Saturday, February 4, 2012

Pertandingan Cerpen : Cinta Ini Takdirku

CINTA INI TAKDIRKU
Teringat perbualanku dengan Ustaz Huzaifah petang tadi “betul ke lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?” Hiss…kenapa lah aku bertanya soalan luar silibus tu kat ustaz Huzaifah..alahai malunya nak jumpa Ustaz Huzaifah lepas ni. Tapi sebelum berpisah petang tadi dia sempat menitip pesanan kepadaku supaya menghantar nasi lemak kegemarannya itu ke rumahnya seperti biasa….aduh macam mana nak elak ya…..haa…suruh mak jelah yang hantar..hihii,bijak-bijak…anak siapa lah ni ya..??
Semenjak kepulangan Siti Fatanah ke kampung ini, aku rasa macam tawar hati hendak mendekati Ustaz Huzaifah.Yelah,aku sedar siapalah aku ini untuk berganding dengan Ustaz Huzaifah idaman Malaya itu. Jam menunjukkan pukul 11 malam, tetapi mataku masih lagi segar bugar, mak di bilik sebelah tentunya sudah dibuai mimpi. Lantas aku mengambil tafsir al-quran yang terletak diatas meja dan mencari-cari surah AN-NUR. Lamaku menghayati terjemahannya.Allah S.W.T berfirman, Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Aku ni baik ke? Layak ke berganding dengan Ustaz Huzaifah? Ahh….usah bermimpi di siang hari lah Dahlia..
“Dahlia.....dahlia..bangun nak…dah subuh dah ni” kedengaran suara ibu di muka pintu bilikku.
“ Ya mak…lia dah bangun dah ni…..” sahutku tak bermaya sambil melangkah membuka pintu bilik.
“Jom…ikut mak ke surau, pagi ni kan ustaz kesayangan lia ceramah”
“ Lia tak mahu ikut lah mak….hari ni lia nak solat kat rumah je, kalau mak nak pergi…pergi lah”
“Dah kenapa pula dengan kamu ni? dulu pantang dengar nama Ustaz Huzaifah tu laju je langkah kamu….”
“Tak ada apa lah mak…lia kurang sihat sikit,mak pergilah nanti lambat pula”
“Erm….yalah….jangan lupa kunci pintu bila mak keluar nanti”
“baik…”
Jam menunjukkan jam 8 pagi,tapi ibuku  masih lagi belum pulang….biasanya diwaktu begini dia sudah pulang dari surau….aku mula gelisah.Tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar rumah.suara lelaki…siapa pula yang datang pepagi ni…??
“Assalamualaikum……assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam…..” setelah memakai tudung ala kadar,aku menuju ke pintu utama, alangkah  terkejutnya aku  apabila ustaz pujaan hatiku berdiri didepan ku kini.
“Ya…ada apa ustaz?” Tanyaku gugup
“Saya datang ni sebab ada berita buruk nak bagitau dahlia”
“Berita apa ustaz?”
“Begini..saya harap dahlia dapat bertenang ya….tadi emak Dahlia jatuh tangga kat surau semasa mahu pulang,sekarang mak Dahlia telah dibawa ke hospital”
Bagaikan petir memanah saat Ustaz Huzaifah membawa khabar buruk itu.
“Ya Allah…emak…” Tanpa kusedari aku telah jatuh terduduk dimuka pintu.
“Sabar Dahlia…sekarang jom kita ke hospital, insyaallah mak Dahlia tak apa-apa” Ustaz Huzaifah cuba menenangkanku.
“Dahlia…” lembut suara Ustaz Huzaifah memanggil namaku. Aku pangguk kepala merenung matanya…mataku berkaca-kaca…ya allah kau selamatkanlah emakku….jauhilah mala petaka ya Allah…aku hanya ada mak sahaja didunia ini. Aku sebatang kara ya allah.Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas naik keatas rumah bersiap ala kadar. Ustaz Huzaifah sudah sedia menungu didalam keretanya,tanpa berlenggah lagi aku terus masuk kedalam keretanya.
“kita singgah rumah pak Imam kejap ya…nak ambik Fatanah” Aku hanya mengganguk sahaja,dalam otakku kini sarat memikirkan keadaan emakku…lantaklah Ustaz Huzaifah nak bawak siapa pun yang penting aku sampai dihospital. Aku faham kenapa Ustaz Huzaifah mahu menjemput Fatanah,maklumlah bakal tunanglah katakan takkan nak berdua dalam kereta dengan aku pulakan….aku menebak sendiri.
Setibanya di rumah pak imam,kelihatan Fatanah telah siap menunggu didepan rumah…wah…punctualnya nak jumpa buah hati,tanpa disuruh aku turun dari kereta dan mengambil tempat di ruang penumpang di belakang.Ustaz Huzaifah seperti mahu menghalang tapi belum sempat dia membuka mulut Fatanah telah masuk dan duduk didepan. Aku nampak riak Ustaz Huzaifah berubah,matanya tajam memandangku melalui cermin sisi kereta. Aku tayang muka bodoh je…buat-buat selamba padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu….
“Cepatlah..kita dah lambat ni” gesaku pabila Fatanah masuk ke dalam kereta. Ustaz Huzaifah memasukkan gear dan kereta bergerak laju….ntah apa-apa la Ustaz Huzaifah ni…marah pada aku ke?? Ahh…malas aku nak fikir…tak penting pun….yang penting sekarang keadaan emakku.

Setibanya aku dihospital segera aku mendapatkan emakku,Ustaz Huzaifah dan Fatanah masih lagi dalam kereta,tanpa menunggu mereka aku berlari masuk kedalam hospital. Meleleh air mataku saat aku  terpandang tubuh emakku terlantar dikatil. “mak…mak…tolong jangan tinggal lia mak…..” rintih hatiku.Saat aku memegang jemari emak, emakku membuka mata sambil tersenyum.
“Dahlia…anak mak…jangan lah nangis mak tak apa-apa nak”
“Mak…macam mana mak boleh terjatuh ni?”
“Mak cuai lia…..biasalah dah tua-tua ni mata pun kurang nampak”
“Mak…maafkan lia sebab tak temankan ibu pergi ke surau pagi tadi” ujarku dalam sendu.
“Tak apa lah lia…benda dah nak jadi…..lia datang dengan siapa ni?”
“owh….lia datang dengan Ustaz dan Fatanah tadi mak…..”
“Mana ustaz dan Fatanah?”
“Entah…..mungkin tengah cari parking kut….masa lia sampai tadi terus berlari cari mak, ustaz nak parking kereta dulu”
“asal muka cemburut je ni?lia cemburu ya…ustaz dengan Fatanah?”
“tak ada maknanya mak….nak cemburu buat apa…” hihihi…pandai aje aku menafikan padahal memang aku cemburu pun.
“Assalamualaikum…..”kedengaran dua suara memberi salam serentak.tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau bukan pasangan ideal abad ini…Ustaz Huzaifah dan Ustazah Fatanah….ceh,ada aura cemburu disitu.
“Waalaikummussalam…masuklah Ustaz,Fatanah”
“Makcik apa khabar?” Tanya Fatanah ramah
“Alhamdullillah…sudah beransur pulih ni..terima kasihlah sebab datang melawat mak cik”
“Baguslah kalau mak cik dah beransur pulih” ujar Ustaz Huzaifah sambil tersenyum.aku mengerling kearah Ustaz Huzaifah,tanpa diduga matanya juga terarah kepadaku…darah merah menyerbu kemuka ku,blushing giler….Ustaz Huzaifah masih lagi tersenyum disisi emak.ahhh…manisnya senyuman dia. Tergoda lagi !!
“lia..tolong ambilkan mak air suam…dahaga pula rasa tekak ni” dengan sepantas kilat aku bangun,pandai emak menyelamatkan keadaan…sayang mak…muahhhhh.
“lia pergi sekarang…”aku bangun lalu mengambil jag air diatas meja lalu keluar dari wad.fuh..lega…beb.Aku perasan mata ustaz Huzaifah mengekori langkahku tetapi aku tak menoleh pun kearahnya.Aku melajukan langkahku tiba-tiba……
“Lia tunggu kejap…..” tanpa kusangka Ustaz Huzaifah sudah menyaingi langkahku.
“Ya…ada apa ustaz?” hah? Ustaz panggil aku ‘lia’ sukanya…….
“boleh saya bercakap dengan Lia sekejap?”
“Maaf ustaz saya nak pergi ambik air ni..”
“Saya tau…tapi kejap je lia…” Ustaz Huzaifah mula mendesak.
“ ok…lima minit” jantungku berdegup kencang saat berhadapan berdua dengannya begini.
“Lia…kenapa sejak kebelakangan ni lia asyik nak mengelak aje bila jumpa saya?” Tanya ustaz Huzaifah.
“Tak adalah Ustaz…mana ada,perasaan ustaz aje tu…saya biasa-biasa aje”
“saya tengok lia dah berubah sekarang ni…tak ceria macan dulu lagi,kenapa lia? Saya ada buat salah ke?”
“tak…saya okay aje…ustaz saya minta diri dulu” aku mula menjarakkan diri darinya.
“kalau okay…kenapa lia tak pergi surau pagi tadi?kenapa tak hantar nasi lemak macam selalu?”
“Ustaz…kenapa dengan ustaz ni? Takkan benda kecil macam tu pun nak jadikan isu kat sini? Dahlah saya nak pergi ambil air ni…kesian kat mak  saya dia tenggah tunggu tu…”Tanpa pamitan aku tinggalkan ustaz Huzaifah terpingga-pingga disitu. Penting sangat ke aku ni dalam hidup dia??
            Kini telah seminggu emak keluar dari hospital dan dia kembali membuat nasi lemak yang digilai ramai. Memang nasi lemak superb lah….the best in the wold…amboiiiiii…
“lia….mak dah siap bungkus nasi lemak ni…kejap lagi kamu pergi hantar kat rumah haji seman 5 bungkus, rumah wak harun 3 bungkus dan rumah ustaz 1 bungkus ya…”
“Baik mak….erk…tapi mak...”
“Apa lagi kamu ni lia…cepat lah dah pukul berapa ni?”
“Yang rumah Haji Seman dengan Wak Harun tu lia boleh hantarkan tapi rumah ustaz tu lia tak naklah mak”
“kenapa pula dengan kamu ni lia?dulu bukan main beria lagi kalau suruh hantar nasi lemak ke rumah ustaz siap cakap untuk bakal suami lagi”
“itu dulu mak…sekarang lain mak…diakan dah nak bertunang, tak manis pula kalu lia kerumah dia mak”
“Eh, siapa cakap dia nak bertunang? Bertunang dengan siapa?”
“Alah mak ni buat-buat tak tahu pula…satu kampung dah heboh,dengan siapa lagi..dengan Fatanah la anak pak Imam”
“alah…gosip je pun….ustaz tu kan bakal menantu mak..tak gitu?”
“Emak ni…dengar dek Fatanah nanti, melalak tiga hari tiga malam orang kebas tunang dia”
“Belum jadi pun lagi lia…jodoh ditangan Allah,kalau dah memang ustaz tu berjodoh dengan anak mak ni…Fatanah tak boleh buat ape, tak lari gunung dikejar lia”kata ibu sambil menggosok belakang tubuhku. Aku hanya tersengih macam kerang busuk…emak memang sporting lah..pandai memujuk hatiku…hihihi
“Dah la tu..asyik berbual je…pergilah cepat,naik basikal tu hati-hati”
“Baik mak….lia pergi dulu”
Rumah Haji Seman sudah, rumah Wak Harun pun sudah…sekarang tinggal rumah ustaz pujaan hatiku pula.Aku ni dah macam minah delivery dah kat kampong ni…huhuhu. Sabor jelah….Nak tak nak aku juga jadi tukang delivery,takkan nak harapkan ibuku yang tak berapa sihat itu,zalim namanya tu….Sesampai sahaja didepan rumah sewa Ustaz Huzaifah aku memberi salam,tiga kali aku memberi salam namun tiada sahutan.
‘Mungkin ustaz tiada dirumah…’ bisik hatiku. aku turun dari basikal kesayanganku lalu menuju ke arah pintu rumah Ustaz Huzaifah.‘Tak apa lah dia tak ada lagi bagus, tinggal jelah kat sini nasi lemak ni’ bisik hatiku,niatku nak sangkut plastik yang mengandungi nasi lemak di tombol pintu terbantut apabila tiba-tiba pintu dibuka dari arah dalam.Bulat mataku memandang Ustaz Huzafah. Ya allah ustaz Huzaifah ada dirumah…..
“Maaf ustaz….saya nak hantar nasi lemak ni” terketar-ketar aku hulurkan nasi lemak ditanganku.
“Terima kasih…..” jawab Ustaz Huzaifah lemah.Aku lihat dahinya berkeringat,bibirnya terketar-ketar…badannya tak bermaya…kenapa dengan ustaz ni?
“Ustaz tak sihat ke?” Tanyaku.
“Saya…..saya…”Tiba-tiba ustaz Huzaifah rebah dihadapanku.Aku mula panik.
“Ustaz…ustaz….bangun….alamak…aku nak buat apa ni”Aku mengaru kepala. Nak minta tolong siapa ni? Pandanganku menebar kearah luar rumah,ingin meminta bantuan jika ada sesiapa yang lalu lalang,namun hanya sia-sia.
“Lia…tolong papah saya…saya tak larat ni…”kedengaran lemah suara ustaz Huzaifah
“tapi…..” aku serba salah.
“Tak apa lia…darurat ni….tolong ambilkan ubat saya kat atas peti ais didapur”
“Hah??”aku tercenggal…takkan nak masuk dalam rumah ustaz pula.
“Cepat lia…”
“Baiklah..”dalam kalut aku memapah Ustaz Huzaifah ke ruang tamu rumahnya,aku dudukkan Ustaz di atas sofa,pintu aku buka seluas-luasnya takut ada fitnah pula nanti.Aku berlari ke dapur mengambil air masak dan ubat seperti yang disuruh.
“ Ustaz….ni ubatnya”aku menghulurkan ubat berserta air masak.
“Terima kasih…..boleh awak tolong ambilkan pinggan?saya nak makan nasi lemak ni buat alas perut” macam-macam lah ustaz ni,tanpa banyak soal aku menuju ke dapur untuk mengambil pinggan.
“Ustaz tak makan apa-apa lagi ke? Baik makan nasi dulu sebelum makan ubat”
“Saya tahu…saya tunggu nasi lemak awak la tadi sebab tu tak makan ubat lagi”jawab ustaz Huzaifah sambil tersenyum. ahh...alasan, macam la tak boleh makan makanan lain.
“ustaz sakit apa ya..?”
“Saya ada migrain…..”
“owh…selalu ke sakit macam ni?”
“Selalulah juga…”begitu leka aku memandang dia makan sehingga tak sedar aku hanya berdua dengannya didalam rumah itu.
“Ustaz,kalau tak ada apa-apa saya pulang dulu lah,jangan lupa makan ubat ya….” Aku bangun dan ingin melangkah pulang.
“lia…saya…”belum habis ustaz berkata-kata,tiba-tiba kedengaran suara seseorang dimuka pintu memberi salam.
“Assalamualaikum…ustaz….ustaz”
“Waalaikummussalam… pak imam!!” Jawab Ustaz Huzaifah,aku sudah mula cemas…mungkinkah?
“Ha…kan betul aku cakap pak imam,mereka ni berkhalwat!!” ujar Mak Temah.
“Tengok tu…berdua-duaan di dalam rumah,tak padan dengan ustaz!!”Tambah Mak Temah lagi.
“Tadi aku nampak mereka berdua ni berpeluk-pelukan kat muka pintu ni” tambah Mak Temah lagi. Ya Allah bala apakah ini? Aku hanya terkaku dimuka pintu,pandanganku berbalam.
“Mak Temah tak baik buat fitnah macam tu kami tak bersalah,Dahlia hanya membantu saya sahaja,pak imam percayalah” terang Ustaz Huzaifah.
“Betul tu…tadi ustaz pitam jadi saya tolong papah ustaz sahaja,kami tak buat benda tak senonoh pak imam” aku bersuara lemah,lututku tiba-tiba mengigil.
“Tak payah banyak alasan,imam kecewa sekali dengan apa yang terjadi ni ustaz. Sekarang ikut kami ke masjid. Apa-apa hal kita bincang disana”
“Tapi kami tak salah ustaz…” rayuku lagi. Air mataku mula menitis. Terbayang-bayang wajah emak…pasti emak akan kecewa dengan berita ini.
“sudah….ikut kami ke masjid sekarang”
Suasana di masjid begitu tegang sekali,aku tertunduk malu didepan pak imam, Ustaz Huzaifah langsung tidak ku pandang.Emak tenang disebelah kiriku.Alhamdulillah emak mempercayai kata-kataku. Dia tahu anaknya ini tak bersalah.
“ Sekarang macam mana kita nak selesaikan masalah ni?” Tanya pak imam kepada Ustaz Huzaifah.
“Ini bukan masalah kecil ustaz…ini menjatuhkan maruah Dahlia dan ustaz sendiri” tambah imam lagi.”ustaz pun tahukan berdua-duaan antara bukan muhrim itu haram hukumnya”
“Ya…saya tahu imam tapi tadi keadaan saya tidak sihat imam, jadi saya minta bantuan Dahlia untuk membantu saya” terang ustaz Huzaifah yang entah keberapa kali.aku hanya tunduk berteleku,seolah-olah aku tiada hak untuk membela diri.
“Beginilah saya dah buat keputusan, untuk mengelakkan daripada fitnah orang ramai saya sedia menikahi Dahlia”. Seusai ustaz Huzaifah berkata begitu aku mengangkat muka memandang mata ustaz Huzaifah, mata kami beradu seketika. Sungguh tidak kusangka ayat itu akan keluar dari bibirnya. Aku mengeleng kepalaku lemah sambil memandang kearah Ustaz Huzaifah.
“Tidak……….saya tak nak kahwin dengan ustaz”spontan ayat itu terluah dibibirku.aku tak nak kahwin dengan cara begini. Kahwin sebab kena tangkap basah??? Tak mahu!!!
“Mak….tolong lia mak” aku merayu kepada emakku disebelah.Emak hanya mengganguk kepala sambil menenangkanku.
“Ustaz…betul ke tindakan ustaz ini?” Tanya ibuku kepada ustaz Huzaifah.
“Saya rasa inilah yang terbaik untuk kami mak cik, saya nak minta restu mak cik untuk melamar Dahlia menjadi isteri saya mak cik” begitu tertib susur kata ustaz Huzaifah. Emakku tersenyum,sejenak dia berfikir.Tanpaku duga….
“Baiklah….kalau itu yang terbaik, mak cik izinkan” ujar ibuku.
“makkkkkkkkk……”
            Kini aku telah sah menjadi isteri Ustaz Huzaifah dengan hanya sekali lafaz. Memang dulu cita-citaku hendak berkahwin dengan Ustaz Huzaifah,tetapi bukan dengan cara begini,mendadak!! Namun aku tiada kudrat hendak melawan,demi maruah emak aku turutkan. Redha itu rela,pasrah itu menyerah…ecececeh macam dialong dalam ombak rindu la pula. Tidakku sangka gurauan emak pagi tadi menjadi kenyataan, ‘kalau dah jodoh lia,tak lari gunung dikejar’,aku tersenyum sendiri bila teringat kata-kat emakku itu. Tapi bagaimana pula dengan fatanah ya? Mesti dia membenci diriku ini kerana merampas bakal tunangnya,ah…kusutnya kepalaku.
“lia…udah-udahlah tu termenung,pergi panggil suami kamu makan malam” tegur emak lembut..
“ustaz dah pulang dari surau ke mak?”Tanya ku
“Eh,suami dia tanya kita pula…pergilah tengok kat bilik kamu” suruh emak. Dengan langkah malas aku menuju ke bilikku. Saatku melangkah kedalam bilik,aku melihat ustaz Huzaifah sedang berbaring sambil memicit kepalanya,aku jatuh kasihan kepadanya.kerana aku perkahwinan ini terjadi.
“Ustaz…” panggilku perlahan.
“Sakit lagi ke kepala ustaz,nak ubat?” soalku lembut.
“Tak apa lia,abang okay je ni”.Sememangnya seusai akad nikah lagi ustaz membahasakan dirinya ‘abang’ cuma aku sahaja yang masih memanggilnya ustaz. Degil!
“Ustaz…jom makan,mak dah tunggu kat dapur” ajakku.
“lia…tunggu kejap,abang nak cakap sikit” Ustaz Huzaifah mengamit jemariku. Jemariku diusap lembut.Aku duduk bertentangan dengannya, ini kali kedua kami bersentuhan selepas akad nikah tengahhari tadi.Dadaku berdegup kencang. Aku cuba menarik tanganku dari pegangannya namun sia-sia saja bila pegangannya bertukar menjadi kejap.
“Lia….dengar abang nak cakap ni”
“Apa dia ustaz….?”
“Abang tau perkahwinan kita ni terlalu mendadak, mungkin lia masih lagi terkejut, tapi lia kena ingat jodoh ini telah ditentukan oleh allah. Jadi abang…”
“Ustaz…saya ingat ustaz dah faham apa yang saya bagitahu tadi. Apa lagi yang ustaz tak faham? Kan saya dah cakap sebulan kita kahwin,kita berpisah!muktamat!!” belum habis Ustaz Huzaifah bercakap aku sudah melenting. Tadi selepas akad nikah aku memberitahu Ustaz Huzaifah yang perkahwinan ini tak akan kekal lama, terkejut Ustaz Huzaifah mendengarnya, dan dengan selambanya dia membalas itu tak mungkin akan berlaku kerana talak di tangan suami bukan isteri!hah…ambik kau!!!
“Lia…tunggu dulu” Ustaz Huzaifah menghalang laluanku.
“Lepaslah…”.Protesku
“Abang kahwin bukan untuk bercerai”
“Dah tu kenapa kahwin dengan lia…awal-awal lagikan lia dah tolak” selaku lagi.
“abang…abang…”
“Sebab ustaz nak tutup malukan?”
“bukan…lia…sebenarnya abang….”
“Dah…tak payah nak terangkan benda yang dah jelas lagi bersuluh,lagipun Fatanah tu nak campak ke mana?” agak kasar bahasa yang aku guna.
“ Fatanah?apa kaitan dia dengan perkahwinan kita ni lia?”
“ Ustazkan nak bertunang dengan dia…satu kampung dah heboh”
“Bila masa pula abang nak bertunang dengan Fatanah?”
“Alah…sudah geharu cendana pula…sudah tahu buat-buat Tanya pula…”
“oooo…sekarang baru abang faham,sebab tu lah lia dingin dengan abang sejak dua menjak ni ya? Lia cemburu ke?” pipiku sudah mula blushing….aiyok…aiyok….
“Mana ada…buang karan je nak cemburu bagai”pipiku terasa panas…aku tak senang duduk.
“ala…mengaku je la kan?” ujar Ustaz Huzaifah sambil tersenyum..jarinya mengusap pipiku lembut.
“ish…” aku menepis tangannya.
“merahnya..sayang blushing,geramnya abang” jarinya masih lagi mengusap lembut pipiku.
“Mana ada…ustaz jomlah kita keluar,mak tunggu dari tadi lagi ni” ajakku sambil menepis jemarinya di pipiku.
“ok…jom sayang”ish…makin menjadi-jadi pula Ustaz Huzaifah ni. ‘sayang’ aduh....aku tak sangka pula yang dia ni terlebih romantik orangnya…haru-haru…..
            Selepas makan malam aku menolong emak mengemas dapur, Ustaz Huzaifah berehat diruang tamu rumah sambil menonton televisyen.
“Pergilah duk kat depan lia…layan suami kamu tu,tinggalkan aja biar mak kemas”
“Tak apalah mak,biar lia tolong mak kemas sikit aja lagi ni”
“Lia….dengar sini,walaupun kamu kahwin tergesa-gesa macam ni,tapi kamu wajib taat dan layan suami kamu tu lia,jangan sesekali menderhaka…ingat pesan mak ni lia…syurga isteri dibawah tapak kaki suami”
“mak….lia bukan apa mak…lia kekok…janggal”
“ya…mak faham….tapi kamu kena belajar untuk menerima hakikat,kalau ustaz boleh terima kenapa tidak kamu lia?”
“lia akan cuba mak….insyaallah”
Selesai mengemas dapur aku masuk ke bilik, ku lihat ustaz sedang membaca al-quran diatas hamparan sejadah di bucu bilikku.
“Lia…mari baca quran dengan abang”
“Kejap,lia nak ambil wuduk” Ustaz Huzaifah memandangku sambil tersenyum. Dia ni memang reti senyum je ke?tak ada kerja lain agaknya…buat jantung aku kerja kuat je..ish….tak suka…tak suka…Selesai berwuduk,aku terus mengambil al-quran dan menyertai ustaz Huzaifah.
“kita baca surah al-mulk dan surah sajdah ya lia…surah ni akan memberi cahaya dalam kubur ”. Aku hanya mengganguk dan mula bertadarus bersama ustaz,sesekali dia menegur bacaan aku. Maklumlah aku ni bukannya fasih sangat dalam membaca al-quran.selesai membaca al-quran, aku bangun lalu menyimpan kembali al-quran diatas almari.
“Terima kasih ustaz kerana sudi ajar saya baca quran”
“sama-sama kasih sayang” aku menjerling kearah ustaz.Malam-malam macam ni nak berkasih sayang pula ustaz ni….eiii ngeri la pula rasa,dah la ni malam pertama kami…adui,macam mana nak lari ni? Fikir-fikir…cepat-cepat idea datanglah kau…kuseru…
“asal pula tercegat je kat situ, tak mahu tidur ke sayang?”
“Erm…er…ustaz tidur la dulu,saya ada kerja nak buat ni”ujarku tergagap-gagap.
“Kerja apa sayang?”
“Nak …nak…jahit baju” ah..reka ajalah apa-apa,aku kalau bab menipu ni memang fail terus….budak kecil pun aku tak reti nak tipu,inikan pula budak besar kat depan aku ni.
“Aik…sejak bila sayang buka kedai jahit baju ni?bukan ke isteri abang ni jual nasi lemak ke?” ha…kan dah kena,dah agak da…aduiiiiiii…mak tolong lia…..
“Memang la tak buka lagi, nak practice dari sekarang lah ni”
“Erm…tak payah la nak practice bagai lia…ingat abang tak tahu ke rencana dalam kepala lia tu?” Alamak…kantoi!!
“Mana ada…betul la…tak tipu pun”
“Tak baik tipu suami tau?daripada practice jahit baju tu baik practice benda lain lia” Gulp….aku tayang muka blur…Ustaz Huzaifah ketawa melihat riaksi spontanku.Pertama kali aku melihat dia ketawa begini.Sungguh terpesona.aishhh…jatuh cinta lagi ke Dahlia???
“Practice apa ustaz?” aku dengan muka blurnya bertanya.Dan dia ketawa lagi,lucu ke?
“Practice macam mana nak jadi isteri solehah la” jawabnya sambil tersenyum. Mukaku dah merah padam,aku berkira-kira ingin melangkah namun tetiba ada tangan yang menghalang. Siapa lagi kalau bukan ustaz pujaan hatiku yang berani buat begitu.
“Lia…tolong jangan pergi tinggalkan abang ya?”
“Apa ustaz merepek ni?” apa pasal pula laki aku ni. Laki??? Macam lain je bunyinya….hihihi
“lia…duduk dulu” Ustaz Huzaifah telah menarikku duduk di birai katil,tetiba tangannya membuka tudung di kepalaku yang tak pernah aku tanggalkan didepannya, jarinya asyik sekali membelai rambutku. Pertama kali aku disentuh oleh lelaki selain arwah ayahku,aku terasa janggal sekali,berdebar-debar dadaku dengan aksi berani Ustaz Huzaifah ini.
“Rambut lia bukan aurat lagi untuk abang,jadi lia tak payah pakai tudung depan abang…abang suami lia yang sah” lembut suara Ustaz Huzaifah menampar cuping telingaku.Aku tertunduk malu. Ustaz Huzaifah mengangkat daguku supaya bertentang mata dengannya.
“cantiknya isteri abang…alhamdullilah akhirnya lia jadi isteri abang,abang harap hubungan ini kekal hingga akhir nyawa kita, sayang”
“Apa maksud ustaz?”
“No more ustaz sayang…abang nak sayang panggil abang ‘abang’ ?”
“Erm…lia tak biasa la ustaz….panggil ustaz je la tak boleh ke?”
“No..abang bukan guru lia,abang suami lia..jadi kena pangil abang ‘abang’la” ish…degil juga ustaz aku sorang ni.huhuhuhu….
“Esok lah ya ustaz….malam ni tak ready lagi”hihihi…alasan paling bodoh aku bagi.kemudian aku dengar dia ketawa.
“Lia…lia tahu tak yang lia ni lucu sangat tau tak?buat abang rasa bahagia” eh..lucu ke?bahagia ke? Aku pelik dengan ustaz sorang ni. Ingatkan pendiam, kaku je tapi diam-diam ubi berisi ya….Tangannya dari tadi duk membelai rambutku kini beralih pula ke pinggangku.Dengan selamba cicaknya dia memelukku dengan lembut.amboiiiiii…kemain lagi ustaz ni bila aku duk diam ya….
“Lepasla..lia panas ni”aku cuba menepis,tapi hampeh je…..ibarat kata macam mencurah air kedaun keladi…tu dia…
“Tak mahu…abang nak peluk lia macam ni” Dia terus memelukku,malah makin kemas pelukannya,memang tiada peluang la aku nak lari…huhhu
“Ingat lia ni anak patung ke nak peluk-peluk?” aku mula protest,dan dia hanya tersenggih-senggih buat muka tak tahu malu.
“Ada abang kesah ke?” amboi….aku sudah bulatkan mataku.
“Cute la syang buat mata macam tu…hihihi” boleh pula dia main bergurau time aku tengah angin ni…aduiiiii
“Lia…”panggilnya manja
“Ya…ustaz pujaan Malaya” dia ketawa lagi.erm…malam ni asyik dengar dia ketawa aja,nasib baik hensem kan?hihihi…
“Abang nak bagitahu lia sesuatu ni,lia….yang sebenarnya abang…abang…”tergagap-gagap pula en.suami aku ni tadi dia yang beria-ria nak cerita.
“apa dia ustaz?….cakap la”
 “Sebenarnya abang …abang…cintakan lia dari mula-mula kita jumpa lagi, cinta pandang pertama”
“hah??” Betapa aku terkejut saat dia melafazkan kata-kata keramat itu ‘cinta’?maknanya selama ini aku tak bertepuk sebelah tanganlah ya?sukanya…suka..suka!! guys sila like kat facebook aku!! hihihi…
“Jangan la terkejut macam tu sekali sayang,tutup mulut tu,kang abang cium kang” dengan pantas aku tutup mulutku dengan jari.
“Apa yang ustaz merepek ni? Saya tak percaya lah”
“Betul sayang,abang tak tipu, sebab tu abang selalu tunggu lia masa habis kuliah kat surau,abang selalu pesan suruh lia hantar nasi lemak kat abang sebab abang dah sukakan lia masa tu,cuma lia aja tak perasan masa tu”  kalaulah Ustaz Huzaifah tahu yang sebenarnya aku pun tergila-gilakan dia dari dulu lagi,apa reaksi dia agaknya ya?
“Apa istimewanya saya ni ustaz? kalau nak dibandingkan dengan Fatanah jauh bezanya,saya ni belajar  pun takat spm je,fatanah belajar sampai mesir, nak kata cantik biasa-biasa aje.lia ni tak padan langsung dengan ustaz,fatanah yang lebih layak jadi isteri ustaz”
“kenapa asyik sebut nama Fatanah aja ni? Sayang cemburu ya?”
“Tak ada maknanya saya nak cemburu…bukan dapat emas berguni pun”aku tarik muka, ustaz Huzaifah ketawa berdekah-dekah,hilang dah title ustaz alim dia tu…pergi kemana tak tahu…
“Sayang,abang tak ada perasaan pun kat fatanah tu,macam mana abang nak kahwin dengan dia sedangkan abang cintakan sayang?satu-satu wanita yang abang nak jadikan isteri ialah hanya lia sorang je,kalau pun bukan kerana peristiwa pagi tadi,abang tetap akan berkahwin dengan sayang,cuma tak sangka pula secepat ini”
“Tapi..kenapa lia abang?”
“Sayang nak tahu kenapa?”
“Sebab tiap kali abang pandang sayang jantung abang akan berdegup kencang,hati abang akan jadi sasau kalau satu hari tak jumpa sayang,tapi abang tak rasa semua tu bila bertentang mata dengan fatanah,hanya sayang je mampu buat abang rasa macam tu” air mataku mula bertakung,perlahan menitis dipipi..ya allah…selama ini bukan aku saja yang berkongsi rasa itu, dia juga turut merasainya ya allah….kaulah yang maha mengetahuinya ya allah.
“Abang,sebenarnya lia pun cintakan abang dari dulu lagi” jujur ku akui,tak ada faedahnya kalau aku sorok pun sebab dia SUAMI aku.
“Alhamdulillah ya allah...kalau sayang nak tahu,tiap kali lepas solat abang selalu berdoa supaya Allah bukakan hati Lia untuk abang, ‘ya allah jika dia benar untukku,dekatlah hatinya dengan hatiku’...alhamdullilah allah makbulkan doa abang” jemarinya mengusap lembut pipiku,mengelap air mataku yang keluar merembes dipipiku.
“Terima kasih abang…”
“Sejuk hati abang,lia dah panggil abang ‘abang’” erk….sejak bila?aku pun tak perasan yang aku tersebut perkataan ‘abang’ ,bukan ke berkuat kuasa esok ke?hihi. aku hanya tersengih.
“Sayang, ingatlah bahawa jika allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang ia tidak boleh ditahan oleh mana-mana tangan sekalipun, dan jika allah nak menghalang kebahagian itu ia tidak boleh dihulur oleh mana-mana tangan sekalipun” tu dia…ustaz dah buat kuliah at midnight…
“Terima kasih abang sebab sudi jadi suami lia”aku ambil tangan ustaz lalu kukucup lembut.
“Sama-sama kasih sayang”

TAMAT

25 comments:

lina said...

tak suka betul cerita kawin kena tangkap basah... dah berpuluh2 cerpen dan novel mcm ni... idea lain tak de ke?

nazima said...

tang tangkap bsah 2 ok lg..cuma,xkna lh bla sowang ustaz mnta tlong dppah kn..pd sy,x ssuai bla dye pgang title ustaz..pape pn thumbs up pd pnulis...

Anonymous said...

Mmg crt psl tgkp bsh 2 dah bnyk org buat tp cara pnulisan dia brbeza2. Bkn sng nk tls crpn or nvl,idea dah ada tp bl n tulis ayt blur je...pape pun tahniah bt pnls..

Anonymous said...

Tittle ustaz tu zaman sekarang tak mcm zaman dulu2.. Lagipun penulis letak tittle ustaz sebab nak tunjuk yang lelaki itu baik, jalan citer dy memang best and sweet.. -ana-

Anonymous said...

tak sesuai dan amat memberi tanggapan negatif kpd seseorang yg ber"title" ustaz, membuatkan kita hilang rasa hormat

Anonymous said...

Kan dia dah kata darurat. Tapi kalau betulnya saya tak taulah pulak boleh ke tidak

Anonymous said...

Kalau buat ustaz tu pengsan..then dahlia angkat ke tepi mgkin ok sikit kot. Sbb dahlia ni mcm brutal skt je.. mcm x logik plk ustaz suruh angkatkn.
-ilyana-

hafzkhaan said...

x slh ada titl ustaz sebab ustaz dlm bhsa arab maksud pensyarah,...:) apapun writer dh tulis cerpen yg best...dh bnyak kali ulang x boring2

Anonymous said...

wallahu a'lam bishshawwab!

Suzanne Abdullah said...

Assalamualaikum saya jatuh hati dengan ustaz huzaifah adui cane penulis, apa pun tahniah, alhamdulillah for bakat anda

Unknown said...

Suka betul dgn jalan cerita dia,msa bca part yg awal tuh teringat plk dkt diri sendiri sbb sy pon ad minat dkt seorang ust mcm tuhh tpi xthu laa jodoh atau x😊hrp² jodoh laa..tlg doakan yer😂

RocketPirate007 said...

ankara
sakarya
tekirdağ
kastamonu
amasya
Rİ5J28

Kuddusi4 said...

tekirdağ
tokat
elazığ
adıyaman
çankırı
VSKY

WarpSeeker777 said...

görüntülüshow
ücretli show
BXJ6ZV

HyperspacePhantomXYOLG129 said...

malatya evden eve nakliyat
artvin evden eve nakliyat
kocaeli evden eve nakliyat
ankara evden eve nakliyat
düzce evden eve nakliyat
N2RB5

F3897ChristineB9281 said...

E823C
Adıyaman Parça Eşya Taşıma
Ardahan Lojistik
Tekirdağ Parça Eşya Taşıma
Kırıkkale Evden Eve Nakliyat
Uşak Parça Eşya Taşıma

02914YareliB0522 said...

E0B72
Binance Referans Kodu
Batman Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Fayans Ustası
Burdur Evden Eve Nakliyat
Kocaeli Evden Eve Nakliyat

A8D22Emily6F9C5 said...

95638
Kocaeli Parça Eşya Taşıma
Pursaklar Fayans Ustası
Çerkezköy Halı Yıkama
Etlik Fayans Ustası
Kırşehir Şehir İçi Nakliyat
Hatay Lojistik
Kilis Şehirler Arası Nakliyat
Yobit Güvenilir mi
Burdur Evden Eve Nakliyat

80E92Amy2F85E said...

A6CDC
Düzce Şehirler Arası Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat
Rize Evden Eve Nakliyat
Kucoin Güvenilir mi
Eryaman Parke Ustası
Amasya Parça Eşya Taşıma
Sivas Şehirler Arası Nakliyat
Mexc Güvenilir mi
Bolu Şehir İçi Nakliyat

B203DBrixton7850F said...

33F65
Samsun Parça Eşya Taşıma
Trabzon Şehirler Arası Nakliyat
Erzincan Lojistik
Mexc Güvenilir mi
Hatay Evden Eve Nakliyat
Karaman Lojistik
Gümüşhane Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Buzdolabı Tamircisi
Çerkezköy Marangoz

29A77EvalynBBADB said...

BE440
binance indirim

AF0A5Elise0A098 said...

E2F92
aksaray parasız sohbet siteleri
giresun rastgele sohbet odaları
trabzon parasız sohbet siteleri
çorum rastgele sohbet odaları
telefonda görüntülü sohbet
nanytoo sohbet
elazığ görüntülü canlı sohbet
samsun sesli sohbet mobil
bartın sesli sohbet odası

BF9DCBrighton3F89F said...

73414
mobil sohbet siteleri
telefonda canlı sohbet
sakarya yabancı görüntülü sohbet
antep rastgele sohbet uygulaması
sakarya sohbet sitesi
tekirdağ canlı görüntülü sohbet
kilis sohbet muhabbet
antep kızlarla rastgele sohbet
elazığ kadınlarla ücretsiz sohbet

7AE0FErica0E2A6 said...

4D34F
rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
sesli mobil sohbet
aydın kızlarla rastgele sohbet
Siirt Canlı Sohbet Siteleri Ücretsiz
Samsun Sohbet Sitesi
gümüşhane sesli sohbet uygulamaları
sakarya görüntülü canlı sohbet
adıyaman sesli görüntülü sohbet
canlı sohbet sitesi

22AF4Darren90FC8 said...

9ED5E
en iyi görüntülü sohbet uygulamaları
sakarya ücretsiz sohbet odaları
bilecik mobil sohbet
antalya canlı sohbet et
mobil sohbet bedava
samsun parasız görüntülü sohbet
bartın parasız görüntülü sohbet
Düzce Sohbet Uygulamaları
yalova sohbet muhabbet

Post a Comment