Sunday, August 24, 2014

SECOIT JDC

SECOIT JDC




Seusai berdoa, Nysa segera mendapatkan tangan Aqil untuk bersalaman. Lebar senyuman Nysa mengiringi. Itulah rutin mereka jika Aqil tidak dapat menunaikan solat tarawih di masjid atas urusan kerja. Nysa akan menunggu Aqil pulang dan mereka akan berjemaah di rumah. Aqil sebagai imam dan dia sebagai makmum tunggal buat masa sekarang, sebelum Farisha Safina, anak comel mereka membesar dan bertanggungjawab melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim.
            “Alhamdulillah. Terima kasih abang sudi jadi imam Nysa.” Masih bersimpul senyuman Nysa bersama sebuah rasa kesyukuran yang sentiasa tersemat dalam hati atas anugerah indah yang dikurniakan oleh Illahi.
            “Nysa juga. Terima kasih bagi kepercayaan pada abang untuk jadi imam dalam hidup Nysa.” Kini giliran Aqil kuntumkan senyuman. Sama lebar dengan senyuman isteri tercinta. Bertuah kerana dia antara insan terpilih yang diberi kesempatan untuk mendapat peluang kedua. Dia takkan sia-siakan peluang yang sudahpun dalam genggaman. 
            “Kita ni tak habis-habis dengan terima kasih kan?” Sejenak Nysa tersedar. Entah sudah berapa banyak kali mulut melafaskan kata yang sama.
            “Eh, mestilah. Pada abang ucapan terima kasih tu penting, sama macam pentingnya antibiotik.” Aqil mengutarakan teorinya secara tiba-tiba. “Kalau antibiotik tu fungsinya untuk lemahkan atau bunuh bakteria dalam badan, terima kasih ni pula dapat bunuh semua rasa-rasa yang tak best dalam jiwa. Hah, contohnya, bila orang cakap terima kasih, kita pun rasa happy kan? Masa happy sampai, semua rasa-rasa yang tak enak pun hilang. Betul tak?” Lancar sahaja lidah Aqil membentangkan teorinya.
            Betul, tapi Nysa kurang setuju. Pada Nysa ucapan terima kasih ni tak sesuai  duduk dalam ketegori ubat-ubatan. Sebab ubat-ubatan ni biasanya kita hanya ambil bila ada masalah kesihatan aje. Tapi ucapan terima kasih ni kita boleh cakap bila-bila masa. Tak payah nak tunggu orang lain tolong kita buat sesuatu baru nak ucap. Pada Nysalah... ucapan terima kasih ni macam gift. Valuable gift yang kita boleh bagi pada sesiapa aje yang kita nak tanpa perlu ada alasan. Sesuai untuk diucapkan setiap masa.”
            “Eh... eh... dia ni. Teori abang, suka hati abanglah.” Aqil tarik muncung.
            “Mana boleh sesuka hati keluarkan pendapat.”
            “Kenapa pula tak boleh sayang?” Aqil cubit manja pipi Nysa. “Kita duduk kat negara demokrasi tau. Kebebasan bersuara dah jadi hak kita sebagai rakyat Malaysia. So kenapa pula abang tak boleh bagi pendapat abang?”
            Nysa alihkan tangan Aqil. Bersedia untuk lari. “Sebab pendapat abang tak sebernas pendapat Nysa.” Nysa ketawa. Misi menyakat berjaya. Cepat-cepat dia bangun sambil angkat sejadah.
            “Nysa!!!” Aqil geram. Namun hatinya terhibur dengan keletah Nysa. Geram-geram sayang kata orang. Sebenarnya masih ada ruang untuk Aqil sangkal semuanya. Tapi sengaja Aqil enggan memanjangkan perbualan kerana dalam diam hati juga bersetuju dengan padangan isterinya. Lagipun, sesekali biar isteri menang, takkan jatuh maruah seorang suami. Rasullulah Saw, semulia-mulia insan itupun pernah kalah ketika berlumba lari dengan isterinya, Aisyah. Inikan pula dia yang tidak punya apa-apa darjat di sisiNya. Malah Aqil yakin dengan percaturan itu, dia akan mendapat tempat yang lebih luas di hati seorang isteri. Jangan takut untuk memberi kebahagian, kerana kebahagian itu akan kembali pulang kepangkuan dengan sendiri. Itu yang Aqil belajar. Belajar daripada seorang isteri.... TAMAT



Kata AH:
Alhamdulillah. Terima kasih buat pembaca yg sudi berkunjung ke teratak AH lalu mmbaca lanjutan kisah Nysa n Aqil. Secoit JDC AH tujukan buat mereka yg merindui Nysa n Aqil. Insya'ALLAH. kalau ada kesempatan mungkin ada Secoit JDC yang lain pula. hi2 Terima kasih krn setia membaca karya2 AH. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

8 comments:

Bella Daud said...

secoet pon secoet ler ....janji dapat hilangkan rindu.....nanti buat untuk Jangan Jatuh Cinta lak yer....suka3........

Syahafiza Mat Denan said...

Rindu kt depa 2 ni...slmt hari raya AH.

WAN ROBEAHTUL ADAWIYAH BT W HAMID Adawiyah said...

Secoet tp best... aqil oh aqil... wah nysa makin selesa menyakat aqil.... selamat hari raya AH...

Ferra Leza said...

secoet pon ok la tu.. hehehe... tuxedo bergerak mana sis??? rindunya kat dia.. heehehhe...

nana said...

Nk secoit lg :-)

Anonymous said...

Secoet pun cukup utk mengubat rindu pada Akil&Nisa.

NasmaN NamaKu said...

alaaa....dh hbis ke?

baru nak fefilin hafuzul kamal (aqil) kejar anzalna (nysa)..
hahhahaa..

anyway,thanks and congrats for nice story ^_^

Anonymous said...

Saya nak beli novel jauh dari cinta karya ada hamidah...

Post a Comment