Friday, January 6, 2012

Ada Di Hati - Bab 44


BAB EMPAT PULUH EMPAT

            Aku segera mengemas meja. Aku mahu pulang segera tanpa perlu bertembung dengan Zafril. Aku tahu, jika aku bertembung dengannya saat ini, pasti dia akan memaksa aku untuk pulang bersama-samanya. Pagi tadi sewaktu aku ingin ke pejabat, dia ke rumahku untuk menjemputku, mujur aku telah bertolak lebih awal sebelum kemunculannya, jadi tidak perlulah aku menumpangnya.
            Sejak mendengar bicaranya di tepi tasik semalam, dan mengenangkan semula kata-katanya tempoh hari, aku mula berasa tawar hati. Aku sangkakan kebaikan dan perhatian yang Zafril tunjukkan padaku dalam minggu ini menunjukkan yang dia sudah memaafkanku dan menerimaku semula.
            Separuh dari hatiku sudah terasa seperti putus asa dan tidak mahu terus mengejar lelaki itu kerana aku sedar, apa yang berlaku pada hubungan kami dahulu adalah kerana kesalahnku semuanya, bukanlah salah dirinya. Itu tanggapan Zafril yang membuatkan lelaki itu berkecil hati denganku. Jadi, jika dia masih mahu menganggap begitu selama-lamanya, aku tidak mempunyai upaya lagi untuk melakukan apa-apa.
            Arghh… malas aku mahu berfikir tentang perkara itu saat ini . Buat masa ini biarlah aku menyepikan diri seketika sebelum memikirkan apa-apa tindakan yang harus aku lakukan agar aku tidak menyesal di kemudian hari atas setiap tindakan yang akan aku ambil.
            “Safi.”
            Langkahku yang sedia laju untuk menuju ke lif sebentar tadi terbantut seketika apabila mendengar panggilan dari Fazura. Aku berpaling memandangnya yang sedang berjalan menghampiriku. Terpandang sahaja wajah itu barulah aku menyedari bahawa sepanjang hari ini aku tidak bettemu muka dengannya. Sepanjang waktu pejabat dia hanya duduk di biliknya, tidak keluar ke mana-mana sehingga sekarang. Wajahnya yang layu tidak bermaya itu aku tatap, mungkin kepenatan melakukan kerja sepanjang hari ini.
            “Aku nak cakap sikit dengan kau boleh?” Lemah sahaja suara Fazura memohon kebenaranku.
            Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia berpaling dan meneruskan langkah. Aku pula hanya menurut sahaja dia memasuki kawasan tangga dan berhenti di situ. Sebaik sahaja pintu rintangan ap tertutup rapat terdengar keluhan berat dari bibir Fazura. Aku menanti dia membuka bicara terlebih dahulu.
            “Aku nak minta maaf kat kau.” Bicara mula dari bibir Fazura sewaktu memandangku yang berada di sebelhnya sekilas sebelum menundukkan wajahnya semula.
            Berkerut dahiku mendengar ucapan maafnya itu. “Sebab?” Aku perlu tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia menghulurkan ucapan maaf itu. Apa yang dia lakukan?
            “Sebab…” Fazura terhenti seketika, mungkin berkira-kira untuk memulakan bicara. “Sebab aku nyaris-nyaris nak langgar kau hari tu.”
            “Oh, sebab tu… aku…” Belum sempat aku menyambung kata dia sudah pun menggengam kuat lenganku.
            “Aku betul-betul tak sengaja. I’ve lost my mind at that time. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh bertindak sejauh tu, Aku betul-betul tak sengaja.” Beria-ia dia cuba menerangkan.
            Aku menepuk-nepuk tangannya yang masih terus menggengam tanganku. Cuba menenangkannya yang entah kenapa kalut semacam hari ini. Dengan wajah dia yang pucat tu aku benar-benar rasa simpati. “Tak apalah, aku tak marah pun. Aku tahu kau tak sengaja. Tak payah risau dan tak payah nak minta maaf. Kita anggap je perkara tu tak pernah berlaku.” Walaupun aku masih lagi tidak dapat melupakan kejadian itu, tetapi entah kenapa mudah pula aku memaafkan dirinya. Aku tidak mahu dia terus rasa bersalah dan mungkin juga dia benar-benar tidak sengaja.
            “Betul ke?”
            “Betul. Kau tak payah risaulah.” Aku cuba menyakinkannya. Dan apabila ada senyuman pada bibirnya untukku, aku pun turut melemparkan senyuman padanya. Kemudian dia memelukku erat dan aku turut membalas pelukan itu. Seketika kemudian dia meleraikan pelukannya dan memandangku semula. Wajahnya yang tersenyum tadi sudah berubah kelat dan wajahku turut berubah memadang perubahan mendadaknya itu.
            “Aku nak tanya satu perkara.”
            Aku hanya menganggukkan kepala membenarkan dia bertanya apa sahaja. Wajahnya yang cukup serius itu aku tenung. Apa lagi yang tak kena kali ini?
            Fazura menarik nafas panjang sebelum memulakan kata. “Kau kerja semula kat sini sebab nak rebut semula cinta Zafrilkan?”
            Soalan yang tidak terduga dari Fazura itu benar-benar mengejutkanku. Kenapa pula dia ingin tahu hal itu? Namun tiada guna untuk aku bermuka-muka menindakkkan apa yang sebenarnya aku lakukan sebaik sahaja terlintas niat untuk bekerja semula di sini. Rasanya tidak salah untuk aku mengakuinya.
            “Ya.” Ringkas sahaja jawpaanku namun sudah cukup membuatkan Fazura terdiam beberapa ketika.
            “Aku nak buat pengakuan dengan kau. Aku pun cintakan Zafril. Dah lama aku cintakan dia, sejak kami sama-sama kerja kat Bank Negara dulu. Bila dia buat keputusan berhenti kerja kat situ aku pun ikut sama dan mohon kerja kat sini. Sebab aku nak selalu ada di sisi dia. Selalu bersama dia.” Bergenang air mata di tubir matanya sewaktu menceritakan kisah itu.
            Aku terkedu mendengar kisah Fazura. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa Fazura begitu mencintai Zafril. Begitu dalam cinta wanita tu buat Zafril sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi lelaki itu. Tapi apa perlunya dia menceritakan kisah itu padaku? Mengapa? Sesungguhnya aku tidak mahu tahu kisah itu. Aku tidak mahu tahu betapa dalamnya cinta dia buat Zafril.
            “Jadi?” Perlahan sahaja aku menyoal.
            “Kalau aku minta kau lupakan dan tinggalkan Zafril macam mana?”
            Aku benar-benar tidak menyangka dia akan membuat permintan sebegitu pada saat ini. Wajahnya aku renung lama. Bukan mudah untuk aku meninggalkan lelaki itu atah lagi melupakanya. Aku tahu Fazura begitu mencintai Zafril. Tapi tahukah dia betapa aku juga mencintai Zafril. Betapa dalam cintaku pada lelaki tu. Sehingga aku sanggup menebalkan muka untuk bekerja semula di sin semata-mata mahu merebut semula cinta lelaki itu yang pernah aku sia-siakan.
            “Maaf aku tak boleh lupakan dia. Aku juga tak boleh tinggalkan dia. Aku pernah tinggalkan dia sekali dan aku takkan ulang kesilapan  tu untuk kali yang kedua.” Akhirnya aku memberikan jawapan padanya. Tiba-tiba sahaja hilang rasa berbelah bagi yang aku rasakan tadi.
            Fazura merenungku seketika sebelum berpaling melangkah menuruni anak-anak tangga dengan langkah perlahan. Aku menyoroti langkahnya sehingga bayang-bayang wanita itu tidak lagi kelihatan. Yang kedengaran hanyalah derapan kasutnya yang menginjak setiap anak tangga bangunan ini.
            Aku mengeluh perlahan dan membuka langkah menuju ke pintu rintangan api untk keluar dari kawasan tangga. Sebaik sahaja aku keluar dan pintu tu tertutup rapat, aku terkejut melihat Zafrl yang sudah berdiri terpacak di hadapanku. Aku terdiam memandang wajah itu yang tidak mengeluarkan sebarang suara. Niatku untuk tidak bertembung dengannya petang ini tidak berjaya.
            “Buat apa kat sini.” Soal Zafril sambil memeluk tubuh.
            “Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat aku memabalas. Aku tidak mahu dia tahu yanga aku berjumpa dengan Fazura sebentar tadi dan lebih dari itu aku tidak mahu dia tahu apa yang kami bincangkan sebentar tadi. Seusai memberikan jawapan aku segera melangkah menuju ke lobi lif yang berada di sebelah kiriku. Aku mempercepatkan langkah apabila mendengar derap kaki Zafril yang cuba menyaingi langkahku.
            “Nak kemana?”
            Soalan dari Zafril itu aku jawab dengan rengusan. Sudah tamat waktu pejabat ke mana lagi aku mahu pergi? Mestilah aku mahu pulang ke rumah. Belum sempat aku menekan butang lif untuk turun ke bawah Zafril telah terlbih dahulu menyaingi gerakan tanganku dan aku membiarkan sahaja dia yang menekan butang itu.
            “Jom, Zaf hantar Safi balik.” Pelawa Zafril dengan senyuman panjang.
            Aku mengetap bibir geram. Sudah aku maklumkan pada Zafril pagi tadi yang aku memandu sendiri hari ni. Tidakkah lelaki itu ingat akan kata-kataku pagi tadi? “Tak apalah, kan Safi bawa kereta hari ini…”
            “Tinggalkan aje kereta tu kat parking. Zaf hantar Safi balik.” Potong Zafril sebelum sempat aku menghabiskan kata.
            Nekad betul lelaki di sebelahku ini. Aku yakin jika aku menolak pasti dia akan marah. Sedangkan pagi tadi sewaktu aku pergi kerja terlebih dahulu dan membiarkannya menunggu di rumahku, panjang berjela lelaki itu memberikan syarahan padaku sewaktu dia tiba di pejabat. Inikan pula jika aku menolak kemahuannya berhadapan begini.’
            Aku merenung Zafril tajam. Dan apabila melihat Zafril yang masih memandangku sambil kedua-dua belah tangannya menyeluk saku, tiba-tiba idea muncul di benakku. Pantas aku mengukir senyuman dan dibalasnya.
            “Tak menyusahkan Zaf ke hantar Safi balik?” aku memulakan misi. Aku benar-benar tidak mahu menyusahkannya.
            “Taklah Zaf pun nak balik juga ni.”
            Aku pura-pura mengerutkan wajah. “Briefcase Zaf mana? Takkan nak balik melenggang je?”
            Zafril seolah-olah tersedar sesuatu, pantas dia menyelok kocek seluarnya. “Ha’ahlah Zaf lupa. Bukan briefcase je, kunci kereta pun tertinggal kat office ni. Safi tunggu sekejab. Zaf masuk pejabat balik. Tunggu tau.” Zafril berpaling dan menuju ke ruang pejabatnya semula.
            Aku tersenyum rancanganku berjaya. Cepat-cepat aku memasuki lif apabila lif itu terbuka. Pantas aku mengeluarkan telefon bimbitku. Aku tahu dia akan marah namun aku benar-benar tidak mahu lagi menyusahkan lelaki itu. Lantas aku menghantar mesej padanya.
Zaf, Safi balik dulu. Ada hal. C U 2morrow.

KELUHAN berat terlepas dari bibirku. Melihat Shania yang masih lagi mencari-cari barangan untuk hiasan hantarannya memeningkanku. Hari pertunangannya seminggu sahaja lagi tapi Shania masih lagi mencari kelengkapan hantaran. Tiada satu pun hantaran yang disiapkan lagi. Mana tidaknya semuanya hendaklah berwarna merah lembut sedondon. Tidak mahu ada sedikit pun warna ungunya. Cerewet, mengalahkan untuk membuat persiapan hantaran perkahwinan pula. Itu baru hantaran untuk pertunangan, belum lagi hantaran untuk perkahwinan, entah-entah lagi cerewet agaknya.
            Setelah puas memilih reben yang dikehendakinya barulah dia menuju ke kaunter. Aku mengeleng kepala memandang meja kaunter itu, penuh dengan barang-barang yang Shania beli. Rasanya setiap kali masuk ke kedai peralatan perkahwinan pasti banyak barangan yang Shania borong. Tapi entah kenapa dia masih merasakan tidak cukup lagi semua barangan yang dibelinya itu.
            “Assalamualaikum.”
            Serentak berpaling aku turut menjawab soalan itu. Aku tersenyum memandang Hafiz yang sudah pun berada di sebelahku. “Tepat pada masanya. Nasihatkan sikit kawan Hafiz ni, kalau dah memborong tu tak ingat dunia.” Bebelku sambil menjuihkan bibir ke barang-banrang yang sedang dikira oleh cashier di hadapan.
            “Eh, apa pula ni pun tak cukup lagi tau.” Shania mula membela diri.
            Aku membesarkan mata mendengar kata-kata Shania itu. “Tak cukup? Eh, Nia nak bertunang je tau, bukannya nak terus kahwin.” Geram aku mendengar Shania berkata tidak cukup. Bukan baru kali ini aku menemani dia membeli belah untuk majlisnya, tapi sudah banyak kali, takkan itu pun masih tidak cukup?
            “Alah, entah-entah masa Kak Safi bertunang nanti, silap-silap satu kedai ni Kak Safi borong.”
            Aku hanya mencebikkan bibir, malas mahu melayan karenah Shania. Aku tahu kalau berbahas dengannya tentang keborosannya itu, pasti dia tidak akan mengaku kalah. Hafiz yang berada di sebelahku hanya tersenyum.
            “Nasib baik Hafiz call kata nak belanja kita orang makan. Kalau tak, tak habis lagi tu duk pusing-pusing satu shopping complex ni.” Aku sudah ke tepi memberi laluan untuk Shania membuat bayaran.
            “Kena buli dengan Shania lagilah ni. Temankan dia beli barang.” Ujar Hafiz yang masih lagi tersenyum panjang melihat muncungku.
            “Tahu tak apa. Dari pagi berjalan ni tau. Tak henti-henti.”
            Hafiz ketawa besar mendengar bebelanku. “Tak apa nanti bila Safi nak bertunang, Safi pula buli dia.” Hafiz sengaja memberikan idea untuk meredakan rasa geramku.
            “Em… memang dah pasang niat pun nak balas dendam.” Kataku yang masih lagi geram dan Hafiz masih lagi dengan tawanya.
            “Ni apa gelak-gelak ni. Kutuk Nialah tu.”Shania menyertaiku dan Hafiz yang sdang rancak berbual.
            “Memangpun.” kataku sambil mengambil beberapa plastik di tangan Shania. Kesian pula aku melihat Shania membawa kesemua plastik itu seorang diri. Hafz juga turut serta mengambil beberapa beg plastik dari tangannya. Dan dia tersenyum panjang menerima bantuan dari kami.
            “Dah-dah, jom.” Aku melangkah keluar dari kedai peralatan perkahwinan itu. Aku tidak mahu berlama-lama di situ. Nanti ada sahaja lagi barang yang ingin dibelinya. Pantang nampak yang berkenan di mata, ada sahaja yang ingin disambarnya.
            “Alamak kak. Nia lupa kain net yang mummy pesan.” Shania yang sudahpun sampai di muka pintu masuk segera berhenti melangkah menyebabkan aku dan Hafiz turut berhenti melangkah.
            “Nia…” jeritku perlahan. Sudah aku katakan tadi, selagi tidak keluar dari kedai ini pasti ada sahaja barang yang ingin dibelinya. Entah betul atau tidal mak lang ada pesan sebegitu padanya.
            “Sorrylah akak Naa betul-betul lupa ni. Tak apa, akak dengan Hafiz tunggu kat luar je okay.” Segera Shania menyerahkan kesemua plastik yang dipegangnya tadi kepada Hafiz dan dia kelam kabut masuk ke dalam kedai itu semula.Hafiz pula sudah tidak memang tangan.
            “Kesian Hafiz, tak pasal-pasal jadi tukang angkat barang.” Aku melahirkan rasa simpati apabila melihat dia masih lagi terkial-kial memegang kesemua beg plastik yang sarat itu.
            “Tak apa dah biasa. Kat U dulu pun dia pernah buat kerja gila borong barang banyak-banyak. So, nak tak nak sayalah jadi mangsanya. Lepas ni giliran doktor Andrew kesayangan dia pula yang jadi mangsanya.”
            Aku turut tertawa kecil . Tidak sangka sejak Universti lagi, Hafiz telah menjadi peneman Shania membeli belah. Telefon bimbitku yan berdering lantang di dalam tas tangan meminta perhatian untuk dijawab. Tertera nama Zafril di skrin kecil itu. Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilannya.
            “Kat mana?” Soalan pertamnya sebaik sahaja dia menjawab salam yang aku berikan.
            “Shopping complex.”ringkas sahaja jawapan yang aku berikan. Sengaja tidak mahu memberitahu di mana aku berada pada ketika ini.
            “Shopping complex banyak kat KL ni. Yang mana satu?”
            Suara Zafril yang agak tegas ini menimbulkan tanda tanya di hatiku. Apa kena dengannya hari ni? “Semua House.”
            “Dengan siapa?”
            Makin berkerut dahku mendengar soalannya. Bukankah aku sudah memberitahu Zafril pagi tadi yang aku sudah berjanji keluar dengan Shania sebeb itu aku tidak dapat menerima pelawaannya yang ingin keluar makan bersamaku hari ini.
            “Shania.”
            “Shania?” Soal Zafril seolah-olah tidak mempercayainya.
            “Ha’ah Shania. Kena…” Belum sempat aku mengahbiskan soalanku, Zafril telah terlebih dahulu memutuskan talian. Aku terdiam seketika. Kenapa Zafril mematikan talian dengan tiba-tiba. Apa yang tidak kena dengannya hari ini?

KETAWA aku dan Amy memecahkan kesepian ruang reception ini. Walaupun sedang sarat mengandung dan seminggu dua sahaja untuk bersalin, Amy masih lagi datang berkerja seperti biasa. Wajahnya semakin ceria menanti ketibaan hari yang pasti membawa kebahagian buatnya dan suaminya. Sesekali aku tersenyum melihat Amy mengusap-ngusap perutnya yang sudah membesar itu.
            “Akak bila lagi?”
            “Bila lagi apa?” Sengaja aku bersoal begitu. Aku tahu dan faham sungguh dengan maksud Amy itu. Sengaja aku memulangkan soalan itu padanya. Sudah banyak kali Amy menyoalkan perkara itu padaku, bukan sahaja Amy, malah Kak Ros juga begitu. Itu belum lagi termasuk beberapa pekerja lain. Di rumah tak payah cerita itu adalah topik utama yang akan ibu bincangkan. Apabila aku cuba berdalih, pasti ibu akan berleter panjang. Nasib baik ada ayah yang tolong mempertahankanku.
            “Eleh, buat-buat tak faham pula.” Usik Amy.
            Aku mengerutkan dahi. Pura-pura tidak faham bicara yang Amy maksudkan.
            “Bila akak nak kawin?” terus sahaja Amy mengajukan soalan itu.
            “Entah tak tahulah bila. Maklumlah orang macam akak ni mana ada orang berkenan.”Aku buat muka sedih. Sengaja mahu mengusik Amy.
            “Eleh, tak ada orang berkenan konon. Tu yang Encik Zafril tu yang sedia menanti Kak Safi tu bukan orang ke?”
            Aku mencebik bibir bila mendengar nama itu. Semenjak aku menolek pelawaannya dua hari lepas untuk keluar makan bersama kerana aku ngin menemani Shania membeli belah lelaki itu menarik muka masa denganku. Sepanjang dua hari ini lelaki itu menganggapku tidak wujud di pejabat ini. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir lelaki itu padaku.
            “Tak payah nak sembunyi-sembunyilah kak. Amy dah lama tahu. Sejak akak hantar resume kat sini dulu Amy dah tahu yang Encik Zafril tu sukakan akak. Dan Kak Safi nak tahu masa Kak Safi berhenti kerja dulu, lain macam je dia tu. Macam orang mati bini pun ada.” Amy bercerita dengan tawa kecilnya yang tak sudah.
            “Ish, merepek ajelah Amy ni.” Segera aku menyanggah. Namun dalam hati aku masih berkira-kira benarkah begitu? Kak Ros juga pernah berkatakan hal yang sama padaku. Betulkah perletakkan jawatanku dulu benar-benar member kesan pada lelaki itu?
            “Apa pula merepeknya. Amy cerita benda betullah. Kalau akak nak tahu lagi, setahun akak tak ada kat sini, setahun jugalah muka dia ketat 24 jam. Tak mahunya nak senyum-senyum. Bila akak dah balik kerja kat sini barulah ceria muka singa tu.”
            Aku membesarkan mata apabila mendengar Amy mengelarkan Zafril singa. Amy tertawa kecil.
            “Amboi marah nampak.” Sakat Amy lagi.
            “Dahlah malas akak nak layan Amy ni. Akak buat kerja lagi baik.” Aku terus berlalu menggalkan Amy yang masih ketawa besar. Aku turut tertawa apabila mengenangkan gelaran yang Amy berikan pada Zafril. Terbayang semula pula gelaran yang aku pernah berikan pada Zafril dahulu.
            Belum pun sempat aku duduk di mejaku langkahku terhenti dengan sendirinya apabila melihat Zafril yang baru hendak melangkah kelaur dari biliknya. Aku terdiam seketika begitu juga dengan Zafril yang hanya merenungku.
            “Er… Encik tak keluar lunch?” Kataku sengaja mahu mematikan renuangan Zafril yang tepat menikam wajahku sedari tadi tanpa henti.
            “Tak.” Jawabnya sepatah sambil terus memandangku.
            Aku sudah tidak tahu hendak kata apa. Zafril masih lagi terus merenungku tanpa kelip. Aku ingin segera bergerak ke meja namun langkah kakiku seolah-olah tidak terbuka dan masih lagi terlekap di situ. Apa masalah Zafril hingga merenungku sebgitu sekali? Apa pula masalahnya kali ini?
            “Masuk.”
            Akhirnya setelah mengeluarkan arahan itu dia masuk semula ke dalam biliknya. Aku menarik nafas lega. Namun rasa lega itu hanya seketika apabila aku masuk ke dalam bilik itu, dia yang sudahpun duduk di kerusinya kembali merenungku yang sudah berdiri tegak mengadap lelaki itu. Aku sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Sudah hampir dua minit aku berdiri di sini namun tiada satu pun kata yang keluar dari bibir lelaki tu. Hanya renungan tajam yang aku terima sedari tadi.
            “Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah encik.” Terus sahaja aku membuat keputusan tu.
            “Safi keluar dengan siapa ahad lepas?”
            Aku yang baru sahaja ingin mengatur langkah mematikan niatku apabila mendengar soalanya. Aku mula mengadap Zafril semula. Memandang sahaja lekaki itu dengan pandangan hairan. Bukankah aku sudah jawab soalan itu sewaktu dia menghubungiku ketika aku berada di hadpaan kedai kelengkapan perkahwinan ahad lalu.
            “Dengan siapa?” Zafril masih dengan soalannya.
            “Dengan Shania. Kan saya…”
            “Come on Safi. Tak payah nak tipu Zaf.”
            Aku mengeluh berat, Satu-satunya perangai Zafril yang aku tidak suka iaitu dia suka memotong cakapku sebelum sempat aku menghabiskan kata. Sudahlah begitu dia masih lagi tidak mahu mempercayai kata-kataku.
            “Shania.” Aku tetap memberikan jawapan yang sama kerana memang itulah kenyataannya namun mengapa pula Zafril seolah-olah meraguinya?
            “Bukan dengan Hafiz?” Provok Zafril tiba-tiba.
            Aku tersentak. Bagaiman Zafril boleh mengetahui tentang hal itu? Memang pada awalnya aku hanya keluar berdua sahaja dengan Shania kemudian apabila petang dan Hafiz menghubungi Shania barulah Hafiz turut serta bersama kami di shopping complex itu. Dan yang pentingnya aku bukan keluar berdua sahaja dengan Hafiz, Shania juga ada pada waktu itu.
            “Tapi…”
            “Tak payah nak tipu Zaf, Safi. Zaf nampak Safi dengan dia kat depan kedai pengantin tu.” Sinis sahaja bicara yang Zafril tuturkan.
            Kini aku mula menyedari sesuatu. Patutlah Zafril menghubungiku waktu tu. Pasti Zafril ternampak dirinya yang berada di luar kedai itu bersama-sama Hafiz. Shania pula mungkin ada di dalam kedai waktu tu. Mungkinkah kerana hal itu Zafril menarik muka denganku selama dua hari ini?
            “Buat apa kat kedai tu? Beli barang untuk majlis Safi dengan Hafiz ke?” Dengan wajah tegang dia mengajukan soalan itu.
            Aku agak terkejut mendengar soalan Zafril itu. Wajah lelaki itu aku teliti. “Kenapa? Cemburu ke?” Sengaja aku mengeluarkan soalan itu. Sekaligus tidak mahu menjawab soalannya sebentar tadi. Ingin juga aku duga hatinya. Adakah dia masih lagi mencemburi Hafiz seperti mana dahulu.
            Zafril ketawa kecil. “Nonsense. Come on, buat apa Zaf nak cemburu.” Zafril menyambung tawanya.
            Aku pula hanya menutup mulut, memeluk tubuh dan memadang tepat ke mata lelaki itu. Tawa Zafril mula hilang apabila membalas renunganku. Kali ini aku tidak mahu kalah dengan renungan lelaki itu. Dan beberapa ketika kemudian dia mematikan renungannya dan berpura-pura menyibukkan diri menyemak kerja-kerjanya.
            Aku tersenyum sendiri, tidak pernah selama ini dia mengalah apabila berbalas pandangan denganku, selalunya aku sahaja yang akan melarikan padangan apabila mata kami bertembung. Kini aku yakin dia masih mencemburui Hafiz dan kata-katanya sebentar tadi adalah helahnya semata-mata untuk melindungi rasa cemburunya itu.
            “Ambilkan Zaf fail projek kita dengan Alam Megah.” Arah Zafril tanpa memandang wajahku.
            “Okay.” Balasku sepatah dan segera berlalu keluar dari bilik itu. Senyuman masih lagu bergayut di bibirku. Kini aku yakin Zafril masih lagi mencintaiku, cuma mungkin lelaki itu masih lagi marah dengan tindakanku dahulu dan disebabkan itu dia sengaja bermain tarik tali denganku. Aku masih lagi tersenyum senang, sememangnya bukan mudah untuk aku mengambil kembali hati lelaki ini.
Bersambung…

P/S : Mohon maaf buat semua pembaca, memang AH cuba utk post kan entry ini semalam, namun ada gangguan pada talian internet, lepas hubungi pihak yg berkaitan pagi ni, barulah internet AH kembali seperti biasa... harap anda semua tidak marah. Apapun enjoy your reading... :)

18 comments:

mila said...

hati dh berbunga kembali.. legaaaaaaaaa... memang zaf masih syg kan safi... suka sgt.... walaupun senak dada. tunggu n3 nie dari hari khamis... tq AH... bestttttttt sgt..

Anonymous said...

Yey ! Zaf syg Safi lagi . Bestnya . Harap dorang bersama last2 . Thanks Kak AH . You the best ! Lambat takpe . Asal ade . Hehe . Sambung cepat2 lagi okey bila free .

[syaza_nadiah]

Anonymous said...

best la akak...hmm kantoi jgk zafril kn...2 la ego sgt..

ruby muksan said...

nice n3.

ruby muksan said...

da cemburu tpi x nak mengaku lg...hehe nice n3 hope hppy ending mcm JDC....

fatim fatimah said...

zafril dah kantoi,,hahaha,,

nadiah said...

ala.. rasa tak puaslah kak adah.. hemmm....

Anonymous said...

bestnye kak...nak lagi.

kak zu said...

kan dah cakap siZaf masih cintakan Safi dan terlalu cintakan Safi.....leganya baca n3 kali ini, best sgt2.....Adah, kak zu suka....dan harap n3 seterusnya penuh dengan kebahagian buat Safi dan Zaf.....

Miss Nurul said...

Nakal jugak safi ni kenakan zaf... zafril tu pun mengaku je la yg dia msih cntakan safi..kesian kt safi tunggu punya lama.. x sbar nk tunggu shania kahwin.. akhirnya dia lpaskan jugak zafril tu..lpas nia si fazura plak! adeh!! jgn fazura tu buat kerja gila lg sudah... Kak AH..bila zaf n safi nk kahwin ni???

evy said...

hmm..x sbr nak tau apa zaf nak buat...klu cinta katakan cinta jgn buat safi t'tunggu2..hehehe..
best..

idA said...

pergh..E3 yg mmg best..zafril ngan tak secara langsung telah meluahkan perasaan sebenarnya terhadap safi ngan pertanyaan yg berani mati...bila diri terasa terkantoi..baru dia mencari dalih..meminta fail dari safi..well..so cute mamat tu..nak main tarik tali pulak ngan safi..
akak harap safi akan setia ngan perhubungan nya ngan zafril ambil lah banyak mana ruang kesempatan untuk bersama dengan zafril. Akak harap di E3 akan datang ni zafril terus meminang safi..tanpa pengetahuan safi..barulah best giler..

kak zu said...

setuju dengan cadangan ida tu...."zafril pinang safi tanpa pengetahuan safi...." bagaimana reaksi safi nanti....

Eijan said...

wah...bagus ada pkmbgan positif ni...hrp2 majlis they all ni buat sekali dgn nia tu...lama dah tggu they all ni bersatu tp byk sgt hlgan...mmg patut pun they all ni terus nikah je...dah lama sgt bercinta on & off...nak juga bab khas masa they all bercinta sakan lepas kawen...blh tak Adah...

IVORYGINGER said...

jgn sbb zaf nmpk safi keluar dgn hafiz depan butik pengantin bt dia terima cadangan keluarga plak. hope zaf matang ya. dah cukup penantian dia selama 6 tahun n lps bpisah selama 1 thn. ambik ja tindakan drastik pegi ja pinang safi biar safi depan mata dia ja kan senang. p kerja bsama blik bsama then cuti2x kluar bsama. so xde la nk jealous2x dah sapa kuar dgn sapa. biar melekat 24jam kan senang. hehehe... ;D zaf sll kata sbb safi tak percayakan cinta dia tu blaku perpisahan what about u zaf??? if u trust safi love u also should not easily jealous about safi n hafiz going out lgpun jgn jump to conclusion too kdg2x pandangan mata boleh mnipu. so dgn umur 31 tahun plz jd seorg lelaki yg ckp matang. bukan senang perempuan spt safi nk jatuhkan maruah dia merayu nk kembali. pompuan lain yg thegehkan awk mgkin sggp bkali2x. tp lg sx awk bt kesilapan kemungkinan besar awk takkan jumpa safi terus. so bare ur mind. behave urself. be mature n think twice before make any silly decision. but before tis u also a playboy but safi accept u why not u accept a little mistake that safi make on behave of Nia. she try make other happy but why other not understand mostly the person she love????

Anonymous said...

harap safi n zafril akan bersatu kembali...
tak payah la sembunyikan perasan sayang..
hantar meminang n kawin....tak payah nak cemburu..

Anonymous said...

Nampaknya deorang ni membuang masa je ... menambahkan usia ...Zaf pulak dok main tarik tali...jangan sampai Safi fedup sudah.....marahkan Safi yg kononnya tidak mempercayainya tapi diapun sama... kuat cemburu buta...tak sedar dirinya dulu playboy...perasan bagus.
Harap deorang tamatkan je mainan sorong tarik ni, Safi dah buang egonya sanggup menebalkan muka dan harap Zaf pulak rendahkan ego tu sebelum terlambat.

~ kak min ~

Anonymous said...

Bila nak publish novel ni. Nak buat koleksi. Dah tak sabar nak tau ending.

- Jaja-

Post a Comment