Friday, December 9, 2011

Ada Di Hati - Bab 36


BAB TIGA PULUH ENAM
Ibu dan ayah masih lagi setia di sini bersamaku, di restoran Sri Melayu sementara menanti kemunculan Zafril. Hidangan yang telah tersedia di atas meja di hadapanku sudah hampir setengah jam terhidang dan sudah lebih sejam aku, ibu dan ayah menunggu di sini. Namun bayang Zafril masih lagi tidak muncul seperti mana janjinya padaku tiga hari lalu.
Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya sekali lagi. Malam ini sahaja sudah berapa kali aku menghubunginya, aku sendiri sudah tidak pasti. Namun setiap panggilanku tidak langsung dijawabnya. Mesej juga sudah berpuluh yang aku hantar padanya, namun itu juga langsung tidak dibalasnya. Dia terus menyepi dan membiarkan aku dan ibu bapaku menanti di sini, terus menunggu dia menunaikan janjinya beberapa hari lalu.
“Kita tunggu siapa sebenarnya ni Safi?” Soal ayah sekali lagi. Sejak setengah jam lalu, hanya itu soalan yang keluar dari bibirnya.
Aku sudah ketandusan idea untuk membalas soalan yang sama berulang kali. Aku sengaja merahsiakan terlebih dahulu kepada kedua ibu bapaku yang Zafril ingin bertemu dan memaklumkan hubungan kami dengan mereka hari ini. Aku sengaja mahu memberikan kejutan kepada kedua-dua orang tuaku. Mata aku lirikkan pada ibu, walaupun aku turut merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu namun pandangan matanya saat ini jelas menunjukkan yang dia mengetahui dengan siapa aku mahu temukan mereka berdua waktu ini.  Dia melemparkan senyuman padaku sebelum memandang ayah.
“Sabarlah bang. Abang dah lapar sangat, ke?” Ibu menolong menjawab soalan ayah bagi pihakku. Lembut sahaja ibu memujuk hati ayah yang berkemungkinan besar sudah panas.
Aku langsung tidak salahkan ayahnya jika dia benar-benar sudah panas hati waktu ini. Sudah lebih dari sejam menunggu pada waktu malam begini, siapa yang tidak marah. Dengan hidangan yang sudah pasti sejuk di hadapan mata, pasti ianya akan lebih mengundang kemarahan dalam hati.
“Bukan masalah lapar. Ini masalah dah berjanji. Janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa tak sampai-sampai lagi?” nampaknya ayah masih lagi marah dengan Zafril.
“Sabarlah bang, sekejap lagi sampailah tu.” Ibu masih lagi mencuba bagi pihakku.
Aku sudah terdiam. Tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Memang sudah salah Zafril, apa lagi yang perlu aku katakan untuk membela dirinya pada waktu ini. Entah ke mana pergi dirinya. Sudahlah dia yang beria-ia ingin berjumpa dengan kedua-dua ibu bapaku hari ini, Alih-alih, dia langsung tidak kelihatan. Permintaannya tiga hari lalu benar-benar mengembirakan hatiku, namun hari ini aku amat kecewa. Ternyata ianya tidaklah segembira seperti yang aku harapkan.
“Tak apalah ibu, ayah. Ibu dengan ayah makan ajelah dulu.” Aku membuat keputusan akhirnya. Aku tidak mahu kedua orang tuaku ini pula melewatkan makan malam mereka semata-mata kerana menunggu kedatangan Zafril.
“Lah, tadi Safi yang suruh tunggu sangat. Takkan ayah cakap macam tu dah merajuk? Ayah bukan marahkan Safi, ayah marahkan kawan Safi tu. Berjanji pandai, tapi tak tahu nak tunaikan.”
Aku tersenyum mendengar kata-kata ayah. Selama ini ayah jarang memarahiku, dan jika dia memarahiku sekali pun pada tika ini, tidak mungkin aku akan merajuk dengan dirinya. Aku amat sayangkan ibu dan dirinya.
“Taklah ayah. Mana ada Safi merajuk. Safi rasa kawan Safi tu datang lambat sikit kut. Tak apalah, ayah dengan ibu makanlah dulu.” Aku terus menyakinkan ayah.
“Tak apa ke Safi?” Ibu pula yang risau.
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku benar-benar tidak mahu mereka menunggu lagi. Sudah cukup rasanya masa sejam yang mereka luangkan untuk menunggu orang yang langsung tidak mereka kenali. Kalau pun Zafril datang pada waktu ini., apakah alasan yang terbaik yang perlu dia berikan pada kedua-dua orang tuaku atas kelewatannya.
Jika hanya aku yang perlu menunggu dirinya itu tidak mengapa bagiku, kerana itu bukan menjadi masalah besar bagiku. Aku sanggup menunggu dirinya selama mana pun. Namun aku tidak mahu membebankan orang tuaku. Mereka memerlukan rehat yang secukupnya pada usia begini.
Puas aku menolak untuk turut sama makan bersama-sama mereka. Bukan tidak sudi tapi entah mengapa aku tetap ingin menunggu Zafril dan makan bersamanya malam ini. Selalunya dia tidak sebegini, jika dia sudah berjanji pasti dia akan tunaikan. Dan sepanjang aku mengenalinya tidak pernah dia lewat dari setiap temujanji kami, bahkan dialah orang yang paling awal sampai berbanding diriku.
Namun dalam sejak akhir-akhr ini, aku sudah dapat merasakan perubahannya. Jika sudah berjanji, paling awal sekalipun, dia akan sampai lewat setengah jam daripada masa yang dijanjikan. Aku hanya mampu bersabar. Jika selama ini dia yang selalu menanti diriku, apa salahnya kali ini aku pula yang menanti dirinya.
“Safi nak tunggu sampai bila ni?” Soal ayah apabila aku asyik menolak untuk turut serta pulang bersama mereka setelah mereka selasai makan.
“Tak apa ayah dengan ibu baliklah dulu. Jangan risau lagi lima belas minit kalau dia tak sampai juga Safi balik rumah sewa Safi.”
“Tapi…”
“Sudahlah tu bang. Jomlah kita balik. Saya pun dah mengantuk ni.” Ibu memotong sebelum sempat ayah menghabiskan katanya.
Aku memandang ibu. Aku tahu dia sedang berbohong, tidak mungkin ibu sudah mengantuk pada waktu ini. Walapun sudah hampir pukul sepuluh malam namun ibu bukan seorang yang suka tidur awal. Paling awal pun ibu akan melelapkan matanya hanyalah pada pukul 12 malam. Itu pun setelah puas dileteri ayah. Aku yakin ibu mahu memberi ruang untukku melepaskan diri dari dileteri ayah. Ayah memang jarang berleter, tapi jika dia sudah mula membuka mukadimahnya, susah untuk aku dan ibu membuatkannya berhenti.
“Kalau macam tu ayah dengan ibu balik dululah. Ingat kalau lagi lima belas minit kawan kamu tu tak datang juga, terus balik rumah tau. Dah lewat malam dah ni.” Ayah mengingatkanku sewaktu aku mengucup tangannya, dan aku hanya mengangguk mengiakan sahaja katanya.
“Kirim salam pada Zafril.” Pesan ibu sewaktu dia memelukku.
Sudah aku mengagak ibu sudah dapat menghidu yang aku ingin menemukan dia dan ayah dengan Zafril. Dan sekali lagi aku hanya mengangguk.
Aku memerhati ayah dan ibu yang berpimpin tangan keluar dari restoran ini. Jika Zafril tidak datang juga bagaimana? Sampai bila aku harus menunggunya di sini? Tapi yang pasti aku tetap ingin menunggunya walau selama mana pun. Tidak mungkin Zafril terlupa terus aku menantinya di sini?
Lama aku termenung di meja ini sehingga aku ditegur oleh seseorang dan aku menoleh memandangnya.
“Zaf tak sampai lagi ke?” Lelaki berusia awal 30-an itu terus duduk di bangku di hadapanku sebaik sahaja aku memandangnya.
“Belum.” Hanya itu yang terluah saat hati sarat dengan persoalan tentang Zafril.
Lelaki pemilik restoran ini juga merupakan kawan Zafril itu menggelengkan kepala. Aku hanya mampu tersenyum dengan lelaki peramah itu. Sejak pertama kali Zafril membawaku ke sini dan memperkenalkannya padaku, aku sudah boleh menerimanya sebagai sahabatku juga.
“Habis tu Safi nak tunggu dia juga ke?” Soalan yang fikiran ku berbolak balik sedari tadi diluahkan pula oleh Madi.
Aku tidak menjawab soalannya.
“Maaf Safi, saya bukan nak menghalau, tapi restoran saya dah nak tutup ni. Lagipun dah pukul 12 malam dah ni. Safi tak nak balik ke?”
Pukul 12 malam? Aku memandang jam di pergelangan tangan. Aku benar-benar tidak perasan masa yang sudah berlalu. Aku mengangkat telefon bimbitku dan cuba untuk menghubunginya sekali lagi. Namun telefon bimbitku sudah kebisan bateri, aku mengeluh berat. Aku memerhati pula sekeliling restoran, memang beberapa pekerjanya sedang mengemas setiap meja. Nampaknya Zafril memang tidak akan muncul hari ini sepertimana janjinya.
“Ish, Zaf ni pun satu hal. Entah mana perginya.” Keluh Madi mungkin dia dapat membaca kekeruhan yang bermain di wajahku.
“Tak apalah Madi. Saya balik dulu. Bill?” aku menarik beg yang aku letakkan pada kerusi bersebelahan denganku.
“Eh, tak apalah Safi. Hari ini saya belanja Safi”
Aku terkejut mendengar kata-katanya. “Eh, mana boleh macam tu.”
“Tak apalah, hari ni je saya belanja. Lain kalau kau datang dengan Zafril, saya ambik sepuluh kali ganda dari dia. Baru dia rasa, berani dia buat Safi tertunggu-tunggu macam ni.” Gurau Madi.
Namun gurauannya itu tidak mampu mengundang tawaku. Aku hanya mampu tersenyum kecil padanya. Lebih kepada menjaga hatinya. “Terima kasihlah Madi.” Aku mengalah, kerana aku tahu jika aku berkeras pun dia pasti tidak akan mahu mengambil sebarang bayaran dariku. “Minta diri dulu.”
“Nak drive sendiri ke malam-malam macam ni?” Madi turut bangun apabila aku bangun dari duduk.
“Ha’ah.”
“Eh, biar saya hantar ajelah. Dah malam-malam ni. Risau pula nak biarkan Safi drive seorang”
“Tak apalah Madi. Saya dah biasalah. Jangan risau. Terima kash.”
“Betul ni?”
Aku mengangguk.
“Okaylah hati-hati tau.”
“Okay, Assalamualaikum.”
Selepas mendengar balasan salam dari Madi, aku terus berlalu menuju ke parking lot yang sudah kosong. Hanya kereta aku sahaja yang masih lagi terparkir di ruangan tempat letak kereta untuk pelanggan.
Aku segera masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang ke rumah. Telefon bimbit yang sedari pukul lapan malam tadi berada di tanganku aku sumbat ke dalam beg tanganku. Sudah letih jariku menelefon dan menghantar pesanan ringkas padanya.
Hampir setangah jam bersendirian di malam-malam begini di atas jalan raya akhirnya aku sampai juga ke rumahku. Sewaktu aku sedang melangkah menuju ke arah lif. Seseorang meneriak memanggil namaku dari arah belakang. Aku menoleh, memandang Zafril yang sedang turun dari kereta yang masih tidak dimatikan enjinnya. Dia berlari-lari anak mendapatanku.
“Assalamualaikum.” Ucap Zafril sebaik sahaja berada di hadapanku. “Safi. Zaf minta maaf sangat-sangat. Zaf lupa Zaf dah janji dengan Safi and parents Safi malam ni. Sorry.”
Aku mengetapkan bibir memandang wajahnya. Tadi aku benar-benar risau tentang dirinya namun ketika melihat dia berada di hadapanku kini mula terasa marah kepadanya. Dia yang beria-ia mahu berjumpa dengan orang tuaku sebelum ibu dan ayahnya masuk meminangku namun dia jugalah yang memungkiri janjinya. Tidakkah dia risau akan tanggapan pertama ibu dan ayahku padanya jika dia memungkiri janji sebegini? Nasib baik aku tidak memberitahu ibu dan ayah terlebih dahulu tentangnya jika tidak, pasti ayah akan keberatan untuk berjumpa dengannya selepas ini.
“Safi, I’m so sorry okay.” Pohon Zafril sekali lagi.
“Zaf yang nak jumpa sangat ibu dengan ayah tapi Zaf yang tak datang.” Luahku. Aku tidak dapat mengawal segala rasaku ketika ini.
“Zaf minta maaf. Zaf ada hal tadi. Bila dah sampai rumah baru Zaf teringat Zaf ada janji dengan Safi.”
“Apa halnya sampai Safi pun Zaf boleh lupa?”
“Zaf…”
Zafril kelihatan teragak-agak melihat ketika melontarkan kata. Berkerut dahiku melihatnya. Tidak pernah dia kelihatan sebegitu sebelum ini.
“Zaf.” Panggilku cuba mematikan pandangannya ke dalam mataku.
“Tak, ni, Zaf dekat rumah mama tadi. Ada hal keluarga sikit.” Laju sahaja ayat itu keluar dari bibirnya, tapi matanya tidak lagi memandang wajahku.
“Betul?”
“Betul.” Kali ini, barulah dia memandang wajahku. “Sorry, tak sangka Safi tunggu Zaf selama tu, sampai sekarang baru balik.”
“Mana ada Safi tunggu Zaf sa…”
“Jangan tipu Zaf, Zaf pergi restoran Madi tadi, bila Zaf telefon Safi tak dapat-dapat. Madi kata Safi baru 5 minit balik dari situ. Itu pun sebab Madi dah nak tutup restoran, kan.” Zafril memotong kataku.
“Safi nak tunggu sampai Zaf datang.” Aku berterus terang.
“Dah tengah malam Safi. Kalau Zaf tak datang juga, sampai bila Safi nak tunggu?”
“Sampai Zaf sedar dan ingat yang Safi tengah tunggu Zaf.”
Dia terdiam dan aku turut terdiam memandangnya.
“Ehem…”
Aku dan Zafril segera mematikan pandangan dan berpaling memandang Fitri yang telah berdiri di sebelahku.
“Buat apa kat sini, tengah malam-malam buta macam ni?” Soal Fitri.
Aku hanya tersenyum, begitu juga dengan Zafril.
“Zaf balik dulu, jumpa kat pejabat esok.” Zafril segera meminta diri. Dan kini Zafril merenungku semula dengan pandangannya yang redup. “Zaf sayang Safi, ingat tu.” Ucap Zafril sebelum terus berlalu meninggalkan aku dengan ucapan salam di hujungnya. Dan aku hanya membalas ucapan salam dan sayangnya itu di dalam hati.
Setelah melambai dan melihat keretanya berlalu meninggalkan tempat letak kereta pangsapuri ini barulah aku dan Fitri bergerak menuju kea rah lif.
“Pukul berapa Zafril datang jumpa parent kau tadi?” Tanya fitri sewaktu kami sedang menunggu ketibaan lif.
“Kenapa kau tanya?”
“Aku jumpa dia kat Suria KLCC tadi.”
“Bila?”
“Lebih kurang pukul sepuluh tadi.”
Aku agak terkejut dengan jawapan Fitri. Tapi tadi Zafril kata dia berada di rumah mamanya. Tidak mungkin dia membohongiku. “Orang lain kot?” aku cuba meredakan hati yang sudah tidak sedap.
“Mana pula orang lain, dialah tu. Dia dengan Shania waktu tu. Tapi aku tak sempat nak tegurlah pula dia orang waktu tu. Shania joint kau orang ke tadi?”
Aku terus terkaku dengan kata-katanya. Jadi Zafril berbohong padaku sebentar tadi.
“Zaf sayang Safi, ingat tu.”
Kata-kata Zafril terngiang-ngiang semula di telingaku. Aku terus terkaku di depan pintu lif yang sudah terbuka luas.

AKU sudah tidak sabar untuk melangkah keluar dari rumah. Aku tidak sabar ingin berjumpa dengan Zafril di pejabat pagi ini. Sepanjang malam semalam aku cuba menghubunginya namun sama sahaja, telefon bimbitnya masih lagi tidak bersambut. Entah mengapa dia tidak menjawab semua panggilanku.
            Loceng rumahku berbunyi sewaktu aku sedang mencari kunci keretaku yang ku letakkan di atas meja kopi. Fitri yang berada di meja makan terus menuju ke muka pintu. Aku tidak mempedulikan siapa yang cuba bertandang pagi-pagi begini. Apa yang bermain di mindaku kini adalah Zafril dan Zafril sahaja.
            “Safi, ada orang nak jumpa.”
            Aku berpaling memandang Fitri di depan pintu, dan kelihatan Makcik Hasnah turut berada di sisinya. Kali pertama menerima kedatangannya ke sini membuatkan hatiku tidak tenang. Bukan aku tidak suka dia ke sini namun hatiku tiba-tiba terasa tidak sedap.
            “Makcik.” Aku terus berlalu mendapatkan Makcik Hasnah dan bersalaman dengannya. “Assalamualaikum, jemput duduk.”
            Setelah menjawab salam yang aku hulurkan aku dan Makcik Hasnah terus duduk di ruang tamu. Fitri memberikan isyarat padaku yang dia akan ke dapur menyediakan air untuk makcik Hasnah.
            “Makcik nak tanya, betul ke Safi bercinta dengan Add?”
            Tanpa berselindung Makcik Hasnah terus bertanya padaku. Aku hanya mendiamkan diri, dan diamku itu membuatkan dia terus menyoal lagi. “Dah berapa lama?”
            “Baru lagi makcik.” Jujur aku menjawab.
            “Makcik dan nak berterus terang dengan Safi.”
            Jantungku mula berdegup kencang. Mataku tidak lepas-lepas memadangnya.
            “Makcik dah ada pilihan untuk Add.” Makcik Hasnah terlalu berterung terang hari ini.
            Fitri yang lagi beberapa langkah ruang tamu mematikan langkahnya, dulang yang berada di tangan tidak terlepas dari genggamannya, namun jelas dia juga turut terkejut sepertiku.
            “Makcik harap Safi faham.” Kata terakhir Makcik Hasnah sebelum terus berlalu keluar dari rumahku tanpa cuba mendengar apa-apa dariku.
            Pandanganku hanya pada kelibat Makcik Hasnah yang sudah hilang di sebalik pintu.
            “Safi kau okay ke?”
            Lamunanku terhenti apabila mendengar suara Fitri yang betul-betul berada di sebelahku. “Aku dah lambat aku nak ke pejabat.”
            Aku terus bangun dan meninggalkan Fitri sendirian. Kedatangan Makcik Hasnah melonjakkan lagi keinginanku untuk menemui Zafril pagi ini. Aku yakin ada sesuatu yang berlaku semalam dan Zafril sedang cuba merahsiakan hal itu padaku. Aku mahu Zafril berterus-terang, menceritakan semuanya. Apa situasi yang sebenar? Tidak mungkin Zafril semudah itu menerima cadangan ibunya? Tapi apabila mengenangkan kelakuan Zafril ketika menemuiku semalam, entah kenapa bertambah laju larian jantungku.  

Bersambung…




31 comments:

-mizz yatie- said...

kcian kat safi..:(

Anonymous said...

mluatye dgn shania..nie msti keja dy,,kcian kat safi

asen said...

alamakkk..nape gini pulak.zafril....bg penjelasan cepatttt!!!

susi said...

nak lagi...cepat sambung..hehe

kak nora said...

kan betul akak teka..nia pilihan makcik senah...nia dah gunakan kelebihan diri dia yg kononnya sakit tuh utk dapatkan zafril...siannya safi..zafril jgn jadi jantan pengecut...bangkang n tentang abis2san... benci n meluat kat nia...nak nia ni mati...bolehhh...

nadiah_abdllah said...

wow! kak adah, tolonglah jangan buat saya ternanti2. huhuhu!

Anonymous said...

Nape ngan zaf ni . Kalau tak nak safi dah , jangan buat safi cam tu . Safi kena kuat tau . Tinggal je zaf tu . Caye sangat ngan nia . Benci nia . Erggghh ! Btw , sangat best la kak ! Tapi agak geram cket ngan entry kali ni . Hehe .

[aya]

Anonymous said...

aduhhhh sakitnya hati,sian kat safi,bila bahagia nak dtg ni.......huhuhu.zaff knapa tipu safi,terus terang ajelah kan senang.....

Misshikin said...

sian kat zaf pasal semua orang kesian kat safi aje. hehehe Zaf tu tersepit tu,

Anonymous said...

alahai..kesiannya safi..apa sebenarnya yg dicari oleh zaf ni? apa yg sebenar mau nya..safi atau nia? Kenapa berbohong..kenapa mesti menyakiti hati safi..lagi..
kalo betuila..zaf dah beralih arah..akak rasa biarlah safi berlalu pergi tanpa memberitau zaf dimana keberadaannya..sebab hatinya terlalu terlaku dengan perlakuan zaf..yg seperti lalang..
salam
kak idA

Anonymous said...

ishhhkkkk.geram dgn zaf! naper dia xnk berterus terang jer dgn safi??

ati said...

hurmmm.... panas...
baru kebah dari demam TAPI
rasa nak demam balik...

mila said...

aduhhh, sakit nye hati.. n3 pleaseeeee...cian nye safi...

Zu said...

aduh n3 kali ini buat dada rasa sakit je....ini semua shania punya keja....teruk betul....Zafril pulak pasal duk tipu Safi...sian Safi....cpt sambung..tak sabar nak tahu kisah seterusnya....

Izan said...

aku benci zafrilllllllllll

Hajar said...

tahniah Adah, sebab berjaya untuk buat saya komen untuk entri kali ni. hehe. rasanya zafril tengah cuba menyelesaikan masalah dia tanpa libatkan safi. tapi ke'senyap'an dia tu berjaya mengundang curiga safi dan juga keemoan saya.waaah, tak suka nia! tsk.

Anonymous said...

alah.. lari terus ja. biar semua padan muka termasuk zaf dengan mak2 dia sekali. bukan xdak orang berkenan kat safi pun. hehehe...

Anonymous said...

lari terus ajk mak n ayh safi tu pindah sekali n jgn gtau org len.. biar pdn muka nia zaf n mak zaf 2.. alah tentu pasl kisah lalu e2 yg mak zaf terima n pilih nia myb dia rasa bersalah n dia nak tebus rasa e2 tnpa pikir perasaan anak dia.. huhuhu... mak zaf selfish huhuhu..

~na~

Anonymous said...

kak adah..kesian kat safi sangat sangat..kalau boleh biarlah safi pergi tinggalkan zaf...biar zaf and mama dia menyesal..harap harap juga nia terima balasan tapi apa pun harap haraplah endingnya safi bahagia tak kisah dengan zaf or orang lain

Anonymous said...

ADAH......tak larat nak tunggu selanjutnya @bluescarf

evy said...

kesian SAfi...klu apa2 b'laku dgn hubungan mrk mmg bkn salah Safi...safi dah b'usaha utk hbgn mrk tp bila mak Zafril dah msk campur, mmg susah...sbb Safi mesti mahukan restu dr emak Zafril...and Zafril, knp perlu b'bohong?....

Anonymous said...

kesian safi,,
jahatla dorang,,
ni mesti shania ni,,
benci die....

umiafini said...

setuju...lari teruslah....cinta tanpa restu bukan boleh jadi baik pun...lagipun perasaan safi pd zaf masih baru....bukan masalah besar undur diri daripada fight cinta yang memudaratkan perasaan..byk lagi cinta mulia kat luar sana...tok sah dok penatkan hati, dan jiwa dgn zaf dan keluarganya...berhenti kerja ajelah safi...kdg2 berundur adalah satu lambang kekuatan perempuan..

Anonymous said...

bkn ke mak zaf suka kat safi dlu? ni mesti nia hasut ni... cian safi. Zaf, pertahankan cinta korang..

Salhah Suhot said...

AH!cepat entri seterusnya!!

sue said...

Kenapa Zaf mesti tipu Safi...
jangan terlalu percaya pada Zaf wahai safi... takut terluka pula hati safi nanti...

Anonymous said...

geramnya dengan si Zaf ni...
shania pon menyakitkan hati je...
harap lepas ni safi putus je la dengan zaf...

Mummy Hanan said...

Adah, like all they said.... n3 kali nie menyesakkan dada akak....kesian kat Safi.... nak luku2 kepala Zaf tu...sanggup pula tipu then tak minta maaf pulak tu.... akak rasa mesti something dah happen kan....
Okey...cepat sambung..nak tau jugak nih....jgn lambat...hehehe )

Anonymous said...

nak bagi pelempang satu kali kat SHANIA 2 X kat ZHAFRIL bole..hehhe..btol komen kat atas tu..tinggalkan je dieorang semo...baru padan muka c zhafril tu..emo la pulak:)

Eijan said...

n3 yg paling menyesakkan dada...sbb tu ambik masa nak komen. Sy rasa kesian pd safi dan zaf yg jd mangsa selfish shania...Dia tlh guna cara yg licik utk dptkan zaf dgn gunakan mak zaf. Tapi kalau safi pergi tggalkan zaf...shania akan bertepuk tgn...Aduhai bila nak ada n3 baru ni...

nurul shuhada said...

bongok btol si zaf ni. kesian kat safi

Post a Comment