Monday, October 8, 2012

Saat Ada Cinta - Bab 17


17
            Selesai memberikan salam dalam solat subuhku. Aku menoleh memandang Amira yang sedang memeluk erat leherku dari arah belakang. Dia meletokkan kepalanya dan memandangku dengan senyuman.
            “Happy Birthday Along.” Ceria sahaja wajahnya tika ini.
            Cepat sahaja bibirku mengukir senyuman apabila mendengar ucapan daripadanyanya. Walaupun baru berusia enam tahun, tidak aku sangka dia dapat mengingati tarikh lahirku. Atau mungkin dua lagi kakaknya yang mengingatkan. Sejak kebelakangan ini aku dapat merasakan yang Amira berada semakin dekat denganku. Walau segarang mana pun aku, dia akan tetap cuba untuk merapatkan jurangnya bersama. Mungkin kerana itu jugalah kini perlahan-lahan, aku sudah cuba memutihkan kembali keadaaan. Mungkin Allah sudah melebutkan hatiku. Harap ia benar-benar akan pulih.
            “Terima kasih.” Aku memberikan sebuah kucupan di pipi kanannya. Satu perkara yang jarang-jarang aku lakukan padanya selama ini. Amira nyata tersenyum, senang dengan ciuman yang aku berikan.
            “Lambatnya along bangun…” Kata Amira tika aku mula merenggangkan pelukannya untuk memudahkanku membuka telekung.
            Aku hanya mengusap kepalanya bagi menjawab pertanyaannya itu. Sememangnya aku bangun agak lewat hari ini. Mujur sahaja tidak terlajak solat subuh. Ini semua kerana Zulhairi, disebabkan menunggu panggilan darinya, membuatkan aku tidur lambat malam tadi. Memang Zulhairi tidak berjanji ingin menghubungi semalam, tapi setiap tahun, sebaik sahaja jarum jam menginjak pukul 12 malam, dialah yang akan menghubungiku dan mengucapkan selamat hari lahir. Setiap tahun dialah orang pertama yang akan mendoakan kesejahteraanku dunia dan akhirat.
            Tapi semalam aku benar-benar hampa, menanti panggilannya umpama menanti buah yang tidak gugur ke bumi. Sepanjang aku berkawan dengannya, belum pernah lagi dia melupakan setiap tarikh penting yang berlaku dalam hidupku. Kenapa tahun ini dia berubah sikap. Sudah lupakah dia pada aku, kawan baiknya ini? Atau aku sudah tidak penting lagi di dalam hidupnya? Hatiku jadi resah mengenangkan itu.
            Tapi hati enggan mengiyakan apa yang telah berlaku. Lalu aku segera mencari telefon bimbit yang sentiasa berada di sisiku malam semalam. Apabila nampak sahaja telefon itu berada di bawah bantal pelukku, aku terus menariknya dan melihat skrin kecil telefon itu. Ternyata memang tiada sebarang panggilan dan sms daripadanya.
            Kalau adapun cuma sms daripada Wafi yang memberikan ucapan selamat hari lahir padaku. Ini satu lagi masalah, rasanya aku belum lagi memberikan nombor telefon bimbitku padanya. Jadi dari mana dia mendapat nombor telefon bimbitku ini? Dan yang paling penting dari mana dia tahun hari ini adalah hari kelahiranku? Nampaknya dia sudah tahu banyak perkara tentang diriku tanpa aku ketahui, sedangkan aku tidak pernah membuka mulut menceritakan apa-apa pun pada dirinya. Jadi siapa yang menyampaikan setiap maklumat tentang diriku padanya?
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Persoalan tentang Zulhairi masih lagi tidak terjawab, timbul pula persoalan tentang Wafi. Rasa sesak nafas bila memikirkan tentang kedua-dua lelaki itu serentak dalam satu masa yang sama.
            “Along, jom.” Amira menarik tanganku.
            Aku yang jauh mengelamun dari tadi, tersentak dengan tindakannya. “Nak kemana?”
            “Jomlah.” Amira tidak menjawab soalanku. Dia terus menarik tanganku untuk mengikutnya.
            Aku meletakkan telefon bimbitku ke meja sisi katil. Dan langkahku mula mengikut jejak langkah Amira yang semakin laju keluar dari bilikku. Laju dia menuruni anak tangga, seolah ada yang tidak sabar untuk ditunjukkan. “Nak kemana sebenarnya ni?” Tahap kesabaranku sudah semkain pudar dengan sikap berdiam diri Amira. Geram pula melihat Amira hanya tersenyum-senyum sedari tadi.
            “Happy Birthday Along.” Jerit Alia dan Azira sewaktu kakiku melepasi anak tangga. Amira pula sudah melepaskan tanganku, dan berlari laju mendapatkan kakak-kakaknya itu.  
            Aku melangkah perlahan menuju ke meja yang sudah siap terhidang sarapan pagi. Roti bakar, omelette, mee goreng, jus oren dan kopi O. Banyak sungguh hidangan pagi ini tidak seperti biasa yang aku sediakan untuk mereka. “Buat apa makanan banyak-banyak ni?”
            “Kita orang nak celebrate birthday along.” Jawab Azira.
            “Kan along dah kata dulu, tak payah nak sambut birthday along.” Aku mengingatkan semula. Aku sudah mengingatkan mereka tentang perkara ini, tak mungkin mereka lupa perkara yang aku sudah terangkan dengan jelas dahulu.
            “Along kita orang tahu along tak suka kita orang celebrate birthday along. Tapi Amira yang beria-ia. Lagipun setahun sekali je kan.” Alia cuba untuk mempertahankan tindakannya.
            “Alah along, bolehlah, lagipun semalamkan Ira last paper, so hari ni kira celebrate untuk Azira sekalilah. Takkan tak boleh kot.” Azira yang sudah pun duduk mencelah percakapan Alia.
            “Alah, bolehlah along.” Amira mula menarik-narik tanganku.
            Aku bukan sengaja mahu menghalang mereka daripada menyambut hari kelahiranku. Cuma aku tidak mahu mereka membazirkan duit untukku. Lagi pula mungkinkah kelahirkanku memberi makna buat keluarga itu? Namun rasanya tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka hari ini. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan yang Azira baru sahaja menamatkan Peperiksaan Penilaian Menegah semalam, dia pasti ingin melepaskan tekanannya sepanjang mengulangkaji pelajarannya.
Alia kuperhatikan melebarkan senyumannya, manakala Amira sudah menepuk tangan apabila melihat aku menarik kerusi dan mula duduk.
            “Siapa yang masak semua ni?” Aku memulakan soalan sengaja mahu menghidupkan suasana yang sentiasa hambar jika aku bersama dengan mereka semua di meja makan ini.
            “Kak Alia.” Amira menunjuk Alia yang duduk berhadapan dengannya.
            “Along, selamat hari jadi. Kita orang doakan along murah rezeki, dipanjangkan umur dan bahagia dunia dan akhirat.” Alia mendoakan kesejahteraanku, mewakili kesemua adik-adikku yang lainnya.
            Sungguh aku tidak tahu apa ayat yang patut untuk aku ungkapkan saat ini. Buat kali pertamanya aku terasa seperti ingin menitiskan air mata di hadapan mereka bertiga. Hatiku begitu mudah tersentuh pagi ini. Gembira mula mengambil tempat. Mereka berjaya membuatkan pagiku yang tadinya suram menjadi ceria semula.


“MAKCIK Zul ada.” Geram pula apabila semua panggilanku langsung tidak dijawabnya, jadi aku menghubunginya melalui talian telefon rumahnya pula.
            “Zul tak ada. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Su tak cuba telefon handphone dia ke?” jawapan yang Makcik Khamsiah berikan benar-benar melemahkan semangatku.
            “Su dah call, tapi tak dapat.”  
            “Oh ye ke, dia tertinggallah dalam bilik dialah tu.”
            “Kalau macam tu tak apalah makcik. Terima kasih, Assalamualaikum.” Aku mematikan talian sebaik sahaja mendengar makcik Khamsiah menjawab salam yang aku berikan.
            Nampaknya tahun ini aku akan menziarahi kubur arwah ayah dan ibuku seorang diri. Selalunya setiap kali ulang tahun kelahiranku dialah yang akan menemaniku ke pusara ayah dan ibuku. Rasanya dua tahun dia UK membuatkan dia banyak melupakan perkara yang dulunya sentiasa dia ingat tentang diriku. Agaknya bila dia sudah ke Johor Bharu nanti, pasti dia akan terus melupakan aku selamanya. Hati janganlah bersedih!
            Aku terus menyarungkan selendang ke kepala, rutin tahunanku itu tetap akan aku teruskan walaupun tanpa Zulhairi di sisi. Aku perlu membiasakan diri untuk melakukan banyak perkara tanpa bergantung pada Zulhairi.
            Semua barangan persiapan untuk di bawa ke tanah perkuburan telah aku sediakan. Sebaik sahaja aku melintasi ruang tamu aku lihat Alia dan Amira sedang berbisik-bisik di antara satu sama lain. Waktu aku merapati mereka, segera mereka berpura-pura membaca buku yang berada di tangan masing-masing.
            “Azira mana?” Soalku apabila tidak ternampak kelibatnya. Selalunya dia sentiasa ada di ruang tamu ini jika tidak mengulangkaji pelajaran di biliknya.
            Belum sempat Alia menjawab soalanku, Azira sudah berada di muka pintu dan meneriak memanggil namaku berulang kali. Aku memberikan isyarat tangan, memintanya menunggu sebentar.
            “Along nak keluar sekejap. Alia jaga adik-adik kat rumah.” Pesanku seperti biasa.
            “Along keluar dengan abang Zulkan?” Amira menyoal, itupun setelah Alia menyiku lengannya beberapa kali. Nampak sangat mereka telah berpakat untuk menyoalku dengan soalan itu.
            “Tak, Abang Zul busy hari ni. Dah, sambung baca buku tu.” Aku terus sahaja memanjangkan langkah kakiku keluar dari rumah. Amira jika sudah bertanya pasal Zulhairi pasti berderet-deret soalannya.
            Gelak tawa yang kedengaran di luar rumah membuatkan aku mempercepatkan langkah kakiku. Dengan siapalah agaknya Azira berbual di luar sehingga begitu rancak sekali perbualannya. Mungkin Zulhairi. Hati menjadi senang kembali. Namun Langkah kakiku untuk keluar dari pintu utama terbantut apabila melihat Wafi berada di depan pintu pagar rumahku yang sudah sedia terbuka luas seperti mengalu-ngalukan kedatangannya. Buntang mataku melihat kehadiran Wafi di situ. Sedikitpun tidak aku duga.
            Aku meneruskan langkah ke pintu pagar apabila Wafi melambaiku sebaik sahaja dia melihat aku di muka pintu ini. “Kau buat apa kat sini?” tanyaku sebaik sahaja aku berada di hadapanya. Azira yang dari tadi bersandar di kereta Wafi terus berdiri tegak mendengar soalan yang aku ajukan pada Wafi.
            “Okay bang Wafi, best of luck.” Azira memberikan thumb up pada Wafi sebelum berlalu meninggalkan aku dan dia di luar ini.  Wafi turut membalasnya.
            Aku menjadi pelik dengan Azira, kelihatan dia agak rapat dengan Wafi. Tapi sejak bila mereka menjadi serapat ini? “Macam mana kau tahu rumah ni rumah aku?” Soalan itulah yang terlebih dahulu menerjah kotak fikiranku sejak aku ternampak Wafi di sini. Tidak mungkin Azira yang memberitahunya, tapi daripada cara mereka berbual sebentar tadi, nampak sangat seperti Azira sudah mengetahui Wafi kedatangan hari ini.
            “Banyaknya soalan, nak saya jawab yang mana dulu ni?” Soalan aku dijawab dengan soalan.
Tatktiknya untuk mengelak menjawab soalan yang aku berikan diperdengar. Nasib baiklah aku sudah mengangkatnya menjadi kawan, jika tidak rasanya ada yang sudah kena syarahan denganku pagi-pagi begini.
“Awak dah siapkan, jom.” Wafi membukakan pintu penumpang hadapan keretanya untukku.
Aku menampak setapak ke belakang. Tindakan reflek apabila melihat dia membuka pintu keretanya untukku. Belum pernah ada lelaki yang membukakan pintu kereta untukku, Zulhairi pun tidak pernah melakukan begitu. Langsung tak pernah! Jadi aku berasa agak janggal dengan situasi itu. “Nak ke mana pula? Aku ada hal pagi ni.”
“Tahu! Awak nak pergi ziarah kubur ayah dan ibu awak kan? Saya nak teman awak ke sana.” Wafi menawarkan dirinya.
Aku memandang ke belakang, melihat Azira yang sedang terjenguk-jenguk dari jendela. Pandanganku itu membuatkan Azira terus menghilangkan diri. Aku amat pasti dia yang menceritakan rutin tahunanku ini kepada Wafi. Jika tidak, masakan Wafi tahu aktivitiku.
“Tak payahlah, lagipun aku memang nak pergi sendiri.” Aku menolak lembut. Aku tidak mahu menyusahkannya, lebih dari itu aku juga tidak mahu dia menjadi penemanku sekaligus mengganti tempat dan tugas yang selalunya dilakukan oleh Zulhairi saban tahun.
“Tak apalah, apa salahnya saya pergi sekali dengan awak. Ada juga peneman.” Wafi masih berkeras mahu pergi bersamaku.
Dalam keadaan begitu, adalah susah untuk aku melepaskan diri. “Wafi, aku boleh pergi sendiri.”
“Nope, saya tetap nak pergi dengan awak. Selagi awak tak setuju selagi tu saya akan tunggu kat sini.” Dia sudah bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh.
Kenapalah dia ni degil sangat orangnya. Aku menarik nafas dalam-dalam cuba berfikir secara teliti. Kereta dia berada betul-betul di hadapan pagar rumahku sekaligus menghalang keretaku yang berada di porch untuk keluar. Jika dia tidak mengalihkan keretanya memang tidak mungkin aku akan dapat membawa keretaku keluar. Maka, itu bermakna aku tidak akan dapat menziarahi kubur arwah hari ini.
“Kenapa kau beria-ia sangat nak ikut aku ni. Bukannya ada faedah untuk kau pun.” Sengaja aku berkata begitu padanya. Mahu dia berputus asa kali ini.
“Saya saja nak temankan awak. Lagipun menziarah kubur ni hukumnya sunat. Kan Nabi Muhammad saw pernah bersabda menziarahi kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat.” Lancar sahaja dia menyediakan jawapan itu untukku. Macam sudah dihafal saja dialong yang dituturkannya.
Jawapan itu membuatkan aku sudah buntu cara untuk membuatkan dia melepaskan aku hari ini. Jadi aku terpaksa bersetuju, jika tidak mahunya sampai esok dia akan berada di hadapan rumahku ini.
“Jomlah.” Aku terpaksa juga melangkah masuk ke dalam kereta Wafi. Terpancar kegembiraan di wajahnya kini.   

SELESAI sahaja membacakan yasin, doa dan mencurahkan air ke kuburan ibuku, aku ke kubur ayahku pula melakukan rutin yang sama. Tahun ini Zulhairi tiada di sisiku untuk mengetuai bacaan yassin dan doa kesejahteraan untuk mereka di sana. Aku redha mungin dia mempunyai tugas penting yang perlu diselesaikan hari ini juga. Namun ada sedikit rasa terkilan di hati.
            Selesai mengaminkan doa yang Wafi bacakan aku menyentuh batu nisan ayahku. “Su sayang ayah.” Ayat yang sentiasa aku tuturkan setiap kali aku melawat pusara ayah, walaupun aku tahu tiada kasih sayang untukku. Aku pantas menyeka air mata yang mahu tumpah ke bumi. Aku benar-benar berharap mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
            “Jom.” Wafi mengajakku beredar dari tanah perkuburan ini dan aku mengangguk bersetuju.
Aku melangkah berat meninggalkan tanah perkuburan yang menyemadikan arwah ibu dan ayahku. Syukur kerana mereka disemadikan di tanah perkuburan yang sama jadi ianya memudahkan diriku untuk menziarahi kubur mereka.
Jejak sahaja kakiku ke dalam kereta, seperti biasa air mata laju menuruni pipiku, tanpa esakkan yang panjang aku menyeka air mataku. Beginilah yang berlaku setiap kali selepas aku menziarahi kubur kedua arwah orang tuaku. Aku sememangnya tidak dapat mengawal emosiku. Semua kerana kenangan yang ada walaupun tidak seindah mana.  
            Oleh kerana itulah setiap tahun Zulhairi yang menemaniku ke tanah perkuburan. Aku tahu, Zulhairi enggan membiarkan aku terlalu meratap sedih di situ. Sering saja dia mengingatkan aku bahawa ratapan yang berlebihan pada sebuah kematian itu boleh membawa dosa. Aku akur dengan setiap kata-katanya kerana ada benar peringatan itu. Maka kerana itu jugalah dia sentiasa ada untuk menenangkan hati dan jiwaku.
            “Awak okay?”
            Aku tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. Mungkin Wafi risau melihatku yang asyik menyeka air mata sedari tadi. “Terima kasih sebab temankan aku hari ni.” Aku tetap berterima kasih padanya kerana menemaniku walapun tadi bermati-matian aku tidak mahu dia mengikutku.
            “Tak apa, hal kecil je tu. Tapi sebelum saya hantar awak balik ni, kita singgah wisma dulu boleh? Saya ada hal sikit.”
            “Kalau kau ada hal tak apalah. Kau berhentikan aku kat sini, aku boleh naik teksi balik.” Aku tidak mahu terlebih  menyusahkannya. Biarlah dia menguruskan halnya pula.
            “Tak apa nanti saya hantar awak balik. Awak temankan saya pula.”
            Aku hanya mengangguk. Tidak mengapa kali aku akan menemaninya, sudahlah aku tidak memenuhi janji untuk keluar bersama-sama dengannya sabtu lepas, jadi kali ini aku ingin menebus semula kesalahanku padanya. Baru pukul sebelas pagi dan rasanya masih ramai yang bekerja di wisma itu waktu ini, jadi tiada masalah untuk aku menemaninya saat ini.

“DAH, jom.” Selepas berbual seketika dengan pengawal keselamatan wisma ini Wafi menghampiriku yang sedang menantinya di hadapan lif. Kami sama-sama melangkah masuk ke dalam lif seperti pinta Wafi.
            “Nak buat apa kat tingkat satu ni?” Setahuku di tingkat satu ini hanya terdapat auditorium wisma yang sering digunakan syarikat-syarikat di wisma ini untuk menganjurkan seminar atau sebagainya. Sejak bekerja di sini hanya beberapa kali sahaja aku singgah di tingkat ini.
            Belum sempat Wafi menjawab soalanku pintu lif sudah luas terbuka dan dia hanya melemparkan senyuman padaku dan keluar mendahuluiku. Dia berhenti di hadapan auditorium dan membuka pintu masuk utama auditorium. Aku diarahkan untukku masuk.
            “Ada seminar apa hari ni? Ish, takkan aku nak masuk pula, aku taka da kena mengenapun” aku enggan.
            “Masuk dulu nanti saya bagi tahu.”
            Aku melangkah masuk ke dalam auditorium yang terang benderang. Suasana di dalam auditorium lengang tanpa ada satu orang pun di dalamnya. Agaknya seminar belum bermula lagi sebab itulah tiada orang yang kelihatan. Aku meneka sendiri. Kemudian aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Aku memang jarang duduk di bahagian hadapan jika menghadiri seminar begini.
            Tiba-tiba beberapa lampu utama di dalam auditorium ini dipadamkan, aku menoleh mencari Wafi namun dia tidak kelihatan langsung di dalam auditorium ini. Mana pula perginya Wafi? Tadi dia yang bersungguh-sungguh membawa aku ke sini, sekarang dia pula yang hilang entah ke mana. Mula ada rasa cemas.
            “Hai,”
            Aku pantas berpaling ke hadapan mencari suara Wafi yang begitu jelas kedengaran di telingaku. Yang kelihatan di hadapanku saat ini bukan dirinya tapi sebuah skrin yang memaparkan video gambarnya.
            “Yang ni khas untuk awak.” Kata awalan hasil daripada rakaman video itu kedengaran dan kelihatan jelas.
             Membulat mataku melihat rakaman video itu. Dimulakan dengan gambarku di pejabat dan sekitar wisma ini dengan pelbagai gaya. Gambar-gambar sewaktu aku membancuh air di pantry, sewaktu aku duduk bekerja di ruang kerjaku, gambar sewaktu aku sedang menunggu lif dan sewaktu aku di lobi. Semuanya jelas terpampang. Dan yang paling membuatkan mataku membulat ialah turut diselitkan gambar aku sedang menguap. Aku mengetap bibir, geram apabila melihat gambar itu turut disertakan. Malunya! Namun kemudian terasa lucu pula.
Aku benar-benar terharu apabila melihat seorang demi seorang rakan dari jabatanku memberikan ucapan selamat hari lahir. Setiap seorang memberikan ucapan dan doa untukku. Dan yang paling tidak aku sangka ialah, Encik Fahmi turut berada di dalam rakaman ini mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan mendoakan agar aku cepat bertemu jodoh.  encik Fahmi… enck Fahmi… tak sudah-sudah soal jodoh yang dibangkitkan.
 Aku tersenyum senang, walaupun aku tidaklah begitu rapat dengan semua rakan sekerjaku selama ini, namun mereka masih mahu bekerjasam merakamkan video ini untukku, benar-benar rasa terharu.
“Finally, now is my turn. Saya harap awak suka video ni. Saya buat khas untuk awak. Selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga awak gembira dan berbahagia bukan sahaja pada hari ini tapi setiap hari, sepanjang hidup awak. Smile always.” Kata-kata Wafi bersama kenyitan matanya menamatkan rakaman video ini. Dan cahaya mula terpancar semula di auditorium ini.
Senyumanku bertambah melebar. Aku tidak menyangka yang dia sanggup bersusah payah sebegini untukku. Terasa berbaloi pula menerima dirinya sebagai kawanku. Di saat Zulhairi seperti sudah melupakan kewujudanku sebagai sahabat, dia hadir memberikan senyuman buatku pada hari yang sungguh bermakna dalam hidupku ini. Zulhairi… kenapa dalam keadaan gembira inipun dia juga yang aku ingatkan!
“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Suraya, happy birthday to you.”
Alunan suara Wafi dan Madihah menghiasi ruanga auditorium ini, aku tersenyum melihat mereka yang bergerak perlahan menghampiriku. Melihat Madihah yang berada di sisi Wafi membuatkan aku yakin yang dia turut terlibat sama dalam rancangan Wafi ini. Di tangan Wafi tersedia sebuah kek coklat yang cantik. Mereka memberhentikan langkah apabila sudah berada betul-betul di hadapanku.
“Happy birthday Kak Su.” Madihah memelukku erat selepas selesai memberikan ucapan selamat padaku. Aku membalas pelukannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku dari tadi.
“Dah berapa lama berpakat dengan Wafi ni?” Walaupun mereka belum berkata apa-apa tapi aku yakin Madihah yang banyak membantu Wafi menyediakan video tersebut, jika tidak masakan Wafi senang-senang sahaja boleh merakam gambarku di dalam pejabat dan mengambil video ucapan semua rakan-rakanku jika tanpa bantuan dari orang dalam jabatanku juga. Pandai betul Wafi mencari rakan sekutunya.
Madihah tertawa kecil. “Abang Wafi bagi upah lumayan kak.” Selorohnya dengan tawa yang masih bersisa.
“Ha’ah kalau tak, dia buat tak tahu je saya minta tolong.” Wafi pula menambah.
“Susah-susah je buat semua ni. Apa pun terima kasih banyak-banyak.” Ucapan pada Wafi dan juga pada Madihah. Aku berterima kasih pada mereka yang cuba menceriakan hariku yang bermula dengan suram pagi tadi.
“Tak susahlah kak. Lagipun Abang Wafi ni ada agenda dia yang tersendiri.”
Wafi membesarkan matanya pada Madihah sebaik sahaja selesai berbicara. Madihah tersenyum dan segera menutup mulutnya.
“Agenda apa?” Soalku, tidak faham.
“Tak ada apa-apalah. Okay yang ni untuk awak. Hadiah hari lahir.” Wafi menyerahkan sebuah kotak yang bungkusannya warna merah hati padaku.
“Eh, tak payahlah. Yang kau buat ni pun dah cukup dah. Tak payah nak bagi hadiah pula.” Aku cuba menolak, rasa segan pula mahu menerima hadiah daripadanya.
“Mana boleh tolak birthday gift. Saya tak kira awak kena ambil juga.” Wafi tetap berkeras, wajahnya sudah berubah masam apabila aku masih lagi tidak menyambut huluran yang diberikan padaku.
“Tapi…” aku masih teragak-agak. Hari ini sudah banyak benda yang dia lakukan untukku jadi terasa berat ahti untuk menerima pemberian ini.
“Alah Kak Su ambil jelah, Abang Wafi ikhlas tu.” Madihah pula cuba menyakinkanku agar tidak menolak pemberian Wafi.
“Kalau awak tak ambil, saya kurung awak dalam auditorium ni sampai malam.” Ugutnya dengan renungan tajam padaku.
“Eleh macamlah aku takut.” Namun tanganku sudah pun mengapai hadiah yang dari tadi dihulurkan kepadaku. Dia tersenyum melihat akhirnya aku menyambut hadiah itu dan aku juga turut tersenyum membalas segala kebaikannya padaku hari ini.

Bersambung...
Kata AH:
Terima kasih krn masih sudi bersama SAC. Insya'ALLAH esok AH akan postkan entry bab 18 ya. Tq for all...

Monday, October 1, 2012

Saat Ada Cinta - Bab 16


16
            Hari ini aku rasa kurang bersemangat untuk memulakan hari. Sejak Zulhairi menceritakan yang dia dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke Johor Bahru, aku terasa seperti semangatku sudah terlebih dahulu terbang menghilangkan diri. Dahulu semasa dia ingin ke UK tidak pula aku terasa sebegini, walau ada juga rasa berat hati, tapi tidaklah sampai seteruk ini. Kenapalah dengan aku ni? Aku tahu, tidak wajar rasa-rasa sini singgah di hati. Seharusnya aku bergembira dengan berita yang Zulhairi sampaikan, kejayaannya sama juga kegembiraan buatku.
            Buka sahaja pintu rumah terpancul wajah Zulhairi di pagar rumahku dengan senyuman nipisnya. Aku bergegas membukakan pagar. Amira yang sudah siap dari tadi segera berjalan mengekori langkahku. Apabila di terlihat akan Zulhairi, dengan penuh riang Amira memanggil nama Zulhairi dengan lambaian tangannya sekali.
            “Kenapa?” Soalku setelah pintu pagar itu aku buka luas. Bukan sahaja untuk memudahkan aku berbual dengan Zulhairi tapi juga memudahkan aku untuk membawa keluar keretaku sebentar nanti.
            Dia mencuit pipi Amira terlebih dahulu sebelum menjawab soalan dariku. “Nak tumpang kau ke pejabat, boleh?”
            “Kereta kau mana?” Soalku, tidak pernah-pernah mahu menumpangku ke pejabat tiba-tiba hari ini lain pula mahunya.
            “Ada, saja aku nak menyusahkan kau hari ini. Boleh tak ni?”
            “Kau nak susahkan aku hari-hari pun boleh, tapi cuba cerita dulu mana kereta kau?” belum sempat Zulhairi menjawab soalanku, Amira yang tadinya hanya memerhati sudah mula menarik-narik tanganku.
            “Along cepatlah nanti Mira lambat.” Rengek Amira. Kemudian tanganku dilepaskan.
            Aku kembali cuba mencapai tangan Amira, namun belum sempat tanganku memegang tangannya, dia terlebih dahulu menarik tangan Zulhairi supaya jalan beriringan dengannya ke keretaku.
            “Abang Zul, Amira nak duduk depan dengan abang Zul boleh tak?” Amira meminta izin pada Zulhairi sewaktu mereka beriringan ke keretaku. Aku lihat Zulhairi mengangguk tanda setuju.
            Aku turut masuk ke dalam kereta dan sedia memandu ke tadika Amira. Tidak sampai dua minit pemanduan, aku sudah pun boleh sampai ke tadikanya. Aku mengerling memandang Amira yang sedang berbual dengan Zulhairi. Semua yang dia nampak di luar kereta ingin diceritakan pada Zulhairi, dan Zulhairi pula melayan setiap kerenahnya.
            Melihat betapa rapatnya hubungan Zulhairi dengan adik-adikku terutamanya Amira membuatkan aku merasa makin galau dengan pemergiannya ke Johor nanti. Aku pasti Amira akan menangis sama seperti yang berlaku di KLIA dua tahun lalu. Kali ini mungkin tangisannya makin lebat dan sukar untuk diredakan memandangkan Zulhairi akan menetap terus di sana. Tapi Amira tetap harus menerima hakikat itu, bukan sahaja Amira malah aku juga perlu menerima hakikat itu, Zulhairi bukan milik kami dan bukan selamanya boleh bersama-sama dengan kami. Dia punya kehidupannya sendiri yang perlu difikirkan.
            Aku memberhentikan kereta di hadapan tadika Amira. Sewaktu aku ingin membuka tali pinggang keledarku, Zulhairi terus menghalang pergerakkanku.
            “Tak apa biar aku yang hantar Amira masuk.” Katanya padaku sebelum dia kembali memandang Amira pdi ribaannya. “Abang Zul hantar sampai pintu okay.” Zulahiri memaklumkan pada Amira, dan Amira mengangguk sambil tersenyum lebar tanda senang hati.
            “Cikgu Amira cantik tak?”
            “Cantik! Tapikan Abang Zul… Along lagi cantik. Cantik sampai berganda-ganda.” Jawapan Amira membuatkan Zulhairi ketawa besar.
            Aku juga tersenyum mendengar perbualan mereka berdua sewaktu mahu turun dari kereta. Aku memerhati setiap gerak geri Zulhairi yang mendukung Amira sebaik sahaja mereka keluar dari keretaku. Sampai sahaja di hadapan pintu tadika itu, guru kelas Amira telah sedia menanti di situ, tersenyum menerima kehadiran Amira.
Zulhairi meleraikan dukungannya dan kemudian dia tunduk menyamakan kedudukannya dengan Amira. Amira terus mendapatkan tangan Zulhairi, bersalaman dengannya. Kemudian Amira mengucup pipi Zulhairi.  Zul tersenyum lagi. Apabila Amira mula melangkah masuk ke dalam, Zulhairi bingkas bangun dan memberikan lambaian selamat tinggal pada Amira.
            Bibirku juga tersenyum melihat kemesraan yang sememangnya sudah terjalin antara mereka sejak dahulu lagi. Susah untuk mencari lelaki sebaik Zulhairi pada zaman kini. Dia bukan sahaja menerima aku sebagai kawan tapi dia juga menerima adik-adikku dengan baik.
            “Jom.”
            Aku meneruskan pemanduan selepas Zulhairi sudah menaiki keretaku. “Kereta kau mana sebenarnya?”
            “Aku hantar servis semalam.”
            “Amboi lambat lagi kot kau nak pergi Johor tu, awalnya hantar servis.”
“Kau ni boleh tak jangan sebut-sebut pasal Johor tu. Kau ni… daripada good mood jadi bad mood pula aku.” Wajah cerianya selepas menghantar Amira tadi sudah hilang mendengar kata-kataku.
            “Lah, kenapa pula?” pelik betul dengan dia ni, sekejap sahaja boleh berubah moodnya. Bukannya aku bercakap benda-benda yang menyakitkan hati pun.
            Dia mengeluh sebelum memulakan kata. “Aku malas nak cerita pasal Johor tu.”
            “Kenapa pula? Kau tak buat keputusan lagi ke nak terima ke tak kenaikan tu?” Aku rasa sejak perbincangan aku dan dirinya di rumahnya baru-baru ini dia sudah membulatkan tekad untuk menerima tawaran itu. Rupanya dia masih lagi berbelah bagi. Susah betul untuknya membuat keputusan kali ini.
            “Tak tahu lagi, tengok dululah.” Separuh hati sahaja Zulhairi menjawab.
            Jawapan yang dia berikan tidak dapat memuaskan hatiku, jadi aku ajukan lagi pertanyaan padanya. “Mak kau dah tahu pasal tawaran tu?”
            Dia mengangguk perlahan.
            “Mak kau kata apa?”
            “Mak sukalah aku dapat tawaran tu. Mak kata susah nak dapat tawaran macam ni, nak-nak baru aje kerja kat situ.”
            “Hah, betullah kata mak kau tu.” Aku mengiakan kata ibunya. Ternyata makcik Khamsiah sependapat denganku.
            Zulhairi membetulkan kedudukannya agar benar-benar mengadapku. “Kau nikan dari hari tu beria-ia nak aku pergikan. Kau tak risau ke kalau aku pergi sana nanti?”
            “Nak risaukan apa pula?” keadaan jalan yang agak sesak pagi ini memudahkan aku untuk menumpukan perhatian pada perbualanku dengan Zulhairi. Sekali sekali aku juga turut memandang dia yang berada di sebelahku.
            “Kau lupa ke, kan aku ni satu-satunya member baik kau. Kalau aku dah pergi sana siapa nak jadi kawan kau lagi?”
            Aku sudah tergelak besar. Alahai Zulhairi ni, kalau iye pun janganlah buat alasan klise macam itu. Macam budak-budak pula. Walaupun aku memang berat hati melepaskan dia pergi, tapi tidaklah aku terfikir sampai sebegitu sekali. “Wei, Johor tu dalam Malaysia juga tau. Bukan kau nak pergi benua lain pun. Kalau kau pergi benua lain pun. Tu… telefon, fb, twitter, instagram kau kan ada. Takkan terputusnya hubungan aku dengan kau.” Aku cuba berlagak ceria saat ini, sedangkan dalam beberapa hari kebelakang ini, aku rasa akulah manusia yang paling tak senang duduk. 
            “Susah betullah nak cakap dengan kau ni.” Balasnya pantas. Nampaknya dia sudah tiada idea untuk membalas setiap kataku, kerana setiap yang aku katakan ada kebenarannya.
            “Aku cakap benda yang betul.” Aku mendiamkan diri selepas tu, dia juga begitu mendiamkan diri dan hanya memandang jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu ke destinasi masing-masing.
            “Eh, aku rasakan bila aku dah pergi Johor nanti mesti pakcik Malik tu kacau kau lagi kan.” Tiba-tiba sahaja ayat yang kurang sedap didengar ini keluar dari mulur Zulhairi.
            Ini yang aku lemah. Kenapa dia mengungkitkan tentang orang tua miang yang duduk selang lima buah rumah dari rumahku itu pada waktu ini. Segera terbayang senyuman gatal orang tua itu di ruangan mataku. Pantas aku mengelengkan kepala. Cuba menempis bayangan yang tidak enak itu dari ruangan mataku.
            “Takkan dia nak kacau aku lagi kot. Kan kau dah warning dia dulu. Dah lama dah dia buat tak nampak je bila terserempak dengan aku.” Kataku, bukan sahaja untuk meredakan kebimbangan Zulhairi tapi juga untuk meredakan perasaanku sendiri. Teringat kembali sewaktu lelaki itu cuba untuk memikatku. Macam-macam yang dia berikan padaku dari makanan sampai pakaian, namun tiada satu pun yang aku terima. Nasib baik Zulhairi yang menjadi heroku menyelamatkanku. Mujur juga isterinya tidak mengetahui hal tersebut, jika tidak mahu satu taman perumahan kecoh dibuatnya.
            “Yelah, dia tak kacau kau lagi sebab aku ada. Kalau ada dah tak ada nanti mesti dia buat hal balik.” Serius sahaja dia membuat hipotesisnya.      
            “Takkan kot...” Ish, aku tak rasa apa yang dikatakan Zulhairi itu akan berlaku. Tapi jika ianya berlaku juga, aku juga yang kena berhadapan dengan masalah besar itu seorang diri. Bahaya juga jika dibiarkan begini.
            “Aku kena buat sesuatu ni.” Pandangannya tajam menikam ke hadapan.
            Aku sudah tersenyum kecil melihat tingkahnya. Risau betul dia. Memang kawan yang baik Zulhairi ini. “Ke kau ni jelous sebenarnya dengan Pakcik Kamil tu?” tercetus idea untuk mengenakan dirinya.
            Terus Zulhairi memandangku. “Kenapa pula aku nak jelous dengan dia?”
            “Yelah dia nak ngorat aku, mestilah kau jelouskan?” sakatku lagi.
            Kelam kabut dia mahu mencari jawapan. “Er, mana… ada? Dari aku jelous dengan dia baik aku jelous dengan Wafi. Hah, yang tu baru pesaing namanya.” Cepat pula dia menyediakan jawapan.
            Aku mencebik bibir, aku fikir mahu kenakan dirinya tapi akhirnya aku pula yang terkena. Malas untuk berbicara panjang tentang Wafi aku terus mendiamkan diri. Tidak mahu menyambung perbualan dengannya lagi.

KELUAR sahaja dari pejabat aku sudah nampak kelibat Wafi terpacak di hadapan ruang pejabatku. Madihah yang berjalan seiringan denganku menyiku lenganku sewaktu dia melihat kehadiran Wafi. Aku membesarkan mata padanya yang sedang tersengih-sengih memandangku.
            “Ada date ke hari ni. Patutlah tak sabar nak balik.” Bisiknya padaku.
            “Tak ada maknanya.” Aku pula menyiku lengannya. Kebelakangan ini suka sangat dia menyakat aku dengan Wafi. Memang nak kena Madihah ni.
            “Hai.” Sapa Wafi sebaik sahaja aku dan Madihah keluar dari pintu kaca ini.
            “Hai.” Balasku dan Madihah serentak. Dalam mindaku sudah bermain dengan pelbagai persoalan. Rasanya sudah lama aku tidak bertembung dengannya di wisma ini, tiba-tiba terpancul pula dia di depan pejabatku petang ini.
            “Ihah balik dulu ye. Assalamualaikum.” Terus sahaja Madihah berlalu sebaik sahaja melambai padaku. Tidak sempat aku menghalangnya cepat sahaja dia menaiki lif untuk turun ke bawah.
            Aku cuba mencari idea untuk segera berlalu dari sini. Bukan apa, rasanya sebentar lagi lagi ramai rakan sepejabatku yang yang pulang. Jika aku dan Wafi masih berada di sini pasti aku menimbulkan gosip di pejabatku esok pagi. Bukan boleh percaya sangat rakan sepejabatku ini, bila sampai sahaja hal sebegini laju sahaja berita itu akan tersebar. Aku tidak mahu mereka semua salah faham dengan hubunganku dengan Wafi yang tidak lebih dari sekadar kawan sahaja.
            Baru sahaja aku mahu membuka bicara dengan Wafi, tekakku terasa seperti tersekat sesuatu apabila terlihat Encik Fahmi yang baru keluar dari pejabat berjalan menuju ke arahku dengan senyuman yang menguntum mekar.
            “Tak balik lagi?” Soal Encik Fahmi padaku selepas berjabat tangan dengan Wafi.
            “Nak baliklah ni Encik Fahmi.”
            “Heh, bukan Wafi nak bawa keluar jalan-jalan dulu ke? Takkan nak balik rumah dah.” Soalan dari Encik Fahmi itu membuatkan aku memandang Wafi. Mereka saling mengenali ke?
            “Encik Fahmi kenal Wafi ke?”
            “Yup” Wafi menjawab bagi pihak Encik Fahmi. Dan Encik Fahmi mengangguk dan mengiakan kata-kata Wafi itu.
            Aku turut mengangguk, tak sangka pula yang Wafi mengenali encik Fahmi.
            “Tak apalah saya nak balik dulu. Kau Wafi jaga elok-elok staff kesayangan aku ni.” Selepas memohon diri, sempat lagi Encik Fahmi memberi peringatan pada Wafi.
            “Amboi, kau jangan sayang lebih-lebih Mi, orang kat sini tengah marah ni.” Balas Wafi segera.
            Encik Fahmi tergelak menerima gurauan Wafi. “Alah baru sikit dah jelous. Cemburu butalah kau ni.”
            “Si cemburu tu memang tak ada mata.”
            Suasana saat ini memang kecoh dan riuh dengan tawa kedua-dua lelaki di depanku ini. Aku hanya mengukirkan senyuman nipis. Sebenarnya aku tidak suka dengan jenaka yang mereka sedang lakukan saat ini. Rasa seperti pelik sahaja apa yang sedang mereka bualkan. Aku tidak berniat untuk mencelah apatah lagi turut menyambung jenaka itu.
            “Okaylah aku balik dulu.” Encik Fahmi berjabat tangan sekali lagi dengan Wafi dan aku hanya melemparkan senyuman kecil padanya, rasanya macam tiada kata yang terluah saat ini setelah mendengar gurauan mereka tadi.
            “Untuk awak.” Wafi menyerahkan sebuah bungkusan berwarna biru padaku.
            “Apa ni?” Aku tidak menyambut huluran yang dia berikan. Aku hanya memandang beg kertas berwarna biru itu.
            “Kek lapis Sarawak. Ambillah.”
            “Mana dapat?” Aku masih lagi ragu-ragu untuk menerima pemberiannya. Mungkin kerana ini kali pertama dia memberikan sesuatu padaku jadi aku agak teragak-agak menerima pemberian darinya.
            “Saya outstation kat Sarawak. So, beli oleh-oleh sikit untuk awak.”  Dia masih lagi mengunjurkan tangannya padaku dan akhirnya aku menyambut juga pemberiannya itu.
            “Oh, patutlah lama tak nampak kau.”
            “Kenapa, Su cari saya ke? Rindu ye?” Soal Wafi membuatkan aku terdiam seketika.
            Menyesal pula aku mengeluarkan kata sebegitu sebentar tadi. Tidak pasal-pasal dia sudah salah faham dengan diriku ini. Tidak seharusnya aku membuatkan dia salah faham denganku. Aku tidak berniat mahu menimbulkan sebarang salah faham antara aku dengan dirinya di kemudian hari.
            “Su, Su…”
            Aku tersentak dan terus memandang Wafi apa bila terdengar suaranya seperti memanggilku. “Apa dia?” terus aku menyoal. Rasanya seperti dia ada berkata sesuatu denganku tapi kerana asyik memikirkan soalannya tadi membuatkan aku termenung seketika.
            “Saya tanya, awak nak terus balik rumah ke, nak ikut cadangan Encik Fahmi awak tadi?” dia mengulang semula pertanyaannya padaku tadi.
            “Encik Fahmi bagi cadangan apa?” Aku tidak dapat menangkap kata-katanya. Encik Fahmi ada memberikan apa-apa cadangan ke sebentar tadi? Rasanya macam tak ada.
            “Kita pergi jalan-jalan dulu sebelum balik.” Dengan sengihan yang panjang dia menyatakan saranan itu padaku.
            “Kalau saranan tu, memang tak boleh. Aku kena balik awal, adik-adik aku kat rumah tu tak ada siapa nak jaga.” Bukan aku sengaja memberikan alasan untuk mengelak keluar bersama-sama dengannya tapi itu memang kebenarannya. Jika tidak hal yang mustahak aku tidak akan membiarkan mereka tinggal bertiga sahaja di rumah itu.
            “Tak apalah kita bawalah dia orang sekali.” Cadang Wafi pula.
            Wafi ini memang jenis yang tidak mudah mengalah. Ada sahaja cadangan yang akan dia berikan asalkan dia dapat apa yang dia mahukan. Semua itu menyebabkan otakku terpaksa bekerja keras jika berhadapan dengannya, mencari seberapa banyak alasan yang logik dan bernas untuk menolak kemahuannya yang tidak dapat aku turuti.
            “Tak bolehlah Wafi, lagipun aku memang terus balik rumah selalunya lepas waktu pejabat.” Tanpa menunggu balasannya aku terus berlalu menuju ke arah lif dan dia juga turut mengikut langkahku.
            “Erm, okaylah kalau macam tu, tapi sabtu ni Su free tak?” dia masih terus berusaha mengajakku walaupun baru sebentar tadi aku menolak pelawaannya.
            “Ahad ni… Tak tahu lagilah.” Aku terus naik lif yang sudah terbuka pintunya. Kalau boleh aku mahu segera beredar dari sisinya. Aku tahu tidak selamanya aku boleh menolak pelawaannya kerana aku sudah menerimanya sebagai kawanku jadi aku tidak seharusnya meletakkan jarak antara aku dan dirinya sebegini.
            “Janganlah macam tu, awak ni macam tak sudi nak berkawan dengan saya je.” Sayu sahaja kedengaran suaranya kali ini.
            Aku sudah memandang beberapa orang yang berada di dalam lif ini. Pastinya mereka semua dapat mendengar kata-kata Wafi itu tadi, dalam ruangan sesempit ini segala perbualan akan dapat didengari dengan mudah oleh orang lain.
            “Boleh tak ni?” dia masih berusaha mendapatkan persetujuan dariku.
            “Tengoklah dulu macam mana. Aku tak janji.” Kataku sambil segera keluar dari lif.  Hanya itu yang mampu aku katakan saat ini. Kalau aku menolak sekalipun kali ini pasti dia mempunyai idea lain untuk membuatkan aku setuju dengan pelawaannya.
            “Su!”
            Aku berpaling memandang belakang apabila mendengar namaku diseru. Zulhairi sedang keluar dari lif dan berjalan menuju ke arahku dan Wafi yang sedang memandangnya. Macam mana aku boleh tidak perasan dirinya berada di dalam lif yang sama aku naiki tadi.
            “Lajunya jalan,” sapa Zulhairi sebaik sampai di hadapan kami.
            “Tak… aku… aku nak cepat ni. Nak balik.” Tergagap-gagap aku menjelaskan padanya. Aku tidak tahu kenapa, tapi setiap kali apabila dia terserempak dengan aku dan Wafi berdua begini aku akan menjadi tidak keruan. Mengalahkan si kekasih yang berlaku curang.
            “Kau nak tinggalkan aku ke? Kan hari ni aku tumpang kau.” Zulhairi mengingatkanku.
            Ya’ Allah, aku benar-benar lupa yang Zulhairi menghantar keretanya ke bengkel dan dia akan menumpangku balik dari pejabat hari ini seperti pagi tadi. Nampak sahaja Wafi berada di hadapan pejabatku tadi terus aku terlupa dengan janjiku pada Zulhairi pagi tadi. “Eh, mana ada aku lupa. Aku nak tunggu kau kat lobilah ni.”
            “Ye ke?” Zulhairi masih lagi cuba mengujiku.
            “Yelah.” Aku cuba menyakinkannya.
            “Kau orang datang kerja sekali ke?” Wafi pula yang menyoal.
            “Ha’ah. Kereta aku kat bengkel, tu yang tumpang Su hari ni.” Zulhairi terlebih dahulu menjawab soalan Wafi itu.
            “Okaylah, aku balik dulu. Su, jangan lupa ye janji kita sabtu ni. Assalamualaikum.” Terus sahaja Wafi berlalu meninggalkan aku dan Zulhairi yang sudah tentu banyak persoalan di benaknya mendengarkan kata-katanya sebentar tadi.
            Aku tidak sempat untuk berkata apa, susah betul untuk memahamkan Wafi yang aku sememangnya tidak mahu ke mana-mana Sabtu ini. Dia meninggalkanku dengan sebaris ayat itu seperti mendesak aku mengikut kata-katanya pula. Macam mana aku mahu menolak lagi kali ini.
            “Kau janji apa dengan dia?”
            “Tak ada apalah. Dah jom balik.” Aku mengelak untuk menjawab soalan Zulhairi itu dengan segera mengajaknya pulang. Aku terus berjalan mendahuluinya, lagi lama kau menanti di sini lagi banyak soalan yang akan dia selidik nanti.
            “Apa tu?” Zulhairi memuncungkan bibirnya pada beg kertas yang berada di dalam gengaman tangan kananku.
            “Kek lapis.”
            “Siapa bagi?”
            Nak beritahu perkara yang sebenar atau tidak? Tapi tak baik pula jika aku menipu dirinya. Tapi kalau aku bagi tahu perkara yang sebenar makin banyak pula soal jawabnya nanti. Tak apalah, baut apa nak rahsiakan pun. Aku membuat keputusan. “Wafi.”
            “Apasal pula dia bagi kau kek lapis tu?” Zulhairi masih lagi menyoal.
            Kan aku sudah cakap, Zulhairi ni, jika dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dia akan terus bertanya dan mengorek rahsia itu sampai dapat. “Kan dia outstation kat Sarawak hari tu. Tu yang dia bawa oleh-oleh untuk aku ni.” Aku harap penerangan aku ni akan memuaskan hatinya dan tidak lagi bertanya pelbagai soalan.
            “Tapi kat aku tak ada pula dia bagi oleh-oleh.”
            “Alah dia terlupalah tu, esok-esok dia bagilah kat kau.”
            Zulhairi termenung seketika seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku hanya membiarkan sahaja dia begitu, kalau aku mengeluarkan sebarang soalan padanya nanti, lagi banyak pula soalan yang akan dia keluarkan untukku.
            “Wei, kejap.” Zulhairi yang sudah membuka pintu keretanya berhenti seketika dan memandangku yang juga sudah terbantut niat untuk masuk ke dalam kereta.
            “Kenapa?”
            “Kau ada apa-apa ke dengan Wafi?”
            Aku tidak sangka perkara itu yang bermain di mindanya. “Mana ada apa-apa.”
            “Tapi kebelakang ni kau orang macam ada sesuatu je.”
            Aku tahu apa sebenarnya yang bermain di minda Zulhairi ini. Sampai begitu sekali tangapannya pada hubunganku dan Wafi. “Mana ada apa-apa.” Aku sangkal keras.
            “Ye ke? Kau ni macam sembunyikan sesuatu pada aku je.” Wajahnya semakin mengambar yang dia benar-benar mencurigai diriku.
            “Mana adalah, kau ni… Dah jom balik.” Aku terus masuk ke dalam kereta. Aku sudah malas mahu menyakinkannya. Jika dia tidak mahu mempercayaiku, tidak guna aku mahu cuba terus menyakinkannya.
            “Woi, cepatlah kau nak balik tak?” aku menjerit memanggilnya yang masih lagi berdiri di luar kereta.
            Masuk sahaja dia ke dalam keretaku aku terus meneruskan pemanduan. Niatku untuk bertanyakan tentang tawaran kerjanya terbantut kerana aku takut jika aku membuka kisah kerjanya nama Wafi pula yang akan muncul dalam perbualan kami nanti. Bila nama wafi terkeluar pasti dia akan mengungkitkan soalannya tadi padaku. Untuk mengambil langkah yang selamat aku hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan pulang. Sungguh aku tidak suka nama Wafi dibangkitkan apabila aku ada bersama Zulhairi. Entah kenapa begitu, aku pun tak tahu.

Bersambung....

Kata AH:
Selamat Membaca :)