17
Selesai memberikan salam dalam solat subuhku. Aku menoleh
memandang Amira yang sedang memeluk erat leherku dari arah belakang. Dia
meletokkan kepalanya dan memandangku dengan senyuman.
“Happy Birthday Along.” Ceria sahaja wajahnya tika ini.
Cepat sahaja bibirku mengukir senyuman apabila mendengar
ucapan daripadanyanya. Walaupun baru berusia enam tahun, tidak aku sangka dia
dapat mengingati tarikh lahirku. Atau mungkin dua lagi kakaknya yang
mengingatkan. Sejak kebelakangan ini aku dapat merasakan yang Amira berada semakin
dekat denganku. Walau segarang mana pun aku, dia akan tetap cuba untuk
merapatkan jurangnya bersama. Mungkin kerana itu jugalah kini perlahan-lahan, aku
sudah cuba memutihkan kembali keadaaan. Mungkin Allah sudah melebutkan hatiku. Harap
ia benar-benar akan pulih.
“Terima kasih.” Aku memberikan sebuah kucupan di pipi
kanannya. Satu perkara yang jarang-jarang aku lakukan padanya selama ini. Amira
nyata tersenyum, senang dengan ciuman yang aku berikan.
“Lambatnya along bangun…” Kata Amira tika aku mula merenggangkan
pelukannya untuk memudahkanku membuka telekung.
Aku hanya mengusap kepalanya bagi menjawab pertanyaannya
itu. Sememangnya aku bangun agak lewat hari ini. Mujur sahaja tidak terlajak
solat subuh. Ini semua kerana Zulhairi, disebabkan menunggu panggilan darinya, membuatkan
aku tidur lambat malam tadi. Memang Zulhairi tidak berjanji ingin menghubungi
semalam, tapi setiap tahun, sebaik sahaja jarum jam menginjak pukul 12 malam,
dialah yang akan menghubungiku dan mengucapkan selamat hari lahir. Setiap tahun
dialah orang pertama yang akan mendoakan kesejahteraanku dunia dan akhirat.
Tapi semalam aku benar-benar hampa, menanti panggilannya
umpama menanti buah yang tidak gugur ke bumi. Sepanjang aku berkawan dengannya,
belum pernah lagi dia melupakan setiap tarikh penting yang berlaku dalam
hidupku. Kenapa tahun ini dia berubah sikap. Sudah lupakah dia pada aku, kawan
baiknya ini? Atau aku sudah tidak penting lagi di dalam hidupnya? Hatiku jadi
resah mengenangkan itu.
Tapi hati enggan mengiyakan apa yang telah berlaku. Lalu aku
segera mencari telefon bimbit yang sentiasa berada di sisiku malam semalam. Apabila
nampak sahaja telefon itu berada di bawah bantal pelukku, aku terus menariknya
dan melihat skrin kecil telefon itu. Ternyata memang tiada sebarang panggilan
dan sms daripadanya.
Kalau adapun cuma sms daripada Wafi yang memberikan
ucapan selamat hari lahir padaku. Ini satu lagi masalah, rasanya aku belum lagi
memberikan nombor telefon bimbitku padanya. Jadi dari mana dia mendapat nombor
telefon bimbitku ini? Dan yang paling penting dari mana dia tahun hari ini adalah
hari kelahiranku? Nampaknya dia sudah tahu banyak perkara tentang diriku tanpa
aku ketahui, sedangkan aku tidak pernah membuka mulut menceritakan apa-apa pun
pada dirinya. Jadi siapa yang menyampaikan setiap maklumat tentang diriku
padanya?
Aku menarik nafas dalam-dalam. Persoalan tentang Zulhairi
masih lagi tidak terjawab, timbul pula persoalan tentang Wafi. Rasa sesak nafas
bila memikirkan tentang kedua-dua lelaki itu serentak dalam satu masa yang
sama.
“Along, jom.” Amira menarik tanganku.
Aku yang jauh mengelamun dari tadi, tersentak dengan
tindakannya. “Nak kemana?”
“Jomlah.” Amira tidak menjawab soalanku. Dia terus
menarik tanganku untuk mengikutnya.
Aku meletakkan telefon bimbitku ke meja sisi katil. Dan
langkahku mula mengikut jejak langkah Amira yang semakin laju keluar dari
bilikku. Laju dia menuruni anak tangga, seolah ada yang tidak sabar untuk
ditunjukkan. “Nak kemana sebenarnya ni?” Tahap kesabaranku sudah semkain pudar
dengan sikap berdiam diri Amira. Geram pula melihat Amira hanya
tersenyum-senyum sedari tadi.
“Happy Birthday Along.” Jerit Alia dan Azira sewaktu kakiku
melepasi anak tangga. Amira pula sudah melepaskan tanganku, dan berlari laju mendapatkan
kakak-kakaknya itu.
Aku melangkah perlahan menuju ke meja yang sudah siap
terhidang sarapan pagi. Roti bakar, omelette, mee goreng, jus oren dan kopi O. Banyak
sungguh hidangan pagi ini tidak seperti biasa yang aku sediakan untuk mereka.
“Buat apa makanan banyak-banyak ni?”
“Kita orang nak celebrate birthday along.” Jawab Azira.
“Kan along dah kata dulu, tak payah nak sambut birthday along.” Aku mengingatkan
semula. Aku sudah mengingatkan mereka tentang perkara ini, tak mungkin mereka
lupa perkara yang aku sudah terangkan dengan jelas dahulu.
“Along kita orang tahu along tak suka kita orang celebrate birthday along. Tapi Amira yang
beria-ia. Lagipun setahun sekali je kan.” Alia cuba untuk mempertahankan
tindakannya.
“Alah along, bolehlah, lagipun semalamkan Ira last paper,
so hari ni kira celebrate untuk Azira sekalilah. Takkan tak boleh kot.”
Azira yang sudah pun duduk mencelah percakapan Alia.
“Alah, bolehlah along.” Amira mula menarik-narik
tanganku.
Aku bukan sengaja mahu menghalang mereka daripada
menyambut hari kelahiranku. Cuma aku tidak mahu mereka membazirkan duit
untukku. Lagi pula mungkinkah kelahirkanku memberi makna buat keluarga itu?
Namun rasanya tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka hari ini.
Lebih-lebih lagi bila mengenangkan yang Azira baru sahaja menamatkan Peperiksaan
Penilaian Menegah semalam, dia pasti ingin melepaskan tekanannya sepanjang
mengulangkaji pelajarannya.
Alia kuperhatikan melebarkan
senyumannya, manakala Amira sudah menepuk tangan apabila melihat aku menarik
kerusi dan mula duduk.
“Siapa yang masak semua ni?” Aku memulakan soalan sengaja
mahu menghidupkan suasana yang sentiasa hambar jika aku bersama dengan mereka
semua di meja makan ini.
“Kak Alia.” Amira menunjuk Alia yang duduk berhadapan
dengannya.
“Along, selamat hari jadi. Kita orang doakan along murah
rezeki, dipanjangkan umur dan bahagia dunia dan akhirat.” Alia mendoakan
kesejahteraanku, mewakili kesemua adik-adikku yang lainnya.
Sungguh aku tidak tahu apa ayat yang patut untuk aku
ungkapkan saat ini. Buat kali pertamanya aku terasa seperti ingin menitiskan
air mata di hadapan mereka bertiga. Hatiku begitu mudah tersentuh pagi ini. Gembira
mula mengambil tempat. Mereka berjaya membuatkan pagiku yang tadinya suram
menjadi ceria semula.
“MAKCIK Zul ada.” Geram
pula apabila semua panggilanku langsung tidak dijawabnya, jadi aku
menghubunginya melalui talian telefon rumahnya pula.
“Zul tak ada. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Su tak cuba
telefon handphone dia ke?” jawapan yang Makcik Khamsiah berikan benar-benar melemahkan
semangatku.
“Su dah call, tapi tak dapat.”
“Oh ye ke, dia tertinggallah dalam bilik dialah tu.”
“Kalau macam tu tak apalah makcik. Terima kasih,
Assalamualaikum.” Aku mematikan talian sebaik sahaja mendengar makcik Khamsiah
menjawab salam yang aku berikan.
Nampaknya tahun ini aku akan menziarahi kubur arwah ayah
dan ibuku seorang diri. Selalunya setiap kali ulang tahun kelahiranku dialah
yang akan menemaniku ke pusara ayah dan ibuku. Rasanya dua tahun dia UK
membuatkan dia banyak melupakan perkara yang dulunya sentiasa dia ingat tentang
diriku. Agaknya bila dia sudah ke Johor Bharu nanti, pasti dia akan terus
melupakan aku selamanya. Hati janganlah bersedih!
Aku terus menyarungkan selendang ke kepala, rutin
tahunanku itu tetap akan aku teruskan walaupun tanpa Zulhairi di sisi. Aku perlu
membiasakan diri untuk melakukan banyak perkara tanpa bergantung pada Zulhairi.
Semua barangan persiapan untuk di bawa ke tanah
perkuburan telah aku sediakan. Sebaik sahaja aku melintasi ruang tamu aku lihat
Alia dan Amira sedang berbisik-bisik di antara satu sama lain. Waktu aku
merapati mereka, segera mereka berpura-pura membaca buku yang berada di tangan masing-masing.
“Azira mana?” Soalku apabila tidak ternampak kelibatnya.
Selalunya dia sentiasa ada di ruang tamu ini jika tidak mengulangkaji pelajaran
di biliknya.
Belum sempat Alia menjawab soalanku, Azira sudah berada
di muka pintu dan meneriak memanggil namaku berulang kali. Aku memberikan
isyarat tangan, memintanya menunggu sebentar.
“Along nak keluar sekejap. Alia jaga adik-adik kat
rumah.” Pesanku seperti biasa.
“Along keluar dengan abang Zulkan?” Amira menyoal, itupun
setelah Alia menyiku lengannya beberapa kali. Nampak sangat mereka telah
berpakat untuk menyoalku dengan soalan itu.
“Tak, Abang Zul busy hari ni. Dah, sambung baca buku tu.” Aku
terus sahaja memanjangkan langkah kakiku keluar dari rumah. Amira jika sudah
bertanya pasal Zulhairi pasti berderet-deret soalannya.
Gelak tawa yang kedengaran di luar rumah membuatkan aku
mempercepatkan langkah kakiku. Dengan siapalah agaknya Azira berbual di luar
sehingga begitu rancak sekali perbualannya. Mungkin Zulhairi. Hati menjadi
senang kembali. Namun Langkah kakiku untuk keluar dari pintu utama terbantut
apabila melihat Wafi berada di depan pintu pagar rumahku yang sudah sedia
terbuka luas seperti mengalu-ngalukan kedatangannya. Buntang mataku melihat
kehadiran Wafi di situ. Sedikitpun tidak aku duga.
Aku meneruskan langkah ke pintu pagar apabila Wafi
melambaiku sebaik sahaja dia melihat aku di muka pintu ini. “Kau buat apa kat
sini?” tanyaku sebaik sahaja aku berada di hadapanya. Azira yang dari tadi
bersandar di kereta Wafi terus berdiri tegak mendengar soalan yang aku ajukan
pada Wafi.
“Okay bang Wafi, best of luck.” Azira memberikan thumb up pada Wafi sebelum
berlalu meninggalkan aku dan dia di luar ini.
Wafi turut membalasnya.
Aku menjadi pelik dengan Azira, kelihatan dia agak rapat
dengan Wafi. Tapi sejak bila mereka menjadi serapat ini? “Macam mana kau tahu
rumah ni rumah aku?” Soalan itulah yang terlebih dahulu menerjah kotak
fikiranku sejak aku ternampak Wafi di sini. Tidak mungkin Azira yang
memberitahunya, tapi daripada cara mereka berbual sebentar tadi, nampak sangat seperti
Azira sudah mengetahui Wafi kedatangan hari ini.
“Banyaknya soalan, nak saya jawab yang mana dulu ni?” Soalan
aku dijawab dengan soalan.
Tatktiknya untuk mengelak
menjawab soalan yang aku berikan diperdengar. Nasib baiklah aku sudah
mengangkatnya menjadi kawan, jika tidak rasanya ada yang sudah kena syarahan
denganku pagi-pagi begini.
“Awak dah siapkan, jom.”
Wafi membukakan pintu penumpang hadapan keretanya untukku.
Aku menampak setapak ke
belakang. Tindakan reflek apabila melihat dia membuka pintu keretanya untukku.
Belum pernah ada lelaki yang membukakan pintu kereta untukku, Zulhairi pun
tidak pernah melakukan begitu. Langsung tak pernah! Jadi aku berasa agak
janggal dengan situasi itu. “Nak ke mana pula? Aku ada hal pagi ni.”
“Tahu! Awak nak pergi
ziarah kubur ayah dan ibu awak kan? Saya nak teman awak ke sana.” Wafi
menawarkan dirinya.
Aku memandang ke belakang,
melihat Azira yang sedang terjenguk-jenguk dari jendela. Pandanganku itu
membuatkan Azira terus menghilangkan diri. Aku amat pasti dia yang menceritakan
rutin tahunanku ini kepada Wafi. Jika tidak, masakan Wafi tahu aktivitiku.
“Tak payahlah, lagipun aku
memang nak pergi sendiri.” Aku menolak lembut. Aku tidak mahu menyusahkannya,
lebih dari itu aku juga tidak mahu dia menjadi penemanku sekaligus mengganti
tempat dan tugas yang selalunya dilakukan oleh Zulhairi saban tahun.
“Tak apalah, apa salahnya
saya pergi sekali dengan awak. Ada juga peneman.” Wafi masih berkeras mahu
pergi bersamaku.
Dalam keadaan begitu,
adalah susah untuk aku melepaskan diri. “Wafi, aku boleh pergi sendiri.”
“Nope, saya tetap nak pergi
dengan awak. Selagi awak tak setuju selagi tu saya akan tunggu kat sini.” Dia
sudah bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh.
Kenapalah dia ni degil
sangat orangnya. Aku menarik nafas dalam-dalam cuba berfikir secara teliti.
Kereta dia berada betul-betul di hadapan pagar rumahku sekaligus menghalang
keretaku yang berada di porch untuk keluar. Jika dia tidak mengalihkan
keretanya memang tidak mungkin aku akan dapat membawa keretaku keluar. Maka,
itu bermakna aku tidak akan dapat menziarahi kubur arwah hari ini.
“Kenapa kau beria-ia
sangat nak ikut aku ni. Bukannya ada faedah untuk kau pun.” Sengaja aku berkata
begitu padanya. Mahu dia berputus asa kali ini.
“Saya saja nak temankan
awak. Lagipun menziarah kubur ni hukumnya sunat. Kan Nabi Muhammad saw pernah
bersabda menziarahi kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat.” Lancar sahaja
dia menyediakan jawapan itu untukku. Macam sudah dihafal saja dialong yang
dituturkannya.
Jawapan itu membuatkan
aku sudah buntu cara untuk membuatkan dia melepaskan aku hari ini. Jadi aku
terpaksa bersetuju, jika tidak mahunya sampai esok dia akan berada di hadapan
rumahku ini.
“Jomlah.” Aku terpaksa
juga melangkah masuk ke dalam kereta Wafi. Terpancar kegembiraan di wajahnya kini.
SELESAI sahaja membacakan
yasin, doa dan mencurahkan air ke kuburan ibuku, aku ke kubur ayahku pula
melakukan rutin yang sama. Tahun ini Zulhairi tiada di sisiku untuk mengetuai
bacaan yassin dan doa kesejahteraan untuk mereka di sana. Aku redha mungin dia
mempunyai tugas penting yang perlu diselesaikan hari ini juga. Namun ada
sedikit rasa terkilan di hati.
Selesai mengaminkan doa yang Wafi bacakan aku menyentuh
batu nisan ayahku. “Su sayang ayah.” Ayat yang sentiasa aku tuturkan setiap kali
aku melawat pusara ayah, walaupun aku tahu tiada kasih sayang untukku. Aku
pantas menyeka air mata yang mahu tumpah ke bumi. Aku benar-benar berharap
mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
“Jom.” Wafi mengajakku beredar dari tanah perkuburan ini
dan aku mengangguk bersetuju.
Aku melangkah berat
meninggalkan tanah perkuburan yang menyemadikan arwah ibu dan ayahku. Syukur
kerana mereka disemadikan di tanah perkuburan yang sama jadi ianya memudahkan
diriku untuk menziarahi kubur mereka.
Jejak sahaja kakiku ke
dalam kereta, seperti biasa air mata laju menuruni pipiku, tanpa esakkan yang
panjang aku menyeka air mataku. Beginilah yang berlaku setiap kali selepas aku
menziarahi kubur kedua arwah orang tuaku. Aku sememangnya tidak dapat mengawal
emosiku. Semua kerana kenangan yang ada walaupun tidak seindah mana.
Oleh kerana itulah setiap tahun Zulhairi yang menemaniku
ke tanah perkuburan. Aku tahu, Zulhairi enggan membiarkan aku terlalu meratap
sedih di situ. Sering saja dia mengingatkan aku bahawa ratapan yang berlebihan
pada sebuah kematian itu boleh membawa dosa. Aku akur dengan setiap kata-katanya
kerana ada benar peringatan itu. Maka kerana itu jugalah dia sentiasa ada untuk
menenangkan hati dan jiwaku.
“Awak okay?”
Aku tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. Mungkin Wafi
risau melihatku yang asyik menyeka air mata sedari tadi. “Terima kasih sebab
temankan aku hari ni.” Aku tetap berterima kasih padanya kerana menemaniku
walapun tadi bermati-matian aku tidak mahu dia mengikutku.
“Tak apa, hal kecil je tu. Tapi sebelum saya hantar awak
balik ni, kita singgah wisma dulu boleh? Saya ada hal sikit.”
“Kalau kau ada hal tak apalah. Kau berhentikan aku kat
sini, aku boleh naik teksi balik.” Aku tidak mahu terlebih menyusahkannya. Biarlah dia menguruskan halnya
pula.
“Tak apa nanti saya hantar awak balik. Awak temankan saya
pula.”
Aku hanya mengangguk. Tidak mengapa kali aku akan
menemaninya, sudahlah aku tidak memenuhi janji untuk keluar bersama-sama
dengannya sabtu lepas, jadi kali ini aku ingin menebus semula kesalahanku
padanya. Baru pukul sebelas pagi dan rasanya masih ramai yang bekerja di wisma
itu waktu ini, jadi tiada masalah untuk aku menemaninya saat ini.
“DAH, jom.” Selepas
berbual seketika dengan pengawal keselamatan wisma ini Wafi menghampiriku yang
sedang menantinya di hadapan lif. Kami sama-sama melangkah masuk ke dalam lif
seperti pinta Wafi.
“Nak buat apa kat tingkat satu ni?” Setahuku di tingkat
satu ini hanya terdapat auditorium wisma yang sering digunakan
syarikat-syarikat di wisma ini untuk menganjurkan seminar atau sebagainya.
Sejak bekerja di sini hanya beberapa kali sahaja aku singgah di tingkat ini.
Belum sempat Wafi menjawab soalanku pintu lif sudah luas
terbuka dan dia hanya melemparkan senyuman padaku dan keluar mendahuluiku. Dia
berhenti di hadapan auditorium dan membuka pintu masuk utama auditorium. Aku diarahkan
untukku masuk.
“Ada seminar apa hari ni? Ish, takkan aku nak masuk pula,
aku taka da kena mengenapun” aku enggan.
“Masuk dulu nanti saya bagi tahu.”
Aku melangkah masuk ke dalam auditorium yang terang
benderang. Suasana di dalam auditorium lengang tanpa ada satu orang pun di
dalamnya. Agaknya seminar belum bermula lagi sebab itulah tiada orang yang
kelihatan. Aku meneka sendiri. Kemudian aku mengambil tempat duduk di belakang
sekali. Aku memang jarang duduk di bahagian hadapan jika menghadiri seminar
begini.
Tiba-tiba beberapa lampu utama di dalam auditorium ini
dipadamkan, aku menoleh mencari Wafi namun dia tidak kelihatan langsung di
dalam auditorium ini. Mana pula perginya Wafi? Tadi dia yang bersungguh-sungguh
membawa aku ke sini, sekarang dia pula yang hilang entah ke mana. Mula ada rasa
cemas.
“Hai,”
Aku pantas berpaling ke hadapan mencari suara Wafi yang
begitu jelas kedengaran di telingaku. Yang kelihatan di hadapanku saat ini bukan
dirinya tapi sebuah skrin yang memaparkan video gambarnya.
“Yang ni khas untuk awak.” Kata awalan hasil daripada
rakaman video itu kedengaran dan kelihatan jelas.
Membulat mataku
melihat rakaman video itu. Dimulakan dengan gambarku di pejabat dan sekitar wisma
ini dengan pelbagai gaya. Gambar-gambar sewaktu aku membancuh air di pantry,
sewaktu aku duduk bekerja di ruang kerjaku, gambar sewaktu aku sedang menunggu
lif dan sewaktu aku di lobi. Semuanya jelas terpampang. Dan yang paling
membuatkan mataku membulat ialah turut diselitkan gambar aku sedang menguap.
Aku mengetap bibir, geram apabila melihat gambar itu turut disertakan. Malunya!
Namun kemudian terasa lucu pula.
Aku benar-benar terharu
apabila melihat seorang demi seorang rakan dari jabatanku memberikan ucapan
selamat hari lahir. Setiap seorang memberikan ucapan dan doa untukku. Dan yang
paling tidak aku sangka ialah, Encik Fahmi turut berada di dalam rakaman ini
mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan mendoakan agar aku cepat bertemu
jodoh. encik Fahmi… enck Fahmi… tak
sudah-sudah soal jodoh yang dibangkitkan.
Aku tersenyum senang, walaupun aku tidaklah
begitu rapat dengan semua rakan sekerjaku selama ini, namun mereka masih mahu
bekerjasam merakamkan video ini untukku, benar-benar rasa terharu.
“Finally, now
is my turn.
Saya harap awak suka video ni. Saya buat khas untuk awak. Selamat hari ulang
tahun kelahiran. Semoga awak gembira dan berbahagia bukan sahaja pada hari ini
tapi setiap hari, sepanjang hidup awak. Smile always.” Kata-kata Wafi bersama kenyitan matanya menamatkan
rakaman video ini. Dan cahaya mula terpancar semula di auditorium ini.
Senyumanku bertambah
melebar. Aku tidak menyangka yang dia sanggup bersusah payah sebegini untukku.
Terasa berbaloi pula menerima dirinya sebagai kawanku. Di saat Zulhairi seperti
sudah melupakan kewujudanku sebagai sahabat, dia hadir memberikan senyuman
buatku pada hari yang sungguh bermakna dalam hidupku ini. Zulhairi… kenapa
dalam keadaan gembira inipun dia juga yang aku ingatkan!
“Happy
birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Suraya, happy
birthday to you.”
Alunan suara Wafi dan
Madihah menghiasi ruanga auditorium ini, aku tersenyum melihat mereka yang
bergerak perlahan menghampiriku. Melihat Madihah yang berada di sisi Wafi
membuatkan aku yakin yang dia turut terlibat sama dalam rancangan Wafi ini. Di
tangan Wafi tersedia sebuah kek coklat yang cantik. Mereka memberhentikan
langkah apabila sudah berada betul-betul di hadapanku.
“Happy
birthday
Kak Su.” Madihah memelukku erat selepas selesai memberikan ucapan selamat
padaku. Aku membalas pelukannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku
dari tadi.
“Dah berapa lama berpakat
dengan Wafi ni?” Walaupun mereka belum berkata apa-apa tapi aku yakin Madihah
yang banyak membantu Wafi menyediakan video tersebut, jika tidak masakan Wafi
senang-senang sahaja boleh merakam gambarku di dalam pejabat dan mengambil
video ucapan semua rakan-rakanku jika tanpa bantuan dari orang dalam jabatanku
juga. Pandai betul Wafi mencari rakan sekutunya.
Madihah tertawa kecil.
“Abang Wafi bagi upah lumayan kak.” Selorohnya dengan tawa yang masih bersisa.
“Ha’ah kalau tak, dia
buat tak tahu je saya minta tolong.” Wafi pula menambah.
“Susah-susah je buat
semua ni. Apa pun terima kasih banyak-banyak.” Ucapan pada Wafi dan juga pada
Madihah. Aku berterima kasih pada mereka yang cuba menceriakan hariku yang
bermula dengan suram pagi tadi.
“Tak susahlah kak.
Lagipun Abang Wafi ni ada agenda dia yang tersendiri.”
Wafi membesarkan matanya
pada Madihah sebaik sahaja selesai berbicara. Madihah tersenyum dan segera
menutup mulutnya.
“Agenda apa?” Soalku,
tidak faham.
“Tak ada apa-apalah. Okay
yang ni untuk awak. Hadiah hari lahir.” Wafi menyerahkan sebuah kotak yang bungkusannya
warna merah hati padaku.
“Eh, tak payahlah. Yang
kau buat ni pun dah cukup dah. Tak payah nak bagi hadiah pula.” Aku cuba
menolak, rasa segan pula mahu menerima hadiah daripadanya.
“Mana boleh tolak birthday
gift. Saya tak kira awak kena
ambil juga.” Wafi tetap berkeras, wajahnya sudah berubah masam apabila aku
masih lagi tidak menyambut huluran yang diberikan padaku.
“Tapi…” aku masih
teragak-agak. Hari ini sudah banyak benda yang dia lakukan untukku jadi terasa
berat ahti untuk menerima pemberian ini.
“Alah Kak Su ambil jelah,
Abang Wafi ikhlas tu.” Madihah pula cuba menyakinkanku agar tidak menolak
pemberian Wafi.
“Kalau awak tak ambil,
saya kurung awak dalam auditorium ni sampai malam.” Ugutnya dengan renungan
tajam padaku.
“Eleh macamlah aku
takut.” Namun tanganku sudah pun mengapai hadiah yang dari tadi dihulurkan
kepadaku. Dia tersenyum melihat akhirnya aku menyambut hadiah itu dan aku juga
turut tersenyum membalas segala kebaikannya padaku hari ini.
Bersambung...
Kata AH:
Terima kasih krn masih sudi bersama SAC. Insya'ALLAH esok AH akan postkan entry bab 18 ya. Tq for all...
6 comments:
Sedih la, nak su dan zul...x nak wafi....kenapa zul menjauhkan diri dr su....
warrgghhh... Kemanakah Zul menghilangkan diri? Takkan bagi walk over @ kemenangan percuma kat Wafi?
Wafi pulak tersenyum sampai ke telinga lah sbb pencabar terdekat tidak memberi apa2 saingan.....
I miss Zul....... lesser than Su misses Zul.... hahahaha....
Best! Tapi rasa sepi bila tak ada Zul dalam bab ni. huhu.
sy pun turut tertanya2 kemana zul menghilang....rindu zul jugak....x mau wafi....
nak su n zul gak..xnak wafi
Rseny Zul y bg no fon Su,.xmau la Su ngan Wafi huhu,.Zul cam terasa ngan Su je,.Su plak bile lah nk sdr y Zul suka dia lbh dri suka as a friend huh
Post a Comment