Sunday, February 5, 2012

Pertandingan Cerpen : Ikhlaskan Hatiku


IKHLASKAN HATIKU
“Baiklah ustaz, insya-Allah sampai rumah nanti saya cari” sambil menganggukkan kepalaku. Dari jauh aku dapat melihat kelibat emak yang semakin menghampiri kami dengan memegang beg di tangan kanannya. Syukurlah beg emak tidak hilang. Ucap aku di hati.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya balik dulu lah mak cik. Mak cik dan Dahlia hati-hati berjalan ya” Ustaz Huzaifah pun meminta diri untuk pulang setelah emak betul-betul berada di sebelahku.
“Dahlia, saya harap Dahlia akan datang bersama emak Dahlia ke kelas tajwid nanti. Saya jamin.. Insya-Allah banyak perkara baru yang Dahlia akan belajar berkenaan tajwid” sambung Ustaz Huzaifah.
“ Insya-Allah ustaz..” jawab aku dan emak hampir serentak. Ustaz Huzaifah tersenyum sudahnya. Aku dan emak juga turut tersenyum sambil menjawab salam yang diberikan Ustaz Huzaifah sebaik sahaja mendengar jawapan aku dan emak tadi.
Setiba aku di rumah, aku terus mendapatkan terjemahan al-Quran yang terletak di atas rak buku. Aku membelek-belek  di halaman belakang kitab terjemahan untuk mencari muka surat bagi surah Annur. Sedang aku mencari, mataku tertancap pada perkataan Annur yang terletak di halaman 350. Aku terus melihat ayat 26 sepertimana yang dipinta oleh Ustaz Huzaifah.
Terjemahan dari ayat tersebut berbunyi, “perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (Syurga)”
Ya Allah.. Lalu di manakah letaknya diriku ini? Adakah di kalangan perempuan yang keji atau perempuan yang baik? Rintihan yang meninggalkan persoalan di benak hatiku setelah selesai aku membaca terjemahan tersebut. Nak dikatakan keji, aku tidaklah sejahat mana pun. Aku masih lagi sedar bahawa aku mempunyai kewajipan yang mesti dilaksanakan sebagai orang Islam. Aku masih memelihara solat lima waktu dan juga berpuasa di bulan Ramadhan. Meskipun begitu, ku rasa ada yang kurang dalam diri ini dan apa yang pasti aku memang tidak pantas untuk bersama Ustaz Huzaifah.
Engkau tidak layak untuk Ustaz Huzaifah! Teriak hatiku menyedarkan diri yang tidak seharusnya menyimpan perasaan terhadap lelaki sebaik itu sedangkan diri ini punyai banyak kelemahan dan kekurangan. Ku akui ku tidak sempurna sebagaimana Fatanah.

“ DAHLIA.. Dahlia.. Dahlia..” kedengaran emak memanggilku.
“ Ya mak!” jawabku sambil terpinga-pinga. Sebenarnya aku asyik menghirup udara dari jendela melihat ke luar rumah sehingga fikiranku melayang entah ke mana, bagai sedar dan tidak secara tiba-tiba aku mendengar suara emak memanggilku membuatkan aku sedikit terkejut.
“Apa yang kamu duduk termenung kat situ Dahlia.. sampai mak panggil berkali-kali pun kamu tak dengar” tanya emak kepadaku.
“Tak ada apalah mak.. Cuma Dahlia tengah fikir tentang diri Dahlia ni.. itu saja” Jawab aku sambil duduk di sebelah emak yang sedang memasukkan bungkusan nasi lemak ke dalam bakul untuk di bawa berniaga hari ini. Aku juga turut membantu emak.
“Apa yang kamu fikirkan tu Dahlia.. risau pulak mak tengok. Yalah, mana mak tak risau.. setahu emak kamu jarang nak termenung panjang macam tu” emak menyuarakan kerisauannya terhadap aku. “Hah, jangan-jangan kamu fikirkan Ustaz Huzaifah tak?” teka emak.
“Eh, mana ada mak. Dahlia sedar ustaz Huzaifah tu tak sepadan dengan Dahlia. Siapalah Dahlia ni mak.. tapi mak Dahlia ada soalan nak tanya..” kataku kepada emak. Hatiku menjadi sayu tetiba apabila mengenangkan Ustaz Huzaifah yang tidak mungkin ku miliki!
“Apa dia? Suara kamu tu sedih je mak dengar.. kamu ada apa-apa masalah ke Dahlia?” soal emak pula.
“Macam ni mak.. dulu mak pernah suruh Dahlia cerminkan diri sebab Dahlia suka kat Ustaz Huzaifah tu kan. Sekarang Dahlia sedar siapa diri Dahlia ni. Dahlia cuma nak tanya, Dahlia ni teruk sangat ke mak?” persoalan itu aku tinggalkan untuk emak jawab. Kini aku hanya menundukkan muka ke bawah. Tidak mahu emak melihat air mata yang mula bertapak di tepian mataku ini.
“Dahlia, mak tak sangka kamu masih ingat lagi kata-kata mak tu.. maafkan mak kalau Dahlia terasa dengan kata-kata mak kelmarin. Bukan niat mak nak kata Dahlia teruk” jawab emak sambil mengesat air matanya. Terasa bersalah pula aku mengeluarkan soalan sebegitu. Lemah ku rasa apabila melihat air mata emak yang mencurah tiada hentinya. Sudahnya aku pun turut sama menangis.
“Mak tak perlu minta maaf dengan Dahlia. Mak tak salah pun. Dahlia yang terlalu mengikutkan perasaan. Tanya mak soalan yang bukan-bukan. Maafkan Dahlia ya mak” pintaku kepada emak lalu aku terus memeluk emak erat. Aku benar-benar menyesal dengan pertanyaanku tadi.
Tangisan emak mula reda. Seketika kemudian emak kembali bersuara.“Dahlia anak mak. Mak tahu Dahlia seorang anak yang baik. Mak kata macam tu sebab mak sayang Dahlia. Mak tak nak Dahlia terlalu menyimpan harapan pada Ustaz Huzaifah tu. Dahlia sendiri tahu kan yang pak imam memang berkenan dengan Ustaz Huzaifah dan Fatanah pula memang mempunyai ciri-ciri idaman yang dicari seorang ustaz untuk bakal isterinya. Mak harap Dahlia faham maksud mak ni” jelas emak kepadaku.
“Dahlia faham mak.. tak apalah mak, mungkin dah bukan jodoh Dahlia dengan Ustaz Huzaifah” aku bernada pasrah. Aku pasrah! Tapi tak mungkin perasaan aku terhadap ustaz Huzaifah dapat dilenyapkan dalam sekelip mata. Aku perlukan masa untuk memujuk hatiku menerima kenyataan yang Ustaz Huzaifah tidak diciptakan untukku sedangkan aku benar-benar berharap yang sebaliknya. Memang agak sukar kurasa untuk membelakangkan kehendak hati ini. Namun apakan daya, aku terpaksa melepaskan apa yang tidak layak untuk aku miliki dan aku akur akan itu. Demi kebahagiaan dan untuk kebaikan Ustaz Huzaifah aku sanggup membiarkan hatiku sendiri terluka. Pedih rasanya!
“Mak pun faham perasaan Dahlia. Soal hati dan perasaan ni bukannya mudah untuk dicampak ke tepi, lebih-lebih lagi bila melibatkan rasa cinta ni. Mak pun dulu pernah muda macam kamu” kata emak seakan memahami apa yang ku rasa saat ini. Terima kasih emak kerana memahami. Bisikku di hati yang memang memerlukan pengertian walaupun hanya secebis.
 “Cuma ada satu cinta yang tidak akan mengewakan kita. Bukan sahaja kebahagiaan dunia, malah kebahagiaan Akhirat pun kita dapat juga. Inilah cinta sejati yang sebenar-benar cinta bagi mak iaitu cinta Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cinta agung cinta Ilahi. Ingat tu Dahlia, sebesar manapun cinta kamu pada seseorang jangan pula sampai melebihi cinta kamu pada Dia yang mencipta segalanya” sambung emak lagi.
“Baiklah mak. Dahlia akan ingat sampai bila-bila” aku bersetuju dengan kata-kata emak. Emak kembali senyum mendengarkan jawapanku itu. Aku sedar selama ini aku asyik memikirkan perasaan cintaku pada Ustaz Huzaifah. Seharusnya perasaan cinta aku kepada-Nya yang patut diutamakan kerana Dia adalah pemilik hati hamba-hambaNya. Bagaimana mungkin untuk aku mengharapkan cinta hamba yang mencintai-Nya jika hatiku sendiri tidak dipenuhi dengan cinta-Nya. Aku bukan hanya sekadar perlu sedar diri malah aku rasa aku juga perlu memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk ku genggam erat cinta-Nya yang sejati. Apa yang ku rasa ini bukan kerana Ustaz Huzaifah tetapi ikhlas kerana-Nya. Mudah-mudahan aku dapat menjadi yang terbaik untuk-Nya.

MATAHARI sudah terbenam menandakan hari hampir malam. Sebentar lagi akan berkumandang azan yang menandakan masuknya waktu Maghrib. Aku dan emak bersiap-siap untuk pergi ke surau kampung untuk solat berjemaah sekaligus mengerjakan solat Isyak berjemaah di sana.
Setelah selesai solat Isyak, aku dan emak akan menghadiri kelas tajwid yang akan diuruskan Ustaz Huzaifah di balai raya kampung. Balai raya kampung yang hanya terletak di sebelah surau memudahkan aku dan emak untuk turut serta dalam kelas tajwid tersebut.
“Assalamualaikum”
“Wa’alaikumusalam” jawab aku dan emak.
“Eh, ustaz rupanya. Ingatkan siapa tadi” kata emak sebaik sahaja menoleh ke belakang. Aku dan emak tidak sedar bahawa Ustaz Huzaifah berada di belakang kami sewaktu kami berjalan menuju ke balai raya.
“Maaf, kalau saya dah buat mak cik dan Dahlia terkejut. Mak cik dan Dahlia nak ke mana ni?” tanya Ustaz Huzaifah.
“Ke mana lagi ustaz, nak pergi kelas tajwid ustaz la ni” jawab emak. Aku pula sedari tadi hanya mampu tersenyum sahaja. Bukan aku sengaja mendiamkan diri cuma tiada apa yang hendak dicakapkan. Dari tadi Ustaz Huzaifah hanya bertanya pada emak. Seelok-eloknya biarlah emak sahaja yang menjawab.
“Alhamdulillah, eloklah tu. Saya pun nak ke sana ni. Boleh la kita gerak sama-sama” pelawa ustaz.
“Apa salahnya ustaz” emak bersetuju dengan pelawaan Ustaz Huzaifah tadi.
Sampai di balai raya, kelihatan ramai juga orang kampung yang hadir ke kelas tersebut untuk menimba dan menambah ilmu masing-masing. Pasti Ustaz Huzaifah berasa senang hati  mendapat respon yang amat baik dari penduduk kampung terhadap penganjuran kelas tajwid ini. Aku pun turut berasa senang melihat keadaan itu. Syukur ke hadrat Ilahi.
Aku dan emak terpaksa mengambil tempat duduk di bahagian belakang kerana tempat duduk di bahagian hadapan telah pun penuh. Ustaz Huzaifah memulakan kelas dengan bacaan doa terlebih dahulu agar kelas ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah S.W.T.
“Amin amin ya rabbal a’lamin..” kedengaran suara orang ramai mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz Huzaifah setelah doa itu habis dibaca.
Pertama sekali ustaz Huzaifah menerangkan kepentingan menjaga hukum tajwid dalam bacaan al-Quran sebagai mukadimah bagi kelas tajwidnya. “Setiap ayat mahupun huruf yang dibaca dalam al-Quran dijanjikan pahala oleh Allah S.W.T sekiranya kita membaca dengan sebutan dan tajwid yang betul. Kalau kita main baca saja tanpa menitikberatkan sebutan dan hukum tajwid yang betul, boleh jadi lain maksudnya. Di sinilah pentingnya hukum tajwid agar bacaan kita tidak menjadi tunggang-langgang dan tidak lari dari maksudnya” terang Ustaz Huzaifah dengan penuh bersemangat.
Sepanjang kelas tersebut berlangsung, aku tidak lepas dari memandang Ustaz Huzaifah di samping mendengar kata-katanya dengan penuh khusyuk. Tangan pula sibuk menulis nota yang penting supaya diri tidak mudah lupa dengan apa yang diajar oleh ustaz Huzaifah. Ikhlas ku katakan ustaz Huzaifah memang pandai mengajar. Teringat zaman sekolah ku dahulu, tak pernah nak fokus macam dalam kelas ustaz Huzaifah sekarang. Kalaulah aku dapat beri perhatian macam ni semasa dalam kelas dulu tentu aku dah jadi pelajar cemerlang agaknya. Dapatlah aku sambung belajar luar negara macam Fatanah tu. Nasi dah jadi bubur Dahlia. Zaman sekolah mu telah berakhir. Bisik hatiku yang diserbu rasa menyesal kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran sewaktu dahulu.
“Saya rasa setakat ini dulu kelas tajwid kita untuk hari ini, kita sambung pada hari esok ya. Saya harap saudara saudari dapat manfaat dan seterusnya menggunakan ilmu yang diperolehi pada hari ini dengan sebaiknya. Insya-Allah.. semoga Allah memberkati kita semua” kata Ustaz Huzaifah. Sebagai penutup, sekali lagi doa dibaca oleh Ustaz Huzaifah.
Setelah satu jam berlalu, kelas pun tamat dan akan di sambung pada keesokan harinya pada waktu yang sama. Menurut  dari kata Ustaz Huzaifah, kelas tajwid ini akan diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad, bermakna dua hari seminggu. Aku dan emak rasanya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri kelas tersebut pada setiap minggu lagi-lagi kelas yang bermanfaat seperti ini. Rugi kalau tak pergi!

SEJAK mengikuti kelas tajwid Ustaz Huzaifah, aku mahu mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dari kelas tersebut supaya ilmu tajwid yang diterima tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Seusai sahaja solat Maghrib, aku akan membaca al-Quran bermula dari surah al-Fatihah dan beberapa muka surat untuk setiap  satu hari. Insya-Allah, aku bertekad untuk mengkhatamkan bacaanku nanti hingga akhir juzuk 30. Di samping itu, aku juga turut membaca terjemahan dari surah yang telah ku baca supaya dapat memahami maksudnya.
“Alhamdulillah, anak mak ni dah semakin lancar bacaannya. Tajwid pun tiada banyak masalah, boleh diperbaiki lagi. Mak yakin dengan izin Allah, kelas tajwid yang diadakan Ustaz Huzaifah banyak membantu dari segi tajwid” komen emak selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran dariku.
“Dahlia pun rasa sama, memang membantu. Lagipun Dahlia suka cara Ustaz Huzaifah mengajar. Rasa tertarik untuk mendengar setiap katanya. Langsung tak rasa bosan mak” aku sependapat dengan emak. Pujian memang layak diberikan pada Ustaz Huzaifah. Itu adalah anugerah dari Allah buat Ustaz Huzaifah.
            “Kamu ingat tak Dahlia, masa kamu kecil dulu, susah nak suruh kamu mengaji. Bila dah dipaksa barulah kamu nak mengaji. Kadang-kadang puas mak dengan arwah ayah pujuk suruh mengaji. Liatnya bukan kemain lagi. Ada masa kamu menangis kerana tak mahu mengaji” emak mengimbau masa lalu.
            “Itu dululah mak. Masa tu Dahlia tak fikir sangat, asyik nak main-main je. Kesian kat mak dan arwah ayah” kenangan lalu berlayar di ingatan betapa susahnya aku hendak mengaji. Kadang-kadang tu sampai arwah ayah belikan aiskrim baru nak mengaji.
            “Tak apalah Dahlia, itu cerita dulu. Sekarang mak tengok kamu dah banyak berubah. Sejuk rasa hati mak ni. Kalau arwah ayah kamu ada lagi mesti dia pun suka tengok Dahlia selalu mengaji” kata emak dalam nada gembira dengan perubahan diriku ini. Syukur, Alhamdulillah.
            “Ayah, Dahlia rindu ayah” luahan rasa hatiku. Benar aku sungguh merinduinya. Saat ini, ku lihat emak menundukkan wajahnya ke bawah. Mungkin tidak mahu ku lihat wajahnya yang tiba-tiba berubah menjadi suram. Aku pasti emak juga merindui ayah.
Ayah meninggal dunia sewaktu aku berada di tingkatan satu akibat penyakit lelah yang dihidapinya. Ayah harus memakan ubat pada setiap hari. Pada suatu hari ayah terlupa untuk membeli ubatnya yang telah habis dan pada masa yang sama penyakitnya menyerang sehingga ayah mengalami sesak nafas. Kemudiannya ayah di bawa ke hospital berdekatan oleh jiran kami. Namun Allah lebih menyayangi ayah. Doktor mengesahkan ayah meninggal dunia akibat daripada kesesakan nafas yang amat kritikal. Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan kembali jua kepada-Nya. Semoga dirimu sejahtera di sisi-Nya ayah. Doaku di hati.
           
            “MAK dengar orang kampung heboh kata yang ustaz Huzaifah dan Fatanah akan bernikah minggu depan” kata emak sambil memandangku dengan rasa simpati.
            “Baguslah tu mak. Dahlia tumpang gembira” jawabku hanya sepatah. Emak seperti kehairanan mendengar jawapanku.
            “Eloklah kalau kamu rasa macam tu.. Yalah mak tahu yang kamu suka sangat dengan Ustaz Huzaifah. Mak risau takut kamu kecewa pula nanti” kata emak dengan ikhlas.
            “Dah orang tak nak kat Dahlia mak” jawabku seakan-seakan kecewa bunyinya. Sebenarnya aku tak adalah kecewa mana pun kerana aku mula dapat terima kenyataan yang aku memang tidak layak untuk Ustaz Huzaifah cuma ada rasa terkilan sedikit.
            “Aik, macam kecewa je mak dengar.. betul ke ni kamu tak apa-apa? Emak cuba menduga apa yang bersarang di hatiku.
“Betul mak, Dahlia ok je ni. Mak janganlah risau. Cuma.. rasa terkilan tu adalah sikit. Terkilan tak dapat lelaki sebaik Ustaz Huzaifah mak. Pada Dahlia, Ustaz Huzaifah lelaki paling baik yang pernah Dahlia kenal. Dahlia juga rasa Ustaz Huzaifah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu menjadi suami yang baik buat isterinya. Siapa yang tak nak lelaki sebaik Ustaz Huzaifah tu mak tapi sayangnya Dahlia tak cukup baik untuk Ustaz Huzaifah. Biarlah Dahlia perbaiki diri Dahlia ni. Mungkin dah memang takdir Ustaz Huzaifah untuk Fatanah. Bertuah Fatanah kan mak” jawabku jujur. Bagiku tiada lelaki sebaik Ustaz Huzaifah. Tiada yang sebaiknya!
“Dahlia dengar mak cakap ni, Allah ada menyatakan di dalam al-Quran bahawa boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, dalam surah al-Baqarah ayat 216. Dahlia kan dah selalu baca al-Quran dan terjemahannya sekali. Tak kan Dahlia tak perasan!” kata emak agak tegas.
“Dahlia tahu tu mak, sebab tu Dahlia dah mula terima hakikat sebenar walaupun tidak sepenuhnya. Dahlia selalu berdoa agar Allah ikhlaskan hati Dahlia sepenuhnya untuk menerima setiap ketentuan-Nya. Dahlia ni manusia biasa mak” kataku agar emak mengerti diriku tidak begitu kuat untuk membuang segala rasa dalam sekelip mata.
“Serahkan segalanya pada Allah, Dahlia. Percaya dan yakin pada-Nya. Mungkin Allah sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik buat kamu. Berdoalah selalu pada-Nya agar kamu dikurniakan jodoh yang sepadan dan terbaik buat kamu dari Allah” pesan emak padaku.
“Tak apalah mak, tak dapat Ustaz Huzaifah, dapat yang macam Ustaz Huzaifah pun jadi lah kan mak. Maksud Dahlia.. sifat dan peribadi seperti Ustaz Huzaifah” kataku cuba berseloroh dengan emak. Aku rasa kagum dan jatuh suka pada Ustaz Huzaifah kerana sifat dan peribadinya bukan kerana rupanya atau penampilannya.
“Amboi, ada hati lagi tu..” balas emak juga dalam nada gurauan. “Kalau macam tu Dahlia kenalah rajin berdoa. Allah tidak akan menghampakan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dalam doanya.. yang penting niat hati dan doa tu mesti yang baik-baik je” tutur emak lagi.
“Baiklah mak, Dahlia akan doa hari-hari” emak tersenyum mendengar jawapanku begitu juga dengan diriku.

HARI ini adalah hari yang berbahagia buat Ustaz Huzaifah dan Fatanah. Sebentar lagi mereka akan diijabkabulkan untuk ke alam yang lebih mencabar iaitu alam rumah tangga dalam perhubungan yang sah sebagai suami dan isteri. Entah mengapa aku sendiri yang merasakan debarnya.
“Kak Dahlia! Kak Fatanah panggil..” laung Wazir dari tingkap rumahnya. Aku ketika itu berada di balai makan. Kebetulan aku juga memang hendak berjumpa dengan Fatanah untuk memberi hadiah sempena perkahwinannya. Tanpa berlengah, aku melangkah masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan Fatanah di biliknya.
“Assalamualaikum” aku memberi salam.
“Wa’alaikumusalam, Dahlia mari masuk” ajak Fatanah. Aku lihat Fatanah nampak lain benar hari ini. Dia kelihatan bertambah cantik dan ayu walaupun hanya dengan solekan nipis di wajahnya. Barangkali inilah yang dikatakan seri pengantin.
“Tahniah Fatanah, sebentar lagi kau akan jadi isteri orang. Aku tumpang gembira” ucapku sambil menghulurkan hadiah yang ku bawa bersama.
“Terima kasih Dahlia” jawab Fatanah sambil melemparkan senyuman manisnya padaku.
“Sama-sama” balasku yang turut sama tersenyum.
Dari luar rumah, kedengaran suara orang ramai riuh-rendah. Mungkin pengantin lelaki telah pun sampai. Benar sangkaanku apabila emak Fatanah meminta Fatanah bersedia kerana sekejap lagi majlis akad nikah akan dijalankan.
“Dahlia, nanti awak teman saya keluar ye” pinta Fatanah. Aku sekadar menganggukkan kepala tanda setuju.
Sebaik sahaja semuanya telah siap sedia, Fatanah disuruh keluar dari bilik oleh emaknya. Aku pula turut sama mengiringi Fatanah keluar menuju ke arah ruang tamu rumah tempat di mana akan berlangsungnya majlis akad nikah. Ku lihat Ustaz Huzaifah nampak segak dengan baju Melayu berwarna putih yang dipakainya.
Perasaan ku saat ini bercampur baur. Sesungguhnya ini adalah ujian yang berat bagiku. Melihat lelaki yang menjadi pujaan hati selama ini menjadi milik insan lain, kawanku sendiri. Aku fikir aku sudah cukup kuat untuk menghadapi semua ini dan aku fikir aku sudah mampu menerima takdir ini. Namun di saat aku memandang Ustaz Huzaifah hatiku terasa sebak dengan tidak semena.
Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima ketentuan-Mu ini dan ampunkanlah aku kerana tidak sepatutnya aku berperasaan sebegini di waktu ini. Rintih hatiku sayu.
“Alhamdulillah..” ucapan syukur dari mereka yang menyaksikan majlis akad nikah yang baru sahaja selesai. Majlis berjalan dengan lancar. Mereka diijabkabulkan oleh pak imam yang merupakan ayah kepada Fatanah sendiri.
            Dengan sekali lafaz sahaja, kini Ustaz Huzaifah telah pun menjadi suami kepada Fatanah. Walau apapun perasaanku, tiada apa yang patut ku harapkan lagi dari Ustaz Huzaifah. Apa yang pasti Ustaz Huzaifah ditakdirkan buat Fatanah dan Fatanah ditakdirkan untuk Ustaz Huzaifah. Tiada siapa yang dapat menafikan itu termasuklah aku. Itulah hakikatnya!
Ustaz Huzaifah bukanlah lelakiku, tidak tercipta untukku. Terimalah takdir hidup ini seadanya wahai hati. Usah dipersoalkan usah dipertikaikan atas apa yang terjadi. Derita atau bahagia pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Aku tunduk dan pasrah pada kehendak-Mu ya Ilahi. Kini ku terima seadanya. Mungkin inilah yang terbaik buatku.
 TAMAT

Pertandingan Cerpen : Ikhlasnya Kasihmu

IKHLASNYA KASIHMU

Sesampai aku di rumah setelah membantu sedikit kerja-kerja di surau kerana program sambutan maulidur Rasul segeraku masuk ke bilik untuk mencari maksud ayat annur walau sebelum ini pernahku lihat maksudnya tanpaku menghayati.Namun untuk meyakinkan aku tetap juga mencarinya.” Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji, wanita yang baik untuk laki-laki yang baik”. Itulah terjemahan yang mampu membuat aku berfikir beberapa kali.Ah,Tidak mengapalah, aku sudah membuat keputusan yang aku tidak mengharapkan kehidupan bersama Ustaz Huzaifah.
“Assalamualaikum...assalamualaikum”satu suara yang sudah kukenali kedengaran memberi salam.Segera aku menjawab salam dan terus aku berlalu keluar dari bilikku.“Waalaikumussalam..Fatanah. Jemput naik” jawabku sambil tersenyum.Senyumkan sedekah. Fatanah tersenyum manis memandangku.Memang Fatanah nampak cantik dan sopan memakai jubah berwarna hitan dan bertudung labuh. Jika dibandingkan denganku,sangat ketara. Kadang-kadang aku yang bolos ini memakai kemeja pendek sahaja apabila keluar rumah.Atas sebab itu jugalah aku bertambah-tambah berada di alam nyata bahawa Ustaz Huzaifah bukan pasanganku.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
“Makcik mana, Lia?” soal Fatanah sambil matanya memandang ke dalam rumah.Soalan Fatanah membuat aku berfikir, rupa-rupanya emak tidak ada di dalam rumah. “ Agaknya emak ke kedai, tak pun pergi ke rumah Acik Ani hantar baju untuk dijahit” balasku malas memanjang cerita. “ Ada apa Fatanah ke sini” aku memandang tepat anak mata Fatanah, ingin mengetahui tujuan kedatangannya.Maklumlah semenjak  pulang Fatanah belum berkesempatan datang ke rumahku.Tambahan pula dengan majlis di surau pagi tadi dan Fatanah  serta Ustaz Huzaifah antara orang penting yang menganjurkan program tersebut. Aku bersyukur secara tidak langsung mereka berdua menjadi ikon kepada pemuda-pemudi kampong bahawa golongan muda juga mampu menganjurkan program seperti itu.
“Tidak bolehkah saya ke sini Lia? Menjenguk sahabat  dan bertanya khabar?” balas Fatanah.
Jelas sedikit nada berkecil hati dengan pertanyaanku.
“ Ish..bukan macam tu maksud Lia. Yelah, Fatanah baru je pulang ke tanahair, tentu penat berada dalam kapal terbang pun tak hilang. Lepas tu pagi tadi sibuk menguruskan majlis di surau. Lia cuma bimbang Fatanah penat aje. Lagipun di rumah Fatanah kan tengah sibuk. Nanti tidak pasal-pasal Lia kena senduk dengan Umi Fatanah”. Di hujung kata-kataku, aku ketawa kecil. Fatanah tersenyum mendengar gurauanku. Aku tahu Fatanah bukan perasa orangnya.“ Dahlia,Saya nak tanya sesuatu fasal Ustaz Huzaifah,boleh tak? Dah lama Lia kenal dengan Ustaz Huzaifah?” 
Pertanyaan Fatanah membuatkan aku sedikit tersentak. Tidak ku sangka pula itu yang ingin ditanya olehnya. Fatanah menundukkan wajahnya memandang tanah di hadapan kami. Kenapa fatanah ingin tahu?mungkinkah dia ingin lebih mengenali Ustaz Huzaifah sebelum mereka berkahwin.Adakah dia merasakan aku ini rapat dengan Ustaz jadi aku lebih mengenali Ustaz Huzaifah? Aku mengakui aku agak terusik dengan pertanyaan itu
namun sebagai wanita yang mempunyai kesedaran diri.ku usir perasaan itu agar tidak menjejaskan perhubungan persahabatan kami. “Lia tak adalah kenal sangat dengan Ustaz. Cuma yang Lia tahu Ustaz baik orangnya, hormat orang tua-tua, bercakap pun penuh kesantunan, ramai orang kampong suka dengan ustaz.Ustaz pandai mengaji, suara dia sedap bila malaungkan azan”. Ya sememangnya itulah Ustaz Huzaifah
“Lia meang amat menyanjungi Ustaz?”
“Bukan meyanjungi tapi menghormati Ustaz Huzaifah atas keperibadiannya, Fatanah. Tapi Fatanah jangan salah faham. Lia hanya memerhati dan mendengar apa orang kampung berkata tentangnya sahaja. Fatanah jangan salah sangka. Lia tidak ada tujuan apa-apa pun” Baru aku tersedar, kemungkinan Fatanah cemburu apabila mendengar olahan mengenai Ustaz Huzaifah,yang dikatakan akan dijodohkan dengannya. Ah buat apa aku bercerita berlebih-lebihan,kalau aku sendiripun tentu perasaan cemburu itu ada.

“Semalam emak ke kedai, berjumpa dengan Ustaz Huzaifah. Dia ada bertanyakan pasal kamu” emak memandangku sambil tangannya ligat menyiang ikan kerisi di singki. Aku apalagi berpura-pura tidak berminat untuk mendengarnya. Dalam tertanya-tanya kenapa Ustaz Huzaifah bertanya pasal diriku.Dah lama aku tidak bertemu dengannya. Ke kelas tajwid pun aku memilih untuk belajar bersama Fatanah.Bagiku itu lebih elok dan lebih manis untukku. Bimbang aku  menyimpan perasaaan kepadanya, jadi lebih baik aku mengelak sebelum parah. Takpe, adalah jodohku dengan insan lain.manusia kan dicipta berpasang-pasangan Cuma aku tidak mengetahui siapa jodohku.
“Kamu dengan ke tidak emak cakap ni? Berangan ke?” emak bersuara setelah tidak mendapat respon positif dariku.Aku yang sudah selesai membasuh beras dan meletakkan periuk dalam periuk nasi elektrik memandang emak.
“Mana ada berangannya mak Lia tengah fokus pada beras ni” dalihku sambil menunjukkan dengan kedua-dua tangan pada periuk nasi, dan semestinyalah aku tersengih,menutup rasa bersalah. “ Ada apa Ustaz cari Dahlia mak?” soalku.Hendak juga aku tahu,kot-kot nak masuk meminang ke. Ish hati, baru je cakap nak lupakan dia dah berangan semula..Aku mengeluh perlahan.. 
“Ustaz bagitau, susah benar dapat berjumpa kamu Hari tu, masa majlis Maulud kamu sibuk di belakang katanya. Selepas majlis kamu terus pulang. Lepas tu jarang benar dia tengok kamu keluar ronda-ronda kat kampung. Mak pun hairan juga, mengapa dia beria bertanyakan kamu padahal mak dapat tahu dia hendak dijodohkan dengan Fatanah. Kang kalau ayah si Fatanah dengar apa pula katanya. Dari cara dia bertanya macam dia teringin sangat hendak berjumpa kamukan?”, emak memandang dan buat-buat seperti professor berfikir formula yang susah.
Emak, emak, hari itu dia juga yang menasihati aku supaya sedar akan kedudukan diri dan tidak menaruh harapan tinggi.Sekarang emak pula yang beria-ia berfikir.    
“Emak lain kali kalau bertemu dengan Ustaz, emak bagitaulah dahlia sibuk. Bukan ke emak yang suruh Dahlia lupakan perasaan pada Ustaz. Lagipun Dahlia pun tahu hubungan ustaz dengan Fatanah. Dahlia sedar kekerdilan diri mak. Masa kat surau hari tu Dahlia memang sibuk, lepas sudah siap kemas-kemas Dahlia terus cabut, penat. Mak”,emak menggeleng memahami kerenah ku yang tidak berapa pandai urusan-urusan rumahtangga ni. Itu pun satu sebab menjadi penyebab untukku tidak memikirkan mengenai perkahwinan. Aku pun sudah berjanji kepada diri bahawa aku akan cuba memperbaiki diri dan belajar serba sedikit ilmu keperempuanan. 
“Tidak mengapalah Dahlia. Emak bangga kerana anak emak pandai menjaga pekerti. Biarlah orang kampong mengata kamu macam-macam, tapi emak bersyukur kamu menjadi anak emak”.Aku memeluk erat mak.Jarang aku dan emak berkeadaan begini memandangkan aku sudah dewasa.Malu pula apabila berpelukan begitu.
’Terima kasih mak kerana memahami’, dalam hati aku berdoa semoga emak dipanjangkan umur.

Aku sekarang sudah melakukan perubahan pada diriku. Aku sudah tidak lagi memakai lengan pendek apabila keluar. Aku tahu emak sedar tentang itu,tetapi aku lakukan bukan kerana Ustaz,bukan kerana Fatanah tetapi kerana Allah. Apapun perkara sekiranya diniatkan kerana Allah InsyaAllah Allah akan membantudan memperkenankan doa hambaNya. Semoga perubahan ini bukanlah sementara. Aku berjalan kaki pulang dari rumah Acik Aini, mengambil baju emak tempohari. Bukan jauhpun perjalanan. Dari jauh aku melihat kereta Ustaz Huzaifah bergerak menghala ke arahku.Apabila keretanya semakin rapat dan hampir denganku, aku berpura-pura membelek-belek plastik baju. Ustaz memberhentikan keretanya tanpa mematikan enjin. 
“Assalamualaikum Dahlia”, sapanya.
Salam kujawab. 
“Dari mana?”tanyanya. Aku memandang Ustaz Huzaifah seketika. Senyuman aku sedekahkan  
“Saya dari rumah makcik Aini, ni ha ambil baju emak yang sudah siap.Ustaz mahu ke mana?” beritahuku sambil menunjukkan bungkusan baju di tangan.
“Saya dari rumah Pak Imam. Ada perbincangan sedikit bersama Fatanah”. Mendengar tentang itu sahaja mampu membuat hatiku tesentuh. Cepat-cepat kuusir rasa yang membelit  agar tidak menjadi parah. Aku mula merasa rimas dan tidak selesa apabila Ustaz tidak menggerakkan lagi keretanya. Merasakan keadaan yang mungkin boleh menjatuhkan imej Ustaz aku meminta diri. Tidak mahu berlama-lama di situ, tidak manis. “Ustaz, saya minta diri dulu. Mak tentu risau saya tidak sampai-sampai kerumah lagi.” Pintaku. 
“Err.. Dahlia, saya ada sesuatu ingin tanya awak”suara Ustaz Huzaifah. 
Aku memandang Ustaz Huzaifah, tidak jadi sempat memberi salam untuk pergi.“Ada apa Ustaz?”.
“Kenapa saya lihat sejak kebelakangan ini Dahlia seperti menjauhkan diri daripada saya.Apa saya ada kesalahan pada awak? Kalau ada perkara yang saya lakukan mengguris hati awak saya mohon maaf, mungkin dalam ketidaksedaran saya.”
“Eh Ustaz tidak ada membuat apa-apa kesalahan dengan saya, saya sibuk sejak kebelakangan ini.” Aku cuba berterus terang. Tidak mahu Ustaz Huzaifah memikirkan yang bukan-bukan. Lagipun bukan salah sesiapa, aku cuma mahu menjauhkan diri supaya rasa kasihku tidak bercambah namun aku juga tidak dapat menyembunyikan perasaan itu, rasa kasih dan rasa cintaku,ah ibarat hidung tidak mancung pipi yang tersorong-sorong diriku ini.
“Tapi saya merasa sesuatu yang pelik apabila Dahlia jarang berjumpa dan jarang kita berjemaah di masjid. Mungkin betul Dahlia sibuk. Saya cuma ingin Dahlia tahu, sesuatu yang kita fikirkan tidak semestinya betul. Apa pun dugaan dan ujian Allah berikan itu pasti ada hikmah tersembunyi. Rasa kasih dan rasa cinta itu datangnya dari Dia. Sebagai makhluk ciptaanNya, kita harus bersyukur kerana diberikan rasa itu, namun atas diri hambaNyalah memanfaatkan kerana Allah atau kerana nafsu semata. Tidak mengapalah Dahlia, awak pun ada hal. Saya pun ada urusan lain lagi, saya minta diri dulu, Asssalamualaikum..”, ucap ustaz Huzaifah dan berlalu pergi. Aku terdiam mendengar katanya. Bingung seketika. Kenapa Ustaz berkata begitu. Adakah dia mengetahui hatiku. Takkan lah kot. Alamak, kalau dia perasan aku menyukainya .eeeeeeee malunya. Dahlia, apa kau dah buat ni. Malu,malu...Aku tidak mahu berfikir lagi,segera aku berjalan menuju ke rumah.

“Dahlia, emak mahu bagitahu sesuatu ni.Pasal Ustaz Huzaifah”. Aku yang sedang melipat baju-baju di hadapan terhenti kerjaku. Emak kupandang minta penjelasan sambil dahiku berkerut.“ Mengapa dengan Ustaz? Dia hantar kad jemputan ke?”,selorohku membuang debaran di hati.
“Ustaz minta izin dengan mak, mahu berjumpa kamu. Siang tadi ada dia bertemu emak lepas solat asar tadi di surau.” Terkejut aku. Biar betul emak ni. Masakan Ustaz yang begitu-begitu mahu bertemu aku, bukan siapa-siapa dengannya. Lainlah kalau Fatanah. Adalah sebab untuk berbincang pasal perkahwinan ke,apa ke. 
“Budak bertuah ni,emak bercakap dengan kamu ni”,suara emak membuatkan aku berpaling memandangnya. “Mengelamun pula”.
“Err, kenapa Ustaz mahu bertemu dengan Lia mak. Lia tidak ada benda pun hendak berbincang apa-apa. Tak naklah mak. Nanti buat malu Ustaz aje. Dahlah dia Ustaz nanti apa kata orang kampong pula. Ha satu lagi, kalau Fatanah tahu macamana, mak. Mesti dia cemburukan.” aku mengherot bibirku ke kiri kanan. Kenapa ya. Mengapa Ustaz mahu bertemu ya.Aku menyambung lipatan kain tadi. 
“Itu mak tahu. Tapi ustaz Huzaifah yang bersungguh-sungguh tadi. Tak sanggup pula mak nak hampakan permintaannya. Kamu macamana? Mahu ke tidak berjumpa. Lagipun mak sudah berpesan supaya dia datang ke rumah kita sahaja. Mak ada, kamu boleh bersembang di luar, tak kan ada fitnah dan umpat keji. Mak pun faham. Walau dia Ustaz tetap ada perasaan ingin berkawan. Caranya pun tidak mendatangkan masalah buat mak. Ha macamana?” ulang emak ingin kepastian. Bersungguh pula mak kali ini. Namun  aku masih memikirkannya. Permintaan ustaz Huzaifah bukannya sesuatu yang pelik tetapi boleh menimbulkan kemusykilan di hati. Akhirnya aku membuat keputusan bersetuju memandangkan Ustaz akan datang ke rumahku. Emak pun ada bersama jadi tidak mejadi fitnah aku berjumpa. Mungkin ada sesuatu yang mustahak ingin ditanya. Aku memberikan persetujuan kepada emak dan bangun menuju ke bilik membawa lipatan kain di tangan. Aku lihat emak tersenyum simpul.Apa halnya tu? Malas memikirkannya aku terus ke bilik dan tidur.

Aku ke laman rumah, menyiram pohon orkid kesayanganku. Menggunting daun-daun pokok yang kering.mencabut rumput-rumput halus yang bagaikan menyindir diriku. Sudah beberapa hari aku membiarkan rumput tumbuh, hari ini aku akan tamatkan riwayat sang rumput.Aku tersenyum melihat rumput liar yang kucabut.Selesai kerja-kerja di laman aku masuk ke dalam rumah.Membancuh air sirap bandung di kala tekakku meronta-ronta dahaga. Emak kulihat sedang  mengemas ruang tamu.Hari ini aku malas pula hendak menolong menyapu habuk-habuk. Biarlah emak yang melakukannya..
”Mak minum mak”, pelawaku dari dapur. 
“Kamu minumlah.Mak hendak siapkan kerja ni”. 
“Yelah, Lia mandi dululah, dah masam ni”.Setelah membasuh gelas, aku menuju ke bilik untuk mandi. Sebenarnya subuh tadi aku terlewat, jadi aku terus mengambil wuduk dan solat tanpa membersihkan diri. Hai patutlah tidak ada orang hendakkan kau Lia, celoteh ku sendirian.
“ Lia, Lia” suara emak memanggil dari luar bilik sedikit menganggu aku yang sedang baring-baring di katil. Segera aku menyahut dan membuka pintu. “Ada apa bonda kesayanganku ini, patik sedang bersantai tadi” usikku. Tidak pasal-pasal emak mengahdiahkanku penyepit berbisanya.
“Jangan mengada-ngada dengan mak. Tuh Ustaz Huzaifah ada kat luar. Pakai tudung lepas itu buatkan air bawa keluar”. Alamak,aku sebenarnya tidak menyangka Ustaz Huzaifah akan datang hari ini dan pagi ini pula tu.Sangkaku mungkin esok ke lusa ke minggu depan ke dia akan datang. Serasa aku emak tidak ada pula meberitahu semalam. Aku mencapai tudung dan segera menuju ke dapur. Mujurlah dapur dan ruang tamu rumah agak tersorok dan ada dinding yang menghalang ruang dapur dan ruang tamu. Jadi tidaklah Ustaz Huzaifah nampak aku yang baru keluar dari bilik. Emak meminta diri untuk ke dapur, mungkin ingin memberi ruang kepada kami untuk .Sporting juga mak walaudia tidak menggalakkanku menyimpan perasaan kepada Ustaz Huzaifah. 
“Ada apa Ustaz hendak berjumpa saya. Terkejut juga bila emak maklumkan semalam. Ada hal apa ye Ustaz?” tanyaku setelah beberapa saat kami menyepi. Yalah, berdua dengan Ustaz walaupun emak ada di dalam betul-betul membuat aku kekok. Ustaz pun mungkin berperasaan sepertiku.
”Saya mahu bertemu dengan Dahlia ada sebabnya. Selain saya tidak berpuashati mengapa awak seperti melarikan diri daripada saya, saya juga ingin bertanyakan sesuatu. Tetapi biarlah pertanyaan itu, Cuma saya ingin kepastian mengapa Dahlia seperti melarikan diri daripada saya. Fatanah pun ada juga memberitahu yang awak selalu pulang awal selepas habis kelas tajwid.”
Aku menundukkan wajah.Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. ”Saya bukanlah melarikan diri Ustaz.Mungkin Ustaz yang perasan macam tu.Saya tengah sibuk sekarang. Sibuk mencari kerja.Rasanya sudah lama di kampong, selalu sangat makan tidur makan tidur kat rumah, kesian juga pada emak. Kalau boleh saya hendak membantu emak.Memanglah duit pencen arwah ayah cukup untuk kami, tapi sampai bila kami mengharapkan duit itu. Lama-lama nanti akan habis juga” terangku. Memang benarpun aku sibuk mencari kerja.Namun bukan itu sebab utama, tidak mengapalah. Biarlah Ustaz mempercayai. Asalkan perasaan ku padanya hanya aku yang tahu. Ustaz Berdehem, agaknya membetulkan suaranya.
”Kalau itu kata awak,saya percaya.Saya faham”.
“ Bila Ustaz akan berkahwin dengan Fatanah” Tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari mulutku.Bukan aku sengaja hendak mengorek cerita tetapi suasana kekok membuatkanku bertanya soalan tersebut. Kulihat muka Ustaz terkejut.Mungkin tidak menyangka aku akan bertanya. “Ma, Maa, maafkan saya Ustaz sekiranya saya agak celupar tadi”.Serba salah dibuatnya aku.
”Siapa beritahu awak saya akan berkahwin dengan Fatanah. Saya dan Fatanah hanyalah kawan biasa sahaja”,sambung Ustaz lagi “Sebenarnya saya tahu cerita-cerita yang mengatakan saya akan berkahwin dengan Fatanah.Fatanah pun tahu hal itu. Ayah Fatanah pun tahu hal tersebut.Yang sebenarnya Fatanah sudah mepunyai pilihan hatinya, iaitu rakannya seuniversiti. Kemungkinan mereka akan bertunang selepas Tahun Baru Cina nanti. Bakal tunangnya pula sepupu saya. Dia sekarang menetap di Sabah. Mak Usu saya  berkahwin dengan orang sana. Jadi sayalah orang harapan mereka untuk menguruskan persiapan majlis nanti”. “Begitu ceritanya. Salahlah apa yang saya dengar selama ini. Maafkan saya Ustaz. Saya telah mempercayai khabar tersebut.”.
Ada suara memberi salam menggangu cerita kami. Kelihatan Fatanah di tangga. Aku mempersilakan Fatanah naik. Setelah Fatanah duduk di sebelahku dia bersuara, “ Ustaz Huzaifah sudah menerangkan segalanya tadi.Ustaz sudah menyuarakan rasa hati yang terpendam?” pertanyaan Fatanah membingungkanku. Apa main-main rahsia hati pula ni. Ustaz kulihat merah wajahnya yang keputihan. Sempat memandangku sebelum pandangannya dialihkan kepada Fatanah. 
“Dahlia, sebenarnya Ustaz Huzaifah menyukai awak. Dia ingin menjadikan awak isterinya yang sah, tahniah Lia”. Kata akhir daripada Fatanah menjadikan aku seram sejuk, terkejut dan keliru. Emak menghampiri kami. “Betul kata Fatanah, Lia. Kalau awak sudi saya ingin memperisterikan awak. Makcik, minggu depan saya akan menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga Makcik. Itupun kalau Dahlia sudi”. Emak memegang bahuku. Aku terasa seperti bermimpi. Memang itu yang aku tunggu. Tidakku sangka emak sudah mengetahui perkara ini. Aku, malunya mahu memandang mereka terutamanya Ustaz Huzaifah.Ustaz melamarku.Ya aku sudi,ucap ku dalam hati,tidak mampu bersuara. 
“Awak bagaimana Lia?”Tanya Ustaz.Emak dan Fatanah memandangku serentak.
”Err.err sebenarnya saya terkejut Ustaz. Saya ni ilmu agamanya kurang. Nak dibandingkan dengan Ustaz, rasa kerdil pula diri ini. Ustaz tidak segankah memilih saya sebagai calon isteri. Saya seperti yang Ustaz kenal kurang dari pelbagai segi”
“sebenarnya saya sudah memikirkan semuanya. Saya tahu awak mampu menjadi isteri yang solehah.Walau awak bukan ustazah tapi saya lihat awak ada kesungguhan untuk memperbaiki diri.InsyaAllah sama-samalah kita belajar dan memperbaiki amalan kita. Aku mengangguk, tersenyum. Aku meminta tempoh untuk berfikir.Walaupun jawapan sudah ada namun aku tidak mahu menunjukkan aku gelojoh dalam membuat keputusan.Aku perlu menimbangkan segalanya sebelum aku memberi keputusan dan dalam masa yang sama aku akan cuba memperbaiki diri. 

Dua hari kemudian aku bertemu dengan Fatanah.Kami bersembang di laman rumahnya. Sambil makan cicah mempelam dengan kicap kami berbual kosong.
”awak sudah siapkan semua  barangan hantaran. Kalau masih ada lagi yang hendak disiapkan bolehlah saya tolong mana yang patut” gembira aku mendengan Fatanah akan berkahwin. Orang cantik dan pandai memang ramai orang berkenan. 
“adalah, Fatanah dah siapkan sikit-sikit. Tak banyak pun nak ditukar. Kami buat kecil-kecil sahaja. Kami sudah sepakat hendak membawa 5 hantaran sahaja. Kalau ikutkan Fatanah tidak mahu begitu, cukuplah cincin sebagai tanda tetapi Ibu Azhar hendak bawa lebih dari itu. Akhirnya masing-masing bersetuju hanya lima dulang sahaja, sama banyak” cerita Fatanah dengan nada gembira.Siapa yang tidak suka jika persahabatan yang terjalin bakal diikatkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Apalagi mendapat restu orang tua. Aku, bila mengingati lamaran Ustaz Huzaifah, aku belum member kata putus lagi. Tengoklah sehari dua lagi. Aku perlu sedar kekurangan diri.Walaupun Ustaz menyatakan yang dia sanggup membimbing dan menerimaku seadanya, masih kurasa diri ini tidak sempurna dan tidak layak untuknya. 
“Aik ,Lia mengelamun ke?Teringat pada Ustaz ke?” usik Fatanah. Satu tamparan lembut kuhadiahkan ke lengannya. 
“Saya sebenarnya masih terkejut dengan lamaran Ustaz yang agak berani tu. Boleh pula dia bertemu emak dan meminang saya. Macam mimpi pula. Malu pun ada. Tidak sangka pula Ustaz tanpa segan silu melamar. Terasa diri ini tidak sepert awak fatanah. Awak cantik, pandai, banyak ilmu agama”. 
“Usah difikirkan begitu Dahlia. Ilmu agama bukan boleh diukur apabila seseorang itu belajar di luar Negara. Belajar di Timur tengahpun tidak semestinya menjadi bangga kerana kehebatannya dapat belajar di sana. Di tanahair pun, di rumahpun kita boleh belajar. Macam awak, masuk kelas tajwid. Saya tengok tajwid awak semakin bagus. Pokok pangkalnya kita ingin memajukan diri, sama ada dunia dan akhirat seelok-eloknya kita seimbangkan”.Benar kata Fatanah. Kecerdikan seseorang bukan menunjukkan diri seseorang itu beriman kerana iman tidak diwarisi sebalikya kita yang mencari dan mengamalkan apa yang dipelajari.

Petang itu aku berbaju kurung cotton berwarna merah jambu dan kupadankan dengan tudung warna yang sama. Aku sudah berjanji dengan Ustaz untuk bertemu. Seperti biasa Ustaz mendapat keizinan daripada emak dan kami bertemu di rumahku sahaja. Selain ianya selamatdan boleh mengelakkan fitnah. Sesudah aku menyiapkan juadah petang dan membancuh air, aku membawa hidangan petang ke ruang tamu. Emak kelihatan berbual-bual dengan Ustaz Huzaifah. Aku tersenyum memandang mereka. Terasa debar di hati padahal ini bukan kali pertama aku bersua dengannya.Mungkinkah disebabkan lamaran tempohari mebuatkan aku berdebar. Aku beristigfar dalam diam, meredakan rasa hati yang tidak keruan. Emak meninggalkan kami dan menuju ke dapur. “bincanglah elok-elok, apapun  keputusan Lia emak merestui” pesan emak sebelum pergi.Aku mengangguk walau tidak berapa jelas maksudnya.
“Jemput minum, Ustaz. Kuih biasa aje”pelawaku. 
“Lia yang buat ke?”tanyanya. 
Aku mengangguk. “baru belajar membuat kuih donat ni dengan emak”
Ustaz Huzaifah mengambil sebiji donat dan memasukkan ke dalam mulutnya. “Boleh tahan” 
“Ustaz, saya tahu kedatangan Ustaz ke rumah kerana ingin mengetahui jawapankan. Sebelum menyatakan jawapannya saya ingin tahu satu perkara. mengapa Ustaz begitu yakin datang ke rumah tempohari dan  melamar saya di hadapan emak dan Fatanah. Ustaz kelihatan yakin saya tidak akan menolak lamaran tempohari”.
“Keyakinan saya datangnya daripada Allah. Sebelum saya meminta izin daripada emak awak, saya sudah melakukan solat istikarah. Saya memohon petunjuk dariNya dan memohon ketetapan hati dalam mencari jodoh. Saya ingin mencari keredhaan di dalam menjalinkan perhubungan.Dengan keyakinan tersebut, saya pasrah sekiranya awak menerima atau menolak lamaran saya.Mungkin awak sudah mempunyai pilihan lain, mungkin juga tidak. Namun naluri saya menyatakan awak adalah jodoh saya.”. 
Malu pula aku mendengarnya.Ustaz melakukan solat istikharah untuk memberikan kekuatan jiwanya. Aku, hanya berserah sahaja. Betapa kerdilnya aku. Banyak yang aku belum pelajari. “Dulu saya ingatkan Ustaz akan berkahwin dengan Fatanah. Maklumlah dia setaraf dengan Ustaz. Adik Fatanah pun selalu bercakap yang Fatanah akan berkahwin dengan Ustaz.”. 
“Sebenarnya betul apa yang awak dengar tu. Ayah Fatanah memang ingin  menjodohkan kami berdua.Saya pun ada berbincang  dengan Fatanah mengenai hal ini. Masa kita berselisih tempohari, saya ada berjumpa Fatanah di rumahnya.Masa itulah dia memberitahu yang dia sudah mempunyai pilihan hati. Rupa-rupanya dia sudah mengetahui yang saya ni sepupu Azhar. Alhamdulilah, bila sudah begitu legalah saya. Ayah Fatanah pun merestui hubungan mereka.Saya pun memberitahu saya menyukai awak. Itu sebabnya Fatanah ada bersama sewaktu saya ke rumah awak dulu”. 
Aku membetulkan dudukku. Begitu ceritanya. Maknanya ayah Fatanah sudah mengetahuilah yang Ustaz melamarku. Adui malunya. Aku memejamkan mataku. Malu, malu. “awak sudi tak menjadi isteri saya? InsyaAllah sama-samalah kita berjuang ke jalan Allah”.
“Malulah saya ustaz. Ustaz ni berani juga ye” Aku tersenyum. 
“Terima kasih kerana sudi memilih saya. Terima kasih  juga kerana mahu menjadikan emak saya ibu Ustaz. Jikalau Ustaz sudah membuat keputusan begitu saya menerimanya. Saya mohon Ustaz bantu dan ajarlah saya mana yang patut.”

Aku membelek cincin pertunanganku.Bersyukur aku kerana majlis yang dirancang berjalan dengan sempurnanya.Aku  lebih terharu apabila Umi dan Walid Ustaz Huzaifah menerima aku seadanya. Aku berjanji aku akan cuba menjaga diriku dan belajar memperbaiki diri. Teringat ku semalam mesej dari Ustaz, mengatakan bahawa Cinta kepada Allah perlu diutamakan dan dia memilihku juga kerana DIA. Aku bersyukur kerana Ustaz memilihku yang serba kekurangan. Sebulan lagi kami akan diijabkabulkan dan aku dapat merasakan kemanisan bercinta selepas kahwin bersama orang yang kusayang.Semoga Allah merestui niat kami berdua.

TAMAT

Saturday, February 4, 2012

Pertandingan Cerpen : Cahaya Cinta Illahi

CAHAYA CINTA ILLAHI
Hurmmm...Sudahlah Dahlia, berpijak pada bumi yang nyata boleh tak??? Jangan nak perasan yang ustaz ni sukakan kau,entah entah dalam mimpi pun kau tak boleh nak jumpa dia pun...Apalah nasib aku ni.. Uhuk
" Kenapa Dahlia tanya?Dahlia sukakan seseorang ke?" Tanya Ustaz Huzaifah.Aigoo, ustaz ni.. tanya bukan punya main
staright to the point!Takde bengkang bengkok pun.Straight ahead  je..Ya, saya sukakan seseorang dan orangnya ustaz. Alahai, kan bagus kalau aku cakap macam tu. Cakap straight macam dia jugak. Takde simpang siur  sampai buat habis air liur.. Aikk??? Macam pantun dua kerat je... Eehh.. Betul ke pantun???
" Lia,Lia,Lia.." panggil ustaz terus mematikan lamunan aku yang panjang ataupun bertambah panjang kalau dia tak panggil..
" Eehh...Ye, ustaz kenapa???" Soalku.
" Jauh mengelamun? Teringat dekat siapa?" Soal ustaz. Haila, kalau lah dia tahu yang aku tengah ingatkan dia, agak agaknya mesti dia copkan aku perempuan terlebih
 'carbon dioxide', oxygen yang kurang.. tak ke haru dibuatnya???
"Taklah.Tak teringat dekat siapa-siapa pun" Balasku balik.
"Ye ke ni?" Soal dia balik. Aik ustaz.. Ni apa kes ni main soal jawab ala ala
parlimen. Sudahla tepi jalan. Nasib baik tepi jalan, kalau atas jalan??? Tak ke haru. Entah entah berderet deret kereta tengah buat line sebab 'debat' ala parlimen aku dengan ustaz.
" Ye lah. Lagipun apa
kelas nak ingatkan orang lain? Takde faedah pun." Tapi kalau ingatkan ustaz, terlebih faedahnya.. Hehehe...Alamak, kau jangan nak buat perangai mengalahkan meriam buluh ye Lia. Meriam buluh pun tak segatal kau tau!
"
 Baguslah kalau macam tu.
" Balas dia balik seringkas,sesimple. Wo wo wo!!. Apa maksud dia? Jangan kata dia suka kan aku jugak sudah. Mau aku meloncat mengalahkan yang duk bergayut atas dahan pokok tu selalu.
" Eermm... Maksud ustaz apa ek?" Soalku. Yelah mana tau kut kut ada
can nak ngorat dia.. Hahaha. Okay Dahlia! Enough! Jangan duk mengatal. Ni semua pasal mak. Mak ni pun... Ambil beg ke buat beg dekat surau. Ah sudah. Apahal aku ni? Marahkan mak aku pulak. Haish.. Tak baik, tak baik.. Nanti bila mak sampai kena mintak maaf.
Ni mesti mood
 weng weng aku dah sampai.. Tapi apa tandanya ek kalau mood weng weng aku sampai? Huh?
" Taklah. Tak baik kalau selalu mengelamun." Jawab si dia.. Eeehh.. Aci tak aku nak ketuk kepala ustaz aku yang terchenta ni? Kenapa? Sebab dia ni suka jawab separuh jalan.Straight tu memang straight, tapi suka buat orang tertanya tanya sebab jawapan yang dia beri tu bukan punya main 'panjang bebenor' sampai buat aku tertanya tanya.Ha, kan dah ulang ayat yang sama sampai korang pun berbelit nak faham. Tak faham? Ada  aku kisah? Sebab aku pun tak faham apa yang aku kata ni. Haish,bala bala...
" Kenapa ek?" Tanya aku balik. Ye sekali lagi. Pertandingan soal jawab di antara Dahlia dan Ustaz Huzaifah.Dan pemenangnya ialah.... Jeng jeng.. To be continued.Apasal? Sebab aku tak tahu sapa menang sebab sekarang pun tengah bersoal jawab dengan dia ni.
" Taklah. Kalau nak mengelamun tu boleh, tapi kalau boleh elakkan sebab takut jadi haram." Huh? Rasa rasa aku dah jadi kembar Ziana Zain tak? Sebab aku rasa kening aku dah terangkat tahap maksimum dah ni. Apa yang dia cakap ni??!! Ya Allah, engkau berikanlah kesabaran kepada hambamu ini.Dia ni memang nak kena dengan aku agaknya.
"Hurm.. Awak tak faham ke apa maksud saya Lia?" Dia tersenyum.Ya Allah Huyarabbi.Aku rasa memang ustaz ni 'kena' dengan aku jugak malam ni.Apasal? Ada dua sebab kenapa dia akan kena dengan aku jugak kalau dia main 'tarik tali dengan aku malam ni. Pertama,sebab soalan dibalas soalan. Aku paling pantang kalau aku tanya orang orang tanya aku balik.Kedua,sebab...Senyuman dia, Masyaallah.Tak tergambar betapa indahnya ciptaan Allah. Bukan aku nak kata dia yang paling kacak, tapi tak salahkan kalau aku puji ciptaan Allah?
"Hurmm..." Ringkas je jawapan yang aku bagi. Malas.
"Kalau nak mengelamun atau berangan tu boleh, tapi tak digalakkan sebab takut kita akan berharap yang semua angan angan kita itu akan menjadi kenyataan apatah lagi kalau kita berangan tentang masa depan kita yang kita belum pasti lagi,kalau nak merancang boleh tapi jangan melebih lebih.Takut nanti kita sendiri yang kecewa dan akhirnya kita tak dapat terima qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah dan itu boleh mendatangkan kemurkaan Allah.Sebab tulah saya kata macam tu tadi." Jelas ustaz dengan panjang lebarnya.
Kebabom!!!
Aiyarkk!!!
 Kenapa aku rasa macam aku pun tergolong di antara salah seorang yang ustaz maksudkan? Ya Allah, andai betul aku tergolong dalam kalangan manusia seperti mana yang dikhabarkan oleh ustaz sebentar tadi, maafkanlah khilaf hambamu ini Ya Allah. Rintih hatiku.
"Lia!!!" Sergah mak.
" Opocot,saya cintakan ustaz sebab ustaz baik, ustaz kacak... Mak!!!" Hadoi!!! Apahal lah mak ni boleh sergah aku ni. Dahlah keluar ayat yang sensasi gitu,orang pulak ada lagi yang belum balik. Dia pulak...
" Saya balik dululah Lia, makcik. Assalamualaikum". Balik dengan muka yang biasa. Hai, takkanlah tak rasa apa apa kut masa aku cakap macam tu.Hem, dah ada dah buktinya Lia. Dia tak sukakan kau. Dia tak ada perasaan sikit pun dekat kau!Kau jangan perasan boleh tak!
"Lia, mak...Mak..Mak minta maaf ye nak." Mak renung muka aku dengan wajah simpati.Mungkin mak tak sangka yang aku akan cakap macam tu.Depan ustaz pulak tu.
" Takpelah mak.Mak tak salah pun.Sebaliknya Lia rasa bersyukur sangat mak sergah Lia macam tu, sekurang kurangnya dah hilang dah satu beban yang Lia tanggung. Tapi mak kena janji yang mak tak kan buat macam tu lagi. Janji?" Aku tenung wajah mak.Yelah nak buat apa marah, mungkin dah takdir aku kut.Terima jelah.
"Janji." Mak tenung balik muka aku dengan senyuman. Mungkin sebab lega kut.
"Ha, kenapa mak lambat sangat? Mak ambil beg ke buat beg dekat surau?" Tanya aku dengan separuh bergurau untuk hilangkan rasa gundah yang bertamu dalam hati.Alahai...
" Ada ke patut tanya mak macam tu. Mak pergi ambil beg lah,lepas mak ambil beg terus emak berjalan sekali dengan kamu berdua.Cuma mak jalan belakang kamu dengan ustaz je,ustaz boleh sedar mak ada dekat belakang korang, kamu tak perasan mak ada belakang kamu? Ish! Bertuah punya budak." Bebel mak punya panjang.Haila, nilah orang yang paling aku sayangi. Kalau ada can cakap tu,memang kaw kaw nya. Nampaknya terpaksalah aku tadah telinga sepanjang pagi ni.Terima jelah, yang cari pasal sangat tu kenapa. Ye tak?
______________________________________________________________________________________

" Lia!!!" Terjah satu suara bila aku sibuk duk melangut tengok sawah padi dekat hujung kampung ni.
" Opocot mak aku jatuh tergolek." Hish, siapa yang kacau aku menikmati keindahan Allah ni. Dahla aku sebut mak aku jatuh tergolek pula tu. Kalaulah mak dengar, mau tak cukup tanah aku lari nanti.
"Hahaha.Tulah mengelamun je, tak pasal pasal kena terjah.Padan muka. Bwekkk.."  Jelir budak ni. Amboi! Mari terjah orang, buat orang melatah lepastu kata padan muka sambil jelir aku?! Ni asap volcano nak keluar ni!
" Eh, kau sapa ha? Mari terjah aku tak tentu pasal? Aku hempuk muka kau nak?!" Hambik kau! Nak sangat
terjah aku kan? Kan dah kena marah dengan aku. Eh, tapi kenapa macam pernah nampak je muka dia ni ek?
" Sampai hati kau. Bff sendiri tak kenal. Yelah aku tau aku salah sebab tinggalkan kau sorang sorang dekat sini. Nak buat camana, ayah aku suwuh belajar oversea, takkan lah aku nak tolak kut. Alah Lia, takkan kau marah aku lagi kut." Terang insan yang ada dekat depan aku ni panjang lebar. Ha? Bff? Oversea? Siapa kawan aku yang lagi bijak dari aku ek? Siapa ek? Erkk.. Oh my...
" Humaira?"
" Yup.Ingat pun kau dekat aku ek? Hahaha.Rindu dekat aku tak ?" Dia angkat kening. Oh my bff!!!
" Maira!!! Sampai hati kau tinggalkan aku sorang sorang dekat sini. Dahla pergi sana tak kata dekat aku pun!" Apalagi, makin muncung lah mulut aku jadinya. Haila kalau lah Ustaz Huzaifah jumpa aku macam ni, mesti jatuh saham aku.Alahai, rindunya aku dekat ustaz tu.
" Olo, comelnya muncung dia. Aku nak buat jadi penyidai kain boleh tak? Hahaha" Ishk dia ni! Ada ke patut nak buat mulut aku ni jadi penyidai kain? Tak patut tau!
" Ha, kalau berani buatlah." Cabar aku. Alah gurau je. Saja buat gempak. Hehe.
" Ak eleh, aku buat betul nanti, jangan marah eh. Hahaha." Amboi perempuan ni, gelak bukan punya main ayu. Kalau dulu bukan punya main lepas, sekarang ni bukan punya main contol. Ni apakes ni?
" Kau dah berubah kan Ira?" Tiba tiba Ira berhenti ketawa. Dia hanya tersenyum, Hurm. Betul lah, Dia dah berubah, tengok jelah penampilan dia, dah macam Siti Fatanah pulak. Sekarang dah bertudung, baju pun labuh, pendek kata dah tak jadi macam dulu lah,cuma perangai je agak kureng sikit. Hehehe.
" Alhamdullilah Lia. Akhirnya Allah dah bukakan pintu hati aku untuk kembali ke jalan yang asal." Ujar Ira sambil menikmati panorama yang indah di hadapan mata.
" Alhamdullilah. Akhirnya kau berubah jugak. Tak macam aku. Hahaha." Aku ketawa tak ikhlas. Kan bagus kalau aku boleh berubah macam kau kan Ira.
" Hurm.. Lia, aku nak tanya sikit. Tapi kau jangan terasa hati ek." Ira mintak izin sebab nak tanya aku soalan? Okay, aku tarik balik kata kata aku tadi. Budak ni memang betul betul dah berubah! 100 peratus dah berubah!
" Nak tanya , tanya je lah.Aku tak kisah." Aku pandang muka dia? Apa yang budak ni nak tanya ek? Muka berkerut kerut je. Macam nenek tua je aku tengok.
"Kau.. Erm.. Kau tak nak berubah ke Lia?" Gulp! Soalan yang mampu membuatkan air liur aku tersekat di kerongkong. Erm, patutlah mintak izin. Rupa rupanya dia nak tanya soalan sensitif ni? Ira ira, kau memang jauh berubah. Dulu kalau cakap selalu tak fikir perasaan orang, tapi sekarang... Alhamdullilah
" Aku tak tahu Ira."
" Apa maksud kau?" Tanya Ira. Aku tersenyum.
" Kalau boleh aku nak sangat berubah Ira. Aku nak sangat jadi macam kau, macam Siti. Tapi aku nak buat semua tu sebab Allah. Bukan sebab lain. Apa gunanya kalau aku berubah sekarang tapi bukan sebab Allah? Kau tak fikir.ke kalau aku tak ikhlas berubah, satu hari nanti aku akan berubah balik jadi macam diri aku sekarang ni?" Jelas aku panjang. Ira pula terlopong bila aku cakap macam tu. Mungkin tak percaya kut apa yang aku cakap.
" Hurm. Kau ada masalah ke Lia?" Pertanyaan Ira yang berjaya mengalihkan tumpuan aku dari menatap panorama indah ciptaan Ilahi.
" Maksud kau?"
" Kau boleh tipu orang lain Lia, Tapi kau tak boleh tipu aku. Aku kawan kau dari tingkatan satu. Aku kenal kau macam mana. Kau mesti ada masalah kan?" Jelas Ira yang membuatkan aku terperangkap dengan soalan aku sendiri.
"Macam mana kau tahu?"
" Aku boleh tahu dari ayat kau, dari tutur kata kau, dari pandangan kau dan aku tahu kau betul betul maksudkan apa yang kau kata kan tadi. Betul tak?" Teka Ira. Aku tak tahu budak ni ada deria keenam ataupun apa, tapi yang jelas,aku terharu dengan sikap dia selama ni. Cuma dia seorang sahaja yang sudi berkawan dengan aku walaupun dia anak Dato'.
" Aku tak paksa kau untuk cerita dekat aku sebab aku takut aku bukan pendengar yang baik. Tapi sebaik baiknya engkau ceritalah padaNya sebab Dialah pendengar yang baik. Engkau ceritalah semua masalah engkau padaNya dan mohon juga padaNya agar diberikan hidayah untuk kau ya."  Terang Ira panjang lebar sambil memeluk aku. Ya Allah terima kasih kerana engkau telah hantarkan seorang insan untuk menemani hati ini Ya Allah.
" Baiklah mak nenek. Aku ikut cakap kau ye. Eh, ni apakes ni main peluk peluk ni? Nanti ada orang cop aku bengkang bengkok aku hempuk kepala kau baru tahu! Hahaha." Aku ketawa riang untuk menutup kepiluan hati yang bertandang. Ira pulak tersenyum senang, mungkin berasa lega sebab aku dah tertawa.
" Sampai hati kau kata aku mak nenek."Ira pura pura merajuk. Dah lah pura pura merajuk, buat muncung itik pulak tu.
"Eh, bukan ke kau mak nenek? Dah lah siap buat muncung empat belas. Hahaha." Aku ketawa. Apalagi, dengan memiliki anugerah Allah yang indah iaitu sepasang mata, dijegilnya mata dia sampai nak terkeluar biji mata dia tu. Mujur hari siang hari, kalau lah malam. Memang aku lari tak cukup tanah punyalah.
" Whatever." Jawab Ira. Suasana kembali sunyi bila aku dan Ira sama sama menikmati panorama indah di hadapan mata.
" Eh, kau bila sampai ek?" Soalku tiba tiba untuk menutup acara kesunyian yang bertandang sebentar tadi setelah selesai acara gurau bergurau di antara aku dan Ira berlangsung.
" Baru nak tanya? Bertuah punya kawan." Marah Ira. Marah ke? Marah jugaklah. Tapi bukan marah yang serius tu, tapi marah marah manja.
" Hehehe. Terasa ke? Ala, sorry lah. Aku bukannya tak nak tanya, aku ingat aku nak tanya awal awal lagi masa kau terjah aku. Tapi yelah.Ada orang masuk skin shahdu lak, tapi sikit pun tak berbekas di hati ini. Hahaha." Usik aku. Hehehe. Budak ni tak marahnye sebab aku tahu perangai dia yang agak 'gila gila' biarpun perangai dia yang satu tu dah berkurang sejak dia berubah ni.
" Ishk, malas lah aku layan kau. Baru je pagi tadi aku sampai dengan suami aku." Balas dia selamba. Oh, sampai pagi tadi dengan suami dia. Eh, kejap kejap. Suami???
" Apa? Kau dah ada suami? Seriously, S-U-A-M-I?" Jerit aku sambil eja satu demi satu perkataan SUAMI. Nak buat camana, kawan aku sorang ni suka sangat buat jantung aku berhenti berdegup. Ha, dialah insan pertama yang selalu buat jantung aku tergolek bila aku berjumpa dengan dia selain Ustaz Huzaifah.
" Aduh, agak agak ya cik kak kalau kau nak jerit tu. Aku tak pekak lagi, ada faham?" Selamba dia berjawab. Ewah ewah, memang ada orang nak kena ketuk kepala dengan aku ni nampaknya.
" Ala, seriouslah Ira, kau dah kahwin ke? Sampai hati tak ajak aku." Sayu aku bersuara. Sekarang ni memang aku terasa rasa rasa... kecik hati sangat dengan dia.
" Dah, kau jangan nak tangkap syahdu pulak dengan aku yep. Memang aku dah kahwin tahun lepas dekat Mekah. Aku bukannya tak nak jemput kau,kalau kau nak tahu aku nak sangat kau ada dekat dengan aku masa hari pernikahan aku, tapi nak buat macam mana, aku tak ada pun nombor phone kau, tambah tambah pulak walid aku suruh aku menikah dekat Mekah sebab keluarga suami aku tu tinggal dekat Madinah." Pujuk Ira dengan  panjang lebar.Tapi dalam banyak isi dalam cerita dia itu, ada satu isi yang aku tak faham langsung. Langsung tak faham.
" Kejap kejap, keluarga suami kau tinggal dekat Madinah tapi kenapa korang kena menikah dekat Mekah? Aku tak faham lah" Jujur aku bicara. Yelah,mana tak peliknya. keluarga suami dia tinggal dekat Madinah, yang pergi susah susah pergi menikah dekat Mekah tu kenapa?
" Adalah... Kalau aku cakap pun kau mesti tak faham." Dengan selamba badak si Ira jawab soalan aku. Eeii budak ni, memang lah kalau duduk dengan dia ni boleh dapat tekanan darah tinggi lah. Aku mengeluh tanpa sedar.
"Tak baik tau mengeluh. Satu hari nanti kau akan tahu tapi yang penting sekarang ni aku nak tanya satu soalan yang agak mengembirakan bagi aku." Kata dia selamba. Dia ni kan.. Eeeii geramnya aku!!!
" Apa dia?" Tanya aku acuh tak acuh.
"
Kau nak tak ikut aku pergi Madinah? Kerja dengan aku dekat sana?" Pertanyaan yang jelas membuatkan aku terlopong. Gila apa? Pergi kerja dengan dia dekat Madinah? Orang gila pun sanggup pergilah kalau Ira ajak, tapi aku...
" Aku tak tahu lah Ira." Jawapan yang jelas membuatkan kening Ira ni terjongket macam Ziana Zain.
" Kenapa pula?"
" Kalau aku pergi, siapa nak jaga mak aku? Takkan lah aku sanggup tinggalkan mak aku sorang diri dekat sini? Sejahat jahat aku pun, aku tak sanggup tengok mak aku sendirian tau, sudahlah kebelakangan ini kesihatan mak aku makin teruk." Dengan tutur kata yang ikhlas aku menjawab pertanyaan Ira. Dan jawapan itu membuahkan hasil dimana Ira tersenyum.
"Kau tahu tak kenapa aku suka berkawan dengan kau? Aku suka berkawan dengan kau sebab sikap kau. Biarpun kau agak gila gila orangnya, tapi kau selalu prihatin dengan mak kau. Kau tak pernah melukai hati dia. Bahkan aku  rasa kau lebih rela pendam semua masalah kau sendiri tanpa mengadu pada mak kau, macam sekarang." Aku menghadiakan segaris senyuman untuk dia. Ye ke aku tak pernah derhaka dekat mak? Kalau macam tu baguslah, sebab aku takut tak dapat cium bau syurga nanti.
" Thanks Ira."
" Welcome. Pasal mak kau jangan risau. Sebab aku dah suarakan hajat aku tadi dekat mak kau. Mak kau cakap, semua keputusan ada dekat kau, mak kau tak nak masuk campur, lagipun demi kebahagiaan dan kebaikan anak dia, dia sanggup lepaskan kau pergi ikut aku." Jawab Ira. Hurm... Nak ikut, tak nak ikut. Yang mana satu eh?
" Hurm. Tengoklah dulu. Kalau aku dah buat keputusan, aku kata dekat kau eh." Cadang aku pada Ira. Lagipun aku rasa yang itulah satu satunya cadangan terbaik yang pernah aku anjurkan.
" Okey."
" Eh, nak nombor telefon." Pinta aku pada Ira.
" Nak buat apa?" Berkerut muka dia bila aku mintak nombor dia. Haila, macam lah aku nak jual dekat bomoh siam nombor dia.
" Nak buat apa kau tanya? Nak call kau lah bila aku dah buat keputusan. Takkan lah kau nak duduk dekat sini sampai bila bila semata mata nak tahu jawapan aku kut." Terang aku.Biar budak kecik ni faham sikit. Tak padan dengan isteri orang, tapi perangai selenga tu tak pernah berubah.
" Hehehe. Okay, nanti dekat rumah nanti aku bagi nombor telefon aku okay." Jawab Ira. Hurm. Ikut pandailah Ira.
" Eh, kau duduk dekat sini sampai bila ek? Kau tidur dekat mana nanti?" Tanya aku sekali lagi menyentakkan lamunan dia.
" Hurm, aku duduk dekat sini seminggu. Aku tidur pulak dekat rumah mak saudara aku. Eh, jomlah balik. Dah nak masuk waktu zohor dah ni." Ajak dia terus mematikan pelbagai soalan yang ingin diajukan oleh aku pada dia. Ye tak ye jugak, dahla aku duduk dekat sini dari pukul sembilan pagi tadi. Duk melangut terkenangkan nasib yang tak seberapa ni.
" Hurm,jomlah."
________________________________________________________________________________________

Eh, kenapa ramai sangat orang dekat depan surau ni ek? Ada majlis amal ke apa? Hurm.
" Lia." Panggil Ira. Aik? Dia buat apa dekat sini?
" Eh Ira, kau buat apa dekat sini?" Langsung aku bertanya. Yelah, nak tahu juga kenapa dia ada dekat sini. Dahla penuh dengan orang. Siap ada khemah lagi dekat depan surau ni.
" Oh, aku buat acara amal sikit sikit dekat sini." Terang dia. Oh, patutlah ramai orangnya. Tapi kenapa aku tak tahu pun?
" Kau buat sorang? Kenapa aku tak tahu pun?" Sekali lagi aku bertanya. Malas nak serabutkan kepala dengan persoalan yang tak terjawab. Daripada aku berteka teki, lebih baik aku tanya langsung.
" Taklah, aku buat dengan suami aku sekali gus dengan ajk ajk surau kampung ni. Aku rasa kau ni dah nyanyuklah Lia. Bukan ke petang semalam aku dah kata dekat kau? Suruh datang dekat surau  pagi ni sebab aku dengan suami aku ada buat acara sikit.Ishk, ni nak marah ni." Marah Ira. Ye ke dia suruh petang semalam? Huh? Ha'ah lah. Dia ada suruh. Haish, macam manalah budak ni tak merajuk. Alahai,jenuh lah aku nak pujuk dia ni nanti.
" Eh.Sorry lah. Aku lupa." Pinta aku. Betul, aku memang lupa pasal hal ni.Aku tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab aku banyak fikirkan tentang tawaran Ira tempoh hari. Betul ke pasal tu je? Bukan ada pasal lain?
" Hurm. Kau ni memang pelupa betul lah Lia. Banyak sangat ke masalah kau sampai kau lupa pasal ni?!" Tengking Ira. Terpempam aku dibuatnya.Takut aku. Salah ke kalau aku terlupa? Bukan aku sengaja lupa pun. Aku terlupa jelah!
" Eh Ira. Aku bukan sengaja lupa tau! Aku ter...lupa! Memang aku ada banyak masalah sekarang ni. Kenapa?! Salah ke kalau aku ada banyak masalah sekarang ni? Bukan aku nak pun ada masalah banyak !" Jerkah aku balik. Ha! Kan dah keluar lahar gunung berapi. Sedap sedap je tuduh aku pelupa. Ingat daya ingatan dia tinggi sangatlah sampai tuduh aku pelupa.Huh! Tanpa sedar aku mendengus kasar.
" Erm. Sorry ek Lia, aku tak sengaja nak marah kau. Aku tak tahu kenapa sejak aku disahkan hamil. perangai aku..." Ujar Ira tergantung bila aku memotong percakapannya.
" Apa?! Kau mengandung?! Seriously?! Mengandung?!" Tanya aku sambil memaut bahunya tanpa sedar.Gila?! Mengandung?!
" Ye aku mengandung. Kau ni kenapa? Aku mengandung yang kau melebih pulak apahal? Weh, dahla pegang bahu aku ni. Sakitlah." Pinta Ira. Aku segera melepaskan pautan aku. Ya Allah, patutlah tadi dia marah aku. Biasanya, kalau aku terlupa ke apa ke, dia takkan marah punya! Hurm nak jadi ibu orang rupanya kawan aku ni. Ahaks! Aku suka, aku suka. Hahaha. Ah sudah, kenapa aku pulak yang melebih ni?! Takkan dah berjangkit kut dengan Ira ni?
" Oh, berapa bulan? Bila kau dapat tahu?" Teruja aku bertanya. Yelah, kawan sebaya nak bergelar ibu. Lepas ni jadi mak cik lah aku nampaknya.
" Baru empat bulan. Aku pun baru tahu pagi kelmarin, tu pun sebab mak cik aku tengok aku lain macam. Apalagi, terus aku dengan suami aku pergi klinik. Tup tup, doktor sahkan aku hamil empat bulan. Terkejut aku tahu!" Oh. Patutlah.
" Oh, tulah sebab kau buat acara amal ni?" Tanya aku lagi untuk dapatkan pengesahan.Saja tanya. Kut kut lah dia buat ni pasal hal lain.
" Ha'ah. Lepas dapat tahu je aku hamil, terus suami aku berhasrat nak buat agihan makanan dekat surau lepas zuhur hari ni." Terang dia lagi. Oh, patutlah ramai sangat orang. Berebut nak dapat makanan. Hurm, tak hairanlah.
Sedang leka aku bercakap dengan Ira, tiba tiba mata aku tertacap dengan sebuah adegan yang menyakitkan hati aku. Adegan Ustaz Huzaifah dengan Siti Fatanah mengagihkan makanan dekat orang kampung depan surau. Walaupun ada jarak di antara mereka, tapi aku boleh lihat ada kemesraan yang terselit di antara mereka bila mereka bersua di antara satu sama lain. Sudah berputikkan perasaan cinta di antara mereka?
" Hurm, serasi sungguh Ustaz Huzaifah dengan Siti kan? Nampak macam loveling couple gitu.Betul kan Rina" Terjah satu suara berhampiran aku menyebabkan pandangan aku teralih pada si empunya suara. Oh musuh tradisi dari sekolah rupanya.
" Hurm, betul apa yang kau cakap tul Ila. Dia orang tu sepadan. Seorang kacak, Seorang cantik, Seorang bakal ustazah, seorang ustaz. Pendek kata tip top punya pasangan lah. Tak salah kalau dia orang berharap di antara satu sama lain. Tak macam seorang hamba Allah dekat depan kita ni, berharap pada yang tak sudi. Kesian pulak aku tengok kau Lia, bertepuk sebelah tangan." Balas rakan sekutu Ila pula. Kalau dia orang bertujuan nak menyakitkan hati aku sekarang, memang dah jelas terbukti dia orang menang sebab hati aku memang sakit sebelum kehadiran dia orang bila aku terlihat adegan Ustaz Huzaifah dengan Siti Fatanah.
" Apa yang korang melalut merepek meraban tak tentu pasal ni ha? Kalau korang nak cari pasal dengan Lia lebih baik korang balik sekarang sebelum aku mengamuk dekat sini!" Marah Ira. Aku pula hanya mendiamkan diri. Tak ada kuasa nak membahas dengan dia orang. Hati aku sudah tawar untuk membahas kenyataan yang dilemparkan oleh dia orang.
" Eh, kita orang melalut apa?! Kau tak tahu ke kawan kau yang terchenta ni suka dekat ustaz tu. Ustaz yang sedang agih agihkan makanan dekat orang kampung. Kalau kau nak tahu, nama ustaz tu Ustaz Huzaifah. 'Bakal' menantu imam surau kampung kita ni.'Bakal' suami SITI FATANAH.Jadi aku nak kau nasihatkan sikit kawan kau yang tak sedar diuntung ni, suruh dia berpijak di bumi yang nyata. Jangan mengharap pada yang tak sudi. Jangan jadi perempuan murahan yang terhegeh hegeh nak dekat orang yang jauh lebih tinggi darjatnya." Ejek Syakila. Rina pulak tersenyum sinis melihat aku. Ira pula mengetap bibir menahan amarah yang sedang berleluasa menguasai dirinya. Aku pula sedaya upaya menahan air mata aku daripada tumpah untuk dipertontonkan oleh mereka yang membenci aku. Apa salah aku dekat korang Rina, Ila? Soalan itu terus terusan berlegar di kepala sejak mereka melontarkan bicara bicara sinis diselangi dengan adegan Ustaz Huzaifah dengan Siti Fatanah.
" Eh, aku tengok sekarang kau dengan ustaz tu dah tak berapa rapat dah kan sejak Siti Fatanah balik. Dulu kalau ada dia, engkau mesti duk menempel dekat tepi ustaz tu. Tapi sekarang dah tak. Hurm. Mungkin dia dah tahu kut macam mana perangai kau, perangai kau yang terhegeh hegeh nakkan dia. Tu pasal dia selalu duduk dekat surau lepas habis sesi persekolahan dengan tujuan nak menghindarkan diri daripada kau. Patutlah dia banyak buat acara amal dekat surau kita. Betul tak Ila?" Sambung Rina lagi. Ya, memang aku dengan ustaz dah tak berapa rapat macam dulu sejak malam itu. Malam masa aku terluahkan perasaan aku tanpa sedar kepada ustaz. Jadi sebab itu ke dia menghindarkan diri daripada aku? Salah ke kalau aku mempunyai perasaan aku terhadap dia? Hina sangat ke kalau aku mempunyai perasaan itu terhadap dia???
"Betul apa yang kau cakap tu Rina. Mungkin ustaz tu dah sedar apa yang orang kampung cakap semuanya betul. Tu lah pasal ustaz tu hindarkan diri daripada dia.Ustaz tu mesti nak jaga air muka dia sebab itulah dia menjauhkan diri daripada si Lia ni. Bakal menantu imam kampung kitalah katakan.. Hahaha." Sambung Ila sambil tertawa sinis. Aku pula sudah kematian kata untuk membalas apa yang diperkatakan oleh Syakila dan Asrina. Otak aku pula memproses setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut dia orang. Hati aku bagai disayat sayat apabila dia orang mengeluarkan bicara dia orang.
"Sudah!!! Aku tak nak tengok muka korang lagi! Korang tak ada hak nak hakimi perasaan sesiapapun termasuk perasaan Lia! Korang sedar tak yang korang jauh lebih jahat dan daripada Lia?! Korang suruh dia jangan terhegeh hegeh dekat ustaz tapi tadi korang terhegeh hegeh dekat ustaz takpe pulak kan?! Dahla datang majlis amal dekat surau tapi pakai baju jarang warna putih,seluar skinny jeans, buat rambut tocang kuda, pakai bedak mengalahkan pelakon opera cina!Konon korang baik lah ni. Huh?! Sindir orang tak ingat dunia, tapi taknak sindir diri sendiri pulak! Suka menyibuk hal orang, tapi diri sendiri tak terjaga! Aku rasa ustaz tu lebih rela hadap Lia berbanding korang berdua! Sekurang kurangnya pemakaian Lia lebih elok daripada korang. Dia pakai tudung walaupun pakai t-shirt lengan pendek. Walaupun pakai lengan pendek tapi t-shirt dia lebih labuh dan besar daripada diri dia. Tak macam korang." Sinis Ira berkata. Rina dan Ila pula terkebil kebil apbila dilihat Humaira mengamuk. Aku pula semakin pening dan....
" Ya Allah,Lia!!! "  Suara Ira dan suara seorang lelaki sahaja kedengaran di cuping telinga aku sebelum pandangan aku menjadi kelam.
_______________________________________________________________________________________

Aku ada dekat mana ni? Kenapa kepala aku berat sangat ni? Argh.. Peningnya.
" Lia, kau dah sedar?" Tanya satu suara. Ira? Kenapa aku nampak muka Ira dengan mak berkerut kerut? Apa dah jadi dekat aku ni?
" Aku dekat mana ni?" Tanya aku langsung sambil memicit dahi aku. Argh, kenapa pening sangat ni?
" Kau dekat rumah mak cik aku. Kau pengsan kelmarin." Jawab Ira. Kelmarin? Apa maksud dia? Hari ini hari apa?
" Engkau tak sedarkan diri hampir dua hari Lia." Bagai mengetahui gelojak hati aku, terus Ira berkata. Daripada pening terus rasa segar bila Ira berkata sedemikian. Dua hari? Biar betul? Lemah sangat aku kalau aku pengsan sebab kata kata sinis Syakila dan Asrina.
" Ye nak. Lia tak sedarkan diri selama dua hari. Doktor kata tekanan darah Lia rendah. Terus doktor bagi suntikan. Doktor kata bila doktor suntik Lia, mungkin Lia tak sedarkan diri selama beberapa hari sebab doktor bagi ubat bius supaya Lia boleh tidur dan tekanan darah Lia kembali normal." Terang mak. Oh, pasal ubat bius lah aku tak sedarkan diri sampai dua hari. Terus aku memegang dahi dengan tangan kanan aku. Aik, apasal aku rasa ada sesuatu dekat jari manis aku ni? Huh? Terus mata aku terbuntang bila melihat objek yang tersarung di jari manis aku. Langsung aku melihat muka mak dan Ira. Mereka menghadiakan sebuah senyuman.
" Cin...cin." Hanya itu sahaja perkataan yang boleh aku katakan. Terkejut aku?! Bukan cincin biasa tau! Cincin bertahtakan belian! Siapa yang baik sangat dermakan cincin ni dekat aku? Huh? Derma? Kalau derma tak bolehke sarungkan dekat jari lain? Apasal kena sarungkan dekat jari manis pulak? Dahla dekat tangan kanan pulak tu. Macam orang kahwin je. Eh, Kejap. Cincin?Jari manis?Tangan kanan? Kahwin? Oh, jangan kata aku dah... Langsung aku palingkan muka pada emak dan Ira. Apa semua ini?!
" Kau dah kahwin Lia. Kau dah kahwin dengan abang ipar aku. Kita dah jadi biras." Jelas Ira.Aku pula terlopong bagai nak rak! Kalau masuk lalat, konfirm aku tak sedar sebab fikiran aku bercelaru sekarang ni. Dia orang nak bagi aku pengsan balik ke apa? Habistu, macam mana perasaan aku dekat Ustaz Huzaifah? Ya Allah. dugaan apakah yang enkau berikan pada hambamu ini?
" Mak harap Lia boleh terima ye nak.Terima takdir Lia ye nak. Mak mintak maaf kalau mak buat keputusan ni tanpa pengetahuan Lia. Tapi mak buat semua ini demi kebaikan Lia. Mak tak sanggup tengok Lia terseksa sayang."
Pujuk mak sambil mengusap kepalaku. Aku dipeluknya.Sungguh aku terkejut. Mak tahu ke penyebab aku jadi macam ni. Sebab tu ke mak buat ni semua tanpa pengetahuan aku.Argh, serabutnya!!!
" Aku pun mintak maaf Lia. Abang ipar aku yang angkat kau masa kau pengsan. Aku pun terkejut bila dia ada kat situ. Terus dia angkat kau macam tu, lepastu dia hantar dekat rumah mak cik aku.Tapi kan,sebelum dia angkat kau kan, dia bagi pandangan ataupun jelingan maut dekat Syakila dengan Asrina. Bila dia dah sedar yang dia buat semua tu dengan profesian dia, terus dia kata yang dia nak kahwin dengan kau.Kita orang suruh dia fikir masak masak. Tapi dia tetap dengan keputusan dia.Aku kata kalau setakat perasaan bersalah  sebab dah kendong kau menjadi penyebab dia ingin berkahwin dengan kau, lebih baik tak payah. Sebab aku takut dia dah isikan hati dia dengan orang lain.Tapi dia degil, tetap dengan keputusan dia dan dia kata biarlah hanya Allah dan dia mengetahui alasan kenapa dia ingin menikahi kau." Jelas Ira panjang lebar membuatkan air mata aku mengalir tiba tiba.. Pelukan ibu makin aku perkemaskan. Siapa dia suamiku? Kenapa dia amat mengambil berat soal diriku? Kenapa dia sanggup menikahi aku sedangkan kami tidak pernah bersua muka? Ya Allah,Siapapun dia, aku pohon engkau titipkanlah rasa cinta aku kepanya dan buangkanlah perasaan cinta aku terhadap Ustaz Huzaifah yang mungkin tak pernah aku miliki Ya Allah. Aku mohon kepadamu Ya Allah.
 Ya Allah. Engkau tabahkanlah hati hambamu ini.Teresak esak aku menangis, terus aku menekupkan muka aku pada bahu mak. Aku dapat rasa merasakan usapan di kepala aku. yang tak terbelah bagi oleh mak.
" Assalamualaikum." Kedengaran satu suara lelaki memberi salam ketika memasuki ruangan kamar yang sudah menjadi milikku.
" Waalaikummusalam..." Jawab mak dan Ira, sementara aku hanya menjawab di dalam hati.Air mata yang mengalir segera ku kesat dan aku hanya menundukkan kepala ku. Tidak bersedia menatap si empunya suara.
" Lia, mak dan Ira keluar dulu ye. Lia bincang elok elok dengan suami Lia. Ingat, jangan tinggikan suara pada suami. Tak cium bau syurga tau." Pesan mak. Aku langsung mencium tangan mak sebelum mak meninggalkan aku. Ira pula keluar terlebih dahulu bila suamiku mula memasuki bilik kami. Setelah mencium tangan mak, aku kembali menundukkan wajahku. Suasana bilik kembali sunyi. Tak ada sesiapapun yang memulakan bicara. Nak harapkan aku, jangan harap! Dah la hati aku tengah kacau bilau.
" Cantik sangat ke cadar tu sampai tak nak tengok muka abang?" Perli 'si dia'. Aku mengetap bibir.Haish. Dahlah orang susah hati, diperlinya kita. Tapi kan..Cantik jugaklah cadar ni, warna favourite aku lak tu. Warna biru laut. Aman je bila aku tegok cadar ni. Aku dapat rasakan katil sedikit berenjut apabila dia mulai duduk di hadapan aku. Tangan aku dipegangnya.Bagaikan ada arus renjatan eletrik mengalir di tangan aku. Tu kira okey lagi daripada perasaan yang satu ni. Nak tahu? Meh aku bagi tahu, aku dapat rasakan ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati aku bila dia pegang tangan aku. Rasa aman, damai, kasih,sayang semuanya ada. Adakah Allah telah menitipkan cinta untuk aku kepada suamiku?
" Lia, pandang muka abang sayang." Si dia berkata lagi.
Gulp!!
 Aku rasa air liur aku tersekat bila dia berani memanggilku sayang. Apa aku nak buat ni? Pandang muka dia? Pandang jelah. Alih alih dapat pahala jugak. Aku rasa biji mata aku tertojol nak keluar bila aku pandang suami aku. Biar betik!!! Tak kanlah dia suami aku??!!
" Aaaa...wak.."
" Yelah. Saya, suami awak. Bukan orang lain." Dia menjawab. Aku terus menekup mulut dan air mata mengalir sekali lagi. Sungguh aku tak sangka dia suami aku. Tak kan lah dia kut.
" Shuhh.. Jangan nangis sayang.." Terus dia memelukku seusai bicara.
___________________________________________________________________________________
" Termenung jauh nampak?" Ujar satu suara. Langsung aku palingkan muka menatap si empunya suara. Siapa lagi kalau bukan suamiku terchenta. .
" Salah ke?" Aku senyum segaris seusai bicara. Mata dia pula terbuntang bagai nak rak. Terkejut kut sebab aku main tarik tali dengan dia. Hehehe
" Amboi, pandainya dia menjawab sekarang. Dulu masa sedar dia dah nikah bukan main menagis bagai nak rak bila tahu abang suami dia." Sindir abang sambil mencekak pinggang. Aku pulak ketawa bila dia cakap macam tu. Memang betul pun apa yang dia cakap. Masa tu memang teruk sangat aku nangis sampai suami aku ni hampir hampir nak panggil doktor. Hahaha. Malu dowh !
" Sayang termenungkan apa?" Ujar dia sambil merangkul pinggangku dan mengusap perutku yang kian membuncit kerana terdapat satu nyawa di dalam perutku.
" Tak termenung pun. Tengok pemandangan kota Madinah ni. Tak tergambar dengan kata kata bila tengok keindahan kota ni. Abang tahu tak, Lia terkejut sangat masa hari pertama jejakkan kaki dekat sini." Bahasku balik. Dia hanya tersenyum. Alhamdullilah, akhirnya tercapai jugak hasrat mak dengan aku nak jejakkan kaki dekat sini. Dekat Mekah? Hurm,  tak jejak lagi sebab keadaan aku macam ni.Tunggu perut aku ni 'meletup' dululah baru boleh nak jejakkan kaki dekat sana.
" Abang. Kenapa abang ambil keputusan menikah dengan Lia  sedangkan perasaan abang bukan milik Lia masa tu?" Tergerak hati aku hendak bertanya kenapa dia ambil keputusan yang agak terburu buru bagi aku.
" Siapa kata perasaan abang bukan milik Lia?" Tanya dia sambil tersenyum. Takkan lah dia ada perasaan dekat aku kut? Aku menjongket kening. Dia tersenyum lebar.
" Maksudnya?" Tanya aku sekali lagi sambil menghadap muka dia.
" Sebenarnya abang ada perasaan dekat Lia masa pertama kali kita jumpa." Kata dia sambil tersenyum. Aku pula terpinga pinga. Biar betul? Takkan lah dia ada perasaan dekat aku yang agak gila gila jugak masa tu?
" Takkan lah abang suka dekat Lia dari dulu kut? Dahla masa tu perangai Lia gila gila sikit daripada sekarang ni." Aku menjongket kening. Dia pula tertawa. Aik? Ketawa pulak dia ni? Aku ada buat lawak ke hapa?
" Sebabkan perangai Lia yang gila gila tu lah buat hati abang terusik tau. Walaupun gila gila, tapi Lia tak pernah ambil kesempatan dekat abang kan?" Jawab dia sambil tertawa lagi.Aku terus libas lengan dia bila dia cakap macam tu. Ada ke patut dia cakap macam tu? Gila hapa aku nak amik nak ambil kesempatan dekat dia. Ishk dia ni!
" Yelah tu. Bukan ke orang tu dulu ada perasaan dekat 'perempuan' tu?" Tanya aku balik. Dia tersenyum lagi. Haish, dia ni tak letih ke senyum selalu? Hurm, nak hairankan apa? Dia memang pemurah dengan senyuman kan?
" Memang abang ada perasaan dekat perempuan tu. Dan perempuan tu isteri abang yang sah sekarang. Lagi kuat perasaan tu masa Lia confess perasaan Lia dekat abang masa malam tu." Ujar dia sambil tertawa. Aku pulak dah kembang setaman bila dia cakap macam tu. Perasan sendiri ah!
" Lia bukannya confess tau! Lia ter...confess je. Semua tu sebab mak." Bidas aku.Dia pula tertawa. Hai, indahnya dunia ni.
" Ha'ah kan. Sebab mak, abang tahu perasaan sayang dekat abang. Kalaulah mak tak sergah sayang, sampai bila bila abang tak tahu perasaan sayang yang betulnya dekat abangkan?" Usik dia. Muka aku pulak dah merah tahap... Tahap apa ek? Entah. Tak tahu aku.
" Ishk abang ni. Orang merajuk nanti kan." Ugut aku. Dia tertawa lagi sambil mencubit pipi aku yang montok ni. Montok ke? Memang dah montok pun.
" Olo, jangan merajuk sayang. Sebab abang tak nak pujuk nanti." Dia ketawa lagi. Aku menjegilkan mata dekat dia. Yelahtu tak nak pujuk. Aku mencebikkan bibir.
" Abang, betul ke abang tak ada perasaan dekat Siti Fatanah? Takkan lah abang takde perasaan dekat dia? Dia kan baik, cantik, kegilaan semua pemuda kampung,anak imam kampung, belajar dekat Mesir pulak tu.  " Tanya aku setelah dia habis ketawa. Memang aku tertanya tanya. Tidak adakah sedikit perasaan pun pada Siti Fatanah?
" Memang abang akui dia cantik, baik, kegilaan semua pemuda kampung,anak imam and lulusan sebuah universiti dekat Mesir.Tapi perasaan dan jodoh abang bukan milik dia tapi perasaan dan jodoh abang milik sayang. Sehari tak jumpa sayang, rasa tak lengkap je dunia ni tau!" Ujar dia membuatkan aku tergamam. Benarkah?
" Tapi macam mana abang boleh terpikat dengan Lia? Sedangkan terjemahan surah An-Nur ayat 26 tu jelas jelas menunjukkan yang perempuan perempuan baik hanya untuk lelaki lelaki baik begitu juga sebaliknya. Lia rasa Lia tak cukup baik untuk abang." Aku terus menyuarakan isi hati aku. Betullah kan apa yang aku cakap. Aku rasa aku tak cukup baik pun untuk dia bahkan dalam mimpi pun aku rasa aku tak layak nak jumpa dia.
" Sekarang, abang nak tanya Lia pulak. Lia tengok ke tak terjemahan surah tu ataupun Lia terus berandaian yang perempuan perempuan baik untuk lelaki lelaki yang baik begitu juga sebaliknya masa Lia tanya abang hari tu bila sampai rumah.?" Tanya dia sambil merenung mata aku.Aku pulak tergamam. Ada ke tak? Ada ke tak? Rasanya..
" Takkan?" Jawab dia bagi pihak aku. Aku hanya tersengih menunjukkan gigi aku. Dia terus mengkuis hidung aku.
" Ya, memang terjemahan surah An-Nur menyatakan yang perempuan perempuan baik hanya untuk lelaki lelaki baik manakala perempuan perempuan jahat untuk lelaki jahat.Tapi... Terjemahan surah An-Nur dilanjutkan dengan,
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.  Sekarang abang nak tanya, Lia memang pernah kena tuduh, tapi tuduhan dia orang tu betul tak?" Dia jawab dengan seluruh terjemahan Surah An-Nur ayat 26 dan bertanya balik tentang tuduhan yang dilemparkan oleh Asrina dan Syakila. Memang aku terhegeh hegeh dekat dia ni dulu, tapi terus aku stop bila aku sedar dan yakin yang dia bukan milik aku. Masa tu aku dah pun berpijak di bumi yang nyata. Jadi betul ke salah tuduhan dia orang tu?
" Tak kut." Jawab aku perlahan. Yelah, aku mana tahu betul ke salah tuduhan dia orang tu. Dia hanya tersenyum sambil berkata.
" Betul atau salah biarlah hanya Allah yang tahu.Pasti ada hikmah kenapa Allah menitipkan cahaya cinta abang untuk Lia dan di sini abang ingin meminta izin pada Lia untuk membenarkan cahaya cinta yang Allah titipkan ini terus bersemadi hanya untuk Lia." Aku tergamam seusai dia habis bicara. Air mata ku bergenang di kelopak mata.
" Lia izinkan cahaya cinta yang Allah titipkan buat abang untuk bersemadi dengan Lia. Tapi, Lia mintak abang pun memohon padaNya agar cahaya cinta yang dititipkan olehNya untuk kita berdua terus berkekalan hingga akhir hayat." Pintaku. Dia tersenyum dan menarik aku ke dalam pelukannya. Biarlah malam Maulidur Rasul
yang penuh keberkatan di Kota Cahaya ini menjadi saksi akan cinta aku dan orang yang aku cintai. Terima kasih ya Allah kerana engkau telah mengurniakan seorang suami yang amat tinggi darjatnya di mataku berbanding aku yang rendah darjatnya. Terima kasih kerana engkau telah menitipkan seorang suami yang bernama Syed Muhammad Huzaifah bin Syed Muhammad Huzaiman.Sesungguhnya dialah suami yang kucintai dunia dan akhirat. Semoga cahaya cinta yang Engkau titipkan buat kami berdua berkekalan hingga akhir hayat. Amin Ya Rabbul Alamin.

TAMAT