Sunday, September 4, 2011

Bersediakah Anda Mengetahui Pengakhiran Novel Jauh Dari Cinta?

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Akhirnya.... Alhamdulillah sedikit saja masa lagi, novel JAUH DARI CINTA bakal menemui anda di pasaran. AH nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat rakan-rakan pembaca yang selalu bertanyakan dan menantikan novel ini. AH berharap, semoga semuanya berpuas hati dan tersenyum lebar tatkala menemui titik noktah bagi kisah Nysa dan Aqil. Maaf kerana AH tidak dapat menghasilkan karya yang sempurna, namun AH telah berusaha keras untuk cuba menyempurnakan JDC pada pandangan semua. Harap semua sudilah menerima JDC apa adanya. Yang lebih UTAMA, semoga mesej yang cuba AH sampaikan melalui JDC menjengah dan singgah di hati anda semua. Itu lebih bermakna buat AH.

Insya'Allah, kalau diikutkan maklumat yang AH terima daripada pihak penerbit (KARYASENI), JDC akan mula berada di pasaran pada pertengahan september ini. Jadi mungkin dalam 1-2 minggu lagi. JDC boleh didapati di semua kedai2 buka yang berhampiran dan kalau nak lebih mudah dan murah, jadilah ahli KARYASENI dan tempahlah JDC secara online. Harapan AH, semua rakan pembaca, sudi2lah mengirimkan ulasan ttg JDC (apappun tak apa) utk AH senyum mana-mana yang patut, juga utk AH baiki mana-mana yang perlu. He3 Jadi AH attachkan bersama REAL COVER untuk JAUH DARI CINTA dan sinopsisnya. Jangan marah, Hijauuuuuu gitu.... he3 :) Jumpa lagi, daaa....


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
“Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?”
“Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu.”
“Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!”
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu.  Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia  buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
“Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni.”      
“Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas.”
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

11 comments:

yAyA said...

waa..teruja la tgk cover n bca sinopsis ni..
rsa x sbr nk bca..
cover cantik laa..:)

Wild Cherry said...

Waaa Fav Kaler WC tuuu.... Xsabar nak beli novel ni...

lara said...

BOLEH BELI TERUS DARI PENERBIT

Anonymous said...

berdebar2 nk tunggu JDC... huhuhu

-Limey-

nadiah_abdllah said...

akhirnya! maam tebal je kak adah? tak sabarnya nak order online! nasib baik final dah habis masa tu. yeay!

Anonymous said...

cita ni mmg bez laa k.adah...syes ckp!!...")

fara said...

siyes cuak bc title ni k adah..
ngah3... jgn la sad ending plak kak..
xkannnn???? hehehe.. nway, xsaba tggu
JDC berada dtgn.. hehehe.. =)

nadiah said...

saya tak tahu kenapa instinct saya kuat mengatakan nisa tak akan bersama dgn aqil.
apa2 pun, saya harap happy ending. :)

Anonymous said...

boleh beli trus dari penulis or penerbit?

Anonymous said...

novel jauh dari cinta buatkan saya terleka dan terbuai seketika, saya dapat merasakan kepahitan dan kedukaan Nysa, jalan cerita yang menarik dan tak jemu diulang baca, syabas penulis

Unknown said...

agak2 bila nk hasilkan Novel Jauh Dari Cinta versi farish Aqil? Teringin nak tahu luahan hati farish Aqil. Catatan pada diari x cukup memuaskan hati saya. apa pun jalan ceritanya sangat menarik dan menyentuh hati. tp x suka dgn sikap Nysa yg suka membuat andaian sendiri dan tidak memberi peluang kpd org lain utk berterus terang.

Post a Comment