TIGA BELAS
Balik sahaja dari makan tengahari bersama Amy dan Kak Ros, aku bergegas ke mejaku semula. Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas tanpa Kak Ily di sisi. Semalam merupakan hari terakhir Kak Ily di syarikat ini, dan jamuan kecil diadakan untuknya. Aku begitu berterima kasih pada Kak Ily, walaupun hanya dua hari sahaja dia ada bersamaku, namun banyak yang dapat aku belajar daripadanya. Sepanjang ketiadaan Encik Zafril di pejabat, tidak banyak kerja yang perlu aku lakukan. Kak Ily tidak meninggalkan kerja-kerja yang tertunggak untukku uruskan, semua tugasnya telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum meninggalkan syarikat ini.
Memandangkan tiada apa yang penting yang perlu dilakukan hari ini selain mengangkat telefon apabila ada panggilan masuk, aku mengemas almari besi yang berada di belakang tempat dudukku. Amy yang terlebih rajin hari ini turut membantuku. Almari yang sarat dengan fail-fail syarikat itu aku dan Amy susun semula agar menjadi lebih teratur. Aku mengeluarkan fail-fail tahun lalu untuk di simpan di dalam bilik fail.
Sebaik sahaja berpaling, aku terperanjat melihat susuk tubuh sedang berdiri tegak di hadapan mejaku sambil memerhatikanku. Terjerit kecil aku dibuatnya. Aku mengurut dada dan beristigfar dalam hati.
Aku memandang lelaki bercermin mata yang cuba menyembunyikan senyumannya, mungkin geli hati melihat tingkahku. Macam kenal! Aku terus menerus memandang lelaki itu, mulut pula terasa berat untuk memulakan kata.
“Selamat petang, Encik Zafril.” Sapa Amy yang sudah berdiri tegak di sebelahku.
Aku pantas berpaling memandang Amy apabila mendengar ayat yang keluar dari bibirnya. Jadi inilah dia bosku? Tapi bukankah sepatutnya esok baru Encik Zafril pulang dari Johor, mengapa hari ini dia sudah terpacak di sini? Aku pantas memandang lelaki di hadapanku semula.
“Selamat petang” Encik Zafril mengangukkan kepalanya pada Amy sebelum memandangku semula. “Masuk bilik saya, kejap.” Arahnya padaku. Sejurus kemudian, dia berlalu memasuki biliknya.
“Okaylah kak, dah pukul 2 ni, Amy nak ke reception balik. Akak pergilah bersuai kenal dengan bos kita tu.”
“Okay.” Balasku ringkas pada Amy.
Setelah Amy berlalu, aku pantas meletakkan kesemua fail yang berada di dalam genggamanku ke atas meja dan terus menuju kebilik Encik Zafril. Setelah mendapat kebenaran masuk daripada Encik Zafril, barulah aku melangkah masuk menghadap dirinya yang sudah pun duduk di kerusi empuk miliknya.
Aku masih lagi cuba mengingati lelaki di hadapanku ini. Aku pasti ini bukan kali pertama aku bertemu dengannya. Rasanya kami pernah bertemu sebelum ini. Tapi di mana?
“Awak setiausaha saya yang baru kan?” Soal Encik Zafril sambil membuka kaca matanya dan diletakkan ke atas meja.
Aku tersenyum seketika. Senyumanku itu bukan untuk menjawab soalannya tadi tapi aku tersenyum kerana aku telah mengetahui di mana aku pernah berjumpa dengan lelaki ini sebelum ini. Inilah dia lelaki yang aku jumpa sewaktu aku menghantar resume ku minggu lalu. Lelaki yang sering di tanya Fitri sejak isnin lalu. Tidak sangka dia rupa-rupanya bosku.
“Sila perkenalkan diri.”
Aku mengangguk perlahan sebelum memulakan kata. “Nama saya…”
“Safiah Aisyah Binti Muhammad Irfan.” Pantas Encik Zafril mencelah sebelum aku memulakan kata.
Aku tersentak. Tak sangka, awal-awal lagi dia sudah menghafal namaku. “Encik boleh panggil saya…”
“Safi.” Potong Encik Zafril sekali lagi. Dia mengangkat keningnya memintaku meneruskan kata. Geram rasanya apabila dicelah sebegitu. Namun aku tidak mahu cepat melatah, lebih-lebih lagi dia bosku.
“Umur saya…”
“5 haribulan 9 nanti, genap usia awak 26 tahun.” dia masih lagi cuba menyambung setiap butir bicaraku.
Aku mengetap bibir menahan rasa geram yang mula memuncak. Apa perlu aku diarahkan untuk memperkenalkan diri jika setiap butir kataku dicantas dan disambung oleh dirinya sendiri.
“Proceed.” sambungnya apabila terlalu lama aku mendiamkan diri.
Aku menarik nafas sebelum meneruskan kata. “Saya pemegang ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Sains Malaysia tapi sebelum itu saya…”
“Mendapat diploma sains kesetiausahaan dari politeknik Sabak Bernam.” Sambung Encik Zafril.
Perasaan geram yang bersarang di hatiku tadi kini bertukar menjadi rasa meluat. Namun aku masih lagi cuba bersabar dengan gelagat bosku itu. “Saya merupakan…”
“Anak tunggal dalam keluarga dan ibu bapa awak bekerja sebagai guru.”
Mendidih darahku bila mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya. Bagaimana dia boleh mengetahui semua perkara tentang diriku? Iya, mungkin dia telah membaca resume ku terlebih dahulu sebelum ini kerana itu di dapat mengetahui setiap perkara tentangku.
Tetapi jika dia telah mengetahui semua itu, jadi apa perlunya dia mengarahkanku memperkenalkan diri lagi. Aku menarik nafas seketika, cuba menenangkan diriku. Aku tidak mahu terlalu beremosi dan aku mahu bersikap professional, lebih-lebih lagi yang berada dihadapanku kini merupakan bosku. Aku mengukirkan senyuman, yang pastinya tiada langsung keikhlasan pada senyumanku itu.
“Encik Zafril dah baca resume saya ke?” Soalku lembut, penuh dengan kepura-puraan.
Dia mengeleng laju. “Tak! Belum lagi. Lagipun buat apa saya nak baca resume awak?” Soalnya pula.
“Iyalah, sebelum saya diterima bekerja di sini, mesti Encik Zafril dah semak dulu permohonan dan resume saya kan?”Aku masih cuba bermanis bahasa tapi di dalam hati tuhan sahaja yang tahu rasa marahku.
“Buat apa saya nak semak semua benda tu. Tu bukan tugas saya, itu kerja bahagian HR.”
“Er… tapi…”
“Zafril!” Satu lagi suara mencelah sebelum sempat aku menghabiskan pertanyaanku.
Aku dan Encik Zafril berpaling memandang wanita yang sedang berdiri tegak di tengah-tengah pintu bilik yang terbuka luas. Aku berpaling pada Encik Zafril semula apabila mendengar dirinya merengus kasar, sepertinya tidak menyukai kehadiran wanita itu pada saat ini.
“Sorry I tak tahu you ada guest.” Lemah lembut wanita itu menutur bicara pada Encik Zafril.
“It’s okay, come in.” Zafril memberi kebenaran untuk wanita itu turut serta di dalam biliknya. “Kenalkan ini secretary baru I Safiah Aisyah and Safi, kenalkan this our Marketing Manager, Fazura.”
Aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Fazura, cuba beramah tamah dengan kawan sepejabat, namun huluran tanganku itu hanya dibalas seadanya sahaja. Aku terkedu seketika.
“Oh really… I heard this week baru nak buat interview, alih-alih dah ada secretary baru. Cekap juga Kak Ros ni buat kerja ye.” Fazura terus sahaja duduk menghadap Encik Zafril.
“So, what bring you here, Zura?” Encik Zafril menumpukan perhatiannya pada Fazura pula.
“I nak bincang dengan you pasal tender training system kat Johor tulah.”
“Apa masalahnya lagi? Kan kita baru aje balik dari situ.” Encik Zafril seolah-olah sudah malas untuk meneruskan katanya dan aku yang hanya berdiri sedari tadi hanya mampu menjadi pemerhati pada perbincangan mereka.
“Alah, you ni pasal system yang company tu nak gunalah, pasal apa lagi. Itulah you nak balik cepat sangat, kan sepatutnya kita ada meeting dengan wakil trainer di sana petang ni, tapi you cancel pula. Apalah yang you kejar kat KL ni.” Bebel Fazura.
“Alah, bukannya dia orang tak boleh datang sini bincang dengan I.”
“Iyalah...iyalah you menang okay. Dah jom ke bilik I, kita bincang kat sana.”
“Kenapa tak bincang kat sini je?” Encik Zafril enggan mengikut kehendak Fazura.
“Dokumen semua kat bilik I, I malaslah nak mengangkut semua tu datang bilik you ni. Jomlah cepat Zafril…” Fazura mula merenggek manja pada Zafril. Terkebil-kebil mataku melihatnya.
“Okaylah.” Encik Zafril mula bangun dari duduknya dan Fazura sudah tersenyum lebar.
“Safi, kalau ada panggilan untuk saya, just take a note okay.” Ujar Encik Zafril sebelum mengikut Fazura keluar dari biliknya.
Aku yang hanya menjadi pendengar sejak dari tadi mengangguk perlahan apabila mendengar arahan darinya. Mataku masih lagi mengikut setiap gerak langkah mereka berdua yang beriringan keluar dari bilik. Sebaik sahaja Encik Zafril berada di muka pintu biliknya, dia berpaling merenungku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan maknanya dan seketika kemudian barulah dia menuruti langkah Fazura yang telah menghilang. Aku pula masih lagi terkebil-kebil di dalam bilik itu. Mata itu? Mengapa aku terasa ada kelainan pada renungan mata itu padaku? Dan mengapa aku terasa seperti aku telah lama mengenali sepasang mata itu?
JAM DINDING di ruang menunggu di sebelah mejaku menunjukkan pukul 6.30 petang dan aku masih lagi menunggu Encik Zafril. Hatiku mula berkira-kira sama ada perlu terus pulang atau menanti dia habis berbincang dengan Fazura, memandangkan pejabat itu yang sudah hampir kosong apabila semua pekerja telah beransur pulang.
“Apalah yang dibuat dalam bilik tu. Tak nak balik ke dia orang ni?” Bebelku sendiri. Akibat rasa bosan yang terampau habis kertas kosong bersize A4 di atas meja itu kuconteng satu persatu.
“Tak balik lagi?”
Aku mendonggak memandang Encik Zafril yang kini berada di depan mejaku.
“Tunggu saya ke?” Soal Encik Zafril lagi.
Aku cuma mengangguk kecil.
“Lain kali kalau dah habis waktu pejabat terus je balik. Tak payah tunggu saya.” Sejurus itu Encik Zafril segera masuk ke dalam biliknya.
Setelah mendapat kebenaran darinya aku pantas bangun dan mengemas mejaku dan menutup suis komputer.
“Dah, jom.” Ujar Encik Zafril padaku selepas menutup pintu biliknya.
“Jom?” Soalku, tidak faham dengan kata-kata Zafril itu. Beg tangan yang tadinya berada di atas meja kini kemas tersangkut di bahu kananku.
“Ya, jom… Saya hantar awak balik.” Encik Zafril yang telah sedia memengang briefcase miliknya itu mula melangkah.
“Er… tak apalah Encik Zafril saya boleh balik sendiri.” Tolakku lembut, aku tidak mahu menyusahkan bosku itu.
Dia memberhentikan langkahnya apabila mendengar kata-kataku. “Jangan nak banyak songeh. Saya hantar awak balik.” Dia masih lagi berdiri di situ menungguku jalan beriringan dengannya.
Antara mahu dan tidak aku terpaksa juga mengalah, akhirnya aku melangkah berjalan seiringan dengan bosku itu. Aku menoleh memandang bosku yang sedang menyisingkan lengan baju ke paras siku. Tali leher yang tadi tersengkut di leher kini telah pun tersimpan kemas di dalam poket bajunya.
“Encik Zafril, sepatutnya encik balik dari JB esokkan, tapi kenapa tukar balik hari ni pula?” Sengaja aku menyoalnya sebaik sahaja kami bersama-sama menuju ke lif, sengaja mencari topik perbualan agar aku tidak merasa begitu kekok dengannya.
Dia tersenyum mendengar soalanku. Selepas menekan butang lif ke tingkat bawah dia menoleh memandangku yang berada di sebelahnya. “Saja je, tak sabar nak jumpa dengan awak.” Ujarnya dengan senyuman yang melirik.
Terdiam seketika aku sewaktu mendengar jawapan darinya. Dan senyuman itu, senyuman itu mengingatkanku pada seseorang. Kenapa setiap gerak gerinya seperti seseorang yang aku kenali sebelum ini? Tapi, siapa? Aku masih berteka-teki sendiri.
“Masuklah.”
Aku pantas memasuki perut lif itu apabila pintunya telah terbuka luas. Sebaik sahaja lif itu ingin tertutup semula ada tangan yang menghalang pintu itu dari tertutup rapat.
“Zafril, kat sini rupanya you. Puas I cari you tadi.” Kata Fazura ketika dia telah pun berada di dalam lif bersama kami.
“Cari I? Why?” Soal Zafril hairan.
“Kan you janji nak hantar I balik hari ni.” Fazura cuba mengingatkan janji Zafril padanya.
“Kereta you mana?” Zafril masih lagi bertanya pada Fazura.
“You ni kan. Kan kita sama-sama pergi JB. I tumpang kereta you. Jadi kereta I kat rumahlah, bila masa I bawa kereta I?” suara manja Fazura sebentar tadi sudah bertukar dengan suara geram.
Dan aku yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya mampu mendiamkan diri, tidak mahu ikut campur.
“Oh… Sorry, I lupalah.” Agak malas Encik Zafril mengalun kata.
“Safi you balik dengan apa?” Soal Fazura padaku pula.
“Sa…”
“I hantar dia balik.” Ujar Encik Zafril terlebih dahulu sebelum sempat aku memulakan kata.
Ish, bos aku yang seorang ni memang suka memotong setiap patah kataku. Sakit hati pula aku dengan dirinya itu.
“Tak menyusahkan you ke kena hantar dia balik?”
Kini geramku beralih pada Fazura pula. Encik Zafril menghantarku pulang dianggap menyusahkan tetapi apabila Encik Zafril menghantarnya pulang, tidakkah itu menyusahkan bosku juga. Memang tak sayang mulut betul minah ni.
“Tak… kalau hari-hari dia nak suruh I hantar dia balik pun tak apa.” Ujar dia pada Fazura namun pandangan matanya dilemparkan padaku yang berada di sisinya.
Belum sempat Fazura membalas kata-kata Zafril itu, pintu lif telah terbuka luas. Dan aku yang tidak mahu berlama-lama berada di dalam lif itu sambil menerima renungan mata Encik Zafril terus sahaja keluar.
“Itu kereta saya. Jom.” Encik Zafril menunjukkan keretanya padaku dan terus menekan alat kawalan jauh keretanya.
Sebaik sahaja kunci kereta Nissan Sylphy Impul berwarna hitam itu terbuka, Fazura meluru laju masuk ke bahagian penumpang hadapan dan aku pula terus masuk ke bahgian penumpang belakang.
“You hantar Safi dulukan?” Soal Fazura sebaik sahaja kereta Nissan itu bergerak meninggal parkir.
“Tak! I hantar you dulu.”
“You hantarlah Safi dulu, pastu baru hantar I. I ada benda nak bincang dengan you ni.” Fazura cuba memancing Encik Zafril agar mengikut kehendaknya.
“Er… tak apalah, Encik Zafril hantar saya dululah, lagipun saya tingal kat…”
“Safiah Aisyah, saya hantar awak kemudian…” Encik Zafril sekali lagi memotong kataku sambil memandang menerusi cermin pandang belakang sebelum menoleh pada Fazura di kirinya pula. “Zura I hantar you dulu, that final!” katanya tegas.
Fazura merengus kasar dan memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Aku pula mengaru kepala yang tidak gatal, rasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku saat ini. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah teresnya Fazura terus sahaja turun tanpa berkata satu patah perkataan pun.
Aku pula sebaik sahaja Fazura turun dari kereta pantas aku mengambil alih tempat Fazura di bahagian penumpang hadapan, itu pun atas arahan Encik Zafril yang semakin tajam merenungku. Setelah menyatakan alamatku padanya. Dia memandu keretanya membelah jalan raya yang sesak pada petang hari begini.
Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi, aku mahupun Zafril mengunci kata. Tiada seorang pun yang mahu memulakan perbualan. Aku berpaling memadang keluar tingkap apabila kereta Encik Zafril melalui kawasan perumahan Taman Maluri, Cheras. Sudah lama aku tidak singgah ke sini, sejak Ikin memutuskan ikatan persahabatan kami. Tiba-tiba rasa rindu pula pada kawanku itu.
“Ingat lagi taman perumahan ni?”
Aku berpaling memandang Zafril apabila terdengar soalan darinya. Aku langsung tidak memahami makna di sebalik soalannya itu.
“Taman perumahan ni banyak berikan kenangan manis dalam hidup saya. Awak pun macam tu jugakan?” Zafril terus bercerita apabila aku tidak memberikan respon pada soalannya tadi.
Dahiku sudah berkerut seribu. Serius, aku memang tidak memahami apa yang cuba dia sampaikan padaku saat ini. Jadi aku mengambil langkah untuk berdiam diri, tidak mahu membuka mulut.
“Kat taman perumahan ni lah buat pertama kalinya saya tengok ada orang main kejar-kejar dengan anjing.” Tambah Zafril dengan tawa kecil yang cukup jelas di telingaku.
Aku sudah terdiam, mula terbayang sesuatu di mindaku.
“Dah enam tahun saya tak jumpa dia. Last sekali saya jumpa dia masa kat Genting Highland. Em… masa jumpa dia kat situlah dia gelar saya Bachelor But Aligator.” Sambung Zafril dalam tawa kecil
Terkebil-kebil mataku, ada memori lama yang cuba menyinggah hati dan fikiran. Semuanya itu seperti gegendang yang dipukul bertalu-talu agarku segera mengingatinya satu persatu.
Sewaktu kereta itu berhenti di lampu isyarat, Zafril mula berpaling memandangku. “Awak dah buang saya dari hidup awak ke?”
Bertambah ligat fikiranku berfikir apabila terdengar ayat itu dari Zafril.
“Awak dah tak ingat langsung pada saya?”
Aku hanya mampu mendiamkan diri, mataku cuba menangkap raut wajah di hadapanku ini.
Zafril mengeluh berat. “Tak apalah, siapalah nak ingat buaya tembaga macam saya ni.” Ujar Zafril perlahan sambil melirikkan senyuman nipis dan meneruskan pemanduannya.
Buaya Tembaga? “Zaf!” Hanya perkataan itu yang mampu terkeluar dari mulutku selepas melihat senyumannya itu. Aku telah dapat mengimbas kembali memori lamaku. Pertama kali aku melihat bosku itu bukan sewaktu aku menghantar resume ke Adni Maju tetapi kali pertama aku melihatnya adalah enam tahun lalu sewaktu lelaki itu menyelamatkanku dari dikejar anjing.
Zafril tersenyum lebar apabila namanya keluar dari bibirku. “Hah, ingat pun. Awak ni banyak sangat maka semut tak, sebab tu mudah lupa.” Zafril ketawa kecil.
Kata-kata Zafril itu tidak dapat dicernakan oleh otakku. Perasaanku berkecamuk saat ini.
“Ini ke rumah awak?” Zafril memberhentikan keretanya di hadapan pangsapuriku.
Aku cuma mengangguk kecil dan pantas keluar dari kereta itu tanpa mengucapkan sepatah kata. Tiba-tiba aku berasa tidak selesa berada berdua di dalam kereta dengannya.
“Safi…”
Aku menoleh ke belakang dan membongkokkan badan memandang Zafril yang berada di dalam kereta.
Dia merenungku lama sebelum memulakan kata. “Jumpa lagi esok.” Kata Zafril sambil tersenyum kemudian dia menaikkan semula cermin tingkap penumpang hadapan dan berlalu meninggalkanku di hadapan pangsapuriku.
Ekor mataku mengekori gerakkan kereta Nissan itu. Aku tidak menyangka Encik Zafril itu adalah Zafril Adli yang kukenali enam tahun lalu. Mengapa otakku begitu lambat mentafsir wajah lelaki itu sebelum ini?
“KAU dah gila ke?”
Aku langsung tidak mempedulikan kata-kata Fitri itu, aku masih lagi berjalan berulang alik di hadapan dirinya yang sedang duduk tegak di sofa ruang tamu itu. Macam-macam andaian bermain di benakku ketika ini. Sebaik sahaja Zafril menghantarku tadi aku terus bercerita kisah lama antara aku dan Zafril pada Fitri. Satu pun tidak aku tinggalkan untuk pengetahuannya. Aku amat perlukan pendapatnya saat ini, aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan saat ini.
“Takkan sebab kau menyampah dan tak suka dengan dia dulu kau nak berhenti kerja pula?” Selar Fitri yang tetap mengekori langkahku di hadapannya.
“Habis tu takkan kau nak aku kerja dengan buaya tembaga yang poyo tu. Aku tak sukalah kerja bawah dia.” Aku tetap dengan pendiriannku.
“Okay, kalau kau nak berhenti juga, apa yang kau nak kata kat mak kau. Tak sampai seminggu kerja dah berhenti. Kau tak ingat ke masa mak kau tahu kau dapat kerja ni bukan main suka lagi orang tua tu sampai nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam tau.” Panjang lebar pula nasihat Fitri, siap mengungkit tentang Cikgu Zuria yang garang pula tu.
“Habis tu apa aku nak buat ni?” Soalku sambil duduk di sebelah Fitri, penat berjalan ke hulur ke hilir tanpa tujuan dari tadi.
“Kerja ajelah macam biasa.” Cadang Fitri tanpa menimbangkan perasaanku ini.
Aku mengeluh berat, cakap memang senang yang nak berhadapan dengan Zafril nanti bukan orang lain diriku sendiri.
“Apalah yang kau benci gila kat dia tu?” Soal Fitri, mungkin cuba untuk memahami hatiku ini.
“Aku taklah sampai benci gila, tapi cuma dulu aku menyampah dengan perangai dia tu.” Aku cuba untuk membuatkan Fitri faham.
“Sampai sekarang kau masih menyampah kat dia tu?”
Aku mula mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Aku pun sebenarnya tidak tahu apa yang aku rasa pada lelaki itu saat ini. Sudah enam tahun perkara itu berlalu. Dan yang sebenarnya aku sudah pun melupakan segala-galanya tentang lelaki itu. Namun tidak sangka lelaki itu masih lagi hadir dalam hidupku ini. Jadi aku tiada jawapan yang tepat untuk soalan Fitri itu.
“Macam mana kau boleh tak cam lelaki hensem tu Zafril masa kau hantar resume dulu?” Fitri menukar soalan apabila soalannya tadi tiada jawapan dariku.
“Dia dah lainlah sekarang ni. Penampilan dia tu seratus peratus berubah. Mana aku nak cam.” Memang itu hakikatnya, dengan rambut yang sudah di potong pendek, kumis nipis dan warna kulit yang semakin cerah dari dulu, masakan aku dapat mengecam dirinya. Jika bukan Zafril yang mengingatkan aku yang kami pernah berjumpa enam tahun lalu, pasti sampai sekarang aku tidak dapat mengingati lelaki itu.
“Habis tu apa yang kau nak buat sekarang?”
“Entahlah, malaslah aku nak fikir lagi pasal dia tu. Aku nak pergi mandi lagi bagus.” Aku segera meninggalkan Fitri di ruang tamu itu. Sudah malas aku mahu memikirkan tentang lelaki itu. Kenapa setiap kali aku bertemu dengannya setiap kali itu jugalah aku akan menjadi tidak tentu hala dan perasaan pula akan mula berkecamuk. Aku sendiri tidak faham! Mengapa takdir masih mahu mempertemukan aku dengan dirinya?
Bersambung...
12 comments:
safi ni dah suke kat zaf ni..cume xsedar aje..hope diorg kawen nti,,ehehe,,
omg...nak lagi kak, excited sangat nak tahu cite ni huhu
huhuhuhu,,tak sabar tggu smbungan
besttttttttt gilak.......
haha, wahhh... akhirnya... ingat gak safi kat zaf, itu pon lepas zaf ungkit cerita lama... hehe...nice entry cik penulis, teruskan usaha anda...
~Aisy~
ada jodoh tu.....
next!next!next!
excited.... :)
nk lg nk lg nk lg!!!!!! suke sgt33.
bestnyaaaaa.....
akhirnya safi tau juga spe bos dia...
lpas ni, hr2 kena tgk muka zafril..
ada chance la zafril...
tp kereta zafril tu x best la..
pakai nissan murano/nissan teana ok gak.. baru gempak ckit.. hehehe...
mmmmm...best bangat!!! dah tak sabar nak tau selanjutnya!!!!
bessssssssssstttttttttttttttt!
mase dpt tawaran belajar dulu kn safi dpt dr Universiti Utara Malaysia.. then mcm mane pulak safi boleh dpt ijazah dr Universiti Sains Malaysia??? okey kesilapan yg tk disenggajakan..
Anyway cerita ni mm best.I love it.
Post a Comment