Sunday, March 20, 2011

JAUH DARI CINTA - BAB 1


SATU
            Aku menutup pintu bilikku perlahan, kemudian aku melangkah  menuju ke jendela yang menyajikan pemandangan taman permainan kanak-kanak. Kulempar pandangan kosong ke arah taman yang kini diterangi cahaya lampu jalan itu. Masalah yang sama datang lagi dan nampaknya kali ini aku sudah tidak mampu untuk melarikan diri. Sejak mendapat panggilan dari orang tuaku semalam, aku sudah mula rasa tidak sedap hati. Seperti yang dipinta ayah, aku pulang ke rumah petang itu setelah selesai segala tugasanku di universiti.
Seperti yang aku jangka, sekali lagi aku menerima berita tentang lamaran yang dibawa untukku. Kali ini, lamaran itu datangnya dari keluarga kawan rapat ayahku yang telah lama terpisah. Ini membuatkan aku bertambah runsing. Kalau diikutkan dari kata ayah semasa menyampaikan berita lamaran itu padaku selepas solat Isyak tadi, aku yakin bahawa kali ini pasti aku tidak dapat menolak lamaran itu.
Mungkin ini takdir yang tertulis untukku. Bukan sengaja aku mahu melarikan diri dari ikatan perkahwinan, malah aku sedar bahawa rakan-rakan yang sebaya denganku juga rata-ratanya telah memiliki keluarga sendiri. Namun ada beban dihatiku yang masih belum dapat aku lepaskan dengan sepenuhnya. Ada satu nama yang masih belum dapat aku padam dan hingga ke saat ini, nama itu masih utuh bertakhta di ruangan hatiku biarpun hal itu sudah tujuh tahun berlalu.
            Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan ku. Aku kembali menutup jendela dan segera membuka pintu bilikku yang sengajaku kunci. Ibu tersenyum ke arahku, senyuman yang sukar untukku mengertikan. Mungkin senyuman tu penuh dengan kegembiraan kerana khabar ‘gembira’ itu atau mungkin senyuman itu penuh dengan rasa simpati terhadap diriku. Namun aku yakin ibu faham perasaanku kini.
“Tak tidur lagi ?”
“Belum mengantuk bu.” Aku menutup rapat pintu bilik setelah ibu melangkah masuk.
“Nysa jangan banyak fikir. Kalau Nysa tak setuju, bagi tahu aje pada ayah. Ibu takkan paksa Nysa. Ingat! Nysa yang kena tentukan hidup Nysa sendiri.”
“Tak apalah bu, betul juga apa yang ayah buat tu. Ayah dah banyak kali runsing sebab Nysa. Nysa tak nak susahkan ayah lagi. Kali ni biarlah Nysa dengar cakap ayah pula.” Aku lemparkan senyuman kosong ke arah ibu. Apa yang aku perkatakan pada ibu itu tidak sedikit pun lahir dari hatiku yang ikhlas. Semuanya aku reka bagi menyedapkan hati orang tuaku. Aku juga berharap agar ibu menyampaikannya pada ayah, mudah-mudahan ayah akan berlembut hati dan merubah fikirannya untuk menerima lamaran itu apabila mendengarnya nanti.
“Terpulanglah pada Nysa. Ibu cuma nak yang terbaik dalam hidup Nysa, kalau itu dah keputusan Nysa, ibu takkan bantah,” Ibu sempat memegang tanganku sebelum melangkah keluar dari kamar.
Aku melihat jam di atas meja sisi katil, sudah pukul 10.33 minit malam. Biasanya waktu-waktu begini, mataku sudah mula mengantuk tetapi tidak hari ini. Malam ini dan malam-malam seterusya pasti tidurku tidak selena selalu. Aku pasti.

SELESAI sahaja menunaikan solat subuh pagi itu aku segera turun ke dapur membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Kulihat ayah sudah pun berada di ruang tamu membaca akhbar Kosmo. Sedikit pun ayah tidak menoleh ke arahku sewaktu aku turun melalui tangga. Mungkin ibu sudah menceritakan perihalku semalam dan seterusnya membuatkan ayah marah padaku. Namun aku tidak kisah semua itu asalkan aku terselamat dari perkahwinan yang tidak aku harapkan. Aku sudah biasa melaluinya, ini bukan kali pertama aku menolak lamaran yang datang padaku, sudah kali ketiga. Aku tersenyum sendiri, nampaknya masalahku sudah selesai.
            Hidangan nasi goreng kampung pada pagi itu benar-benar membuka seleraku. Hampir tiga minggu tidak merasa masakan ibu gara-gara sibuk dengan urusan kerjaku di universiti. Peperiksaan akhir semester yang bakal diduduki oleh pelajar-pelajarku membuatkan aku tiada masa untuk pulang ke rumah orang tua ku. Pelbagai urusan harus aku lakukan. Menyediakan kertas soalan sudah menjadi tanggungjawabku, itu belum lagi termasuk kerja-kerja menandaassignment yang menimbun-nimbun memenuhi kotak di mejaku. Tanggungjawab sebagai seorang pensyarah bukan satu tugasan yang mudah, namun itu sudah menjadi minatku sejak kecil lagi. Oleh yang demikian kewajipan sebagai pendidik itu harus aku penuhi dengan penuh dedikasi.
“Bila Nysa boleh cuti?” Ayah menuang air kopi panas itu ke dalam cawannya.
“Cuti?” Aku tersenyum lagi. Ayahku bersuara juga akhirnya.
“Ye lah… Cuti! Kamu tu kalau dah kerja mana ingat nak cuti lagi.”
“Lepas budak-budak habis Examlah ayah. Kenapa? Nak pergi bercuti ke?”  Aku teruja bertanya pada ayah.
“Isyh… kamu ni Nysa, bercuti apa bendanya pula. Ayah nak tetapkan tarikh pertunangan kamulah. Ibu kamu cakap semalam, kamu dah setuju.”
Aku terkesima seketika. Tidak tertelan rasanya nasi yang baru sahaja mahu melepasi tekakku. Aku memandang ibu yang mula sibuk mengemaskan pinggan-pinggan yang sudah digunakan dan segera meninggalkan meja makan. Aku tahu, pasti ibu sengaja mahu aku berbicara berdua sahaja dengan ayah.
            “Ha! Kenapa diam pula ni? Jangan cakap dengan ayah yang kamu dah ubah fikiran.” Tajam ayah memandang ke arahku. Aku menarik nafas panjang, mencari kekuatan. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan saat itu. Menolak lamaran itu? Ternyata aku cari nahas.
            “Terpulanglah pada ayah, Nysa ikut aje.” Aku merenung nasi goreng yang masih berbaki di dalam pingganku. Tertutup seleraku untuk meneruskan suapan.
            “Kalau macam tu, ayah nak Nysa jumpa dulu dengan anak kawan ayah tu.” Ayah meneruskan rancangannya. Aku pula hanya mampu mengikuti agenda yang pastinya telah diatur untukku. Tiada lagi alasan untuk melepaskan diri.
            “Bila?”
            “Minggu depan, boleh?”
            “Ikut suka ayahlah.” Aku bangun lantas membawa pingganku ke dapur. Ayah tersenyum, terpamer kegembiraan di wajahnya. Tapi tahukah dia hatiku kini sedang menangis?

PETANG Ahad itu aku berangkat pulang ke rumah sewaku. Lokasi kerja yang jauh menyebabkan aku terpaksa tinggal berasingan dengan orang tuaku. Perjalanan dari Kepong menuju ke Universiti Kuala Lumpur sememangnya memakan masa. Oleh yang demikian aku duduk menyewa bersama  seorang lagi rakan di Taman Melati.
            “Nanti ayah suruh dia contact kamu.”
Contact aku? siapa?. Kata-kata ayah sewaktu aku bersalaman dengannya menyebabkan aku keliru. “Siapa ayah?”
            “Siapa lagi, bakal tunang kamulah.”
            “Nysa balik dulu, Assalamualaikum.” Aku lantas menaiki Proton Gen2 milikku sejurus selepas bersalaman dengan ibu. Malas rasanya mendengar agenda seterusnya dari ayah. Dari semalam sampai ke saat ini tak habis-habis bercerita tentang majlis perkahwinan ku nanti, padahal aku belum pun bertunang.

AKU berlari bergegas mendapatkan telefon bimbitku yang aku letakkan di atas meja solek di dalam bilik. Seperti biasa, belum sempat aku menjawab panggilan tersebut talian telah pun terputus. Aku membebel sendiri, dari pagi tadi hinggalah ke lewat malam begini panggilan misteri itu terus menggangguku. Rasanya dah berbakul-bakul marahku pada panggilan itu.
            ‘Ish…buat penat lari aje. Menyampah betullah.’ Aku kembali meletakkan telefon bimbit di atas meja solek. Niat untuk menyambung tontonan Halaqah tidak aku teruskan sebaliknya aku terus sahaja mencampakkan diri di atas katil, berat pula rasa mata. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, telefon bimbitku berbunyi sekali lagi. Yakin bahawa panggilan itu tidak lain dan tidak  bukan panggilan misteri yang menggangguku sejak pagi tadi, lantas aku pekakkan telinga. Tidak berminat melayan panggilan sebegitu. Namun kesabaranku tercabar apabila deringan telefon bimbitku masih tidak berhenti walaupun telah lama aku membiarkan panggilan itu tidak berjawab.
            “Assalamualaikum…” Perlahan suaraku yang masih mamai ketika itu.
            “Wa’alaikumusalam… Nysa tak tidur lagi?”
Berderau darahku mendengar suara itu. Suaranya mengingatkan aku pada… ahrg… tak mungkin. Pasti perasaanku sahaja, serta merta mataku menjadi segar. “Siapa ni?”
            “Cuba teka?”
            “Awak jangan main-main?”
            “Siapa yang main-main?”
            “Hello... boleh tolong serius tak? Awak ni siapa? Cari siapa?” Soalku yang semakin geram dengan lelaki yang berada di hujung talian yang seolah-olah cuba mempermainkan diriku. 
            “Hello… saya seriuslah ni. Saya nak cari awaklah. Kenapa? Tak percaya?”
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Siapa dia? Ahrg… serabut fikiranku memikirkannya.
            “Nysa dah tak cam suara abang?”
            “Abang?”
            “Ha’ah… abang!”
            “Abang mana pula ni! Awak ni siapa sebenarnya, bila masa pula saya ada abang?” Bentakku.
            “Masa kat universiti dulu! Nysa tak ingat?”
            “ Aqil?” Degup jantung ku bertambah laju bila nama itu terpacul keluar dari mulutku.
            “Hah… ingat pun! Abang Aqillah ni. Takkan dah lupa abang kot? Tak sampai pun sepuluh tahun dah lupa kat abang.”
            Terkunci langsung mulutku waktu itu, tidak dapat berkata apa-apa. Mimpikah aku? “Mana abang dapat nombor Nysa ni?” Hanya itu yang ingin aku tahu saat ini.
            “Abang carilah. Kalau cari mesti jumpa kan!” Lembut tutur katanya masih sama seperti dulu, sikit pun tidak berubah.
            “Nysa apa khabar?”
            “Alhamdulillah, baik. Abang Aqil?”
            “Kurang baik…”
            “Kurang baik! Maksud abang Aqil?”
            “Tak ada apa… saja aje. Kenapa, Nysa risau ke?. Nysa… Nysa… dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis risaukan abang. Nysa macam mana?”
            “Macam mana apa?” Keliru aku mendengarkan persoalannya.
            “Maksud abang, macam mana Nysa sekarang ni?”
            “Macam dulu, sama aje. Sikit pun tak berubah. Abang Aqil pula dah berapa orang anak sekarang?” Sebenarnya berat untuk aku menanyakan soalan itu, tapi aku harus kuat. Aku harus buktikan padanya bahawa Nysa Sakinah  masih kuat walaupun pernah dilukakan hatinya.
            “Anak? Erm…. dua. Satu anak tekak, satu lagi anak mata.” Terdengar ketawanya.
            “Nysa serius ni.”
            “Abang pun.” Masih kedengaran tawanya. “Apalah Nysa ni. Abang ni kahwin pun belum, macam mana nak ada anak.”
Berita yang baruku dengar ini benar-benar memeranjatkanku. Aku berfikir sejenak, rasanya dua tahun lalu aku ada juga terdengar berita tentang perkahwinan Aqil dengan gadis pilhannya dari kawan-kawan sekampusku. Tapi apa yang aku dengar kini nyata berbeza. Aku semakin keliru.
            “Bukan ke abang Aqil dah kahwin?”    
            “Bila?”
            “Dua tahun lepaskan?” Aku melemparkan pertanyaan yang aku inginkan jawapannya.
            “Tak jadi.”  Ringkas jawapan dari Aqil.
            “Kenapa?”
            “Dah lepas, tak payah ceritalah.” Perlahan suara Aqil ketika itu.
            “Sekarang macam mana?”
            “Sekarang abang tengah tunggu Nysalah.”
Hampir luluh jantungku mendengar kata-kata Aqil. Benarkah kata-katanya itu? Ahrg… aku tidak sepatutnya menaruh harapan lagi. Cukuplah cintaku pernah ditolak olehnya dulu. Cukup! cukup untuk sekali, lagipun aku akan bertunang tidak lama lagi.
            “Kenapa tunggu Nysa pula?”
            “Sebab Nysa tunggu abang.”
Tidak! kenapa dia masih mengungkit kisah dahulu. Aku harus jelaskan segalanya kepadanya. Aku tidak mahu dia beranggapan bahawa selama ini aku masih menaruh harapan pada dirinya.
            “Bila masa pula Nysa tunggu abang Aqil? Nysa pun dah nak bertunang dah ni. Bila tar   ikh dah betul-betul tetap, Nysa bagi tahu kat abang Aqil. Abang Aqil kena dating tau.” Hah… puas hati aku, aku perlu yakinkan padanya yang aku tidak pernah berharap pada dirinya lagi.
            “Abang tumpang gembira. Abang yakin, pakwe Nysa tu mesti kacak macam abangkan?”
            “No comment.” Jawabku ringkas.
            “Takpalah Nysa, kita jumpa nanti ye. Selamat malam.”
            Aqil mematikan taliannya begitu sahaja. Gundah hatiku memikirkan itu. Kenapa dia muncul semula saat-saat aku diheret ke ambang perkahwinan. Kenapa tidak dari dulu dia muncul mencariku andai benar kini dia tidak lagi bersama wanita itu.
Ah!!!... Farish Aqil! kenapa bukan aku yang bertakhta di hatimu terlebih dahulu? Aku kembali memejamkan mata, namun ternyata sia-sia. Tiada lagi ketenangan dalam tidurku.

Bersambung...

Tuesday, March 15, 2011

JAUH DARI CINTA - BAB 14


EMPAT BELAS
Permandangan indah Taman Metropolitan memberikan sedikit ketenangan di hati. Angin yang bertiup nyaman, terus saja membelai tubuhku sebaik sahaja aku turun daripada keretaku yang aku letakkan di parkir yang disediakan untuk para pengunjung. Mujur hari itu, hari bekerja. Jika tidak, mana mungkin dengan mudah saja aku mendapat ruang kosong untuk meletakkan kenderaan. Pada hari cuti umum, kebiasaanya para pengujung terpaksa menanggung risiko dengan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai.
            Aku sekadar berdiri terpacak di sisi keretaku sementara menunggu Aqil meletakkan kereta miliknya. Dari jauh, sudah dapat dilihat dengan jelas keriangan pengunjung menjalankan pelbagai aktiviti di situ. Namun yang paling menggembirakan ialah apabila dapat melihat dengan jelas layang-layang yang berterbangan bebas di udara. Hati sungguh senang melihatnya. Terasa segala beban di dada turut diterbangkan oleh angin petang sebagaimana bayu menerbangkan layang-layang tinggi mencapai ruang angkasa. Jika berada di situ pada hujung minggu, suasananya lagi meriah.
            “So, ke mana hala tuju kita ni?”
            Perasaan senang itu ditenggelamkan oleh suara Aqil yang tiba-tiba saja kedengaran. Langsung aku tidak sedar bila Aqil tiba di sebelahku.
            “Taman ni luas, ada trek basikal, ada tasik, ada taman permainan dan kat depan tu ada lapangan untuk main layang-layang. So, abang decidelah nak ke mana.” aku memberikan sedikit penerangan mengenai selok-belok di taman itu. Biarlah dia yang putuskan ke mana dia mahu pergi.
            “Okay... kalau macam tu, kita jalan-jalan ajelah. Jom!” Aqil membuat keputusan.
            Aku sekadar mengikut saja langkah Aqil, berjalan di sebelahnya tanpa sebarang kata.
“Best juga kat sini,” Mata Aqil tidak lekang memerhati teliti setiap apa yang ada di taman itu.
Dapat aku lihat senyumnya yang diukir kemas. Suasana riang orang ramai masih tetap terasa walaupun pada hari jumaat. Ada di antara mereka bersama keluarga dan ada juga pasangan yang sekadar duduk memerhati dan mengambil angin petang.
            Langkah kaki Aqil terhenti dengan tiba-tiba. Aku turut sama menghentikan pergerakan. Aqil aku lihat membatu di situ. Matanya seolah dipaku sesuatu. Aku halakan mataku, cuba mencari jawapan pada pandangan Aqil itu. Hatiku jadi hiba saat mataku menangkap pandangan Aqil. Seorang wanita berpakaian ungu yang sedang duduk sendirian memerhati orang ramai bermain layang-layang dapat aku lihat dengan jelas dari jauh. Aku putuskan pandanganku, kembali memandang Aqil yang masih asyik dengan pandangannya sehingga membuatkan aku tertanya, adakah wanita itu Lily, kekasih hatinya? Entah kenapa rasa kurang senang mula bercambah.
            “Abang Aqil tengok apa?” sengaja aku ajukan soalan itu. Cuba menafikan pandangannya.  Aqil kemudian tersentak, lalu pandangannya sempat singgah sebentar di wajahku sebelum kembali memandang wanita berpakaian ungu itu.
            “Tak ada apa-apa.” Aqil membalas.
            “Abang Aqil kenal ke, perempuan tu?” aku meneruskan pertanyaan. Aku ingin tahu kebenarannya. Jika benar wanita itu Lily, maka aku tidak perlu lagi bersusah payah menjejakinya. Itu juga bermakna, semuanya akan berakhir dengan segera.
            “Tak!” Aqil menjawab perlahan kemudian barulah dia meneruskan langkah kaki.
            Mendengar jawapan itu, aku mula membuat kesimpulan sendiri. Jika wanita itu bukan Lily, pasti warna baju wanita itu yang telah mengganggu ketenangan jiwanya. Dan pada ketika ini, mungkin rindu pada Lily kembali menghimpit sanubarinya. Mana tidaknya, sejak terpandang wanita tadi, tiada lagi senyuman yang berjaya dicoretkan. Aku di sebelahnya juga umpama tidak wujud pada pandangan matanya. Dia lebih sibuk bermain dengan hati dan perasaannya. Akhirnya Aqil berhenti, mengambil tempat di hujung lapangan layang-layang itu dan duduk memerhati layang-layang yang berterbangan di situ.
            Anak mataku tetap hanya tertumpu pada wajah Aqil di sebelah walaupun tiada pandangan balas daripada Aqil. Aku tahu hatinya kini dicuit resah dan kerinduan. Kalau saja aku mampu jadi penawar, mengubat kerinduannya itu, sudah pasti aku lakukan. Tapi aku tidak berkeupayaan melakukannya. Maka apa yang patut aku lakukan saat itu untuk memberikan sedikit ketenangan padanya? Terus saja aku memikirkan hal itu.
            “Abang Aqil, Nysa nak pergi ambil barang sekejap ya.” aku bangun apabila Aqil menganggukkan kepala. Idea sudah muncul dan tinggal masa untuk merealisasikannya saja. Harap dengan cara ini dapat memberikan Aqil sedikit kedamaian jiwa.
            Aku kembali ke kereta, mengambil marker pen yang memang sentiasa ada di dalam dashboard keretaku. Persediaan mengajar di waktu kecemasan. Kemudian, aku bergerak pula menuju ke kawasan yang ada menjual layang-layang pelbagai corak dan warna yang disusun kemas untuk pilihan pelanggan. Lama aku memerhati layang-layang yang ada, cuba membuat pilihan terbaik. Aku tahu, layang-layang yang dapat menarik perhatianku lama, pasti itulah pilihan yang terbaik, yang mampu membuat Aqil kembali tersenyum. Aku membayar RM15 untuk satu set lengkap layang-layang. Selesai membuat bayaran, aku segera kembali ke tempat tadi. Aqil masih duduk di situ memerhati layang-layang di udara.
            “Nah! Ni untuk Abang Aqil.” aku menyerahkan layang-layang yang baru aku beli  tadi kepadanya sebaik sahaja aku tiba.
            “Untuk abang? Nak buat apa?” Aqil memandang layang-layang berwarna kuning dan ungu yang aku serahkan padanya.
            “Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk bagi tahu pada dunia apa yang ada dalam hati kita.  Salah satunya, dengan cara inilah. Abang Aqil pernah dengar pasal kite message tak?” aku bertanya tentang sesuatu yang pastinya tidak Aqil tahu. Aku sendiri pun baru pertama kali mendengar istilah kite message itu. Ilham hatiku yang muncul secara tiba-tiba sebentar tadi.
            “Kite message? Nysa cakap apa ni? Abang tak fahamlah!”
            “Oh... Abang Aqil tak pernah dengar ye? Macam ni, Abang Aqil rindu kat Lily, kan?” aku pamerkan senyuman seolah-olah tidak terasa langsung dengan pertanyaanku itu. “Tak payahlah nak simpan dalam hati rasa rindu Abang Aqil tu. Hari ni biar Nysa ajarkan satu cara terbaik nak lepaskan rindu.” penuh yakin aku menjelaskan. Berharap dengan apa yang aku lakukan itu, hatinya kembali ceria dan rindunya pada Lily dapat terubat biar pun sedikit. “Nah, Abang Aqil ambil marker pen ni.”
            “Nak buat apa pula dengan marker pen ni?”
            “Tadi kata nak tahu pasal kite message. Ni, Nysa nak ceritalah ni.” Aku menambah. “Inilah caranya. Just tulis apa yang ada dalam hati Abang Aqil tu, atas layang-layang ni, lepas tu, kita terbangkanlah. Nanti bila layang-layang ni dah naik tinggi, kita putuskan tali. Mana tahu angin akan bawa kite message Abang Aqil ni sampai pada Lily dan Lily boleh baca message ni.” terangku panjang lebar beserta senyuman yang sentiasa aku pastikan tidak lekang dari bibir.
            “Mengarutlah. Kenapa abang nak kena percaya pada layang-layang ni pula?” Aqil seakan tidak senang dengan cadanganku itu.
            “Nysa tak suruh pun Abang Aqil percaya pada layang-layang ni. Abang Aqil cuma perlu percaya pada Allah SWT. Allah kan Maha Berkuasa. Tak ada apa yang tak mampu dilakukan oleh-Nya. Ini cuma satu usaha. Mana tahu Allah membantu. Allah tukan Maha Pengasih dan Penyayang!” aku harap apa yang aku katakan itu cukup jelas. Semua usaha ini juga adalah bergantung pada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa.
            “Kalau pun layang-layang ni tak sampai pada orang yang abang Aqil maksudkan, setidak-tidaknya, Nysa yakin Abang Aqil akan rasa lega sebab Abang Aqil dah berjaya luahkan apa yang tersimpan dalam hati selama ni. Tapi, kalau Abang Aqil tak yakin... tak apalah. Nysa just nak share apa yang Nysa tahu.” melihat pada raut wajah Aqil yang masih tidak nampak perubahannya, aku cuba mengambil kembali layang-layang yang aku berikan padanya sebentar tadi.
            “Abang nak tulis apa atas layang-layang ni?” Aqil enggan mengembalikan layang-layang itu padaku. Hatiku kian lega dan berharap semuanya berhasil.
            “Abang Aqil boleh tulis apa aje yang ada dalam hati abang Aqil.” aku memberikan panduan. Lama Aqil memerhati layang-layang itu biarpun penutup marker pen berwarna biru itu sudah lama dibukanya. Ada debar di hatiku menantikan aksara-aksara yang bakal Aqil catitkan di atas layang-layang itu. Mula tertanya-tanya, agaknya apakah mesej yang selama ini dipendam dalam hatinya untuk Lily?
Aku mula berasa bosan menunggu Aqil mencoretkan kata hatinya di atas layang–layang itu. Ataukah mungkin juga kehadiranku itu yang membuatkan Aqil enggan menulis kata hatinya? Ya, mungkin aku adalah penyebabnya. Maka aku tahu, aku harus beredar dari situ secepat yang mungkin.
“Nysa ingat... Nysa balik dululah. Take your time!” aku mengalah, cuba beredar dari situ demi memberikan sedikit ruang buat Aqil membaca hatinya sendiri.
“Jumpa Abang Aqil kat rumahlah ya!” aku terus bangun, mengambil tas tangan kemudian berjalan pergi setelah Aqil merelakan dengan isyarat kepala. Kemudian aku berjalan terus meninggalkan Aqil sendirian di situ. Sekali sekala, aku menoleh ke belakang, kembali memandang Aqil yang aku perhatikan mula menulis sesuatu di atas layang-layang itu. Langkahku terhenti. Hati benar-benar ingin tahu apa yang tercatit pada layang-layang itu? Apa mesej yang ingin Aqil sampaikan pada Lily? Tapi bagaimana? Bukankah aku sudah memaklumkan pada Aqil yang aku mahu pulang, mana mungkin aku berpatah kembali padanya.
Sudahnya aku hanya merubah kedudukan keretaku, meletakkannya agak jauh daripada kereta Aqil. Aku harus terus berada di situ jika aku ingin melihat apa isi hati Aqil yang sebenarnya. Kemudian aku kembali berjalan dan berselindung di sebalik pokok, terus memerhati gerak laku Aqil. Sewaktu aku tiba kembali, Aqil sudah pun mula menaikkan layang-layangnya dengan bantuan seorang kanak-kanak lelaki. Sepanjang layang-layang itu terbang tinggi, Aqil tersenyum lebar, seolah-olah dirinya cukup yakin bahawa layang-layang yang membawa mesej itu akan sampai pada Lily seperti mana yang aku ceritakan. Apabila layang-layang mula kelihatan begitu kecil pada pandangan mata, barulah Aqil memutuskan talinya.
Mataku tidak henti-henti memandang layang-layang yang masih terawang-awangan di udara. Hati mula berharap agar layang-layang itu jatuh berhampiran denganku. Aqil masih lagi berdiri di situ, memeluk tubuhnya sambil tersenyum. Matanya juga tidak lepas memandang layang-layang yang telah diputuskan talinya itu. Pasti dia betul-betul berharap agar layang-layang itu akan sampai pada Lily. Seketika kemudian, Aqil berjalan, beredar daripada situ biar pun layang-layangnya masih ditiupkan angin di udara. Aku yang duduk tidak jauh daripadanya segera menyembunyikan diri. Mujur tidak dilihatnya.
Aqil yang sudah berlalu pergi tidak lagi aku perhatikan, kini perhatianku cuma tertumpu pada layang-layang yang masih berterbangan di udara, tetapi tidak lagi setinggi mana. Tidak lepas mataku memandang layang-layang itu. Aku ingin dapatkannya apabila ia jatuh ke bumi nanti. Tumpuanku terganggu apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak. Kepalaku menoleh melihat kanak-kanak yang menjerit kuat itu. Melihat kanak-kanak yang sudah pun terduduk di atas tanah dan sedang dipujuk oleh ibunya itu membuatkan aku yakin yang pastinya kanak-kanak itu terjatuh sebentar tadi. 
Aku kembali fokus pada tujuan asalku. Namun apabila aku kembali memandang dada langit. Aku sudah kehilangan layang-layang itu. Tiada lagi layang-layang Aqil melainkan layang-layang pengujung lain yang masih bergerak bebas di udara. Namun aku masih tidak berputus asa, aku terus memerhati satu persatu layang-layang di langit, tapi tetap tidak bertemu dengan layang-layang yang satu itu. Rasa kecewa segera menerpa hatiku kerana tidak berpeluang mengetahui apa-apa akhirnya.
Aku mengeluh hampa. Ada baiknya aku pulang saja, aku tidak akan dapat apa-apa di situ. Lantas aku berjalan longlai, mendapatkan kereta yang aku letakkan di hujung jalan. Sebaik tiba, aku membuka pintu kenderaan, apabila baru saja aku mahu melangkah masuk ke dalam kereta, tiba-tiba sahaja ada sesuatu jatuh ke bahuku. Segera aku menepis kasar, aku sangkakan daun-daun yang gugur memandangkan keretaku sememangnya aku letakkan berhampiran dengan kawasan berpokok. Namun setelah melihat apa yang aku tepis sebentar tadi, alangkah terkejutnya aku melihat apa yang ada di depan mataku kini. Layang-layang Aqil! Terkedu aku seketika. Bagaimana layang-layang itu boleh jatuh tepat mengenaiku? Pasti Allah ingin aku tahu sesuatu, bisik hatiku.
Dengan tangan terketar aku mengambil layang-layang yang bertelangkup, jatuh ke bumi itu. Ada rasa debar di hati. Sebaik sahaja aku menerbalikkan semula layang-layang itu mata terus saja menangkap patah-patah kata yang tertulis pada permukaan layang-layang itu.
’Berjanji dengan sepenuh hati... Takkan mencintainya!’ ~AQIL~
Rasa tidak bernafas ketika terbaca saja kalimah itu. Langit terasa runtuh. Entah kenapa aku tetap berperasaan sebegitu sedangkan bukannya aku tidak tahu perasaan sebenar Aqil padaku. Mungkin ikatan perkahwinan ini yang telah melahirkan rasa itu. Air mata mula mengalir. Benci! Mula ada rasa benci terhadap diriku sendiri. Mengapa hati tidak henti-henti mencintainya? Mengapa tidak putus-putus rasa kasih yang mencurah untuk dirinya? Sedangkan aku tahu hakikat yang sebenarnya, tidak akan ada cinta untukku darinya.
Aku membuang layang-layang itu ke belakang. Tidak mahu lagi mengambil tahu tentangnya. Hikmahnya sudah aku tahu kini. Bukti cukup jelas, langsung tidak ada peluang untuk aku buat selama-lamanya. Sudah berkali-kali aku berusaha memahami hal itu.
“Ouchhh...!”
Aku segera mengesat titisan air mata dan menoleh ke arah suara yang kedengaran jelas di belakangku.
“Sara!” aku terkejut dengan kehadiran Sara di situ. Kedua-dua tangannya memegang dahinya. Sara kemudian mengangkat layang-layang yang berada betul-betul di kakinya. Dapat aku agak kini, pasti layang-layang yang aku lemparkan tadi terkena pada dahinya sebelum jatuh ke bumi.
“Maaf... Nysa tak sengaja!” aku segera mendapatkan Sara yang jauhnya hanya beberapa langkah kaki dariku.
“It’s okey! You pun bukan sengaja.” Sara bersuara lembut. “Why you threw this?” pertanyaan daripada Sara membuat hatiku tidak senang. “Berjanji dengan sepenuh hati... Takkan mencintainya! Aqil!” Sara membaca satu persatu patah perkataan yang dapat dilihatnya, kemudian dia tersenyum sendiri. “You ada problem dengan Aqil ke?” Lagi soalan yang Sara ajukan menyesakkan jiwaku. Rasa seperti tidak terjawab soalan-soalan itu.
“Taklah. Tak ada apa-apa. Sara buat apa kat sini?” aku menafikan sambil cuba mengubah topik perbualan.
“I memang selalu datang sini. Ambil angin. Bila ternampak you tadi, tu yang I kejar. I panggil you banyak kali, tapi you tak dengar.” Sara menjelaskan.
“Oh, iya ke? Sorry, Nysa betul-betul tak dengar.” aku memohon maaf.
“It’s okey. Erm... okeylah Nysa, just nak bertegur sapa dengan you. See you next time. Nanti... tolong sampaikan salam I pada Aqil ya!”
“Insya’Allah. Jumpa lagi, Assalamulaikum.” aku menutup bicara.
Selepas salamku dibalas, Sara bergegas pergi. Peliknya, dia turut membawa layang-layang Aqil itu bersamanya. Mungkin dia ingin membuang layang-layang itu ke dalam tong sampah. Dugaku. Biarlah! Lebih baik dia membawa layang-layang itu jauh daripadaku. Kata hatiku sendiri.

Bersambung.....


 P/S : Terima kasih buat semua Pembaca JDC... entry kali ini AH letakkan dlm blog krn web Penulisan2u mengalami masalah. Insya'allah untuk bab seterusnya akan berada di P2u kelak. Komen2 membina daripada para pembaca budiman amat saya hargai. Semoga anda sekalian terus menyokong karya ini. Terima kasih!!!

Salam Ukhwah Dari Hati,

Friday, February 11, 2011

Aktiviti Wajib Setiap Tahun

Assalamualaikum n Salam sejahtera.

Dah terlalu lama x post apa2 en3 kat blog ni. X tau nak share ape. Tapi disebabkan tahap kebosanan yg melampau apabila tengok hanya post yang sama setiap kali masuk ke blog sendiri, Jadi AH rasa baiklah AH ceritakan apa2 yg sesuai dikongsi buat semua lapisan masyarakat tanpa memerlukan simbol 18SG, 18SX dan lain2.
Setiap kali bermula aje episod persekolahan dalam tahun baru, AH n the geng  ada projek yg perlu diselesaikan. Nak tahu ape? AH n the geng akan dilantik sebagai interior designer...tolong make up kan kelas Cikgu Suraya! Cikgu Suaraya ni sape? CIkgu Suraya ni kakak AH merangkap owner kelas ni, lah. Kebiasaannya AH n the geng akan ambil masa dlm 2 hari untuk settle kan semua. Belanja? Erm kita orang kontraktor bumiputera yang jujur. Hanya berbekalkan RM200 (hasil sumbangan budak2 kelas ni la) kita orang make over kelas ni supaya jadi cantik n ceria bagi memudahkan proses pembelajaran murid2 kelas ni.
Dipendekkan cerita, AH ada lah amik beberape keping gambar untuk simpanan sendiri... tapi kali ni AH share kan bersama. So tengok2 la apa-apa yg patut ya... :)


Hari Bertugas  : Sabtu (hari sekolah ganti) & ahad
Masa              : 7.30 pagi - 3 petang 
Sasaran          : 6 Cemerlang 


Bermula kisahnya....




Masa ni, cikgu sains tgh mengajar...kita orang kat belakang wat kije dam2 ja la. Tapi budak2 dalam kelas ni, asyik dok toleh kat kita orang kat belakang, suka sangat tengok kite orang duk potong alas meja yang kiteroang beli 12 meter panjangnya.. bukan main susah nk potong... setiap kali budak2 ni toleh AH akan tunjukkan simbol peace..pastu budak tu terus pandang depan balik sambil senyum2... malu la kot tu.. ha2 sopannya.. anak sapa la tu yer.. pic ni AH snap senyam2..bak kate industan chori chori chupke chupke... 


Macam inilah keadaan kelasnya sebelum kita orang masuk campur. Macam tongkah yang pecah dan pecah sekali lagi...apapun setelah kita orang buat penilaian, kiteorang berkeputusan untuk tidak merubah beberapa hasil tangan kitaorang tahun lalu sebab ianya masih baik dn boleh digunakan. so, tak payah membazir duit dan masa... renda tak payah tukar... alas papan kenyataan pun x payah tukar. Next year, kalau nk tukar warna baru tukar semua...


Pic ni pula AH amik setelah selesai fasa pertama. membalut meja anak-anak didik! He3 




Bersepah benar...inilah yg berlaku sepanjang proses menyiapkan kelas ni... pening gak kepala mula2..tp enjoy ja la..dah janji nk tolong..kenalah juga habiskan.. tp hati iklas... he3

WALLPAPER.. haha. disebabkan tahun ni x cat... dinding depan pula penuh dengan cop mohor tapak kasut. Maka AH n the geng buat keputusan utk pasang wallpaper aje... Utk mengekalkan konsep penjimatan, kiteorang hanya beli kertas pembalut hadiah yg rupenya ala2 wallpaper pastu kiteroang ukur penuh teliti and then lekat sendirilah... in baru siap sikit. Sat lagi ada gambar penuhnya ya.. tunggu...

Ini pula luahan2 tak puas hati buat geng2 yg asyik makan ja... keje x siap2 juga. tapi kenapa AH rasa dorang macam tujukan sentence tu pada AH ja...Haha.. teruk betullah dorang ni.. sampai hati!Huh!

Cantik tak? Cakap cantik dah la. penat dok siapkan benda alah ni sampai pukul 3 pagi. Selain buat kerja kontrak ni, kiteorang turut menyediakan perkhidmatan mmbuat Jadual tugasan dan lain2. Inilah hasilnya...


Dalam kesibukkan membuat kerja, AH sempat juga snap pic ni. Bukan apa, teringat zaman sekolah2 dulu. Ade gak wat xperimen cam gini... he3 Korang ingat lagi tak?Ingat kan....

Punyalah dasyatnya Ah n the geng ni, sampai langsi ni pun kiteorg supply. Home made taw! Kire pakej la. Tinggal tingkap tu ja kiteorg x taw sape yg buat. So ade sapa2 yg berminat ngan perkhidmatan kami, contact la yer...

Malasnya nak upload pic banyak2.. jadi kesudahnyanya korang saksikanlah sendiri ya. Setelah semuanya selesai disiapkan dengan penuh dedikasi..... Jom tengok apa jadi....








Taraaaaaa.....inilah hasilnya.... puas hati tengok suma dah jadi cantik dan berseri2 walaupun kiteorg x gunakan fabuloso... So, utk tahun ni...siap dah semuanya... utk tahun depan...tahun depan kita fikirkan konsepnya... tahniah buat geng2 semua yg tak berkira kerja...buat aje apa yang ada walau penatnya tuhan saja yang tahu. PUAS HATI. 

Haha...dengan bangganya, amik pic ini setelah kije siap..muka penat..tp tetap cool mcm xde ape2 yg berlaku.. he3... 

Terima kasih buat semua pembaca yg selalu singgah blog AH..cerita2 n pic mcm ni mmg exclusive dalm blog AH ja.. tempat lain xde. Ha..siap da entry kali ni... tak taw nak tulis ape lagi dah.. jumpa lagi next en3 lah yer semua... Assalamualaikum n Daaaaaaa.....................

Sunday, January 9, 2011

Jemput Baca


Akan Datang

Sunday, January 2, 2011

Projek terkini?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH SWT kerana Dia memberikan kita satu lagi kesempatan untuk berada dalam tahun baru. Pertama-pertamanya...AH nak ucapkan selamat tahun baru buat semua, AH tahu semua ada azam yg tersendiri kan? Bagus! Pada anda yg masih x dpt capai sasaran yg dibuat pada awal tahun 2010 yg lalu...it's ok..forward ke tahun 2011...sampailah azam tu bjaya dicapai! AH doakan semua insan2 yg berazam, mampu merealisasikan azam tersebut sebelum 2011 melabuhkan tirai....lama lagi tu.. chayokk!!! Dan semoga juga...dalam mempatri azam yg baru saja di update untuk dicapai...janganlah lupa selitkan sekali azam yg pada AH paling penting iaitu memperbaharui iman dan menjadi manusia yg lebih baik dr pelbagai aspek! Bukan apa...kita pun x tahu bila kita nak dijemput pulang kan? Kalau dah tahu lain cerita...senang sikit! Apapun AH sentiasa doakan anda semua, xspecially yg selalu menyengah masuk ke dalam blog AH ni...semoga memperolehi yg terbaik dalam hidup...Doakan AH juga yer....

Panjang pula mukadimahnya....Oraitttttt! Now kembali pada tujuan asal. Ada yang bertanya pada AH, selepas Cinta Dari Istana, apa pula projek AH? Thnks kpd insan yg bertanya itu...Ini jwpn AH secara rasmi ek! :)

Untuk tahun 2011, AH cuma nak siapakan 2 buah manuskrip untuk novel;

1. Jauh Dari Cinta, seperti mana yg semua rakan2, adik2, kakak2 dan yg sewaktu dengannya boleh baca bab2 awal yg AH link kan dalam blog AH ni... (Insya'allah manuskrip penuh akan siap selewat2nya bulan 3!)
2. Sebuah manuskrip yg sudahpun mempunyai rangka cerita yg lengkap dlm kepala AH ni tetapi AH masih belum decide tajuk awalnya disebabkan oleh beberapa perkara yang perlu difikirkan semula. Ceritanya tentang apa? tunggu ya....

Itu saja manuskrip yg akan AH siapkan utk tahun 2011...erm..jadi kalau dihitung dan ditolak dengan harga novel Cinta Dari Istana yang baru beberapa minggu dipasaran, para pembaca bolehlah mula menabung dari awal kerana AH jangkakan harga bagi kedua2 novel ini (setelah mengambil kira bilangan muka surat) adalah sebanyak RM47.80 (RM23.90 x 2 buah) bagi semenanjung Malaysia dan RM53.80 (RM26.90 x 2 buah) bagi Sabah & Sarawak...Saranan AH, sehari 50sen pun cukup kalau ditabungkan...Ha2 mcm pegawai AKPK plak dah...

Takkan tu aje karya AH sepanjang tahun 2011?

Oh..nak lagi ke? Ha2 AH dah tahu dah.. that's why AH dah sediakan 2 hadiah untuk semua pembaca2 setia  AH...nak tahu apa hadiahnya? Jeng..jeng..jeng......tarraaaaaaaaaa.....




AH suka menulis cerpen ni sebab...cerpen ni tak macam karya AH yg lain... AH menggunakan lebih banyak dialog dan AH juga menggunakan gaya bahasa yg santai...So kalau nak releks2 bolehlah baca Budak Newspaper ni ek! :)

dan 1 lagi ialah...


Yang ini pula AH tujukan KHAS buat semua pembaca setia novel CINTA DARI ISTANA. Sebab ada yang kata pada AH..."Kan bagus kalau dapat tahu isi hati Ra'if Arjuna!" Jadi AH create kan satu kisah pendek supaya semua pembaca dapat tahu apa yang tersirat dalam hati insan yg bernama Ra'if Arjuna ni. 

Untuk pengetahuan semua juga..kedua2 cerpen di atas akan berada di penulisan2u insya'allah dalam bulan Januari ini juga...kalau da publish nanti AH maklumkan ya...kalian click aje pada tajuknya....

Itu aje?

Yup! Tepat sekali. Buat masa ini, hanya karya ini saja yg dapat AH persembahkan kpd umum... kalau ada yang lain, insya'allah AH akan maklumkan. Mungkin ada lagi pada bulan depan, mana nak tahu kan! sebab idea ni boleh muncul bila2 masa...kadang2 time nak terlelap pun ilham boleh sampai... Jadi.. thanks buat semua pembaca yg rajin membaca dan meninggalkan komentar2 yg membina buat AH...Ikhlas dari hati AH, tanpa anda...semua karya AH tidak ada maknanya.... Jumpa lagi next en3... Assalamualaikum dan Salam Ukhwah dari hati....

Wednesday, December 15, 2010

Cinta Dari Istana - Dialog Catch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulllah, akhirnya novel CINTA DARI ISTANA akan menemui semua pembaca di pasaran. Jadi sebelum semua dapat membaca kisah ini dari awal hingga akhir, ada baiknya AH memperkenalkan dahulu hikayat  CINTA DARI ISTANA buat tatapan semua. Terima kasih tidak terhingga buat pembaca yang sudi menjadikan novel CDI ini sebagai tatapan dan koleksi. Buat anda yang sudah lama menantikan CDI, AH ingin juga mengucapkan setinggi gunung terima kasih. Tinggalkanlah sepatah dua kata sebaik sahaja anda habis membaca karya ini agar AH dapat memperbaiki kekurangan yang tidak dapat AH nampak dengan mata kasar. Akhir kata,   terima kasih atas sokongan anda semua. Ketahuilah, AH amat-amat menghargai anda sekalian. 

MEMPERSEMBAHKAN


SUDAH SELAYAKNYA SEORANG PUTERI MAHKOTA JATUH CINTA DENGAN PUTERA RAJA, TAPI YANG MENJADI MASALAHNYA IALAH PUTERA RAJA YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PUTERI MAHKOTA ITU BUKANLAH DARI KALANGAN KERABAT DIRAJA, SEBALIKNYA DARI GOLONGAN RAKYAT BIASA. PENDEK CERITA PUTERA RAJA RAKYAT BIASA! JADI,  MANA MUNGKIN TUAN PUTERI NAK MENGAKUKAN!

“Kenapa gabra sangat ni? Jantung awak berdegup laju ya?” Ra’if Arjuna mula bersuara.  Kali ini aku dapat melihat jelas senyuman pada bibirnya.
“Tidak!” Segera aku menyangkal.
“Atau ada rasa pening, macam nak pitam? Gemuruh satu badan, betul tak? Nafas rasanya tersekat-sekat? Sah! Memang sah yang awak dah jatuh cinta dengan saya, kan?”
Aku memejamkan mata, tidak bersedia untuk mendengar kalimah-kalimah cinta. Belum cukup berani memberikan hati kepada lelaki itu. Isy, merepek!
“Abang Arjuna, maafkan Piya, sebenarnya Piya masih belum bersedia lagi untuk itu.” Jujur, aku berterus terang.
“Mustahil! Mak cakap Piya dah bersedia.”
“Bersedia? Bilakah masanya Piya mengatakan begitu pada mak cik?” Segera aku membidas pernyataan yang tiada bukti kukuh itu. Hati bertambah resah.
“Abang Arjuna, sememangnya itulah kenyataannya. Piya tidak pernah bersedia untuk semua itu. Hati Piya masih belum terbuka untuk menerima cinta daripada sesiapa juga. Maka, janganlah Abang Arjuna terus memaksa Piya,” pinta aku tanpa memandang wajah Ra’if Arjuna.
“Apa yang awak merepek ni, Piya? Awak ingat saya suka kat awak ke? Helo, tolonglah jangan berangan yang bukan-bukan boleh tak? Bila mak saya cakap, saya suka kat awak pagi tadi, awak pun terus percaya, kan? Tolong jangan merepek. Itu tak akan terjadi! Mak cakap, awak dah reti buat air, jadi saya nak awak siapkan saya secawan Nescafe. Itu saja! Takkan itu pun awak masih tak reti nak buat?” Gelak Ra’if Arjuna akhirnya meletus, jelas kuat kedengaran.
Sempat juga aku memandang Ra’if Arjuna sekilas sebelum berlalu mendapatkan anak tangga dengan langkah yang laju bila saja laluanku tidak lagi dihalang Ra’if Arjuna. Cis! Sanggup Ra’if Arjuna mempermain-mainkan beta!

MALU! SEJAK DARIPADA ITU, TUAN PUTERI DAPAT MERASAKAN BAHAWA SIMPTOM-SIMPTOM CINTA SEPERTI YANG DIPERKATAKAN OLEH RA’IF ARJUNA MEREBAK DALAM HATINYA. TUAN PUTERI NYATA SUDAH JATUH CINTA! TIDAK LAGI KISAH WALAUPUN RA’IF ARJUNA, BERSTATUSKAN DUDA. BILA CINTA, SEMUANYA TIDAK MENJADI APA, HATI TUAN PUTERI YAKIN DENGAN IKLAS CINTANYA. TAPI TUAN PUTERI LUPA, TEPUK SEBELAH TANGAN TETAP TIDAK AKAN MENGHASILKAN BUNYI WALAUPUN DIA BERTARAF PUTERI RAJA...

            “Sejak kebelakangan ni saya tengok mak saya macam nak satukan kita berdua. Jadi kalau boleh, saya tak nak itu berlaku.” Lancar saja kata-kata itu keluar dari mulut Ra’if Arjuna.
“Tapi mengapa?” soal aku perlahan.
“Jangan kata Piya, kalau tuan puteri datang depan saya sekalipun, saya tetap tak akan berganjak daripada keputusan ni sampai bila-bila. Saya tak nak mengkhianati cinta arwah isteri saya. Terlalu banyak dia korbankan semata-mata ingin memberikan saya kebahagiaan.”
Tertunduk aku mendengar pengakuan itu.
“Piya bukanlah orang pertama yang cuba disatukan dengan saya. Sebelum ni pun dah ramai dah, tapi tak ada satu pun yang berjaya. Jadi saya sekadar nak ingatkan Piya, apa saja yang mak saya katakan pada Piya, jangan Piya bersetuju kerana takkan mendatangkan hasil. Piya buat kerja Piya macam biasa dan saya akan kekal sebagai majikan Piya sampai bila-bila.”
Kurang sopan! Dengan teganya Ra’if Arjuna reject beta, puteri Sri Alamar! Rasa tidak puas hati muncul lagi. Mungkin akulah satu-satunya puteri di alam fana ini yang kena reject cintanya. Oleh rakyat biasa pula tu! Sungguh tidak aku berpuas hati!

TUAN PUTERI PANAS HATI BILA RA’IF ARJUNA TERLEBIH DAHULU MENGHUMBAN CINTANYA SEBELUM SEMPAT ADA LUAHAN CINTA DARIPADA DIRINYA. TUAN PUTERI KECEWA, NAMUN HATINYA SENTIASA SAJA DAPAT MERASA TITIS-TITIS KASIH BUAT RA’IF ARJUNA. APABILA RAHSIA HATI RA’IF TERBONGKAR, TUAN PUTERI BUKAN MAIN SUKA. CUMA TUNGGU MASA MENDENGAR RA’IF MENGESAHKAN SEGALA. TAPI RA’IF LAIN PULA CERITA, TIDAK MAHU MENYUARAKAN RASA HATINYA. TIADA KEBERANIAN ATAU MUNGKIN SENGAJA MEMBUAT TUAN PUTERI TERTANYA-TANYA?

            “Piya!” Ra’if Arjuna memanggilku sebaik saja aku ingin berjalan memasuki rumah. Aku menoleh kepadanya yang sudah beberapa tapak aku tinggalkan.
“Saya ada hal nak cakap sikit.” Suara Ra’if Arjuna sedikit bergetar. “Sebenarnya saya...” Sukar benar dia mengeluarkan kata. Dia tertunduk dengan katanya yang tersekat-sekat itu.
“Apa sebenarnya, Abang Arjuna?” Aku sergah saja dirinya dengan persoalan itu apabila tidak tahan menunggu lama di situ.
“Saya saja nak bagi tahu yang saya dah hantar nasi goreng tadi. Yang awak serius sangat tu kenapa?” Laju pula Ra’if Arjuna mengeluarkan kata-kata itu.
Aku pula yang menjadi malu. Ingatkan tadi, Raif Arjuna ingin membuat pernyataan rasmi tentang cintanya. Cis, buat dada beta bergetar sahaja, getusku dalam hati.

TAKDIR MENENTUKAN SEGALA. DI HARI KELAHIRAN TUAN PUETRI YANG DIREKA-REKA, RA’IF ARJUNA MELAMAR RASA..

            “Rasa kasih buat Abang Arjuna. Piya sungguh bahagia. Cuma satu yang Piya ingin Abang Arjuna tahu.” Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung kata.
“Piya hadir dalam hidup Abang Arjuna bukanlah untuk menggantikan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Asalkan Piya dapat duduk menumpang di hati Abang Arjuna, itu sudah memadai walaupun kedudukan Piya tidak sebaris dengan tempat Warda di hati Abang Arjuna. Jadi tidak perlulah Abang Arjuna merasakan bahawa kehadiran Piya akan menggugat cinta Abang Arjuna pada Warda kerana Piya tahu Abang Arjuna mencintai Warda terlebih dahulu. Anggap sajalah Piya hanya serpihan-serpihan cinta Warda yang masih tertinggal untuk Abang Arjuna.” Aku meluahkan segala apa yang terpendam selama ini.
            “Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Warda di hati saya. Tapi itu bukan bermakna Piya tidak mempunyai tempat di hati saya. Piya sebenarnya sudah lama mendapat tempat yang cukup istimewa di hati saya. Cuma selama ini, saya yang enggan mengakuinya. Kononnya mempertahankan cinta kepada Warda. Tapi saya terlupa, cinta itu adalah milik Allah, bila Allah menghendaki untuk menyerahkan cinta itu kepada saya. Saya takkan mampu menolaknya, walau apa jua caranya. Piya tak perlu menggantikan Warda kerana Piya bukan pengganti tetapi Piya sebenarnya adalah penawar kepada kesunyian hati saya. Penawar yang sentiasa saya perlukan di sisi.”
            Hampir saja menitis air mata bila Ra’if Arjuna berbicara daripada hatinya. Rasa seperti istana cinta kami sudah siap terbina. Jejantas angkasa umpama penghubung cinta aku dan Ra’if Arjuna. Cinta yang dulunya cuba aku elak dan cuba aku sangkal atas alasan darjat dan kedudukan. Kononnya aku tidak mahu mengulangi jalan cerita yang telah almarhum ayahanda lalui. Berkahwin dengan rakyat biasa, yang akhirnya hanya menimbulkan dendam.

CINTA BERSEMI UMPAMA OASIS KASIH YANG KIAN MENGHEMBUS MENIUPKAN BAHAGIA. NAMUN, YANG NAMANYA RAHSIA, TETAP AKAN PECAH AKHIRNYA. YANG BERNAMA PUTERI MAHKOTA TAK MUNGKIN PULA MENJADI RAKYAT BIASA. RA’IF ARJUNA BENAR-BENAR MARAH, MELEBIHI MURKA SANG RAJA!

“Abang Arjuna, tidak bolehkah Abang Arjuna memaafkan Piya? Tidak bolehkah Abang Arjuna padamkan rasa marah itu dengan cinta ikhlas Piya kepada Abang Arjuna? Piya akan menderita tanpa Abang Arjuna di sisi.” Aku menarik baju Ra’if Arjuna. Menggenggam kuat bajunya yang sempat aku capai itu. Kini air mataku menitis kembali.
“Jangan berani sebut pasal penderitaan. Siapa yang menderita sebenarnya? Saya atau awak? Kenapa berbohong? Mempermainkan hati dan perasaan saya? Awak sendiri tahu kan apa yang dah jadi pada mak saya? Macam mana kalau orang tua tu tahu semua ini? Apa pula yang saya nak cakapkan pada Puteri bila dia bertanyakan awak? Kononnya Aduka tu abang kandung awak, padahal...” Ra’if Arjuna ketawa sinis.
“Sudahlah, saya tak mahu merampas apa-apa daripada orang lain. Cukuplah, Piya, dengan semua tipu daya awak selama ini. Pergilah... Jangan sekali-kali datang lagi ke sini. Mulai hari ini, saya tak pernah kenal awak. Cinta saya pada awak dah mati!” Ra’if Arjuna menggenggam erat tangannya. Hatinya yang bergelora jelas ketara.
Aku faham benar maksudnya itu dan aku tahu aku tidak akan dapat apa-apa lagi di situ. Orang istana yang lain sudah mula bergerak keluar mengikut arahan Dato’ Andika. Dato’ Andika menghampiriku dan memandangku dengan penuh pengharapan, agar aku faham bahawa aku sudah tidak dialu-alukan lagi di rumah itu.

PERPISAHAN MENYEKSA JIWA. TUAN PUTERI DIBUANG JAUH DARIPADA KASIH DAN CINTA RA’IF ARJUNA. MARAH DAN BENCI MENJARAKKAN, TAPI RINDU SENTIASA MENDEKATKAN. NAMUN TAKDIR YANG ESA, TIADA SIAPA YANG MAMPU MENCAMPURINYA. PERTEMUAN YANG SEPATUTNYA MEMBAHAGIAKAN TUAN PUTERI TELAH MENJADI NOKTAH CINTA YANG MEMERITKAN HATI...

“Puteri Mahkota Nur Shaafiah... tunggu!”
Terdengar jeritan Ra’if Arjuna memanggilku dengan gelaran itu, menjadikan aku semakin sakit hati. Ternyata sudah Ra’if Arjuna luputkan semua kenangan dan ingatan yang mendasari hati selama ini.
“Puteri apa khabar?” Ra’if Arjuna mula bersuara.
Titisan air jernih mengalir lagi saat suara yang terlalu lama aku rindukan terdengar di telinga. Serasa seperti kebahagaiaan mula menyapa mesra. Namun apa gunanya aku terus terperangkap dengan kebahagiaan sementara itu. Sudah jelas dan nyata, aku tidak boleh mengharap apa-apa lagi detik keindahan bersamanya. Dengan semua yang telah berlaku, aku harus juga belajar untuk memahami segalanya.
“Usahlah Abang Arjuna bertanyakan perkhabaran Piya lagi buat selama-lamanya. Kebahagiaan mahupun penderitaan yang Piya lalui, sudah tidak ada kaitannya dengan Abang Arjuna. Apa pun, rasa kasih atas hukuman yang Abang Arjuna jatuhkan pada Piya. Hukuman ini akan Piya jadikan pengajaran yang cukup berharga buat selama-lamanya. Abang Arjuna teruslah berbahagia.” Aku luahkan apa yang aku rasa. Aku tahu dia sedang berbahagia.

APA YANG TERJADI SEBENARNYA? MENGAPA TUAN PUTERI MENJAUH RASA? ADAKAH KECEWA BERSARANG DI JIWA ATAU DERITA YANG MENGHAMBAT  CINTA? SIAPA YANG PALING LAYAK MERAJUK DAN SIAPA PULA YANG PATUT MEMUJUK? TUAN PUTERI ATAU RA’IF ARJUNA? PERSOALANNYA, PANTASKAH TUAN PUTERI MELEPASKAN ISTANA DAN HIDUP DENGAN RAKYAT BIASA HANYA KERANA SEBUAH CINTA?  

KESUDAHANNYA HANYA TERTULIS DI DALAM NOVEL CINTA DARI ISTANA! DAPATKANNYA DI PASARAN!!!



Saturday, December 11, 2010

Cerpen KHALIFAH CINTAKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini AH nak berkongsi sebuah karya yang AH ilhamkan, tajuknya KHALIFAH CINTAKU. Setiap daripada kita yang bergelar HAWA di dunia ini pasti akan dikurniakan seorang KHALIFAH yg bakal bertanggungjawab memimpin tangan kita melalui jambatan syurga..semoga saja dengan membaca cerita pendek ini anda semua dapat menemui mesej yg tersembunyi di sebalik intipati karya ini... Komen dr anda sekalian amatlah diharapkan memandangkan anda saja yang mampu menemui titik-titik kesalahan yg tidak terlihat dek mata kasar AH. Semoga anda menyukai karya ini...


Klik tajuk di bawah untuk baca

Friday, November 26, 2010

Apabila Rahsia Terbongkar

Assalamualaikum & Salam Ukhwah!

Tak ada apa yang menghairankan bila AH x update blog AH sebab AH memang bermasalah bab nak meng-update blog. seperti selalu, tiap kali nak update blog, virus M.A.L.A.S pun menyerang sebelum sebelum sempat AH berbuat apa2. Tapi hari ini lain sikit, awal2 lagi AH dah suntik vaksin R.A.J.I.N sebabnya dah hampir 2 bulan AH x memberi nafas baru pada blog AH ni. Puas AH fikir nak bercerita pasal ape pula kali ni, fikir punya fikir...TING..TING..TING ilham mari tanpa diduga! Hari ni AH nak kongsi kisah yang telah berjaya membuat AH malu satu ALAM...satu alam taw, bukan 2 Alam....!!! he2

sebenarnya Ah sendiri dah tak ingat pasal benda ni, almaklumlah pendek ingatan! Nak dijadikan cerita, one day kakak AH ada tanya satu soalan kat AH, dialognya lebih kurang mcm nilah

K.Ajut : Wey Adah, dulu ko ade tulis novel dalam buku nota sekolah orang tak?
AH      : Mana ada, awatnya?
K.Ajut : Kau jangan tipulah (lepas tu dia gelak mcm ni..Hahahahahahahahaha)
AH      : Apasal ko gelak? (Sambil buat muka blur)
K.Ajut : Hari tu orang selongkar kat bilik sebelah, cari buku MUET. Lepas tu orang jumpa novel yang ko tulis dalam buku sekolah orang. Hahahaha...(dia gelak lagi) Apasal ko tak tulis dalam buku sekolah sendiri?
A H     : Takde manenyer...bukan tulisan orang tu!
K.Ajut : Tulisan ko lah, ingat orang tak kenal ke? ayat dah la klakar! hahahaha..(dia gelak sekali lagi)
AH      : (Terkedu lidah, otak pula don pusing, betul ke aku yang tulis?)
K.Ajut : Yang klaka tu ko tulis macam ni "Kalau Neuton mengatakan bhw setiap barang yg jatuh ke bumi adalah krn daya tarikan graviti bumi, bagiku airmataku yang jatuh itu adalah kerana daya tarikan pipiku yang malunya separuh bumi bimasakti ni"..hahahahahaha (dia gelak lagi,,boleh pulak dia ingat ayat tu sebiji2!)
AH      : Tak ada makne orang nak tulis mcm tu de (Aku bantah! malu punya pasal!)
K.Ajut : Orang ada buktilah (penuh confident)
AH      : (Aku naik takut...betul ke ni?)
K.Ajut : Yang tak tahan tu, ko punya ayat2 cinta "Cintaku hadir bukan untuk diuji" kahkahkahkahkahkahkah (kali ni lagi galak dia gelak) Jiwang menusuk ke tulang! kahkahkahkahkah (gelaknya yg x bisa berhenti)
AH      : Ko tipu, selagi orang tak tengok bukti org tak percaya. Kalau orang tulis, mestilah orang ingat! tah2 tulisan ko, kan ke tu buku ko? (Berusaha mempertahankan diri walaupun da mula goyah)
K.Ajut : Ala memang tulisan ko pun, tak payah nak nafi2lah. Jom orang tunjuk bukti!

SELANG BEBERAPA MINIT.....

K.Ajut : Ini ape ke bendenya?





ALAMAK! tengok ja bukti2 yang berkenaan AH terus tersenyum simpul! Memang TEPAT SEKALI SEMUA DAKWAAN kakak AH tu...
AH      :  'Ha2 macam mane la aku bley lupa impian nak jadi penulisa zaman remaja dulu nih! (ckp dlm hati ja, senyap2)
K.Ajut : Kahkahkahkahkahkah...orang cakap ko tak nak percaya! KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH (dia gelak sampai malam!)
AH      : (Berasa amat malu dan sakit hati!)

T.A.M.A.T

jumpa lagi next entry :)