Monday, November 14, 2011

Ada Di Hati - Bab 30


BAB TIGA PULUH
             Nama Zafril tertera lagi di skrin kecil telefon bimbitku. Malam ini sahaja sudah banyak kali telefon itu berdering, sama seperti malam-malam sebelumnya. Dan seperti selalu juga, aku memang sengaja tidak mahu menejawab panggilan itu. Bukan aku tidak merindui lelaki itu, memang aku amat merinduinya saat ini. sudah tiga hari Zafril tidak masuk ke pejabat semata-mata ingin membantu Shania di Tiara Holding. Ya, Shania sudah pun mengambil alih syarikat itu tiga hari lalu seperti janjinya dahulu. Dan sepanjang ketiadaan zafril di pejabat itu sedikit sebanyak, aku mampu untuk cuba menjauhkan diri daripadanya, dan kerana itu jugalah aku tidak mahu menjawab sebarang panggilan daripada Zafril. Aku memerlukan masa untuk memikirkan semuanya, Tentang cintaku pada Zafril, tentang diri Zafril sendiri dan paling penting tentang perasaan Shania pada Zafril. Boleh saja aku buat tidak peduli dengan pengakuan Shania padaku tempoh hari kerana sudah nyata aku pilihan Zafril. Namun, Shania sudah aku anggap sebagai adikku sendiri. Jadi mana mungkin bagiku untuk melukakan hatinya.
            Akhirnya telefon bimbit itu berhenti juga daripada terus bernyanyi. Mungkin dia telah malas untuk mencuba menghubungiku yang tidak pernah bersahut panggilannya. Mungkin juga dia sudah tidak mahu melayan kerenahku. Aku tahu aku bersalah kerana membuatnya begitu tetapi bagaimana aku mahu menghadap dirinya jika setiap kali terpandang sahaja wajah itu atau mendengar suaranya, kata-kata Shania tentang perasaanya pada Zafril menerjah masuk ke dalam telingaku. Kata-kata yang mengudang gelombang resah yang bukan sedikit di hatiku.
            Walaupun aku yakin Zafril hanya mencintaiku, dan jika dia diminta membuat pilihan sekalipun, zafril tetap akan memilihku. Tapi jika itu berlaku, bagaimana pula dengan Shania? Bagaimana pula dengan perasaan Shania? Dia baru sahaja menyulam gembiran dengan penyatuannya bersama keluarga yang terpisah, tidak mungkin sekelip mata sahaja aku ingin merampas kebahagiaannya itu.
            Aku benar-benar tidak menyangka Shania menyintai Zafril. Aku fikirkan Shania hanya menganggap Zafril seperti abangnya sahaja. Patutlah semenjak bertemu semula dengan Zafril, setiap keputusan yang bakal diambilnya, pandangan Zafril yang akan diutamakan dahulu.
            Makin difikirkan, makin berat kepalaku. Aku benar-benar buntu cara kali ini. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun aku sedar ini semua salahku. Kalau dari awal percintaanku dengan Zafril dahulu, aku terus memaklumkan perkara ini pada Shania, pasti hal ini tidak akan berlaku.
            Ketukan pintu bilik yang bertalu-talu mematikan lamunanku di dada langit. Aku mengerling jam di sisi katil, 11.30 malam. Lantas aku menutup semula jendela bilik dan menuju ke muka pintu. Sebaik sahaja pintu bilikku terbuka, wajah Fitri terpampang di depan mata dengan senyuman panjang. Aku menjungkitkan kening, bertanya dalam diam pada Fitri yang asyik tersenyum-senyum dari tadi.
            “Tu hah, Zafril nak jumpa kau.” Dengan senyuman yang masih bersisa, Fitri memuncungkan bibirnya ke arah pintu utama pangsapuri yang kusewa bersamanya.
            “Dia datang sini, ke?”
            Melihat anggukan Fitri itu menambahkan rasa terkejutku. Aku tidak menyangka dia akan menemuiku. Mungkinkah kerana aku tidak menjawab setiap panggilannya? Dengan rasa yang memberat di hati, aku menyarungkan tudung dan memakai sweater bagi melindungi badanku yang hanya mengenakan t-shirt berlengan pendek.
            Zafril memang sudah sedia menungguku di muka pintu sewaktu aku tiba. Melihat sahaja dirinya di depan mata, rasa rindu itu makin membuak-buak, namun dalam masa yang sama wajah Shania terbayang-bayang pula di tubir mata. Kata-kata Shania ternginag-ngiang di telinga. Rasa-rasa itu benar-benar menghimpit hatiku.
            “Kenapa tak jawab call?”
            Aku tidak mahu menjawab soalannya itu. Aku memandang Fitri yang masih setia berdiri di sebelahku, lantas aku menyarungkan selipar. “Kita berbual kat taman bawah.” Aku segera melangkah meninggalkan Fitri di muka pintu. Zafril hanya menurut kataku dan dia mula berjalan beriringan denganku.
            Sepanjang perjalanan ke taman permainan yang terdapat di dalam kawasan pangsapuri, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Satu perkataan pun tidak terluah dari bibirku. Aku juga tahu sepanjang berjalan, mata Zafril tidak purus-putus memerhatikanku. Sampai sahaja di taman itu niatku untuk duduk di kerusi yang terapat di taman itu terencat kerana seorang remaja lelaki sedang duduk di kerusi itu sambil berbual-bual di talian. Lantas aku menuju ke permainan gelongsor dan bersandar di dinding gelongsor itu.
            “Kenapa dah tiga hari Safi tak jawab call Zaf?” Soal Zafril yang turut bersandar sepertiku di dinding gelongsor itu.
            Cahaya-cahaya lampu yang terdapat di taman permainan itu memudahkan aku mengamati wajahnya tika ini. Jelas kelihatan di dahi itu, tergambar garis kerisauan yang jelas di wajah Zafril ini. Kerisauannya itu berasas, siapa yang tidak risau jika setiap panggilan telefon tidak dijawab selama tiga hari berturut-turut, tidak kira pagi atau malam. Aku tahu aku tidak sepatutnya merisaukan Zafril sebegitu. Aku tahu aku bersalah, jadi aku hanya mampu melemparkan senyuman pada lelaki itu.
            “Safi tahu Zaf banyak kerja. Zaf kena tolong Nia buat macam-macam kat Tiara Holding sampai lewat malam. Safi cuma tak nak ganggu Zaf.” Helahku cuba menutup apa yang aku rasakan sebenarnya. Aku tidak mahu dia terlalu memikirkan perubahanku. Zafril sudah terlalu banyak kerja, mana dengan kerja-kerja di Adni Maju ditambah pula Zafril pula menolong Shania menyemak kedudukan kewangan Tiara Holding dan mengajar Shania tentang perniagaan yang baru ingin diceburinya. Sudah terlalu banyak perkara terbeban di bahu Zafril, aku tidak mahu menambahnya lagi.
“Betul?” Zafril masih lagi ragu-ragu dengan jawapan yang aku berikan.
            Aku mengangguk kepala dan terus tersenyum.
            “Bukan sebab Safi marahkan Zaf?”
            “Kenapa pula Safi nak marahkan Zaf?” Tanpa menjawab soalan Zafril aku pula yang mengajukan soalan padanya. Mengapa Zafril bertanya begitu padanya?
            “Yelah, minggu ni Zaf asyik busy itu dan ini, sampai jarang kita dapat jumpa. Tiga hari kebelakangan ini lagi teruk, tak berjumpa langsung, bercakap dalam telefon pun tak. Maybe Safi terasa dengan Zaf, ke?”
            Aku tertawa kecil mendengar penjelasan Zafril. Tidak aku sangka dia akan terfikir sehingga begitu pula. “Tak adalah... Safi tak marah. Safi tahu Zaf sibuk. Safi okay je, Zaf tu yang fikir bukan-bukan.”
“Betul ni?”     
            “Betul.”
            “Sorrylah Zaf memang busy sikit. Papa tulah, dia suruh Zaf ajar Shania mcam-macam kat Tiara Holding. Kalau pasal financial okaylah juga, sebab Zaf memang ada master in finance. Tapi kalau dah sampai operasi syarikat pun Zaf yang kena ajar, pening juga kepala ni. Manalah Zaf mahir pasal operasi Tiara Holdig yang bercabang-cabang tu. Tak pasal-pasal Zaf kena semak semula fail-fail lama. Papa bukannya tak boleh ajar Shania tu, tapi entah kenapa nak juga Zaf yang ajar. Kerja-kerja kat Adni Maju tu pun dah banyak bertangguh.” Bebel Zafril panjang lebar. Diluahkan semua perasaannya padaku yang setia menjadi pendengarnya sedari tadi.
            “Habis, bila Zaf nak masuk pejabat balik?”
            “Em... Maybe dalam seminggu dua lagi kot.”
            “Lamanya...” keluhku perlahan. Ini bermakna seminggu dua ini aku akan jarang bertemu dengannya.
            “Kenapa? Tak boleh buat kerja ye, kalau Zaf tak ada depan mata?” Usik Zafril pabila mendengar keluhanku.
            “Bukan tak boleh nak buat kerja, tapi banyak sangat kerja Zaf yang Safi nak kena handle and backup. Penat tau.” Sengaja aku berpura-pura mengadu padanya. Aku tidak mahu dia tahu yang aku akan merindui dirinya jika terlalu lama tidak bersua muka.
            “Amboi, dengan teman lelaki sendiri pun berkira.” Zafril tertawa.
            “At office you’re not my boyfriend but you’re my boss. Dengan bos ni kita bukannya boleh bagi muka sangat, nanti macam-macam kerja dia suruh kita buat tapi bagi gaji ciput je.” Kali ini aku pula sengaja mengusik dirinya.
            Zafril sudah mula mencekak pinggang dan matanya membulat memandangku. “Oh... Jadi selama ni tak puas hatilah dengan gaji yang Zaf bagi. Tak cukup? Sikit sangat ke?”
            “Ha’ah, memang tak cukup. Memang sikit.” Sengaja aku menambah. Matanya yang sedang merenungku seedkit pun tidak mengusarkanku. Aku tahu dia pura-pura marah denganku.
            “Habis tu nak berapa baru cukup?” Zafril memeluk tubuhnya pula. Wajahnya makin dikeruhkan, matanya masih lagi galak memandangku.
            “Double daripada gaji yang Safi dapat sekarang.” Saranku pula.
            “Ish, banyak tu. Demand nya Safi sekarang.”
            “Eh, itu baru satu perlima dari gaji Zaf tau. Mana pula banyaknya?” Aku tersenyum dalam hati. Aku tahu permintaanku itu agak keterlaluan dan aku sebenarnya tidak tergamak berlagak demand sebegitu.
            Zafril kelihatan berfikir seketika kemudian dia memandangku semula. “Okay, Zaf sanggup bagi Safi triple dari gaji yang Safi dapat sekarang tapi dengan satu syarat.” Kini zafril sudah tersenyum lebar.
            “Triple?” Soalku sedikit terkejut, tidak sangka dia akan membuat tawaran sebegitu padaku. “Erm... Nampak macam menarik. Okay apa dia syaratnya?” Sengaja aku pura-pura teruja. Aku tahu dia tidak akan berbuat begitu, nanti apa pula kata pekerja-pekerja yang lain. Gaji setiausaha begitu mahal, pasti ianya akan mengundang seribu satu persoalan di minda setiap pekerja-pekerja Adni Maju.
            “Syaratnya... Safi kena berhenti kerja.”
            “Hah?” Terkejut aku mendengarkan syaratnya. Jika sudah berhenti kerja, bagaimana pula aku akan mendapatkan gajinya? “Kalau dah Safi berhenti kerja, macam mana pula...”
            “Kita kahwin!”
            Kali ini aku lebih terkejut dari tadi. Langsung tidak terlintas di fikiranku Zafril akan menggenakan syarat itu. Jantungku mula berdegup laju, terkebil-kebil mataku memandang senyuman Zafril yang semakin melebar.
            “Zaf tahu cara Zaf ni tak proper, lamar Safi kahwin macam ni. Tapi Zaf memang dah tak sanggup nak hidup berjauhan dari Safi. Tiga hari kita tak berjumpa ni pun dah buat Zaf macam tak betul, asyik terbayang-bayang Safi je.” Zafril tertawa kecil seketika.  “Zaf dah nekad dengan keputusan Zaf. Zaf ingat hujung bulan ni Zaf nak masuk meminang Safi. Awal bulan depan kita bertunang. Lepas tu, hujung tahun ni kita kahwin. Boleh?”
            Makin terkejut aku mendengar rancangan Zafril itu. Wajah Zafrilku renung mencari kesungguhan disebalik kata-katanya tadi. Adakah Zafril serius dengan kata-katanya atau dia hanya ingin bergurau denganku. Jika benar kata-kata Zafril itu maknyanya dalam masa tidak sampai tiga bulan lagi aku akan mendirikan rumah tangga dengannya. Tiba-tiba gambaran wajah Shania terbit lagi. Bagaimana keadaan Shania jika berita ini dikhabarkan padanya?
            “Bila Zaf masuk pejabat semula nanti, Zaf nak dengar persetujuan daripada Safi. Dah lewat ni, Jom Zaf hantar Safi naik”
“Tak apalah, Safi naik sendiri” Aku menolak. Bukan apa, hati masih terkejut dengan berita peminangan itu.
“Okay, tapi hati-hati tau. Zaf balik dulu. Assalamualaikum” Zafril mengenyitkan matanya kemudian berlalu pergi.
            Aku masih lagi termanggu di situ. Otakku mula berputar ligat, aku benar-benar tidak pasti adaah Zafril bersungguh-sungguh dengan kata-katanya itu. Sepatutnya aku berasa gembira dengan cadangannya tapi mengapa hatiku berbelah bagi tika ini. Wajah Shania mula bersilih ganti dengan bayangan Zafril yang sudahpun berlalu dari taman permainan ini.

SETELAH mendapatkan lif di hujung lobi Hospital Pusat Rawatan Islam, aku terus meloloskan diri ke dalam perut lif. Aku ingin segera mendapatkan Shania yang sedang ditahan di wad kerana masalah buah pinggang. Dari semalam dia dimasukkan ke dalam wad, namun baru sebentar tadi Zafril memaklumkan perkara itu padaku.
Aku sendiri tidak mengerti mengapa Mak Lang tidak mahu memaklumkan keadaan Shania yang telah hampir dua hari ditahan di wad kepadaku dan kedua ibu bapaku. Dan aku juga menjadi binggung, sejak bila Shania mengidap penyakit itu? Mengapa sebelum ini aku tidak mengetahuinya. Hatiku semakin resah mahu segera mendapatkan Shania. Dan sebaik sahaja pintu lif hampir tertutup ada tangan yang menghalang pintu itu dari tertutup rapat.
“Safi”
Aku melemparkan senyuman pada Hafiz yang baru sahaja memasuki perut lif dan berdiri disebelahku. “Hafiz, buat apa kat sini?”
“Nak tengok Shania. Safi pun nak tengok Shaniakan?”
“Ha’ah tapi macam mana Hafiz tahu Shania masuk wad?”
“Makcik Milah call tengah hari tadi. Tu yang saya cepat-cepat datang ni.” Terang Hafiz.
Penerangan Hafiz itu membuatkan aku terdiam seketika. Mengapa ibu saudaranku itu hanya memaklumkan keadaan Shania padanya tapi tidak pada diriku sekeluarga. Adakah mak lang dan Shania ingin merahsiakan hal ini dari pengetahuan aku sekeluarga. Tapi mengapa perlu dirahsiakan hal-hal sebegini? Bukankah kami sekeluarga, jadi perkara-perkara sebegini harus dikongsi bersama.
“Tak sangka pula sakit Shania tu datang balik.” Tiba-tiba Hafiz memecah kesunyian.
“Maksud Hafiz?” Aku tidak faham akan kata-kata Hafiz itu. Penyakit Shania datang balik? Mungkinkah Shania sudah lama mengidap sakit buah pinggang dan sudah lama juga Shania dan mak lang menyimpan rahsia ini.
“Dulu masa kat US pun Shania ada juga warded. Berhari-hari jugalah Shania masuk wad. Makcik Milah kata Shania memang ada sakit buah pinggang sejak dari kecil.”
Berubah terus air wajahku mendengar cerita Hafiz. Masakan Shania pengidap sakit buah pinggang sejak dari kecil, sedangkan sepanjang aku membesar bersama-samanya tidak pula Shania kelihatan sakit atau ditahan masuk wad. Tapi tidak mungkin pula Hafiz ingin menjadi-jadikan cerita. Apabila pintu lif terbuka luas, aku pantas melangkah menuju ke wad untuk mendapatkan Shania. Aku ingin mengetahui cerita sebenar.
“Safi tak tahu ke?” Soal Hafiz sambil mengekori langkahku.
Aku mengeleng laju dan Hafiz mengeluh perlahan. Sebaik sahaja aku ingin memulas tombol pintu wad tiba-tiba Zafril terlebih dahulu membuka luas pintu dari dalam. Tersentak aku seketika melihat Zafril yang tiba-tiba muncul dibalik pintu. Namun sempat juga aku melemparkan senyuman padanya.
Zafril yang pada mulanya membalas senyumanku mematikan senymannya apabila melihat Hafiz turut berada di sisiku. “Datang berdua ke?” Zafril benar-benar kelihata tidak senang melihat Hafiz berada di sisiku.
“Taklah, safi tumpang Fitri tadi. Lepas tu terserempak pula dengan Hafiz dalam lif.” Cepat-cepat aku menerangkan keadaan sebenar apabila melihat wajah Zafril yang tiba-tiba tegang. Hafiz menghulurkan tangan pada Zafril dan aku menarik nafas lega apabila Zafril menyambut huluran salam itu.
“Nia macam mana?” Aku terus masuk ke dalam wad yang hanya menempatkan Shania sahaja. Aku tahu pastu mak lang yang menempatkan Shania di bilik kelas pertama ini. Begitulah mak lang, dia tidak akan berkompromi tentang keselesaan Shania.
“Dah semakin okay.” Zafril menutup semula pintu apabila aku dan Hafiz telah masuk ke dalam. Nampaknya niatnya untuk keluar tadi dibatalkan begitu sahaja.
            “Kenapa dengan Nia sebenarnya?” aku mula membelai rambut Shania. Rasa kasih tertumpah di situ apabila melihat wajah pucat Shania. Hampir menitis air matanya melihatkan dia sebegitu.
            “Zaf pun tak tahu detail sebab doktor lebih banyak berurusan dengan Makcik Milah. Tapi Makcik Milah cakap, Shania sekarang ni dah jarang ambil ubat.” Zafril yang berdiri disebelahku turut memerhati Shania yang terlena di atas katil.
            “Tapi masa kat US dulu, dia tak pernah lupa ambil ubat.”
            Kata-lata Hafiz itu menyentuh hatiku. Mungkin Shania agak terbeban dengan kerja-kerja di Tiara Holding sebeb itulah Shania lupa akan rutin biasanya itu. Aku tahu dia terlalu muda untuk dibebankan dengan segala masalah syarikat gergasi itu, tapi apa yang boleh dilakukan, Shania satu-satunya waris bagi menyambung legasi Tiara Holding, muda atau tua, susah atau senang Shania terpaksa juga memikul tanggungjawab itu. Aku mengelus lembut wajah pucat Shania, aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan untuk membantu meringankan beban adikku ini.
            Perlahan-lahan Shania membuka matanya dan memandangku yang berada di sisinya. Aku membalas senyuman Shania yang agak kelat itu. Apabila Shania mula bergerak aku pantas membantunya duduk bersandar di kepala katil.
            “Shania sakit lagi ke?” Ingin sahaja aku terus bertanya padanya mengapa dia dan mak lang merahsiakan sakitnya itu. Namun aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk aku bertanyakan semua itu. Shania memerlukan masa rehat yang cukup waktu ini.
            “Nia dah okaylah kak. Akak dah lama sampai?” Soal Shania cuba berlagak ceria.
            “Baru aje”
            “Akak datang dengan Hafiz ke?” Shania memandang ke arah Hafiz seketika sebelum memandangku semula.
            Aku mengeleng laju. “Taklah, tadi akak terserempak dengan Hafiz masa dalam lif.” Terus aku berterus terang. Aku tahu selama ini Shania salah faham tentang hubunganku dengan Hafiz dan aku tidak mahu Shania terus dengan salah fahamnya itu.
            “Oh, ingatkan lepas dating berdua, baru datang jenguk Nia kat sini” Shania tertawa kecil seketika.
            Wajah Zafril berubah apabila mendengar kata-kata Shania. Kecut perutku membalas renungan tajam Zafril yang terarah kepadanya. Aku menjadi kalut, aku tidak tahu mengapa Shania selalu melepaskan kata-kata sebegitu apabila kami berempat bertemu muka. Aku ingin membalas kata-kata Shania itu sekaligus menutup mulut adikku itu dari terus cuba mengaitkan aku dengan Hafiz. Tapi otakku seolah-olah dibius, aku tidak mampu untuk membalas kata-kata Shania sekeligus meredakan renungan tajam Zafril.
            “You ni kan... dalam sakit-sakit tu pun ada hati nak kenakan orangkan.” Hafiz membalas bagi pihakku.
            “Eh, kalau betul pun apa salahnya kan. Lagipun akak I ni single lagi tau.” Shania lekas membalas.
            “Shania, Kak Safi ni sebenarnya dah...”
            “Zaf!” Pantas aku memotong kata yang ingin Zafril sampaikan pada Shania. Aku tahu apa yang Zafril ingin sampaikan padanya. “Mak lang mana Nia?” Segera aku menukar topik perbualan.
            “Mama balik rumah kejap.” Dalam terpinga-pinga shania menjawab jua soalanku.
            Sesudah itu Zafril terus mengapai surat khabar yang berada di meja sisi katil dan mula duduk si sofa yang agak jauh dari katil Shania. Seolah-olah dia cuba menjauhkan diri daripada perbualan yang berlangsung di antara aku, Shania dan Hafiz. Sepanjang perbualan kami, sempat juga aku mengerling pada Zafril yang sedang tekun membaca akhbar di tangannya.
            Apabila Shania dan Hafiz mula membangkitkan kisah kawan-kawan seuniversiti mereka dahulu, aku mengambil peluang itu untuk menghampiri Zafril. Aku duduk di sofa tunggal yang berada di sebelah Zafril. Zafril melipat surat khabar yang dibacanya tadi dan diletakkan ke tepi. Perhatiannya kini tertumpu padaku.
            “Safi tak bagitahu Shania lagi pasal kitakan?” Terus Zafril menerjahku dengan soalan yang cuba aku elakkkan sejak minggu lalu.
            Aku menelan liurku sebelum menjawab soalahnya. Aku tahu jawapanku pasti aka mengundang amarahnya. “Belum.”
            “Susah sangat ke, Safi nak bagi tahu hal kita kat Shania. Bila Zaf nak bagitahu sendiri Safi tak bagi. Macam-macam alasan Safi. Yang nak rahsiakan sangat hal kita ni pada Shania tu kenapa?” Bergerak-gerak rahang Zafril menahan rasa di hatinya.
            “Bukan Safi tak nak bagi tahu, tapi banyak sangat benda berlaku kebelakangan ni. Safi cuma nak tunggu masa yang sesuai.” Aku cuba menyakinkan Zafril tapi mendengarkan keluhan yang terluah di bibirnya, aku tahu dia tidak boleh menerima alasanku. Aku tahu ini semua salahku, aku seharusnya memaklumkan hal diriku dan Zafril dari awal pada Shania, tapi keadaan semakin teruk apabila aku tahu perasaan Shania pada Zafril. Jadi bagaimana aku mahu berterus terang dengan Shania tentang perkara ini? Aku sendiri tidak ada jawapannya.
            “Bila pula masa yang sesuai tu?” Zafril nampaknya masih lagi berang denganku.
            “Zaf, nanti-nantilah.” Aku sudah tidak tahu apa yang harus aku katakan. “Safi balik dulu.” Aku tahu hari ini dan tempat ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kami membincangkan hal ini.
            “Fitri jemput ke?”
            Aku mengeleng.
            “Habis tu macam mana nak balik?”
            “Tak apalah safi naik teksi je.”
            “Tak payah naik teksi, jom Zaf hantar balik.” Terus Zafril bangun dari duduknya.
            “Habis tu siapa nak jaga Nia?” Aku juga turut bangun dari duduk.
            “Sekejap aje tinggalkan dia, bukannya jauh sangat pun rumah Safi tu.” Zafril masih lagi berkeras ingin menghantarku.
            “Tak baiklah kita tinggalkan dia seseorang kat sini.” Aku masih terus memujuknya. Tidak mungkin aku akan mementingkan diri sendiri. Waktu ini Shania yang perlu diutamakan berbanding dirinya. Shania perlukan lebih perhatian dari orang disekelilingnya.
            Zafril merengus kasar apabila aku masih lagi menolak kehendaknya . Dia terus mengekori langkahku yang telah mendapatkan Shania.
            “Akak balik dululah Nia.” Terus sahaja aku mencelah perbualan Shania dan Hafiz.
            “Dah nak balik dah.” Shania menyambut huluran salam dan memelukku. “Akak drive ke?” Soal Shania saat pelukan kejabku telah dilepaskan.
            “Tak, akak balik naik teksi je.”
            “Kalau macam tu biar saya hantar Safi balik.” Pelawa Hafiz tiba-tiba.
            “Eh, tak apa salah boleh balik sendiri. Lagipun kat sini senang nak dapat teksi.” Tolakku lembut. Tidak mungkin aku akan menerima pelawaan Hafiz itu, nanti apa pula kata Zafril sedangkan pelawaannya untuk menghantarku sebentar tadi aku tolak.
            “Alah, akak ni, Hafiz pun nak balik juga, apa salahnya dia hantarkan. Orang dah pelawa terima jelah kak.” Shania tersenyum-senyum memandangku dan Hafiz.
            Aku terdiam, tidak tahu apa yang perlu aku lakukan kini, wajah Zafri langsung tidak aku kerling walaupun seketika. Takut aku mahu melihat reaksi Zafril tika ini. Apabila Hafiz membantu Shania menuangkan air ke dalam gelas, dengan pantas Zafril menarik lenganku menjauhi katil Shania.
            “No way, jangan harap Zaf nak benarkan Safi balik dengan Hafiz. Bair Zaf je hantar Safi.”
            “Zaf, janganlah macam ni. Takkan nak tinggalkan Nia seorang.”
            “Seorang apanya? Doktor dengan nurse kan ada. Lagipun bukannya jauh sangat rumah Safi dengan hospital ni. Selang 30 minit Zaf dah boleh sampai hospital ni semula. Tak ada apa yang nak dirisaukan.” Zafril masih lagi berkeras.
            “Zaf, kalau mak lang dengan parent Zaf datang kejap lagi tengok Shania tak ada sesiapa pun yang jaga, macam mana? Zaf nak jawab apa? Buat masa sekarang ni Nia lebih penting. Zafkan abang sepupu Nia.”
            Melihat Hafiz yang sudah mula melangkah menuju ke pintu aku juga turut membuka langkah. Baru aku mula membuka beberapa langkah, Zafril memanggilku semula dan aku pantas menoleh.
            “Dah sampai rumah nanti call Zaf.’
            Aku tersenyum dan menganggukkan kepala, kemudian aku melambai pada Shania yang masih lagi berbaring di katil. Aku tau Zafril turut risau dengan keadaan Shania yang sedang menanggung kesakitan. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Shania keseorangan di wad ini. Namun dalam waktu yang sama aku tahu dia tidak mahu mengabaikanku. Dalam situasi ini aku tahu Zafril harus mengutamakan kepentingan Shania berbanding kepentinganku.

Bersambung...
           

21 comments:

Anonymous said...

Slm Adah, maafkan sy tp sy cukup x suka dgn perkembangan watak Safi. Rasanya dh penat dgn wanita yg suka beralah sedangkan realitinya ramai yg selfish. masalahnye safi ni melampau sgt sikap mengalah dan berdolak dalik, sampai sy meluat. tlg la buat safi tu defend herself.

-yg terkilan-

mien said...

saya pun rasa novel adah banyak mengetengahkan wanita yang "macam ni". maksud saya, senang sgt mengalah. mula2 memang simpati, tp lame2 jadi menyampah pulak kadang2. x tahu di mana kekuatan dia. sekadar pendapat. terpulang cik penulis sebagai pelakar watak=)

Anonymous said...

btul tu...safi jgnlah berkorban x tentu psl..pikir lah utk kebahagiaan dia & zaf jgk... adah, biar aje hafiz bercinta dgn nia...mesti rmai yg suke...

fatim fatimah said...

jgnlah mengalah plak safi,,kasian zafril

umi kalsom said...

yup betul... safi kena kuat.
don give up!

diari neesa said...

aah..betul ckp reader2 yg lain...sy setuju.
kalo watak utama terlalu sgt mengalah boleh jd tak mencabar dh cerita ni....kemungkinan perjlnn cerita ni dpt di agak dh...huhuhu

evy said...

kdg2 kita perlu mementingkan diri sendiri utk m'capai kebahagiaan w/p pahit lbh2 lg klu sama2 mempunyai perasaan yg sama...Safi perlu b'bincang dgn Zafril jgn hanya pendam seorang...dan b'korban.kesian Zafril...dia pun ada perasaan jg.

Salina Azni said...

betul tu..sy setuju dgn pendapat yg kt atas semua... kadang2 rasa boring bila baca watak heroin yg cepat mengalah, mcm tk menghargai ikatan antara mereka, sanggup berkorban dgn benda yg tk sepatutnya... mcm Safi ni sebenarnya tk mencintai Zaf... seorang yg tiada pendirian... perempuan yg lemah... tk de usaha langsung utk bahagia... hanya seorg perempuan yg asyik berserah kpd keadaan...

zuraidah said...

Kenapalah Safi ni suka sgt mengalah....tak sukalah.....

canim said...

saya pun setuju......nampak sgt nak ngalah tp kadang2 kita perlu dahulukn perasaan kita...sampai bila nak ngalah ....x salah klu kita mempertahankn kasih sayang n org yg kita sayangi......pls Safi ...jadileh seorg yg kuat.....biar nia ngan hafiz

Anonymous said...

pergh..akak sokong..peduli apa perasaan Nia..safi tak kesian ke kat mamat poyo tu da menunggu dia bertahun..hanya untuk melakar bahagia saja..kenapa mesti pikir pasal org lain..kenapa mesti pikir pasal Nia..Nia boleh mencari jejaka lain..alahai..tak faham betuila..apa yg safi nak..sedangkan mamat tu dah lakarkan bahagia untuk dia..jgnla..adik buat citer ni mcm citer citer lain yg watak safi ni akan berkorban untuk Nia..klise sgt..
Harap adik tak kecik hati ek..kami menegur kerana kami nak satu kelainan dalam citer adik ni..komen yg ikhlas dari kami untuk adik..
salam
kak idA

Anonymous said...

cerita ni cantik tpi sekali sekala kena kuatlah heroin jangan asyik nak mengalah aje...berkorban kena pada tempat...nak juga jaga hati org lain, hati sendiri siapa nak jaga...

Adah Hamidah said...

Assalamualaikum Semua,

Fistly AH nak ucpkan terima kasih krn masih sudi mengikuti ADH, terima kasih juga atas pandangn & komen yang diberikan. Tersenyum AH membacanya.. Hi2, utk pengetahuan semua, Insya'Allah Safi bukanlah Nysa, dan ADH bukanlah JDC. Tunggulah sehingga Safi membuat keputusan, kemudian barulah rakan2 pembaca sekalian menilai watak Safi yg sebenar. Bukan berkorban, cuma Safi sekadar membuat pertimbangan. AH sentiasa, memastikan kelainan watak dalam setiap karya AH krn AH tahu rakan2 pembaca AH sentiasa inginkan kelainan. Harap semua masih sudi mengikuti kesinambungan kisah ini. Terima kasih atas komen2 semua, jujurnya, tidak ada istilah berkecil hati atas komen yang diberikan krn AH yakin semua komen yg diberikan di atas juga jujur supaya AH membaiki kekurangan2 yang ada. Thanks Semua. :)

ieda ismail said...

ok, mmg x maw Safi trs mengalah ngan Nia.....Safi, buat la keputusan yg betul...kene la fikirkan perasaan Zafril same...jujur la pada diri sendr n pada Zafril n Nia juga

zuraidah said...

setuju dengan pendapat peminat2 ADH...mengalah perlu juga ada tapi dalam bab cinta ni, perasaan kita perlu diutamakan dulu....pada Safi pertahankan cinta tu apatah lagi Zafril dah tunggu Safi selama 6 tahun.....

Anonymous said...

x suke dngn watak safi yg cpt mengalh...

Miss Nurul said...

eeeeeiiii.... geramnya dgn safi tu..
terlampau baik sgt.
kesian kt zafril..
tak patut dia treat zafril mcm tu.
kata dh couple, tp xnk mengaku.
nk sgt jaga hati nia tu smp perasaan sendiri xnak pikir. nia tu sesuai dgn hafiz je.
hafiz tu pun satu. xpadan dgn muda... nk pulak kt safi tu.. adeeehhh ! ! geram...
zafril ! ! sabar n sabar...

Mummy Hanan said...

Adah, mula2 akak suka ceta nie.... tp semakin banyak akak baca...mcm dah geram kat Safi.... akak tau dan rasalah...mmg sengaja kan Safi tu... dan akak rasalah...mmg nanti Zaf tu akan kawen ngan Nia tu sbb dia sakit.... aduh...ni cuma apa yg akak dapt rasa sejak baca ceta nie...tp apa pun akak harap kesudahan yang happy.... dan jgn lah Zaf tu kesian ngan NIa.... nie akak dah menyampah nie...hehehe *terlebih sudah * tuk watak Safi tu.jgn mengalah...ye... dan pastikan watak Zaf tu terus menyintai Safi...wah...terlebih komen....
okey... :)

blinkalltheday said...

setuju dgn semua pndapat readers kat atas..):

Anonymous said...

Adah....tensionnnnnnnn @bluescarf

Anonymous said...

Dah namanya cerita...ikut suka AH lah nak reka cemana...kita yg membaca ni...jadikan jer pengajaran supaya tidak mengikut watak yg tak disukai itu...memang ada jer orang yg sangat berjiwa safi tu....hehe....teruskan AH buat pembaca tenssion...kalau tak nanti cepat pulak habisnya cerita nih.....

Post a Comment