Wednesday, July 17, 2013

Kisah Patah Kaki

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. AH dpt luangkan sedikit masa dalam bulan penuh barakah ini untuk berkongsikan pengalaman AH. Sehinggan entry ini ditulis, AH masih lagi dalam cuti rehat gara2 patah kaki akibat jatuh ke dalam longkang yg dalamnya lebih kurang 2 meter. Bukan longkan biasa tu. Dekat dgn parking lot bertingkat yg sedang disiapkan. Longkang tu hanya ditutup dengan papan rapuh. Sungguh tidak bertanggungjawab pihak kontraktor yg mendapat kontrak menyiapkan bangunan parking tu. Bila AH pijak, terus terjerumus ke dalam. Sedar-sedar aje dah ada dalam longkang. Tapi AH syukur krn dalam longkang tu hanya ada sedikit air dan longgokan pasir lembut. Bayangkanlah kalau ada cerucuk?

Memang sakit dan bengkak. AH ingtkan sekadar terseliuh, jd AH teruskan perjalanan kaki pulang ke rumah kakak AH dengan mendaki jejantas. Tunjuk hero kononya. Kalau AH tahu patah, tak mungkin AH berani melangkah. Baik AH duduk diam2. Lepas tu AH bawa ke klinik. Doktor check, ckp terseliuh. Balik rumah rendam kaki dengan air batu. AH pun syukur dan senang hati.

Rendam dah, tapi bengkak juga. So adik AH pula nasihatkan suruh pergi hospital. Takut patah. Mula2 AH malas. Tapi lepas didesak oleh semua, maka utk memuaskan hati semua, AH pergilah juga. Sampai hospital, doktor x-ray. Disahkan patah dan ditahan di wad separa kritikal. Urusan selesai setelah kaki AH disimen. Hampir pukul 4.30 pagi AH dibenarkan pulang.

Belum pun 5 Jam. Lebih kurang pukul 8.30 pagi AH dpt panggilan drpd hospital. Minta AH segera ke sana. Katanya ada urusan penting nak dibincangkan. Lain macam aje bunyinya. AH memang x sedap hati. Tapi AH pergi juga. Sampai lebih kurang hospital beginilah dialognya.

Doktor : Cik, kami buat review kes2 mlm semalam, dan kami dapati kaki cik harus dibedah.
AH : Bedah? Diam sekejap. Terkejut! Semalam kata simen aje dah okay?
Doktor : Malam tadi yg bertugas doktor junior. So kami check semula, jadi kaki kaki cik mmg kena buat operation.
AH : Minor or Major Operation?
AH : Genaral Operation. Kita pasang Pltng & Screw.

Doktor ckp perlu bedah sebabnya, kaki AH patah betul-betul pada bahagian ankle. Iaitu bahagian terpenting sebab di situ ada banyak sendi, dan ia adalah joint antara kaki dan tapak kaki. Kalau x bedah, mungkin pergerakan akan terbatas. Kalau jalan kaki akan cepat terseliuh. Lepas umur 35 akan ada implikasi2 lain yang biasanya hanya dihadapi oleh orang2 yang sudah berusia 50 tahun ke atas.

Lepas tu AH tak tau nak buat apa. Blank! Banyak juga implikasi kalau tak bedah. Memang menakutkan. Tapi kalau bedahpun masih ada risiko2 yg kena tanggung. Jangkitan kuman dan sebagainya. Memang buntu. AH minta masa utk fikir sblm bagi jawapan. AH call minta pandangan keluarga terdekat (Kecuali emak n ayah sbb dia orang mmg sgt risau jd perlu dirahsiakan!). Sudahnya AH duduk sendiri, bertafakur. Meminta bantuan cemas, bertanya pada pemilik kaki AH sendiri, perlu tak AH bedah? Hampir setengah jam, ALLAH hntr jawapan. Dia kuatkan rasa supaya menolak. Doktor nmpak tak bersetuju. Tapi AH tetap menolak. Jadi kena sign surat tanggung risiko. Dan kes AH secara automatiknya diletakkan bawah rawatan klinik pakar, bukan lagi kecemasan.

Doktor kata mmg lambat baik kalau x bedah. Jd AH redha. Lepas seminggu AH tukar kepada fiber sbb simen dah pecah. Alhamdulillah, cukup 1 bulan 3 minggu Fiber pada kaki AH dibuka. Memang AH tak sangka. Jom AH tunjuk sikit x-ray AH.

X-ray 28/5/2013  - kawasan patah.

X-ray 25/6/2013 - Masih ada sedikit ruang yang belum bercantum. Fiber AH dibuka pada tarikh ini.

X-ray 16/7/2013 - Fully recover. Alhamdulillah.

Ramai juga yang mengalami nasib yg sama dengan AH diluar sana. Ada yang dibedah dan sebaliknya. AH baca melalui blog2 yg AH capai di sesawang. Ada yang sudah 3 bulan namun simen masih belum boleh dibuka. Tulang masih belum tumbuh. Masing2 berkongsi kisah suka dan duka dan ada juga yang mencari tips2 yang boleh dimanfaatkan. Mungkin keadaan AH dengan mereka berbeza. Kecederaannya juga mungkin tidak sama. Tapi AH rasa ada satu persamaan antara kami semua. Kami semua mahu sembuh sepenuhnya. Mungkin ada yg tertanya2 bagaimana tulang2 AH dapat tumbuh cepat? Mari AH kongsikan utk kita amalkan.
1. Redha dengan dugaan. Percayalah, ALLAH menguji mengikut kemampuan diri kita. Kita mampu menghadapinya. Jadi redhalah dengan apa yang terjadi. Ini akan memudahkan proses utk sembuh. 
2. Dari sudut makanan. Utk first month, AH mmg ambil susu Anlene perisa coklat. Tapi bermasalah sikit sebab AH mmg x suka minum susu. Jadi pengambilannya hanya sementara. AH amalkan makan cheese. Pun hanya seminggu dua. Dan Daun Saderi. AH buat ulam. (Daud Saderi elok utk tulang. Cuba tengok rupanya. Ada mcm bentuk tulang2 gitu.) Bab makan memang itu saja. Pantang? memang x ada. Air batu? AH ambil juga, tapi tak kerap. Bila emak dah marah, barulah berhenti minum air sejuk sementara waktu.
Daun Saderi/Celery

3. Pada AH apa yang PALING UTAMA ialah gunakan MUKJIZAT AL-QURAN utk sembuh. Ramai yang lebih suka mengamalkan ubat yang diberikan doktor. Itu tidak salah, kerana ilmu2 para doktor juga datangnya daripada ALLAH SWT. Tapi jangan sesekali lupa akan Al-Quran, kerana Al-Quran itu punya penawar. Biar berjalan seiring. Itu lebih baikkan?

Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” 

Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman.

Selama sebulan lebih AH amalkan meminum air yassin. Ianya umpama ubat tahan sakit pada AH. Kaedahnya mudah. Ambil air, bacakan surah yasin. Apabila sampai pada ayat 78 hingga 79, ulang sebanyak 3 kali. Kemudian sudahkan bacaan yassin sehingga selesai. Minum dengan niat ALLAH SWT memberikan kesembuhan. Di bawah AH sertakan ayatnya. Terjemahannya bolehlah dicari.



4. Amalkan membaca Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61. Ini selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang). AH biasa membaca selepas solat maghrib.
5. Jangan tinggalkan perkara wajib walaupun sakit! Yakinlah ganjaran lebih besar menanti anda jika melaksanakan tuntutan wajib dalam keadaan sukar. Boleh berdoa dengan doa2 penyembuhan di bawah yang AH ambil dari laman Darul Syifa.


Kedua2 doa ini boleh diamalkan selepas solat. Baca kemudian tiupkan pada tapak tangan, lalu sapu pada kawasan patah dengan penuh pengharapan pada ALLAH SWT. Insya'ALLAH ALLAH SWT sentiasa mengabulkan permintaan hamba2nya. Juga AH amalkan sebelum tidur.
6.  Sekarang ini AH menggunakan minyak but-but (Minyak ni mmg khas utk org patah & susah nk dapat). AH bacakan surah Al- Fatihah (1x), Surah Isra ayat 82 (3x), Selawat Syifa (3x), & Surah Yassin ayat 78-79 (7x) pada minyat but2 sebelum menggunakannya.

Pendek cerita, apa sahaja kaedah yang ada, yang berkaitan dengan Al-Quran memang AH cuba. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberikan keizinan utk tulang2 AH tumbuh sepenuhnya. Mungkin mrk2 yang sedang dilanda musibah yang sama dapat mengamalkannya. 

Ini adalah perkongsian AH buat semua. AH berharap tidak ada yang salah anggap dgn entry AH kali ini. Pembedahan juga satu kaedah yang baik. AH tidak nafikan. Dengan izin ALLAH, pembedahan telah banyak menyelamatkan nyawa. Dalam kes AH, mungkin tidak seserius mana. Jadi pendekatan2 yg ada banyak membantu. AH tidak menafikan, pesanan2 drpd doktor yg merawat AH juga membantu. AH masih belum dibenarkan memijakkan kaki, krn tulang masih baru. Masih ada 6 minggu AH akan ditemani dengan tongkat. Dan selepas itu, juga juga tidak pasti apa yang bakal jadi pada AH. Namun AH berdoa semoga ALLAH memberikan AH kesempatan utk merasai nikmat berjalan normal sekali lagi. Jadi tahun ni, Ramadhan dan Syawal AH bertemankan sepasang tongkat. 

Ujian apabila dihadapi dengan redha, maka banyak manfaat kita akan beroleh. Tak kiralah sakit apa sekalipun, bersyukurlah kerana kita dipilih untuk mendapat perhatian-NYA melalui ujian kecil ini. Ramai diluar sana tidak dapat merasa nikmat sakit. Setidak2nya banyak dosa2 kita sudah dihapuskan melalui musibah indah ini.
Terima kasih semua doktor2 di Klinik Pakar Ortopedik & Traumatologi HKL. Antaranya doktor Dr. Nur Hairul Anuar, Dr. Sathyogananda, Dr. Su Mee Ing, Dr. Mohammad Seth. & Lain2. Nampak macam hebat aje, boleh hafal semua nama doktor. Padahal AH copy ja dari dokumen perubatan yg AH ada. Apapun terima kasih tak terhingga.

Itu saja yang dapat AH kongsikan pada kali ini. AH berdoa semoga anda2 diluar sana yang sedang bertarung dengan ujian, terus sabar dan tabah menghadapinya. Ucapkanlah syukur dan yakinlah ALLAH SWT sedang mengatur sesuatu yang terbaik untuk kita sebagai ganjaran atas kesabaran menghadapi ujian-NYA. Semoga entry ini memberikan manfaat kepada semua. Sesungguhnya, kepada-NYA kita akan dikembalikan.

Salam Ukhwah
Adah Hamidah.

Kata AH:
 Dulu, kesibukkan kerja adalah alasan yg paling utama knp manuskrip tak siap2. Tapi sekarang, tangah cuti panjang pun manuskrip tak siap2. Agak2nya bilalah AH boleh jadi penulis yg tegar ya? :)

83 comments:

Anonymous said...

Ya Allah..cabaran Ramadhan Moga AH tabah hadapi dan mendapat kesembuhan total dengan segera. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.- MakMal

Unknown said...

semoga cepat sembuh AH

Anonymous said...

Alhamdulillah. Kak As jgk patah di tempat yg sama dgn AH. Jatuh drpd kerusi pd 22 Jun. Lps jth, trus g hospital dan d x ray.Doc x dpt kesan cuma dikatakn terseliuh. Bila dh seminggu still bengkak bru refer pd pakar. 2 July, Trus doc pakar suggest bedah. Memandangkan akk dh 40+ akk admit hosp & di masukkan 2 skru utk rapatkan tulang. 3 hr lps dh bukak jahitan bedah dan kaki blh bengkok. Akk amalkan senaman yg diajar oleh ahli fisio hosp sblm discharged ari tu. Doc advise 1 1/2 bln x blh pijak kaki. Raya ni bertemankan 2 topang ketiak le. Ttg mknn mmg akk pantang btul. Hanya mkn ikan selar yg di panggang, rebus, singgang dan sup. Ikan lain, hanya ikan bilis disangai dan daging bakar. Mknn gatal lain x sentuh langsung. Dah rasa mcm dlm pantang bsalin. Sayur plk, akk mkn sawi je. Minyak & santan mmg x sentuh.

Adah Hamidah said...

Terima kasih MakMal. Alhamdulillah smkin pulih. syukur pd yg Esa. Insya'Allah... betul pasti.ada hikmaknya. terima kasih :)

Adah Hamidah said...

Amin. Terima kasih atas doa hartini.. :)

Adah Hamidah said...

Kak As.. terima.kasih krn bkongsi kisah... kak as dibedah... insya'Allah masa utk pulih lebih awal. puji keberanian kak as. AH dgr perkataan bedah pun dan kejut perut. hi2. Apapun kita sama btemankan tongkat raya nanti. Ini ujian utk kita dan Insya'Allah kita akan sentiasa bersabar dn redha. kita insan terpilih. semoga kak as juga cpt smbuh... :)

Anonymous said...

selamat berehat AH..Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan redha dengan ujian-Nya

-chah husain-

Anonymous said...

AH..Terima kasih kerana berkongsi suka dan duka bersama kami..terima kasih atas share doa2 dan ayat 2 penawar tersebut..didoakan semoga AH akan sembuh seperti sediakala..

Unknown said...

Assalamualaikum Adah..

semoga cepat sembuh k.. jangan miss jumpa doktor pakar untuk folow up kaki adah..

in sha allah.. sama2 kita doakan adah moga cepat sembuh..

syimasyawal said...

moga cepat sembuh adikku.... kalau dah duk umah tu boleh ler siapkan manuskrip ek hehehehehehe berdoalah banyak2 ya....

intan abd wahab said...

alhamdulilah..tapi harus hati2 dan ais tu klw boleh ..elakkanlah :)

umi kalsom said...

Akak, moga cepat sembuh. InsyaAllah, ujian yg ada hikmah daripada-Nya :)

dri_eni said...

Salam Kak AH,

betul...sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa...akk seorang yg kuat..sabar dengan ujianNya, insyallah, hikmahNya terselindung disebalik tiap kejadian...

take care... :-)

tini said...

Assalam, semoga dpt pulih sepenuhnya.

Mafia Rider said...

Salam midah..rehat cukup2 tau...jg kesihatan tu...

take care

yanz said...

as salam.... moga dengan izin dari Allah SWT, adah cepat sembuh sepenuh nya dan kembali aktif menulis....segala yg datang adala ujian dari-Nya untuk hamba.... moga bersabar dan redha....

Unknown said...

As salam... semoga cepat sembuh... sye patah tulang bahagian yang samadan tidak melakukan operation... setelah 6 minggu bersimen, simen kaki sye telah dibuka dan sekarang sye diberi mc 6 minggu dan melakukan fisioterapi. Sye tidak dibenarkan pijak selama 6 minggu nie sebab tulang masih pelum cantum lg.. Sye nak tanye adak AH memakai ankle guard semasa simen telah dibuka..

Unknown said...

Adakah AH memakai ankle guard semasa simen dibuka?

Adah Hamidah said...

wa'alaikumusalam. atikah.. smoga atikah juga cpt smbuh. nmpaknya keadaan kita sama. Ya AH ada gunakan ankle guard tapi hanya apabila AH perlu lakukakan aktiviti yg lebih drpd biasa.. contohnya masa sibuk2 mlm raya hari tu... aktiviti lebih drpd biasa & nk bg anak2 sedara beware sikit dgn kaki auntie dia ni... kalau tidak bebudak main terjah2 aje.. he2 owh ya.. jgn guna ankle guard waktu rest ya.. xpecially waktu tidur.. elakkan. smoga cpt sembuh. amin

Adah Hamidah said...

wa'alaikumusalam. atikah.. smoga atikah juga cpt smbuh. nmpaknya keadaan kita sama. Ya AH ada gunakan ankle guard tapi hanya apabila AH perlu lakukakan aktiviti yg lebih drpd biasa.. contohnya masa sibuk2 mlm raya hari tu... aktiviti lebih drpd biasa & nk bg anak2 sedara beware sikit dgn kaki auntie dia ni... kalau tidak bebudak main terjah2 aje.. he2 owh ya.. jgn guna ankle guard waktu rest ya.. xpecially waktu tidur.. elakkan. smoga cpt sembuh. amin

Unknown said...

terima kasih AH atas nasihat yg diberikan. Kenapa xbleh pkai ankle guard waktu tido yer? sye slh laa.. sye pkai time tido... ok pasnie time rest sye akan tanggalkan ankle guard nie.

FATHULLAHBLOGSPOT said...

fathullah fatt22 March 2014 05:51ajal di tangan tuhansegala ye dah tercatit fattul pengurus tuntutan kemalangan.apabila cedera retak/patah atau cacat kekal.dan melibatkan kenderaan lain.anda layak untuk buat claim.sms saya 24 jam.untuk saya terangkan.tiada bayaran dikenakan.semua nye insuran kenderaan pihak ketiga/lain yg bertangungjawab ke atas kecederaan anda.fatt lawyer.0193003434

Side said...

assala mualaikum kak AH..thnx ats pkongsian ni..cuma saya ad bbrapa persoalan..sy mengalami akciden mase bolan puasa lepas 14/7 dan doktor kesan keretakan pada tukang buku lali..mcm biasa doktor nak buat operation tp sy tak mahu dan doktor hanya simen sampai ke paha selama sebulan..skrg hampir masuk 2 bukan kaki nie bsimen.soalan saya:
1. sepanjang kaki kak AH bersimen tu ade tak simptom bengkak atau sengal..sebab sy mengalami bengkak di kaki sampai ke jari2..cuma waktu pagi bru bangun tido tu kaki normal size.
2. kdg2 rase pedih dan bengkak sekitar kaw retak tu.adakah itu normal?
3minggu lepas buat penukaran sime balut bawah lutut sy tgk kawasan buku lali tempar dilanggar tu khitaman..adakah itu ok?
sori byk tnya-thnx for ur feedback :)

Adah Hamidah said...

SM Ammar.
1. Kaki akak mmg bengkak. Malah lepas simen/fiber dibuka juga masih bengkak. Akak rasa itu adalah normal utk org2 yg berbungkus kaki mcm yg kita alami. Ini kerana peredaran darah tidak lancar. Insya'Allah perlahan2. Bahagian2 membengkak akan susut nanti.
2. Memang. Akak rasa sakit.. pedih.. rasa mcm kejang pun ada.. solusinya.. ubah kedudukan kaki Ammar. Jgn biarkan kedudukan kaki kekal satu tempat dlm satu tempoh masa yg panjang ya.
3. Kehitaman... ya... akak juga.. kawasan yg mana mengalami patah kehitaman.. ia proses utk sembuh.. awal2nya kebiruan.. kemudian kehitaman dan sekarang ianya sudah pudar dan kembali seperti sedia kala. Sama proses mcm sembuh dari lebam.

Harap jawapan akak membantu ya. Apapun akak doakan semoga cpt sembuh ya.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya ummuam. 9 Sept lalu jatuh. Sama keaadan Sis AH. Sebulan buka simen. Kemudian masih sama dan saya x nak simen lg kerana sukarnya bersimen. Bulan ke 2 ada percantuman sedikit....saya masih bertongkat dan kadang2 tertinggal juga tongkat tu sbb jalan x sakit. Alhamdulillah saya pon amalkan doa2 dr ayat alQuran. Saya nak Tanya.....setiap kali saya menapak dgn tongkat....kalau lama2 mesti bengkak. Sampai bila la ya....bengkak ni. Paling suka awal pagi bangun tidur. Kaki slim mcm normal. 22 Dis ni appointment lg. Harap2 full recover Ya Allah........ Tq Sis AH

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam.
firstly sis doakn semoga ummuam cpt sembuh ya. Soal bengkak kalau jln lama. Sis ambil masa 6 bulan utk recover. Tp x sepenuhnya. Walau skrg dah lebih setahun... sehingga kini kalau sis jalan jauh. (Biasanya kalau shopping or lawatan yg makan masa 2-3 hours.. mmg kaki sis akan sakit. Bengkak pula hanya sedikit dan biasanya akak recover semula lepas tidur malam hari. Esoknya Insya'Allah pulih semula. Pada sis Ini mungkin effect kekal utk kita. Tp kita teruskan berdoa ya.. moga dipermudahkan oleh Allah. Semoga cpt sembuh 😊

Unknown said...

Assalam sis,sy xcdent motor 3/12/14,tulang patah mula2 kata retak,jumpa pakar kata patah,sy kecewa sis,sbb sy suka libatkn diri dgn aktviti lasak.patahnye dkt medial melleolus,betul2 kt bucu tulang ankle sikit je tp bengkak n denyut dia sakit,sis blh x kalau bukak simen sndri pastu bru g xray,sbb parents xtau,lgpun sy study lg,sy xnk susahkn parents amek sy,sis dlm tempoh brp lama sis fully recover? N mmg hari2 kena mnum susu ke smpai recver? Pastu blh x sy involve kem msa trdkt,cuma sy wat aktviti ringan2 je la,sis T.T sy buntu xtau mcm mana nk bgtau parents

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam. Firstly sis ucapkan takziah buat PP. Baca mesej yg PP tinggalkan sis dpt rasa yg PP dlm keadaan tak tenang. Ingin sis nasihatkan agar PP jgn buka simen sebelum tempoh yg ditetapkan krn walaupun kecederaannya kecil, Namun ia melibatkan ankle. Ankle bhgian sgt penting dlm pergerakan kaki. Proses simen kaki ini sgt penting agar x berlaku kecederaan lebih besar dlm tempoh penyembuhan.
2. Sis ambil masa 6 month utk fully recover (boleh berjalan semula spt biasa) cuma kesan smpingan akibat patah masih kekal smpi hari ini. Jadi sis nasihatkan jgn lagi tanggal simen. Or buat aktiviti2 lasak walaupun melibatkan pergerakn2 kecil sbb dikhuatiri pergerakn kecil ini ttp memberi kesan atau melambatkan proses pemulihan. Sebaiknya biarkan kaki rehat dgn sepenuhnya.
3. Tak ada seorgpun dlm dunia mampu mengelak musibah/ujian yg dah ditetapkan utk kita, jadi PP jgn terlalu risau utk maklumkan pd kedua ibu bapa krn sis yakin mrk faham. Insya'Allah.
4. Nasihat sis... PP Jgn serabut2kan kepala. cuba enjoy menikmati saat2 patah kaki sbb x ramai yg ada pengalaman mcm ni. Mmg x best, tp percayalah ckp sis PP akan lebih cpt sembuh jika tidak terlalu memikirkan pasal keadaan skrg. Ia hanya akan menambahkan stress. Yg dah berlalu biarkan berlalu. Mungkin Allah memberi peluang utk PP rehat seketika drpd sbrg aktiviti. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk PP. Yg penting jgn tinggal perkara2 wajib ya.
Lastly akak doakan semoga PP cpt sembuh. Amin. Semoga maklumat sis ini membantu. Have a good rest. 😊

Anonymous said...

Assalamualaikum akak.
Saya pun sedang menglami patah kaki sejak bulan 5 tahun lepas . tp sampai sekarang tak boleh jalan. 3 kaedah dah saya dikenakan. Pasang besi plate dalam, pastu besi tertacak tacak tu sbb ada infection pastu skang pakai fiber. Insha Allah 22/1 ni bukak fiber tp tak sure la dah boleh jalam atau tak. Bila ingt balik semua. Sedih gak sbenarnya. Dugaan saya besar gak pada umur saya ni. Tapi nak nangis pun tak guna jugak . hahahaha .

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ini kak adah hamidah..sangat bermanfaat utk diaplikasi dalam kehidupan saye juge.. :)

Nor sulhana said...

Entry yang sangat informative. Sangat setuju dengan adah hamidah. Al Quran adalah sebaik-baik penawar setelah kita berusaha.Tips Untuk Membantu Masalah Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

booja96 said...

Assalamualaikum ? Sis...sy kt hospital sg buloh.2hari lpas dtg x ray doc kate X patah just geliat...n ni dtg sbb bngkak x surut2.n b4 tu p x ray kat private sbb X puas hati.sah mmg patah.n now doc kate kena msok screw.kalo just nk pakai cast boleh..tp effect d hari tua.appointment rabu ni nk tgk keadaan kaki Btol2 surut bru bleh set for operate..any idea sis or kwn2?

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam.

Kisah booja lebih kurang dgn kisah sis. Pd awalnya sis pun doc kata hanya tergeliat. Cuma atas desakan org sekeliling sis akhirnya buat xray dan ternyata patah.
Ya.. doc juga maklumkan hal yg sama pada sis... akan ada impact di hari tua... namun harus diingat... jika operate sekalipun tidak menjamin bhw tidak akan ada impact di hari tua. Apapun terpulang pada booja utk memutuskan. Alangkah bagusnya jika booja kosongkan fikiran dan hati kemudian berdoa dgn penuh rasa rendah diri... minta DIA beratkan hati utk buat keputusan yg terbaik. Sis doakan semoga cpt sembuh ya.. 😊

Adah Hamidah said...

Tq Nor Sulhana ☺

Adah Hamidah said...

Sama2 kita berkongsi kebaikan kan.. 😊

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam.

Firstly akak nk.minta maaf coz hanya membaca komen adik pd bulan dis 2015. Rasanya masalah adik sudahpun selesai. Akak doakan semuanya baik2 aje. Allah uji kita sebabnya Allah sygkan kita. Just smile ya.. 😊

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam.

Firstly akak nk.minta maaf coz hanya membaca komen adik pd bulan dis 2015. Rasanya masalah adik sudahpun selesai. Akak doakan semuanya baik2 aje. Allah uji kita sebabnya Allah sygkan kita. Just smile ya.. 😊

Adah Hamidah said...

Sama2 kita berkongsi kebaikan kan.. 😊

booja96 said...

Thanks sis reply... Alhamdulillah ritu p jumpa pakar dia kate minor fracture n no need plate.. Syukur sgt.. Now Ngah hbs kan sisa2 MC.. 35hari...lama woooo. Ingt b4 hbs MC ni nk try p x ray kat private b4 p janji temu ngan doc.. N kalo positive nk buka sndri cast ni.. Rimas.seksa ek sis msa 1st nk jalan?

Adah Hamidah said...

Alhamdulillah... seronok sis dengar. Betul3...siksa, sengsara, merana... haha.. but one day nanti booja mesti senyum bila terbayangkan waktu jadi robotcop cenggini. He3.. stay cool... semoga cpt sembuh.

Adah Hamidah said...

Alhamdulillah... seronok sis dengar. Betul3...siksa, sengsara, merana... haha.. but one day nanti booja mesti senyum bila terbayangkan waktu jadi robotcop cenggini. He3.. stay cool... semoga cpt sembuh.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Zaki said...

Salam, sebulan lepas kaki saya juga patah seperti akak. memang fikiran tentang yang dikatakan pakar iaitu buku lali tidak stabil seperti dulu kala. cuma ingin bagaimana kaki akak sekarang? masih juga tidak stabil atau normal seperti dulu.

bunga13 said...

sy pon pth tmpt yg sma..dn pth juga d 3-tulang tpk kaki..huhu.nsb dri..skrg dh nk msuk sbuln bkrusi roda..tulng ankle tu dh mula cntum dah..cuma yg ats,tpk kaki tggal dua lgi blom cntum elok..sy p rwtn kt ustaz mat dri pedu..alhmdulilh xperlu operate tulng dh brada d kduduknnya..allh gerakkn hti sy brubt kg..sy minta kluaq hosp..sy tgguhkn operte sbb cuba kg dlu..alhmdulilah..tggu lg 2 week app dfn doktor pkr

Adah Hamidah said...

Wa'alaikumusalam. Kedudukan buku lali mungkin sudah x sama sprt asal... tetapi alhamdulillah akak masih boleg berjalan normal seperti dulu. Setakat ini 2 tahun berlalu tiada sebarang masalah. 😊

Adah Hamidah said...

Insya'Allah setiap usaha ada ganjarannya.usaha yg baik dr bunga. Sy doakan smoga bunga cpt sembuh dn kesihatan terus berkembang mekar mcm namanya.. he3 😊

Adah Hamidah said...

Insya'Allah setiap usaha ada ganjarannya.usaha yg baik dr bunga. Sy doakan smoga bunga cpt sembuh dn kesihatan terus berkembang mekar mcm namanya.. he3 😊

bunga13 said...

skrg dh bjln..cuma nk tnya, mmg akn rasa sengal ke dlm sendi pergelangan kaki..

bunga13 said...

skrg dh bjln..cuma nk tnya, mmg akn rasa sengal ke dlm sendi pergelangan kaki..

Razi said...

Sy pun nga amalkan bacaan yasin.. ankle patah.. betul Kata AH.. allah nak tunjuk.. sy baca sambil tgk maksud ayat 78 dan 79 tu.. mmg Allah sebut pasal tulang temulang yang Allah jadikan.. masya Allah.. Allah bg sy peluang utk baca yasin hari2 selama saya sakit ni.. Allah sedarkan saya ..maksud kalamullah.. alhamdulillah.. sy redha.. dan faham.. Allah nak panggil saya supaya ingat dia.. sy da lupa rezki yg dia bagi.. harta , kerja, keluarga , dan terutama teman hidup yg boleh bersabar dgn saya.. Amin..

Unknown said...

assalamualaikum akak . saya bru excident motor minggu lepas . kereta langgar kaki saya doctor kata terseliuh shaja. tapi jalan mcm biasa memang boleh . dah bleh pegi kerja semua . cuma tu la , bengkak nya tk surut2 . sbb ape eh ? mcm mne nk surut kam eh bengkaknya ?

Unknown said...

assalamualaikum akak . saya bru excident motor minggu lepas . kereta langgar kaki saya doctor kata terseliuh shaja. tapi jalan mcm biasa memang boleh . dah bleh pegi kerja semua . cuma tu la , bengkak nya tk surut2 . sbb ape eh ? mcm mne nk surut kam eh bengkaknya ?

booja96 said...

Kalo seliuh je..n da kurang sakit nye tu better p massage..btol kan blk urat2 saraf...or try pakai ankle guard smlman tgk cmne..surut ke x..

Unknown said...

Assalamualaikum sis..sya pun patah tulang sama tempat dgn sis..sya pun menolak operation..dah sebuln..td g check up dr masih sih sya wat operation sbb dia ckp blum cantum..dr kata terlalubuk risiko klu xoperation..sya nk tanyalah..cmne sis rasa skang..jlm ada sakit2 tak.
Sya pimya kaki ni kdg2 rasa sakit n pedih

Unknown said...

Assalamualaikum AH,sy patah bhgian ankle dkt Amsterdam smasa sy tngah ice skating. Selepas baca blog awk,sy menjadi sgt kuat utk trus kuat dan tabah. Awk tlg doakn sy cepat sembuh yer.sy tkut utk menjalani operation. Semoga tulang kaki yg trlibat cpt sembuh.amin.

Unknown said...

Asalammualaikum AH saya patah bagian angkle juga... Semoga kaki saya cepat pulih mohon doanya.. Biyar bisa beraktivitas kembali.. Amin

Unknown said...

As salam AH, saya jatuh pada 19hb Feb, 20hb warded dan doktor srh buat MRI dan daripada result doktor kata saya kena operation kerana ankle cracked dan ligament koyak, tetapi selepas tu doktor suruh saya berfikir dan buat x-tray pulak. Saya kata nnt saya discuss dgn husband & family. Petang doktor datang dan discuss dgn husband. Syukur alhamdulillah hasil daripada x-tray doktor kata sgt kecik retaknya dan tak sesuai untuk di pasang screw. Ya Allah hanya Allah saja yang tahu, syukur tak terhingga.15/3 ni saya ada appointment dgn doktor semoga ada keajaiban dan casting saya dapat dibuka.. Tq AH atas perkongsian yg bermanfaat. Yakin & percaya hanya pada Dia tempat meminta pertolongan.

Anonymous said...

Saya mengalami patah akibat jatuh dari tangga. Setelah sebulan, berpandukan xray, doktor mendapati kaki saya telah bercantum tetapi kaki saya bengkak dan doktor menyatakan itu perkara biasa, dia memberitahu saya, simen akan dibuka dua bulan lagi. Setelah sebulan seminggu, kaki saya semakin sakit, saya ke hospital swasta, di sana doktor membuka simen saya dan mendapati kaki saya sangat bengkak, walaupun saya menjalani fisio namun bengkak tersebut amat perlahan untuk susut. Doktor memberitahu, jika dua bulan lagi simen dibuka, kaki saya mungkin tidak berfungsi kerana simen yang ketat mengakibatkan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna. Ingat kepada Allah kerana gerakan hati dapat membantu

Szy said...

Terima kasih AH berkongsi pengalaman dan ayat serta surah pilihan utk diamalkan bg pesakit patah tulang... Smg budi baik AH diberkati Allah...

Unknown said...

Kaki sy pon patah kat bawah kepale lutut..tulang kecik dan besau.. Sy pakai simen 5bln..pastu doc kate da bole bukak sbb tulang da nmpk melekat tp belom cantom sepenoh nye.. Slpas shari sy kene g wat fasio.. Mmg sakit sgt mase nk bgkok kn kaki.. Kepale lutut maseh bgkak lgi.. Sudah 3ari sy sudah wat latihan drumah tp hasil nye maseh 30% je kaki sy bjaye dbengkok kn..tp maseh bgkak lom surut lgi.. Xde care lain ke utk mmbengkok kn kaki seperti biase

Roshaslina Binti Che Awang said...

As salam...kak adah. Pada 10.12.17 sy jatuh main boling. Pergi hos. Dr xray tulang tibia patah kt sendi kaki kiri. DR simen kaki. Seminggu g semula hos xray.alhamdulillah waktu tu DR kata tulang nampak makin baik. Lepas tu DR sambung mc 4minggu tp sy tukar ke fiber. Dlm tempoh sebulan tu kaki sy pernah terlanggar dinding. Lepas tu 15.1.18 sy ke hos utk pkmbgn. Kptsn xray DR ckp xcantum lg dan xmsuk seperti asal. Sy bimbang la kak AH. Skg DR bg 2 minggu lg rehat dan x bg buka lg fiber ni. DR ckp kalau msh xcantum kena operate masuk skru. Sy kalau blh xnak operate.takut dan pikir2 mcm2. Sy nk tanya akak, klu sy xoperate ada peluang x tulang sy sembuh dan boleh x sy berjalan seperti biasa. Sy xkisah klu ambil masa utk sembuh asalkan tulang sy dpt cantum dan blh jln mcm biasa.

booja96 said...

hakak...for.me la kan kalo maseh x ngam sy suggest akak msok je plat besi tu.sbb utk longterm.ank buah sy ade pgalaman cmni..doc nk.msok besi tp mak ayah x bg..n now tulang ank nye dah x cun..means mbesar x normal.skali tgk cam cacat.kesian plak.sy pon nyaris nk.msok kan plate kat buku lali..tp doc kata x serius sgt..biarkan normal healing.Alhamdulillah..now da bleh bjogging cam dlu2.Kena byk bsabar taw..jgn stress..mkn mnum kalsium ckop2.insyallah akan cpt proses sembuh dia.

Roshaslina Binti Che Awang said...

Thanks booja..alhamdulillah..syukur padaNya. Result xray 29.1 baru2 ni DR ckp tulang dh baik. Fiber pn dh boleh buka. Syukur sgt. DR terus suruh pergi fisio. Tp masa fisio xbkh nk berdiri dhn tegap. Kaki rasa mcm mencucuk-cucuk dan sakit. Kaki pun.msh bengkak. Tp xkisah lah asalkan tulang dh baik. Alhamdulillah.

Saliza sachari said...

Alhamdulillah, terima kasih AH, harap ini dapat bantu kurangkan sakit ibu saya.

Farha Pengedar Shaklee Shah Alam said...

Terbayang masa jatuh tu, kalau la ade benda bahaya dalam longkang tu, nauzubillah.
adoi seriau la eksiden2 mcam ni

Eita Pengedar Shaklee Pontian Johor said...

Saya ada pengalaman jaga suami yang patah tulang, suami exciden patah tulang pinggul.Pergerakan memang terbatas, berkerusi roda, sampaikan mandi dan buang hajat pun saya yang urus hampir 6 bulan terlantar.

Alhamdullilah akhirnya kini suami sudahsembuh dari patah tulang sepenuhnya

Eita Pengedar Vivix Shaklee said...

Memang agak ngeri kalau jenis exsiden macam ni..macam sorang sahabat saya excident dengan lori patah tulang kaki,dan retak juga pinggul..tapi alhamdullilah skrg dah boleh drive manual..

MiRnawaN-MRN_ said...

Allahuakbar. Ngilu masih terasa. Saya patah tulang femur (peha) open fracture pada lutut dan pergelangan tangan kiri. Dah 3 bulan pakai wheelchair. Fisio baru 2 kali. Sebab doktor kata tulang baru tumbuh. Jangan ganas2. Skrang dah nk masuk bln ke 4. Pergi fisio, beberapa ukuran diambil utk check "camber and caster" (istilah automotif) nk tahu tahap kecacatan bila berjalan. 23/10/18 fisio di HEBHK Kluang. 24/10/18 x-ray ortopedik di HSA JB. Harap2 ada perkhabaran yang menggembirakan.

Güldeste said...

Ankara
Antalya
istanbul
Ordu
izmir
MİKB2

PixelGlider888 said...

goruntulu show
ücretli
İFWH

57A07LayneDF2C5 said...

87ED6
Çorum Evden Eve Nakliyat
Amasya Evden Eve Nakliyat
Kripto Para Nedir
Tekirdağ Cam Balkon
Bingöl Evden Eve Nakliyat

0CDECWallace4A3F7 said...

D4A56
Urfa Evden Eve Nakliyat
Ünye Evden Eve Nakliyat
Diyarbakır Evden Eve Nakliyat
Muş Evden Eve Nakliyat
Bitlis Evden Eve Nakliyat

F1613TatianaA6793 said...

E2CFB
Sakarya Evden Eve Nakliyat
Bitcoin Nasıl Alınır
Tekirdağ Fayans Ustası
Gümüşhane Evden Eve Nakliyat
İzmir Evden Eve Nakliyat

5AA36DarrylEE4E9 said...

07199
Coinex Güvenilir mi
Van Şehir İçi Nakliyat
Muş Şehir İçi Nakliyat
Adıyaman Şehir İçi Nakliyat
Kırklareli Lojistik
Düzce Evden Eve Nakliyat
Bolu Şehir İçi Nakliyat
Antep Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Yol Yardım

302E8Derrick09CDB said...

59A6C
Lbank Güvenilir mi
Bolu Evden Eve Nakliyat
Zonguldak Lojistik
Mardin Evden Eve Nakliyat
Bitlis Lojistik
Amasya Şehir İçi Nakliyat
Silivri Cam Balkon
Samsun Şehir İçi Nakliyat
Çanakkale Evden Eve Nakliyat

2EC41Donald5A8C6 said...

BCBFB
Diyarbakır Evden Eve Nakliyat
Ünye Çatı Ustası
Bingöl Lojistik
Kırklareli Parça Eşya Taşıma
Diyarbakır Lojistik
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Erzincan Parça Eşya Taşıma
İstanbul Şehir İçi Nakliyat
Edirne Şehirler Arası Nakliyat

F1B8FWendyF97AD said...

CDC12
Lunc Coin Hangi Borsada
Telcoin Coin Hangi Borsada
Eryaman Boya Ustası
Kırşehir Şehirler Arası Nakliyat
Bitranium Coin Hangi Borsada
Hatay Lojistik
Kalıcı Makyaj
Casper Coin Hangi Borsada
Sincan Fayans Ustası

40DB8DakotaC0A0E said...

105C1
Binance Nasıl Oynanır
Bitcoin Oynama
Kripto Para Çıkarma Siteleri
Okex Borsası Güvenilir mi
Kripto Para Madenciliği Nedir
Bitcoin Kazanma Siteleri
Madencilik Nedir
Kripto Para Nedir
Binance Para Kazanma

034DCAverie2156B said...

17C9D
siirt canli sohbet bedava
nevşehir canli sohbet
zonguldak ücretsiz sohbet odaları
edirne kadınlarla ücretsiz sohbet
denizli canlı sohbet et
canli sohbet chat
ardahan ücretsiz sohbet uygulaması
görüntülü canlı sohbet
denizli random görüntülü sohbet

46726Katie6E1FD said...

21D62
Erzurum Ücretsiz Sohbet
bursa canli sohbet chat
mersin canlı sohbet uygulamaları
Sivas Görüntülü Sohbet Uygulama
ordu mobil sohbet odaları
Afyon Rastgele Sohbet
Uşak Canlı Sohbet Uygulamaları
Erzurum Mobil Sohbet Odaları
gümüşhane görüntülü sohbet odaları

62F61Reina911A1 said...

7F008
ordu sohbet uygulamaları
tekirdağ sohbet uygulamaları
ücretsiz sohbet siteleri
Mardin Seslı Sohbet Sıtelerı
bartın kadınlarla görüntülü sohbet
muğla telefonda kızlarla sohbet
rize rastgele sohbet uygulaması
Sakarya Rastgele Sohbet Siteleri
amasya mobil sesli sohbet

5FA34KimberlyB7875 said...

8451C
Bitcoin Para Kazanma
Bitcoin Nasıl Üretilir
Binance'de Kaldıraç Var mı
Bitcoin Çıkarma
Twitter Trend Topic Satın Al
Bitcoin Hesap Açma
Binance Referans Kodu
Tumblr Takipçi Hilesi
Okex Borsası Güvenilir mi

BC4E7HollyB43FB said...

2007D
Arg Coin Hangi Borsada
Tesla Coin Hangi Borsada
Alya Coin Hangi Borsada
Mexc Borsası Kimin
Binance Referans Kodu
Onlyfans Takipçi Satın Al
Twitter Retweet Hilesi
Kripto Para Nasıl Çıkarılır
Binance Referans Kodu

Post a Comment