Tuesday, December 13, 2011

Ada Di Hati - Bab 37


          BAB TIGA PULUH TUJUH
            Aku sungguh pelik dengan Zafril pada tika ini. Mana tidaknya, dari malam semalam aku menghubunginya, namun masih tidak gagal disambungkan. Apa yang telah terjadi pada telefon bimbitnya itu? Tidak mungkin pula rosak. Waktu pejabat juga sudah dua jam bermula, namun dirinya masih lagi tidak kelihatan. Dia tidak pernah begini sebelum ini. Jika ada apa-apa yang menyebabkan dia akan masuk ke pejabat lewat, dia akan menghubungi dan memaklumkan kepadaku terlebih dahulu.
            Banyak benar persoalan yang bermain di mindaku ini yang memerlukan jawapan darinya. Dan pada masa begini jugalah terlalu sukar untuk aku menghubungi atau bersua muka dengannya. Hati yang sarat dengan pertanyaan benar-benar sudah tidak tertanggung. Minda pula sudah banyak membuat andaian sendiri, andaian yang menyesakkan dada.
            Lamunanku terhenti apabila melihat kelibat Shania melepasi mejaku dan terus masuk ke dalam bilik Zafril. Bunyi dentuman pintu itu juga membuatkan aku tersentak seketika. Mengapa tiba-tiba sahaja dia datang ke sini. Aku segera bangun dan melihat sekeliling. Mencari-cari mungkin dia datang bersama-sama Zafril. Namun Zafril masih lagi tidak kelihatan.
            Perlahan aku atur langkah menuju ke bilik Zafril. Sebaik sahaja pintuku buka, aku dan Shania yang sedang enak duduk di kerusi milik Zafril saling berpandangan seketika sebelum aku masuk ke dalam dan berhadapan dengannya. Saat mataku dan matanya saling berhadapan begini, mengapa aku rasakan aku semakin jauh darinya, semakin tidak memahami gadis ini yang suatu waktu dahulu adalah peneman bicaraku? Peneman suka dan dukaku!
            “Mana Encik Zafril Adli? Tak masuk lagi ke?”
            Buat pertama kalinya aku mendengar Shania menyebut nama penuh Zafril didepanku dengan disertakan pangkal gelaran encik dihadapannya. Aku tahu dia sengaja buat begitu, ingin menunjukkan betapa besar bezanya aku dan Zafril di pejabat ini. Aku hanya mendiamkan diri, sengaja mahu melihat reaksinya jika aku tidak membalas sebarang katanya.
            Dan seperti yang aku jangka dia merenungku tajam dan menhempaskan keluhan kecil. Tapi aku masih berlagak selamba. Kemudian dia mencapai mug kopi yang aku sediakan buat Zafril sebentar tadi dan dicicipnya sedikit kopi itu. Sebelum meletakkannya semula di tempat asalnya.
            “Dah sejuk, manis sangat pula tu. Encik Zafril Adli tak suka minuman yang manis-manis.” Shania mula bangun dari duduknya dan menghampiriku.
            Aku masih mendiamkan diri. Dia hari ini kelihatan berbeza dan keanak-anakkan. Aku sendiri malas mahu melayan sikapnya yang tidak pernah aku saksikan sebelum ini. Aku malas mahu mengambil pusing semua kata-katanya kerana selama ini Zafril sendiri tidak pernah menyatakan rasa tidak puas hatinya pada minuman yang aku sediakan, jadi aku yakin bukan aku sebenarnya yang tidak mengetahui citarasa Zafril, tapi dirinya.
Dia berhenti betul-betul dihadapanku, merenungku tajam.
            “Saya datang nak jumpa Encik Zafril Adli. Sebab nak pulangkan telefon bimbit dia yang tertinggal kat kereta saya malam semalam” Shania menunjukkan telefon bimbit Zafril padaku.
            Kali ini aku sudah tidak dapat mengawal rasa terkejutku. Telefon bimbit yang berada di tangan Shania itu sememangnya telefon bimbit Zafril. Dan aku amat mengenali telefon itu. Buntang mataku melihat telefon yang terus Shania tunjukkan padaku. Patutlah aku tidak dapat menghubunginya sejak semalam. Rupa-rupanya telefon ini tidak bersama-sama Shania sepanjang malam. Jadi memang betullah mereka keluar berdua bersama. Dan tidak mustahil disebabkan itulah dia melupakan janjinya padaku dan orang tuaku.
            “Boleh tolong serahkan pada dia, waktu dia masuk nanti.” Lembut sungguh bahasa yang dia gunakan padaku kini. Namun kelembutannya itu bagaikan duri yang mencekam hatiku.
            Aku hanya mampu memandang telefon itu, terasa berat untuk mengambil telefon itu dari tangannya.
            “Ambiklah apa tunggu lagi. Ke akak tak percaya Encik Zafril keluar dengan saya semalam. Nak buk…”
            “Shania!”
            Aku dan Shania segera berpaling ke arah pintu yang aku tidak tutup sebentar tadi. Zafril sudah pun berada di depan pintu itu dengan pandangan tajamnya pada Shania. Segera dia menghayun langkah pada Shania dan aku yang berada di hadapan Shania ini langsung tidak diendahkannya.
            “Ikut abang.” Zafril merampas telefon bimbitnya dari tangan Shania sebelum berpaling.
            “Zaf.” Panggilku, entah kenapa aku tidak membahasakan dirinya encik seperti selalu ketika aku dan dia berada di ruangan pejabat ini.
            Dia berpaling memandangku namun hanya seketika sebelum dia memandang Shania semula. “Tak dengar ke, abang kata ikut abang?” katanya pada Shania yang masih membatu.
            “Zaf, Safi…”
            “Safiah Aisyah…” Zafril memotong kataku, kemudian dia menarik nafas dalam seketika. “Nanti kita bincang. Zaf ada hal sikit ni.” Tegas sahaja ayat itu keluar untukku. Dia menoleh pada Shania semula. “Ikut abang cepat.” Terus sahaja Zafril menarik lengan Shania mengikutnya berlalu keluar dari ruang pejabatnya ini.
            Aku turut serta mengekori mereka keluar dari bilik Zafril ini, namun aku mematikan langkah setelah sampai di partitionku. Aku tidak tahu apa yang pentingnya hal Zafril itu. Hati sudah mula kacau bilau jadinya. Kenapa aku makin tidak sedap melihat dia bermasam muka ketika membawa Shania keluar dari biliknya. Ke mana mereka ingin pergi?
            Aku sudah tiada mood untuk menyambung semula tugasku, lantas aku mengemas mejaku dan menghubungi Kak Ros menyatakan aku ingin mengambil cuti kecemasan pada hari ini. Setelah mendapatkan pelepasan daripada Kak Ros, aku segera mengapai tas tanganku dan melangkah keluar ke tempat letak kereta di luar bangunan.
            Belum sempat aku melangkah masuk ke dalam kereta telefon bimbitku berdering lantang. Melihat nama mak lang yang tertera, aku segera menjawab panggilan itu. Mak lang amat jarang menghubungiku, jika ada apa-apa masalah mak lang lebih suka menghubungi ibu dan ibu yang akan menghubungiku. Tapi kenapa hari ini, lain pula tingkahnya.
            “Assalamualaikum,” aku memulakan bicara.
            “Waalaikumusalam. Maaflah mak lang menganggu, Safi kat pejabat ke?”
            “Ha’ah tapi Safi ambik cuti hari ni.”
            “Eh, kenapa Safi tak sihat ke?”
            “Eh, taklah. Saja je Safi nak ambik cuti. Kenapa ye mak lang?” aku terus bertanya pada persoalan asalnya. Tidak mahu berteka-teki lagi.
            “Mak lang ingat nak jumpa Safi. Erm… bila Safi free?”
            “Sekarang pun boleh.” Tiba-tiba aku terasa benar-benar bersungguh ingin berjumpa dengannya.
            “Okay, kalau macam tu, Safi datang rumah mak lang ye.”
            Setelah menyatakan persetujuan, aku terus mematikan talian. Buat sementara waktu ini, aku tidak mahu memikir sangat tentang Zafril dan hal semalam. Apa yang bermain di mindaku saat ini ialah apa hal yang kedengaran begitu penting yang ingin mak lang ceritakan padaku. Dan dengan rasa tidak sabar itu aku terus memandu menuju ke rumah mak lang.

MAK LANG menghidangkanku sepiring kuih keria dan air Nescafe panas. Sudah puas aku menolak, namun dia masih bersungguh menyediakan hidangan untukku. Aku sebenarnya sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa perkara penting yang ingin dia katakan padaku. Terasa seperti ada hubung kaitnya denganku. Namun daripada aku sampai tadi, mak lang hanya tersenyum panjang sahaja.
            “Sebenarnya, kenapa ya mak lang?” aku sudah tidak mahu terus bersoal jawab sendiri dengan senyuman yang mak lang lemparkan. Aku inginkan jawapan segera daripadanya. Apa sebenarnya yang mengembirkan hatinya itu.
            “Mak lang nak tanya Safi ni. Dah berapa lama Safi kerja dengan Zafril tu?”
            “Setahun lebih. Kenapa mak lang? Mak lang nak kerja kat situ pula ke?” Sengaja aku menambahkan jenaka dalam soalanku. Tidak mahu perbualan ini terlalu formal.
            Mak lang ketawa kuat. “Ke situ pula kamu ni. Zafril tu macam mana budaknya ye?”
            “Maksud mak lang?”
            “Yelah pandangan kamu tentang dia?”
            Aku terdiam ketika, hal Zafril dibangkitkan. Walaupun rasa tidak sedap dengan soalan itu, namun aku tahu bahawa aku harus menjawab pertanyaan itu. “Dia memang baik orangnya mak lang. Walaupun nampak tegas, tapi dia memang baik. Er, kan mak lang dah kenal dia kan? Kenapa mak lang tanya Safi lagi?” Aku sudah dapat mengidu sesuatu yang tidak senang di sini. Bukankah sejak Shania menjumpai Zafril, mak lang sudah berkenalan dengannya dan banyak kali sudah bersua muka pun.
            “Mak lang bukan apa saja nak tanya pendapat Safi. Sebab tadi mama Zafril datang sini, dia kata hujung minggu ni dia nak masuk meminang Shania untuk Zafril.”
            Aku benar-benar terkedu, benar-benar kelu. Aku tidak sangka sungguh cepat makcik Hasnah  menjalankan apa yang dinyatakan padaku pagi tadi. Air mata sudah hampir ingin menitis. Kenapa bertimpa-timpa perkara yang memilukan hatiku berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam? Apa yang perlu aku lakukan saat ini?
            “Tu yang mak lang nak tanya pandangan Safi dulu.” Mak lang terus menerus mengabarkan berita gembiranya itu.
            Air mata mula menitis ke pipiku saat telefon bimbitku berdering dan nama Zafril tertera di skrin kecil tersebut. Aku sudah tidak sanggup menanggung semua rasa ini seorang diri lagi. Dan aku benar-benar memerlukan penjelasan darinya saat ini.
            “Safi kenapa ni?” tanya mak lang saat melihat air mata sudah membasahi pipiku ini.
            “Safi minta diri dulu ye mak lang. Safi ada hal sikit. Assalamualaikum.” Aku terus bersalam dengan mak lang dan terus berlalu keluar dari rumah teres dua tingkat itu.
            Sebaik aku memasuki keretaku, telefon bimbitku berdering sekal lagi. Masih lagi panggilan daripada Zafril. Aku tidak menunggu lama sebelum menjawab panggilannya.
            “Safi nak jumpa Zaf sekarang juga kat restoran Madi.” Selepas memberi salam, aku terus menyuarakan hasratlku itu padanya. Sebelum sempat dia membalas, aku terus mematikan talian dan mematikan terus telefon bimbitku. Aku tidak mahu dia menghubungiku sekali lagi dan menyatakan yang dia tidak mahu berjumpa denganku. Kali ini walaupun apa pun terjadi aku akan menunggu kehadirannya sehingga tiba. Aku perlukan penjelasan segera. Penjelasan terntang perhubungan kami. Sama ada aku yang tersalah sangka, atau dia yang memang sudah mengubah arahnya?
SEBAIK sahaja aku tiba di restoran Sri Melayu, milik Madi, Zafril telah pun terlebih dahulu tiba. Aku sungguh tidak menyangka yang dia sudah sampai terlebh dahulu sebelumku. Aku mengambil langkah laju menghampirinya yang sedang bersandar dan memejamkan rapat matanya. Aku mengambil tempat duduk di hadapannya dan merenung wajahnya seketika. Dia kelihatan begitu penat sekali.
            Zafril membuka mata saat aku begitu asyik memandang wajahnya. Mungkin dia terasa seperti ada yang memerhatikannya, oleh sebab itu dia terjaga dari lelapnya dan melemparkan senyuman padaku. Dia terus membetulkan duduknya apabila aku langsung tidak membalas huluran senyumannya itu. Hatiku yang masih berkecamuk tidak mengizinkan aku untuk berbuat begitu padanya.
            “I know that you need my explanation.” Zafril memulakan kata. Pelayan yang datang ingin mengambil pesanan darinya diarahkan berlalu meninggalkanku dan dirinya sendiri di hujung sudut restoran ini.
            “Zaf boleh explain apa yang berlaku semalam.”
            “Safi tak nak tahu kenapa Zaf sanggup tipu Safi, Safi tak nak tahu kenapa Zaf sanggup mungkir janji dengan parent Safi, dan Safi juga tak nak tahu pasal apa yang berlaku semalam. Yang Safi nak tahu sekarang apa yang akan jadi pada hubungan kita?”  Laju aku mengaturkan bicara.
            “Kenapa ni, Safi?” wajah gusarnya sudah terpamer tika ini. Adakah dia tahu apa yang ingin aku katakan padanya saat ini?
            “Safi baru lepas jumpa mak lang tadi. Makcik Hasnah pula jumpa Safi pagi tadi.”
            “What? Mama jumpa Safi pagi tadi?”
            Aku mengangguk.
            “Mama… nak apa?”
            “Makcik Hasnah kata dia dah ada pilihan untuk Zaf. Mak lang pula kata Makcik Hasnah nak pinang Nia untuk Zaf hujung minggu ni. Betul ke?” air mata yang cuba ku tahan tadi jatuh setitis ke pipi. Ayat itu memilukan hatiku, namun aku harus luahkan untuk mendapatkan kebenaran darinya.
            Zafril mengeluh seketika. Dia mengusap wajahnya dan terus melurut rambutnya sebelum memandangku. “Zaf tak tahu nak…”
            “Takkan Zaf tak tahu. Jangan tipu Safi lagi.”aku terus menerjahnya, hatiku benar-benar sakit tika ini.
            “Safi cuba dengar apa yang Zaf nak cakap dulu.” Dia cuba menenangkanku yang sudah tidak keruan. “Zaf tak tahu yang mama nak jumpa Safi hari ni. Pasal Shania tu pun Zaf baru tahu pagi ni dari mama. Zaf tak sangka mama boleh buat idea gila ni.”
            “Habis apa yang kita nak buat sekarang? Kalau mama Zaf nak teruskan juga rancangan tu, macam mana?” aku nyatakan terus rasa gusarku. Aku benar-benar sudah tidak mampu untuk memikirkan apa-apa pun tika ini. Semuanya seperti berbalam untuk aku fikirkan tindakan selanjutnya.
            “Safi jangan risau. Biar Zaf yang handle semua ni. Tapi Zaf minta Safi percayakan Zaf. Walau apa pun yang berlaku tolong percayakan Zaf. Apa yang Zaf buat semuanya untuk kita.”
            Aku terdiam sudahnya. Ini bukan soal kepercayaan aku padanya, tapi ini soal harapan ibunya dan sekarang sudah menjadi harapan mak lang juga. Bolehkah dia menolak permintaan ibunya itu semata-mata demiku? Sanggupkah dia melukai hati wanita yang melahirkannya semata-mata untuk hidup bersamaku? Aku tak rasa yang Zafril sanggup melakukan itu.
            “Tapi…” kata-kataku terhenti apabila telefon bimbit Zafril menjerit lantang. Aku membiarkan Zafril menjawab pangglan itu seketika sebelum aku menyambung perbincangan ini.
            “Apa ma?
            Pekikan Zafril itu menyentakku. Apa yang berlaku, mengapa dia nampak kalut tiba-tiba? “Kenapa Zaf?” aku terus menyoal apabila Zafril sudah mematikan talian.
            “Shania masuk hospital.” Ujar Zafril perlahan dan merenung jauh.
            Aku terkejut mendengarnya. Baru pagi tadi aku berjumpa dengannya dan keadaannya sihat sahaja, tapi mengapa tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital? Tidak semena-mena aku juga turut berasa cemas.
            “Zaf… Zaf…” aku memanggilnya berkali-kali apabila Zaf mula bangun untuk meninggalkan aku di situ. Dia benar-benar kelihatan risau tentang keadaan Shania tika ini.
            “Er, Zaf nak pergi tengok dia.” Zafril berhenti seketika.
            “Safi nak ikut.” Laungku dan mengikutnya dari belakang.

SAMPAI sahaja di hospital aku dan Zafril terus mendapatkan makcik Hasnah, pakcik Zul, dan mak lang yang setia menanti Shana yang sedang diperiksa oleh doktor. Sewaktu aku sampai bersama-sama dengan Zafril tadi aku dapat melihat mata makcik Hasnah yang merenungku tajam. Mungkin dia tidak senang melihatku datang bersama-sama dengan anaknya.
            Ketika aku bersalam dengannya, hatiku terusik apabila  makcik Hasnah seperti acuh tidak acuh sahaja pada tangan yang aku hulurkan. Tidak aku sangka sehingga begitu sekali layanannya. Walhal dahulunya dia sentiasa mesra denganku. Aku tahu mengapa perubahan ketara pada sikapnya itu, namun aku tidak mahu terlalu terasa hati kerana pada saat ini keadaan Shania yang lebih penting.
            “Puan Jamilah.”
            Semua berpaling memandang lelak yang memanggil mak lang. Seorang doktor lelaki di dalam lingkngan 40-an menghampiri mak lang. Aku mengerling memandang tandan nama yang terdapat pada dada doktor itu. Hassan. Baru aku teringat Doktor Hassan inilah yang merawat Shania sejak Shania dimasukkan ke hospital bulan lalu. Muka doktor Hassan yang keruh walaupun dia cuba mengukirkan senyuman betul-betul membuatkan hatiku sedikit kalut. Apakah yang terjadi pada Shania sebenarnya?
            “Macam mana dengan keadaan Shania doktor?” mak lang terus sahaja bertanya selepas Doktor Hasan menghampirinya. Kesemua yang berada di sini turut mendapatkan Doktor Hassan.
            “Sekarang dah masuk peringkat akhir. Kedua-dua buah pinggang Shania dah mula gagal berfungsi dengan baik.” Doktor Hassan terpaksa juga menjelaskan keadaan Shania.
            “Ya Allah... Macam mana boleh jadi macam tu doktor?” Soal mak lang lagi.
            Aku tahu, sememangnya Shania mempunyai masalah buah pinggang sejak kecil lagi, buah pinggang kanan Shania telah rosak dan selama ini Shania hanya bergantung pada buah pinggang yang sebelah kirinya sahaja.
            “Seperti yang saya katakana pada Puan Jamilah. Buah pinggang kiri Shania tidak begitu kuat dan kemalangan tadi  memburukkan lagi keadaan”
            “Shania kemalangan ke, mama?” Soal Zafril pada ibunya.
            “Ha’ah.” Mak lang menjawab bagi pihak makcik Hasnah.
            Aku terkedu dan Zafril turut terdiam.
            Semua masih mendiamkan diri mengharapkan doktor Hassan memberkan cara penyelesaian yang terbaik.
            “macam nilah Puan, saya cadangkan agar pemindahan buah pinggang dijalankan dengan segera. Kalau tiada penderma, Shania perlu menjalani dialysis 3 kali seminggu sehingga mendapat buah pinggang yang baru.”
            “Kalau macam tu, saya ingin menderma doktor.” Ujarku.
            “Cik ahli keluarga Shania ke?” Soal Doktor Hassan padaku.
            Aku menggeleng. “Kenapa doktor, kalau bukan ahli keluarga, tidak boleh menderma ke?” aku hairan dengan pertanyaan doktor itu.
            “Bukan begitu, cuma jika penderma bukan daripada ahli keluarga terdekat, ianya mempunyai risiko penolakkan oleh sistem imuniti badan pesakit. Walaupun dengan menggunakan ubat untuk melemahkan sistem imuniti badan, penolakkan organ tetap boleh berlaku. Oleh itu kebanyakkan kes cuba mendapatkan penderma dari kalangan ahli keluarga terdekat bagi mengurangkan risiko penolakan. Tapi walau bagaimanapun jika cik benar-benar ingin menderma kita boleh mencuba. Kita buat ujian darah terlebih dahulu.” Terang Doktor Hassan panjang lebar.
            “Saya pun hendak buat ujian darah doktor.” Zafril turut memberikan persetujuan untuk mendermakan buah pinggannya untuk Shania.
            Doktor Hassan memberikan kebenaran. Aku dan Zafril segera mengekori doktor itu. Dalam hati aku mula berdoa agar antara aku dan Zafril, semoga ada buah pinggang kami yang sesuai buat Shania. Aku benar-benar berharap dia cepat sembuh. Tidak lagi aku memikirkan tentang hal kalut yang mengganggu hubunganku. Shania harus diselamatkan dan itu kewajipan aku kini, dan Zafril juga dapat aku lihat pancaran rasa kasih dan sayangnya buat Shania kala ini. Aku tidak pasti apa yang bakal terjadi pada hubungan kami, yang pastinya, aku akan sentiasa berpihak pada hati dan perasaanku.
           
Bersambung... 

16 comments:

Aida Sherry said...

sian safi...adakah zafril akan menjadi miliknya??????

nadiah said...

tak pelah safi...
ada lagi yang lagi baik..
susah kalau bakal mak mentua tak setuju ni..
ada porak peranda rumah tangga nanti.
huhuhu!

Anonymous said...

sian safi banyak dugaannya, apa2 pun kembali kpd tuhan, buat solat istikharah minta petunjuknya untuk buat pilihan kerana jalan yg ditunjukkan oleh Nya adalah yg terbaik.

Anonymous said...

pergh..a very tough decision kan.. antara kasih pada Nia yg tak pernah sedar diri dan pentingkan dirinya..atau safi yg lama dia nantikan kehadirannya dalam hidup seorg jejaka yg bernama zafri.. akak harap kedua dua buah pinggang mereka tak boleh dibuat donation utk Nia..serve her right..
tak kanlah mama zafri sanggup korbankan masa depan anaknya kerana harta Nia yg melimpah ruah itu..
salam
kak idA

blinkalltheday said...

pity safi...

Anonymous said...

Janganlah buah pinggang safi sesuai untuk nia..bukan apa sebab kesian kat safi sebab nanti dia menderita :( Anyways,lebih baik safi tinggalkan zaf sebab hubungan yang tak dapat restu from ibu bapa tak akan bahagia..And zaf cakap dia akan handle masalah ni tapi bila tahu apa yang terjadi kat nia susah dia nak buat keputusan..Biarlah safi bahagia dengan orang lain if zaf tak boleh bahagiakan dia ..And selalu update tau cerita ni kak adah sebab nak sangat tahu endingnya :)

~Anis~

Anonymous said...

yep, bg je la safi happy ngn org lain sbb zaf xkan boleh bahagiakan safi bila family x restu. mencintai x semestinya memiliki. :)

Hajar said...

kesian safi. mesti dia rasa dia kena beralah juga nih.

mila said...

cian nye safi... tp hrp safi msh dgn zaf, sbb zaf memang syg safi... cian dua2..

zu said...

banyaknya dugaan menimpa safi...kesian safi....harap buah pinggang safi dan zaf tidak sesuai dgn shania tu....tak suka shania gedik tu...

Hanim69 said...

ramai lagi jejaka yg lebih baik... jgn cari mertua yg x suka kita....

Anonymous said...

Kesiannya kat safi . Harap last2 safi tetap ngan zaf . benci la ngan nia . Errrgghh ! Geram ! Hehe . Btw , best kak !

[syaza]

Anonymous said...

ala..pendeknye..kui3~

Anonymous said...

knp Zaf x blh nk buat keputusan sendiri ttg hidup dia. x pernah nak bertegas untuk pertahankan cinta dia.. x suka la mcm ni Adah... Terlalu kesiankan si Safi yang hanya fikir nk jga hati org jer...

Anonymous said...

ADAH.....Walau pusing ikut mana pun....please happy ending @bluescarf

lovecupcakes said...

sedeynya... sian Safiah.. Bagaikan jatuh ditimpa tangga... T_T.. i hope that Safiah will marry Zafril... i really really hope that!
kak ADAH, kenapa bab seterusnya xleh bkk+baca?? nak tau kisah diaa...

Post a Comment