petang, jumpa aku kat sini!”
            “Hah, nak buat apa pula? Nak kena hantar bunga lagi ke?” Soalku kembali.
            “Bukan. Aku nak laporan daripada kau. Dahlah, kalau rasa-rasa tak nak kena saman, datang aje. Jangan banyak cakap!” selesai memberi arahan terakhir itu, dia terus melangkah masuk ke dalam keretanya.
            Aku pula memandang jambangan bunga berserta ayat-ayat jiwang yang entah dari mana lelaki itu dapatkan dengan hati yang membengkak. Satu persatu patah perkataan itu aku renung lama. Macam mana aku nak hafal ucapan itu kalau melihatnya saja sudah kembang tekakku!
“Di kala ada bulan dan matahari, di kala ada malam dan pagi, di waktu itulah wajahmu sentiasa menjelma di hati. Biarkanlah bunga-bungaan wangi ini menjadi penyeri dirimu sepanjang hari kerana senyumanmu amat manis di mata hatiku…”
“Uweekk!!” terasa ingin keluar isi perutku ini apabila membaca ucapan itu berulang kali. Bagaimana harus aku menghafalnya? Sukar dan mungkin juga tidak dapat aku lakukan.

 “BOLEH saya bantu?” soal penyambut tetamu yang berada di lobi bangunan pejabat yang tingginya bertingkat-tingkat itu.
            “Boleh saya jumpa Ain Insyirah? Saya nak hantar bunga ni pada dia.” Terus sahaja aku bertanya. Sebenarnya sebelum memasuki bangunan ini tadi aku berniat untuk melarikan diri dari melakukan kerja merepek ini. Tapi aku tahu, aku tidak boleh sama sekali melakukannya kerana pasti lelaki tak masuk akal itu akan menjejaki aku. Jadi tak pasal-pasal aku turut sama terlibat dalam episod percintaan mereka berdua.      
“Oh, sekejap ya, cik. Saya panggilkan,” wanita muda itu mengangkat ganggang telefon, lalu mula mendail nombor.
            “Terima kasih!” Balasku sambil rambang mata memandang keadaan sekeliling dalam bangunan itu.
            “Sebentar ya cik, sekejap lagi dia Cik Ain Insyirah turun.”
            Kata-kata wanita itu melegakan hatiku. Dan kini, aku cuba ingat kembali ucapan yang perlu aku sampaikan pada Ain Insyirah.  Rasanya ingat kut! Tiba-tiba saja ada keyakinan itu sedangkan hanya beberapa kali saja aku mengulangi ucapan itu.
            “Siapa yang nak jumpa dengan saya ya?”
            Aku memusingkan badan apabila mendengar pertanyaan itu. terpegun aku seketika melihat kecantikan wanita itu. Kulitnya mulus dan bersih, rambutnya pula beralun lembut dan senyumannya amat cantik lebih-lebih lagi dihiasi dengan lesung pipit. Patutlah lelaki tak masuk akal tu gila bayang sampai sanggup bagi ucapan merapu.
            “Di saat…” dalam banyak-banyak perkataan yang ada dalam ucapan yang aku hafal, hanya perkataan itu yang mampu aku ingat. Alamak macam mana ni? bunga sudahpun aku hulurkan padanya. Wanita itu mengerutkan dahinya, mungkin tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Beberapa pekerja yang bertugas di kaunter menjadi penonton setia babak itu.
            “Sekejap ya, cik!” aku tersenyum kelat. Kemudian terpaksa juga aku keluarkan kertas yang mengandungi ucapan yang tidak berjaya aku hafal itu. Ada baiknya kalau aku baca saja ucapan itu dengan melihat pada kertas. Itu lebih mudah dan menjimatkan masa.
Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan bacaan ucapan yang memualkan itu. Namun bila melihat pekerja-pekerja di kaunter pertanyaan masih terus setia menyaksikan adegan itu. Terpaksa juga aku tarik tangan Ain Insyirah dan membawanya jauh dari situ.
            “Ehem… ehem… Di kala ada bulan dan matahari, di kala ada malam dan pagi, di waktu itulah wajahmu sentiasa menjelma di hati. Biarkanlah bunga-bungaan wangi ini menjadi penyeri dirimu sepanjang hari kerana senyumanmu amat manis di mata hatiku.” Aku menarik nafas lega setelah menyampaikan ucapan itu. “Nah, bunga ni untuk Cik Ain Insyirah, ambillah, jangan malu-malu,” aku menyerahkan bunga di tanganku itu kepada dirinya, pemilik yang sah.
            “Siapa yang bagi ni?” Soal Ain Insyirah.
            Aku mula berfikir apabila soalan itu diajukan padaku. Iya tak ya juga, siapa nama pengirim bunga itu? Lupa pula aku nak tanya nama lelaki tak masuk akal itu. Tapi kalau pun itu aku lakukan, mahukah dia memperkenalkan namanya padaku? Jadi sekarang, apa jawapan yang harus aku berikan pada wanita cantik di hadapanku itu?
            “Entahlah Cik, tapi yang pastinya abang tu pakai kereta vios warna perak!”
            “Abang vios? Oh, I got it! Ada apa-apa pesanan lagi?” soal wanita itu lagi dengan senyuman manis.
            “Tak ada dah cik, itu aje yang dikirimkan untuk hari ini. Untuk esok, saya pun tak tahu lagi! Tapi saya rasa, abang vois ni suka kat Cik Ainlah. Kenapa Cik Ain tak bagi peluang aje pada abang vios ni?” balasku sambil menyelitkan soalan kecil dalamnya.
            “Adik ingat senang-senang ke nak pilih bakal suami ni? Banyak ciri-ciri yang dia kena ada barulah saya boleh setuju.”
            “Contohnya?” aku teruskan dengan soalan selanjutnya.
            “Erm… contohnya, dia mestilah smart, pandai ambil hati dan yang paling penting romantik.” Ain Insyirah menjelaskan semua ciri-ciri lelaki idamannya.
            Aku tersenyum mendengarnya. Mungkin memang itulah ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Ilmu yang sangat berharga itu mungkin boleh aku kongsi bersama lelaki tak masuk akal itu. Itupun, kalau aku baik hati nak ceritakan semua itu. Tengoklah nanti!

PETANG itu sengaja aku lewat lima belas minit. Malas nak tiba awal, hari-hari nak kena buat laporan terkini. Kalau tak datang nanti, ugutan saman pasti akan sampai ke telingaku. Tolak hari sabtu dan ahad, sudah enam hari aku buat kerja amal sebagai penghantar bunga dan cinta. Bengang juga, takkan hari-hari nak buat kerja yang sama. Dahlah free of charge pula tu. Siapa yang tak sakit hati. Sewaktu aku membelok masuk ke kawasan perumahan itu, aku lihat abang vios sudah menantiku di luar keretanya.
Haha… abang vios! Memang itulah gelaran yang sesuai buatnya. Lagi pula dia pun bukannya reti nak memperkenalkan diri.  Jadi itulah gelarannya sebelum dapat aku tahu  nama sebenarnya, hatiku membuat keputusan. Sebaik saja tiba, aku mematikan enjin motor lalu membuka topi keledar. Sengaja aku berhenti agak jauh dari   kereta vios miliknya. Membiarkan abang vios berjalan mendapatkan aku di sini. Dia yang mahu tahu laporannya, maka dia yang harus mendapatkan aku. Hahaha… padan dengan muka dia! Jahat hatiku menyusun agenda.
“Apa cerita?” abang vios bertanya sebaik sahaja menghampiriku.
            “Cerita apa?” Soalku, buat-buat tidak mengerti, padahal, hari-hari itulah soalan pertama yang akan ditanya olehnya sebaik sahaja kami bertemu. Memang sengaja mempermainkan dirinya. Biar dia berasa sakit hati. Aku tahu, pasti dirinya tidak sabar lagi ingin mengetahui kisah yang berlaku sewaktu proses penghantaran bunga berlangsung.
            “Kau sengaja buat-buat tak faham kan? Baik kau cerita apa yang jadi hari ini!”
            “Sabarlah bang, takkan lari gunung dikejar. Apa kata abang belanja saya makan dulu. Cerita kat sini tak bestlah. Kalau dapat teh tarik, basah-basahkan tekak, baru ada feel nak cerita. Lagipun, dah enam hari saya buat kerja amal ni, seteguk airpun abang  tak pernah nak belanja,” Aku demand. Masa inilah nak ketuk abang vios ni habis-habisan.
            “Ah, tak ada minum-minum! Nak minum, pergi beli sendiri. Jangan harap aku nak belanja.” cepat saja dia membuat bantahan.
            “Tak nak tahu sudah! Jangan menyesal nanti!” Aku kembali menghidupkan enjin motor dan memakai topi keledar di kepala. Mengertak! Memaksa dia untuk mendengar  arahanku pula.
            “Dah, naik motor kau. Ikut aku dari belakang!”
            Rancanganku berjaya. Hati cukup puas. Akan aku susuli rancanganku itu dengan lain-lain agenda yang akan mendatangkan manfaat penuh pada diriku. Bak kata orang putih win win situation! Hahaha… hatiku gelak lagi.

RESTORAN CITARASA kian ramai pengunjung pada ketika ini. Aku dan abang vios mengambil tempat di tengah-tengah restoran. Hanya itu meja kosong yang tinggal, jadi tiada pilihan lain melainkan duduk di situ.
            “Hah… cepatlah cerita, apa lagi?”
            Baru saja aku letak punggung di kerusi, soalan itu menyinggah di telingaku.
            Rilekslah bang! Kalau iya pun, orderlah apa-apa yang patut dulu. Takkan sembang-sembang kosong aje?” balasku selamba. Pelik aku tengok abang vios ini, hari-hari aku tetap menceritakan hal yang sama, tapi dia tetap nak tahu apa yang berlaku pada hari esoknya. Tidak penatkah dia? Jadi untuk kali ini aku sudah menyediakan sebuah cerita yang menarik lagi tertarik, khas buat dirinya.
            “Kau ni banyak mintalah. Nak minum apa?” Soal abang vios akhirnya.
            “Teh tarik dengan mee goreng basah!” segera aku buat permintaan. Tidak mahu terlepas peluang. Setidak-tidaknya, poketku jimat hari ini, tak perlu bersusah payah nak beli makan malam.
            “Kata nak minum aje, yang order makan sekali ni kenapa pula?” abang vios membuat pertanyaan yang memaparkan dengan jelas kebakhilan dirinya.
            “Minum... pasangan dia, makan! Kira pakejlah. Kedekutlah abang ni, saya minta mee goreng aje, bukannya minta makanan yang mahal-mahal pun.” aku tarik muka.
            “Macam-macam mintaklah kau ni, budak!” abang vios mula mengangkat tangannya pada pekerja di dalam restoran itu. “Dah boleh cerita dah?” abang vios terus bertanya sebaik sahaja selesai membuat tempahan. Ada riak bengang pada wajahnya.
            “Iyalah, nak ceritalah ni. Tapi sebelum tu saya nak tanya dulu. Kenapa abang tak terus terang aje kat perempuan tu, yang abang suka kat dia? Kan senang! Tak payahlah nak hantar-hantar bunga, lambat dan leceh!” aku ikhlas menyuarakan pendapat itu. Buang masa dan buang duit!
            “Kau budak-budak, mana kau tahu. Ingat senang ke nak bercinta ni?” abang vios menarik air fresh oren miliknya yang baru saja tiba itu.
            “Kalau saya cakap nanti, abang marah. Tapi kalau tak cakap, saya rasa tak sedap hati pula. Saya ni serba salahlah sebenarnya bang.” aku menggeleng-gelengkan kepala, sengaja berlakon seperti dalam keadaan berbelah bahagi. Teh tarik milikku, kuteguk perlahan.
            “Apa maksud kau?” dahinya berkerut.
            “Saya rasa abang dah salah tekniklah. Abang ingat ni zaman batu ke, nak pikat perempuan guna bunga?” Aku membuat helah, cuba mengelak daripada terus menjadi budak penghantar cinta buat Ain Insyirah.
            “Eh, suka hati akulah. Yang kau sibuk nak komen teknik aku memikat kenapa? Kau terror sangat ke bab pikat-memikat ni?” marah abang vios. Kecut juga perutku melihat raut wajahnya.
            Terror tu tidaklah, bang. Tapi kepakaran tu, adalah sikit-sikit. Kalau ikutkan saya, saya pun malas nak campur hal abang dengan perempuan tu. Tapi bila saya tengok perempuan tu macam tak ada perasaan aje bila saya hantar bunga tadi, saya jadi simpati pula dengan abang. Ada ke patut, dia tak heran langsung dengan bunga yang abang bagi hari ni. Dia dah mula meluat rasanya. Dah tu, boleh pula dia gelak waktu saya sampaikan ucapan yang abang bagi tu. Saya sendiri sakit hati bang, dah enam hari saya dah hantar bunga kat dia, baru hari ni saya perasan yang dia memang tak sukalah bang. Kalau abang ada kat tempat tu, mesti abang rasa terhina punyalah,” aku sengaja membuatkan abang vios marah. Biar padan dengan muka dia. Sapa suruh lantik aku jadi posmen cinta. Lepas ni, mesti dia putus hatilah. Makanya, aku juga akan terselamat daripada tugasan menghantar bunga pada Ain Insyirah lagi. Selamat! Hatiku sudah melafaskan kelegaan.
            “Habis tu, teknik apa yang sesuai? Cuba kau jelaskan sikit!”
            Hampir tercekek mee goreng yang baru saja aku telan. Teknik apanya? Manalah aku tahu apa-apa bab-bab cinta ni. Aku bukannya pernah bercinta pun. Yang aku tahu, kerja, kerja dan kerja untuk tambah duit poket. Semua yang aku katakan tadi hanya rekaan semata-mata. Aduhai, pasti abang vios akan marah kalau aku tidak menjelaskan apa-apa. Jadi, otakku aku arahkan segera mencari jawapan yang sesuai dan kelihatan seperti boleh dipercayai.
            “Alah senang aje, bang. Kalau abang ikut petua yang saya bagi, gerenti… dengan tiga langkah aje, Ain Insyirah akan jatuh cinta dengan abang!” aku luahkan dengan penuh keyakinan. Padahal satu petua pun tidak ada padaku. Lantaklah! Yang penting menyelamatkan diri.
            “Okey, kalau macam tu, apa kata kau tolong abang! Boleh?”
            Abang? Ceh, dan-dan nilah pula dia nak gelar diri dia abang! Tahu pula tu timing yang sesuai. Nak raih simpatilah tu! Macamlah aku tak tahu helah dia tu. Memang nampak sangat dia terdesak nak minta tolong aku. Hah… tak apalah, petuanya aku boleh fikir kemudian, yang penting sekarang aku yakin aku dah tak perlu nak hantar jambangan bunga pada Ain Insyirah setiap pagi.
            “Orait, tak ada masalah. Esok abang ambil cuti, lepas tu ikut saya pergi satu tempat. Kita mulakan langkah pertama menjejak hati Ain Insyirah.” kataku lagi. Abang vios menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadanganku itu. Tapi esok aku nak bawa dia ke mana? Arghh… itu akan aku fikirkan esok hari.
            “Jadi, mulai esok, saya tak payahlah hantar bunga kat dia lagi kan?” soalku meminta kepastian sambil mengunyah mee goreng yang enak itu. Aku yakin, tugasku telah tamat sebaik sahaja aku suarakan pendapatku tadi.
            No way! Selagi Ain Insyirah tak terima abang, selagi itulah kau kena hantar bunga kat dia. Mungkin sekarang dia tak nampak nilai bunga yang abang hantar tu, tapi abang yakin, satu hari nanti dia akan nampak semuanya. So…jangan ingat tugas kau dah selesai. Esok, lepas kau selesai hantar bunga, baru kita pergi tempat yang kau nak bawa abang tu, faham!”
            “Hah! Kena jadi tukang hantar cinta jugalah ni?” Soalku tidak berpuas hati.
            “Ya! Dah, makan cepat. Abang bagi masa lagi sepuluh minit. Kalau tak habis makan juga, kau bayar sendiri.”
            Aku memandang tajam wajah abang vios. Rasa sakit hati mula menerpa. Aku ingatkan aku sudah berjaya tamatkan riwayat kisah hidupku sebagai penghantar cinta. Rupa-rupanya, kisah itu akan berterusan sampai suatu masa yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Ini bermakna, tugasku bukannya makin berkurangan, sebaliknya makin bertambah. Pertama, menjadi penghantar bunga dan isi hati abang vios dan kini menjadi penasihat cintanya pula. Masalah sungguh!

AIN INSYIRAH tersenyum apabila menerima bunga daripadaku hari itu. Melihat senyuman itu, aku pasti hatinya akan berjaya dimiliki oleh abang vios itu tidak lama lagi. Mungkin Ain Insyirah memerlukan sedikit masa saja untuk memahami isi hatinya sendiri ataupun yang sebenarnya, dia menunggu abang vios itu sendiri yang meluahkan rasa cinta pada dirinya. Kalau ikutkan pengamatanku, Ain Insyirah juga sebenarnya turut menyimpan hati pada lelaki itu. Jika tidak,  masakan dia begitu teruja menerima kiriman bunga itu.
                Sebaik sahaja abang vios melihat ketibaanku melalui cermin pandang belakang keretanya, dia mula turun daripada keretanya. Aku pula hanya menunggu abang vios mendekatiku tanpa aku mematikan enjin mahupun membuka topi keledar. Sebentar lagi aku akan membawa abang vios pergi ke satu destinasi yang aku sendiri pun tidak pasti di mana. Jadi aku bersiap sedia di atas motor itu sahaja.
            “Dah selesai hantar bunga kan! So… kita nak kemana ni?” abang vios menyoal.
            “Abang follow saya dari belakanglah!” Jawabku ringkas, mula bersedia untuk memulakan destinasi.
            “Kita pergi satu kereta ajelah. Motor kau tu, tinggalkan aje kat sini,” abang vios membuat cadangan yang lebih berupa arahan itu.
            “Mana boleh main tinggal sebarang aje motor saya ni, nanti hilang macam mana?”
            “Alah, motor buruk macam ni, tak ada mananya hilang. Bagi free pun tak ada orang nak!” balas abang vios selamba.
            Mendengar kata berbentuk penghinaan itu menyebabkan timbul niat di hatiku untuk menghempuk dirinya dengan topi keledar di kepalaku. Mujur saja aku masih mampu berfikiran waras.
            “Cepatlah, lembablah kau ni, macam mana boleh jadi budak newspaper ni? Buat marah pelanggan aje!” mulut abang vios tak henti-henti membebel, mengalahkan mak dan nenek! Namun aku tidak melayan kata-kata yang disembur padaku itu. Tak ada kuasa! Lantaklah dia nak kata apa.
            Aku membuka pintu belakang kereta vios itu. Malu pula nak duduk depan, bersebelahan dengannya. Kalau jiran-jiran flat tempat aku tinggal nampak, nanti apa pula kata mereka. Aku mencipta alasan tersendiri, padahal aku bukan kenal sangat dengan penghuni-penghuni flat itu. Maklumlah, akukan sibuk bekerja, jadi kesempatan untuk berbual mesra dengan jiran-jiran pun terhad. Nak buat macam mana, aku terpaksa demi menyara hidupku sendiri.
            “Amboi… amboi, nak jadi bos nampak! Banyak cantik muka kau. Keluar, duduk kat depan ni!”
            Arahan abang vios itu aku ikut tanpa banyak soal. Nama pun menumpang, maka terpaksalah aku berdiam diri dan menjadi penumpang yang berhemah. Jadi, aku keluar dari kereta dan menuju ke tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Setelah enjin kereta dihidupkan, kereta vios itu meluncur laju menuju ke jalan besar.
            “Nak ke mana kita ni?” sekali lagi abang vios menyuarakan soalan itu. Cuma pada kali ini, struktur ayatnya sedikit berlainan.
            “Abang jalan ajelah, jangan banyak tanya. Nanti kalau saya suruh belok, abang beloklah!” aku memberikan jawapan yang selamat. Kemudian abang vios lebih banyak berdiam diri dan aku sibuk mencari arah destinasi yang harus ditujui.
            “Abang, tahu tak mana-mana kedai buku yang berdekatan?” aku menyoal sebaik saja ilham muncul di fikiran.
            “Nak buat apa pergi kedai buku? Kau ingat, abang nak ambil SPM ke?”
            “Abang ni banyak soallah. Nak saya tolong ke tidak ni? Kalau nak, baik abang berhenti kat mana-mana kedai buku yang berdekatan. Kalau abang rasa tak perlukan bantuan saya, abang boleh berhentikan saya dekat tempat saya parking motor saya tadi!” Aku tersenyum bangga. Best juga sesekali dapat bagi arahan ni!
            “Iyalah… iyalah. Kau ni kereklah budak. Satu aku tanya, sepuluh kau jawab! Sebelum aku lupa, nama kau apa?”
            “Baru hari ni abang nak tanya nama saya?” soalku kembali.
            “Alah, sekurang-kurangnya…abang tanyalah juga nama kau tu. Dahlah, jawablah cepat, nama kau apa?” abang vios tetap mempertahankan dirinya.
            “Okeylah, nak memperkenalkan dirilah ni. Nama saya Budak Newspaper!” aku gelak terbahak-bahak seusai memperkenalkan diri. Hahaha… padan muka dia, siapa suruh sesuka hati aje dia panggil aku budak newspaper.
            “Kau ni, kenapa suka sangat buat orang marah?”
            “Alah, gurau-gurau pun tak boleh. Nama penuh saya Siti Syafika Binti Zaidi. Panggil saya Fika. Nama abang apa pula?” aku memandang abang vios, kacak juga dia walaupun hanya mengenakan t-shirt berkolar biru itu.
            “Nak buat apa kau tahu nama abang? Tak ada apa-apa kepentingan pun kan? So, tak payah tahulah!” bangga saja dirinya menyatakan hal itu.
            Aku tarik muka seribu. Eleh... macamlah aku teringin sangat nak tahu nama dia. Saat itu rasanya ingin saja aku melompat keluar daripada kereta itu. Rasa sebal dengan kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Tahulah aku tak sehebat Ain Insyirah, takkan nak tahu nama dia pun tak berkelayakkan. Sakit hati sungguh!
            “Kenapa kau kerja hantar newspaper? Memang dah jadi cita-cita sejak kecil ke?”
            Satu lagi soalan yang keluar dari mulut abang vios membuatkan telingaku berasap tebal. Kurang sopan, tergamak dia cakap macam tu. Apa teruk sangat ke kerja hantar surat khabar? Mentang-mentanglah kereta dia besar, pergi kerja pun pakai tali leher belang-belang, bawa briefcase, suka-suka hati aje nak mengutuk kerjaya aku. Kalau tak ada orang macam aku ni, dia ingat dia boleh tahu ke isu-isu semasa dunia pagi-pagi buta? Tak kenang jasa sungguh!
            “Memanglah cita-cita saya nak jadi tukang hantar surat khabar. Kenapa? Abang ada masalah ke dengan cita-cita saya tu?” nada suara cuba aku kawal supaya tidak kelihatan bahawa pada ketika ini aku sedang marah padanya.
            “Amboi… minimumnya cita-cita, tak ada yang tinggi sikit ke?” abang vios gelak sakan. Suka hatilah tu dapat kenakan aku balik. Jaga kau nanti! Bisik hatiku yang memang dah lama bengkak dengannya.

SAMPAI saja kedai buku MPH yang terletak di dalam bangunan kompleks membeli belah Jaya Jusco itu, aku segera menuju ke bahagian rak yang menempatkan bahan-bahan bacaan harian. Sebenarnya, aku bukannya tahu pun nak beli buku apa. Yang aku tahu, aku nak dera dia hari ini. Balas balik semua rasa sakit yang dia taburkan padaku. Dan yang paling penting aku nak ajar dia cara-cara menghargai wang ringgit. Orang macam abang vios itu memang patut diberikan pengajaran yang setimpal.
            Satu persatu buku yang aku rasa sesuai aku ambil dan menyerahkan kepada abang vios. Abang vios pula hanya jadi pemerhati, mungkin tidak berani bersuara kerana takut aku akan membatalkan niat untuk membantunya mendapatkan Ain Insyirah! Jadi, hari ini aku berkuasa besar. Daripada buku yang menceritakan tentang musim percintaan sampailah buku alam perkahwinan, semuanya aku ambil dan serahkan padanya. Terbeliak juga mata abang vios bila melihat tindakanku itu. Rasakan! Bisik hatiku.
            “Banyaknya, siapa yang nak baca ni? Takkan abang nak baca seorang diri? Berapa lama nak habis?” soal abang vios, seolahnya mempertikaikan tindakanku itu.
            “Habis tu, abang nak suruh saya tolong baca sekali ke buku-buku ni?” aku menyoal kembali.
            “Bukanlah macam tu maksud abang. Tapi kau tak rasa ke, banyak sangat buku yang kita nak beli ni?”
            “Opsss… abang salah sebut tu! Bukan kita… tapi abang! Jangan nak babitkan duit saya dalam hal ni ya. Saya dah kira baiklah ni, tak minta sesen pun yuran khidmat nasihat. Lagipun, abang janganlah nak berkira sangat bila saya suruh beli buku-buku ni. Bukannya apa, dalam percintaan ni, kita mesti ada ilmu. Sebab, hanya ilmu yang boleh melincinkan dan melancarkan satu-satu perhubungan, sama ada yang sudah terjalin ataupun yang baru nak dijalinkan.” Aku terangkan dengan penuh teliti. Entah macam mana ayat sebijak itu boleh keluar daripada mulutku. Aku sendiri pelik, terasa macam pakar motivasi pula dah aku ni.
            “Oh, ya ke? Kalau macam tu, okeylah. Ada apa-apa buku lagi yang nak kena beli?” abang vios percaya bulat-bulat semua kataku.
            “Okey dah, pergi bayar!” aku bagi arahan seterusnya. Tak sampai hati pula nak kenakan lebih-lebih abang vios yang tiba-tiba saja hari ini terserlah kedunguan dirinya. Aku pun bukanlah kejam sangat. Dalam marah-marah, ada juga belas kasihan terhadap sesama manusia.
            Abang vios menyerahkan kad kreditnya pada juruwang di kuanter bayaran. Aku di sebelah membeliakkan mata, memerhati jumlah wang yang perlu dibayar. RM184.90! dengan jumlah sebanyak itu, aku dapat menggunakannya secara berjimat untuk menampung hidupku selama dua minggu. Tapi abang vois, dengan mudah-mudah saja dia membelanjakannya semata-mata nak memikit hati Ain Insyirah. Hari ini barulah aku sedar kekuasaan cinta. Bila hati sudah cinta, agaknya… duit seratus pun rasa macam sepuluh sen aje, aku menggeleng-gelengkan kepala.
            Selesai membeli semua bahan ilmiah yang diperlukan, aku mengarahkan pula abang vios membeli bekalan makanan. Kataku padanya, makanan amat penting demi memastikan kita terus bertenaga dan bersemangat untuk mencapai cinta. Kalau perut lapar, satu kerja pun tak mungkin menjadi. Dan dengan alasan itu jugalah, abang vois menurut  saja perintahku.  Dia membeli sekotak pizza bersaiz kecil. Melihat tahap kekedekutannya itu, aku apa lagi… menggunakan segala kuasa yang ada, memerintahkan dia menambah sekotak lagi pizza bersaiz regular. Alhamdulillah, dia menurut perintah menjadikan duit poketku juga jimat untuk hari itu.
            Keluar daripada kompleks Jaya Jusco itu, aku meminta abang vios membawa kereta dengan cermat menuju ke kawasan yang mampu memaparkan permandangan saujana mata memandang. Sekali lagi permintaanku itu diikuti!
            “Kau memang kerja hantar surat khabar aje ke?” soal abang vios ketika aku sedang lagi sibuk membentang beberapa helai kertas surat khabar di atas rumput hijau, di Taman Tasik Permaisuri. Entah kenapa dengan dirinya, tak habis-habis nak mempersoalkan tentang kerjaya tunggalku kini.
            “Sebelum ni, lepas aje hantar surat khabar, saya kerja kat kedai Dobi Star. Tapi sejak tujuh hari yang lalu, saya dah tak kerja lagi kat situ.” aku berterus terang. Entah kenapa dengan mudah saja lidahku menceritakan kisah hidupku yang penuh dugaan itu pada dirinya.
            “Kau berhenti, apa pasal?” Tanya abang vios lagi.
            “Bukan saya berhenti, bang! Saya diberhentikan!” balasku.
            “Kenapa pula kau diberhentikan? Oh... ni mesti kes kau malas buat kerjakan? Erm… aku dah agak dah, orang macam kau ni mesti kuat mengular, kuat makan dan suka ambil kesempatan. Sebab itulah kau diberhentikan, betul tak?” senyuman pada bibir abang vios membuat ingin sahaja aku menyepit bibirnya itu dengan penyepit baju. Lepas tu sidai kat ampaian.
            “Mulut abang tu, abang insuranskan kat mana? Takaful Malaysia ke, Takaful Ikhlas? Suka-suka hati aje nak kutuk saya. Saya taklah teruk sampai macam tu sekali.” aku memberikan satu jelingan tajam pada abang vios. Buku-buku yang dibeli aku hempas kuat di atas surat khabar yang sudah siap dibentang itu. Kurang sopan sungguh dirinya.
            “Kalau bukan sebab tu, kenapa? Takkan tokey kedai tu suka-suka hati aje nak pecat orang?” abang vios masih menaruh syak wasangka pada diriku.
            “Sebab abanglah, sebab apa lagi?” pada mulanya aku enggan menceritakan tentang hal itu, tapi melihatkan sikapnya yang tak habis-habis nak memburuk-burukkan diriku, aku jadi hilang sabar. Biar dia tahu hakikat sebenar, aku ialah insan yang teraniaya.
            “Apa pula kena mengena dengan abang?” abang vios tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.
            “Disebabkan accident dengan abang hari tulah, saya lambat pergi kerja. Lepas tu apa lagi, saya kena pecatlah,” aku ceritakan semuanya biar dia rasa bersalah.
            “Aik… kau ni biar betul. Kalau nak buat cerita pun biarlah logik sikit. Takkan sebab datang lewat pun boleh kena pecat? Tak masuk akallah kau ni budak!” abang vios tetap tak nak percaya. Jadi adalah menjadi tanggungjawabku untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebelum dia menganggap aku lebih buruk daripada itu.
            “Kalau saya cerita kat abang ni, abang jangan cerita kat orang lain tau!” aku berbicara perlahan, sepertinya ada orang lain disitu.
            “Apa kes?” soal abang vios, seakan berminat untuk mengetahui kisahku itu.
            “Sebenarnya, tokey kedai tu dah lama sakit hati dengan saya. Jadi, bila ada peluang untuk buang saya, apa lagi… dia pun pecatlah!” aku menjelaskan situasi sebenar. Sambil itu, kotak yang berisi Pizza aku buka. Sungguh menyelerakan.
            “Kenapa pula tokey kedai tu sakit hati dengan kau? Apa yang kau dah buat?” soal abang vios lagi, saling tak tumpah macam Inspektor Haris dalam siri gerak khas.
            “Mesin basuh dia selalu rosak, sebab saya selalu basuh lebih muatan.” selepas mengatakan itu, aku tergelak sendiri. Padan muka Puan Tan! Mana aku tak geram dan marah, cekek darah! Kerja punyalah banyak, dari pagi sampai malam, tapi gaji aku cuma empat ratus aje! Jadi untuk memudahkan sedikit kerjaku, aku buatlah apa-apa yang patut. Aku ingatkan mesin sebesar-besar alam itu takkan rosak kalau aku tambah lebih sikit baju-baju yang perlu dicuci. Rupa-rupanya, mesin basuh tu pun sama macam tuannya juga.
            “Kau ni kan… tak fahamlah abang! Habis sekarang kau tak kerjalah ni?”
            “Apa pula tak kerja, kerjalah! Pagi-pagi hantar surat khabar kat rumah orang, lepas tu hantar bunga dengan ucapan kat Ain Insyirah dan sekarang jadi kaunselor pula, bagi tunjuk ajar cinta percuma kat abang. Kan ke kerja namanya tu!” aku membalas selamba. Kemudian aku gelak perlahan. Namun jelingan abang vios masih boleh aku lihat dengan jelas.
            “Macam nak minta gaji aje bunyinya!” abang vois bersuara dan aku terus tersenyum, membiarkan dia sendiri memikirkannya. Aku tidak berniat begitu, tapi kalau dia nak bagi, apa salahnya kan? Kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak!
            “Dah… dah, jangan banyak cakap. Baca buku yang paling atas tu dulu. Baca sampai habis!” Aku mengeluarkan arahan pada abang vios, macam cikgu bagi kerja sekolah dekat murid. Abang vios menjelingku tajam sebelum mencapai buku paling atas yang bertingkat-tingkat aku susun di tepinya itu. Sementara aku pula, apa lagi… mulakanlah aktiviti mengisi kekosongan perut dengan pizza yang sudah lama melambai-lambai. Makan dengan penuh ketenangan sambil menyaksikan keindahan panorama alam.
            “Tolong fokus, boleh tak? Asyik ingat nak makan aje!” aku pukul tangan abang vios yang sudah beberapa kali membuat cubaan mengambil pizza dari dalam kotak.
            “Kau juga yang cakap… makan tu penting untuk  kekalkan tenaga. Takkan nak makan sepotong pun tak boleh?” abang vios mula mempersoalkan diriku.
            “Bukan tak boleh, masalahnya… orang lelaki ni, tak sama macam orang perempuan. Satu kajian kat barat menyatakan, hanya orang perempuan saja yang boleh buat dua kerja dalam satu masa dengan fokus yang tepat. Tapi orang lelaki, tak boleh nak fokus macam tu! Jadi abang kenalah faham niat baik saya ni,” aku mencipta alasan. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu debarannya. Pernah ke orang barat cakap macam tu? Aku sendiri tak tahu.
            “Abang bosanlah baca buku… apa kat kau terus aje bagi penerangan. Kan lagi senang?” permintaan abang vios itu membuatkan jantungku lagi bertambah laju berlari. Penerangan apa yang harus aku beri? Jadi aku sengaja mengunyah perlahan pizza yang ada di dalam mulutku sementara menunggu otakku memberi ilham yang baru.
            “Okeylah… dengar sini baik-baik,” aku tersenyum, idea muncul tepat pada masanya. Sedikit pun tidak menghampakan. “Perkara utama yang harus ada pada seorang lelaki pada pandangan mata perempuan ialah… SMART!. Kalau ikut bahasa orang putih, perkataan smart ni mempunyai maksud yang berbeza. Yang pertama, pandai dan yang kedua, kacak. Untuk maksud yang pertama… sebab itulah saya suruh abang baca semua buku ni. Nanti abang akan dapat banyak ilmu yang mungkin abang boleh manfaatkan. Melihat daripada maksud yang kedua pula, abang kenalah segak sikit penampilannya tu, barulah orang boleh terpikat. Ini tidak, kalau pakai baju kemeja tu… mesti nak kena kancing kat bahagian lengan. Macam budak skema aje! Apa kata abang lipat lengan baju tu sampai ke siku, mesti nampak lebih macho dan menonjol! Betul tak?”
            Smart! Faham juga kau bahasa Inggeris ni ya!”
            “Abang ingat saya tak pernah pergi sekolah ke? Saya pun belajar juga bahasa inggeris daripada darjah satu sampai tingatan lima. Kejam betullah abang ni!” aku mula rasa nak marah.
            “Alah, gurau ajelah. Okey… betul juga teori kau tadi. So, abang kena cepat-cepat berubahlah ni? Langkah seterusnya apa pula?” abang vios tidak sabar-sabar lagi mahu mengetahui langkah seterusnya.
            “Langkah yang pertama ni pun tak settle lagi, dah nak belajar langkah kedua? Dah, jangan nak mengada-ngada. Mulai hari ini saya akan pantau abang. Bila saya rasa dah cukup puas hati, barulah saya ajar langkah yang kedua.”
            “Alah, dengan abang pun kau nak berkira juga.” abang vios membuat rayuan.
            “Rayuan ditolak!” Balasku tegas!

SUDAH hampir dua bulan aku menjadi penghantar perasaan cinta abang vios yang diterjemah dalam bentuk bunga-bungaan buat wanita pujaan hatinya. Itu juga bermakna sudah hampir dua bulan juga aku melatih abang vios menjadi pria cinta yang sejati. Lelaki itu memang susah diajar sebab sering kali dia mempersoalkan tindakan-tindakanku. Tapi entah kenapa aku rasa cukup gembira setiap kali ada dengannya. Kami saling berjumpa, ada kalanya pula abang vios akan menghubungiku tanpa mengira masa, di saat benaknya ada kemusykilan-kemusykilan cinta yang tidak dapat dijawabnya. Namun dalam diam, aku mula terasa yang aku sudah jatuh hati padanya. Mana tidaknya, siang malam asyik terbayang wajahnya, kalau bukan cinta... apa lagi?
            Langkah pertama, mengubah penampilan dan menambah ilmu tentang cinta telah berjaya dilakukan sepenuhnya oleh abang vios. Dia juga ada bercerita padaku bahawa Ain Insyirah kini sudah mula tersenyum setiap kali terserempak dengannya di bangunan pejabat itu. Rupa-rupanya, mereka bekerja di dalam syarikat yang sama, cuma berbeza jabatan sahaja. Baru kini aku mengetahuinya. Ada kalanya, setiap cerita tentang perkembangan positif hubungan dengan Ain Insyirah betul-betul menyenangkan hatiku. Tapi ada kalanya pula, telingaku seakan tidak mahu menerima berita-berita gembira itu.
Entah kenapa dengan hatiku kini? Aku mula berkira-kira, tidak mahu terus menangguh masa membuatkan abang vios selalu ada dekat denganku. Aku ingin segera selesaikan tugas yang ada, makanya sudah aku membuat perjanjian dengan abang vios untuk bertemu dengannya hari ini dan pada saat ini, aku sudah pun berada di tempat yang aku janjikan.
Abang vios sampai tepat pada masa yang dijanjikan. Sejak akhir-akhir ini, apabila ada saja pertemuan yang diatur bersama, dia akan tiba dengan senyuman bahagia. Jujur, hatiku cemburu melihat senyuman itu. Tapi aku lindungkan supaya abang vios tidak salah faham tentangnya.
“Dah lama sampai?” abang vios masih dengan senyumannya.
“Tak adalah lama sangat, tapi kalau abang lewat lagi lima minit… abang memang dah tak sempat nak jumpa saya lagi.”
“Kenapa pula?” berubah serta merta riak wajah abang vios mendengar kata-kataku itu.
“Sebab saya dah bertukar jadi tiang lampu jalan macam ni!” aku pegang lampu jalan yang betul-betul ada di sebelahku itu. Abang vios ketawa mendengarnya.
“Sebelum apa-apa, jom kita pergi makan dulu. Kita makan kat Restoran Bidadari, tempat yang kau paling suka tu. Nanti abang orderkan untuk kau makanan kegemaran kau, udang goreng tempura dengan tom yam putih!” abang vios membuat pelawaan.
Aku tertunduk mendengar ajakan itu, memang mengiurkan. Tapi untuk kali ini, aku sudah bertekad untuk berhenti daripada mendapatkan makanan percuma, ihsan abang vios. Sudah terlalu lama aku membuli dompetnya. Kalau dikira-kira, tak terbayar rasanya dengan pendapatanku yang tak tentu arah.
“Hari ini duit abang akan selamat, sebab perut saya tengah kenyang sekarang ni.” aku membuat pembohongan. Sebenarnya, sejak dari pagi aku belum makan. Tidak ada selera.
I’m so surprise, buat pertama kalinya kau tolak pelawaan makan. Selalunya selagi perut kau tak kenyang, selagi itulah kau boikot, tak nak mulakan kerja,” abang vios ketawa lagi. Memang dia suka ketawa lebih-lebih lagi selepas dia berjaya memalukan diriku.
“Mengungkit nampak!” aku membesarkan mata.
“Tak adalah, abang gurau aje. Sehari tak tengok kau marah, tak senang hidup abang, tau tak!” abang vios mencipta helah, cuba menutup rasa sakit hatiku.
“Dahlah bang, jangan ingat saya boleh termakan kata-kata abang tu,” aku balas seperti mana apa yang dirasakan hati. “Saya rasa, dah tiba masanya saya ajarkan abang langkah kedua dan penghabisan.” aku nyatakan tujuaan perjumpaan itu aku aturkan.
“Kenapa nak kena belajar serentak? Satu-satulah!”
“Saya takut tak sempatlah bang, nanti tak pasal-pasal Ain jatuh kat tangan orang lain. Jadi saya nak abang bertindak cepat,” aku tidak mahu melengah lagi. Aku harus segera membiarkan abang vios pergi dari hidupku sebelum rasa cinta yang mula terbit ini makin mekar.
“So, apa plan kita sekarang?” abang vios bertanya.
“Saya dah fikir masak-masak, langkah kedua dan ketiga, saya gabungkan,” aku memulakan penerangan
“Maksud kau?”  nampak sangat abang vios tak faham. Jadi seperti selalu, aku bertanggungjawab untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya.
“Langkah kedua, abang kena menjadi romantik dalam suasana romantik,” aku yakin kali ini abang vios faham.
“Bunyi macam menarik! So, kita nak buat macam mana?” teruja sungguh dia dengan langkah kedua itu.
“Yang itu saya akan uruskan. Abang cuba perlu keluarkan kos aje. Saya ni tak yakin sungguh abang boleh sediakan suasana romatik. Nanti tak pasal-pasal jadi suasana ngeri pula. Sia-sia aje semua yang saya usahakan.”
“Amboi… amboi, macam nak balas dendam aje ni. Tapi abang tak kisah, yang penting, impian abang nak hidup dengan Ain Insyarah tercapai.”
Aku menundukkan wajah mendengar ayat jujur dari hati abang vios. Ada rasa sedih di lubuk hatiku. Cepatlah semua berlalu, aku jadi susah hati dengannya.
“Langkah yang ketiga pula?” soalan itu menghanyutkan lamunanku.
“Hah… dalam banyak-banyak langkah, langkah yang inilah yang paling penting sekali. Abang kena biasakan diri sebut perkataan I love U. Tapi saya bagi abang buat pilihan bahasa, nak ucap dalam bahasa inggeris pun tak ada masalah, nak ucap dalam bahasa melayu pun tak apa. Tapi kalau abang nak nampak romantik, saya syorkan abang ucapkan dalam Bahasa Melayu. Sebab dalam bahasa inggeris ni, orang dah biasa sangat dengar. Jadi untuk jadi romantik, abang kenalah cipta kelainan.” Aku menarik nafas lega, selesai sudah semuanya, tinggal merealisasikan saja semua impian abang vios itu. Selepas ini semuanya akan kembali seperti sedia kala. Tak ada lagi nama abang vios dalam hidupku.
“Orait… tapi abang ada sikit masalahlah. Lidah abang ni dahlah susah nak ucap perkataan itu. Macam mana ni?” Abang vios menzahirkan kerisauan hatinya.
“Apa susah, abang praktislah depan cermin hari-hari!”
“Alah, yang ni, kau tak boleh nak tolong ke?”
“Sampai bila abang nak harap saya tolong abang? Nanti bila saya dah tak ada, macam mana?” aku mula marah, tidak sudah-sudah mengharapkan aku menjadi pembantunya. Kali ini aku takkan beri muka. Abang vios harus aku ajar untuk hidup berdikari seperti mana sebelum munculnya aku dalam hidupnya.
“Kau nak pergi mana?”
“Apalah abang ni, lepas semua ni selesai, itu bermakna, hutang saya pada abang juga dikira langsai dan tugas saya pun kira tamatlah. Jadi nak buat apa saya jumpa abang lagi?” aku mengenyitkan mata. Berpura-pura gembira.
“Takkan abang tak boleh jumpa kau langsung?” Abang vios bertanya, perlahan suaranya dengan tiba-tiba .
Terdiam aku seketika mendengar pertanyaan itu. Untuk apa pertemuan demi pertemuan terus dicipta sedangkan tiada apa-apa makna atas pertemuan itu. Jika ada pertemuan seperti mana yang diharapkannya itu, pasti ianya kerana dia ingin menyampaikan kisah-kisah gembira dirinya dengan Ain Insyirah, sedangkan aku? Hanya akan terus membekam rasa. Tidak, aku tidak akan benarkan itu berlaku. Cukup sampai sini sahaja kisah pertemuanku dengan dirinya.
“Nak buat apa, abang jumpa saya? Nanti abang cakap saya nak makan free aje. Pada saya sakit hati dengan kata-kata abang, lebih baik saya kebuluran!” balasku, menolak permintaannya.
“Kau makan hati dengan abang ke?”
“Mestilah!” segera perkataan itu keluar daripada mulutku.
“Abang ingatkan… hati kau macam newspaper! Walau orang renyuk ke, buang ke, buat bungkus nasi lemak ke… esok newspaper tetap ada, bagi berita kat semua. Rupa-rupanya tidak!”
“Abang kalau tak kaitkan saya dengan surat khabar tak boleh ke? Asal muka saya aje, surat khabar. Asal surat khabar aje, muka saya! Karang saya sumpah abang duk ingat kat surat khabar seumur hidup baru abang tahu!” aku mencekakkan pinggang, memberi peringatan terakhir padanya.
“Amboi… sejak akhir-akhir ni, abang tengok kau asyik nak marah kat abang aje, kenapa? Kau cemburu ke?” abang vios ketawa.
Aku tertelan liur. Macam mana abang vios boleh tahu? Pelik bin ajaib ni? Aduhai, cepat pula dia hidu semua perasaan aku. Ini tak boleh jadi, aku harus menghapuskan sangkaan-sangkaannya itu segera.
“Apa ke hal pula saya nak cemburu? Dah… dah, saya balik dulu, nanti bila dah siap perancangan, saya telefon abang minta duit! Jangan tak angkat telefon pula, saya tak ada duit nak sponsor rancangan cinta abang! Balik dulu!” aku terus bergerak, menaiki motor dan memecut laju meninggalkan abang vios dengan hati yang kurang enak. Makin hari, hatiku makin membuka ruang lebar untuk dirinya. Sedangkan aku tahu itu semua cuma angan-angan bodoh yang aku cipta. Jadi aku harus menghentikannya segera.

ABANG VIOS berkali-kali menghubungi diriku. Dari jam tujuh malam hingga ke angka tiga pagi begini, telefon bimbitku masih berbunyi lantang. Tapi sekalipun aku tidak mahu menjawab panggilan itu walaupun hati berkali-kali mengarahkan aku mendapatkannya kerana ada rindu di dada. Bukan sengaja aku enggan mengangkat telefon bimbitku, cumanya, aku ingin membiasakan diri hidup berjauhan dengan lelaki itu. Namun apabila panggilan itu mula mengganggu tidurku yang sememangnya sudah tidak lena, terpaksalah juga aku menjawabnya.
            “Fika tak apa-apa ke? Kenapa tak jawab call abang? Fika kat mana ni?”
            Tersentak jantungku mendengar pertanyaan yang bertubi-tubi singgah di telingaku sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu. Buat pertama kalinya abang vios memanggil aku dengan dengan nama itu bersama suaranya yang kedengaran cemas. Dan nada yang cemas itu jugalah telah membuatkan aku menjadi sebak lalu menitiskan air mata.
            “Fika, are you okay? Fika menangis ke?” abang vios masih terus bertanya.
            “Saya okeylah abang! Menangis apa pula, saya selsema aje ni, tu yang malas nak jawab call.” aku mengesat air mata yang gugur sambil menafikan apa yang diperkatakan oleh abang vios.
            “Kuang asam punya budak! Kau kalau tak risaukan abang tak boleh ke? Jawab ajelah call yang masuk, bukannya nak bercakap guna hidung pun!” abang vios mengeluarkan suara tidak puas hati.
            “Telefon saya, suka hati sayalah nak jawab ke tidak! Yang abang tak habis-habis call saya ni kenapa?” aku mula marah. Baru saja hati nak terharu dengannya, tiba-tiba pula dia berubah serta merta. Buang air mata aje! Jerkahku dalam hati.
            “Tak adalah, abang ingatkan....” gagap pula abang vios mengeluarkan kata.
            “Abang ingat apa? Abang ingat saya mati kebuluran dalam rumah ni ke?” Pintasku sinis. Mentang-mentanglah aku tolak untuk makan dengannya hari ini, suka-suka hati aje nak buat ramalan yang bukan-bukan. Ingat aku sengkek sangat ke? Paling tidak pun aku masih ada stok mee maggi yang boleh dimakan untuk mengalas perut.
            “Apa yang Fika merepek ni? Jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?” marah abang vios dengan tiba-tiba. “Bila nak settlekan semua plan kita? Yang lambat sangat ni, kenapa?” abang vios menyambung kata.
            Aku mengeluh sendirian mendengar soalan itu. Tidak boleh bersabarkah dia untuk seketika? Ingat aku sengaja ke nak lewatkan sesi pelamaran itu? Aku perlukan sedikit masa untuk mencari ilham terbaik dalam mengaturkan segalanya supaya ia berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah antara mereka berdua.
            “Sabarlah, dah nak siap dah! Abang apa lagi, masukkanlah duit dalam akaun bank saya. Banyak benda nak kena bayar ni!” jawabku pantas.
            “Berapa banyak?”  
            “Lima ratus cukup kut. Jangan risau, kalau lebih nanti saya pulangkan baliklah duit abang tu!” aku cuba mendapatkan kepercayaannya.
            “Okey, send kat abang nombor akaun kau malam ni juga! Lagi satu, resit jangan buang!”
            “Iyalah... tahu! resit sebagai bukti pembelian kan? Oraitt! Pasal nombor akaun pula, sat lagi saya hantar! Okeylah bang, nak tidur dah ni.” aku cuba mematikan talian.
            “Okey, pergilah tidur, pakai baju tebal-tebal. Jangan lupa guna selimut! Selamat malam!” abang vios mematikan talian sesudah menyampaikan pesanan yang tak akan aku buat. Untuk apa semua pesanan itu? Lagipun, aku bukanlah selsema seperti apa yang difikirkannya.

PAGI-PAGI lagi aku sudah bangun, menyediakan beberapa soalan yang aku rasa berguna untuk proses pelamaran nanti. Sebenarnya, aku belum pun lagi menyediakan apa-apa perancangan pelamaran buat mereka. Aku masih berfikir dan mencari jalan. Walau bagai mana pun aku harus segera melakukan itu kerana aku sudah terlanjur berjanji bahawa proses itu akan berlansung pada hari minggu ini, iaitu dua hari dari sekarang.
Seperti hari-hari yang lalu, abang vios bersandar di tepi keretanya sambil memegang jambangan bunga yang harus aku serahkan kepada Ain Insyirah. Setiap kali melihat jambangan bunga itu, aku akan mengeluarkan keluhan yang panjang sendirian. Sudah lelah melakukan tugas itu, namun aku masih bertahan sehingga ke hari ini semata-mata kerana hutangku pada abang vios. Betulkah sebab hutangku itu? Hati tiba-tiba saja mempersoalkannya.
            “Ini tugas terakhir kau!” abang vios menyerahkan jambangan bunga mawar merah kepadaku bersama ayat yang tiba-tiba saja terasa memeritkan itu.
            “Dan yang ni pula untuk kau yang dah banyak berjasa!” kini abang vios mengeluarkan pula sekuntum bunga kristal dari dalam keretanya lalu diserahkan kepadaku. “Terima kasih atas semua pertolongan kau. Kiranya hutang kau semua dah selesai. Habis aje kau aturkan lamaran tu, kau boleh kembali pada asal.”
            Kata-kata itu telah merentap kasar jiwaku. Ada sendu bermukim di hati, namun aku tahankan dengan senyuman panjang seolah itu adalah perkara yang paling aku nanti-nantikan.
            “Orait... akhirnya!” aku senyum lagi, sepeti tiada apa-apa yang berlaku. “Tapi sebelum tu, saya nak tahu beberapa soalan” Soalku, mahu segera menyelesaikan baki tugas yang ada.
            “Apa dia?”
            “Apa yang Ain Insyirah suka makan? Kat mana? Apa hobi dia?” aku sudah bersedia dengan pen dan kertas di tangan. Menyalin maklumat-maklumat yang bakal membantuku itu.
            “Errr....” tiada jawapan yang keluar daripada mulut abang vios, dia teragak-agak dalam mengeluarkan kata.
            “Err... err... apanya bang? Cepatlah sikit!” aku menyergah.
            “Ish... yang kau nak marah ni kenapa? Kau tanya soalam macam ni, manalah abang tahu! Kalau pasal kau tu, tahulah abang!” abang vios juga mula panas.
“Tak ada mananya! Apa yang abang tahu pasal saya?” aku bantah, mana mungkin dia ingat tentangku sedangkan insan yang dicintainya dia lupa.
“Apa pula tak tahu! Hobi kau, hantar surat khabar. Kalau hal makan pula, mesti nak kena ada udang tempura dengan tomyam putih, dah tu kat tempat lain tak nak, nak makan kat Restoran Bidadari juga.” Laju saya jawapan itu disebut oleh bibirnya. Terkejut aku dibuatnya.
“Apa warna kegemaran saya?” sengaja aku soal itu, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan tadi. Mustahil dia boleh tahu semua perkara tentang diriku.
Pink!”
“Macam mana abang tahu?” aku bertambah pelik, macam manalah dia boleh tahu warna kegemaranku itu. Seingat aku, aku tak pernah bagi tahu sesiapa tentang warna kegemara ku itu kerana aku sendiri malu untuk mengakuinya.
“Habis tu, setiap kali nampak benda warna pink, mata kau tu duk tenung lama benda tu, kalau bukan minat apa lagi?” laju saja kesimpulan itu dinyatakan padaku. Benarkah aku begitu? Pasti benar, jika tidak mana mungkin dia perasan tentangnya. Hatiku mula rasa malu.
            “Abang ni, kata cinta kat Ain Insyirah, tapi semua benda pasal dia abang tak tahu. Hal saya yang tak ada kena mengena dalam hati abang pula yang bukan main abang ingat. Nampak gayanya, saya jugalah yang kena cari jawapan tu sendiri,” aku semburkan saja apa yang bermain difikiranku pada ketika ini sekadar menutup malu. “Okeylah, saya gerak dulu. Nanti kalau dah dapat jawapan-jawapan yang saya nak tu, saya bagi tahu kat abang.” segera aku menunggang motorsikal, bergerak laju meninggalkan abang vios yang sekadar mampu berdiri terpaku mendengar syarahan pendekku itu. Nampaknya ada kerja tambahan hari ini iaitu mendapatkan semua jawapan-jawapan yang aku perlukan daripada Ain Insyirah.

SEMUA telah siap aku atur, perancang telitiku sendirian. Malam ini adalah malam penghabisan. Ini bermakna tugasku akan selesai di sini sahaja setelah aku memberikan penerangan rapi kepada abang vios tentang agenda malam ini. Ain Insyirah sudah aku maklumkan tentang pertemuan malam ini. Abang vios akan menjemputnya di rumahnya untuk dibawa ke suatu tempat istimewa dan Ain Insyirah dengan senyum melebar, bersetuju dengan pelawaan itu.
            Aku memandang lama kereta abang vios. Sejak pagi tadi kereta itu sudah berada di situ atas permintaanku. Aku perlukan kereta itu yang akan memainkan peranan utama dalam agenda malam ini dan abang vios tak keberatan langsung untuk meninggalkan keretanya bersama-samaku. Tidak pula dia takut aku akan menjual keretanya itu dan melarikan diri. Pelik sungguh lelaki itu, demi Ain Insyirah, apa-apapun dia sanggup! Garisan panjang pada bumper hadapan kereta vios itu masih kelihatan dengan jelas. Aku tersenyum setiap kali melihat garisan itu. Aku sangkakan, abang vios sudahpun membaiki keretanya. Rupa-rupanya keretanya itu masih begitu keadaannya. Dah sah-sah bakhil!
            Aku melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 9.00 malam, namun abang vios masih belum sampai lagi. Aku masih terus menunggu bersama resit dan baki wang yang harus aku pulangkan padanya. Ini adalah kali terakhir aku bertemu dengannya dan juga kali terakhir khidmatku buatnya. Sudah aku tinggalkan kerjayaku sebagai penghantar surat khabar. Bukan melarikan diri daripada kenangan, sekadar ingin mencari sedikit ketenangan di hati. Rakan serumahku, Mira mengesyorkan aku bekerja di tempat dia bekerja. Sebuah kilang Jepun di Shah Alam. Kata Mira, kini kilangnya itu memerlukan ramai operator pengeluaran. Aku juga sudah bersetuju dengan cadangannya itu.
            Abang vios turun daripada teksi berwarna biru putih lebih kurang pukul 9.30 malam. Segak sungguh dia kelihatan dengan pakaian warna biru muda itu. Amat padan dengan dirinya. Dia melambaikan tangan kepadaku sebaik sahaja terlihat aku di sisi kereta viosnya. Aku sekadar tersenyum hambar, menyambut kedatangannya itu.
             “Kenapa lambat sampai? Saya cakap dengan Ain, abang nak datang ambil dia pukul 9.30. Sekarang dah sampai masa, abang masih lagi dekat sini. Ini boleh menjejaskan agenda!” aku buat muka tak puas hati.
            Sorrylah, abang solat isyak dulu tadi, lepas tu teksi pula lambat... tu yang lewat sikit. So, apa yang abang nak kena buat sekarang?” abang vios memberikan aku alasan munasabah, jadi tidak wajar untuk aku mempertikaikan hal kelewatannya.
            “Dengar penerangan saya ni baik-baik sebab takkan ada siaran ulangan!” aku memberikan penerangan awal. Abang vios menganggukkan kepalanya. “Dalam bonet kereta abang ni, saya dah siapkan lamaran buat Ain Insyirah. Lepas ni, abang pergi jemput Ain lepas tu abang bawa dia pergi makan dekat Restoran Cheng Ho sebab dia suka sangat makan dekat situ. Disebabkan Ain suka makan seafood, saya dah tempat siap-siap menunya. Nanti kat sana, abang bolehlah berbincang pasal masa depan abang dengan dia!”
            “Habis tu, bila masa abang nak lamar dia?” abang vios tiba-tiba sahaja memotong cakapku.
            “Nak ceritalah ni, yang abang potong cakap saya tu kenapa?” aku mencekakkan pinggang. Kemudian kelihatan jelas baris gigi putih abang vios dek kerana senyuman lebarnya itu. “Macam ni, nanti dalam perjalanan nak pergi ke restoran tu, abang buat-buatlah kereta rosak. Lepas tu, abang berhentikan kereta kat tepi jalan. Lepas tu abang pergilah tengok enjin. Bila Ain tanya abang apa yang dah jadi, abang cakaplah kereta  rosak, lepas tu abang minta dia tolong ambilkan lampu suluh kat dalam bonet belakang. Jadi, bila dia buka aje bonet kereta... dia mesti terkejut sebab ada something special untuk dia kat dalam bonet ni... waktu tu, abang apa lagi, cepat-cepatlah melamar dia... jangan bazir masa pula. Dah happy ending, barulah teruskan perjalanan macam biasa, pergi makan kat restoran yang saya tempah tu! Faham!” aku menarik nafas lega. Penat menerangkan setiap inci perjalanan yang bakal ditempuhi oleh dirinya dengan Ain Insyirah. Doaku, semoga semuanya berjlan dengan lancar dan mereka berdua dapat hidup bahagia bersama.
            “Apa yang ada dalam bonet ni?” abang vios memegang bonet keretanya.
            “Bila abang buka aje bonet ini, akan ada decoration lamaran yang bertulis... Ain Insyirah, sudikah kau menjadi milikku buat selama-lamanya? Hah... romantik tak? Romantikkan? Tengok oranglah!” aku bertindak membangga diri, semata-mata untuk menutup kesedihan hati. Abang vios langsung tidak mengeluarkan senyumannya dengan apa yang telah aku perkatakan. Hatiku mula menjadi risau, tidak sukakah dia dengan apa yang aku rancangkan itu.
            “Macam tak happy aje bang, kenapa? Tak best ke idea saya ni?” aku membuat andaian.
            “Entahlah, abang sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba aje abang rasa, abang takut...”
            “Alah, tak payah takutlah bang, saya yakin Ain akan setuju! Jadi sebelum abang bergerak, saya nak serahkan semua resit-resit pembelian dan tempahan serta duit baki yang bernilai RM53.70! Abang kiralah dulu, manalah tahu tak cukup ke, kang tak pasal-pasal saya kena saman sebab pecah amanah! Kira.... kira!” aku meletakkan segala resit dan wang tunai di atas tapak tangan abang vios. Abang vios memerhatiku lama dengan renungan yang tidak dapat aku pastikan sebabnya mengapa dia merenungku sebegitu rupa.
            “Jadi, kalau dah tak ada apa-apa, saya rasa eloklah abang bergerak sekarang, nanti Ain tertunggu-tunggu pula. Nah, ini kunci kereta abang. Apa pun saya doakan kejayaan dan kebahagian abang! Semoga berjaya, saya pergi dulu...” aku melemparkan secubit senyuman buat abang vios, senyuman terakhir sebelum melangkah pergi bersama hati yang hancur lebur.
            “Fika!”
            Jeritan kuat abang vios memanggil namaku itu telah membuatkan langkah kakiku terhenti. Aku menolehkan wajah memandang dirinya yang masih tidak berganjak walau seinci.
            “Fika masih hantar newspaper kat kawasan rumah abang, kan?” Kuat suara abang vios kedengaran.
            “Tak!” laungku sama kuat dengan suaranya tadi.
            “Kenapa?” abang vios mengerutkan dahinya.
            “Saya dah berhenti!’ senyuman tetap aku pamerkan.
            “Kenapa Fika berhenti? Habis tu, Fika kerja kat mana sekarang?” masih ada soalan yang keluar daripada mulut abang vios.
            “Kat planet marikh sebab kat situ tak ada orang yang baca surat khabar!” selesai menjawab soalan itu, dengan senyuman aku melambaikan tangan padanya dan terus berlalu pergi. Dia tidak perlu tahu lagi tentang kisah hidupku kerana pada saat ini, aku hanyalah kenangan buatnya dan dia juga adalah kenangan buatku. Semoga abang vios berbahagia! Bisik hatiku bersama air mata perpisahan...

SEBULAN berlalu selepas perpisahan yang menuntut aku membayarnya dengan air mata. Kini, aku sudah dikatakan kembali seperti sedia kala. Mungkin hati sudah mula mendengar kata untuk melupakan abang vios. Hari ini aku berkerja shiff malam. Ya, kilang yang sama tempat Mira bekerja. Mujur ada Mira, jika tidak rasanya aku sudah pun pulang ke kampung, tanam jagung.
            “Woi Fika, sudah-sudahlah termenung tu. Baik kau keluar sekarang sebab ada orang hantar barang untuk kau kat kuanter servis. Aku ganti kau kat sini sekejap, pergi cepat, aku nak balik dah ni, shiff aku dah habis.”
            Siapa pula yang menghantar barang di malam hari begini! Otakku ligat memikirkan jawapan. Sarung tangan aku buka pantas, lalu aku berjalan keluar daripada bilik operator menuju ke kuanter servis yang terletak di ruang legar. Sampai saja di situ aku tidak dapat melihat sesiapa melainkan ada sebuah kotak yang mempunyai nota kuning di atasnya. Aku teragak-agak untuk berjalan menghampiri kotak itu. Kiri dan kanan aku palingkan wajah, tiada sesiapa melainkan gelap malam yang jelas kelihatan daripada cermin tingkap kilang.
            Fika! Tertulis namaku di atas nota kuning yang ditampal pada kotak yang kelihatan seperti kotak kasut itu. Tidak mahu terus berteka teki, aku terus saja membuka kotak itu dan terkejut melihat isinya. Kotak itu dipenuhi dengan gumpalan kertas surat khabar dan sebelah kasut tumit tinggi berwarna pink dan biru yang turut disumbatkan dengan gumpalan surat khabar. Entah siapa pengirimnya dan entah apa motifnya? Aku sendiri tidak pasti. Sekeping kad kecil yang diselitkan antara celahan gumpalan surat khabar, aku tarik keluar. Nota yang tercatat di dalamnya, aku baca teliti.
Kini bukan lagi zaman batu yang membolehkan abang memikat Fika dengan bunga. Jadi abang hadiahkan sesuatu yang unik... sebelah kasut buat Fika, jika Fika setuju terima cinta abang, abang akan hadiahkan yang sebelah lagi. ~ Johan Afzan!
Aku termenung lama memandang nota yang langsung tidak dapat aku fahami itu. Siapa Johan Afzan?
            “Abang suka warna biru, Fika pula suka warna pink... abang rasa biru dengan pink cukup padan untuk kekal berdua... Fika pula rasa macam mana?”
            Aku menoleh, melihat gerangan yang tiba-tiba saja mengeluarkan suara. “Abang vios!” aku betul-betul terkejut, lalu nama itu keluar daripada mulutku agak kuat. Abang vios senyum lebar, apabila melihat reaksiku.
            “Ya, abang vios di sini!” abang vios melambaikan tangannya. “Fika boleh terima abangkan?” soalan itu membuatkan aku rasa seperti sedang bermimpi indah.
            “Ain Insyirah...”
            “Malam hari tu baru abang sedar, siapa yang abang cintai. Dengan Ain... itu bukan cinta! Cuma keinginan untuk memiliki dirinya. Sebab tu abang tak pernah tahu satu pun tentang Ain. Tapi dengan Fika, abang yakin... ianya cinta. Sebab abang mula terasa hilang arah saat Fika lambaikan tangan, tinggalkan abang. Abang tak pernah risau kehilangan Ain, tapi abang amat takut kehilangan Fika. Boleh tak Fika faham hati abang dan bagi peluang pada abang untuk kali ni?” abang vios memotong percakapanku dan menjelaskan setiap apa yang bermain difikiranku.
            “Fika...” terkebil-kebil aku di situ, gagap lidah menyusun kata. Apa yang perlu aku katakan padanya? Haruskah aku terima dirinya? Buntu pula tiba-tiba.
            “Harap Fika tak kata tidak!” abang vios menanti aku memberikan jawapan.
            “Tidak!” aku jawab juga pertanyaan itu. Abang vios terkejut mendengarnya. Berubah air wajahnya mendengar jawapan yang aku berikan itu. Lama dia merenung mataku dalam sebelum dia tertunduk dan menghelakan nafas panjang.
            “Abang tahu Fika marahkan abang sebab abang selalu buli Fika dulu. Dan sebab tu jugalah abang tak berani nak paksa  Fika terima abang. Kalau itu keputusan Fika, abang tak boleh buat apa-apa. Cuma abang harap, Fika boleh maafkan abang!” sayu suara abang vios.
            “Tidak!” aku masih memperkatakan yang sama.
            “Fika tak nak maafkan abang juga? Ini dah melampau! Dahlah tolak cinta abang, nak maafkan abang pun Fika tak nak!” abang vios mula mencekakkan pinggang dan aku tersenyum kerana pada saat ini aku sudah bertemu dengan abang viosku yang sebenar.
            “Tidak! Tidak mungkin Fika tolak cinta abang, sebab Fika juga ada perasaan yang sama pada abang.” aku jelaskan semuanya dan penjelasanku itu membuatkan abang vios melompat kegirangan. Tertawa aku melihat dirinya.
            “Nasib baik Fika terima abang, kalau tidak....” abang vios tidak menghabiskan katanya.
            “Kalau tidak apa?” soalku tidak puas hati.
            “Kalau tidak... abang pergi melamar Ain sekarang juga!” abang vios ketawa dengan katanya. Aku apa lagi, mengempuk badannya dengan kotak kasut ditanganku. Ada hati nak mengatal lagi dengan Ain! Marah hatiku.
            “Abang gurau ajelah... kalau Fika tak terima abang, abang akan tetap tunggu Fika sampai bila-bila.” terharu aku mendengar luahannya itu. “Tapi kan, abang rasa... Fika tak sesuailah jadi budak kilang, Fika sesuai jadi budak newspaper juga!” sekali lagi kotak kasut itu singgah tepat pada lengan tangan abang vios apabila dia mengatakan itu. Padan mukanya. Tak habis-habis nak kenakan aku.
            “Sakitlah!” Balas abang vios bersama senyuman
            “Baik abang berhenti panggil Fika budak newspaper kalau tak nak kena hempuk dengan kotak kasut ni lagi!” aku memberi amaran.
            “Alah, Fika panggil abang, abang vios.. .abang tak kisah pun!”
            “Siapa suruh abang yang kedekut sangat nak bagi tahu nama abang apa?”
            “Manalah abang tahu, abang ingatkan Fika akan berusaha cari nama abang yang sebenar, rupa-rupanya Fika buat dek aje.” abang vios memalingkan wajah, merajuklah kononnya tu. Aku tergelak lagi, tidak sangka dia mahu aku menjejaki namanya sendiri.
            “Fika nak tanya sikit boleh? Perancangan Fika malam tu, jadi tak?” soalku.
            “Tak jadi! Sebab abang langsung tak pergi jemput Ain. Lepas aje Fika pergi, abang tak ada mood langsung nak jalankan semua plan Fika tu. Sepanjang malam abang hanya duduk dalam kereta. Abang hantar mesej pada Ain minta maaf pada dia. Lepas tu abang ingat nak call Fika, tapi abang takut kalau Fika tak jawab.” abang vios mula bercerita, bercerita tentang sesuatu yang memang tidak aku sangka.
            “Sebulan lamanya abang fikirkan plan terbaik nak lamar Fika, sebab abang ingat sifu abang pernah cakap dulu, kena jadi romantik dalam suasana romantik, baru lamaran tak ditolak.”
Aku tersenyum lagi. Kini satu persatu katanya itu membuahkan kesenangan hati.
            “Kita kahwin ya!” nada suara abang vios gembira.
            “Tengoklah nanti macam mana!” sengaja aku berkata begitu.
            “Tak payah tengok-tengok... kalau Fika tolak pinangan abang, abang saman Fika kat mahkamah!” senang aje jawapan balas yang diberikan olehnya
            “Apa pasallah abang ni suka sangat nak saman Fika?” soalku tak puas hati. Sikit-sikit ugut saman!
            “Sebab abang tahu, Fika tak ada duit nak bayar saman!” Dia gelak terbahak-bahak!
            “Abangggg!!!” aku mengejar abang vios yang mula melarikan diri sebaik saja aku mengangkat tinggi kotak kasut. Namun jauh di sudut hati, aku amat senang dengan ugutan saman yang diperdengarkan kerana tanpa ugutan itu, mana mungkin aku dapat dekat di hatinya. Terima kasih abang vios, sebab sudi terima budak newspaper macam Fika ni! Bisik hatiku penuh kesyukuran...

P/S       : Terima kasih kepada semua pembaca yg sudi mengikuti kisah ini hingga ke penghujungnya. Jika ada kesempatan, singgahlah pula menjenguk karya E-Novel saya bertajuk JAUH DARI CINTA. Terima kasih atas komen membina yang diberikan. Semoga bertemu lagi di karya yang lain.
            

33 comments:

Anonymous said...

best seronok
*bangga jdi org yg pertama komin

Anonymous said...

best! teruskan menulis. ;)

syira destroyer said...

sumpah sweet gile..

cahaya said...

best!! cerita yg segar...lucu dan menarik. Teruskan usaha anda! ;)

Aida Sherry said...

baru sempat baca.... best sangat...dari mangajar bagaimana nak bercinta terus jatuh cinta...so sweet.... Fika n Johan...

Anonymous said...

best2...ringan jer cerita dia tp menarik dan tak membosankan...emm, terbayang2 wajah fahrin ahmad la pulak jd abg vios...hehehehe

Anonymous said...

santai...I like...@bluescarf

angryjel said...

ya allahh.. best sangat novel nih... da abis baca pun!!!! rasa nk ulang2 baca jee.... tp kan kepala otak ni masih ingat je lagi jalan cite nyaaaa

Nik Ainaa said...

bestnya ! sweet gila . haih ! dah mula dah ny terbayang2 nk jd cm Fika . ha ha

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

bestnye!!!!!!tak rugi baca..lepas ni tulis lgi cerita best tau ^____^

HUDAPIS said...

best...lain dr yg lain..

Nurul Johari said...

best....terbaik

Anonymous said...

Best cite nik.. tergolek tersengih bacanya..

domocomey said...

sweet! >_<

rahaida76 said...

best sgt2...kalau buat drama ni mesti meletop!

Diana Ismail said...

Best la cerita ni.. Nice ending

Unknown said...

best sngt..!...trus kn mnulis...

Unknown said...

Soooo sweetttt..... :)

Anonymous said...

best sangat santai je bile baca
tup tap tup nak cari bahan cerpen
last last dah dapat seronok baca samap teransang nafsu xpe lpasni boley pancut kat depan laptop sambil baca ;0

NeonCyberPioneer9 said...

kars
sinop
sakarya
ankara
çorum
WD1A0

InfinityPioneer666 said...

görüntülüshow
ücretli show
AXF2

NebulaFlame said...

ankara parça eşya taşıma
takipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
İQCAK

Derya0 said...

Adıyaman Lojistik
Trabzon Lojistik
Muğla Lojistik
Bayburt Lojistik
Bayburt Lojistik
8MKSM

NebulaBardess said...

maraş evden eve nakliyat
malatya evden eve nakliyat
ağrı evden eve nakliyat
elazığ evden eve nakliyat
aydın evden eve nakliyat
C7KR

QuantumBardess said...

uşak evden eve nakliyat
balıkesir evden eve nakliyat
tokat evden eve nakliyat
kayseri evden eve nakliyat
denizli evden eve nakliyat
TY4Q

0A431Tessa4177A said...

A2263
Ankara Evden Eve Nakliyat
Karaman Evden Eve Nakliyat
Afyon Evden Eve Nakliyat
Çorum Evden Eve Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat

3CF26RonaldC77D8 said...

1C12E
Etimesgut Parke Ustası
Tunceli Parça Eşya Taşıma
Karabük Lojistik
Osmaniye Evden Eve Nakliyat
Kastamonu Şehir İçi Nakliyat
Kırşehir Parça Eşya Taşıma
Düzce Evden Eve Nakliyat
Kars Şehirler Arası Nakliyat
Siirt Şehirler Arası Nakliyat

F20D8Juan2192E said...

3392B
karaman ücretsiz sohbet uygulamaları
kadınlarla rastgele sohbet
şırnak canlı sohbet uygulamaları
telefonda görüntülü sohbet
çankırı canlı sohbet uygulamaları
canlı ücretsiz sohbet
çorum kadınlarla rastgele sohbet
diyarbakır ücretsiz sohbet siteleri
düzce rastgele görüntülü sohbet

9DDD9Elena3977E said...

8EB3B
Kilis Telefonda Görüntülü Sohbet
Aksaray Ücretsiz Sohbet Sitesi
mardin canlı sohbet bedava
artvin ücretsiz sohbet
çankırı yabancı canlı sohbet
bedava sohbet siteleri
Kayseri Kızlarla Canlı Sohbet
artvin telefonda canlı sohbet
ucretsiz sohbet

50CEALeo2A56D said...

6537B
erzurum muhabbet sohbet
hatay bedava görüntülü sohbet
eskişehir görüntülü sohbet uygulamaları ücretsiz
Erzincan En İyi Sesli Sohbet Uygulamaları
gümüşhane yabancı görüntülü sohbet siteleri
kars ücretsiz görüntülü sohbet
afyon bedava görüntülü sohbet
konya canlı sohbet bedava
Bayburt Canlı Görüntülü Sohbet Odaları

A8294Randall4C668 said...

E3335
Gate io Borsası Güvenilir mi
Soundcloud Takipçi Hilesi
Periscope Beğeni Hilesi
Bitranium Coin Hangi Borsada
Binance Ne Kadar Komisyon Alıyor
Onlyfans Beğeni Hilesi
Parasız Görüntülü Sohbet
Youtube Beğeni Hilesi
Clysterum Coin Hangi Borsada

69062RandyEBD46 said...

EDC9F
Binance Hesap Açma
Ergo Coin Hangi Borsada
Youtube Abone Satın Al
Kripto Para Nasıl Oynanır
Kripto Para Nasıl Alınır
Sohbet
Soundcloud Takipçi Hilesi
Parasız Görüntülü Sohbet
Pepecoin Coin Hangi Borsada

7433BJared08297 said...

42232
Yeni Çıkacak Coin Nasıl Alınır
Tiktok Beğeni Satın Al
Mexc Borsası Kimin
Ön Satış Coin Nasıl Alınır
Sohbet
Discord Sunucu Üyesi Satın Al
Arg Coin Hangi Borsada
Threads İzlenme Satın Al
Bitcoin Nasıl Kazılır

Post a Comment