Thursday, January 5, 2012

Program Ukhwah Bersama AH


PROGRAM UKHWAH BERSAMA ADAH HAMIDAH

Sempena dengan kehadiran hari Maulidur Rasul pada bulan Februari ini, AH telah merancang satu aktiviti buat semua pembaca dan pengunjung setia blog AH. Tujuan AH mengadakan program ini bukanlah untuk keseronokkan semata-mata, tapi pada dasarnya AH ingin menyahut pesanan Rasulullah SAW kepada semua umat yang dikasihinya supaya sentiasa memperlebarkan sayap ukhwah antara kita semua. Jadi besar harapan AH agar, rakan-rakan pembaca yang AH hormati sama-sama, memberikan sokongan pada program kecil yang AH jalankan ini. Dengan ini, semoga ukhwah yang kita bina terus berkekalan sampai ke anak tangga syurga. Bersempena dengan itu, dengan ini, AH mengumumkan PERTANDINGAN MENYAMBUNG CERPEN akan AH jalankan bermula 9 JANUARI 2012 sehingga 30 JANUARI 2012. Apa kata anda semua mengambil peluang ini untuk mencungkil bakat terpendam mahupun terperam. Siapa sangka, anda juga mampu menghasilkan kisah yang terbaik buat tatapan semua rakan-rakan yang lain. Bagaimana caranya? Jom kit abaca syarat-syarat penyertaan di bawah:

PERTANDINGAN MENYAMBUNG CERPEN.

Syarat-syarat penyertaan.

1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pembaca blog Adahhamidah.blogspot.com. KECUALI ahli keluarga yang berkaitan dengan Adah Hamidah.
2. Peserta mestilah TIDAK PERNAH menulis sebarang karya yang telah, mahupun sedang dalam proses penerbitan.
3. Peserta dikehendaki untuk menyambung cerpen yang telah diberikan mengikut kreativiti dan idea tersendiri.
4. Cerpen ini akan disiarkan bermula pada 9 JANUARI 2012 jam 1 pagi.
5. Sambung yang dibuat mestilah sekurang-kurangnya 7 muka surat dan maksimum 20 muka surat.
6. Cerpen hendahlah ditaip dengan menggunakan tulisan Times New Roman, bersaiz 12, dengan line spacing 2.0. Margin bagi kiri, kanan, atas dan bawah adalah pada 1.0.
7. Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan unsur-unsur cabul dalam cerpen sebaliknya peserta DIGALAKKAN untuk meletakkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama.
8. Peserta juga dikehendaki untuk memberikan TAJUK dan TAG LINE yang sesuai bagi cerpen tersebut.
9. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
10. Penyertaan hendaklah dihantar melalui email adah_7788@yahoo.com selewat-lewatnya pada 31 JANUARI 2012 jam 6.00 petang.
11. Sila hantarkan bersama, nama, dan alamat anda.
12. Keputusan pemenang akan diumumkan pada Maulidur Rasul (5 Februari 2012) Jam 12.00 tengah hari
13. 3 KARYA TERPILIH akan menerima cenderahati berupa set lengkap keperluan solat (Telekung, Sejadah & Al-Quran) serta Mininovella bertajuk Secangkir Kopi Rindu karya Adah Hamidah.
14. Keputusan para pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
15. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta juga telah bersetuju untuk membenarkan  karya yang dihantar, disiarkan di blog Adahhamidah.blogspot.com untuk bacaan umum.
16. Sebarang pertanyaan, bolehlah diemailkan pada adah_7788@yahoo.com.

Jadi, apa lagi? Buat semua rakan-rakan pembaca AH, dengan ini AH dengan rendah hati MENCABAR ANDA SEMUA untuk menyertainya. Walaupun hadiah yang AH sediakan tidaklah sehebat mana, namun ingin pula rasanya AH menjadi pembaca lalu menghayati karya-karya yang dihasilkan oleh rakan-rakan pembaca AH sendiri. AH sudahpun memberi permulaan, kini giliran anda untuk merangka kesudahan kisahnya mengikut idea dan keinginan anda. AH yakin, anda semua mampu menghasilkan kelainan. Jadi…. Jom kita asah bakat sama-sama. Semoga dengan ini kita lebih saling mengenali dan berkongsi satu minat yang sama.

Salam Sayang Dari Hati
Adah Hamidah 

5 comments:

nadiah said...

yeah.. semangat nak masuk. hehehe. ^^

Zorro Syahran said...

lelaki boleeh masuk tak?

Adah Hamidah said...

Nadiah : He3 Silakan. Selamat menyahut cabaran. Selamat berjaya :)
Zorro Syahran : boleh... tak ada masalah, cuma hadiah tetap samala mcm yg dinyatakan... kalau ada reZeki boleh hadiahkan kat sesiapakan... yg penting berani mencuba... best of luck :)

Anonymous said...

Adah,
Ide yang bagus, berapa jumlah hadiah yang disediakan?
3 atau lebih atau bergantung kpd. berapa banyak penyertaan... saguhati ada tak?

semoga ramai yg. menyertainya nanti...

Salhah Suhot said...

nak cuba lah!

Post a Comment