Tuesday, January 13, 2015

Kisah Patah Kaki (II)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Lama tak singgah di sini. Nak keluarkan karya2 baru pun tak ada lagi. Semua masih dalam proses. Insya'Allah kalau siap nanti AH update lain. Sementara ada masa terluang ni, AH nak sambung sikit entry pasal patah kaki. Sebab apa? Sebab entry yang AH tulis pada Julai 2013 yang lalu masih menerima soalan2 semasa daripada mereka-mereka yang mengalami nasib yang sama. Disebabkan dalam ENTRY LEPAS AH dah ceritakan kisah daripada awal kejadian hingga fiber dibuka, maka ramai yang bertanya apa yang terjadi selepas itu. AH akan kongsikan dalam entry kali ini. Diingatkan bahawa setiap yang tertulis di sini adalah berdasarkan pengalaman AH, sedikitpun tidak melibatkan teori2 perubatan profesional mahupun tradisional.

Okeh, sebelum apa-apa, AH ingatkan sekali lagi setiap kesembuhan adalah daripada Allah SWT dan satu-satunya cara yang paling berkesan untuk sembuh lebih cepat adalah dengan redha, terima setiap apa yang telah ditetapkan untuk kita. Terima Qada dan Qadar Allah, Insya'ALLAH semuanya akan dipermudahkan. Tak percaya? Cuba, Try, Test... 

Berbalik pada soalan, macam mana kondisi kaki AH selepas fiber dibuka. Bila AH mula berjalan sepenuhnya tanpa tongkat.

Sifir AH mudah. Banyak mana masa fiber tersarung di kaki, banyak itu jugalah masa yang AH ambil untuk kembali jalan. Contoh, sebulan masa menggunakan Fiber/Simen, maka sebulan jugalah masa yang diperlukan untuk kembali jalan. Dalam tempoh sebulan tu memang berteman tongkat.  Pengalaman AH, kononnya nak cuba jalan sehari lepas buang fiber. Tapi memang mustahil sebab baru nak cuba-cuba memijak pun dah rasa macam peserta Betul ke Bohong. Rasa macam kena karan. Maka diketahui bahawa belum masa yang sesuai, jadi jangan cuba2 memaksa berjalan without tongkat. Ingat tu.

Actually masa last check up AH dah bolah jalan tanpa tongkat, tapi disebabkan jalan pakai sebelah tongkatpun doktor marah, maka AH bertongkat juga. Bila doktor cakap okeh dah boleh lepas tongkat, AH pun balik sambil seret tongkat dengan senyum lebar. Alhamdulillah, betapa besarnya nikmat berjalan...  So waktu ni paling penting. Sebab kata doktor, tulang perlukan masa lebih daripada setahun untuk tumbuh sempurna. Jangan berlari2, ala2 berkeran-kejaran di tepi pantai, ataupun berangan-angan untuk melakukan senaman dengan tali skipping, mahupun lompat bintang dan lain2 aktiviti yang melibatkan tekanan pada kaki. Tidak digalakkan sama sekali. 

Dan sekarang, setelah setahun kembali berjalan. Apa yang jadi? Ah masih ingat doktor pernah kata, akan ada implikasi sama ada AH operate ataupun tak. Jadi mari AH kongsikan implikasi yang AH hadapi.

1. Pada AH, ini implikasi paling besar. Tak boleh nak jalan terlalu jauh lagi. Contohnya macam berjalan beli barang sejam, dua jam, apatah lagi tiga jam tanpa henti, or berdiri terlampau lama. Tak boleh dah. Semuanya harus ada had. Kalau tidak nanti akan rasa sakit pada bahagian ankle dan kadang2 membawa kepada bengkak. BUT. Semuanya akan kembali pulih bila menjelang bangun daripada tidur di pagi hari. So tak perlu risau sangat. Macam AH, kadang2 AH redah juga. Sebab esok boleh baik semula. Haha. Tapi jangan cuba selalu.

2. No more High heels. Baru sarung, belum jalan pun dah rasa ketar kaki. Jadi sejak boleh jalan balik, AH memang tak pernah pakai high heels. Bab ni memang tak berani nak cuba. Siapa dah cuba boleh bagi tahu AH ya.

3. Dalam sesetengah keadaan, ada kalanya kaki akan tiba-tiba sakit. So, be prepared.

4. Erm... tak ada dah kut.

Nampak macam alahaiii.... tapi sebenarnya ok aje. Mari berfikiran positif. Ada orang cakap pada AH, lebih baik 'patah kaki' daripada 'patah hati'. Bukankah sakit itu kifarah dosa? Bersyukur juga akan menjadikan semuanya indah dan berbunga-bunga. Nampak macam semua bad thing aje kan. sebenarnya masih ada banyak perkara baik yang AH temukan daripada musibah ini. Cuma biarlah AH simpan diam2. Kalau tak nanti, makin berjela-jela panjang entry ini. So, pada yang masih dalam proses menyembuhkan diri, AH doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT. Have a good rest.

AH tinggalkan semua dengan quotes di bawah untuk tatapan kita bersama. Setakat ini saja entry AH. Insya'Allah jumpa lagi next entry.

Wassalam.



Kata AH :
Bahagia itu datangnya daripada banyak pintu. Sakit juga boleh jadi salah satu daripada pintunya. AH kalau sakit, AH suka guna pendekatan buat2 tak peduli dengan kesakitan yang sedang AH alami. Masa akan terasa berlalu dengan cepat. Tips ini AH pernah kongsikan pada Adik AH dan dia pernah cuba, tapi tak tahulah dia berjaya tak! Kalau nak tahu kena tanya dia. He3


2 comments:

ida said...

Terima kasih atas tips Adah tu. Boleh dipraktikkan. Semoga Adah sentiasa tekun berkarya walau apa pun dugaannya. Rindu sgt2 dgn karya2 Adah. Harap2 tahun 2015 dapatlah baca karya2 terbaru Adah...good luck!

Anonymous said...

novel SAAT ADA CINTA tu ada di pasaran belum AH?

Post a Comment