Sunday, March 25, 2012

Saat Ada Cinta - Bab 1


1
SUDAH beberapa kali aku jengahkan kepada, melihat kawasan balai ketibaan. Namun jangan katakan orangnya, bayang Zulhairi pun belum kelihatan. Mataku mula memberontak, memaksa untuk dipejamkan. Mana tidaknya, sudah hampir jam satu pagi. Kalaulah Zulhairi itu bukan berstatus kawan baikku, dah lama aku angkat kaki, meninggalkan lapangan terbang.
            Aku berjalan lemah, melangkah ke arah kerusi yang telah tersedia. Sudah tidak larat untuk terus berdiri. Ditambah pula dengan kesejukkan yang menggigit tubuhku, ada baiknya aku pejamkan mata di situ dan tidur sekadar perlu. Setidak-tidaknya masaku tidak terbuang.
            “Woi, nak tidur baliklah rumah”
            Lena yang baru saja tercipta, dikejutkan dengan suara yang sepertinya ditujukan khas buatku. Pantas mata yang tadinya seperti telah hilang tongkatnya sudah mampu kembali berdiri sendiri.  
            “Hoi, Zul. Sampai pun kau. Ingatkan kau sesat!” aku buka tawa. Akhirnya, aku boleh keluar dari bangunan yang sejuk tahap beku itu.
            “Banyaklah kau punya sesat!” Zulhairi menolak kepalaku menggunakan majalah yang tergulung kemas digenggamannya.
            Aku gelak besar. Dah lama tak tengok Zulhairi marah. Hati mula senang. Dua tahun lelaki itu diperantauan, menyambung pelajaran memang membuatkan aku rasa kesepian. Mana tidaknya, dalam dunia yang aku hidup kini, aku rasa, aku hanya ada dia. Ya, hanya dia!
            “Kau tak nak tanya khabar aku, ke?”
            “Tanya khabar apa kebendanya, kau ingat kau kat mana? Kat UK lagi?”
            “Apa jenis kawanlah kau ni, Su. Paling tidak pun, kau tunjuklah muka happy kau sempena menyambut kepulangan aku ni. Ini tidak, muka baru bangun tidur juga yang kau persembahkan” Zulhairi mula membuka jaket hitamnya.
             “Adoi…dahlah, Zul, kau jangan nak merepek pagi-pagi buta ni. Jomlah gerak, aku dah mengantuk benar ni ha. Esok nak kena pergi kerja. Kau tu lainlah, tak kerja, boleh bangun lambat”  laju aku mengatur gerak, mula meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
            “Woi Su, kalau ye pun, tolonglah angkat beg aku ni?” Zulhairi cuba meminta bantuan.
            “Ah… angkat sendirilah. Kau kan ada dua tangan” aku tidak peduli. Dalam tawa yang panjang, aku kembali memperlahankan langkah. Mahu membiarkan Zulhairi menyaingiku.
            “Eleh, macamlah kau tak ada dua tangan!” Bebel Zulhairi kedengaran sebaik sahaja dia berada di sebelah, sama-sama mengatur gerak kaki.
Zul…Zul. Tak ubah-ubah perangai! Aku lagukan itu sendirian dalam hati yang kian senang dengan kembalinya dia di sini.

SEKETUL lagi daging panggang aku letakkan ke dalam pinggan. Aku tahu, Zulhairi dari tadi asyik tersenyum setiap kali melihat aku menyudu lauk untukku. Nak mengutuk aku makan banyaklah tu. Mujur emak dan ayahnya ada semeja, jadi aku pendamkan saja niat untuk mengarahkan Zulhairi daripada berhenti mentertawakan aku.
            “Yang kamu tersenyum-senyum ni kenapa, Zul?” tanya pak cik Ismail
            “Mana ada apa-apa, ayah” terkulat-kulat, Zulhairi menjawab pertanyaan ayahnya.
           Kini giliran aku menunjukkan senyuman. Baru senang hati nak makan. Sejak Zulhairi kembali, seleraku juga semakin meningkat. Ada tempat untuk mencurahkan rasa hati dan setiap yang terpendam sendirian selama ini
“Sejak Zul balik ni, mak tengok, Zul bukan main lagi senang hati. Ada apa-apa berita gembira nak kongsi dengan kami ke?” soalan mak cik Khamisah tepat untuk anak lelakinya.
“Berita gembira apanya mak? Tak ada apa-apalah” pantas Zulhairi membalas.
“Aik… dua tahun merantau jauh, takkan tak bawa balik calon menantu untuk mak dengan ayah?”
Jangan katakan Zulhairi, aku sendiri terkejut mendengar kata-kata yang disuarakan oleh mak cik Khamsiah. Aku tahu Zulhairi akan gagal menjawab pertanyaan itu, malah mungkin soalan itu lebih susah daripada pengajian Masternya semasa di UK. Perlahan-lahan aku tayangkan jari ibu tanganku buat tatapan Zulhairi.  Kalau diikutkan, memang aku mahu gelak besar melihat reaksi wajah Zulhairi. Namun tawa itu aku lepaskan dalam hati cuma. Tidak sopan pula, mentertawakan anak orang di hadapan orang tuanya.
“Apa mak ni… tanya soalan bukan-bukan depan Su” ketat paparan muka Zulhairi.
“Alahai…nak malu-malu bagai. Macamlah kamu baru kenal dengan Su ni semalam. Yang sebenarnya, kamu tu nak mengelak. Ingat mak tak tahu, ke?”
Kali ini, tawaku sudah mula menghasilkan bunyi. Tidak dapat aku tahan lagi. Pak cik Ismail turut sama tersenyum. Hanya Zulhairi yang kepanasan di meja makan itu. Pantas Zulhairi bangun dari duduknya, mahu meninggalkan semua yang ada. Kotak tisu yang terletak tidak jauh darinya dicapai, lalu dicampak ke arahku. Dengan tangkas aku mengelak dari sasaran.
“Tengok tu, tak boleh nak cakap langsung.” mak cik Khamsiah membebal lagi. Mendengar nada itu, aku kembali membetulkan posisi, lalu menyuap baki nasi yang tinggal dalam pinggan. Tidak mahu berbicara apa-apa. Ada baik duduk diam di situ. Tidak ikut campur tentang urusan keluarga mereka.
Zulhairi sudah hilang daripada pandangan walaupun tangannya masih belum sempat dibasuh. Entah kemana dia menghilang? Lelaki yang seorang itu memang takkan bagi peluang untuk sesiapapun bertanya tentang calon hidupnya. Aku sudah masak benar dengan perangainya.
“Mak cik tak faham betul dengan Zul tu. Asal sebut pasal kahwin je, terus lari. Entah apa masalah dia agaknya” masih ada rasa tidak puas hati yang diluahkan oleh mak cik Khamsiah.
“Belum bersedia agaknya tu” Pak cik Ismail, seakan cuba menjadi penyokong kuat anaknya. Mungkin kerana mereka sama-sama lelaki, maka dia lebih mengetahui.
“Tak bersedia abang kata? Dia dah masuk 33 tahun tau, bang. Sepatutnya dah jadi bapa orang. Habis tu nak tunggu sampai umur berapa baru sedia? 50 tahun? 60 tahun? Perkara ni tak boleh didiamkan”
“Awak ni… dah tu, awak nak buat apa? Takkan awak nak heret Zul tu ke pejabat tok kadi?”
Perlahan-lahan aku mengangkat pinggan apabila mendengar perbincangan hangat keluarga Zulhairi. Lebih elok kalau aku mengikut jejak langkah Zulhairi, menghilangkan diri. Kerusi aku tolak kemas, tidak mahu sebarang bunyi dihasilkan. Kaki mula membuka langkah menuju ke dapur bersama pinggan yang kupegang rapi.
“Apa susah, Suraya kan ada!”
Pang! Berderai pecahan kaca di lantai, lantaran pinggan yang aku lepaskan tanpa sengaja. Semuanya gara-gara namaku turut dibawa sama dalam perbualan mereka. Kenapa namaku terbabit sama?

“KALAU mak cik cari orang lain tak boleh ke, mak cik?” aku cuba menolak keras permintaan mak cik khamsiah. Mustahil untuk aku menunaikan permintaannya.
            “Tolonglah mak cik, Su. Su seorang aje yang sesuai” mak cik Khamsiah tetap cuba untuk memujuk.
            “Janganlah macam ni, mak cik. Serba salah saya dibuatnya. Mak cik pun tahukan, saya dengan Zul kawan baik sejak kecil. Susahlah mak cik”
            “Sebab mak cik tahu kamu kawan baiklah, mak cik nak minta tolong kamu, Su. Siapa lagi yang mak cik boleh harapkan? Boleh ya, Su?”
            Aku tertunduk lesu. Dalam ramai-ramai manusia dalam dunia ini, kenapa harus aku yang dipilih untuk menjadi telangkai? Aduhai, macam mana aku nak laksanakan misi ini? Aku tak rasa aku mampu. Buatnya salah cakap, silap haribulan, hubungan aku dengan Zulhairi pula yang retak seribu. Zulhairi ni pun satu hal juga. Mak ayah suruh kahwin, kahwin ajelah. Apa susah? Ni tak pasal-pasal aku pula terbabit sama.
            “Tengoklah nanti mak cik. Tapi saya tak janji yang Zul akan dengan cakap saya. Setakat nak cakap sikit-sikit, bolehlah kut” tanpa rela aku memberikan persetujuan. Apalah nasib aku ni. Masalah yang ada tak selesai, masalah baru pula sampai. Persoalannya, nak ke Zulhairi tu dengar cakap aku ni?

Bersambung... 

P/S : Assalamualaikum dan Salam Ukhwah buat semua pembaca. Jutaan terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa utk mmbaca karya terbaru AH. Kalau ada rezeki, Insya'ALLAH karya ini akan diterbitkan nanti. Sudi2kanlah meninggalkan jejak kata untuk dorongan dan tujuan mbaiki lagi mutu penulisan AH. Jumpa lagi utk next entry... 

Salam Sayang Dari Hati,
Adah Hamidah

17 comments:

~Cik MI~ said...

permulaan pun dah menark... sy tggu,kak..

fara said...

Kak, boleh request sinopsis x??
hehehe.. =)

Anonymous said...

Permulaan yg menarik . Best2 ! Tak sabar nak tau lagi . Mesti Su kena kawen ngan Zul kan ? Hee


syaza

Ema Emaharuka said...

Best best,
suke, sukeEe:)
apa yea agenda sue nanti:)

Adah Hamidah said...

Cik Mi : Terima kasih dik, terus ikutinya ek :)
fara : sinopsis? he3 fara, akak biasanya akan siapkan sinopsis after siapkan manuskrip... kalau dah ada nanti akak bagi ya... thnks fara :)
Syaza : Terima kasih Syaza... Su kawin dgn Zul? hi2 kita tunggu dan lihat ek... :)

Adah Hamidah said...

Thank Ema... sentiasa ada di sisi akak.. thnk dear ;)

ruby muksan reds said...

permulaan yg menarik.. :)

kak zu said...

Cerita baru Adah...maaf kak zu hampir terlupa.....permulaan yang menarik dan kak zu sukakannya......

idA said...

thumbs up..plot yg menarik..nak juga tahu zul tu ada hati juga kat minah tu..takut nanti zul sangka minah tu ambik kesempatan pulak kan..

~cik sRi Aihaa~ said...

nice3~
x sabar nk tunggu next episod~
:)

Azian Abd Hamid said...

Good starting...terus ter'suka'....dah mula x sabar nak tggu n3 seterusnya....harap terus sukses dgn 'buah tangan' nukilan hati yg memikat....TQVM!!!

NANIE said...

best..
tak sabar menunggu episod seterusnya..

dri_eni said...

Salam, cerita AH tak pernah menghampakan saya..and for this time again, saya teruja baca biarpun utk bab pertama...can't wait for next chapter...keep it up AH. :-)

cikjah said...

macam selalu....saya sentiasa tak sabar menunggu hasil tangan Adah...bab pertama dah rasa xcited...kalau boleh cepat2 sikit publish...

pnut said...

waaa...permulaan yg best..
mcm best jer jln cite ni...
congrats AH

Anonymous said...

Waalaikumusalam wbt....akan terus membaca karya Adah....@bluescarf

Anonymous said...

Salam.Adah tak nak terbitkan cerita ni ke? Boleh jugak dibeli dan disimpan buat koleksi.

Post a Comment