BAB EMPAT PULUH SATU
“Berapa kali I nak cakap pada you Ros. I tak perlukan setiausaha. Can’t you understand my simple word?”
Bentak Zafril yang berada di dalam biliknya itu membuatkan aku yang berada di luar bilik pejabatnya ini sedikit kecut perut. Aku sudah bertekad untuk bekerja semula di sini, dan semua ini aku lakukan adalah untuk kembali menyambung apa yang telah aku putuskan selama ini. Mungkin juga aku di sini kerana rasa cintaku pada Zafril yang tidak pernah mahu padam. Aku ingat tahu apakah sebenarnya jodoh itu adalah milik kami berdua. Aku ingin pastikan dengan sejelas-jelasnya. Namun bagaimana aku mahu berhadapan dengan Zafril dalam keadaan emosinya yang sebegitu sekali. Itu belum Kak Ros menyebut namaku lagi dia sudah semarah itu, jika Kak Ros menyebut namaku entah ribut taufan yang melanda pejabat ini agaknya.
“Mencari pekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan syarikat adalah tanggungjawab I Zaf. You pun kena faham tu!” kali ini kedengaran suara Kak Ros pula yang begitu tegas sekali.
Kedengaran Zafril merengus kasar Tidak senang dengan situasi yang melanda dirinya kini. “Pekerja yang you cari tu adalah untuk jawatan secretary merangkap pembantu I. Bila I kata I tak perlukan pembantu. I really mean it.Understand!” Zafril masih berkeras.
“Huh! I tak peduli. I dah bagi pun surat tawaran pada budak tu. Dia akan mula kerja hari ni dan dia dah ada pun kat luar bilik ni.”
“What?” Zafril terkejut dengan kata-kata Kak Ros. “You memang sengaja nak cari pasal dengan I kan Ros. Mentang-mentang Kak Anni ada kat sini, you nak cari pasal pula ye.” Makin kuat marah Zafril kedengaran.
Aku yang berada di luar bilik ini memandang rakan-rakan yang lain yang turut berada di pejabat, takut-takut mereka turut mendengar kemarahan Zafril tika ini. Namun, aku menarik nafas lega apabila mereka semua meneruskan kerja seperti biasa tanpa mengendahkan apa-apa pun yang berlaku di dalam bilik itu. Aku memancing pendengaranku semula ke dalam bilik Zafril. Mereka masih lagi bertegang urat, tiada seorang pun yang mahu mengalah.
“You ni kenapa hari ni?”
“You tu yang kenapa hari ni?” balas Kak Ros pantas.
“Dah! Sudah, sudah! Kau orang berdua ni kenapa? Bergaduh macam budak-budak?” Kak Anni yang sedari tanya mendiamkan diri dan hanya menyaksikan pertelingkahan merea berdua akhirnya bersuara juga. Mungkin tidak tahan mendengar mereka berdua bertegang urat tanpa seorang pun mahu mengalah.
“Adik kau ni lah. Aku carikan setiausaha untuk menyenangkan kerja dia. Lagipun aku bukan cari orang sebarangan, Staff ni ada pengalaman yang cukup untuk handle bos baran macam adik kau ni.” Kak Ros membela diri.
“Apa you panggil I?”
“Bos baran!” Kak Ros mengulangnya sekali lagi. Geramnya pada Zafril nampaknya makin memuncak hari ini.
“Cukup! Sudah!” Suara Kak Anni makin meninggi. “Apa masalah Add sebenarnya ni? Akak tak fahamlah. Apa yang Ros buat tu betul, hanya untuk kepentngan Add dengan syarikat. Yang Add berkeras takkan guna setiausaha ni kenapa? Akak dengar dah dekat setahun Add tak ada setiausaha kan? May I know why?” Kak Anni cuba berdiplomasi.
“Zaf tak perlukan setiausaha. Zaf boleh handle semua sendiri.”
“Boleh handle konon. Appointment pun selalu bertindan je.” Gumam Kak Ros.
“Tak! Apa yang akak nampak Add tak boleh nak handle sendiri semua benda. Tugas seorang CEO bukan ringan Add, sebab tu CEO memerlukan setiausaha untuk melicinkan dan memudahkan tugas mereka. Cuba Add bagitahu akak company mana yang CEO dia tak ada setiausaha?” Hujah Kak Anni. “Akak tak kira, selaku pemegang syer terbesar syarikat ni akak tetap nak Add ada setiausaha. Tak kira walau apa pun keputusan Add. Ros panggil budak tu masuk.” Putus Kak Anni tiba-tiba.
Jantungku mula berdegup kencang mendengar keputusan Kak Anni tu. Tidak sampai beberapa saat sahaja lagi aku akan berhadapan dengan Zafril. Dalam otakku mula merangka ayat yang perlu aku luahkan di hadapanya nanti. Sewaktu otakku masih sedang cuba menyusun ayat-ayat yang seterusnya, Kak Ros sudah muncul di hadapanku dan tersenyum senang. Aku tidak membalas senyumannya kerana rasa seram mula merajai hatiku. Kemudian Kak Ros mula menarik lembut tanganku dan membawaku masuk ke dalam bilik itu, dan aku hanya mampu menurut.
Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik itu, Zafril masih lagi berkeras dengan Kak Anni dan memujuk Kak Anni yang sememmangnya dia tidak memerlukan setiausaha. Aku mengerling memandang Zafril yang tidak sekali pun memandangku dan Kak Ros yang semakin menghampiri mejanya. Dia masih terus berusaha menyakinkan Kak Anni yang dia bersungguh-sungguh tidak mahukan setiausaha.
“Yang ni SU baru you encik Zafril.” Celah Kak Ros apabla Zafril masih lagi membebel pada kakaknya.
“Ros, baik you ba…” Kata-kata Zafril tersekat di situ apabila terpandangku yang berada di hadapannya.
Kak Anni menoleh apabila melihat Zafril tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Sebaik sahaja memandangku, Kak Anni melemparkan senyuman dan bangun mendapatkanku.
Aku yang sedari tadi memandang Zafril mengalihkan pandangan pada Kak Anni yang menuju ke arahku. Aku menyambut huluran salam wanita itu. Sewaktu kami berpelukan aku mengerling memandang Zafril yang masih lagi memandangku tanpa kerlip.
“So, you ada apa-apa masalah ke Zafril SU baru you ini?” Perli Kak Ros apabila Zafril masih lagi mendiamkan diri sebaik sahaja terpandangku.
Kak Anni pula yang tertawa kuat dan mengelengkan kepala. “Orang tua-tua kata, kalau diam tu tandanya setuju.”
Aku yang mendengar kata-katanya terasa malu namun aku masih lagi membalas renungan Zafril.
“Jom Ros keluar aku ada benda nak discuss dengan kau.”
“Jom.” Kak Ros menurut sahaja arahan kawan baiknya itu. Sebelum keluar sempat juga dia menepuk bahuku dan berbisik perlahan di telingaku. “Tambat hati bos baran tu sampai dia tak boleh nak lari lagi dari Safi.”
Aku tertawa kecil dan memandang lantai. Selama ini pun Zafril tidak pernah lari dariku Cuma aku yang terasa jauh darinya. Namun kali ini aku bertekad tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Cukup sekadar aku dapat tahu apakah aku masih di hatinya, sama seperti yang diperkatakan ramai.
Aku memandang Zafril semula. Namun pandangan Zafri yang redup sebentar tadi padaku kini berukar menjadi renungan tajam. Aku tidak mahu mengalah pada renungan yang tajam menikam itu lantas aku menghadiahkannya sebuah senyuman manis yang mungkin bisa mencairkan hati lelak itu.
AKU mula merenung Zafril di hadapanku. Dari pagi tadi sehinggalah hampir masuk waktu rehat ini, lelaki itu terlalu dingin denganku. Satu patah ditanya sepatah jugalah yang keluar dari bibirnya, itu pun tanpa sedikit pun memandang wajahku. Mati kutu aku dibuatnya untuk menarik perhatian lelaki itu untuk berbicara. Aku mengetap bibir, geram dengan reaksi yang dia tunjukkan sejak pagi tadi.
“Em…” Zafril menghulurkan cek yang telah ditandatanganinya padaku tanpa sedikitpun menangkat Wajah, memandangku.
Aku menyambut cek itu dari tangannya. Dia tidak mengeluarkan arahan lanjut tentang cek itu, namun aku tahu cek itu perlu dipulangkan semula pada Ahmad. Begitulah keadaannya sejak pagi tadi, tiada satu arahan pun yang keluar dari bibirnya untukku. Semua perkara aku harus pandai-pandai sendiri dan jika terdapat perkara yang perlukan penjelasan Zafril barulah aku bertanya padanya, itu pun dalam keadaan takut-takut kalau pertanyaanku itu tidak dilayannya.
“Hari ni kita nak lunch kat mana?” Melihatkan jam yang semakin menghampiri jam 12 membutakanku memberanikan diri bertanya.
Kali ni barulah Zafril berpaling dan memadang tepat ke wajahku. “Kita?” Soalnya sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
Aku menelan liur dan mengangguk kecil kemudian aku melemparkan senyuman.
“Why do you think ‘kita’ have to lunch together today?”
“Er… kan Encik Zafril selalu belanja new worker. Saya pun tak terkecualikan? I guess.” Dalam berani aku menyatakannya jua. Bolehkah aku dikira sebagai pekerja baru di sini sedangkan aku sudah pernah bekerja di sini dahulu.
Zafril hanya mendiamkan diri beberapa detik dan memadang mataku. Seketika kemudian dia menatap skrin komputernya semula. “Tapi hari ini saya tak ada mood nak belanja sesiapa pun. Not even you.” Tegasnya sambil menyambung semula tugasnya yang tergendala tadi.
Aku terdiam mendengar kata-katanya, aku terkedu seketika. Sungguh aku tidak menyangka itu jawapan yang akan dia berikan padaku.
“Kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar sekarang.”
Bingkas aku bangun dari kerusi selepas mendengar arahannya itu. Cek yang berada dalam gengamanku hampir saja aku genggam erat. Sakit hatiku dengan penolakkan Zafril itu. Mahu saja aku menghempaskan pintu bilik itu. Namun apabila kufikirkan semula perangainya itu berpunca daripada kesalahan aku sendiri, yang meminta hubungan dengannya diputuskan, semua itu membuatkan aku kembali bersabar.
Sampai sahaja di mejaku, aku menghempaskan diri ke kerusi empukku. Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung semula tugasku. Kesemua temujanji Zafril dalam minggu ini aku susun semula. Sebentar tadi aku telah menyusun semula portfolo dan kontrak yang bertaburan susunannya. Itu belum termasuk lagi surat-surat yang telah hampir setahun tidak difailkan. Untuk memfailkan kesemua surat-surat itu pastinya memakan masa berminggu-minggu. Tugas-tugas memfail surat dan dokumen langsung tidak dititikberatkan oleh Zafril sedangkan ianya adalah perkara yang penting sebagai sumber rujukan pada masa hadapan. Sambil menyiapkan tugas-tugasku, sempat juga aku mengerling memandang dinding kaca yang memisahkan mejaku dengan biliknya. Tirai di dalam bilik itu masih lagi tertutup dan menghalang pandanganku daripada menuju padanya. Selalu, tirai itu tidak pernah bertutup, tirai itu akan sentiasa Zafril pastikan terbuka. Tapi kini tidak lagi, dia seperti sedang menjarakkan hubungan denganku.
Aku pantas menekan intercom apabila alat itu berbunyi.
“Kak Safi, Encik Zafril ada order pizza ke tadi? Budak Pizza ada kat reception ni.” Suara Amy jelas kedengaran di telingaku.
“Er… akak tak tahulah Amy. Tak apa nanti akak tanya.”
“Okay kak, thanks.”
Sebaik sahaja selesai berbicara dengan Amy aku pantas mengetuk pintu bilik Zafril. Apabila pintu terbuka, dia hanya memandangku sekilas sahaja sebelum menyambung tugasnya semula. Melihatkan tingkahnya yang seolah-olah tidak senang dengan kehadiranku di situ menyebabkan aku hanya berdri di muka pintu, malas mahu masuk ke dalam.
“Encik ada order…”
“Okay awak keluar dulu. Nanti saya ke reception.” Potong Zafril sebelm sempat aku habis bertanya.
Aku mengetap bibir geram dengan setiap layanan Zafril padaku hari ini. Rasa marah mula bercambah dalam diriku. Sesudah menutup pintu aku segera menuju ke reception selepas mengambil beg duit. Dari aku mengadap Zafril yang entah apa-apa kerenahnya hari ini lebih baik aku ajak Amy keluar makan bersama lagipun hanya tinggal lima minit masa rehat untuk bermula.
Apabila aku sampai di bahagian reception, aku terkejut melihat 10 kotak Pizza berada di situ. Penuh ruang meja panjang reception itu dengan kotak-kotak pizza. Takkan Zafril yang memesan kesemua pizza itu? Untuk apa dia memesan pizza sebanyak ini?
“Amboi, banyaknya pizza.” Kataku pada Amy yang sedang berdiri di sisi meja kopi.
“Itulah pasal. Tapi ni bukan pizza biasa je kak. Siap ada kentang, garlic bread and the best part is ada chicken wings sekali.” Ujar Amy sambil mengosok perutnya yang sarat mengandung lapan bulan.
Aku tersenyum melihat ulah Amy itu. Pastinya saat ini Amy sedang mengidam kepak ayam itu. Aku ingin mengusik Amy tapi apabila Zafril tiba-tiba muncul di situ dengan muka ketatnya menyebabkan aku terdiam, malas mahu bersuara lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sikapnya padaku hari ini. Zafril pula segera menghampiri dua orang budak penghantar pizza yang setia menanti sedari tadi.
“Berapa dik?” Soal Zafril kepada budak penghantar Pizza dan budak itu menghulurkan resit padanya. Setelah melihat resit itu Zafril menyerahkan beberapa not wang seratus ringgit pada budak di hadapannya. “Balance, simpanlah.”
“Betul ke ni bang?”
Zafril tersenyum dan mengangguk kepala. Setelah itu, budak itu pun keluar dari pejabat dengan senyuman panjang. Dia merapati aku dan Amy. Aku pura-pura tidak menghiraukan kedatangannya di hadapanku. Sengaja aku tidak mahu memandang wajah itu kerana aku yakin pandanganku tidak akan berbalas.
“Amy, staff lain dah keluar makan ke?” Soal Zafril pada Amy.
“Sorang pun belum keluar lagi encik.” Balas Amy yang mengerling memandangku yang asyik merenung kotak-kotak pizza ini.
“Kalau macam tu kata dengan dia orang tak payah keluar. Hari ni saya belanja lunch.”
“Betul ke ni Encik Zafril?” Amy makin teruja.
“Apa yang betulnya?” Tanya Kak Ros yang baru sahaja sampai di reception. “Amboi, banyaknya pizza. Siapa beli ni? Nak buat apa?” Kak Ros ternyata terkejut melihat kotak-kotak pizza yang tersusun rapi di atas meja ini.
“Encik Zafril belanja semua staff hari ni.” Jawab Amy yang asyik tersenyum-senyum dari tadi.
“Zafril belanja semua staff? Ermmm… macam nak buat party pula ye. Party apa agaknya? Party sambut kepulangan Safi ke?” usik Kak Ros sambil memeluk bahuku.
Aku terkelu mendengar kata-kata Kak Ros. Benarkah Zafril belanja semua pekerja kerana menyambut kepulanganku di Adni Maju ini? Tapi bukankah tadi dia sediri juga yang berkata dia tiada mood untuk belanja sesiapa pun hari ini? Mengapa pula lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran dalam masa tidak sampai satu jam? Lantas aku memandang Zafril yang sedang memandangku, aku inginkan jawapan darinya.
“Hai, pagi tadi jual mahal, sekarang siap celebrate lagi nampak.” Kak Ros masih lagi mengusik Zafril dengan tawa panjangnya.
Zafril pula sudah mengetap bibir mendengar usikan Kak Ros. “You nikan Ros dari pagi tadi tak henti-henti bercakap tak penat ke mulut you tu? Lepas tu tersengih-senih 24 jam, apahal?”
Bertambah sakan Kak Ros ketawa apabila mendengar kata-kata Zafril itu. “I tersengih sebab I gembira adik kesayangan I dah balik kerja kat sini. Macam you jugalah yang sebenarnya happy sesangat bila tahu Safi, SU baru you kan.”
Aku mendiamkan diri. Mataku masih lagi memandang Zafril. Aku benar-benar ingin mendengar jawapan yang keluar dari bibinya.
“Apa-apa jelah.” Ujar Zafril sebelum berlalu meninggalkan kami semua di sini.
Kak Ros mencebik bibir memandang Zafril yang sudah jauh berlalu. “Cover macholah tu.” Komennya menimbulkan tawa yang panjang pada Amy. Aku pula masih lagi mendiamkan diri memandang Zafril yang semakin jauh dari pandangan.
TENGAH HARI ini, pejabat agak meriah dengan suara-suara pekerja Adni Maju. Seorang pun tidak keluar untuk makan di luar hari ini. Mereka semua berada di sudut pejabat sambil menikmati pizza yang dibeli Zafril sebentar tadi. Aku tersenyum melihat telatah semua rakan setugasku. Sehingga kini tumpuan menjurus padaku seorang. Setiap rakan-rakanku itu bertanya pelbagai perkara padaku memandangkan hampir setahun kami tidak berjumpa. Memang kini aku benar-benar terasa seperti mereka semua sedang mengadakan jamuan untuk menyambut kepulanganku di syarikat ini. Dan Ahmad yang paling petah bersuara dan kebetulan pula dia duduk paling hampir denganku jadi banyak sungguh soalan yang aku harus jawab dari lelaki itu.
Zafril? Lelaki itu turut berada di sini bersama-sama kami semua. Namun lelaki itu tidak banyak bercakap. Hanya sekali sekala sahaja dia akan mengeluarkan suaranya itu pun apabila ada yang bertanya padanya, kalau tidak jangan harap lelaki itu akan membuka mulut untuk bersuara. Pizza yang berada di dalam pinggan di hadapanya langsung tidak berusik hanya air oren yang berada di tangannya diteguk, itu pun hanya seteguk dua.
Aku pula tidak mengendahkan dia di situ. Aku tahu sejak Ahmad mengambil tempat duduk di sebelahku tadi Zafril tidak sudah-sudah memerhatikan kami, mendengar setiap inci perbualanku dengan Ahmad. Boleh sahaja aku berkalih tempat apabila Ahmad mula duduk di sebelahku namun memang aku sengaja tidak mahu berbuat begitu. Aku mahu melihat reaksi darinya dan apabila melihat reaksinya aku mula tersenyum senang.
“Kau tak kahwin lagi kan?”
Soalan Ahmad itu menyebabkan suasana yang agak riuh sebentar tadi menjadi sunyi seketika. Aku juga turut terdiam seketika. Entah kenapa soalan itu boleh terpacul keluar dari mulut Ahmad buatku. Memandangkan semua mata memerhati dan menati jawapan dariku membuatkan aku terpaksa menjawab juga soalan itu dengan gelengan kepala. Tenungan Zafril yang tepat padaku menyebabkan aku mengelengkan kepada sekali lagi sambil memandang lelaki itu.
“Bertunang?”
Aku memandang Ahmad semula apabila pertanyaan itu pula yang keluar dari bibirnya. Aku memandang kesemua rakan pejabatku. Semua mata terus tertumpu padaku menant jawapan yang seterusnya dariku. Dalam banyak-banyak mata-mata yang memandangku kini, tenungan mata Zafril dan Ahmad paling mengusarkan hatiku. Apa pentingnya soalan-soalan itu pada waktu ini buat Ahmad sehingga dia ingin bertanya begitu. Dan buat kali kedua aku menjawa dengan gelengan kepala juga.
Aku memandang Ahmad semula apabila pertanyaan itu pula yang keluar dari bibirnya. Aku memandang kesemua rakan pejabatku. Semua mata terus tertumpu padaku menant jawapan yang seterusnya dariku. Dalam banyak-banyak mata-mata yang memandangku kini, tenungan mata Zafril dan Ahmad paling mengusarkan hatiku. Apa pentingnya soalan-soalan itu pada waktu ini buat Ahmad sehingga dia ingin bertanya begitu. Dan buat kali kedua aku menjawa dengan gelengan kepala juga.
“Fuhhh, selamat…”Ahmad mengurut-ngurut dadanya sendiri. Seolah-olah benar –benar lega dengan jawapan yang aku berikan padanya.
“Kenapa pula? Apa yang selamatnya?” Aku sudah tidak senang dengan reaksi yang dia tunjukkan.
Ahmad tersenyum-senyum memandangku. :Maknanya adalah chance aku nak ngorat kau.” Ahmad mengangkat-angkat keningnya. Semua yang ada di situ ketawa besar, kecuali Zafril.
“Ish, kau nikan, merepek ajelah.” Hanya itu jawapan yang terkeluar dari bibirku saat ini. Aku tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan.
“Apa pula merepeknya. Aku serius ni. Aku akan pikat kau sampai dapat.” Ahmad masih lagi tersneyum-senyum dan menjungkitkan keningnya.
Melihatkan reaksi terakhr Ahmad itu membuatkanku yakin dia sekadar bergurau jadi aku hanya mengelengkan kepala dambil tersenyum memandang lantai. Apabila aku terdengar ada derap kaki yang meninggalkan tempat ini, aku pantas mengangkat wajahku memandang setiap wajah di situ. Kerusi yang diduduki Zafril tadi sudah tidak berpenghuni pantas aku melirkkan mata mencari kelibat lelaki itu. Akhirnya mataku dapat menangkap kelibat Zafril yang sdang menuju ke pantry.
Sudahnya aku bangun dari duduk dan mengambil piring kertas dan meletakkan beberapa ketul ayam dan beberapa keeping pizza. Aku segera berlalu mendapakan Zafril yang telah berada di dalam pantry.
Zafril sedang duduk di pantry sambil memandang keluar tingkap. Aku menghampiri dirinya dan meletakkan piring yang kubawa tadi ke atas meja bulat itu. Setelah lama menanti dan masih lagi tiada sebarang reaksi darinya aku mengetuk beberapa kali meja bulat itu. Dan akhirnya aku berjaya menarik perhatian lelaki itu.
“Jauh termenung?” Aku mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.
Tiada sebarang balasan darinya. Dia kembali memandang ke luar tingkap.
“Kenapa tak makan kat luar tadi?” Aku masih menyoal dan cuba menarik perhatiannya untuk berbual-bual denganku. Namun masih tiada balasan dari lelaki itu.
“Zaf, Safi…”
“Apa niat awak sebenarnya kerja semula kat sini?” Zafril pantas memotong bicaraku dengan mengajukan soalan itu. Matanya kini merenungku tajam.
Sungguh aku tidak menyangka itulah soalan pertama yang keluar dari bibirnya. “Niat? Mana ada niat apa-apa.” Aku cuba melindungi rahsia hatiku dari dapat dihidu lelaki itu.
“Jangan tipu, Safiah Aisyah!” Tegas Zafril.
“Zaf betul-betul nak tahu jawapannya?”
“Kalau saya taknak tahu saya takkan tanya.”
“Sebab… Safi nak selalu ada dekat dengan Zaf. Selalu ada di hati Zaf.” Aku berhenti seketika sebelum menyambung kata. “Jawapan tu boleh diterima tak?” Aku tersenyum pada Zafril yang terus memandangkuy tanpa kelip.
Lama dia mengambil masa untuk membalas kata-kataku. Hanya aku yang direnungnya. “Tapi saya…”
“Seronok berbual? Maklumlah dah lama tak jumpa mesti banyak yang nak dibualkan, betul tak?”
Kata Zafril tergantung begitu sahaja apabila tiba-tiab Fazura menyampuk perbualan kami. Aku dan Zafril berpaling memandang Fazura yang sudah pun menghampiri kami. Muka Fazura tiada secalitpun senyuman, menimbulkan tanda tanya di hatiku. Sejak dari pagi tadi Fazura sekali pun tidak tersenyum padaku apatah lagi menyapa diriku ini, jauh sekali. Saat aku menegurnya tadi pun dia hanya melemparkan jelingan tajam padaku.
“Tinggalkan kami berdua di sini. Fazura?”
Bentakkan Zafril itu menentak lamunanku. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Namun Fazura masih lagi tidak mah berganjak dari tempatnya.
“Tak dengar ke?”
Fazura merengus kasar mendengar soalan Zafril tu. Sebelum beredar, sempat juga dia menghadiahkan sebuah jelingan padaku. Terkebil-kebil mataku menerima jelingannya. Sungguh aku tidak faham kenapa Fazura berkelakuan begitu.
Helaan nafas Zafril membuatkan aku merenung lelaki itu semula. Mata kami bertaut seketika. Kemudian dia segera bangun dari susuknya dan terus berlalu meninggalkanku di pantry sendirian. Aku tercenggang dengan tindakannya itu. Apa perlu dia mengarahkan Fazura meninggalkan aku dan dia di pantry ini jika dia juga ingin berlalu tanpa memberikan sebarang kata padaku? Makin pening aku dengan kelakuan Zafril hari ini. Begitu sukar untuk aku mendekatinya dan pastinya lebih sukar untukku merapatinya selepas ini.
21 comments:
arghhh. kak adah, sampainya hati buat saya macam ni.
macam ada apa-apa je dgn zafril-fazura tu. haishhhh...
haiii...zafff..
jangan sampai safi merajuk pulak niii...
sampai hati mu zafff...
Aduhh adah..akak pulak yg rasa mcm x cukup udara nk bernafas.. Aghh..x lena tidurku mlm ni..
dinginnya layanan Zafil kat Safi tu ya.....tapi dalam hatinya sebenarnya suka dengan kembalinya Safi bekerja di situ......siap belanja staf lagi...yang musykilnya apa maksud dengan kata Zafril tu ..."tapi saya......"..buat suspen je Zafril ni, n3 seterusnya.....
kenapa sesudah safi merendahkan egonya dan menyatakan isi hatinya zaf berkelakuan begitu rupa.. adakah fazura dan zaf sudah ada hubungan ..harap safi..jgn buat tindakan yg membabi buta mengikut perasaan..sudah sudah lah mengikut kata hati dan rasa dan andaian dia tu..kerana setiap perubungan mesti ada trust..sebagaimana kata zaf yg safi mmg tak trust dia..so..inilah masanya safi kena tunjukkan pada zaf bahawa kini dia dah berubah..untuk kebaikan hubungan mereka..
adoyaiii zaf nih... nak macam mana lagi ehh...safi tu sanggup tebalkan muka rendahkan hati dia semata-mata nak tawan n pujuk balik ati zaf... ngada2 zaf nih... safiii hang jual mahal la plak...nak kena penampar jepun zaf nih...eeeeeiiiiiii gerammmmmmmm
hehehe... seronoknyer baca safi pulak try ngorat zaf balik... :)
i'm loving it! thanks adah utk citer yg best ni..
oksigen, oksigen,.... trend mark Adah.. apa yg ada dlm hati lelaki akan terus tersimpan... suka gaya Adah... mcm JDC..suka suka suka sgt...safi kena berani pikat zaf balik.. zaf tu saja nak bg safi tension je, sbb dl safi bg zaf tension.. so time utk balas balik... janji zaf dh tau yg safi memang masih cinta kan zaf.....
Aduh...tingginya ego Zaf..kan Safi merajuk plk lg susah...tp bila Ahmad cakap mcm tu tahu nk marah ye...
ADAH...seronoknya baca bab ni...meletakkan diri sendiri sebagai Safi macam2 berlegar dalam kepala...hahahahah @bluescaarf
terpakse safi rendahkan ego semata2 nk pujuk zafril..tp zafril mmg jual mahal..bt dek jer..
kite tunggu je la nx n3 ek..sanggup ke safi nie bersabar ngan zafril..
zaf jual mahal la pulak. ish ish..
kalau ikutkan kata Mona dan Kak Ros, memang safi sentiasa dalam ingatan zaf. sajalah nak tunjuk ego ya?
Zafril jual mahal ya....nanti tengok Hafiz datang jemput Safi makan ke atau apa-apalah, barulah dia mengelabah....tgk. Ahmad duduk sebelah Safi dah semacam je....
zaf ego sangt cian ka safi...
memandangkan safi dah bagitau zaf tentang perasaan dia and zaf macam dah tak ada perasaaan so safi just let it go :) Jangan turutkan kata hati sangat takut nanti merana diri..and maybe fazura rasa tergugat sebab safi dah kerja balik together with zaf and ahmad nak tackle safi..so kita tunggu next entry..oh ! harap next entry safi pulak ignore zaf ..biar zaf rasa macam mana safi rasa bila dia kena ignore :)
~A~
Adah, just a few sentence.... KEEP COMING ON DEAR... HURRY !!!..Hehehe :)
Kak AH..bg la safi merajuk sikit..hehehe.. dh zafril ego sgt, x pyh safi lyn dia buat smentara wkt..keje cm biasa dlu.. nk zafril yg pujuk safi..hehe.. bgus btol safi sanggup keje kt situ blk nk pikat zafril.. sukaaaaa..
ya sy sokong..bagi safi merajuk n cuba jgn layan zaff..biar dia rasa apa yg safi rasa bila x dipedulikan...
aduh...siksanya jiwa raga saya nak tunggu sambungan....tetiba jd mcm ni pulak...gawat ni Adah...ingatkan betullah zafril nak kawin dgn nia....tak sbr nak tunggu sambungan..
alahai , napew safi mesty merendahkan ego dia . ta cun lan. mcm perigi cari timba . cpt sgt mengalah . huhu
mesti zaf merajuk ni ..
safi kena pujuk la nie ..
Post a Comment