Monday, January 9, 2012

Ada Di Hati - Bab 45

 BAB EMPAT PULUH LIMA
             Aku Membelek diriku di hadapan cermin. Tersenyum aku memandang kebaya labuh berwarna putih yang meliputi badanku kini. Baju pemberian Zafril sewaktu di pulang dari Manila dua tahun lalu, cantik terletak di badanku. Entah kenapa aku teringin memakai baju ini pada hari ini. Apa agaknya reaksi lelaki itu apabila terlihat aku memakai baju ini?
            “Okay kak Melur. Make up Kak Safi pula.”
            Aku terkejut mendenagr kata-kata Shania. Belum sempat aku berkata apa-apa Shania telah menarikku duduk di kerusi meja solek itu menggantikan dirinya.
            “Kenapa akak nak kena make up pula ni?” aku pantas menghalang apabila tangan Kak Melur yang terselit berus menghampiri wajahku.
            “Yelah kak baju dah cantik. Takkan tak nak make up pula. Make up lah sikit, biar berseri wajah tu.” Shania yang telah siap disolek itu tersenyum-senyum memandangku.
            “Eh, bukannya akak yang bertunang hari ini, buat apa akak nak bersolek bagai. Tak naklah akak.” Aku mula bangun, namun dengan pantas Shania memegang bahuku dan menghalangku bangun dari duduk, lalu aku terduduk semula di kerusi itu.
            “Yelah, akakkan pengapit Shania hari ni. So, akak pun kenalah cantik-cantik juga.”
            “Sejak bila pula orang yang bertunang pakai pengapit ni?”Soalku tidak puas hati. Tidak pernah aku mendengar yang orang bertunang juga menggunakan pengapit. Selalunya sewaktu perkahwinan sahaja pengapit digunakan.
            “Kalau orang lain tak buat tak apa. Tapi Nia nak buat. Nia tetap nak akak jadi pengapit Nia hari ni.” Shania masih lagi berkeras.
            “Hah, tak naklah akak.” Aku pula cuba berkeras. Menjadi pengapit itu bukan masalah yang sebenarnya, cuma aku tidak mahu disolek hari ini. Sudahlah baju yang aku gunakan ini agak menyerlah daripada biasa, nanti jika ditambah dengan solekan oleh Kak Melur, mungkin aku akan kelihatan berlebih-lebihan daripada Shania pula.
            “Alah, kak please.” Seperti biasa, Shania mula menunjukkan muka kesian padaku.
            Aku pula menarik muka.
            “Please...” Shania masih terus merayu.
            Hatiku mula berbelah bagi apabila mendengar rayuan shania itu. Kesian pula aku melihatnya yang begitu bersungguh-sungguh mengoncang tanganku memohon persetujuan daripadakuku.
            “Okaylah...” akhirnya aku memberikan persetujuan.
            Shania sudah menjerit keriangan.
            “Tapi... Tak nak make up tebal sangat. Nak simple je, boleh?” aku menggenakan syarat, tidak mahu nanti terlebih kuah dari sudu.
            “Okay, beres.” Shania menunjukkan thumb up padaku.
            Aku mengeleng kepala dengan gelagat Shania. Sememangnya dari dahulu lagi aku tidak boleh berkata tidak pada setiap permintaannya. Shania begitu pandai membeli hatiku dengan rayuannya.
            Lincah sahaja tangan Kak Melur merias wajahku. Dalam hatiku agak berdebar menantikan hasilnya. Belum pernah aku bersolek begitu. Jika ke pejabat atau keluar aku hanya mengenakan bedak asas dan gincu bibir sahaja. Tidak lebih dari itu.
            Tidak sampai setengah jam wajahku sudah siap disolek oleh Kak Melur. Aku berpuas hati dengan solekkan Kak Melur. Tidak terlalu tebal dan yang penting nampak natural seperti permintaanku tadi.
            “Perghh... cantiklah Kak Safi. Tak boleh jadi ni. Kak Melur touch up Nia lagi sikit. Mana boleh Nia kalah dengan Kak Safi hari ni.” Shania sudah mula duduk semula di kerusi solek itu apabila aku telah bangun dari dudukku.
            Aku hanya mampu tersenyum dan mengelengkan kepala apabila mendengar kata-kata Shania. Aku tahu dia hanya bergurau sahaja denganku. Masakan aku kalahkan kecantikan Shania hari ini. Dengan baju kebaya moden berwarna biru itu memang padan dengan warna kulit Shania yang putih melepak. Solekkan Kak Melur pada Shania benar-benar menaikkan seri wajahnya hari ini. Aku yang wanita pun boleh terpegun melihatnya inikan pula Dr. Andrew pasti terbeliak biji mata agaknya.
            “Safi.”
            Aku menoleh memandang ibu yang telah berada di hadapan pintu bilik.
            “Amboi cantiknya anak ibu hari ni. Ni siapa yang nak bertunang ni Safi ke nia?” ujar ibu sambil merapatiku yang duduk di birai katil. Shania yang masih disolek oleh Kak Melur sudah meletus tawanya.
            “Overlah Safi hari ni ibu tengok.” Ibu masih lagi mengusik.
            “Ibu...” Aku sudah terjerit kecil mendengar kata-kata ibuku. Shania pula makin galak ketawa membuatkan hatiku jadi semakin geram.
            “Okaylah, takkan Safi nak cantas Nia pulakan hari ni. So, biar safi cuci semua make up ni lepas tu tukar baju lain. Hah, biar Safi pakai kain batik dengan t-shirt je.” Ujarku bersama-sama rasa geram di hati. Aku sudah bangun dan mahu mula melangkah ke bilik air. Namun belum sempat langkah kubuka tangan ibu sudah berpaut ke bahuku, menahanku dari terus melangkah.
            “Amboi, ibu nak bergurau pun marah.” Ibu mencuit daguku.
            Aku menarik muncung, Shania yang masih lagi dengan tawanya kujeling geram.
             “Mana ada anak ibu ni over sangat hari ni. Okaylah ni, cantik. Kita nikan perempuan... kenalah sentiasa pandai merias diri.” ibu mula memujuk.
            “So, tak salahlah safi pakai macam ni, make up macam nikan?” tanyaku sambil memeluk bahu ibu.
            “Memang tak salah pun. Lagipun buknanya over sangat. Ibu gurau aje tadi. Em... itulah dari dulu ibu suruh pakai cantik-cantik, belajar make up tak nak. Suka sangat dengan imej simple dia tu.” Ibu mencuit hidungku.
            Aku tersenyum mendengar bebelan ibu. Bukan sekali dua ibu membebel supaya aku tampil lebih feminin, tapi sudah banyak kali. Namun aku lebih suka tampil dengan imej yang ringkasku. Tidak perlulah aku untuk memikirkan tentang solekkan dan sebagainya. Hanya bedak dan sedikit calitan gincu pada bibir sahaja sudah cukup padaku. Kerjayaku sebagai setiausaha tidak pernah berjaya menjadikanku feminin kerana aku lebih selesa dengan imej yang aku bawa selama ini.
            “Eh, dahlah ibu sebenarnya nak tanya safi mana kain alas dulang yang Safi simpan tu?” Ibu terus bertanya tujuan asalnya memasuki bilik ini.
            “Ada dalam almari.”
            “Okay, keluarkan lepas tu bawa ke bawah ye. Kita nak susun hantaran pula ni.”
            “Yes madam.” Aku memberikan tabik hormat pada ibu. Ibu mengeleng melihat tingkahku dan kemudian dia mengusap pipiku sebelum melangkah keluar.
            Aku berjalan menuju ke almari baju. Aku keluarkan sebungkus besar plastik yang mengandungi alas dulang hantaran. Kemudian aku menutup almari pakaianku semula. Shania yang masih lagi disolek oleh Kak Melur aku tenung seketika. Tidak sangka hari ini Shania akan bertunang dengan Dr. Andrew pilihan hatinya. Atas permintaan Shania sendiri, majlis pertunangan ini dijalankan di rumah orang tuaku. Macam-macam alasan yang dia berikan agar majlis ini diadakan di sini. Tambahan pula ibu dan ayah memang suka jika majlis pertunangannya diadakan disini. Aku pula tiada apa-apa bantahan, lagipun jika majlis ini diadakan di sini lebih mudah aku sekeluarga memberikan bantuan.
            Sewaktu aku ingin melngkah kelaur dari bilik telefon bimbitku  berdering lantang. Aku bergegas mengambil telefon bimbitku yang berada di meja sisi katil. agak terkejut aku melihat nama Zafril yang tertera di skrin kecil itu. Sejak aku bercuti khamis lalu dia tidak pernah langsung menghubungiku mahupun berbalas sms denganku. Lelaki itu umpama menyepikan diri tiga hari ini. Aku pula entah mengapa terasa tidak mahu menjawab panggilan daripada lelaki itu lebih-lebih lagi apabila aku sedang sibuk membantu Shania menguruskan majlis pertunangannya ini.
            Telefon bimbit itu masih lagi berdering lantang setelah berhenti seketika. Aku tersenyum seketika memandang telefon bimbit itu. Sengaja tidak mahu mengangkat panggilan Zafril itu dahulu. Aku mahu melihat sejauh mana kesungguhannya cuba untuk menghubungiku. Dan apabila telefon itu sudah berdering buat kali yang ketiga barulah aku menjawab panggilannya.
            “Assalamualaikum.” Aku memulakan perbualan.
            “Waalaikumusalam.” Lemah sahaja suara Zafril menyambut salam yang aku hulurkan. Kemudian dia mendiamkan diri. Aku juga turut mendiamkan diri, membiarkan Zafril yang meneruskan kata terlebih dahulu.
            “Safi... er...” bicara Zafril tersekat-sekat.
            Aku masih mendiamkan diri, menanti Zafril meneruskan kata.
            “Zaf, nak tanya satu soalan boleh?”
            Aku tersenyum mendengar soalannya. Tidak pernah pula dia meminta kebenaran sebegini padaku sebelum menanyakan apa-apa soalan. Hari ini lain pula perangai lelaki ini. “Tanyalah.” aku memberikan kebenaran.
            “Betul ke hari ni... ni Safi...”
            “Safi... Lah budak ni cepatlah sikit. Mana alas dulangnya. Rombongan lelaki dah nak sampai sekejap lagi ni.” Laung ibu di muka pintu menyebabkan aku berpaling dan Zafril memantikan katanya tiba-tiba.
            “Okay, ibu.” Balasku pada ibu sebelum ibu keluar semula dari bilik itu. “Zaf, rasanya Zaf pun tahu, hari ini hari apakan? Jadi, Safi memang tak boleh nak cakap dengan Zaf  lama. Sorry Zaf, Assalamualaikum.” Aku terus mematikan talian sebelum sempat mendengar Zafril membalas ucapan salamku. Aku yakin dia paham akan situasi aku kini. Apabila ada majlis besar berlansung di rumah sendiri, sudah pasti tuan rumah menjadi sibuk dan kalut dengan pelbagai perkara.
            Aku harus segera membawa alas dulang itu pada ibu. Jika tidak makin panjang bebelan ibu itu nanti. Tambahan pula rombongan pihak lelaki akan sampai tidak lama lagi, takut nanti kalau lambat kelam kabut pula jadinya. Tentang Zafril tidak mengapa, pasti sebentar lagi lelaki itu akan tiba di sini untuk memeriahkan majlis pertunangan Shania. Jadi sewaktu dia sampai nanti, aku akan berbual panjang dengannya.

AKU membetulkan hantaran yang sudah elok terletak di atas dulang tembaga itu. aku cukup berpuas hati dengan hasil tanganku dan Shania. Nampak cantik kesemua gubahan itu, terasa berbaloi bersengkang mata dan berhempas pulas dalam tiga hari ini apabila melihat  kesebelas hantaran yang tersusun di depan mata.
            Rombongan Dr. Andrew dalam perjalanan ke sini, sewaktu Shania menghubunginya lima minit tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku pula yang terasa debarannya. Aku menghembus nafas perlahan-lahan, menghilangkan debaran di dadaku yang entah dari mana puncanya.
            Aku berpaling apabila suatu suara memanggilku dari muka pintu rumah. Zafril! Nama itu meniti di hatiku. Senyuman segera aku ukirkan pada lelaki itu namun sebaik sahaja aku menelitinya senyuman mula kendur dari bibirku.
            Dia kelihatan termengah-mengah seolah-olah baru lepas berlari dan dia hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt berkolar putih sahaja hari ini. Beberapa saudara-maraku yang berada di ruang tamu ini berbisik-bisik sambil memandangku dan dirinya silih berganti.
            Tidak selesa dengan pandangan saudara maraku itu, aku terus melangkah menghampiri Zafril yang masih lagi terpacak di muka pintu, tidak bergerak walaupun seinci. Apabila aku sampai di hadapannya, lelaki itu masih lagi merenungku tanpa bicara, membuatkan aku benar-benar tidak selesa dengan keadaan tika ini.
            “Jom, kita ke sana.” Ajaku sambil melangkah keluar dari rumah dan menuju ke khemah yang terdapat di luar rumah. Aku tidak selesa berbual dengannya apabila banyak mata saudara-maraku yang berada di dalam rumah itu memerhatikan kami. Zafril pula hanya mengikut sahaja langkahku.
Niatku untuk melarikan diri dari pandangan saudara-maraku tidak berhasil kerana apabila sampai sahaja di porch kereta ini bersama Zafril masih banyak mata yang memerhati sambil berbisik sama sendiri. Entah apalah yang mereka fikirkankan apabila melihat aku bersama-sama Zafril di sini? Entah apa yang sedang mereka perkatakan?
            “Kenapa pakai jeans dengan t-shirt je ni?” Soalku apabila berhadapan dengannya. Bukan aku tidak suka dengan penampilannya itu cuma aku berasa pelik. Selalunya Zafril pasti akan berpakaian mengikut kesesuaian majlis, tapi hari ini tidak pula. Di majlis pertunangan begini tidak elok rasanya dia berpakaian begitu. Tambahan pula dia adalah abang sepupu Shania merangkap salah seorang wakil pihak perempuan. Jadi dengan t-shirt dan jeansnya itu memang tidak sesuai dengan majlis.
            Zafril tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia terus-terusan merenung diriku tanpa kelip. Makin kalut aku apabila membalas renungannya.
            “Zaf, kenapa...”
            “Betul ke Safi bertunang hari ni?”
            “Hah!” terkejut aku mendengar soalan Zafril. Kenapa tiba-tiba sahaja Zafril berfikir begitu tentangku.
            “Betul ke?” Zafril yang sudah seolah-olah tidak sabar untuk menanti jawapanku terus mendesak.
            “Siapa cakap Safi bertunang hari ni?” Tiada ribut tiada angin tiba-tiba sahaja dia boleh bertanya sebegitu padaku.
            “Please Safi, Zaf tahu Zaf dah terlambat, tapi Safi tak boleh teruskan pertunangan ni. Zaf nak Safi tahu yang Zaf cint...”
            “Hai, Abang Add.”
            Tumpuanku berkalih pada Shania yang sudah pun memeluk lenganku. Kata-kata dari bibir Zafril tidak dapat Zafril zahirkan sepenuhnya. Entah bila pula Shania turun ke bawah dan keluar ke sini. Bila-bila masa sahaja lagi rombongan pihak lelaki akan datang dan tidak manis rasanya jika Shania masih berada di sini. Sepatutnya Shania berada di bilik, menanti di situ. Apabila aku ingin membuka bicara meminta Shania kembali ke bilik secepat itu juga Shania pantas mengangkat tangannya memberi isyarat agar aku memberikannya masa lima minit sebelum dia kembali ke bilik.
            “Abang Add, semalam kata tak nak datang, tak percaya konon... Tiba-tiba je terpacak kat sini hari ni kenapa? Takut juga Abang Add ye.” Kata Shania sambil diselang dengan tawanya.
            Aku semakin buntu. Tadi aku berasa pelik dengan pertanyaan Zafril dan kini rasa pelik itu bertambah-tambah dengan hidangan kata-kata Shania pula. Kenapa Zafril tidak mahu hadir ke sini hari ini? Bukankah hari ini hari pertunangan Shania, adik sepupunya. Kenapa pula dia tidak mahu hadir? Aku memandang Zafril yang sedang memandang Shania dengan wajah hairannya. Aku mula terasa seperti ada yang tidak kena di antara Zafril dan Shania saat ini. Shania pula masih lagi dengan senyuman panjangnya.
            “Berjaya juga Shania tipu abangkan.” Shania terus dengan tawanya.
            “Tipu?” Zafril masih lagi dalam kehairanan.
            “Shania je yang bertunang hari ni. Kak Safi tak.”
            Penjelasan Shania itu masih mengelirukanku.
            “Kenapa Shania tipu abang?” Soal Zafril yang sudah pun berubah rona warnanya.
            “Saja nak sedarkan Abang Add yang abang cintakan Kak Safi dan tak boleh hidup tanpa Kak Safi.”
            Mendengar kata-kata Shania itu membuatkan mukaku merona merah menahan rasa malu. Zafril yang sedang memandangku langsung tidak kukerling walaupun seketika. Mataku masih mencerun memandang Shania.
            “Rombongan lelaki dah sampai.” Terdengar suara saudaraku yang berada di luar khemah menyampaikan berita.
            “Hah, dah sampai?” Shania yang terkejut mendengar jeritan itu segera menarik tanganku, membawaku bersama-samanya masuk ke dalam rumah semula.
            “Hei, kata Shania yang bertunangkan. Yang tarik Safi masuk dalam sekali ni kenapa. Biarlah Safi kat sini temankan abang.” Zafril cuba menghalang Shania membawaku jauh darinya.
            “Ish, Abang Add ni nak bercinta-cinta pun, nanti-nantilah. Kak Safi kena ikut Shania. Today she my maid of honour, okay.” Segera Shania membalas apabila Zafril tiba-tiba muncul di hadapan menghalang jalannya dan aku.
            “Aik, bertunang pun nak guna maid of honour ke? Gurau Zafril.
            “Eh, mestilah. Dah tepi sikit, jangan nak menyibuk.” Shania segera menolak badan Zafril yang menghalang jalan ke tepi.
            Antara hendak dan tidak aku terpaksa juga mengikut langkah Shania yang semakin laju menuju ke bilik. Sebelum masuk ke dalam rumah aku sempat membalas pandangan dengan Zafril seketika.
            Sebaik sahaja sampai di bilik aku terus menarik tangan Shania supaya mengadapku. Aku perlukan penjelasan Shania saat ini. Setiap persoalan yang terbelenggu di kepalaku sewaktu di luar rumah tadi memerlukan jawapan segera daripada Shania. Perangai dan persoalan-persoalan pelik dari Zafril tadi rasanya seperti ada kaitan dengan Shania memandangkan Shania asyik tersenyum sejak berjumpa dengan Zafril sebentar tadi.
            “Baik Nia cerita kat akak semuanya.”
            “Cerita apa?”
            “Nia jangan main-main, tahu.”
            “Alah akak lepas majlis ni Nia cerita okay. Nia janji.”
            “Tak boleh. Nia kena cerita sekarang juga. Semuanya.” Aku sudah tidak boleh bersabar lagi. Aku mahu tahu segala-galanya sekarang juga, sebelum majlis ini bermula.
            “Okay,” Shania akhirnya mengalah, dia membawaku duduk bersama-samanya di sisi katil itu. “Yang sebenarnya kelmarin Nia bagitahu kat Abang Add yang Hafiz akan meminang dan terus bertunang dengan akak hari ni, sama-sama dengan Nia.”
            “Hah!” aku terkejut besar lantas terbangun dari duduk di sisi katil itu. terkebil-kebil aku memandang Shania.
            Shania ketawa melihat aku yang terperanjat. Segera dia menarik tanganku untuk duduk semula di sisinya.
            “Takkan Abang Add percaya?” Soalku perlahan.
            “Itu yang Nia pelik. Kelmarin masa dia bagitahu dia, dia tak percaya. Semalam pun dia masih lagi tak percaya. Tapi alih-alih hari ni boleh terpacak pula kat sini. Kira berjayalah misi Nia ni.”  
            “Kenapa Nia buat macam tu?” Aku benar-benar ingin mengetahuinya. Kenapa dia berbohong sebegitu dengan Zafril?
            Shania mengenggam kedua-dua belah tanganku. “Nia yang sebabkan akak putus hubungan dengan Abang Add. Jadi Nia nak satukan akak dengan Abang Add semula. Lagipun Nia benganglah dengan Abang Add tu, dah banyak kali Nia suruh dia lamar akak semula tapi dia buat bodoh je.” Bebel Shania.
            Aku tergelak mendengar bebelan Shania itu. Muncungnya yang sudah berdepa-depa itu mencuit hatiku. “Biarlah, Abang Add masih marah dengan akak lagi tu.” Aku cuba meredakan rasa bersalah Shania, aku tidak mahu dia terus diburu rasa bersalah padaku.
            “Mungkin, tapi Nia yakin Abang Add terlalu cintakan akak. Masa dia temankan Nia kat Amerika dulu dia tak pernah berenggang dengan gambar-gambar akak dalam handphone dia. Cincin yang akak pulangkan tu pun dia asyik tenung. Macam orang anggau pun ada juga Nia tengok. Entah-entah dia terbayangkan akak ada depan dia masa dia pandang cincin tu.”
            Aku mula ketawa kecil. Sempat pula Shania menyelitkan jenaka dalam ceritanya itu. Hatiku benar-benar terusik setiap kali mendengar cerita tentang Zafril sewaktu dia berada di Amerika. Rasa bahagia apabila membayangkan segala apa yang diceritakan oleh Shania itu. Aku tahu dan sentiasa yakin yang Zafril mencintaiku seperti mana aku yang begitu mencintainya.
            “Em... Tak pasal-pasal babitkan Hafiz pula Nia ni.” Aku sebenarnya tidak senang hati apabila Shania membabitkan Hafiz dalam hal ini. Nasib baik Hafiz tidak mengetahuinya, jika Hafiz mengetahuinya mungkin dia akan berkecil hati kerana memperguna-gunakan namanya.
            “Alah, akak dia tak kisah. Lagipun Abang Add tukan jelous gila dengan Hafiz tu. So, ni ajelah caranya Nia terfikir.”
            Aku menarik hidung Shania perlahan. Dia tertawa kecil. Aku benar-benar tidak menyangka dia boleh terfikir idea sebegini semata-mata mahu membuatkan Zafril kembali menjadi milikku. Nampak sangat dia berusaha keras ke arah itu demiku. Rasa sayangku pada Shania makin melimpah luah. Gembira sungguh hatiku mempunyai adik seperti Shania walaupun sebenarnya kami langsung tidak mempunyai pertalian darah.

“SAFI cari Zafril ke?”
            Aku berpaling memandang mak lang yang tiba-tiba sahaja berada di belakangku. Entah sejak bila dia memerhati aku yang sedari tadi terjenguk-jenguk di luar ni mencari kelibat Zafril sebaik sahaja majlis berakhir. Malu pula rasanya untuk aku mengakuinya namun setelah lama aku mencari namun masih tidak menjumpainya aku anggukkan juga kepala. Manalah tahu mak lang tahu ke mana hilangnya Zafril. Sudah puas aku mencari dari dalam rumah sehinggalah keluar rumah, tapi masih tidak berjumpa juga.
            “Dia ada kat taman permainan tu. Tadi dia suruh mak lang bagi tahu Safi yang dia tunggu sampai Safi datang kat situ.” Mak lang menerangkan sambil memuncungkan bibir ke arah taman permainan yang terletak bertentangan dengan rumahku.
            Mataku menyoroti pandangan mak lang. Setelah mengetahui di mana Zafril berada, mengapa pula hatiku terasa berat untuk melangkah ke situ, menemui lelaki itu?
            “Pergilah, dah lama Zafril tunggu Safi tu. Tadi masa dia sampai sini, turun je dari kereta terus berlari cari Safi dalam rumah. Sampai dia terlanggar budak yang bawa pinggan dalam khemah. Mujur tak pecah pinggang yang budak tu bawa. Nasib baik budak tu dengan Zafril tak apa-apa.”
            Patutlah semua saudara maraku memerhatikan kami sewaktu kami berbual di luar rumah. Rupa-rupanya tindakan Zafril itulah yang menarik perhatian mereka. Pasti mereka semua pelik melihat tingkahnya yang terlalu kalut itu. Dan aku sendiri tidak menyangka yang Zafril boleh menjadi sekalut itu apabila mendengar pembohongan daripada Shania.
            “Dahlah, pergi jumpa Zafril. Dah lama dia tunggu.” Mak lang mula mendesak apabila aku masih lagi tidak berganjak.
            “Eh, tak apalah mak lang Safi nak tolong kemas-kemas ni.” Aku cuba untuk mengelak daripada bertemu lelaki itu sedangkan sebentar tadi aku yang beria-ia mencari lelaki itu. Entahlah, hatiku terasa berdebar tiba-tiba. Rasa takut pun ada juga.
            “Tak apa, biar mak lang je tolong ibu Safi kat sini. Safi pergilah.”
            Aku terpaksa jua mengatur langkah apabila mak lang menolak sedikit bahuku agar segera pergi mendapatkan Zafril. Langkahku atur kemas menghampiri kawasan taman permainan itu. Setelah kakiku menapak di kawasan taman itu aku melihat Zafril sedang duduk termenung di salah sebuah bangku di taman itu. Kakiku tiba-tiba menghentikan langkah apabila terlihat Zafril. Aku berpusing semula ke belakang semula memandang khemah yang berada di hadapan rumahku. Tiada ramai lagi orang yang berada di dalam khemah itu, hanya tinggal beberapa orang saudara maraku yang sibuk mengemas setelah selesai majlis sebentar tadi.
            Aku menarik nafas cuba mengumpulkan semangat seketika sebelum berhadapan semula dengan Zafril. Setelah terasa hatiku sedikit tenang, aku berpaling memandang Zafril semula yang masih lagi duduk di bangku itu. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi aku akan menghampirinya.
            “Assalamualaikum.” Aku menghulurkan ucapan suci itu sebaik sahaja aku berada di sebelahnya.
            “Waalaikumusalam.” Zafril berpaling memandangku seketika. “Duduklah.” Zafril mengesotkan dirinya ke tepi memberi ruang agar aku mempunyai ruang untuk duduk di sebelah kirinya.
            Aku segera melabuhkan punggungku di situ. Buat seketika aku dan dirinya membisukan diri tidak memulakan kata hanya mata sahaja yang sibuk memerhati kanka-kanak yang bermain di taman permain itu pada petang begini.
            “Cantik baju?” Setelah lama menyepi itulah ayat pertama yang keluar dari bibir Zafril bersama kerlingan diwajahku.
            Aku tertawa kecil. “Baju simple macam ni pun cantik ke?” sengaja aku berjenakan, mengingatkan dirinya tentang kenangan kami suatu masa lalu, yang tak pernah aku lupakan.
            Zafril turut sama ketawa kecil. “Tak sangka dapat juga Zaf tengok Safi pakai baju ni. Ingatkan Zaf dan tak ada peluang tu lagi.”
            Aku hanya mendiamkan diri. Aku juga pernah bersangka sebegitu suatu masa dahulu.
            “Safi cantik sangat hari ni.” Puji Zafril pula.
            Aku sudah tertunduk malu mendengar kata-katanya itu. Bibirku pula tidak tahu mahu membalas apa-apa kata-kata Zafril sebentar tadi. Jadi aku hanya menundukkan wajah memandang rumput di tanah itu.
            “Zaf ingat Safi yang bertunang tadi.”
            Aku berpaling memandang Zafril yang masih lagi memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Nampaknya Zafril benar-benar percaya dengan penipuan yang Shania lakukan.
            “Kalau betul-betul Safi yang bertunang tadi macam mana?” sengaja aku mahu menduga Zafril. Menduga perasaan lelaki itu jika apa yang Shania katakan tadi benar-benar berlaku hari ini.
            Keluhan berat terlepas di bibirnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala kerusi namun matanya masih lagi menatapku di sebelahnya. “Zaf dah buat perkara paling bodoh dalam hidup Zaf.”
            “Perkara paling bodoh?” aku tidak memahami butir bicaranya.
            “Iye, perkara paling bodoh. Safi dah ada depan mata Zaf, selalu ada di sisi Zaf tapi Zaf tak ambil peluang tu untuk satukan cinta kita semula. Zaf tahu Zaf terlalu ego  dan selalu sia-siakan Safi sejak Safi kerja semula dengan Zaf. Zaf tak patut buat Safi macam tukan.” Luah Zafril.
            “Tak apa Safi faham. Zaf marahkan Safi.”
            “Memang Zaf marah, marah sangat waktu Safi minta putus dulu. Disebabkan rasa marah tu Zaf ikut juga Shania ke Amerika. Kononnya nak jauhkan diri Safi supaya Zaf dapat cepat-cepat lupakan Safi. Tapi makin jauh Zaf daripada Safi, Zaf makin cintakan Safi, Zaf tak dapat nak lupakan Safi langsung. Bila Safi kerja semula dengan Zaf, Zaf cuba untuk membenci Safi, cuba untuk meletakkan jarak antara kita walaupun Zaf sendiri sakit dengan apa yang Zaf buat.”
            Aku terdiam mendengar kata-kata Zafril itu. Hari ini barulah Zafril merungkai segala isi hatinya padaku. Aku hanya mahu diam dan mendengar. Aku mahu tahu segala perasaan dan rasa hati lelaki itu sepanjan perpisahan aku dengannya.
            “Setelah apa yang kita lalui sepanjang perpisahan ini, Zaf hanya nak Safi tahu satu perkara. Sejak kali pertama Zaf jumpa Safi, Zaf tak pernah berhenti mencintai Safi. Tak pernah, walaupun sedetik.” Bersungguh-sungguh Zafril menyatakan segala rahsia hatinya padaku.
            Hatiku benar-benar terharu mendengar luahan rasa Zafril itu. aku tahu yang Zafril benar-benar mencintaiku cuma aku sahaja yang selalu mempersiakan lelaki itu selama ini. Sejak aku bekerja bersama Zafril dan jatuh cinta pada lelaki itu aku juga tidak pernah lupa untuk mencintai lelaki itu. Cintaku benar-benar ikhlas dari lubuk hatiku walaupun aku pernah membenci lelaki itu di awal pertemuan aku dengannya dahulu.
            Zafril mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam dompet itu. Aku hanya memerhati setiap tindak tanduk lelaki itu. Sebaik sahaja dia meletakkan beg dompetnya ke tepi, Zafril mula merenung cincin emas putih yang kini berada di tangannya. Aku terkejut melihat dia memegang cincin itu. Cincin yang aku pulangkan padanya dahulu.
            “Zaf sanggup ambil semula cincin ni dulu sebab Zaf nak cincin yang selama ni 24 jam berada di sisi Safi berada di sisi Zaf pula, agar Zaf dapat terus merasakan kewujudan Safi di sisi Zaf. Sebab tu Zaf simpan cincin ni dalam dompet dan Zaf bawa ke mana saja Zaf pergi.”
            Mataku mencerun memandang cincin yang aku rindui itu. cincin yang suatu ketika dahulu sentiasa membuatkan aku tersenyum apabila terpandang cincin yang terselit di jari manisku.
            “Dan hari ini Zaf nak pulangkan semula cincin ni pada tuannya.” Zafril membetulkan susuknya agar betul-betul mengadapku. “Kita sambung semula hubungan kita yang terputus dulu. Dan Zaf nak kali ini hubungan kita lebih bermakna. Sudi tak Safi jadi isteri Zaf?” Lamar Zafril terus ke hatiku.
            Tiada kata yang terluah pada masa ini. Tidak aku sangka hari ini Zafril akan melamarku. Rasa bahagia berlumba-lumba masuk ke dalam hatiku. Akhirnya aku menganggukkan kepala sekaligus mempersetujui lamaran yang dia hulurkan. Cincin di tangannya aku ambil dan aku sarungkan semula  ke jariku. Zafril tersenyum panjang dan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi.
            “Safi nak Zaf tahu yang Safi betul-betul menyesal bila minta putus dengan Zaf dulu. Safi betul-betul terpaksa dan tertekan waktu tu. Safi sendiri tak ada pilihan” Aku cuba menerangkan dan membuatkan Zafril faham akan situasi yang menjeratku saat tu.
            Zafril tersenyum dan menganggukkan kepalanya. “Tapi lepas ni kita tak akan berpisah lagikan?” Zafril cuba mendapatkan keyakinanku.
            “Insya’Allah, Safi akan terus berdoa, hanya ajal yang dapat pisahkan kita. Safi tak sanggup berpisah dengan Zaf lagi, dan tak akan berpisah dengan Zaf. Never!” Aku cuba membina relung kepercayaan padanya. Menyakinkan lelaki itu sesungguhnya.
            “Zaf pegang kata-kata tu.”
            Tampak beria-ia sungguh Zafril melontarkan kata-kata itu.
            “Er... tapi Ezlin macam mana?” Tiba-tiba sahaja nama tu terlintas di fikiranku. Jika Zafril sudah kembali kepadaku, bagaiman pula dengan Ezlin?
            “Macam mana apa?”
            “Yelah, hubungan Zaf dengan dia macam mana?” Aku benar-benar terlupa tentang Ezlin sewaktu aku menerima lamaran Zafril sebentar tadi. Hatiku menjadi resah menunggu jawapan Zafril. Sehingga ke hari ini aku masih belum mengetahui duduk sebenar Ezlin di hatinya.
            “Hubungan apa pula ni sayang. Zaf dengan dia kawan jelah. Mana ada apa-apa. Dan takkan pernah ada apa-apa!”
            “Betul?” aku masih lagi ragu-ragu.
            “Betul.” Zafril cuba menyakinkan.
            “Tak tipu?”
            Zafril tergelak. “Tak, sayang.”
            “Janji.” Desakku lagi.
            Kata-kataku itu mengundang ketawanya yang makin besar. “Kenapa ni? Macam-macam pula soalannya. Safi cemburu ye.”
            “Mana ada.” cepat-cepat aku membidas. Aku cuba menyembunyikan perasan sebenarku. Memang aku cemburu, mana-mana wanita pun akan cemburu. Hendak-hendak Ezlin cantik benar orangnya, maklumlah model.
            “Cemburukan?” Kini Zafril pula yang cuba mendesak.
            “Tak!” tekanku sekali lagi.
            Zafril sengaja mencerunkan matanya memandang tepat ke mataku. “Yes, you’re jelouse
            “No!”
            “Yes, you’re.”
            “Absolutely not
            “Absolutely yes
            “Malaslah nak cakap dengan Zaf ni. Safi nak masuk rumahlah.” Aku segera mengangkat punggung untuk berlalu dari situ. Aku tidak mahu Zafril tahu yang aku mencemburui Ezlin sejak pertama kali aku bertemu dengannya. Biarlah hanya aku sahaja yang menyimpan rahsia itu. Aku sudah beberapa langkah meninggalkan Zafril di belakang namun aku masih lagi boleh mendengar gelak ketawa lelaki itu.
            “Saya, Zafril Adli Zulkepli dengan ini berjanji hanya akan mencintai dan hanya akan sentiasa setia pada Safiah Aisyah Muhammad Irfan seorang sahaja selama-lamanya hingga ke syurga.”
            Jeritan Zafril yang bergema itu membuatkan aku memberhentikan langkah dan menoleh ke belakang memandangnya yang tegak berdiri sambil mengangkat tangan kanannya seperti sedang membaca ikrar. Beberapa pengunjung taman itu yang terkejut mendengar jeritan Zafril itu memandangku dan dia silih berganti, membuatkanku mengetap bibir menahan malu.
            Namun apabila melihat Zafril yang masih lagi tegak berdiri sambil mengangkat tangan dan tersenyum padaku tanpa mempedulikan pandangan orang ramai membuatkan aku tergelak kecil.
            Aku menjelirkan lidah padanya dan kemudian berpusing semula dan meneruskan hayunan langkahku yang terhenti apabila mendengar jeritan Zafril tadi. Jeritannya itu terngiang semula di telingaku membuatkan aku tersenyum sendiri. Jeritan Zafril itu benar-benar menyentuh hatiku. Aku benar-benar yakin lelaki itu menyintaiku dan akan dapat memberikan kebahagian padaku. Cincin yang tersarung di jari kulihat sekali lagi. Kali ini cincin itu tidak akan aku tanggalkan lagi, itu janjiku. InsyaALLAH. Semoga Allah SWT merestuinya...

Bersambung... 

P/S : Thnks 4 ur reading... Salam sayang utk semua :)

25 comments:

Anonymous said...

Yey ! Dorang dah bersama balek .
Thanks kak for this entry .
Sukanya . :)

[syaza_nadiah]

intan abd wahab said...

dan saya akn sntiasa menanti dan merindui setiap coretan dr adah hamidah....

hani said...

inilah saatnya yg dnanti2.....ahirnya lamaran pun dterima..

kak zu said...

betapa bahagia apabila cinta dia orang bertaut kembali......

kak nora said...

majlis nye bila tuh??? tak sabar dah ni nak tengok zaf dan safi bersanding atas pelamin...

Anonymous said...

best...adah, cpt2 kawinkan diaorg...nk tau gak life diaorg lps kwin sblm cite ni tamat...

-fiza-

Anonymous said...

Adesss.. Bila la novel ni nak publish. Tak sabar nak tau ending. Kalau ada cerita lepas safi n zafril kahwin, mesti lagi best. Hope zafril n safi.

-Jaja-

mila said...

fuhhhh. bestttttt. akhir nye... suka zaf.. suka safi... sweet sgt... tq adah... jgn ada konflik lg lps nie sudah... dh nak abis dh nie...

fatim fatimah said...

so sweet,,akhirnya bersatu semula

hani said...

bahagianya....

Kak Sue said...

Besttt... tunggu masa hari bahagia Zaf dan safi pula ....

ruby muksan reds said...

so sweet...b'tambah semangt nk bace...

pnut said...

tau jugak si zaf tuh jeles..
tau takut si safi nk tunang..
hehehe...skang tunggu majlis diorg plak...
tp mcmane kes ezlin ngan fazura??

nadiah said...

awww... tq kak adah. sonang hati den dibueknyo. hehehe. ^^

ekin said...

yea.. yea.. nak abih dah...hepy ending..x sbar nk tggu mjlis diorg lak

Anonymous said...

best! best! suka Safi dgn Zaf

Anonymous said...

tak sabar nak tggu sambungannya..

feya sha said...

bestnyaaaa...hahhaha..rasa bermakna hidop nie...tahniah2...xsbr2 nk 2ggu n3 strusnya..tp 1 je yg sy risau..mak zaf stuju ke dgn hbungan diorang???...

Anonymous said...

Hopefully cerita ni akan tamat soon dan tak meleret2..

Anonymous said...

hahaha... gelak unutk Zaf yang mengelabah.. nice entry la AH.. sambung cepat ya = mak Mal

kak ida said...

wah..E3 yg membuat kita semua terbuai buai dik romantiknya zaf..melafazkan kata kata keramat kat safi..mengharap agar mereka akan disatukan nanti tanpa ada sengketa dengan mama zaf yg sedikit angkuh tu..

fiza said...

huhuhu... insya'allah... smoga di permudahkan.. hehehe... next n3 biar pnjg2 lg ye adah... hehehee
i like..........

Mummy Hanan said...

Adah, spt biasa akak loike this story... harap2 they still be together until entry yg akhirnya..... Will waiting dng rasa yang tak sabar dah nie....

ieda ismail said...

yeah...makin best.....akhirnya Safi bersama Zafril semula =)

Anonymous said...

Tahniah Zaf...Akhirnya berjaya juga mengalahkan egonya sendiri...berterus terang dgn Safi dan akhirnya melamar...tapi adakah emak Zaf setuju, lagipun kakaknya dah merancang untuk mejodohkan Zaf dgn Ezlin.
Kalau betul ada halangan lagi dari keluarga Zaf... kesiannya deorang berdua...kahwin kat Siam je lah nampaknya......
~ kak min ~

Post a Comment