Monday, June 20, 2011

SURPRISE!!!

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini hanyalah sebuah entry yang pendek kerana tujuaan AH menuliskan entry ini adalah untuk memaklumkan bahawa AH dengan rasa rendah hati akan menyiarkan E-Novel terbaru AH di blog AH ni, berkuatkuasa 22 JUN 2011. Dan yang istimewannya, E-novel kali ini akan disiarkan secara keseluruhan ceritanya di blog AH tanpa perlu menunggu ianya diterbitkan di pasaran kerana AH memutuskan untuk tidak menerbitkan E-Novel ini. Jadi Hanya Eksklusif di blog AH sahaja. 

Sebagai salam perkenalan, AH sertakan kat bawah ni, cover novel (Special thanks to Simply Art Studio) dan sinopsisnya untuk tatapan semua pengujung setia blog AH. 100% love story, khas buat semua pembaca. Semoga sukakannya.

MEMPERSEMBAHKAN



Safiah Aisyah hanyalah gadis biasa, baginya tiada apa yang istimewa dalam dirinya, dia sama saja seperti gadis-gadis yang lain.  Hidup diteruskan seperti biasa sehingga hadir Zafril Adli dalam hidupnya yang berjaya menyemakkan kotak fikirannya dengan perangai yang amat menyakitkan hati.

“Buaya Tembaga,” luahku.
 “Amboi eksotiknya gelaran yang awak bagi untuk saya,” kata Zafril dengan tawa yang masih bersisa.

Sakit hatinya pada lelaki itu tiada penghujungnya. Dia paling benci dengan ‘Buaya Tembaga’ itu. Mujur hadir lelaki itu dalam hidupnya hanya sekadar persinggahan sementara. Dan hidupnya kembali tenang tanpa wajah, senyuman, suara dan tawa lelaki itu.

Bertahun Zafril Adli hilang daripada hidupnya dan sekalipun bayang lelaki itu tidak lagi hadir dalam harinya. Namun tidak disangka lelaki yang pernah dibencinya kembali muncul mewarnai hidupnya dan kini cuba memikat hatinya dengan pelbagai cara.

Safiah Aisyah buntu. Perlukah dia menerima lelaki itu sedangkan lelaki itu teman lelaki kawan baiknya sendiri? Apa perasaannya terhadap lelaki itu? Bagaimana pula dengan Qistina Shania yang turut menaruh perasaan pada Zafril Adli? Dan masakan dia dapat melangkahi prinsip hatinya yang tidak akan sesekali menerima cinta ‘Buaya Tembaga’ seperti Zafril Adli itu... 


Nantikannya....

Salam Sayang

9 comments:

Unknown said...

ha?takkan terbit??uhuhu..AH buat la versi pdf gak..hehe

Anonymous said...

tima kasehhhh Adah!!!!!!! Jasamu dikenang gitu. Tak sabar nk tunggu karya Adah ni.. :)))

blinkalltheday said...

wahh,thanks adah..seronok sgt sb akan tamat di blog adah ni..loike2..

fatim fatimah said...

tak sabar nak baca ni,,

Adah Hamidah said...

Salhah : Insya'Allah akan diusahakan... trima kasih atas cadangan :)
Noname : He3 terima kasih juga krn setia membaca karya2 AH. :)
Blink : He2 Terima kasih, semoga sukakannya... :)
Fatim : he3 Thnks, selamat membaca, harap terus mengikutinya sehingga ke hujung kisah.

Afifah said...

tak sabar nak baca..

iniakuyangpunyahati said...

suspen3.. x sabar2 nk tggu hehehe i-p

hani said...

baca sinopsis dah tertarik...and syukran kerana mghabiskan citer ni dlm blog adah...akan sntiasa follow dr brunei...satu prtanyaan, bila ye...kira2nya JAUH DARI CINTA diterbitkan????????

Adah Hamidah said...

Afifah : terima kasih... semoga menyukainya ek :)
Iniakupunyahati : he3 thnks a lot... jgn lupa ikutinya ek.. :)
Hani : wah...org jauh ni.. terima kasih hani. Insya'Allah JDC akan menemui para pembaca pada bulan September nanti... terima kasih sekali lagi :)

Post a Comment