Thursday, January 19, 2012

Ada Di Hati - Bab 47 & 48 (Akhir)


BAB EMPAT PULUH TUJUH
            Sebuah Mug yang masih lagi berkepul asapnya tiba-tiba diletakkan di hadapanku. Aku memanggung kepala memandang gerangan orang yang menyediakan air milo untukku. Sebaik sahaja aku mengangkat muka mataku segera terpandang Zafril yang tersenyu panjang sambil memegang segelas lagi mug di tangan kirinya. Aku turut tersenyum kecil, entah bila masanya Zafril keluar dari bilik dan menuju ke pantry untuk menyediakan air untukku. Aku benar-benar tidak perasan dia melintasi mejaku sebelum ini. Hari ini aku agak sibuk dari biasa Zafril pula seperti tidak banyak kerja.
            “Rasanya macam kita dah tertukar job description je ni.” Aku memulakan kata sambil menarik mug yang berisi milo panas itu mendekatiku.
            Dia menjungkit bahu sambil menarik kerusi dan duduk memandangku. Mug yang sedari tadi dipegangnya turut diletakkan di atas mejaku.
            “Nak bodek sayalah ni kan.” Kataku lagi setelah mencicip sedikit milo yang dia sediakan untukku. Sedap. Memang kena dengan citarasaku. Tidak banyak susu dan milo lebih. Riang hatiku apabila dia mengetahui citarasaku.
            “Bodek?” Kening Zafril sudah tercantum rapat.
            “Yelah, hari nikan Encik Zafril bagi saya banyak kerja. Sampai kerja-kerja yang diluar bidang tugas saya pun saya kena buat. Jadi, bodek saya dengan air milo nikan.” Walaupun aku dan dia sudah menyambung semula hubungan kami, tapi aku masih menjaga status panggilan ketika bersama dengannya di pejabat. Sudah banyak kali dia menegur dan memarahiku namun walau siapapun aku di hatinya, namun aku harus menghormati dia sebagai majikanku.
            Zafril tergelak besar. “Sorrylah sayang. Zaf tak boleh nak handle semua tu sorang-sorang. So, sayang kenalah tolongkan.” Zafril segera memujuk.
            Sekeras mana pendirianku mahu memangil Zafril dengan gelaran encik di pejabat, sekeras itu jugalah pendirian dia untuk tidak terlalu formal denganku. Perkataan sayang itu sering terbit di bibir lelaki itu di mana-mana sahaja untukku, tidak mengira tempat, dan kadang kala di hadapan pekerja lain pun dia kerap memanggilku begitu.
            Aku sendiri malu dibuatnya. Takut pula jika aku dituduh mengada-ngada oleh teman-teman sepejabat yang lain walaupun kini cinta kami bukanlah rahsia lagi. Semua orang di pejabat telah mengetahui tenang hubungan ini. Tambahan pula semenjak aku berjumpa dengan orang tuanya minggu lalu dia sibuk mencanangkan satu pejabat yang dia akan meminang dan bertunang denganku hujung minggu ini.
            “Sorry okay. Sejak Fazura dah berhenti ni, kerja Zaf bertambah-tambah. Selagi tak juma pekerja baru selagi tulah kerja menimbun.” Rungut Zafril mengharapkan aku memahami situasinya.
            Aku mengangguk kepala. Fazura sudahpun melepaskan jawatannya pada minggu lalu. Dan hari terakhir dia bekerja di sini dia telah bertemu denganku dan meminta maaf atas segala yang dia lakukan padaku. Aku yakin dia berhenti bekerja di sini adalah kerana ingin melupakan Zafril, bukan seperti mana alasannya pada Zafril yang dia ingin mencari pengalaman di tempat lain.
            “Kalau safi rasa tak larat, tak apalah bagi kat Zaf balik semua kerja-kerja tu.”
            Kata-kata Zafril itu menghentikan lamunanku. Bukannya banyak sangat pun kerja-kerja itu, aku cuma ingin mengusik Zafril. Tidak sangka pula yang dia boleh terfikir aku benar-benar rasa terbeban. Lagi pula yang sebenarnya kerja-kerja ini boleh sahaja dia serahkan pada orang lain untuk menguruskannya, namun itulah dia tetap berdegil mahu menguruskan hal-hal pemasaran walaupun kerjanya yang lain sedia berlambak. Entahlah, mungkin dia tidak yakin dengan orang lain selain Fazura. Tiba-tiba aku rasa terusik seketika lantas mengerling Zafril.
            “Kenapa? Encik Zafril ingat saya tak boleh buat kerja sebaik Fazura ke? Sampai nak ambil balik semua kerja-kerja ni?” geram pula aku apabila terfikir tentang hal itu.
            “Eh, Zaf tak maksud macam tulah. Zaf cuma tak nak Safi stress tu je.” Zafril cuba menyakinkanku.
            “Alah, cakap jelah betul-betul. Tak payah tipu. Macamlah saya tak tahu Fazura tukan pekerja kesayangan Encik Zafril. Tak gitu?” aku masih lagi geram. Muncungku sudah berdepa-depan panjangnya. Kata-kata Zafril itu tidak begitu menyakinkanku.
            “Lah kenapa pula ni? Bila masa pula Zura tu jadi pekerja kesayangan Zaf? Em.. Safi cemburu dengan Fazura pula ye.” Teka Zafril tepat mengenaiku.
            “Mana ada, memandai je.” Segera aku menyangkal. Diacu pistol di kepala sekalipin aku takkan mengaku yang aku cemburu pada Fazura walaupun itulah hakikatnya.
            “Dah cemburu tak nak mengaku pula.” Zafril masih lagi cuba mengusikku.
            Aku menjeling Zafril tajam. Malu apabila dia cepat sahaja dapat menghidu perasaan cemburuku. Dan apabila telah mengetahuinya pasti aku akan diusik oleh Zafril semahunya.
            “Cemburu tu tandanya sayangkan?” makin galak dia mengusik apabila aku tidak membalas.
            “Tak ada masa nak sayang-sayang ni. Saya tengah busy ni.” Sekali lagi aku menjeling Zafril dan dia mula tertawa riang. Aku mengetap bibir, sakit hati dengan Zafril yang ketawa tanpa henti. Begitulah Zafril apabila sudah berjaya mengenakanku, pasti lelaki itu gelak sakan, terassa boleh bergegar pejabat di buatnya.
            “Amboi, gelak sakan nampak.”
            Aku dan Zafril berpaling memandang ke hadapan. Ezlin tersenyum memandang ke arah kami berdua. Melihat sahaja Ezlin aku terus bangun dari duduk dan mendapatkannya. Aku bersalaman dan bertegur sapa dengan Ezlin, aku sungguh tidak menyangka akan dapat berjumpa dengannya hari ini.
            “Jangan cakap you datang sini sebab nak jumpa I.” Tiba-tiba sahaja Zafril yang masih lagi duduk mengeluarkan kata-kata begitu pada Ezlin.
            “Why?” Soal Ezlin.
            “I cuma takut orang tu jelous.”Zafril memuncungkan mulutnya ke arahku yang berdiri bersebelahan dengan Ezlin.
            “Encik Zafril!” bentakku perlahan sambil menjengkelkan mata padanya. Dia suka buat aku malu sebegitu. Memanglah dahulu aku mencemburi Ezlin tapi apabila dia sudah menjelaskan hubungan mereka yang sebenarnya aku sudah tidak menaruh apa-apa prasangka lagi pada mereka berdua.
            Zafril ketawa, begitu juga dengan Ezlin.
            “Erm.. you kan memang suka buat Safi jelous.”
            Mendengar kata-kata Ezlin itu terus termati ketawa besar zafril. Aku yang sedari tadi memandang Zafril kini memandang ezlin pula. Aku juga tidak faham apa sebenarnya yang Ezlin cuba sampaikan.
            “You nak tahu Safi, dulu... bila setiap kali you ada, bukan main lagi dia layan I baik-baik, konon-konon caring habis. Selalunya tak macam tu pun, selalunya layan I macam nak tak nak je. Lepas I tahu dia sukakan you, baru I perasan rupa-rupanya dia buat macam tu sebab nak buat you cemburu je.” Terang Ezlin panjang lebar.
            Aku tersenyum mendengar bicara Ezlin. Sungguh aku tidak menyangka Zafril sengaja berbaik-baik dengan Ezlin untuk membuatku cemburu. Zafril kembali ketawa, mungkin sengaja menutup rasa malunya apabila rahsia hatinya telah terbongkar.
            “Assalamualaikum.”
            Terkejut aku apabila mendengar suara Hafiz memberikan salam. Terkebil-kebil mataku memandang Hafiz yang telah pun berdiri di sisiku. Melihat sahaja Hafiz, Zafril segera bangun dari duduknya. Huluran salam yang Hafiz ajukan dia sambut dengan secalit senyuman namun matanya terus memadangku. Aku juga turut terkejut apabila Hafiz tiba-tiba sahaja berada di sini.
            “Buat apa kat sini?” Soal Zafril terus pada Hafiz sambil menarik aku agar menjauhi Hafiz dan kemudian dia pula yang berdiri mengantikanku yang berdiri di sisi Hafiz tadi. Kini dia berdiri betul-betul di tengah-tengah antara aku dan Hafiz.
            Tindakan dan soalan Zafril itu membuatkan aku rasa geli hati. Selalunya Zafril menyatakan aku yang kuat cemburu, namun hari ini telah terbukti yang dia juga kuat cemburu orangnya. Sudah banyak kali aku menjelaskan bahawa aku tida apa-apa hubungan dan tiada apa-apa perasaa pada Hafiz namun dia tampaknya masih lagi tidak menyenangi kehadiran Hafiz.
            “Aku temankan Lin datang sini. Katanya nak ajak korang berdua lunch.” Jawab Hafiz sambil tersenyum memandang Ezlin.
            “Teman Lin?” Soalan itu berlagu serentak di bibirku dan Zafril. Mata kami juga bertentangan seketika sebelum aku memandang Ezlin yang sudah tersenyum malu.
            “Maksudnya Hafiz dengan Ezlin sekarang ni dah...” aku sengaja menghentikan kata-kata di situ. Mataku melirik pula pada Hafiz.
            Hafiz sudah ketawa. “Lebih kuranglah.” Hafiz merapati Ezlin yang masih tertunduk malu.
            Jawapan yang Hafiz berikan mengundang tawa besar Zafril. “Tahniah.” Ucap Zafril sejurus bersalaman dan berpelukan dengan Hafiz. Gembira sekali dia kelihatan dan rasanya kegembiraannya itu agak berlebihan berbanding orang lain.
            Aku menggelengkan kepala memandang kelakuan Zafril itu. Aku berharap agar selepas ini tiada lagi perasaan cemburu Zafril pada Hafiz. Dan aku tumpang gembira dengan berita yang Hafiz khabarkan. Entah bagaimana mereka berdua boleh bercinta. Rasanya pertemuan pertama mereka adalah di kedai minyak wangi beberapa bulan lalu dan apakah saat itu lagi mereka sudah terdetik rasa di hati? Tidak mengapa nanti aku akan mengorek semua rahsia itu daripada Hafiz sendiri.
            Keadaan pejabat tiba-tiba menjadi riuh rendah. Aku dan Zafril berpandangan seketika sebelum sama-sama berlari-lari anak ke bahagian reception, begitu juga dengan Ezlin dan Hafiz. Sampai sahaja di bahagian itu aku terkejut melihat Amy yang sedang menahan kesakiitan. Dengan segera aku mendapatkannya dan memeluk erat tubuh itu.
            “Call ambulans, amy dah nak bersalin rasanya ni.” Aku mengeluarkan arahan pada beberapa rakan-rakan sekerjaku yang turut berada di situ.
            Peluh yang memercik di dahi Amy aku seka dengan tapak tangan. Amy mula mengerang kesakitan membuatkan aku bertambah cemas.
            “Tak sempat dah nak call ambulans. Biar Zaf yang hantar Amy ke hospital.” Zafril menawarkan diri dan mula maraptiku dan Amy. Aku menganggukkan kepala bersetuju dengan cadangan Zafril itu.
            “Safi nak ikut.” Aku segera mendapatkan tas tangan Amy dan mengambil telefon bimbit Amy. Aku cuba menghubungi suami Amy untuk memaklumkan keadaan Amy pada suaminya.

ANAK Amy yang berada di dalam dakapanku tidur dengan lena sekali. Aku bergerak menuju ke sudut bilik wad bersalin itu. sengaja aku berdiri di tepi tingkap untuk mengelakkan anak Amy terjaga daripada tidurnya apabila mendengar bunyi bising rakan-rakan pejabatku yang sibuk berbual-bual dengan Amy yang masih terlantar lemah di atas katil.
            Aku mencium ubun-ubun kepala bayi itu. Terasa damai sungguh hatiku. Kata orang bau kanak-kanak yang baru lahir adalah sama seperti bauan syurga. Sama ada betul atau tidak, aku sendiri tidak pasti. Kini pipi bayi itu pula yang menjadi sasaran bibirku.
            “Sibuk nampak.”
            Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjukku di bibir, mengisyaratkan agar Zafril memperlahankan suara apabila tiba-tiba Zafril berdiri bersandar di dinding sisiku. Zafril tersenyum dan kini dia pula yang memberikan ciuman pada ubun-ubun bayi lelaki itu. Ciumannya menyebabkan bayi itu bergerak sedikit. Cepat-cepat aku mendodoikannya semula, aku tidak mahu tidurnya terganggu.
            “Kenapa pandang Safi macam tu?” aku menyoal perlahan apabila tersedar Zafril tidak henti-henti merenungku sedari tadi.
            “Safi nampak comel sangat.” Zafril turut memperlahankan suaranya.
            Merah wajahku menahan malu mendengar Zafril berkata begitu padaku. Senyuman yang tidak lekang dari bibirnya membuatkan aku makin gelisah. “Bukan baby ni ke yang comel?” Sengaja aku berkata begitu untuk melindungi rasa gelisah di hatiku.
            Makin melebar senyuman Zafril waktu ini. “Dua-dua pun comel. Comel sangat. Nak-nak Safi, rasa macam nak gugur jantung Zaf ni bila pandang Safi.”
            Rasanya semua darahku mula menyerbu naik ke muka. Lirikan senyuman Zafril itu makin menghimpit rasa di dadaku. Akhirnya aku tertunduk malu, tidak tahu apa yang perlu dibalas.
            “Amboi, kat hospital pun sempat dating ke?”
            Ayat yang keluar dari mulut Kak Ros itu makin menambahkan malu di dadaku. Entah bila agaknya Kak Ros berdiri berhampiranku. Nasib baik aku sedang mendukung anak Amy ini. Jika tidak, mahu mati kutu aku di sini.
            “Meh, biar akak pula yang dukung baby tu.”
            Anak Amy yang tadinya berada d dalam dukunganku kini sidah berukar tangan Sebaik sahaja dapat mendukung bayi itu Kak Ros segera melangkah menuju ke katil yang menempatkan Amy semula. Aku pula hanya merenung dengan senyuman apabila beberapa rakan-rakan seperjabatku yang lain saling berebut untuk mendukung anak Amy.
            “Kalau kita dah kahwin nanti, Zaf nak enam orang anak.”
            Aku agak terkejut dengan kata-kata Zafril itu pantas berpaling memandang Zafril yang sedang tersenyum dan matanya masih lagi memandang baby yang berada dalam dukungan Kak Ros. Tiba-tiba idea nakal muncul di mindaku. Senyuman yang tersungging di bibir pantas aku matikan segera. Sengaja aku seriuskan wajah dan memandang Zafril tajam.
            “Siapa nak kahwin dengan Zaf?” luahku dengan tegas sekali.
            Zafril terus memandangku. Wajahnya sudah berkedut seribu. Hilang terus senyuman cerianya sebentar tadi. Aku yang melihat perubahan pada wajah itu sudah mahu ketawa besar, namun aku simpan sahaja tawaku itu. Sekali-sekala dapat mengenakan Zafril apa salahnya.
            “Oh... nak reject Zaflah ni ye. Berapa kali Safi nak reject Zaf ni?” Kali ini Zaf pula yang berkata tegas. Matanya mencerun memandangku.
            Akhirnya pecah juga tawa yang kusimpan tadi. Beberapa mata rakan seperjabatku memandang kamui saat ini. Aku tidak peduli dengan pandangan kawan-kawaku itu kerana pada saat ini aku terasa amat lucu sekali mendengar kata ‘reject’ yang keluar dari mulutnya itu.
            “Bila masa pula Safi reject Zaf?” Aku sengaja mengusik hati lelaki itu. Keningku angkat menanti jawapan darinya.
            “Jangan pura-pura nak hilang ingatan pula ye Cik Safiah Aisyah Muhammad Irfan.”
            Sekali lagi pecah ketawaku. Entah kenapa setiap kata-kata dan reaksi yang dia tunjukkan padaku kal ini benar-benar mencuit hatiku. Seingatku hanya sekali sahaja aku menolaknya, bukannya banyak kali seperti mana yang dikatakannya tadi. Aku masih lagi dengan tawaku dan dia masih lagi dengan wajah masam mencukanya.
            “Aik, marah ke? Safi bergurau jelah tadi.” Pujukku lembut. Tawaku telah hilang dan aku gantikan dengan sebuah senyuman manis buat kekasih hatiku. Sebenarnya aku cuba untuk menghilangkan rasa marah yang mungkin hadir di hatinya.
            Namun apabila Zafril masih lagi mendiamkan diri dan hanya memandang wajahku, aku terasa bersalah kerana mempermain-mainkan hal-hal sebegitu.
            “Marah ke?” Tanyaku sekali lagi, takut juga jika dia benar-benar marah denganku.
            “Tak marah, geram je.” Matanya masih lagi mencerun memandangku.
            “Safi melawak jelah.” Sekali lagi aku cuba menyakinkannya.
            “Buatlah lawak macam tu lagi. Tak pasal-pasal hujung minggu ni Zaf suruh mama dengan papa pinang Safi then kita terus nikah aje hari yang sama. Tak payah nak bertunang ni, membazir masa je.” Ugut Zafril tiba-tiba.
            Aku yakin wajahku sudah berubah pucat saat ini. Hujung minggu ini memang kami sudah merancang majlis peminangan dan pertunangan serentak. Semua persiapan telah aku dan ibu lakukan. Tidak mungkin majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan pula. Nani apa pula kata ibu dan ayah serta saudara maraku yang lain. Tak pasal-pasal nanti menimbulkan fitnah dan syak wasangka orang ramai. Aku tidak mahu begitu, seolah-olah khawin koboi pula.
            “Eh, Zaf ni janganlah macam tu. Lagipun Zaf dah setuju yang kita bertunang tiga bulan dulu sebelum nikahkan.” Kelam kabut aku mengingatkan janji-janjinya itu. Sememanngnya dia sudah bersetuju dengan cadanganku supaya mengikat pertunangan terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan.
            Kalau ikutkan Zafril memang dia tidak mahu bertunang, dia lebih suka jika kami terus bernikah. Namun aku yang menolak kemahuannya itu. Aku mahu juga merasa seperti gadis-gadis lain yang mengikat tali pertunangan sebelum bernikah. Aku mahu merasakan saat-saat manis bertunang dan menjadi tunangannya sebelum menjadi isterinya.
            “Hah, Zaf tak peduli, kita terus nikah je hujung minggu ni. Tak payah bertunang-tunang, lambat.” Zafril masih lagi tegas dengan keputusannya.
            “Zaf...” Aku sudah tidak tahu mahu berkata apa. Hanya namanya yang meniti di bibirku. Suaraku sudah serak basah menahan rasa hati.
            “Aik, marah ke?” Zafril mengajuk cakapku sebentar tadi. Keningnya sengaja diangkat dan terus menanti jawapanku.
            Aku sudah mengetap bibir. Dia di sebelah tidak lagi aku hiraukan. Otakku sibuk memikirkan apa yang harus aku katakan pada ibu dan ayah jika Zafril benar-benar bersungguh-sungguh dengan katanya tadi. Hendak dibatalkan sahaja majlis itu, sungguh aku tidak mahu, aku tidak mahu kehilangan lelaki itu. Aku tidak sanggup berjauhan darinya sekali lagi. Jadi apa yang harus aku lakukan?
            “Zaf melawak jelah.” Sekali lagi dia mengajuk cakapku. Kini dia pula yang ketawa mengantikan tempatku. “Tahu pun takut.” Dia masih lagi dengan tawanya.
            Dengan ketawa Zafril yang tidak mahu surut itu membuatkan aku yakin dia benar-benar bergurau sebentar tadi. Aku sudah menarik muncung panjang.
            “Ish, Zaf ni kan. Menyampahlah.” Aku pura-pura merajuk. Namun jauh di sudut hatiku, aku benar-benar bersyukur yang dia hanya bergurau denganku.
            “Safi ingat Zaf ni suka mungkir janji ke? Zaf kan sayang Safi. So, Zaf akan ikut semua kemahuan Safi. Tapi ingat, bertunang tiga bulan je tahu, jangan nak mengada-ngada tunda pula lepas ni.”
            Aku tersenyum panjang akhirnya. Namun aku tetap terasa sakit hati. Aku mahu mengusik dia sebentar tadi api dia pula yang mengenakan aku sudahnya. Dan aku terus menganggukkan kepala menandakan aku faham benar dengan kata-katanya itu. Dia sudah banyak bertolak ansur denganku jadi tidak salah kalau aku pula yang bertolak ansur dengannya kali ini.
           
BAB EMPAT PULUH LAPAN (AKHIR)
Aku dan Zafril masih berada di rumah mak teh Zafril yang berada di Damansara. Kalut juga aku ketika ini untuk berhadapan dengan semua saudara maranya kerana aku baru seminggu sahaja menjadi isterinya. Minggu lalu telah diadakan majlis pernikahan dan persandingan di belahku, dan semalam majlis sambut menantu telah dilakukan pada belah Zafril pula. Oleh itu hari ini aku, dia dan kedua ibu bapanya bertanding menjalang ke rumah saudara mara.
Rumah mak teh ini merupakan rumah saudara yang ketiga aku melangkah hari ini. Kata mama kalu boleh hari ini dia ingin membawa aku dan Zafril yang merupakan pengantin baru ke beberapa rumah saudara maranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Mahu memperkenalkan dan merapatkan lagi hubunganku dengan saudara maranya.
“Jiha suka tengok akak naik motor dengan Abang Add lepas persandingan akak semalam. Nak romantik sangat. Nanti Jiha pun nak suruh bakal suami Jiha buat macam tulah.”
Aku hanya mengelengkan kepala mendengar kata-kata adik sepupu Zafril yang baru berusia 17 tahun itu. Dalam usia semuda itu sempat lagi dia berfikir tentang perkara-perkara sebegitu selepas menyaksikan aku dan Zafril yang menaiki motor bersama-sama dengan berbaju pengantin. Aku hampir terlupa tentang impiannya itu semalam tapi rupa-rupanya dia menuntut janjiku dan dalam keadaan yang benar-benar terpaksa, aku meneruskan juga mengikuti langkahnya menjelajah menaiki motor bersamanya. Pada mulanya memang aku malu, namun lama kelamaan aku terasa bahagia apabila dapat berdua-duaan begitu dengannya di atas motor.
“Amboi, gatal ye. SPM pun belum lepas, dah nak fikir pasal kahwin.” Sakat Zafril pada sepupunya.
“Eleh biarlah. Ini bukan gatallah. Ini namanya menanam impian. Faham.” Jiha menjelirkan lidah kemudian dia terus berlalu ke luar rumah.
“Abang ni ada ke kata macam tu, tengok Jiha dah merajuk.” Luaku. Agak kekok sebenarnya mahu memanggilnya dengan panggil abang, namun aku terus berusaha untuk membiasakan diri.
“Alah abang gurau je. Dia yang sensitif lebih.” Zafril membela diri. Langsung tiada riak bersalah pada wajahnya.
“Sudah-sudahlah tu Add woii. Ini tidak, asyik berkepit je 24 jam dengan Safi tu. Kita orang yang perempuan nak berbual dengan dia pun tak boleh ni hah. Kamu duk usung dia ke sana sini dari tadi.”
Suara mak teh yang baru turun dari tangga menyebabkan aku terasa seperti tercekik sesuatu. Bukan suara itu yang menjadi puncanya Cuma kata-kata yang dilontarkan itu berjaya membuatkan aku malu.
“Biasalah mak teh. Pengantin baru.” Tanpa sedikit pun rasa malu sepertiku terus sahaja Zafril melontarkan kata-kata itu. Aku mencubit lengannya namun dia masih berlangak biasa.
“Habis tu kalau pengantin baru pun takkan tak boleh nak berenggang sikit pun sekejap? Kamu nikan, kalau bab merapu tu memang juara.” Mak teh terus membebel sehingga dia hilang balik dapur rumahnya.
            “Erm.. mak teh dah membebellah.” Bisik Zafril padaku selepas mak teh tiada dalam pandangannya lagi.
            “Dah tu, lepaskanlah tangan Safi.” Arahku dan memandang tangan kirinya yang masih lagi erat mengenggam tangan kananku sejak kami sampai di rumah ini tadi.
            “Tapi abang ada masalah sikit ni.” Wajah kerisauan mula terbit di wajahnya.
            “Masalah? Masalah apa?” segera aku menyoal. Tiba-tiba pula ada masalah. Apa yang berlaku?
            “Abang tak boleh langsung berengang dengan Safi ni. Seminit pun tak boleh!”
            Kali ini aku mencubit pehanya dengan kuat. Dia sering sahaja melawak dalam keadaan aku serius bertanya. Jeritan kecilnya berjaya melegakan hatiku. Rasa sakit itu pasti akan dapat menyedarkannya.  
            “Abang ni lepaskanlah tangan Safi.” Pintaku perlahan. Berharap agar dia mahu membenarkan aku berjauhan seketika dengan dirinya dan menyapa orang-orang di dapur.
            “Sayang nak ke mana?”
            “Nak ke dapurlah. Nak tolong apa-apa yang patut. Takkan nak duduk je kat sini.” Aku benar-benar mengharapkan dia faham ketika ini.
            “Okay, abang boleh bagi Safi ke dapur tu. Tolong kaum ibu kat dapur tu.” Akhirnya persetujuan keluar juga dari bibirnya.
            “Betul?” aku sudah teruja. Melonjak sedikit suaraku. Bukan aku tidak suka berada di sisinya saban waktu malah itu yang aku nantikan sejak dahulu. Namun apabila berada di rumah orang dan setelah ditegur sebegitu oleh mak teh aku jadi tidak sedap hati. Nanti dikatakan aku ini terlampau manja pula.
            “Tapi...” Zafril mematikan katanya.
            “Tapi?” Soalku memintanya meneruskan bicaranya.
            “Tapi jangan salahkan abanglah kalau abang pandang perempuan lain kat sini. Ada juga dua tiga anak dara lagi kat rumah mah teh ni tau.” Zafril mengangkat-angkat keningnya padaku.
            Aku mencebik bibir. Aku tahu dia hanya mahu mengugutku supaya aku tidak berjauhan darinya. Aku tahu benar dengan setiap taktiknya itu. “Beranilah nak pandang perempuan lain. Silap-silap malam ni ada yang tidur kat luar.” Aku pula yang mengugutnya.
            Wajah Zafril sudah berubah seketika kemudian dia tersenyum nakal memandangku. “Eleh, nak ugut abang konon. Abang tahu sayang takkan sampai hati nak biarkan abang tidur kat luar malam ni.” Dengan penuh keyakinan dia menyatakan hal itu padaku.
            “Okay. Kalu tak percaya cubalah kalau berani.” Aku terus menarik tanganku yang berada di gengamannya tadi. Dan aku terus berlalu ke dapur. Makin di layan suamiku itu akan makin menjadi-jadi pula nanti.  
            Sampai sahaja di dapur mama dan mak teh serta pembantu rumahnya sedang sibuk menyediakan minum petang. Aku turut meringankan tulang membantu apa yang patut di dapur ini. Puas mak teh menghalang aku membantunya. Katanya dia hanya bergurau tadi pada Zafril dan dia mahu aku masuk ke dalam semula dan menemani Zafril.
            Aku pantas menolak, tidak salah rasanya aku membantu apa-apa yang patut di sini. Aku tahu yang Zafril faham akan situasiku kini.
            Setelah selesai aku menyediakan spageti goreng aku membawa spageti yang sudah aku muatkan ke dalam mangkuk ke meja di ruang makan. Sudah banyak makanan yang tersedia di situ. Cuma air sahaja lagi yang belum terhidang. Aku mahu bergegas ke dapur untuk membantu menyediakan air pula.
            Langkahku di halang seketika. Aku menjarakkan langkah dan memandang wajah yang cuba menghalang laluanku. Terkejut aku dengan kehadiran lelaki ini. Datuk Razali? Apa yang dia lakukan di sini? Rasanya sudah lama aku tidak ketemu dengannya sejak perstiwa di restoran hotel dahulu. Selepas kejadian itu aku memang tidak pernah nampak dia datang ke Adni Maju lagi.
            “Safiah Aisyahkan?” Soalnya teruja.
            Aku sudah terdiam. Mahu mengakuinya atau menafikannya? Sejak dahulu lagi aku memang tidak pernah gemar dengan lelaki ini. Pandangan matanya berjaya merimaskanku setiap masa dan membuatkan aku tidak selesa dengan pandangannya itu.
            Aku akhirnya aku hanya mampu menganggukkan kepala.
            “Oh my good. Lamanya saya tak jumpa awak.” Terlalu teruja lelaki ini kelihatannya.
            “Datuk buat apa kat sini?” aku terus menyoal, sekadar berbasi-basi sebelum aku meminta diri berlalu ke dapur semula.
            “Oh, ni rumah share partner saya. Saya baru lepas main golf dengan dia, then dia ajak saya singgah sekejap. Tak sangka boleh terserempak dengan awak. Memang langkah kanan saya ni.” Ceritanya langsung tidak dapat menarik minatku.
            “Oh...” hanya itu yang mampu aku luahkan, entah apa yang perlu aku katakan padanya saat aku mahu melepaskan diri padanya. Aku tidak menyangka yang pak teh Zafril berkawan dengan Datuk Razali ini.
            “Awak pula buat apa kat sini?”
            “Saya datang melawat saudara dengan suami saya.” Terus sahaja aku berterus terang. Malas aku mahu berbahasa dengannya lagi. Renungan matanya tadi makin menyesakkan nafasku.
            “Suami?” Soalnya kehairanan.
            “Ha’ah.” Yakin sungguh aku membalas setiap katanya.
            “Bila awak kahwin? Siapa suami awak?” Laju sungguh dua soalan itu meluncur dari bibirnya.
            “Saya.”
            Sebelum sempat aku menjawab Zafril sudah menjawab bagi pihakku. Dia terus berdiri di sebelahku dan memeluk pinggangku dan membawaku rapat padanya.
            “Sayang pergi mana tadi? Puas abang cari.”
            Aku sudah mahu terburai ketawa mendengar soalanya suamiku ini. Ternyata dia sengaja menunjuk kemesraan aku dengannya di hadapan Datuk Razali. Bukannya dia tidak tahu ke mana ak pergi sebentar tadi. Tapi dia masih lagi boleh menyoal tentang hal itu. Mata Datuk Razali yang terkebl-kebil memadang kami membuatkan aku terus geli hati.
            “Safi kat dapur tadi.” Akhirnya aku turut berlakon bersama-sama dengannya.
            “Bila kamu berdua kahwin?” Soal Datuk Razali yang mungkin sudah tidak tahan melihatkan Zafril yang tidak sudah-sudah merenungku yang berada dalam dakapan suamiku itu.
            “Minggu lepas. Tapi kenapa Datuk tak datang? Saya dah bagi kad pada SU Datuk bulan lepas.” Balas Zafril, aku tidak tahu benarkah Zafril ada menjemput Datuk Razali ataupun tidak kerana dia tidak pernah bercerita tentang Datuk Razali padaku.
            Berkerut-kerut dahi Datuk Razali memikirkannya. Akhirnya dia mengalah, mungkin sudah malas mahu memikirkan tentang kewujudan kad itu. “Okaylah, saya balik dulu.”
            Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu Zafril terus menyuakan tangan untuk berjabat tangan dengan Datuk Razali. Aku sudah tersenyum-senyum, nampak sangat yang dia mahu Datuk Razali segera berlalu dari situ seberapa segera yang boleh.
            Setelah itu Datuk Razali terus berlalu tanpa menoleh sedikit pun lagi padaku. Dan aku tidak harap pun perkara itu berlaku.
            “Ish, macam mana boleh tersesat sampai sini pula Datuk miang tu?” Soal Zafril perlahan tapi masih mampu ditangkap oleh telingaku.
            “Dia main golf dengan Pak Teh tadi. Pak Teh ajak dia singgah.” Jelasku.
            “Oh, lupa pula dia dengan Pak Teh kawan.”
            “Betul ke abang ada bagi kad kahwin kita kat Datuk Razali?”
            “Eh, mestilah ada. Abang memang nak sangat pun dia datang. Tapi tak datang pula dia tu.”
            “Kenapa abang nak sangat Datuk datang?” aku kehairanan. Setahuku Zafril tidak pernah sebulu dengan Datuk itu.
            “Abang nak tunjuk kat dia yang abang dah jadi suami Safi, then dia jangan nak mengatal lagi dengan isteri abang yang cantik ni.” Katanya.
            Aku tertawa mendengar alasannya itu. “Abang ni dengan Datuk Razali pun nak jeles ke?”
            “Eh, mestilah.” Tekannya.
            “Tak payah nak jeleslah bang. Safi tak pernah berkenan pun dengan dia dari dulu sampai bila-bila. InsyaALLAH.” Aku cuba menyakinkannya.
            “Bagus. Nasib baik jawapan Safi tu boleh diterima. Kalau tak, memang Safilah yang kena tidur luar malam ni.” Dia memulangkan paku buah keras padaku.
            Sekali lagi aku mencubitnya. Kali ini perutnya menjadi sasaran. Dia sudah ketawa terbahak-bahak sambil menahan kesakitan yang sudah menjala di segenap rasanya.

AKU membetul-betulkan baju gaun kembang yang ku pakai. Wajahku yang berada di dalam cermin di hadaanku ini aku teliti. Aku tersenyum simpul melihat penampilanku itu, belum pernah aku memakai gaun Inggeris sebegini. Kelihatan agak klasik kerana ianya kelihatan seperti gaun cinderella. Mujur Ikin telah mengubah rekaan gaun ini agar tampak sesuai denagn imej muslimah. Butik pengantin Ikin ini bukan sahaja menyediakan pakej perkahwinan malah menawarkan khidmat photografi. Oleh itu setiap pakaian untuk sesi photografi ini telah diubah suai oleh Ikin sendiri agar sesuai dengan tema muslimah yang diketengahkan. Dari gaun inggeris hinggalah ke kimono semuanya telah dia ubah suai agar sesuai dipakai dengan tudung dan tidak kelihatan janggal.
            “Amboi cantiknya pengantin baru kita ni.” Ikin yang baru shaja masuk ke dalm bilik persalinan ini terus memujiku.
            Senyuman sengaja aku panjangkan pada Ikin. Hari ini aku dan Zafril berada di butik Ikin ini untuk mengambil gambar studio pula. Zafril yang beria-ia ingin mengambil gamabr di sini. Kalu ikutkan, aku tidak mahu bergambar di studio begini. Terasa kekok dan malu sebenarnya untuk berposing alah-alah model di hadapan kemera. Lagi pula gambar-gambar di kedua-dua majlis persandingan kami sebelum ini pun sudah banyak dan aku cukup sahaja dengans semua tu. Namun Zafril tetap beria-ia mahu bergambar di studio ini, katanya mahu bergambar denganku dalam pelbaga persalinan untuk dibuat kenang-kenangan.
            “Kau kan tak ada ayat lain ke? Setiap kali aku tukar baju, ayat tu aje yang keluar dari mulut kau.” Balasku apabila Ikin mula mendekati, Gaun ini adalah persalian terakhir yang akan aku peragakan di hadapan kamera nanti. Sudah hampir tiga jam aku dan Zafril berada di studio ini dan sudah enam pasang baju daripada pelbagai negara yang aku pakai. Setiap kali itu jugalah Ikin akan memuji dengan ayat yang sama. Bukan tidak suka dipuji, namun teras janggal menerima pujian yang tidak putus-putus darinya.
            “Eh, kau ni dah memang cantik, takkan aku nak kata tak cantik pula.” Balas Ikin.
            Aku mencebikan bibir lalu mengadap cermin semula. Ikin yang sudah berada di sebelahku turut membetul-betulkan baju yang tersarung di badaku ini. Aku mengerlng memandang Ikin yang sedari tadi tersengih-sengih memenadangku di dalam cermin, Entah apalah yang membuatkannya boleh tersengih hingga begitu sekali.
            “Yang kau tersengih dari tadi tu kenapa?” makin panjang sengihan Ikin menerima soalan dariku.
            “Ish, kau ni macam kerang busuk je aku tengok. Tersengih-sengih dari tadi. Apa hal?” aku sudah tidak sabar. Sengihan Ikin itu aku rasakan semacam pula. Apa yang tidak kena sebenarnya?     
            “Tak ada apalah, cuma aku tak sangka kau kahwin dengan Zaf. Yelah dulukan Zaf playboy dan kau pula alergi dengan playboy ni.” Luah Ikin akhirnya dan masih tersenyum panjang.
            Aku juga turut tersenyum, kata-kata Ikin iyu membuatkan aku teringat di awal pertemuanku dengan Zafril dulu. Memang aku tidak menyenangi lelaki itu dahulu, namun kini lelaki itu yang menghuni hatiku buat selama-lamanya.
            “Suami aku cerita, sejak Zaf jumpa kau, dia banyak berubah. He totally changed. Tak sangka aku kawan aku ni boleh ubah buaya tembaga jadi buaya jinak.”
            Buaya tembaga? Erm... sudah lama aku tidak memanggil Zafril dengan gelaran itu. Dan sebenarnya bukan aku yang mengubah sikdap Zafril dahulu. Aku tidak pernah terfikir untuk merubahnya. Cuma mungkin kata-kataku padanya di dulu yang membuatkan dia terfikir untuk berubah atau mungkin juga benar kata-kata Mona dahulu yang cinta sejati mampu merubah seseorang. Apabila pintu hati telah terbuka dan hati telah tertawan, segalanya boleh berlaku.
            “Bukan aku yang ubah dialah. Dia memang nak berubah pun.”
            “Memanglah, tapi disebabkan kaulah dia berubah, faham.” Ikin cuba menyakinkanku. “Er, tapi satu aku nak tahu sangat-sangat ni. Apa sebabnya korang boleh putuskan hubungan tahun lepas. Lepas tu kau berhenti kerja dengan dia pula. Cuba cerita kat aku. Dulu aku tanya Zaf dia tah mahu jawab. Aku tanya kau, kau pun diam je. So, sekarang ni korang dah bersatu semula dan dah kahwin pun. Jadi, ceritalah apa kesnya, aku betul-betul nak tahu ni.” Ikin masih lagi cuba mengungkit kisah lalu.
            Takkan aku mahu menceritakan pada Ikin semua perkara lalu ku itu. Jika dahulu pun aku keberatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya padanya tidak mungkin hari in aku mahu mengungkit lagi tentang perkara itu. Sudahlah aku tidak mahu menyebut-nyebut lagi tentang perkara itu. Biarlah kisah itu aku simpan rapi tanpa perlu dibuka-buka lagi.
            “Masa tu kita orang ingat jodoh kita orang tak panjang, tu yang boleh terpisah tu. Rupa-rupanya panjang lagi jodoh kita orang ni.” Aku cuba berseloroh kerana aku sememangnya tidak mahu menceritakan hal yang sebenar-benarnya pada Ikin.
            “Ish, kau ni suka main-mainlah.” Marah Ikin sngguh-sungguh. Namun aku masih selamba, aku benar-benar mahu menutup kisah itu.
            “Okaylah kalau kau taknak cerita pun tak apa. Tapi aku harap kali n korang tetap bersama selamanya. Aku harap juga kau dapat cinakan Zaf macam mana dia cintakan kau. Zaf tu memang cintakan kau sungguh-sungguh tau dengan sepenuh hati.”
            “Elah mana kau tahu. Macamlah kau boleh baca hati dia.”  Sengaja aku berkata begitu.
            “Aku tahulah, Kau tahuy masa kau berhenti kerja dulu, Kak Anni adalah juga cadangan Zaf ambik Ezlin jadi SU dia sekaligus konon-konon nak satukan kau oranglah. Tapi kau tahu apa yang Zaf cakap kat kitorang?”
            “Entah.” Balasku acuh tak acuh namun sebenarnya hatiku meronta ingin mengetahui jawapannya.
            “Tak ada siapa pun boleh gantikan tempat Safi. Fullstop! Add  tak nak sesiapa pun bangkitkan hal ni lagi!” Serius sahaja wajah Ikin sewaktu mengajuk kata-kata Zafril. “Fuhh, masa tu aku dengan Fuad kecut perut jugalah dengan ketegasan dia waktu tu.” Tambah Ikin lagi.
            Aku tersenyum bahagia. Aku berasakan diriku begitu bertuah kerana mendapat suami sekaligus kekasih seperti Zafril. Cinta dia padaku begitu mendalam sehinggakan aku sering terbuai dengan rasa bahagia yang tidak bertepi. Rasa bahagia makin aku rasai sejak aku mejadi isterinya. Zafril benar-benar membahagiankanku dan aku berharap aku juga dapat membahagiakannya hingga ke syurga.
            “Zaf dah siap ke?” Tiba-tba aku terasa rindu pula pada suamiku, sedangkan belum sampai setengah jam kami terpisah waktu.
            “Dah. Dah lama siap dan. Dia tunggu kau kat bilik sebelah. Ku orang berdua duduklah situ dulu. Pekerja aku tengah setting set. Dah siap nanti aku panggil.”
            Aku mengangguk laju kemudian dengan segera aku keluar dari bilik persalinan wanita ini menuju ke bilik menunggu yang bersebelahan dengannya. Sebaik sahaja aku sampai di muka pintu aku melihat Zafril sedang berdiri dan tekun membelek katalog yang berada di tangannya.
            Aku mengangkat sedikit gaun kembangku agar memudahkan pergerakan langkahku menghampiri Zafril. Langkah aku aturkan perlahan-lahan, sengaja mahu mengejutkannya yang membelakangkanku dan sedang leka merenung katalog itu.
            “Hah, encik Zafril tengok apa tu?” sergahku sambil memegang pinggangnya dan menjengahkan kepala untuk melihat apa yang menjadi santapannya tadi.
            Zafril tertawa kecil menerima jerkahanku, katalog yang dipegangnya tadi diletakkan semula di atas meja di hadapannya. Kemudian dia berpusing mengadapku. Sedikit pun dia tidak terkejut menerima kedatanganku itu.
            “Excuse me my dear... i’m not your boss anymore and you’re not my SU either. You already resign two weeks ago, dont you remembered? So, stop calling me enck Zafril, boss or so on, I really don’t like it.” Ujar Zafril sambil kedua-dua belah tangannya memeluk pinggangku.
            Aku tertawa kecil kemudian aku turut memeluknya. “So, apa yang Safi nak panggil?”
            “Em... how about darling? Or maybe honey? Or Bee for hubby?”   
            Malu pula rasanya mahu memanggilnya dengan panggilan-panggilan itu. Cukuplah dengan panggilan ‘abang’ yang sudah beberapa minggu sebati dengan lidahku, walaupun kadangkala lidahku ini kerap tersasul dengan memanggilnya encik Zafril. Tidak kisah apa pun panggilan manja untuk suamiku itu, aku tetap akan mencintainya selamanya.
            “Kalau Safi panggil ‘abang’, boleh?” aku sengaja meneruskan perbualan manja ini. Aku sedang dapat bermanja-manja begini dengannya.
            “Em... that preety good. So from now on, don’t call me Encik Zafril anymore just call me ‘abang’.” Tegas Zafril.
            “Yes Sir,” aku mengangkat tabik hormat padanya.
            “What? Sir?” Zafril membesarkan matanya.
            “Baiklah, baiklah kekandaku yang tersayang. No more Encik Zafril, no more boss and no more sir after this. Promise.” Aku mengangkat tangan seolah-olah membaca ikrar.
            “Macam tulah adinda abang yang tersayang.” Zafril mencuit hidungku.
            Zafril mengeratkan lagi pelukan dan aku merebahkan kepalaku ke dada Zafril. Rasa gembira apabila dapat bersama-sama dengannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia merenggangkan pelukan dan mengambil telefon bimbitya di atas meja di belakannya.
            “Siapa?” Soalku.
            “Office.” Jawab Zafril sepatah.
            “Amy?”
            “Ha’ah. Ish, mengacau betullah.” Zafril segera mematikan talian dan meletakkan telefon bimbit tu semula ke tempat asalnya.
            “Jawablah bang, Mana tahu ada hal penting ke?” saranku apabila teefon itu berbunyi buat kali yang kedua.
            “Sayang, abang tengah cuti okay, Esok kita dah nak pergi honeymoon. Kalau abang jawab call dia hari ni, esok-esok dia kacau lagi, Nant tak pasal-pasal terganggu pula honeymoon kita.” Bebel Zafril dengan muka masamnya. Iyalah bukan selalu dia bercuti jadi bila sudah dapat cuti sebegini aku tahu dia tidak mahu diganggu dengan hal-hal pejabat.
            “Abang, Amy tukan SU abang., Dia tahulah abang tengah bercuti. Takkan dia nak ganggu abang tanpa sebab yang munasabahkan. Mana tahu ada apa-apa hal ke kat pejabat tu.” Aku cuba menasihatkannya. Amy baru sahaja dinaikkan jawatan menjadi SU Zafril, banyak perkara yang dia masih lagi tidak tahu dan mungkin sahaja ada masalah yang tak dapat dia selesaikan oleh itu dia menghubungi Zafril.
            Zafril mengeluh berat. “Itulah kan abang dah cakap abang takn ak pakai SU lagi tapi Safi sibuk suruh abang ambil SU baru lepas Safi berhenti.”
            “Abang, abang tak ingat ke macam mana bertaburnya urusan syarikat masa Safi berhenti dan setahun abang tak gajikan SU untuk abang? Safi tak nak abang kelam kabut lagi. Safi kesiankan abang nak handle semua benda sorang-sorang.” Tambahku lagi cuba menyakinkan Zafril tentang tindakan menyarankan Zafril supaya menaikkan pangkat Amy menjadi SU Zafril setelah aku meletakkan jawatan. Jawatan CEO yang dipegang Zafril itu memang memerlukan seorang pembantu yang dapat membantu segala urusannya agar lebih mudah.
            Dia tersenyum lebar semula. “Kesian ke sayang?” Zafril memelukku semula.
            Aku turut tersenyum lebar. Aku tidak mahu menjawab soalan itu aku tahu Zafrl pasti sudah tahu jawapan dariku.
            “Boleh abang tahu kenapa Safi beria-ia nak abang naikkan pangkat Amy jadi SU abang?”
            Aku mendongakkan sedikit kepalaku memandang Zafril yang sedang memelukku. “Yelah, Amy tukan dah empat tahun kerja dengan abang. Takkan selama-lamanya dia nak jadi receptionis je. Lagipun Amy tukan ada diploma pengurusan pejabat. So, tak salah kalau kita bagi peluang kat dia untuk majukan diri.” Aku menerangkan alasan mengapa aku bersungguh-sungguh supaya Zafril mengambil Amy sebagai Setiausahanya. Amy telah dianggap bagai adikku sendiri, jadi aku mahu Amu turut berjaya dalam kerjayannya.
            “Atau Safi takut abang hired SU baru yang cantik dan bujang lepas Safi berhenti?”
            Tersentak aku mendengar kata-kata Zafril itu. “Oh, ada hati rupanya nak hired SU baru ikut citarasa abang tu. Kalau macam tu okaylah, abang tukar balik Amy ke bahagian reception. Lepas tu abang hiredlah SU baru yang lebih cantik, bergaya, bujang dan seksi. Maklumlah SU lama abang yang nama Safiah Aisyah dulu tu pun bukannya cantik sangat, bergaya pun tak asyik pakai baju kurung je. Seksi? Jauhlah sekali.” Aku melepaskan pelukanku padanya kemudian aku menolak tubuhnya menjauhiku. Aku ingin keluar dari bilik itu dan menyalin pakaian semula. Aku sudah tiada mood untuk meneruskan sesi photografi ini lagi.
            “Hey, sayang kenapa ni?” Zafril menarik pergelangan tanganku yang baru cuba untuk membuka langkah meninggalkannya.
            Aku cuba meleraikan genggaman tangan Zafril di pergelangan tanganku. Namun dia cepat-cepat membawaku mengadapnya semula.
            “Kenapa ni? Marahkan abang ye?” Soal Zafril sambil tersenyum padaku.
            “Malaslah, Safi nak balik.” Aku cuba berpaling namun sepantas itu juga Zafril mengenggam kemas bahuku. Tidak membenarkan aku meninggalkan dirinya.
            “Janganlah marah sayang. Abang bergurau aje tadi. Abang tak maksudkan macam tu pun.” Pujuk Zafril.
            Aku masih lagi membatukan diri. Muka aku masamkan. Walaupun wajahku mengadapnya namun mataku aku halakan ke tempat lain.
            “I’m so sorry okay. Abang Cuma bergurau aje tadi. Sumpah ab...”
            Pantas aku menutup bibir Zafril dngan dua jariku. Aku tidak mahu dia menyakinkanku hingga bersumpah. Dia memegang tanganku yang menutup bibirnya kemudian dia mencium jemariku.
            “Please, percayakan abang, okay. Datanglah gadis seseksi, secantik mana sekalipun cinta abang pada Safi takkan goyah.” Bersungguh-sungguh dia menyakinkanku dan aku tersentuh dengan kata-katanya itu. Aku tahu aku tidak sepatutnya meragui suamiku ini.
            “Maafkan Safi, Safi tak patut cakap macam tu pada abang tadi.” Lembut suaraku mengalunkan maaf.
            “Tak apa, salah abang juga. Siapa suruh abang cakap melalut-lalut tadi, sampai isteri kesayangan abang ni merajuk.” Zafril mengucup jemariku sekali lagi.
            Aku pantas menarik jemariku dari gengaman Zafril apabila telefon bimbitnya bernyanyi sekali lagi. Belum sempat dia menghalangku aku telah terlebih dahulu menjawab panggilan itu. Zafril sudah menarik muka masam dan aku tersenyum panjang. Setelah berbual seketika dengan Amy, aku menyerahkan telefon bimbit Zafril itu padanya
            “Really important.” Tegasku apabila dia mash lagi tidak menyambut telefon di tanganku.
            “Nak kena Amy ni.” Zafril masih lagi berkeras tidak mahu menjawab panggilan itu.
            “Abang Amy Cuma jalankan tugas dia.”
            “After this I’ll switch off my phone. No matter what.” Tegasnya pula sebelum menyambut telefon di tanganku dengan jelingan tajam. Aku tersenyum menerima jelingannya.
            Aku bergerak menjauhi Zafril sedikit, sengaja mahu memberi ruang kepadanya menguruskan hal-hal pejabat dengan Amy.
            Aku duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik ini. Katalog yang berada di atas meja tadi aku gapai dan ku bawa bersama. Tertera gambar-gambar Ezlin memperagakan pelbagai baju yang cantik-cantik, sesuai dengan dirinya yang cantik itu.
            “Dah habis ke?” Soalku apabila Zafril sudah mengambil tempat di sebelahku.
            “Dah. Tengok apa tu?” Zafril menjengah katolog yang berada di tanganku. “Lawakan baju ni, abang beli untuk Safi ye.” Zafril menunjukkan jarinya ke katalog yang masih lagi di tanganku.
            Aku tenung gaun malam berwarna jingga cantik di badan Ezlin. Gaun labuh berpotong kembang sedikit di bahagian bawah, leher berbentuk V dan lengan separa siku itu memang cantik dan kelihatan agak elegen. Dalam banyak-banyak gaun yang Ezlin peragakan di dalam katalog ini memang baju ini yang paling cantik dan menyerlah, mungkin kerana kombinasi warna jingga terang yang begitu menyerlah.
            “Nak buat apa? Nak pakai pergi mana? Seksi pula tu.” Aku menyuarakan rasa hatiku. Gaun ini tidaklah seksi sangat namun agak terdedah di bahagian bahu. Dengan penampilanku yang bertudung begini tidak mungkin aku akan memakai pakaian sebegitu.
            “Tak apalah seksi sikit. Abang bukan nak suruh Safi pakai gaun ni kat luar. Pakai untuk abang aje dahlah.” Zafril tersenyum melirik.
            “Gatal.” Aku mencubit pinggangnya dan dia ketawa gembira. Aku melentokkan kepala ke bahunya. Gambar gaun jingga itu ku tenung lagi.
            “Abang.”
            “Em...”
            “Safi nak tanya satu soalan boleh?”
            “Ish, isteri abang ni, minta izin pula dia. Tanya ajelah.”
            “Kenapa abang tak ikut cadangan kak Anni dan pilih Ezlin jadi isteri abang dulu.”
            Zafril menarik daguku agar pandangan kami bertentangan di antara satu sama lain. “Kali pertama abang jumpa Safi kat rumah Fuad dulu wajah Safi dah terlukis di hati abang. Safi fikir senang ke abang nak padamkan wajah Safi dari hati abang macam tu aje. Abang tak boleh dan abang tak sanggup.”
            Bergenang air mata di tubir mataku. Merenung ke dalam mata lelaki itu aku tahu kata-kata itu lahir dari hati lelaki itu yang tulus dan benar-benar dari hati kecilnya.
            “Safi pula kenapa tak pilih Hafiz masa kita berpisah dulu?” Kini soalan itu aku balikkan semula padaku.
            Aku mengukirkan senyuman buat suamiku ini. Tangan kananku mengusap pipinya. “Safi tak boleh nak terima orang lain sebab Safi hanya nak jadi isteri abang di dunia dan di akhirat.” Aku terus meluahkan apa yang terbuku di hatiku.
            Zafril tersenyum senang mendengar jawapanku. Kami berdua saling berpandangan berbicara dalam diam, dari hati ke hati dengan rasa cinta yang memenuhi segenap lapisan hati.
            “Woi! Amboi-amboi, korang berdua ni pantang lepa sikit, mulalah berasmaradana ye.”
            Aku tersentak mendengar suara yang datang dari muka pintu. Lantas aku berpaling memandang Ikin yang sudah tersenyum-senyum di samping Fuad. Geram aku mendengar kata-kata Ikin itu dan mula timbul rasa malu apabila Fuad turut berada di situ sedang tersengih dan mengangkat-angkat keningnya pada Zafril. Aku mengetap bibir, sungguh benar-benar aku malu.
            “Amboi Ikin bukan main lagi mengata Safi ye. Ikin pun apa kurangnya manja juga dengan abang. Kadang-kadang kalah manja anak-anak kita tu.” Fuad pula mengusik isterinya.
            “Abang ni, ada Ikin pula yang kena.” Ikin sudah menarik muncung.
            Aku dan Zafril berpandangan sebelum sama-sama ketawa meliaht aksi sahabat baik kami itu.
            “Dah, jom pekerja aku dah ready nak ambil gambar tu.” Ikin terus berlalu dari bilik itu bersama-sama Fuad selepas menyampaikan pesanan.
            Zafril segera bangun dari duduknya kemudian dia menyuakan tangan kirinya padaku untuk membantuku berdiri. Aku menyambut huluran tangannya dengan senyuman panjang. Aku dan dia berbimbingan tangan menuju ke studio.
            Sampai sahaja di studio itu jurugambar yang merupakan pekerja Ikin memberkan arahan dan manyarankan gaya yang sesuai di hadpaan kamera. Gambar kami ditangkap dari pelbagai sudut dan gaya.
            “Okay ni take terakhir ye. So, you berdua bautlah apa-apa gaya yang you nak.” Arah jurukamera itu lagi.
            Zafril membetulkan tudungku dan aku membetulkan kotnya. Seketika kemudian Zafril memusingkan badanku dan memelukku dari belakang sambil mengadap kamera. Aku terus mmeluk erat lengannya yang melingkari pingangku.
            “Senyum manis-manis sayang. Abang nak tunjuk gambar ni pada anak cucu kita yang berderet-deret nanti.” Bisik Zafril dekat di telingaku.
            Aku tertawa kecil mendengar katanya itu sambil aku berpaling je belakang memandangnya dan dia turut tersenyum memandangku. Tidak semena-mena jurukamera itu memetik gambar kami. Aku dan Zafril yang terkejut lantas berpaling memandang jurukamera itu.
            “Take yang paling cantik yang pernah I ambil. Nampak nature and romantic. You berdua memang padan.” Ujar jurukamera itu lagi.
            Aku dan Zafril tersenyum mendengar kata-kata jurukamera itu. Hatiku benar-benar bahagia kini. Dan aku berharap rasa bahgia itu akan kekal selamanya.
            “One last take” pinta Zafril pada jurukamera itu.
            “Okay.” Dan jurukamera itu bersetuju.
            Zafril mencium pipiku terlebih dahulu sebelum memusingkan badanku mengadap kamera semula. Aku tersenyum menerima ciuman suamiku ini. Kemudian aku memeluk erat lengan suamiku yang melingkari pinggangku. Sebuah senyuman manis menghiasi bibirku kala memandang kamera di hadapanku dan aku yakin Zafril juga tersenyum manis ke arah yang sama. Besar harapanku pada Illahi agar senyuman  dan kebahagian akan sentiasa menghiasi setiap liku ranjau perjalanan kami sehingga nafas terhenti. Dialah suamiku, dan dia akan selamanya ada di hati...
TAMAT

P/S : Alhamdulillah, akhirnya ADA DI HATI melabuhkan tirainya hari ini. AH sgt2 berharap semoga semua pembaca ADH berpuasa hati dengan kisah yang AH lakarkan ini. Mungkin kisah ini tidaklah sehebat kisah2 yang ada di luar sana, namun AH berharap, masih ada tempat di hati semua untuk ADH bertapak di dalamnya. Terima kasih yang tidak terhingga AH ucapkan kepada semua pembaca setia. Terima kasih atas komen2 yang diberikan, terima kasih atas masa yang diluangkan dan terima kasih atas sokongan yang disertakan. Ingatlah, tanpa kalian semua, karya2 AH tidak akan berseri warnanya. Terima kasih sekali lagi, semoga kita berpeluang bertemu pada karya yang lain. Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Salam Sayang Dari Hati,
Adah Hamidah

42 comments:

Anonymous said...

best sgt100x..akhirnye ..hepi ending...sronok sronok sronok..hehehhe

Farahusain said...

alhamdulillah, selesai sudah ADH. Terima kasih Adah kerana 'sajikan' kami cerita yang menarik ni..

ruby muksan reds said...

happy ending so sweet..

elora fashion said...

assalam adah..:)

terima kasih untuk nukilan ADH yang sangat menyentuh hati ni dear..saya sangat puas hati membacanya sampai rasanya nak suruh sambung lagi ADH ni...
sedih pulak tak dapat baca lagi minggu2 akan datang..

apa pon ending yang sangat best & mantap..zaf & safi sangat sepadan & romantik sangat..
tahniah utk adah..
tak sabar nantikan nukilan seterusnya dr adah..:)

salam sayang
norazlina ashary ^*

fatim fatimah said...

thanks adah utk karya yg sgt best,,lpas ni pasti akan merindui zaf dan safi,,huhuhu

haryanti said...

yesss...akhirnya...tahniah adah...citer yg best....:D

blinkalltheday said...

sweet sgt2 adah!puas hati...

Anonymous said...

Akhirnya..... Best sangat!!!

Anonymous said...

happily ever after.....:)

Kak Zu said...

Selamat berbahagia Safi dan Zaf......romantik dan sweet sgt mereka berdua ni......best dan terbaik......

Sekalung tahniah dan terima kasih untuk Adah kerana berjaya menyajikan ADH, sebuah kisah yang menarik dan menyentuh hati pembaca dan peminat Adah terutama Kak Zu yang teruja dan yg sentiasa menanti kemunculan ADH pd setiap selasa dan jumaat. Dan selepas ini akan merindui Safiah dan Zafril.

Seterusnya Kak Zu akan sentiasa mengikuti dan menyokong setiap karya Adah, inshaallah.....

Luv you....muaaahhh...

Anonymous said...

Thanks Kak Adah habiskan cite ni dalam blog .
Cite ni sangat2 best . Ari2 sy ternanti2kan cite ni .
Suka sangat ngan Zaf dan Safi .
Sweet giler . Thumbs up Kak Adah .
Cite ni sangat superb ! Hee~
Terus hasilkan karya yg best2 mcm ni okey !
Sy sentiasa support akak ! :)

[syaza]

Anonymous said...

best..tq adah...x de entry khas ke cite ni???hahaha...

Anonymous said...

tamat dah...sgt puas hati....thanks adah....

EyQa AnnuaR said...

Thumbs up sista. Sangat menyentu perasaan. Harap dpt bace ur nxt novel. (: keep it up ea?

evy said...

dah tamat dah kisah safi dgn zafril...mesti rindu dgn mereka b'dua nnt...

AzniAtiey said...

ehem2! sy rse mcm nk saman je kq AH. smpai atiey akq buat crita smpai mleleh air idung sy . kang xpsal2 dpt resdung sy nnti sape susah ? akq jgk kn sbb kna tgung saman brjuta rupiah dri sy .
hahahaha . anyway, de best la kq ! mjur sy bce ! klau x, mlpas sy nk syok sndri .

nadiah said...

kak adah, tq sooo much! rasa macam nak mintak tambah lagi 2 entry, cukupkan 50. hehehe.
btw, kak adah... saya mahu pdf jugak. senang nak mengulang baca.
emel saya,
nadiahabdllah[@]gmail[.]com

Anonymous said...

boleh kah minta pdf juga, sy pun nak lah:)...ni email sy ejay1602@yahoo.com

Anonymous said...

TERBAIKKKKKKKKKKK

baru jumpa cite nie semalam n gigih nak abiskan sbb nak tau penghujungnya.

sy sgt2 puas ati. terima kasih byk2

-pn mal-

Anonymous said...

teruskan berkarya:)garapan karya sangat kemas, tersusun & menyenangkan pembaca.Great! teruskan usahamu kak, moga diringi barakah Allah sentiasa(^^)

HUDAPIS said...

marathon citer ni selama 2hari...what can i say?awesome!! xleh nk stop bc enovel ni..gud luck 4 ur future!! u r one of my favorite writer!!

Lela Berduka said...

assalammualaikum adah hamidah

hurm... mmg cinta itu fitrah... kali ni kisah nye tak berat seperti karya adah hamidah yg lain...
tp lagi best kan kalau sertakan gambar setiap bab ikut keperluan... saje2 nak cuci mata... relaks kan mata... mesti gempaq huhuhu...

apa pun keep it up

Anonymous said...

sweetnyer cite nie

Mika said...

Best!

Anonymous said...

Thank u so much

Unknown said...

bestnya! x rugi baca!

Unknown said...

Sy dh bc cite ADH ni berkali2...xpernah jemu membacanye....tq AH... :-)

katering jimat said...

Best sgt2..tak rugi sy baca..ceritanya memang terbaik..thank akak untuk cerita yang terbaik ini.tak jemu saya baca banyak kali..

InfinityByteMaster9000 said...

Eskişehir
Denizli
Malatya
Diyarbakır
Kocaeli
LBH

DigitalWizard9000 said...

Diyarbakır
Kırklareli
Kastamonu
Siirt
Diyarbakır
44YS

CodeMatrixMaster404 said...

Mardin
istanbul
Çanakkale
Antep
Elazığ
HAGHDQ

HyperspaceGoddessA627 said...

ordu evden eve nakliyat
bursa evden eve nakliyat
konya evden eve nakliyat
osmaniye evden eve nakliyat
bitlis evden eve nakliyat
HKJOW

F6EF4NaimaAC9B8 said...

37315
Ordu Evden Eve Nakliyat
Aydın Şehirler Arası Nakliyat
Sivas Evden Eve Nakliyat
Erzincan Şehir İçi Nakliyat
Bilecik Parça Eşya Taşıma
Muş Şehirler Arası Nakliyat
Ankara Boya Ustası
Iğdır Lojistik
Mardin Parça Eşya Taşıma

6FFA2Hannah92774 said...

8527C
Uşak Evden Eve Nakliyat
Çorum Şehirler Arası Nakliyat
Rize Lojistik
Çankırı Şehirler Arası Nakliyat
Sivas Şehir İçi Nakliyat
Mersin Şehir İçi Nakliyat
Samsun Lojistik
Kastamonu Parça Eşya Taşıma
Balıkesir Şehirler Arası Nakliyat

0EFE9Madisyn4C361 said...

AF468
Huobi Güvenilir mi
Maraş Parça Eşya Taşıma
Kütahya Lojistik
Adana Parça Eşya Taşıma
Bursa Şehir İçi Nakliyat
Bilecik Parça Eşya Taşıma
Yozgat Lojistik
Malatya Şehirler Arası Nakliyat
Diyarbakır Lojistik

209F9Katie76E7A said...

EDD46
kırklareli kadınlarla ücretsiz sohbet
manisa mobil sohbet bedava
bedava sohbet uygulamaları
seslı sohbet sıtelerı
Bilecik Ücretsiz Sohbet Uygulamaları
aksaray rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
kızlarla canlı sohbet
görüntülü sohbet uygulama
yabancı canlı sohbet

6CA59Ethan2755B said...

6EFFC
tekirdağ görüntülü sohbet canlı
yalova rastgele sohbet uygulaması
ığdır Bedava Sohbet Odaları
Osmaniye Telefonda Canlı Sohbet
Tokat Ücretsiz Sohbet Odaları
Aksaray Ücretsiz Sohbet Uygulamaları
Izmir Canlı Sohbet Et
canlı ücretsiz sohbet
telefonda görüntülü sohbet

89A4BKaitlynE56BB said...

C0E65
Bitcoin Madenciliği Nasıl Yapılır
Bitcoin Kazanma
Soundcloud Reposts Satın Al
Onlyfans Beğeni Hilesi
Sohbet
Hamster Coin Hangi Borsada
Binance Borsası Güvenilir mi
Nonolive Takipçi Hilesi
Sui Coin Hangi Borsada

2AD47JaelynA78AC said...

E3BC5
Referans Kimliği Nedir
Big Wolf Coin Hangi Borsada
Kripto Para Kazanma Siteleri
Kripto Para Çıkarma Siteleri
Aion Coin Hangi Borsada
Spotify Dinlenme Satın Al
Instagram Beğeni Hilesi
Binance Hesap Açma
Bitcoin Kazanma

10B29Marshall45226 said...

A0E55
safepal
trezor suite
yearn
roninchain
metamask
uniswap
satoshi
shiba
trezor suite

3D9C2Lindsay786FD said...

C41FB
defillama
yearn
eigenlayer
phantom
dappradar
satoshi
sushi
poocoin
avax

Anonymous said...

2024 masih ulang baca. Best sesangat. Ntah berapa kali dah ulang ni. hahaha

Post a Comment