Sunday, September 28, 2014

Bab 1 - Di Hati Kau Ada



BAB 1
            “Akak ni biar betul?” Aku sudah gabra yang teramat. Takkan dah sampai masanya. Biar betul?
            Kak Mazwin tercunggap-cunggap. Lenganku dipegang kejap. Sakit, namun kesakitannya aku tahan apabila melihat wajah Kak Mazwin yang berkerut seribu.
            “Ka... Kau ingat... benda ni boleh main-main ke?” selar Kak Mazwin berselang seli menarik nafas.
            Melihat peluh yang memenuhi dahinya aku turut sama berpeluh. Jari tangan yang masih belum punya tugas kini mengira-gira waktu yang sepatutnya. Eh, bukan ada masa lagi sebulan ke? Tak cepat sangat ke?
            “Apa kau kira lagi tu?’ dia sudah terpekik kuat. Habis bergema suaranya memenuhi ruangan basement pasaraya. Aku yang tersentak cepat-cepat menyambut lengannya. Kak Mazwin sudah seperti tidak dapat bergerak dengan betul.
            “Habis nak buat apa sekarang ni?” kali ini aku sudah hilang pertimbangan logik. Serba serbi rasa tak kena sekarang.
            “Hantar akak ke hospitallah...” Kak Mazwin mengarahkan. Nafas ditarik perlahan-lahan. Wajahnya sudah tidak berapa tegang lagi. Mungkin sakitnya sudah berkurangan berbanding tadi.
            “Oh... haah... yelah... okay, okay... jom cepat.” Langkah dipercepatkan menuju ke kereta Proton Saga milik Kak Mazwin. Jauh pula terasa kereta itu berada saat ini sedangkan hanya beberapa langkah saja lagi aku dan Kak Mazwin yang sedari tadi dipapah akan sampai.
            Tiba sahaja di kereta, Kak Mazwin bersandar sebentar pada pintu keretanya. Semua plastik barang-barang yang kami beli sebentar tadi diletakkan di atas lantai. Tangan puas membongkar beg tangan Kak Mazwin mencari kunci kereta.
            “Ya’ Allah apa yang dicari tu. Cepatlah...”
            Berdesing telingaku mendengar suaranya. Aku pandang sekilas wajah kak Mazwin. Merah padam wajahnya yang putih itu menahan kesakitan. Aik, tadi macam dah okay, sakit balik ke?
            “Okay kak sekejap, kunci ni mana pula hilangnya.” Kunci ni pun satu hal. Dari tadi aku cari tak jumpa mana pula di... hah jumpa pun. Tanganku terus menekan pengera kereta membolehkan Kak Mazwin masuk ke bahagian belakang kereta.
            Baru sahaja aku mahu membantu Kak Mazwin masuk ke dalam kereta aku terfikirkan sesuatu. Aku tarik lengannya, tidak membenarkan dia masuk terlebih dahulu.
            “Kalau akak duduk belakang siapa nak drive kereta ni?” aku tahu itu soalan bodoh di waktu kecemasan begini, tapi memang itu yang aku fikirkan sekarang. Siapa pula nak jadi pilot darat kereta ni?
            “Kaulah... ada lesenkan?”
            Aku sudah menelan liur. Memanglah aku ada lesen tapi keretanya kereta jenis apa? Mana aku tahu bawa.
            “Akak jangan cari pasal kak. Orang tak reti bawa kereta manual ni. Mahunya tak bergerak kereta ni sampai esok pagi.” Memang aku tak reti, takkan nak pura-pura tahu pula. Tak pasal-pasal dengan aku masuk hospital sekali.
            “Masa ambil lesen dulu kau guna kereta manual jugakan? Takkan tak reti.” Kak Mazwin masih membalas. Kesian juga aku melihatnya, kudrat yang ada digunakan untuk berbahas denganku saat darurat begini.
            “Memanglah kak, tapi tu bila? Masa orang lepas SPM. Sekarang ni dah berapa tahun? Dah banyak kali orang cerita kat akakkan. Sejak dapat lesen tu memang orang dah tak bawa kereta manual ni. Orang kalau nak bawa pun kereta automatik je. Kereta manu...”
            Kak Mazwin mangangkat tangannya padaku, arahan bukan lisan menyuruh aku berhenti bercakap. Aku mengetip bibir, terlupa. Boleh pula aku membebel.
“Su... sudah, sudah. Call... ambulance?” saranannya.
Aku menepuk tangan. “Haahlah, kenapalah tak terfikir dari tadi. Kalau dari tadi terfikirkan sen...”
“Cepatttt...”
Aku terkejut. “Okay kak.” Aku terus mengeluarkan telefon bimbitku. Namun belum sempat aku mendail nombor kecemasan, kedengaran Kak Mazwin mengerang dengan lebih kuat. Aku simpan semula telefon bimbit dalam seluar jeans. Badannya yang sudah membongkok, aku sambut. Tentu kak Mazwin sedang menahan rasa.
“Astagfirullahalazim... dah tak sempat ni kak.” Aku buat andainya sendiri apabila melihat ada air yang sudah membasahi kasutku.
“Ya’Allah sakitnya...” Kak Mazwin mengerang lagi. Dia hilang kawalan dan menyandarkan badannya padaku, membuatkan aku terdorong dan bersandar pada kereta lain.
Aku sudah mati kutu. Apa yang boleh aku lakukan pada awaktu-waktu begini?. Aku sudah tidak sampai hati melihat Kak Mazwin begitu. Namun aku juga tidak punya sebarang kepakaran untuk meredakan keadaan.
“Kenapa ni?”
Suara yang menyapa menyebabkan aku menoleh ke sebelah kanan. Seorang lelaki bertopi kelabu betul-betul berada disebelahku saat ini. Berkerut dahiku memandangnya. Bila masa pula dia terpacak di sini?
“Awak siapa?” Soalku. Aku memeluk erat Kak Mazwin. Kepalanya yang lentok di dadaku aku biarkan.
“Kereta saya.”
Aku memandang arah jari yang ditujukkan oleh lelaki yang tidak dikenali itu. Nampaknya aku sedang bersandar pada keretanya. Kak Mazwin mengerang sekali lagi berserta dengan tangisan kecil. Aku makin gabra, lelaki di sebelahku juga turut sama tidak keruan.
“Kena bawa ke hospital ni.” Cadang lelaki itu.
Tanpa bertanya apa-apa dia terus membawa Kak Mazwin masuk ke dalam kereta Kak Mazwin yang sudah sedia terbuka pintunya. Macam mana dia tahu itu kereta kak Mazwin
“Letak bantal dekat kepala.” Arahku padanya. Tanpa banyak bicara lelaki itu terus mengambil bantal yang sedia ada di dalam kereta dan diselitkan di bawah kepala Kak Mazwin.
“Bawa masuk semua barang-barang kat luar.”
Lelaki itu mendengar arahan. Terus saja dia mengambil semua plastik yang tadinya aku longgokkan di atas lantai dan diletakkan di bahagian penumpang hadapan.
“Cuba cari tuala dalam plastik tu.” Arahku lagi. Dan kali ini dia masih menurut segala tanpa sebarang bantahan.
Aku cuba menumpukan perhatian pada Kak Mazwin. Aku sendiri tidak tahu apa perlunya tuala yang baru aku beli itu. Tapi saja aku mahu keluarkan mungkin berguna nanti.
“Kak sabar kak ye.” Kak Mazwin cuba aku tenangkan walaupun aku sendiri tidak tenang waktu ini. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
“Yang ni ke?” Soal lelaki itu sambil menyerahkan tuala berwarna merah jambu padaku.
            Aku mengangguk dan menyambut tuala itu. “Tolong ambil tisu, lapkan peluh kat dahi dia.”
            Seperti tadi, lelaki itu masih memberikan kerjasama.
            Kak Mazwin mengerang lagi, kali ini berserta dengan teranan. Aku makin gabra apabila sudah dapat melihat kepala bayi.
            “A... awak tahu drive kan?” soalku gugup.
            “Hah?” Soalnya seperti kebingungan.
            “Cepat drive ke hospital. Baby dah nak keluar.” Aku campakkan kunci padanya.
            “Okay.” Terkebil-kebil lelaki itu. Namun kunci yang dicampakkan tetap disambut. Kini kunci itu sudah selamat mendarat di atas tapak tangannya.
            Ya’Allah minta-mintalah sempat sampai ke hospital. Doaku dalam hati.

KAK MAZWIN ditolak masuk ke dalam labor room. Sebelum sampai ke hospital tadi, bayi sudah selamat keluar dari rahim Kak Mazwin. Cuma tali pusat bayi yang bersambung pada uri, masih belum keluar dari rahim ibunya. Aku tidak tahu apa tindakan lanjut daripada doktor. Yang aku tahu sekarang ni bajuku sudah dipenuhi tompokan darah, menakutkan pula apabila melihat diriku sendiri.
            Sudahnya aku mengambil tempat duduk yang ada tersedia. Mata aku pejamkan seketika. Penat juga menjadi bidan terjun.
            “Tak nak tukar baju dulu?”
            Terbuka luas mataku mendengar soalan yang kedengaran. Aku memandang lelaki tadi yang sudah berada di hadapanku. Bajunya turut dipalit darah. Mungkin terkesan sewaktu dia membantu mengangkat Kak Mazwin sebentar tadi. Dia menghulurkan sebuah beg plastik padaku.
            “Saya tak tahu ini dress baru awak atau puan yang dekat dalam tu. Tapi dress ni je yang saya nampak tadi. Jadi saya ambil untuk awak sebelum turun tadi.” Katanya sambil tersenyum. Kelihatan sungguh prihatin.
            Aku sambut hulurannya. Kalau dress memang bukan milikku. Itu baju baru Kak Mazwin tapi nampaknya aku terpaksa menggunakannya terlebih dahulu. Tak sanggup pula  nak menggenakan baju yang berdarah ini sepanjang petang. Nanti aku akan belikan yang baru untuk Kak Mazwin.
            Thanks.” Balasku berserta senyuman. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah.
            Plastik yang ada aku belek. Mahu melihat apa yang ada di dalamnya. Hanya ada sehelai dress labuh berwarna navy blue di dalamnya. Kini mata aku alihkan pandangannya. Melihata tudung berwarna hijau yang sedang aku pakai. Nasib baik tiada kesan darah padanya. Jadi bolehlah aku mengenakan tudung ini semula. Tapi dress navy blue dengan tudung hijau? Erm... lantaklah janji aku tak pakai baju yang dipenuhi darah.
            “Seronok juga jadi nurse tadi.”
            “Hah?” aku terkejut apabila tiba-tiba sahaja dia bersuara. Jadi nurse?
            Dia mengangkat keningnya sambil tersenyum.
            Berkerut keningku cuba meningat semula. “Oh... pasal tadi tu. Sorry saya gabra sangat tadi tu. Saya memang tak boleh, kalau gabra semua benda saya redah je. Sorrylah tak pasal-pasal awak jadi nurse pula tadi. Tolong itu ini.” Panjang lebar aku menjelaskan dengan hanya satu nafas.
            Dia tertawa kecil dengan tingkahku. Ttopi di kepala diperkemas. “Tak apa saya...”
            “Abang Han.” Aku terus bangun apabila terlihat Abang Han yang sedang berlari anak  menghampiriku.
            “Awin macam mana?” kelam kabut dia bertanya.
            “Kak Awin okay, ada kat dalam. Sorrylah Abang Han, orang tak sangka pula nak jadi macam ni.” Aku memang rasa amat bersalah. Kalaulah aku tidak mengatal ajak Kak Mazwin keluar membeli belah, tidak mungkin dia akan bersalin dalam kereta.
            “Tak apalah benda nak jadi. Abang nak pergi jumpa doktor.”
            “Nak ikut.”
            “Jom.” Abang Han terus berlalu.
            Dan tiba-tba aku mematikan langkahku. Abang Nurse? Baru kini teringat pada lelaki yang menolongku tadi.
            “Awak...” sebenarnya aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
            “Tak apa saya pun nak balik dah.”
            “Oh, okay. Thanks sebab sudi tolong tadi. Saya nak cepat ni, jadi saya pergi dulu” Belum sempat mendengar balasan aku terus berlalu. Terpaksa buat begitu demi mengejar abang Han yang semakin menjauh.
            Namun, belum sempat kakiku berjaya menyaingi langkah Abang Han, aku terhenti sekali lagi. Dahi aku tepuk. Bagaimana Abang Nurse itu mahu pulang sedangkan dia ke sini memandu kereta Kak Mazwin? Bukankah keretanya masih di parkir pasar raya? Aku pusingkan badan mahu menemuinya semula. Benar-benar terlupa tentang itu.
Ketika aku berpusing, dia sudah tiada di tempat duduknya tadi. Aik lajunya Abang Nurse tu lesap? Ilmu apa agaknya dia pakai? Ah, lantaklah aku. Kini aku berpaling semula mengejar Abang Han.
            Abang Nurse? Sempat nama itu mengundang segaris senyumanku. Suka-suka aku saja letak nama samaran untuk lelaki itu. Tak apalah bukan aku akan berjumpa dengannya lagi selepas ini.

Kata AH :
Terima kasih Sudi Membaca. INSYA'ALLAH JUMPA DALAM VERSI CETAK           

0 comments:

Post a Comment