BAB TIGA PULUH LIMA
Zafril Masih lagi tenang memandu keretanya. Semua yang aku ceritakan kepadanya umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Atau yang sebenarnya dia langsung tidak mempercayai setiap kata-kataku ini. Mula ada rasa risau bercambah di hati.
“Zaf dengar tak apa yang Safi cerita ni?” rasa marah mula terbit kerana dia hanya mendiamkan diri dari tadi. Bukan hanya dia tidak bersuara, menggeleng dan mengangguk pun tidak dia lakukan sepanjang mendengar ceritaku ini. Reaksinya begitu kaku dan keras.
“Zaf dengar.” Mendatar sahaja suaranya tika ini.
“So, kita nak buat apa sekarang?” Soalku, sengaja mahu mendengar dia meluahkan kata pula. Sejak aku menjejakkan kaki ke dalam keretanya, dua puluh minit yang lalu. Hanya aku yang berbicara, membangkitkan kisah pertemuanku dan Shania semalam, tapi dia hanya kaku seperti patung cendana mendengar semua ceritaku.
“Nak buat apa pula?” Zafril mengerlingku seketika sebelum menumpukan perhatian semula pada jalan raya Kuala Lumpur yang semakin sesak pada awal pagi begini.
Aku mengeluh perlahan, perlukah aku menjelaskan semula setiap apa yang telah aku ceritakan padanya sebentar tadi? Menjelaskan bagaimana Shania melayaniku semalam dan segala kata-kata Shania yang membuatkan aku tidak dapat tidur semalaman kerananya. Kenapa dia kelihatan sukar untuk mempercayai setiap kata-kataku?
“Zaf, Nia tu sukakan Zaf, cintakan Zaf. Dia sanggup buat apa-apa saja untuk Zaf. Untuk cinta dia!” luahku. Aku kenal sangat dengan Shania. Dia bukan jenis wanita yang mudah mengalah dengan segala halangan yang mendatang. Setiap apa yang dia mahukan dia akan cuba pastikan dia akan dapat memperolehinya dan dia benar-benar seorang yang tekad dalam melakukan sesuatu perkara.
Zafril memberhentikan keretanya di tengah jalan raya apabila keadaan yang sesak itu tidak membenarkan langsung keretanya bergerak ke hadapan. Dalam keadaan ini Zafril mengambil peluang merenungku yang sejak menaiki kereta ini tidak lepas dari melihat wajahnya.
“Safi... tukan hati dia, perasaan dia, kita bukannya boleh halang kalau dia nak rasa macam tu. Yang pentingnya sekarang ni, hati Zaf, cinta Zaf, hanya untuk Safi.” Lembut sahaja kata itu sampai ke telingaku, namun itu belum cukup lagi untuk meleraikan kekusutan yang menghantui hatiku ini.
Ya memang benar setiap apa yang Shania rasa di dalam hatinya itu tidak dapat dihalang olehku dan Zafril. Namun sekurang-kurangnya kami harus berusaha untuk membuatkan Shania memahami keadaan yang sebenarnya, memahami yang aku dan Zafril saling mencintai dan tidak sanggup untuk berpisah.
“Lagipun Zaf tak fikirlah Shania akan buat yang bukan-bukan pada kita.” Kata Zafril sebelum memandu semula keretanya.
Aku tersentak mendengar pandangannya. Yakin benar dirinya dengan Shania. Mungkin mereka sepupu dan Zafril merasakan dia sebagai abang sepupu Shania amat memahami setiap tingkah adik sepupunya itu. Tapi tidak terfikirkah Zafril yang mereka sudah lama terpisah. Perpisahan yang memakan masa belasan tahun. Waktu selama itu membolehkan sesiapa sahaja berubah. Dan pastinya kita tidak akan dapat menjangka perubahan itu.
“Kenapa Zaf yakin sangat Shania takkan buat macam tu? Kalau Shania betul-betul buat apa yang dia cakapkan tu macam mana?” aku bukan sengaja mahu mencambahkan rasa curiga dalam dirinya buat adik sepupu kesayangannya itu. Cuma aku mahu kami sama-sama berfikir dan mencari penyelesaian pada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada kemudian hari.
“Taklah, Shania takkan buat macam tu. Diakan adik sepupu Zaf. Zaf tahu dia budak macam mana?”
Yakin benar yang dia amat memahami adik sepupunya itu. “Safi yang membesar dengan dia Zaf. Safi kenal sangat dengan dia.”
“Safi... okay, Safi jangan fikir bukan-bukan pasal hal ni. Makin Safi fikir makin berserabut fikiran Safi. Zaf tak nak Safi fikir yang bukan-bukan lagi okay. Kalau asyik masam je muka tu, nanti silap-silap muka tu berkedut-kedut macam nenek kebayan.”
“Zaf ni.” Aku menarik muka, tidak suka dengan katanya itu. Walaupun aku tahu dia hanya bergurau sahaja dan mahu mengubah topik yang sedang aku bincangkan dengannya, tapi aku tidak suka dia menyamakanku dengan watak kisah dongeng yang menakutkan itu.
Dia sudah ketawa besar. “Alah, Zaf bergurau jelah. Lagipun kalau Safi macam nenek kebayan sekalipun Zaf tetap sayang dan setia dengan Safi. Sampai hujung nyawa tau!” walaupun dia masih lagi ketawa namun aku dapat merasakan kesungguhan dalam kata-katanya itu.
“Tengok tu, sebut nenek kebayan lagi.” Aku sengaja menarik muka cemberut, seolah-olah tidak berpuas hati dengan kata-katanya.
“Okay, okay, Zaf tak sebut lagi dah.” Dia mengangkat tangan kirinya manakala tangan kanannya masih lagi mengawal stereng kereta. Aku tertawa kecil melihat aksinya itu.
“Kita sarapan dulu kat Kafe Wisma, sebelum masuk pejabat.”
Aku mengangguk perlahan mendengar cadangannya itu apabila dia mula mencari ruang parkir untuk keretanya di tempat meletak kenderaan yang disediakan untuk semua pekerja wisma tersebut. Aku dan dirinya pasti akan bersarapan bersama setiap kali dia menjemputku ke tempat kerja.
Kebelakangan ini memang jarang aku membawa kereta ke pejabat kerana dia yang bersungguh-sungguh mahu menjemputku dan menghantarku pulang. Dan aku tahu ini salah satu daripada caranya untuk merapatkan lagi hubunganku dengannya di saat-saat begini.
Aku dan Zafril sama-sama melangkah beriringan menuju ke pintu masuk wisma. Sebaik sahaja aku dan Zafril melepasi pintu kaca automatik tersebut, terdengar suatu suara nyaring menjerit memanggil nama Zafril. Aku dan Zafril lantas berpaling memandang ke belakang.
Aku agak terkejut melihat kehadiran Shania di situ. Langkahnya makin dilajukan menghampiri aku dan Zafril. Semenjak dia menerajui Tiara Holding, dia sudah tidak lagi menjejakkan kaki ke wisma ini. Namun hari ini selepas kejadian semalam, dia kembali ke sini. Tapi atas urusan apa?
“Abang Add.” Terus sahaja Shania berdiri mengadap Zafril. Aku yang berada di sebelah Zafril langsung tidak ditolehnya walaupun seketika.
“Kenapa ni?” terus sahaja Zafril bertanya selepas melihat wajah Shania yang sudah pucat dan penuh dengan kerisauan.
“Shania nak minta tolong Abang Add.” Rengek Shania.
Aku sekadar menjadi pemerhati tingkah kedua-dua saudara itu.
“Nak tolong apa?”
“Sepatutnya semalam Shania ada meeting dengan lembaga pengarah tapi Shania tak datang. Dan sekarang ada something happen yang Shania tak dapat nak handle. Abang Add tolong Nia ye.”
Zafril memandangku seketika sebelum memandang Shania semula. “Shania dah bagi tahu pak long ke? Shania suruh papa jelah yang tolong. Lagipun papa mesti dah biasa dengan lembaga pengarah tu kan.” Zafril kelihatan berat mahu membantu Shania.
“Shania dah call pak long. Pak long yang suruh Shania minta tolong dengan Abang Add.”
Zafril berfikir seketika.
“Abang Add tak nak tolong Shania ke?” Soal Shania, “Tak apalah kalau Abang Add tak dapat nak tolong Shania. Shania faham.” Rajuk Shania dan mula ingin berpaling ke belakang.
“Shania, tunggu. Okay abang tolong Shania. Tapi jangan lama-lama sangat. Abang banyak kerja lagi kat pejabat ni.”
Persetujuan Zafril itu membuatkan Shania berpaling semula memandangnya. Dan senyuman mula menghiasi bibirnya. “Thanks. Shania tahu Abang Add takkan hampakan Shania.” Girang sungguh Shania tika ini.
“Jom.” Shania sudah sedia untuk berlalu bersama Zafril namun segera Zafril menghalang langkahnya itu.
“Shania takkan salam dengan Kak Safi dulu ke?”
Soalan daripada Zafril itu membuatkan buat pertama kalinya Shania menoleh padaku sejak dia sampai tadi. Kemudian dia memandang zafril seketika sebelum mengajukan salamnya padaku dengan sebuah senyuman. Aku sedikit terperanjat menerima senyumannya itu. senyuman yang tidak langsung kelihatan semalam sewaktu aku bersemuka dengannya.
“Nia pinjam Abang Add kejab ye kak. Jangan risau Nia akan jaga Abang Add baik-baik.” Shania ketawa kecil dengan jenakanya yang kedengaran begitu janggal di telingaku.
Aku hanya tersenyum kecil menyambut huluran salamnya. Dan Zafril pula entah apa yang mengembirakan hatinya turut tersenyum lebar saat ini, melihat Shania mengucup tanganku seperti selalu.
“Dah Abang Add, jom.” Shania terus mengajak seperti tidak sabar untuk membawa Zafril jauh dariku saat ini.
“Sorry Zaf tak dapat nak temankan Safi sarapan pagi ni. Apa-apa nanti Safi call Zaf ye.” Pesan Zafril padaku.
“Zaf... habis tu petang ni...”
“Jangan risau sekejab je Zaf kat Tiara Holding tu. Zaf jemput Safi petang nanti, okay.” Dia segera mencelah sebelum aku sempat menghabiskan pertanyaanku padanya.
“Cepatlah Abang Add kita dah lambat ni.” Dan dengan segera dia membawa Zafril segera berlalu dari situ.
Sebelum memulakan langkah sempat juga dia melemparkan sebuah jelingan buatku. Dan aku benar-benar yakin layanan baiknya padaku sebentar tadi hanya di hadapan Zafril sahaja. Nampaknya dia benar-benar mahu melakukan apa yang dikatakan semalam padaku.
JAM sudah menunjukkan pukul 5.00 petang, namun jangan katakan Zafril, bayangannya pun tidak kelihatan saat ini. Aku sudah semakin gelisah menantinya di kerusi ruang kerjaku ini. Ramai pekerja telah pun melangah keluar dari ruang pejabat meninggalan aku keseorangan di dalam pejabat yang agak luas ini.
Nampak seperti Zafril tidakkan muncul. Sampai hati dia memungiri janjinya padaku. Katanya, dia mahu sekejap sahaja berada di sana, tapi hingga ke saat ini dia masih lagi tidak pulang-pulang ke pejabat. Entah apa agaknya yang mereka lakukan di Tiara Holding itu. Apalah masalah yang berlaku sehingga Zafril pula yang perlu membantu Shania?
“Assalamualaikum.”
Aku segera berpaling memandang Zafril yang sudah pun berdiri tegak di hadapanku. Melihat dirinya aku sedikit lega. Namun aku masih lagi marah padanya. Jika dia ingin sampai selewat ini pun, sekurang-kurang, hubungilah aku dahulu menyatakan tentang kelewatannya itu.
“Kenapa lambat. Kata sekejap je.” Aku meluahan ketidakpuasan hatiku.
Zafril tersenyum kecil. “Ada banyak benda nak buat tadi.” Zafril kelihtan begitu penat sekali.
“Yelah sekurang-kurangnya telefonlah Safi dulu. Ini tidak, buat Safi risau aje.”
“Zaf minta maaf okay. Zaf lupa, banyak sangat benda yang jadi tadi. Sampai Zaf dah tak boleh nak fikir benda-benda lain dah.”
“Sampai Safi pun Zaf lupa ke?”
Zafril terkejut mendengar kata-kataku. Wajahku ditenung lama sebelum memulakan kata. “Apa yang Safi merepek ni?”
“Safi tak sedap hati bila Zaf ikut Shania tadi.” Perlahan aku mengalunkan kata. Memang itu yang aku rasakan sebentar tadi sewaktu dia mengikuti Shania. Tapi aku tidak mempunyai hak untuk menghalang dia mengikut Shania. Aku dan dia belum mempunyai apa-apa hubungan yang sah yang membolehkan aku menghalangnya berjumpa dengan Shania.
“Safi curiga dengan Shania atau Safi tak percaya pada Zaf?”
Soalan Zafril itu membuatkan aku berfikir semula. Aku tidak bermaksud untuk tidak mempercayainya cuma aku risau dengan setiap apa yang Shania katakan padaku semalam. Dan aku takut jika Shania benar-benar ingin melakukan seperti apa yang telah dia katakan padaku semalam. “Safi...”
“Safi... Zaf cintakan Safi dah bertahun. Takkan semudah tu Zaf dapat lupakan Safi dan pergi pada perempuan lain.”
Aku menundukkan wajah mendengar kata-katanya. Aku tahu dia amat mencintaiku malah dia yang terlebih dahulu mencintaiku. Namun aku juga manusia biasa yang punya rasa cemburu dan takut akan kehilangannya. Lagi pula hati dan perasaan manusia tidak siapa yang dapat meneka dan ianya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Dan itu yang paling aku takutkan berlaku pada hubunganku dan dirinya saat ini.
“Zaf nak Safi janji satu perkara pada Zaf.”
Aku memanggungkan wajah memandang dirinya. Bersedia mendengar setiap bait katanya.
“Walau apa pun terjadi, tolong percaya pada Zaf.” Pohon Zafril bersungguh-sungguh.
Aku terdiam seketika.
“Zaf amat perlukan kepercayaan Safi.” Dia menambah kata.
Aku tersentuh mendengar setiap bait katanya. Terus senyuman aku lemparkan padanya. Mengharapkan yang dia mengerti sememangnya aku amat mempercayainya untuk selamanya.
“Shania tu adik sepupu Zaf dan selamanya dia akan jadi adik sepupu Zaf saja.” Zafril terus memberikan keyakinan padaku.
Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kini aku tahu walau apapun tindakan yang akan Shania lakukan selepas ini, ianya tidak akan dapat merubah apa-apa perasaan Zafril padaku dan aku akan sentiasa meningati setiap kata-katanya hari ini. “Safi minta maaf. Bukan maksud Safi nak ragui Zaf. Cuma Safi rasa takut. Takut Shania akan memenangi hati Zaf” aku jelaskan perkara yang sebenar.
“Safi, tak akan ada wanita lain dalam hati Zaf, selain Safi. Tak akan ada!”
Aku terdiam seketika. Ya aku yakin akan hal itu, cumanya hati menjadi takut tiap kali Shania muncul depan mata. “Terima kasih Zaf. Safi pegang kata-kata Zaf pada Safi”
“Macam tu lah...” Zaf tersenyum lebar dan senyumannya itu turut menyerat aku membuka senyumanku juga. Sedikit rasa lega untuk hari ini. Harap rasa itu terus singgah di hati pada setiap masa.
Bersambung...
P/S : Assalamualaikum semua pembaca ADH. Sekali lagi AH terpaksa memohon maaf atas kelewatan entry ini (asyik minta maaf aje kerja AH ni). Agak sibuk pada hujung tahun ni, terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan sehingga tidak sempat untuk bermanja-manja dengan karya2 yang ada. Jadi sekiranya AH terlewat utk post entry seterusnya, harap semua pembaca AH faham. Apapun, AH masih akan cuba sedaya upaya AH, mencuri masa yg ada untuk postkan ADH 2 kali seminggu... andai gagal, AH akan pastikan sekali seminggu ADH wajib bertemu dengan semua. Harap sudi terus membaca. Terima kasih atas sokongan semua :)
16 comments:
it's ok adah, janji kluar, fuhhh makin mendebarkan. geram kt shania, mesti dia ada plan jahat punye....
geramnya kat shania tu...walau apa pun semoga cinta zafril tetap teguh hanya untuk safi......
tk kisah n3 lmbt, asalkan masih ada n3...hehehe.
Harap2 cite ni tk sama dgn cite2 lain... biasanya org k-3 tu akan cuba buat taktik tangkap basah, nk bunuh heroin ler.... jumpa dlm hotel(tangkap basah ler tu,kn).... Safi kena ada kepercayaan terhadap Zaf... dh tahu perangai Nia mcmana, jadi, hati2 ler Safi... Zaf pun, jgn terjebak dgn perangkap Nia...
It's okey AH . Asal ada entry pon dah cukup . Tak kesah kalau lambat . Anyway , sangat best . Suka ngan sikap zafril yg sangat sayangkan safi . Harap dia tak terpedaya ngan nia tu . Hehe . :)
[AYA]
nia oh nia please jauhkan dari dari zaf dn safi......
moga cinta mereka terus kukuh dihati masing2....
tq kak adah! usahamu ku kenang!
hrp shania tak buat lah benda pelik2.
and safi terus percayakan zaf. hee..
risauuuu sgt...rasa mcm tak sedap ati ngan nia nih...napa rasa nia ni akan gunakan mak zaf dan sakit buah pinggangnya utk meraih simpati dari family zaf...zaf mungkin akan dipaksa kawin ngan nia... adoiiii pandai2 jek speku sendiri...tapi itu la yg akak rasa...
ADAH......suka Safi cerita sume kat Zaf.....percaya padaku @bluescarf
jahat nia ,, smbung lgi ae ,, =)
its ok kak AH...
hhmm.... what's wrong with zafril?? he has to realise bout shania yg ada high determination utk rampas dia dpd safi.. kesian kt safi.. zafril tu terlalu percayakan nia sgt.. dia tak nmpk benda sebaliknya.. jgn dia marah safi if safi mengadu ap2 pasal nia sudah. nia ni mmg penyibuk antarabangsa. dia mst ad byk agenda lpas ni. zafril ni pun ikut aje kata nia tu.. aish! masalah betul la.. anyway,bila la agknya safi n zafril tu nk kahwin?? lama menunggu ni.. hehehe.. kalau konflik lpas kahwin pun ok..
setuju ngan Salina Azni...Adah jgn buat camtu yer... x sanggup lah.. ape kate Adah tunangkan zaf n safi cepat2...hahha...
Zafril~ jgn pernah berubah....tp kalo bley jgn la rapat ngan Nia lg..ckp kat Nia jgn berharap kat Zaf...
Safi~ percaya la pd Zaf, ingat ader jodoh x kemana =)
Rasa tak sedap hati je bila baca entry ni macam akan ada perkara buruk yang akan berlaku pada hubungan zaf and safi..harap haraplah nothing happen ye kak adah :)
plempang kat nia satgi kang...
sibuk aje..
zafril and safi love each other,,
don't disturb them
ala tp kan knpa slalu watak berebut lelaki jer.kerap sgt yg lelaki relax, cool jer tp perempuan lak disalahkan.huhu siapa xcemburu kalo lelaki yg disukai selalu dgn org yg da terang2x suka kt lelaki tu juga. tp bila safi dgn laki lain zaf pon cemburu xterpkir ke dya. >,< hehe pandangan sja :D
Post a Comment