Friday, December 30, 2011

Ada Di Hati - Bab 42


BAB EMPAT PULUH DUA
            Laungan kuat nyayian lagu selamat hari lahir memenuhi ruang tingkat atas Mc donalds ini. Aku turut menepuk tangan apabila nyanyian selesai. Aku tersenyum melihat Mona dan suaminya membantu anak sulung mereka yang berusia dua tahun itu memotong kek. Keadaan agak riuh dengan kehadiran anak-anak saudara Mona yang berebut-rebut untuk mendapatkan kek coklat itu.
            “Tak sangkakan, kak, Kak Mona pun dah ada anak, dua orang pula tu. Nia ingat lagi, dia selalu datang rumah akak masa akak dengan dia satu politeknik dulu.” Shania yang turut berada di sebelahku mengimbas kenangan lalu.
            Aku menganggukkan kepala. Aku memang baik dengan Mona pada waktu itu, dan sungguh aku tidak menyangka selepas masing-masing menyambung pelajaran di universiti, Mona terus tidak menghubungiku semata-mata kerana ingin merebut cinta Zafril.
            “Kak, Nia ada benda nak bagi tahu akak.”
            Aku berpaling memandang Shania yang tiba-tiba wajahnya merah padam. Berkerut dahiku seketika. “Kenapa ni?” Segera aku menyoal.
            “Akak kenalkan doktor yang rawat Nia sejak dari Nia universiti dulu?” Soal Shania.
            “Doktor Andrew Chia yang dah balik Malaysia tu, ke? Yang kononnya hensem macam pelakon korea tu?” Aku terbayangkan wajah doktor yang Shania perkenalkan padaku beberapa minggu lalu. Doktor yang merawat Shania sejak Shania di universiti dan doktor yang sama menjalankan pembedahan buah pinggang untuk Shania. Sewaktu Shania memperkenalkan doktor itu padaku, aku benar-benar tidak menyangka doktor itu yang merawat Shania. Bagiku Doktor Andrew itu kelihatan begitu muda untuk bergelar seorang doktor pakar.
            “Ish, akak ni puji lebih-lebih pula. Kalau dengar si Hambali tu kembang setaman hidung dia.” Shania tergelak kecil sambil mengelengkan kepala.
            “Hambali? Siapa pula Hambali?” Aku tidak mengerti. Bukankah kami sedang bercerita tentang Doktor Andrew, siapa pula Hambali?
            “Doktor Andrew dan peluk Islam kak. Dan nama dia sekarang Muhammad Hambali Chia.”
            “Iye ke? Aku terkejut. “Alhamdulillah.” Aku memanjatkan kesyukuran. Gembira dengan berita yang Shania sampaikan.
            “Dan...” Shania mematikan katanya.
            “Dan?” aku menanti bicaranya yang seterusnya.
            “Dan dua bulan dari sekarang, kita orang akan bertunang.”
            Kejutan yang Shania berikan kali ini membuatkan aku terlopong seketika. Bila masakah mereka bercinta? dan mengapa sewaktu shania memperkenalkan Doktor itu padaku dahulu, dia tidak menceritakan pun tentang kisah perhubungan mereka.
            “Bila masa pula Nia bercinta dengan dia?”
            “Masa  Nia buat pembedahan kat Amerika dulu, dia propose Nia, sebelum Nia masuk bilik pembedahan. Masa tu... Nia terkejut betul. Tak sangka dia suka Nia sejak Nia belajar kat Amerika dulu.” Nia kelihatan tersipu-sipu sewaktu bercerita. Menampakkan kini betapa dia gembira kerana menjadi kekasih hati lelaki itu.
            Aku turut tumpang gembira dengan berita yang Shania berikan. Ternyata Shania sudah menemui teman hidupnya. “Dia peluk Islam sebab nak kahwin dengan Nia ke?” Bukan niatku untuk bertanyakan soalan itu, cuma aku ingin tahu tujuan asal niat Doktor Andrew, itu sahaja. Iya, tidak salah memeluk Islam kerana perkahwinan namun jika itu yang sebenarnya terjadi maka besarlah tanggungjawab Shania untuk membimbing lelaki itu. Mungkin sukar untuk Shania lakukan namun jika Shania pandai menggunakan peluang dan ruang, pasti Hambali akan mudah dapat melihat dan menghayati keindahan Islam.
            “Taklah. Dari dulu memang dia minat dengan Islam. Masa Nia kat universiti dulu dia selalu juga tanya kat Nia dengan Faiz tentang Islam. Masa tu kita orang dah dapat rasakan dia akan peluk Islam satu hari nanti.”
            Aku mengucapkan syukur sekali lagi ke hadrat Illahi apabila mendengar ceritanya. Gembira kerana seorang lagi manusia telah mendapat hidayah dariNya.
            “Masa dia propose, Nia sebelum Nia masuk bilik bedah tukan, dia sempat ugut Nia. Dia kata kalau Nia tak boleh terima cinta dia, dia takkan balik Malaysia lagi sampai bila-bila.”
            Aku dan Shania sama-sama tertawa mendengar kata-katanya. Aku dapat rasakan Doktor Andrew akan menunaikan kata-katanya itu jika Shania benar-benar menolaknya. Maklumlah Doktor Andrew adalah anak yatim dan mungkin dia benar-benar cintakan Shania dan tidak mahu kehilangan gadis manis ini.
            ‘Dramalah mamat tu.” Selorohku.
            “Hah, akak jangan nak kutuk-kutuk bakal tunang Nia pula.” Kini Shania pula yang berseloroh.
            Aku dan Shania berpaling serentak apabila Mona meletakkan dua piring kek di hadapan kami dan mengambil tempat duduk di hadapanku.
            “Makanlah kek tu. Thanks ye sebab sudi datang. Dah lama akak tak jumpa Nia. Macam tak percaya pula dapat jumpa Nia balik.” Mona memfokuskan padangannya pada Shania.
            “Ha’ah, tak sangkakan. Dan yang paling tak sangka, akak dah ada anak.”
            “Iyelah Nia, umur akak dah berapa, mestilah dah kahwin. Kakak kesayangan Nia ni je entah bilalah nak kahwin dengan buah hati dia tu.” Mona mula mengenakanku pula.
            “Ha’ahlah bila akak nak kahwin dengan Abang Add?” Shania pula menambah.
            “Iyelah Safi bila kau nak kahwin dengan Zafril tu? Kau ingat Zafril tu muda lagi ke? Umur dia dah 31 tahun tau. Kalau dari dulu kau kahwin dengan dia, entah-entah dah berderet anak kau orang.”
            Aku tertawa mendengar kata-kata yang silih berganti antara Mona dan Shania. Sungguh aku tidak menyangka wanita-wanita yang suatu masa dahulu begitu mencintai Zafril kini mula mendesakku untuk mengahwini lelaki itu. Bila difikir-fikirkan semula, terasa janggal pula perbualan kami bertiga saat ini.
            Selebihnya aku hanya mampu mendiamkan diri. Tiada jawapan yang mampu aku berikan pada mereka berdua. Sudah hampir sebulan aku bekerja semula di Adni Maju, namun Zafril masih dengan sikap lamanya, melayanku acuh tidak acuh sahaja. Aku sendiri buntu bicara bagaimana untuk menjalinkan semula hubungan kami.
            “Tengok tu, orang tanya, tersengih-sengih pula dia?”
            “Habis tu, takkan kau nak aku menangis pula kat sini?” Balasku.
            “Sempat pula nak main-main.” Mona cuba memukul lenganku, namun aku sempat mengelak membuatkan Mona hanya mampu memukul angin. Shania mula ketawa melihat Mona yang mengetap bibir menahan geram.
            Sedang rancak dirinya ketawa tiba-tiba, dia terdiam daripada tawanya. Aku berpaling memandangnya. Hairan melihatnya berhenti ketawa secara tiba-tiba dengan dahi berkerut seribu. “Apasal ni?” Soalku apabila Shania tidak memandang wajahku.
            “Tu, Abang Add dengan Ezlinkan?” Shania menunding jari ke hadapan.
            Aku segera berpusing ke arah yang ditunjukkan Shania. Memang Zafril dan Ezlin berada di situ sedang berbual-bual dengan suami Mona. Melihatkan Ezlin berdiri bersebelahan dengan Zafril begitu mengusik hatiku. Rasa cemburu terasa cepat hadir apabila melihat dirinya bersama-sama wanita itu sejak kali pertama kami berjumpa dahulu.
            “Sorry safi, aku memang ada jemput dia orang. Tapi tak sangkalah pula yang dia orang datang berdua.” Tergambar rasa bersalah di wajah Mona saat ini.
            Aku hanya tersenyum kelat. Memang tidak patut jika aku mepersalahkan Mona dalam hal ini. Sudah tentu Mona tidak mengetahui bahawa Zafril akan datang bersama-sama dengan Ezlin ke sini. Patutlah semalam sewaktu aku mengajak dia datang bersama-sama ke sini dia menolak. Rupa-rupanya dia sudah merancang untuk ke sini bersama-sama Ezlin.
            “Kak Mona kenal Ezlin ke?” Soal Shania.
            “Kenal, dulu dia client akak.”
            “Jadi, kak Safi pun dah kenal Ezlinlah ye?” Kini soalan itu berpindah padaku pula.
            Aku hanya mampu tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. “Nia pun kenal Ezlin ke?” aku mengeluarkan soalan yang baru terlintas di fikiranku.
            “Ezlin tu sepupu suami kak Anni.” Terang Shania.
            Patutlah Zafril rapat dengan wanita itu, rupa-rupanya Ezlin itu sepupu Abang iparnya. Rasa hati yang dipagut cemburu itu umpama tiada hentinya tambahan pula apabila Zafril dan Ezlin berjalan seiringan ke arah meja yang menempatkan aku, Mona dan Shania. Seperti biasa, Zafril langsung tidak menoleh memandangku. Hati yang masih lagi cemburu dipagut rasa kecil hati pula. Entah mengapa aku perlu berkecil hati sedangkan perkara itu acap kali terjadi padaku sejak aku berjumpa semula dengannya.
            “You ni... Safikan?” Tanya Ezlin apabila berjabat tangan denganku. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. “Boleh kita orang joint?”
            Aku masih menganggukkan kepala memberikan persetujuan. Persetujuan yang pastinya hanya akan menambahkan sakit di hatiku ini apabila melihat mereka berdua.
            Sepanjang masa berbual-bual di meja itu, topik hanya dikuasai oleh Ezlin sahaja. Pelbagai perkara dikongsi bersama. Hanya sekali sekala sahaja aku menyampuk perbualan. Shania dan Mona pula sering kali memandangku, mungkin mahu melihat reaksiku apabila Zafril dan Ezlin ketawa riang. Aku sedaya upaya menunjukkan riak selamba, seolah-olah tiada apa yang membebankan hatiku saat ini, sedangkan gejolak rasa mula memenuhi ruang hati dan jiwaku.
            “Kau orang berbuallah dulu, aku nak ambilkan makanan lagi.” Mona mula mencelah ketika Ezlin sedang bercerita tentang sejarah perkenalannya dengan Zafril.
            “Tak apalah Mona kita orang pun dah nak balik ni.” Zafril segera menghalang Mona yang baru ingin bangun.
            “Dah nak balik dah? Sekejap je.” Mona memandang Zafril dan Ezlin silih berganti.
            “I ada hal sikit ni.” Alasan Zafril pada Mona. “Jom.” Ajak Zafril pada Ezlin sebelum segera bangun seolah-olah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan restoran makanan segera itu.
            “Abang Add, boleh tolong Nia tak?” Shania menghalang langkah Zafril apabila selesai Ezlin bersalaman dengan Mona dan diriku.
            “Tolong apa?”
            “Kak Safi datang sini tadi tumpang Nia. Tapi lepas ni Nia ada hallah dengan kawan. So, tak dapat nak tumpangkan Kak Safi baik. Boleh tak Abang Add hantar Kak Safi balik sekali, please.” Rayu Shania bersungguh-sungguh.
            Kali ini barulah Zafril memandangku tepat. Aku merenung anak mata itu. Aku sendiri tidak tahu mengapa Shania berkata begitu sedangkah tadi sewaktu aku mengajak Shania ke mari Shania sendiri yang menyatakan dia tiada apa-apa rancangan petang itu. Oleh sebab itulah Shania menemaniku ke sini. Jika aku tahu Shania ada hal lebih baik aku memandu kereteku sendiri dan tidak menumpang kereta Shania.
            “Nia nak pergi mana?” Tanya Zafril seperti kurang senang.
            “KLCC.”
            “Lah... Satu hala jekan rumah Safi dengan KLCC tu. Nia hantarlah Safi sulu. Abang tak bolehlah, abang nak hantar Ezlin ke Damansara. Lepas tu nak ke Shah Alam. Mana sempat nak tumpang-tumpang ni.”
            Hampir gugur air mataku mendengar penerangan Zafril yang panjang lebar itu. Hari ini aku terpaksa mengakui yang Zafril telah berubah. Dulu, walau apa pun yang berlaku, Zafril sendiri yang ingin menghantarku pulang jika aku tidak memandu sendiri keretaku. Tapi kini tidak lagi. Aku tidak boleh menyalahkannya, aku sendiri yang menyebabkan dia berubah hingga sebegitu. Semua salah diriku sendiri.
            “Dahlah, abang minta diri dulu. Assalamualaikum.”
            Semua yang berada di sini terkejut dengan kata-kata Zafril. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya perasaanku saat ini. Pelbagai rasa mula berbekam dihatiku. Sedih, marah, benci, sayang dan rindu bertindih-tindih di antara satu sama lain sehingga sukar untuk aku mengungkapkannya.

“KENAPA?” Soal Hafiz padaku.
            “Nia, last minute pula dia cancel nak jumpa kita. Dahlah kita dah sampai kat mall ni. Semalam dia yang beria-ia nak jumpa kita.” Dengan rasa geram yang masih bersisa, aku memasukkan semula telefon bimbitku ke dalam tas tangan.
            “So, kita nak buat apa sekarang ni?” Soalku. Entah apa yang ingin aku lakukan dengannya berdua di sini. Sepatutnya aku ke sini menemani Shania untuk membuat persiapan pertunangannya. Jadi kesempatan ini kami ambil untuk bertemu dengan Hafiz yang sudah lama tidak kami temui. Tapi tanpa Shania, apa yang perlu kami lakukan di sini?
            “Kalau macam tu, Safi temankan saya beli barang, then saya belanja Safi makan, okay?” Hafiz mula membuat rancangan.
            “Secret Recipe!” Aku sengaja membuat permintaan.
            “Tak kisah kat mana-mana pun. Nak makan kat awan biru pun boleh.”
            Aku tergelak besar mendengar guraua Hafiz itu. Dia juga turut tergelak sama bersama-samaku. Semua kedai pakaian yang ada di dalam mall ini aku dan Hafiz jejaki. Sepanjang masa ada saja jenaka yang dihidupkan Hafiz yang membuatkan aku tergelak.
            Apabila kaki Hafiz memasuki salah sebuah kedai minyak wangi, aku turut mengikut langkahnya. Deretan minyak wangi yang berada dalam ruang kaca itu menarik minatku. Aku membiarkan Hafiz sendirian mencari minyak wangi kegemarannya sambil dilayan oleh seorang jurujual wanita. Jika Shania turut berada di sini pasti beberapa botol minyak wangi disambarnya. Tapi yang pasti minyak-minyak wangi yang dibelinya itu bukan kerana tertarik dengan harumannya tetapi tertarik dengan bentuk botol minyak wangi itu yang berjaya mengoda hati Shania.
            “Safikan?”
            Aku berpaling memandang wanita yang menegurku. Ezlin tersenyum  manis padaku membuatkan diriku turut melemparkan senyuman buat wanita itu. “Ezlin, buat apa kat sini?” aku cuba untuk bermanis bahasa dan aku benar-benar tidak menyangka bertemu dengan Ezlin di sini.
            “Shopping sikit. You seorang je ke?”
            “Tak, I dengan kawan.” Aku berpaling mencari kelibat Hafiz dan apabila mata kami bertemu aku melambaikan tanganku memanggil Hafiz menyertaiku. “Ezlin kenalkan ini Hafiz. Hafiz, ini Ezlin.” Aku memperkenalkan Hafiz pada Ezlin sebaik sahaja dia sampai di sebelahku. Dan mereka mula berbalas senyuman.
            “You pula, takkan sorang je?”
            “Takklah i datang dengan... Hah tu pun dia. Zaf!” Teriak Ezlin pada Zafril yang baru sahaja memasuki ruang kedai minyak wangi ini.
            Aku terdiam memerhati Zafril yang menghampiri kami. Kenapa aku kerap kali bertemu Ezlin keluar berdua dengan Zafril? Apa sebenarnya hubungan mereka? Aku tahu aku tiada hak untuk mempersoalkan semua itu tapi hatiku tetap menzahirkan rasa cemburu apabila melihat Zafril bersama wanita lain di sisinya.
            “Siapa call?” Tanya Zafril apabila zafril berdiri berhampirannya dan bersalaman dengan Faiz.
            “Mama.” Jawab Zafril pada Ezlin.
            Zafril hanya menunjukkan reaksi yang biasa sahaja apabila bersalaman dengan Hafiz, sedangkan dulu, apabila dia bertemu hafiz, lebih-lebih lagi jika Hafiz bersama-samaku pasti dia sudah menarik muka seribu kerana cemburu. Apakah tiada lagi rasa cemburu itu di hatinya?
            “I nak belikan you minyak wangi. You suka yang mana Hugo or Channel?” Ezlin menayangkan dua minyak wangi yang sedari tadi di tangannya pada Zafril.
            “Channel!” Jawab aku dan Zafril serentak. Mata kami pantas bertaut antara satu sama lain. Aku mengetap bibir, entah mengapa bibirku boleh menjawab soalan Ezlin itu dengan pantas sekali.
            “Your favourite?” Ezlin masih mahu bersoal jawab dengan Zafril.
            “Yup!” ringkas jawapan yang Zafril berikan.
            “So, macam mana Safi boleh tahu?” Pertanyaan Ezlin itu menutup rapat mulut Zafril. Ezlin pula merenungku, begitu juga dengan Hafiz yang mungkin juga menanti jawapan dariku.
            Apa jawapan yang harus aku berikan? Haruskah aku memberitahu yang aku sahulu adalah kekasih Zafril dan pastinya setiap apa sahaja yang menjadi kegemaran Zafril aku ketahui. “I SU dia, dalam pejabat dia pun ada minyak wangi yang sama, so i geust dia akan pilih yang itu.” Dalihku, hatiku tidak membernarkan aku berterus terang.
            “Oh really? You tak bagi tahu I pun Safi ini SU you?”
            Zafril hanya tersenyum mendengar kata-kata Ezlin. “Dahlah, you nak beli tak? I ada hal nak kena cepat ni.”
            Aku tahu itu hanya alasan Zafril. Alasan yang kerap Zafril keluarkan apabila bertemu denganku di luar waktu pejabat.
            “Okaylah Safi see you next time?” Ezlin bersalaman denganku dan Hafiz juga begitu, dia turut bersalaman dengan Faiz.
            Dengan senang hati, Zafril berlalu meninggalkan diriku dengan Hafiz.        “Safi...”
            Aku memandang Hafiz apabila Zafri dan Ezlin telah hilang dari pandangan mataku.
            “Safi tolak cinta saya dulu sebab Safi cintakan Zafrilkan?”
            Terkejut aku mendengar terjahan kata Hafiz itu. Bagaimana Hafiz boleh meneka dengan tepat. “Er..” hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirku tika ini.
            “Dah lama saya agak dan hari ini saya dah dapat jawapan yang tepat.” Hafiz menambah kata dan tersenyum. “Saya tetap doakan kebahagian Safi.” Luah Hafiz lagi.
            Kali ini aku tersenyum mendengar luahan ikhlas Hafiz itu. Sungguh aku tidak menyangka Hafiz sendiri tahu rahsia hatiku pada Zafril tanpa perlu aku suarakan. Senyuman yang tidak lekang dari bibir Hafiz itu aku balas juga dengan senyuman manis.

HAMPIR terlepas botol toner di tanganku apabila tiba-tiba sahaja Shania menerjah masuk ke dalam bilikku lewat malam begini. Tanpa mengetuk pintu seperti biasa, Shania menyerbu masuk dan terus mendapatkanku yang berada di hadapan cermin meja solek. Nafas Shania turun naik kencang, mungkin kerana berlari naik tangga mendapatkanku di dalam bilik ini.
            “Bila sampai?” Aku menyudahkan sapuan toner pada mukaku dan menutup semula botol itu sebelum mengadap Shania semula.
            “Baru je sampai.” Dalam keadaan tercunggap-cunggap itu Shania masih memberikan jawapan.
            “Kenapa datang malam-malam buta ni?” Soalku pelik. Jam di meja solekku sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam. Selalunya jika Shania ingin ke rumah orang tuaku ini atau mahu tidur di sini pada huung minggu begini Shania akan sampai paling lewat jam lapan malam.
            “Nia ada hal nak cakap dengan akak.” Shania mula menarik tangan Safi dan membawanya ke birai katil. Aku dan dia duduk bertentangan di antara satu sama lain. Shania menarik nafas panjang sebelum memulakan kata dan aku pula sudah berasa tidak sedap hati melihat Shania yang kalut semacam dari tadi.
            “Sorry sebab tak dapat joint akak dengan Hafiz tadi sebab Nia pergi rumah mak long.”
            Kalau setakat Shania memungkiri janjinya tadi, tidak perlulah Shania sekalut ini semata-mata untuk meminta maaf. Lagipun dia bukan ke mana, tapi ke rumah orang tua Zafril. Pasti dia merindui keluarga itu kerana sekarang amat jarang dia dapat berjumpa mak longnya itu.
            “Alah, hal kecil je tu. Tak ada apalah.” Aku cuba meredakan rasa bersalahnya.
            “Tapi ada hal besar yang jadi kat rumah tu tadi.”
            “Hal apa pula?”
            Shania mengenggam kedua-dua belah tanganku. “Nia dengar Kak Anni cadangkan kat mak long supaya satukan Abang Add dengan Ezlin.”
            Bagaikan kilat yang datang memancar terus ke hatiku apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Shania itu. Perkara yang sama berulang lagi. Dulu Makcik Hasnah ingin menyatukan Shania dengan Zafril, kini Kak Anni pula yang cuba menjadi matchmaker antara Ezlin dan Zafril. Mengapa begitu banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi setiap kali aku cuba untuk hidup bersama-sama lelaki itu. Mungkinkah ini petanda bahawa kami memnag tidak ditakdirkan untuk hidup bersama-samanya? Air mata hampir menitis namun segera aku menahan agar air itu tidak jatuh di hadapan Shania.
            “Zafril setuju ke?” Perlahan sahaja soalan itu keluar dari bibirku namun masih jelas untuk di dengar Shania.
            “Abang Add belum tahu lagi rasanya. Sebab tadi abang Add tak balik rumah mak long. Entahlah kak, mak long kata sejak balik dari Amerika dia dah jadi pendiam. Kerja tak tentu masa. Mak long pun naik risau. Tu yang Kak Anni cadangkan supaya satukan Abang add dengan Ezlin. Kata Kak Anni mana tahu lepas kahwin dengan Ezlin Abang Add berubah macam dulu semula. Akak tak nak buat sesuatu ke?”
            Soalan terakhir Shania itu membuatkan pandanganku segera jatuh pada wajah kacukan itu. Apa yang boleh aku lakukan lagi? Rasanya aku sudah sehabis daya menarik hati lelaki itu, namun tiada satu pun yang membuahkan hasil. Dia masih lagi sama sahaja membuat endah tak endah sahaja padaku. Mungkin ini adalah penamatnya dan peringatan pada diriku agar tidak lagi terus mengejar cinta zafril yang pernah aku kecewakan dahulu.
            “Nia tidur sini ke malam ni?” Aku sengaja merubah hala tuju perbincangan kami. Aku takut air mataku akan mengalir jika perbincangan ini diteruskan.
            Shania menganggukkan kepala.
            “Kalau macam tu, pergilah mandi dulu. Akak ke dapur kejap buatkan milo untuk Nia.” Aku segera bangun dan keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup rapat, setitik air matku menitis ke pipi tanpa dapat dibendung lagi. Jika sudah benar tidak ada jodoh antara kami, maka tiada apa yang perlu aku kejarkan lagi...

Bersambung...

P/S : Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana terus membaca ADH. Sedikit masa lagi ADH bakal melabuhkan tirainya, begitu juga dengan tahun 2011. Jadi AH nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun 2011 membekalkan banyak pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan kita. Semoga tahun 2012, bakal membuka ruang yang lebih cerah dan cemerlang buat kita. Apapun, semoga tahun 2012 juga membawa berkat dan rahmat dalam hidup kita semua. Salam Sayang dan terima kasih dan atas kasih sayang dan sokongan semua. Jumpa di ADH 43 :)

29 comments:

cahaya pembuka said...

terbaik la kak!!!!!!!

Anonymous said...

best sangat

GS said...

sgt menyentuh hati huhu

kak nora said...

alahai..apa la nak jadi ngan dorang ni..dah le zafril dah jadi dingin beku..simpati kat safi..

Anonymous said...

Terluka lagi hati safi bila tahu zaf MUNGKIN akan ditunangkan dengan ezlin..Asyik terluka je hati safi ni bila nak sembuh kak adah ? Kesian kat safi :( Anyways,zaf dah tahu safi still cintakan dia but dia boleh buat selamba je..jangan menyesal kalau safi serahkan cinta dia kat orang lain sudah..haha just my opinion je..But hope safi bahagia and cepat sambung tau kak adah ! :)

~A~

Anonymous said...

Best sangat......walaupun mengantuk ku habiskan juga pembacaan.

kak zu said...

Ya Allah, kenapa Zafril macam tu sekali sikap dia kat Safi masa parti hari jadi anak Mona dan masa petemuan di shopping complex pun sentiasa dgn Ezlin.....dengan berita yg disampaikan oleh Nia, lagi sakit jiwa Safi dibuatnya.....sabar Safi dan teruskan berusaha dan mohon pertolongan dariNya......

hatiku sedih dan pedih sekali, dan airmataku mengalir buat sekian kalinya....simpati dgn Safi...huhuhu....(emosi....)

Adah, Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dan teruskan berkarya...jangan lupa Kak Zu sentiasa menyokong karya2 Adah.....salam sayang dari Kak Zu

Anonymous said...

sedih nyer zafril bt cm 2 kat nia...nia sbar jelah...huhu...

Anonymous said...

tahniah akak...akak tlah uat hati sya bedebar2 b4 nk baca n3 nie lg...nmpk ja n3 baru trus bedebar2..lawakn..apa2 pn..citer akak nie mmg best...

nadiah said...

kak adah memang pandai buat kitorang tertanya2
kadang tu rasa mcm safi dgn zaf..
kadang rasa macam lg baik safi dgn org lain.
kak adah, tolonglah cepat2 kurangkan penderitaan kami ni. huhuhu!

farisya irene said...

cian safi zafril ni pun satu safi just wat ckit kesilapan je kat dia tapi dia yang melebih-lebih sakitkan hati safi..huhu..sdihnye btw keep it up kak Adah..saya suke jalan cerita yang akak olah..da best:)

is said...

best sgtttt....cepatlah smbung...hehehehe

idA said...

alahai..kenapalah mamat sengal tu macam tu..dah minah tu jatuhkan ego dia..apa lagi mau nya.. tak faham akak ngan sikap zaf ni.. macam perempuan pulak..rajuknya amat pjg sekali..dah dahlah.. harap safi tak give up ngan mamat poyo tu..sbb perkenalan dan perhubungan mereka telah termetri lama..bersabarlah dengan perangai kebudak budakan mamat poyo tu..sekiranya berlaku sesuatu keatas safi kemungkinan ia akan menyedarkan mamat tu..betapa pentingnya safi dalam hidupnya..
Akak nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan berharap agar Adah akan dapat banyak ilham untuk melakarkan lebih banyak novel untuk kami..

Anonymous said...

adah..agak2 brapa episod lg br tamat cite ni te...xsabar nk tau ending dia..cite adah ni slalu our dr imaginasi kami..slalu je wat berdebar2 nk tggu next n3...

mila said...

oksigen oksigen.... aduhhh zaf... apa lagi nie??? tak kesian kt safi ke??? x sabar dh nie nk tggu next n3...SELAMAT TAHUN BARU ADAH.... semoga tahun 2012 membawa lebih banyak kebaikan utk adah & karya adah....

amayaharris.blogspot.com said...

happy new year adah, aduh!! bilalah Safi ni dpt ye...

Anonymous said...

Sian Safi.....makan hati sungguh...mendera perasaan. Bagus Safi dapat terima kenyataan kalau dah bukan jodoh...jangan mengharap pada yg tak sudi...harap deorang dapat hidup bersama endingnya.
SELAMAT TAHUN BARU ADAH, TERUSKAN BERKARYA DAN SEMOGA SAKSES SELALU...

~ kak min ~

Anonymous said...

sakit jiwa d buatnya..apa dah jdi kt zaf ni???

pnut said...

sian safi..lepas satu2 dugaan dier..
tp safi tabah hadapi sume..
so safi, klu xde jodoh terima je la..
cinta akan hadir satu hari nanti..
x pyh la nk merebut cinta yg kita dh tau
kita xkan dapat..
to AH teruskan menulis..
sume karya AH best2..
dan selamat menyambut tahun baru 2012..

m said...

sedih sedih sedih. kesian safi. biarkan je lah zaf nak btunang ke nak kahwin ke...
nak sangat hafiz sentiasa ngan safi. tak dapat sebagai kekasih, sebagai kawan rapat jadilah.

AH, novel ni end kat sini ke? or ke versi cetak?

ieda ismail said...

alahai, byk betul dugaan Zaf n Safi....x sabar nk tggu next en3

Adah, Selamat Menyambut Tahun Baru =)

blinkalltheday said...

safi bawak diri p studi overseas...huhuhu

ilie said...

GILA SEDIH SIOTTTT! meleleh air mata saya. next 43! hehehehhh

Miss Nurul said...

Alahai,kesiannya kt safi... saya simpati dgn ap yg trjadi kt safi.. mst dia sgt terluka bila tau zaf akn dkahwinkan dgn ezlin tu! ngat kan kak anni tu tau yg safi n zaf brcinta dulu... zaf ni pun knp la keras hati +kepala sgt??kira ok safi cuba pikat dia blk. agknya bila la zaf tu nk berubah yek?mybe kena ad sesuatu trjdi kt safi baru dia nk sedar kot! kak AH ni mmg pandai buat kani semua trtanya-tanya... cayalah kak AH !!!!! mmg mantap la citer ni.. cpt2 la kak AH smbung ADH 43... x sabar dh ni...hehehehe

kak zu said...

memang terluka sgt Safi dgn Zafril tu....Zafril jgn macam tu....cukup2lah tu....

umi kalsom said...

Happy new year kak Adah...

ahai... sedih betul dgn keadaan safi ni... nk suruh lupakan zaf, bukan senang..
waiting for nex entry... ^^

Anonymous said...

ala..lupakan si zaf tu, masih ramai yg minat safi.........

aiedah said...

TERBAIK1 :D tak sabar nak tahu sambungan kisah cinta Zaf and Safi (:

cik eya said...

adoiii...akk..xsabar rasanye nk tggu next n3..waaa...best sgt2..haii si zaf ni btl lerr...cian safi tau..jgn la bg zaf dgn ezlin..huhuhuh

Post a Comment