Friday, December 23, 2011

Ada Di Hati - Bab 40


BAB EMPAT PULUH
            Aku menyandarkan badanku ke dinding lif, rasa sungguh letih seluruh badanku hari ni. Dari tengah hari tadi aku menemai Mona menemui pelanggannya di pejabat milik anak guamannya itu. Sudahlah kebelakangan ini aku sukar untuk melelapkan mata, ditambah pula dengan bebanan tugas yang semakin hari semakin bertambah banyak, membuatkan badanku mudah terasa lesu.
            “Penat sangat ke?” Soal Mona apabila melihatku yang tersandar lesu.
            “Tak adalah.” Aku pantas mengukirkan senyuman dan berdiri tegak semula. Aku tidak mahu merisaukan Mona pula.
            Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku dan Mona bergegas keluar dari lif yang agak sesak. Langkah sama kami aturkan keluar dari bangunan pejabat ini. Keadaan di lobi bangunan itu agak sibuk dengan orang ramai yang segera pulang ke rumah setelah tamat waktu pejabat.
            “Mona!” Jerit satu suara apabila aku dan Mona melepas pintu kaca, pintu utama bangunan ini.
            Sebaik sahaja berpaling Mona membalas lambaian tangan wanita yang memanggil namanya sebentar tadi. Aku mula mengikut langkah Mona.  Wanita yang masih tersenyum melirik memandang kami. Mona dan wanita itu bersalaman dan melagakan pipinya.
            “Lamanya aku tak jumpa kau Mona.”
            “Ha’ah lama betul kita tak jumpakan. Maklumlah lepas selesai aje kes kau dengan agensi modeling tu, terus tak contact aku. Sunyi sepi macam tu aje.”
            “Sorrylah, lately ni aku busy sikit. Ini pun baru balik dari Rom.”
            “Oh lupa pula nak kenalkan.” Mona tersenyum padaku yang berada di sebelahnya. “Lin kenalkan ni kawan aku Safi. And Safi ni, bekas anak guam hubby aku merangkap kawan aku, Ezlin.”
            Aku menghulurkan tangan dan Ezlin menyambutnya dengan senyuman manis yang sentiasa meniti di bibir. Aku turut membalas senyuman gadis tinggi lampai ini. Cantik sungguh wanita dengan kulitnya yang cerah dan halus. Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan Shania ketika memadang wajahnya. Mereka memang sama-sama cantik.
            “Kau buat apa kat sini Lin?” Soal Mona apabila aku dan Ezlin sudah meleraikan genggaman tangan.
            “Aku kerja kat sinilah.”
            “Eh, kau tak jadi model lagi ke? Rasanya baru hari tu aku nampak gambar kau jadi model pakaian pengantinkan?”
            “Memanglah, tapi part time jelah sekarang. Actually, aku jadi SE kat sini.” Ezlin menjelaskannya pada Mona.
            “Habis tu kau tunggu siapa kat sini? Kenapa tak balik lagi?” Mona masih terus bertanya.
            Ezlin mengeluh seketika sebelum menyambung kata. “Kereta aku rosak. So, tengah tunggu member datang ambil.”
            “Em… member ke, pakwe?” Mona sengaja mengusik.
            “Hish, kau ni member lah.” Ujar Ezlin sambil tertawa keci mendengar usikan Mona.
            “Ya ke member, kalau member takkan kau tersengih-sengih aje dari tadi. Atau kau tengah tunggu teman tapi mesra kot.” Mona masih terus mengusik. Suka benar dia mengusik kawannya itu. Aku hanya mampu memerhati babak gurau senda antara mereka.
            “Em… teman tapi mesra… mungkin kot…” Ezlin akhirnya mengaku, sekaligus menimbulkan suasana ceria dan mereka sama-sama ketawa.
            Gelak ketawa mereka sedikit sebanyak menghiburkan hatiku walaupun aku hanya mendiamkan diri sedari tadi, tidak mahu menganggu perbualan mereka.
            Sewaktu aku menoleh seketika, membuang pandang yang dari tadi banyak tertumpu pada Mona dan kawannya itu, aku dapat menangkap sebuah kereta yang amat aku kena berhenti di bahu kalan berdekatan dengan tangga bangunan pejabat ini. Aku yang turut berada berhampiran dengan kereta itu pantas mengamati nombor pendaftaran kereta Nyssan Sylphy berwarna silver itu. Jantungku tiba-tiba berdegup laju, aku kenal benar dengan kereta itu dan apabila pemandu kereta itu keluar dari keretanya jantungku bergerak laju. Denyutan itu bertambah laju apabila mataku dan mata pemandu itu bertentangan.
            Zafril! Jerit hati kecilku. Aku menelan liurku apabila Zafril mula menaiki tanggga dan merapatiku. Pandangan Zafri yang masih lagi tidak lepas memandang tepat ke anak mataku membuatkan aku hilang arah seketika. Apabila dia semkain menghampiri jantungku makin laju berdegup.
            “Hai Zaf.”
            Aku tersentak apabila mendengar suara Ezlin menyeru nama Zafril, membuatkan aku berpaling memandang Ezlin yang sudah pun bergerak mendapatkan Zafril yang berada di hadapanku. Senyuman jelas terukir di bibir Zafril tapi bukan untukku, tapi buat Ezlin yang sudah pun berdiri bersebelahan dengannya. Aku mula menjeruk rasa, setelah Ezlin berada di sebelahnya sedikit pun aku tidak dipandangnya lagi. Matanya hanya mencerun memandang Azlin yang sentiasa tersenyum sedari tadi. Entah kenapa rasa-ras aitu basih bersarang dalam diri?
            “Kenapa lambat?” Soal Ezlin manja.
            Sorry I jumpa client I tadi.” Jelas Zafril pada Ezlin dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
            It’s okay, I faham.”
            Aku terkedu melihat kemesraan  Zafril dan Ezlin, walaupun tidaklah sampai berpegang-pegangan tangan, namun kemesraan yang terpancar di sebalik kata-kata yang terluah antara mereka cukup untuk membuatkanku terus terdiam. Rasa cemburu mula melatari hatiku melihatkan Zafril yang tidak sudah-sudah tersenyum memandang wajah Ezlin sedangkan sewaktu aku dan dia bertentangan mata tadi segalit senyuman pun tidak dia hulurkan padaku. Tiada langsung riak wajah terkejut melihat aku di situ. Mungkinkah sebenarnya, aku telah dilupakan?
            “Hai Zaf, sibuk dengan Lin aje. Takkan tak nak bertegur sapa dengan kawan-kawan kat sini.”Mona cuba menarik perhatian Zafril yang asyik tertumpu pada Ezlin.
            “Oh, hai Mona. You pun ada kat sini. Sorrylah tak perasan pula tadi.” Balas Zafril sewaktu memandang Mona.
            “Takkan Safi pun you tak perasan kot?” Sengaja Mona mengingatkan Zafril yang aku turut berada di sini.
            Zafril memandangku, namun hanya seketika sebelum memandang Mona semula. “Sorrylah I memang tak perasan both of you tadi.”
            Perasaanku bagai disiat-siat apabila mendengar kata-kata Zafril itu. Masakan Zafril tidak perasan kehadiranku di sini, sedangkan sebaik sahaja dia turun dari kereta sebenatar tadi dan sepanjang perjalanannya ke sini mata kami saling bertentangan. Mengapa Zafril berpura-pura seolah-olah tidak menyedari kehadiranku di sini?
            You dah kenal Mona and Safi ke?” Tanya Ezlin pada Zafril.
            “Yup, I dengan Mona satu U dulu.”
            “Oh, really.”
            “Okaylah, we have to go now. Ada hal sikit. Kirim salam kat husband you ye.” Kata Zafril pada Mona, cuba mngakhirkan pertemuan itu, dan Mona hanya menganggukkan kepala.
            Sesudah Ezlin bersalaman dengan aku dan Mona, Zafril dan dia berlalu menuju ke arah kereta Zafril yang tidak jauh dari mereka. Sewaktu Ezlin sampai sahaja di kereta dengan pantas Zafril membuka pintu keretanya dan dia tersenyum mekar dengan tindakan Zafril itu.
Sebelum Zafril memasuki keretanya sempat juga matanya dan mataku bersatu seketika. Tanpa segalit senyuman buatku Zafril terus memasuki perut kereta dan berlalu meninggalkan bangunan ini.
Aku membatu seketika. Zafril sudah pulang ke Malaysia. Maknanya Shania juga sudah puang ke sini. Tapi kenapa Zafril boleh bersama-sama dengan Ezlin pula. Bagaimana dengan Shania? Dalam aku berfikir, Mona menyentuh bahuku dan aku hanya melemparkan senyuman kecil buatnya, sengaja menutupi hatiku yang sedang galau tika ini.

AKU termenung seketika di hadapan bilik tetamu rumah orang tuaku. Aku cuba mengumpul kekuatan sebelum mengetuk pintu bilik itu. Dalam hati aku masih terasa ragu-ragu lagi ingin bersemuka empat mata dengan Shania. Bagaimana aku mahu memberikan layanan padanya setelah semua yang telah berlaku setahun yang lalu. Dan bagaimana jika dia bercerita tentang kisah indahnya bersama-sama Zafril? Aku tidak akan mampu bertahan dan tersenyum mendengar kisah-kisah itu.
            Langkah kaki cuba aku atur untuk turun ke bawah bersama-sama ibu dan ayah serta mak lang. Tapi jika aku turun waktu ini, apa pula kata orang tuaku, pasti mereka masih menganggap aku masih tidak dapat melupai kisah lalu terumatanya ibuku. Sedangkan selama ini aku sudah sehabis boleh, berpura-pura di hadapan mereka yang aku sudah dapat melupakan Zafril. Pasti mereka mencurigaiku kerana pada kebiasannya apabila aku dan Shania bertemu setelah lama tidak berjumpa, kami akan terperap dan berbual di dalam bilik sehingga pagi. Sudahlah sewaktu ayah menjemput mereka di lapangan terbang itu tadi aku sengaja mencari alasan untuk tidak turut serta, jadi kini aku sudah tidak mempunyai alasan untuk tidak bertegur sapa dengan Shania.
            Lalu aku bulatkan tekad di dalam hati. Walau apa pun yang akan Shania katakana padaku selepas ini aku akan cuba bertahan, asalkan aku tidak nampak begitu rapuh di matanya semata-mata kerana cinta. Aku mengetuk perlahan pintu blik itu. Aku berhenti seketika, apabila tiada balasan aku mengetuk buat kali yang kedua pula. Tidak sampai beberapa saat selepas itu, Shania membuka pintu. Wajahnya sedikit terkejut melihat kehadiranku. Sama-sama kami mendiamkan diri, tidak tahu siapa yang harus membuka bicara terlebih dahulu.
            “Em… Boleh akak masuk?” Aku memulakan bcara setelah memberikan salam.
            Shania cuma mengangguk dan berkalih, membolehkanku memasuki bilik tu. Sebaik sahaja aku masuk dia menutup rapat pintu dan duduk di sebelahku yang sudah pun selesa duduk di atas katil kelamin itu.
            “Nia buat apa tadi?” sekali lagi aku yang harus memulakan kata, aku tidak betah apabila dia duduk mendiamkan diri begitu.
            “Baru lepas makan ubat.” Ujar Shania sambil menyimpan semula ubat-ubat yang belum sempat disimpan.
            “Ubat apa tu?”
            Immunosuppressant.”
            Berkerut dahiku tidak faham kata-kata Shania itu. Bukankah dia sudah sihat apabila melakukan pembedahan itu jadi apa perlunya dia mengambil ubat itu lagi.
            Immunosuppressant ni Nia kena ambik 14 biji sehari supaya badan boleh terima organ baru ni.” Terang Shania.
            “Banyaknya.” Kataku yang tidak menyangka akan hal itu. Aku fikirkan sebaik sahaja pembedahan selesai kesihatan Shania sudah pun pulih sepenuhnya dan dia tidak perlu bergantung pada ubat-ubatan lagi.
            Keadaan antara kami kembali sepi, tiada sebarang bicara, Shania hanya tunduk memandang beg ubat-ubatan yang berada di dalam gengamannya dan aku pula tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik ini. Mungkin Shania ingin bersendirian dan tidak selesa dengan kehadiranku.
            “Tak apalah akak keluar dulu, Nia rehatlah ye.”        
            “Kak Safi.”
            Aku yang baru sahaja bangun dan igin membuka langkah mematikan niat itu apabila lengganku berada dalam genggamannya. Mata Shania yang sudah menakungkan air mata dan merebah jatuh ke pipi menyebabkan aku duduk semula di katil itu. “Kenapa pula ni?” Aku terkejut melihat perubahan riak wajah Shania. Dan salam sekelip mata sahaja dia memelukku erat dan menangis di bahuku.
            Aku makin terkejut dengan tindakannya itu. Aku tidak menyangka yang dia akan menangis hingga begini. Aku membalas pelukannya itu, cuba untuk menenangkannya. Dalam linangan air mata yang  masih lagi berguguran ke pipi. Shania melepaskan pelukannya padaku lalu dia mengapai tangan kananku dan mengenggamnya erat. Entah apa yang mengganggu fikirannya? Tiba-tiba saja aku teringatkan perihal Zafril dan Eizlin. Mungkinkah itu puncanya? Detik hatiku.
            “Kak Safi, Nia nak minta maaf.” Tutur Shania sambil memandang tepat pada mataku.
            Berkerut dahiku mendengar ungakapan maaf darinya. Ternyata tekaanku salah sama sekali.
            “Nia dah banyak buat salah pada akak. Nia cuba nak rampas Abang Add dari akak. Nia buat macam-macam agar Nia dapat Abang Add. Sebab tu Nia kemalangan, Tuhan nak balas semua perbuatan Nia pada akak” Nia tiba-tiba membuka kisah silam yang melukakan. “Sebenarnya sejak sebelum Nia nak bertolak ke Amerika lagi Nia, nak minta maaf pada akak. Cuma Nia malu.’ Luah Nia.
            Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Benarkah kata-katanya itu? apapun aku tidak mahu cepat melatah. “Sudahlah tu Nia tak payah nak ungkit benda-benda lama tu.” Aku tidak tahu mengapa begitu mudah aku memaafkan dia, apabila melihat air mata dan mendegar kata-kata maaf daripadanya. Tapi yang pasti aku terasa dia benar-benar ikhlas dengan apa yang dicakapkannya. Aku tidak mahu dia terus rasa serba salah denganku. Ada baiknya kembali menjernihkan keadaan walaupun Zafril sudah pasti tidak mungkin dapat bersamaku lagi. Aku tidak mahu kerana seorang lelaki, aku dan Nia terus bermasam muka hingga akhir hayat. Apa yang terjadi adalah apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Aku tidak berhak membantah apa-apa. Mungkin memang benar aku dan Zafril tidak berjodoh.
            “Nia nak minta maaf juga dengan akak. Nia tak tahu yang akak dah berpisah dengan Abang Add waktu Abang Add ikut Nia ke Amerika. Kalau Nia tahu waktu tu, Nia mesti tak bagi Abang Add ikut Nia.”
            “Mana Nia tahu Abang Add dah berpisah dengan akak waktu tu?” Soalku, pasti Zafril sudah menceritakan kisah itu pada Shania.
            “Sebab kat sana Nia selalu nampak Abang Add tenung cincin yang dia pernah bagi pada akak. Masa tu Nia yakin akak dah tinggalkan Abang Add. Bila Nia tanya betul ke, Abang Add diam je.”
            Aku terdiam mendengar kata-katanya itu.
            “Akak jangan salahkan Abang Add. Abang Add ikut Nia sebab dia rasa bersalah pada Nia. Bukan sebab lain. Abang Add rasa, Nia kemalangan hari tu berpunca pada dia. Akak ingat tak lagi pagi yang Nia pergi pejabat Abang Add?”
Soalan yang Nia ajukan membuatkan aku kembali mengimbas memori dulu. Ya, aku masih ingat waktu itu.
“Sebenarnya lepas tu Abang Add bawa Nia keluar, Abang Add marah Nia lepas Abang Add tahu Nia sengaja paksa mak long kawinkan Nia dengan Abang Add. Nia tak pernah nampak Abang Add marah sampai macam tu sekali. Nia takut waktu tu, sampai Nia tak fokus waktu memandu dan kemalangan.”
            Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan pada waktu ini. Sebab itukah Zafril kelihatan begitu marah dan tidak mengendahkan diriku?
            “Lepas pembedahan Nia, dan Nia dah sihat sikit, Abang Add bawa mak long jumpa Nia. Depan mak long dia cakap yang dia tak boleh terima Nia sebab selama ni dia memang anggap Nia macam adik dia sahaja.”
            Mengapa Zafril sanggup berbuat begitu sedangkan pada waktu tu aku bukan lagi sesiapa dengannya? Kenapa dia masih mahu berusaha dan menolak kehendak ibunya saat aku sudah meninggalkannya?
            “Akak nampakkan macam mana cinta Abang Add pada akak? Dia tak pernah lupakan akak masa kat sana. Akak wanita pertama dan wanita terakhir berjaya rebut cinta dan hati dia.” Bersungguh-sungguh Shania bercerita.
            Aku termenung seketika. Hati mula rasa sayu dengan semua cerita yang Shania sampaikan padaku ini. Benarkah dia tidak dapat melupakanku?
            “Nia mesej Abang Add tadi tanya dia, dia dah jumpa akak ke belum sejak dia balik. Tapi dia kata dia tak cari akak pun. Nia tanya dia kenapa? Akak tahu dia jawab apa?” Tanya Shania padaku.
            Aku mengelengkan kepala saat ini mindaku sudah tidak mampu untuk menembak apa-apa jawapan. Shania mengeluarkan telefon bimbitnya, setelah menekan-nekan telefon bimbitnya, dia menyerahkan telefonnya itu padaku.
Tak ada guna percintaan tanpa kepercayaan, Nia.
            Terasa seperti ada batu besar yang menghimpit tubuhku saat aku membaca mesej Zafril itu. Terbayang semula setiap kata-katanya yang mengharapkan aku mempercayai dirinya. Dia benar-benar inginkan kepercayaan dariku dalam setiap tindakannya. Air mataku pula yang terasa ingin gugur saat ini. Apa yang telah aku lakukan selama ini?
            “Jadi Nia harap akak terima semula Abang Add ye.” Penuh harapan Nia melagukan kata-kata itu.
            Aku masih terdiam, mesej itu aku renung lama. Benarkah semua itu salahku? “Akak tak rasa yang Abang Add akan terima akak balik. Akak dah lukakan hati dia. Akak…” aku sudah tidak dapat menyambung kata. Hatiku makin terasa pilu. Lantas aku terus bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Tidak mahu meletakkan sebarang harapan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kemesraan dirinya dan Eizlin!
SUNGGUH aku tidak menyangka melihat Kak Ros yang berada di hadapan mataku. Pelukan yang Kak Ros berikan menyedarkan ku yang terkedu sebentar tadi, lalu aku membalas kembali pelukan Kak Ros. Gembira hatiku dapat berjumpa semula dengannya. Sejak aku berhenti kerja di Adni Maju, aku sudah tidak berhubung atau pun berjumpa lagi dengannya. Pertemuan ini benar-benar telah mengejutkanku. Setelah memperkenalkan Kak Ros pada Mona, kami melangkah masuk ke restoran Rasa Mas yang berada di dalam Carrefour.
            “Hubby akak mana? Tak apa ke akak joint kita orang ni?” Soalku sambil megambil Hadi anak bongsu Kak Ros untuk duduk di pangkuannku. Hadi yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja melentokkan kepalanya ke bahuku, aku tersenyum dan mengusap lembut bahu Hadi.
            “Ada pergi mesin ATM sekejap. Dia yang suruh akak tunggu kat restoran ni.” Balas kak Ros sambil membetulkan duduk Hani yang berada di sebelahnya.
            ‘Oh, ingatkan dia outstation lagi.” Usikku, sudah lama aku tidak mengusik kak Ros.
            Kak Ros menjengkilkan matanya padaku. “Hah, kalau hujung minggu pun masih lagi nak pergi outstation memang sengaja nak tidur luar sepanjang minggulah nampaknya.
            Ketawaku meletus mendengar kata-katanya, nampaknya dia masih lagi seperti dulu, tidak pernah berubah.
            “Bila Safi nak kerja semula kat Adni Maju?”
            Soalan Kak Ros berjaya menghentikan tawaku. Soalan yang menyimpang jauh dari perbualan kami sebentar tadi mengheret ingatanku pada Zafril. Aku memandang Mona yang berada di sebelahku seketika sebelum kembali memandang Kak Ros semula.
            “Akak ni… kan Safi dah berhenti kerja kat situ. Lagipun Safi dah kerja kat syarikat suami Mona.”
            “Safi tak nak kerja balik kat Adni Maju? Kalau nak akak boleh tolong uruskan” Beria-ia kak Ros mengajak kali ini.
Pelawaan Kak Ros tu membuatkanku tersenyum seketika. Masakan aku boleh bekerja di situ semula. Sudahlah aku sendiri yang meletakkan jawatan, terasa malu pula untuk melangkahkan kaki ke pejabat itu semula. Tambahan pula Zafril pasti tidak mahu menerimaku sebagai pekerjanya lagi selepas apa yang telah aku lakukan padanya. Oleh itu, aku hanya mengelengkan kepala, secara lembut menolak pelawaan dan niat baik kak Ros.
            Kak Ros mengeluh perlahan. “Safi nak tahu sejak Safi berhenti Zafril dah tak guna setiausaha lagi dah. Semua setiausaha yang akak carikan, dia tolak mentah-mentah. Dia siap warning pada akak jangan cari setiausaha untuk dia lagi. Dia nak jawatan tu dikosongkan”
            Agak terkejut aku mendengar berita iti. Benarkah? Tapi kenapa Zafril berbuat begitu. Walaupun Adni Maju bukanlah merupakan syarikat besar, tapi syarikat itu mempunyai potensi untuk berkembang maju dan tanggungjawab Zafril yang sudah semakin banyak dari hari ke hari. Semua itu memerlukan dia untuk mempunyai pembantu yang dapat melicinkan kerja-kerjanya.
            “Sekarang ni semua benda dia nak buat sendir. Kalau dia rasa macam berat sangat barulah dia suruh Amy tolong apa-apa yang patut. Kesian, tak pasal-pasal Amy yang jad mangsa. Dahlah kerja kat reception tu pun banyak nak kena handle.”  Sambung Kak Ros menambahkan seribu rasa di hatiku.
            “Kenapa boleh jadi macam tu kak?” perlahan aku mengajukan pertanyaan.
            “Entahlah akak pun tahu. Tapi itulah lepas aje Safi berhenti, Zafril ikut Shania pergi Amerika. Tapi Zafril kat sana pun tiga bulan lebih je. Balik dari Amerika perangai dia makin pelik. Kerja 24 jam non-stop. Angin aje sepanjang masa. Dengan Fazura pun asyik nak bertegang urat je, dah tak boleh nak sekepala macam dulu. Ada saja yang tak kena.”
            Mengapa Zafril berubah sehingga sebegitu sekali. Adakah perpisahan kami memberikan impak yang besar padanya. Dan apa ayang boleh aku lakukan kini? Tidak, aku tidak boleh melakukan apa-apa. Tiada apa yang  boleh aku lakukan. Sudah lebih enam bulan dia pulang ke Malaysia namun dia langsung tidak mencariku, itu tandanya dia marah padaku dan tidak mungkin dapat memaafkanku.
            “Satu aje cara nak settlekan perangai Zafril tu.” Tiba-tiba sahaja Kak Ros bersuara setelah menyepi seketika.
            Aku memandangnya, menantikan buah fikiran pengurus HR Adni Maju itu.
            “Safi kerja balik kat Adni Maju ye.” Sekali lagi Kak Ro scuba memujukku.
            Kak Ros mengenggam tanganku dan itu memaksa otakku berfkir berkali-kali. Benarkah masalah Zafril itu akan selesai dengan kehadiranku? Rasanya kedatanganku di Adni Maju semula bukannya menyelesaikan masalah-malasah itu tapi mungkin menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Kerana aku yakin kini Zafril tidak lagi dapat menerimaku. Lantas aku menarik tanganku dari gengaman Kak Ros, aku tidak mahu terus terpujuk dengan pujukannya itu.
            “Safi gaduh dengan Zafril ke?”
            Entah apa yang perlu aku jawab pada Kak Ros. Mengiakan atau menidakkan. Mana satu yang perlu dinyatakannya kini?
            “Safi nak tahu, masa Safi hantar resume untuk kerja kat Adni Maju dulu, Zafril yang serahkan resume tu pada akak. Kelam kabut dia masuk bilik akak pagi tu. Bila dia serakan resume tu pada akak, dia kata by hock or by crock dia nak Safi dapat jawatan tu, tak kisahlah kalau Safi nak demand berapa pun gaji pun tak apa, asalkan Safi dapat post tu. Dia beria-ia betul masa tu, dan sekarang akak yakin dia hanya nak Safi je jawat jawatan tu, sebab tu dia tak nak setiausaha lain.” Panjang lebar Kak Ros bercerita kisah yang sudah lalu.
            Hatiku terharu mendengar cerita yang belum pernah aku ketahui. Patutlah sewaktu aku menghantar resume di Adni Maju dahulu, aku terus dipanggil untuk temuduga dan pada hari yang sama juga aku diterima berkerja di situ. Rupa-rupanya Zafril yang beria-ia mahu aku bekerja di situ.
            “Safi aku rasa kau kena jernihkan balik hubungan kau dengan Zafril. Aku rasa dia masih cintakan kau.” Mona yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara juga, meluahkan pendapat.
            “Akak tak tahu apa masalah Safi dengan Zafril tu, tapi akak minta sangat Safi kerjalah semula kat Adni Maju. cuba berbaik-baik semula dengan Zafril.”
            “Tapi…” kata-kataku tersekat. Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
            “Safi, aku rasa, aku dah tak boleh nak rahsiakan apa-apa lagi”
Kata-kata yang Mona luahkan itu menambahkan tekanan di hati.
“Sebenarnya, Zafril yang suruh aku ambil kau kerja kat syarikat husband aku, waktu kau letak jawatan kat company dia dulu. Dia minta aku jaga kau. Maaf aku rahsiakan hal ni sebab dia yang suruh aku buat macam tu” Mona menundukkan dirinya. Dari diak wajahnya, aku tahu Mona tidak berdusta.
“Tengok Safi… betapa sayangnya dia kat kau. Dia tak nak kau susah-susah cari kerja kat tempat lain. Takkan kau nak lepaskan orang yang sayang kat kau macam tu je?”
            Satu lagi kejutan aku terima hari ini, kejutan kali ini dari Mona pula. Aku langsung tidak menyangka Zafril sanggup berbuat begitu padaku sedangkan aku yang meminta memutuskan hubungan kami dahulu.
            “Safi fikirlah dulu, kalau Safi dah sedia nak kerja balik kat Adni Maju just inform akak. Akak boleh uruskan.” Sekali lagi Kak Ros mengenggam tanganku mengharapkan kata setuju dariku. Aku buntu, apa yang perlu aku lakukan sebenarnya? Apa yang terbaik?

SHANIA yang berada di kerusi kayu di hadapan rumah orang tuaku itu membuatkan aku mematikan niat untuk memasuki rumah. Senyuman Shania yang mengamit diriku untuk mendekatinya. Aku cuba membalas senyuman Shania namun hambatan perasaan setelah berjumpa dengan Kak Ros dan mendengar cerita-cerita yang tidak aku ketahui sebentar tadi menyebabkan senyuman begitu payah untuk aku ukirkan di bibir tika ini. Sebaik sahaja menghampiri Shania aku duduk bertentangan dengannya.
            “Nia nak keluar ke?” Aku memandang Shania yang cantik dengan blaus unggu.
            “Taklah, Nia baru balik ni. Sebelum masuk santai-santai kat luar ni dulu. Ambik angin petang.” Ujar Shania manja. Setelah meminta maaf dariku kini dia mula mesra denganku semula seperti dahulu.
            “Dari mana?” Aku sekadar berbasi-basi. Aku sebenarnya sudah penat hari ini. Bukan kepenatan anggota badan namun lebih kepada kepenatan emosi akibat terlalu memikirkan soal Zafril dan diriku kebelakang ini.
            “Dari rumah mak long.”
            Aku memandang Shania sekilas. Aku tidak mahu bertanya lanjut, walhal hatiku memberontak ingin mengetahui tujuan Shania ke rumah mak longnya itu. Biarlah cukuplah maklumat yang otakku terima hari ini tentang Zafril, jika terlalu banyak kisah lelaki itu diperdengarkan padaku hari ini, takut pula kalau-kalau aku terus menurut kata hati yang ingin kembali ke pangkuaannya tanpa berfikir panjang, tanpa berfikir baik dan buruk tindakkanku itu.
            “Tadi Na balik dengan Abang Add. Nasib baik Abang Add tak singgah tadi kalau tak mesti dia kecewa sebab akak takada kat rumah.” Shania semakn rancak menjalankan agenda yang selah-olah mahu aku kembali bersatu dengan Zafril. Sedangkan pada saat ini, aku sudah  tidak mahu berbicara tentang Zafril.
            Aku masih mendiamkan diri tidak mahu bertanya lanjut.
            “Akak dah pertimbangkan cadangan Nia tu ke?”
            Aku hanya mengeluh, tidak mahu berkata apa.
            “Aka tak boleh macam ni. Akak masih cintakan Abang Add kan?”
            Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Jawapan itu hanya terluah di hatiku sahaja. Lagipun aku sendiri masih berbelah bagi. Apabila aku mengimbas kembali pertemuannya dengan Zafril minggu lalu, hatiku mula diamuk resah. Pertemuanku dengannya itu langsung tidak menunjukkan yang Zafil masih mencintaiku. Dia berlagak biasa sahaja dan yang tambah menyedihkan katiku apabila Zafril berpura-pura tidak menyedari kehadiranku pada pertemuan kami bersama Ezlin dahulu. Rasa-rasa itu cukup menyesakkan jiwa ragaku.
            “Akak marah Abang Add sebab Abang Add tak cari akak ke sejak dia balik dari Amerika?” Shania cuba membaca masalah yang aku hadapi.
            “Akak…” aku ingin mengiakan soalan itu tapi entah mengapa ianya tersekat.
            “Akak, akak yang tinggalkan Abang Add dulu. Akak yang putuskan hubungan akak dengan diakan? jadi akak yang kena cari dia semula. Lelaki ni ego kak, ego dia orang terlalu tinggi. Kita yang kena tundukkan ego mereka tu.”
            Aku masih mendiamkan diri. Kata-kata Shania itu ku hadam satu persatu ke dalam mindaku.
            Shania pantas bangun dan duduk disebelahku dan memeluk bahu erat. “Akak tak rasa bersalah kat Abang Add ke bila akak putuskan hubungan akak dengan dia macam tu aje?”
            Provokasi terakhir Shania padaku petang ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam dalam diriku. Aku yakin Zafril masih lagi memarahiku dan aku pula terasa malu untuk merebut semula hati lelaki yang telah aku kecewakan itu. Keputusan penting harus aku lakukan, bukan sahaja demi kepentingan dan kebahagian Zafril malah untuk kebahagianku jua. Tindakan apa yang perlu aku lakukan? Kalau benarpun aku kembali merebut hatinya, mungkinkah dia akan menerimaku semula? Banyak persoalan yang bertukar-tukar menayangkan wajah di minda. Sedang dia kini bersama dengan Ezlin, masihkah dia dapat melihat aku di sini? Aku buntu dan memerlukan klu membuat keputusan tentang hal itu. Apa yang harus aku lakukan?
Bersambung…

30 comments:

elora fashion said...

oh safi..
jumpalah zaf dear...
zaf tetap mencintai safi..
:)

Anonymous said...

Alahaii ZHafril ni pon satu..apa salahnya beralah..dtg jumpa Safi..minta maaf dulu..EGO..Safi buat tak tau je..biar die dtg cari dulu...sapa suruh x berteruss terang..nyampah!!!

pnut said...

hmmm...
pening safi..
sume nk dier baik ngan zaf balik..

Anonymous said...

hanya tuhan sj yg tau persaan nie...time nk bc n3 nie bedebar2 gila...adusss...mmg best citer nie..arap2 zafril msh suka dkt safi..akak2 cpat2 smbg plez....

umi kalsom said...

alahai...
tak apa la, kalau dh memang Safi yang kena ambil action... teruskan aje la.

sememangnya safi untuk zaf. :)

kak nora said...

ehh zafril..ko kena turunkan ego sket la..safi tu pompuan dah tentu la dia malu..takan la safi yg nak kena terhegeh2 merayu-rayu macam tuh..patutnya zafril kena jumpa safi terangkan satu2 apa yg terjadi..safi biorkan jek..biar zaf yg dtg kat safi..tak pun buat si zaf ni jeles..bg si zaf ni tak tentu arah..hah bolehhh..

JuE said...

dah ad kat pasaran ke??xbest r bce cket2 ni..hahahaha

Anonymous said...

xpelah safi,pujuk ajelah zhaff tu.buangkan rasa terluka tu dulu.mungkin jodoh safi ngan zhaff kot....best3...cepat sambung nak tau camne reaksi zhaff bila tau safi jd setiausaha dia blik...;)mkin besttttt....

Anonymous said...

huhu x sabr nk tgu safi wtpe nti...cpt2 smbg ek....

Anonymous said...

Sian Safi dlm dilema....dlm hal ini Zafril tak boleh menyalahkan Safi 100%, dimana tekanan dari ibunya dan mak lang supaya Safi berkorban, lagipun terang2 ibunya tidak merestui hubungan mereka. Rasa2nya Zafril sentiasa mengikuti perkembangan Safi dari jauh, tak semudah itu dia boleh melupakannya. Tapi tulah kan dia ego sementah Safi yg putuskaan hubungan mereka. Dlm hal ini mungkin Safi kena bertindak dulu tapi....Safi kena kuat dan tabah fizikal dan mental kerana Zafril pasti akan bertindak dgn agenda2 yg akan menyakitkan hati Safi sebelum dia menerima Safi. Sambung cepat ye, nak tahu apa tindakan Safi dan bagaimana penerimaan Zafril?
Cik writer nak Safi jual mahal sikit boleh???

~ kak min ~

Anonymous said...

Kalau boleh xray hati safi ni mesti banyak plaster...terluka sana terluka sini.....@bluescarf

blinkalltheday said...

safi, jmp je zaf...mintak maaf sb salah sangka...pasal hubungan tu, biar jodoh yg tentukan...x yah nak rayu2 sb dulu safi mintak putus...zaf pun sama, rendah lah sikit ego awak tu, bkn salah safi klu die wat kptusan camtu...diorg ken ajmp jugak, xkan nam masam muka sampai bile2...klu diorg kawen kann best...

mila said...

cian nie safi... terdera lagi prasaan. dilema... memang safi utk zaf.. kena main tarik tali la plk... camne nie????tq AH memang best. x sabar utk next n3....

kak ida said...

salam dik..akak da vote utk zaf balik pada safi..sesungguhnya cinta zaf mmg cinta unggul yg macam bak kata kak siti ..cinta luarbiasa.. apa kata dia masuk berkerja balik ngan zaf.. tanda minta maaf dan sekaligus memohon kemaafan kerana sukar mempercayainya..akak harap zaf janganlah pulak egonya meninggi langit time tu sebab umur mereka pun dah meningkat,,masa untuk berkeluarga dan harap mereka trus bernikah tak payah lagi nak bertunang bagai..sebab mereka telah banyak membuang masa dan umur mereka..tak gitu..

Hanim69 said...

x suka lelaki terlalu mmpertahankan egonya.... Zafril patut selidik kenapa Safi mintak putus dulu.... tekanan dr mak dia sendiri dia x tau...

Kak Zu said...

memang dah agak Zafril tak kawin dgn Nia, sbb Zafril amat cintakan Safi....tapikan Zafril tak boleh letakkan 100% kesalahan keatas Safi, kerana dia kena fikir tekanan yg dihadapi oleh Safi dan juga sikapnya yg mengabaikan Safi pd. masa tu...apapun amat berharap cinta mereka kembali bertaut,,,,,,

me_myself said...

hahahahhahhahhaha, hari2 mmg saya bengang gile2 dgn zaf siap nk safi sgn org lain lg, tapi harini nk tarik balik boleh, nk safi dgn zaf...bl tgk gile sgt zaf kt safi, rasanya x slh if safi yg beralah pulk, sbb skrg bg phak zaf, msti lah dia x kn beralah sbb bg dia safi da x percya kt dia..huhuhu, lgpon sakit kot bl org yg kt syg x percaya kt kite.

iniakuyangpunyahati said...

zaf patot g jumpa safi dulu terang kan sume nyer bkn amik action x endahkan safi... x blh nk salahkan safi jer..
maybe leh masuk kn watak len y nk pikat safi depan zaf hehehee

Anonymous said...

kalau zaf g jmpa safi awal2..mstila safi xkan pcayakan dia..

umiafini said...

pertahankan semangat safi, jgn mudah mengalah dan cair..samapai bila safi mahu menjadi orang yang beralah...dan memendam rasa. please jgn ambik action dulu....

Kak Zu said...

Wah bukan main lagi provokasi shania pd safi tu, tak terfikirkah dia yg menyebabkan safi putus dgn zafril.

Pada fikiran sayalah, zafril masih cintakan safi, terlalu cintakan safi sebagaimana sikap zafril yg. diceritakan oleh kak ros & mona.

Andai kata Zafril terserempak safi pd masa tu bersama somebody (hafiz ke)....mengamuk sakan zafil....

hmmmm...makin best cerita ni.....

Anonymous said...

bukan ke sepatutnya nia yang patut ambil tindakan sebab dia yang putuskan hubungan zaf and safi..so maybe nia yang patut jadi orang tengah untul baikkan safi and zaf..and zaf tak boleh salahkan safi like 100% sebab bukan salah safi yang nak perpisahan but tekanan from orang lain..

~A~

angkut said...

Betul tu masing-masing perlu lepaskan ego masing-masng....Mmmm... kekwan ngan org yang menyebabkan perpisahan safi dan zaf juga perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab menyatukan mereka... tak leh lepas gitu jer...

hish! tak sabar nak tau n3... tq kak adah.....

Umairah said...

Ya Allah....sakitnya hati menikam jiwa dgn perbuatan Zafril nie...
pandai2lah Safi cari yg lain klu dah x de kepercayaan...depan mata lak tu
Zafril pun mmg senang nak cari penganti
harap Safi bahgia...

Miss Nurul said...

Wah!!!nmok gayanya safi kena pujuk zafril blk..tp bg saya semua ni bkn slah safi 100%.. zafril tu pun ego sgtsaje je nk bg safi jeles... hehehe.. x sbr nk tau ap yg bakal safi buat... you r totally great kak AH!!!!!

Anonymous said...

Safi kena bersemuka dgn Zafri terangkan hal sebenar dan tya Zaf...Safi bersalah dgn awk kerana x percaya pd awk..zaf..dan kerana itu Safi nak bgtau kat Zaf yg Safi mintak maaf sgt2 dan masih sayangkan Zaf..tp klu Zaf dah x de kasih sayang tu lagi pd Safi..atau Zaf ada org lain...bgtau kat Safi supaya Safi x jadi mcm org bodoh tunggu Zafril
Safi akan pergi dr sini dan tidak akan muncul lagi depan Zaf dan kita hidup dgn cara masing2...(emotional nie)

Sofea Asyikin said...

setuju arrr...klu Zaf dah kata ada org lain dihatinya...Safi x kan muncul depan dia lagi...tp nak jugak Safi bahgia
tp sebenarnya nak jugak Zaf dgn Safi

Anonymous said...

Nak safi ngan zaf~ Anyway , terbaek la kak ! Hehe .

Şir said...

yurtdışı kargo
resimli magnet
instagram takipçi satın al
yurtdışı kargo
sms onay
dijital kartvizit
dijital kartvizit
https://nobetci-eczane.org/
Q2QW0G

Doğu said...

salt likit
salt likit
dr mood likit
big boss likit
dl likit
dark likit
E48YK0

Post a Comment