TIGA PULUH DUA
Mataku terus merenung ke lautan yang luas yang terbentang di hadapan mataku saat ini. Lepas sahaja menunaikan solat subuh tadi, mataku langsung tidak mahu terpejam semula. Walaupun sejak kebelakangan ini sememangnya lenaku telah hilang entah kemana. Jadi aku keluar dari chalet bersendirian. Shania masih lagi lena di bilik selepas menunaikan solat subuh. Sudah hampir sejam aku duduk di dalam restoran chalet yang mengadap laut ini. Langsung tiada sarapan yang masuk ke dalam perutku sejak tadi, kerana aku sememangnya tiada selera.
Aku sedikit terkejut apabila tiba-tiba sahaja Hafiz muncul di hadapanku tanpa sebarang kata. Dia melemparkan senyuman padaku dan aku hanya mampu membalas seadanya sahaja.
“Dah sarapan?” Tanya Hafiz dengan senyuman memanjang.
“Er… Dah.” Bohongku teragak-agak. Aku bukan sengaja mahu membohonginya. Aku terpaksa. Aku tidak mahu dituduh melayannya berlebih-lebihan sepert mana tuduhan Zafril padaku malam semalam.
Aku bukan bermaksud ingin melayankan berlebihan atau apa sahaja seperti tanggapan Zafril. Semua yang aku lakukan itu tidak lebih kerana aku anggap Hafiz sebagai kawan. Lagi pula dia merupakan kawan baik Shania, jadi tidak mungkin aku akan memingirkan dirinya begitu sahaja. Salahkah aku menganggapnya kawanku? Namun aku tidak faham mengapa Zafril boleh terfikir sehingga jauh ke situ malam semalam.
“Dah?” Hafiz kehairanan. “Tak ada pinggan dengan cawan pun atas meja ni? Safi sarapan apa? Sarapan angin laut? Kenyang ke?” Seloroh Hafiz yang mungkin sudah dapat membaca gelojak rasaku yang agak acuh tak acuh melayannya pagi ini.
Aku hanya mampu tersenyum kelat. “Bolehlah setakat nak alas perut.” Aku sekadar berbasi-basi dengannya. Dan sungguh aku tidak sangka dia galak ketawa mendengar kata-kataku itu.
“Tak kenyanglah maknanya tukan. Tak apa nanti saya ambilkan sarapan untuk Safi. Nak mee goreng ke nasi lemak?”
“”Eh, tak apa nanti saya boleh ambil sendiri. Lagipun saya nak tunggu Nia sekali ni, sarapan sama-sama.” Aku cuba menghalang niat baik Hafiz itu.
“Tunggu Nia? Kalau macam tu entah bilalah Safi nak sarapan agaknya. Tadi masa saya pergi jumpa dia, dia baru aje bangun tidur.”
“Tak apa saya tunggu dia. Lagipun saya tak lapar sangat sekarang ni. Kalau Hafiz nak, Hafiz pergilah sarapan dulu.”
“Betul ni?”
Aku menganggukkan kepala.
“Okay, tapi jangan pergi mana-mana, temankan saya sarapan kat sini.” Ujarnya sebelum bangun dari kerusi.
Aku menyoroti langkah Hafiz menuju ke dalam restoran dan bergerak terus ke meja panjang yang menyediakan plbagai hidangan sarapan pagi secara buffet. Kemudian aku melepaskan pandangan ke tengah laut semula. Aku menyambung lamunan yang terhenti kerana kehadiran Hafiz sebentar tadi. Fikiranku terus membawa pada peristiwa malam semalam sewaktu BBQ. Hampir satu jam aku menghilangkan diri malam tadi, kononnya ke tandas tapi sebenarnya aku duduk menenangkan diri di dalam chalet sebelum kembali semula menyertai mereka. Tapi apabila aku kembali ke situ, Zafril telah pun masuk ke dalam chaletnya, seolah-olah cuba melarikan diri dariku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mahu menjernihkan suasana antara diriku dan dirinya semula.
Sedang aku asyik memikirkan tentang Zafril, Hafiz tiba disebelahku dan meletakkan sepinggan nasi lemak lengkap dengan ramuannya berserta seketul peha ayam goreng. Secawan milo panas juga turut dia letakkan di hadapanku. Sepertinya dia tahu itu adalah sarapan kegemaranku. Aku tersenyum kecil, Hafiz ini degil juga orangnya, bukankah aku telah katakan tidak mahu bersarapan tadi, namun dia masih juga ingn menyediakan sarapan untukku. Melihatkan dia masih lagi berdiri disebelahku dan seperti tidak mahu duduk aku pantas mendongak memadangnya yang berada di sisiku.
“Hafiz, kan sa…” Aku terus sahaja mematikan kata-kataku apabila melihat bukan Hafiz yang berada di sisiku. Aku menelan liur, terus hilang senyuman yang bergayut di bibirku. Jantungku mula menendang-nendang kuat dada, angin laut yang berhembus dingin kurasakan sebentar tadi, kurasakan berbahang tiba-tiba. Renungan yang tajam itu menyentak tangkai jantungku. Rahang yang bergerak-gerak seolah-olah menahan marah itu menyentap ketenangan yang telah lama hilang dalam diriku.
“Zaf! Zafril Adli Zulkepli! Dah lupa nama Zaf ke, sampai depan Zaf pun boleh sebut nama Hafiz? Ke nama Hafiz tu dah melekat kemas kat hati Safi?” Soal Zafril marah. Kali ini dia kelihatan benar-benar marah padaku. Lebih daripada kemarahannya malam tadi.
Aku terdiam, terkedu sama sekali. Bukan aku sengaja, aku tidak menyangka Zafril yang menghantar makanan itu padaku. Aku fkirkan Hafiz yang menyediakan semua itu untukku. Hampir menitis air mataku, sewaktu membalas renungan tajam daripadanya.
“Hah, Zafril nak join sekali ke?” Soal Hafiz sambil meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja.
Aku merenung dua pinggan mee goreng, sandwich dan dua cawan teh susu yang dibawa Hafiz. Aku pasti Hafiz mengambil sarapan untukku jua. Aku mengeluh nafas berat. Kejadian semalam berulang semula. Kedua-dua lelaki itu menyediakan makanan untukku. Kalau semalam aku serba salah tidak tahu mahu menyambut hidangan dari siapa tapi pagi ini aku bertekad aku tidak akan menerima hidangan yang disediakan Hafiz untukku sebaliknya aku akan memakan sarapan yang Zafril sediakan untukku. Aku tidak mahu mengecilkan hati Zafril sekali lagi. Setiap kali Zafril terasa hati denganku, hatiku turut merasa kesakitannya.
“Eh, nasi lemak siapa ni? Bila Safi ambik makanan?” Hafiz yang ingin meletakkan sepinggan mee goreng ke hadapanku mematikan tindakannya.
“Yang ni…”
“Oh, yang ni aku nak bagi kat Shania. Aku ingatkan dia ada kat sini tadi, rupa-rupanya belum keluar dari bilik. Tak apalah aku pergi hantar nasi lemak ni kat bilik dia. Mungkin dia tak larat nak keluar sarapan kut pagi ni. Tak apalah, korang makanlah. Enjoy your great meal.” Pantas Zafril memotong kataku dan terus berlalu pergi dari situ.
Jujurnya aku ingin memanggil, meneriak namanya supaya dia tidak meninggalkanku dan mendengar dahulu penjelasanku, namun bibirku benar-benar terkunci saat ini.
AKU melewati kawasan pantai itu bersendirian. Dari pagi lagi aku sudah berada di sini berjalan-jalan di persisiran pantai. Apa yang Zafril, Shania dan Hafiz lakukan tika ini langsung tidak aku hiraukan. Aku menghilangkan diri sejak sarapan sebentar tadi. Jiwaku benar-benar gundah saat ini.
Langkahku terhenti dan mataku asyik memandang dua orang kanak-kanak perempuan yang sibuk membina istana pasir di persisiran pantai. Terdengar dengan jelas gelak ketawa mereka yang kelihatan benar-benar seronok walaupun di bawah cahaya mentari yang terik. Aku memerhati sekeliling mencari kelibat ibu bapa kanak-kanak itu. Kemudian mataku tertancap pada seorang wanita yang sedang duduk di bawah pohon redang dan sedang asyik memerhati anak-anaknya bermain. Tiba-tiba kanak-kanak itu berkelahi mereput penyodok plastik, aku tersenyum kecil dan menghampiri kanak-kanak itu.
“Kenapa gaduh-gaduh ni?” Soalku apabila tiba di hadapan kedua-dua kanak-kanak itu. Aku duduk di atas pasir pantai itu dan mengusap lembut rambut kanak-kanak yang sedang mengalirkan air mata.
“Kakak tak nak bagi pinjam mainan tu kat adik.” Adu kanak-kanak yang mengalirkan air mata.
Aku tersenyum memandang kanak-kanak yang sedang menangis itu, kemudian aku memandang pula kanak-kanak yang sedari tadi mencebikkan bibir. Melihat mereka berdua yang berwajah seiras menyakinkanku pasti kanak-kanak dalam lingkungan lima atau enam tahun itu pasangan kembar. “Kenapa kakak tak bagi adik pinjam, kakak tak sayang adik ke?”
“Sayang!” sepatah kata yang keluar dari bibir kanak-kanak tu membuakan esakkan adiknya terhenti walaupun masih kendengaran sendu sendannya.
“Kalau macam tu bagilah adik pinjam mainan tu sekejap. Adik nak pinjam sekejap aje kan?” Aku menyoal adik pula dan dengan pantas adik mengangguk laju.
Serentak itu kakak menyerahkan mainan itu pada adiknya tanpa banyak bicara lagi. Sebaik sahaja adik mendapat mainan terus dia menglap air mata dan menyambung mengorek pasir di hadapannya.
“Boleh makcik joint sekali?”
Kakak tersenyum dan mengangguk laju. Aku turut sama berganding bahu dengan pasangan kembar itu membina istana pasir. Hilang sementara bebanan fikiran apabila sama-sama bermain mereka. Kadangkala aku turut sama ketawa seperti pasangan kembar itu apabila istana pasir yang dibina roboh sedikit demi sedikit. Namun cepat-cepat mereka menampal semula istana itu dengan lebih banyak pasir di atasnya.
“Makcik tahu tak makcik nampak cantik bila makcik senyum.” Tiba-tiba si kakak bersuara padaku walaupun tumpuannya masih lagi pada istana pasir yang hampir runtuh.
Aku tertawa kecil mendengar kata-kata kakak. Inilah pertama kali aku mendengar kata pujian untukku dari kanak-kanak sekecl itu. “Ye ke?” sengaja aku mahu melayan bicara kakak.
“Ha’ah betul. Tapi kakak jarang nampak makcik senyum. Kenapa ye?”
Jarang nampak aku tersenyum? Apakah maksud kanak-kanak itu? Pernahkah aku dan dia bertemu sebelum ini. Aku mengamati kakak dan adik. Rasanya kedua-dua mereka aku tidak pernah bertemu sebelum ini.
“Dah tiga kali kakak jumpa makcik, tapi muka makcik muram je.” petah sungguhk anak kecil itu berbicara.
“Tiga kali?”
“Ha’ah, malam semalam masa makcik tengah makan-makan, pagi tadi masa makcik tengah sarapan dengan masa makcik duduk atas batu sana tu.” Kakak memuncungkan bibir ke arah batu yang aku duduki sebelum aku melangkah kaki menuju ke sini sebentar tadi.
Maknanya sejak malam semalam lagi dia sudah dapat menarik perhatian si kecil ini. Aku tersenyum sendiri, tidak sangka akan hal itu. Aku merenung pula si adik yang bertungkus lumus menyelamatkan istana pasirnya daripada runtuh, perbualan kakaknya dan aku langsung tidak dihiraukannya.
“Makcik bergaduh dengan pakcik ye?”
Sehingga sebegitu sekali kanak-kanak itu terfikir. “Eh, taklah. Lagipun…”
“Alah makcik tak payah tipulah kakak tahu. Mama pun pernah juga duduk termenung sebab gaduh dengan papa. Tapi papa selalu pesan kat mama dengan kakak. Orang perempuan tak boleh selalu muram, sedih, termenung sebab takut nanti cepat nampak tua, muka pun nanti cepat berkedut.” Bebel kakak dengan bermacam-macam memek muka.
Aku ketawa besar mendengar penerangan kakak. Sungguh petah sekali dirinya. Aku mengusap kepalanya. Aku tidak tau apa yang perlu aku balas padanya. Gembira sungguh hatiku dapat berjumpa dan berbual dengannya walaupun da masih kecil.
“Kakak, adik… papa ajak balik.” Laung satu suara dari arah belakang.
“Okay mama.” Sambut kakak dan mula mengemas kesemua peralatan mainannya yang berselerakkan. Aku turut membantu memasukkan permainan itu ke dalam bakul yang dibawa mereka.
Selesai mengemas aku memimpin kedua-dua tangan pasangan kembar itu untuk dipimpin ke ibunya. Sebaik sahaja aku berpaling aku melihat sepasang suami steri yang sedang menanti di bawah pokok. Namun pandanganku pada pasangan suami isteri itu tidak lama apabila mataku lebih tertumpu pada Zafril yang berdiri tidak jauh dariku. Zafril makin mendekatiku. Aku kaku di situ. Mengenangkan peristiwa di restoran pagi tadi, aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan kata.
Tangan kiriku yang ditarik-tarik menyebabkan tumpuanku teralih pula pada si kakak.
“Ini pakcik, ke??”
Soalan kakak menyebabkan aku dan Zafril berbalas pandangan sekali lagi.
“Pakcik janganlah buat makcik sedih lagi, kesian makcik.”
Aku tertawa kecil mendengar bebelan kakak. Zafril turut tersenyum dan mengusap pipi kakak.
“Balik dulu ye makcik, pakcik.” Kakak mula menyalami dan mencium tangan aku dan Zafril kemudian dikuti pula dengan adik yang agak pendiam melakukan hal yang sama seperti kakaknya.
“Makcik janji tau, Smile. Tata… jumpa lagi.” Tambah kakak sebelum berlari-lari anak berpimpin tangan bersama adiknya. Kakak memberikan lambaian padaku apabila sampai pada kedua ibu bapanya dan aku turut membalas lambaiannya.
“Cepat packing barang. Dah nak check out ni.”
“Shania mana?”
“Hafiz ada hal, urgent. So Nia temankan dia balik dulu.” Ujar Zafril sebelum berlalu meninggalkanku.
“Zaf sekejap.” Aku menghalang Zafril dari meneruskan langkah. Dia segera berpaling memandangku semula.
“Safi nak cakap sikit dengan Zaf.”
Zafril mula bergerak mendekatiku namun pandangannya hanya terarah ke tengah lautan, bukan padaku. Aku tahu dia benar-benar marah padaku.
“Safi nak minta maaf pada Zaf.” Aku memulakan kata. Hanya itu yang terlintas di fikiranku kini dan sememangnya itu yang aku perlu aku lakukan.
Zafril mula memandangku, tapi dia masih lagi membisukan diri.
“Safi tahu kebelakang ni Safi banyak sakitkan hati Zaf.” Aku mendiamkan diri seketika untuk menguatkan diri. Aku ingin mengikut nasihat ibu, aku tidak patut menyakiti hatinya lagi atau membuatkan dia merasa sangsi denganku. Segalanya perlu jelas hari ini juga. Aku sudah tidak sanggup memendamkan apa-apa lagi dari pengetahuannya.
“Safi ada sebab kenapa Safi belum beritahu Shania tentang kita.”
“Sebab apa? Sebab Hafiz?” terjah Zafril tiba-tiba.
“Zaf, Hafiz tak ada kena mengena dengan semua ni. Lagipun dari dulu Safi dah kata dengan Zaf yang Safi dengan dia tak ada apa-apa.” Aku menegaskan sekali lagi.
“Habis tu sebab apa?”
“Sebab Safi tak tahu macam mana nak bagitahu pada Nia tentang hal ni?”
“Kenapa pula?”
Aku mengeluh perlahan. “Sebab…” sukar untukku meluahkan kata. “Sebab… Nia cintakan Zaf.” Aku terus mendiamkan diri setelah menyatakan kebenarannya. Mahu mendengar kata yang keluar daripada mulut Zaf pula. Namun Zaf juga terdiam dengan semua kata-kataku.
“What? Apa Safi cakap ni? Mana Safi tahu?” ternyata Zafril juga terperanjat sepertiku sewaktu mengetahui hakikat ini.
“Nia sendiri yang cakap pada Safi.”
Zafril terdiam seketika. Matanya terus memandangku. “Safi…” Zafril meraup wajahnya seketika. “Habis tu kenapa Safi tak terus terang tentang hal kita masa Shania bagi tahu Safi macam tu?”
“Safi tak sampai hati.”
“Sebab tu aje? Sebab tak sampai hati? Come on Safi.”
Aku terasa hati dengan kata-katanya itu. Seperti dia memperlekah alasanku. “Zaf, Safi dah anggap Nia macam adik kandung Safi sendiri. Kalaulah Zaf tahu macam mana excited nya dia setiap kali dia bercerita pada Safi semua benda tentang Zaf, mesti Zaf sendiri pun tak sanggup nak cerita apa-apa pasal hubungan kita. Nampak sangat yang dia cintakan Zaf” satu persatu penjelasan aku perdengarkan. “Safi bukan bermaksud nak rahsiakan hubungan kita, cuma Safi nak cari masa yang sesuai untuk beritahu kat dia. Zaf ingat Safi tak ada hati perut ke, nak terus beritahu kat dia tentang kita, bila dia confess perasaan dia pada Zaf depan Safi waktu tu. Safi pun ada rasa kesian. Perasaan Safi masa tu tuhan je yang tahu. Safi nak pertahankan cinta kita, tapi dalam masa yang sama Safi tak mahu hati dia luka teruk. Tapi Zaf tuduh Safi yang bukan-bukan. Zaf tahu tak apa yang Safi rasa?” aku cuba berlagak tenang walaupun geloranya terlalu sukar untuk aku kawal. Aku sudah tekad untuk tidak merahsiakan apa-apa lagi. “Salah ke, kalau Safi cuma nak cari masa yang sesuai untuk terangkan semuanya pada dia, supaya dia boleh terima” Panjang lebar aku meluahkan rasa geram. Mungkin mudah untuknya berkata, namun aku yang perlu berhadapan dengan semua perkara ini, aku sendiri yang merasa sakit peritnya, bukan dia atau orang lain.
Zafril masih terdiam. Mungkin kini dia faham bagaimana rasanya kehilangkan kata. “Safi…I’m so sorry. Zaf tahu Zaf tak patut cakap macam tu pada Safi. I’m sorry okay.”
Dia cuba melembutkan hatiku yang sudah mula terasa panas. Aku mendiamkan diri.
“Zaf pun salah juga dalam hal ni. Zaf tak patut harapkan Safi je untuk bagi tahu pada Shania tentang kita.” Suaranya lembut memujukku.
Bukan salah dirinya, aku yang mahu memberitahu Shania perkara ini dan menghalang dirinya untuk memberitahu Shania. Aku sangkakan aku mampu memberikan kejutan pada Shania, namun nampaknya perkara yang sebaliknya berlaku. Dan kemudian keadaan menjadi serumit ini.
“Zaf tak sangka yang Shania tu…” Zafril mematikan kata, mungkin dia tidak mahu menyebut perkara itu di hadapanku.
“Safi pun tak sangka. Safi betul-betul buntu macam mana nak bagi tahu kat Nia dalam keadaan dia macam tu.”
“It’s okay. Safi jangan fikirkan lagi hal ni. Biar Zaf je yang uruskan hal ni dengan Nia, okay. Zaf janji yang perkara ni takkan membebankan fikiran Safi lagi”
“Macam mana Zaf nak bagi tahu Nia? Apa kata kita sama-sama bagi tahu pada Nia? Mungkin dengan cara ni, Nia akan faham!” Aku cuba membuka pandangan.
“Biar Zaf fikirkan dulu pasal hal ni. Safi jangan risau apa-apa lagi. Tapi Safi kena janji dengan Zaf, lepas ni kalau ada apa-apa masalah lagi, Safi jangan pendam sorang-sorang. Zaf sentiasa ada untuk kongsi semuanya dengan Safi.” Zafril menambahkan keyakinan padaku.
Aku hanya mengangguk. Hati kian lega. Walaupun aku tidak pasti apa yag akan Zafril lakukan, tapi sekurang-kurangnya, Zafril sudah jelas dengan semuanya.
“Safi harap, Zaf tak ragui lagi cinta Safi pada Zaf!” Sekali lagi aku mengingatkan dia tentang itu.
Zafril tersenyum mendengarnya. “Maafkan Zaf. Zaf tahu yang Safi hanya cintakan Zaf, dan Zaf pun nak Safi tahu, yang Zaf tak mungkin cintakan orang lain selain Safi” bicara Zafril penuh teratur.
“Pandai Safi pujuk budak-budak tu ye. Dah ada ciri-ciri ibu mithali ni.” Zafril sengaja mengubah topik perbualan. Dan buat pertama kalinya sejak kami datang bercuti di sini dia melemparkan senyuman manisnya padaku.
“Ibu Mithali?” aku tidak sangka ke situ pula tanggapan Zafril. Entah berapa lama agaknya dia menjadi pemerhati aku dan pasangan kembar tu hinggakan dia tahu bahawa aku yang memujuk mereka.
“Betul cakap budak tu tadi. Zaf pun perasan sejak kebelakang ni Safi banyak muram dan termenung. Jarang nak nampak Safi senyum. Perempaun yang selalu muram ni muka dia memang senang berkedut dan cepat nampak tua tau.”
Aku mencebik bibir, pasti dia dapat mendengar semua perbualanku dengan kembar itu sebentar tadi dan sekarang dia sengaja mengulangi kata-kata itu padaku sekali lagi. Aku mendiamkan diri, malas mahu memanjangkan isu diriku yang kerap bermuram dan termenung kebelakangan ini.
“You know one thing?” Zafril cuba menarik perhatianku semula.
“What?” Soalku malas.
“And now you got wrinkles around your eyes.”
“Hah, ye ke?” kelam kabut jemariku menyentuh sekeliling mata. Takkan sehingga sebegitu sekali.
Zafril ketawa kuat melihatku. Aku mengetap bibir dan mencekak pinggang apabila melihat Zafril yang menekan perutnya sambil ketawa besar, membuatkan aku yakin dia sengaja mahu menggenakanku kali ini.
“Zaf tipu Safikan.”Aku memukul kuat lengannya. Sakit hatiku melihat tawanya yang tidak mahu surut. Dan tidak lama selepas itu aku juga turut tertawa apabila teringatkan kegopohanku sebentar tadi. Percaya bulat-bulat dengan kata-katanya. Sudah lama aku tidak melihat dia ketawa sebegitu. Dan sudah pasti dia juga sudah lama tidak melihat diriku tertawa seriang ini kebelakang ini. Apapun, aku benar-benar rasa lega sekarang…
Bersambung…
P/S : Assalamualaikum semua. Mohon maaf atas kelewatan entry ini, ada urusan kerja yg x dpt dielakkan. Ada yang bertanya berapa bab kesemuanya bagai ADH. Insya'Allah 48 bab kesemuanya... hanya tingga 16 bab terakhir untuk dihabiskan. Semoga rakan2 sekalian terus sudi mengikuti ADH hingga ke akhirnya.. Terima kasih dari hati AH. Salam Sayang buat semua :)
14 comments:
wahh... awal akak upload... tq tq tq saya suka saya suka
baru rasa teruja nak baca....masa safi mengalah hari tu, hilang mood nak baca, macam cerita2 yang biasa dibaca...
hmmm lega sikit rasa hati....
baru rasa lega..
tu la zafril..fikir yg bukan2
hehehe... tk best cite yg couple terlalu byk prasangka... biar ler cite ni lain sikit dr cite2 lain... ini asyik heroin mengalah je... jd boring kalau baca cite mcm tu... mcm semua perempuan ni lemah...
yeayyyy...diorg dah ok...hee
akhirnya Safi jujur gak ngan Zaf ttg Nia....harap2 lepas ni Nia pat trime la ttg hubungan Safi ngan Zaf...
Adah, pe kater jodohkan aje Hafiz ngan Nia =)
setuju ngan cik jah.......byk sgt cite psl pompuna yg cepat ngalah......so part ni ada kelainan....mcm cik jah kate baru teruja nk baca.....good luck te cik writer.....
bgs..akhirnya SAfi bgtau jg dgn Zafril ttg perasaan Nia kpd Zaf....biar mrk dpt cr cara yg t'baik utk bgtau Nia.
yeah. I love this :)
Alhamdulillah.. Selesai masalah safi dgn zafril.. Dh baik semula.. Suka nya... Hope pas ni nia can accept the fact that zafril only love safi
bagus Safi.....pertahankan cintamu, Zaf berterus terang dgn Nia ye.....& Nia redha & terimalah ketentuan ILLAHI.....
ADAH...legaaaa (tersangkut-sangkut dalam jiwa walaupun tahu ianya rekaan semata-mata) @bluescarf
Post a Comment