Saturday, August 13, 2011

Ada Di Hati - Bab 12


DUA BELAS
            “Ya, ibu…” aku mengangguk kecil walaupun ternyata ibu takkan dapat melihat aku sedang menganggukkan kepala. Ibu di hujung talian masih lagi memberikan pelbagai nasihat untukku sedari tadi, macamlah ini kali pertama aku mula bekerja. Pelbagai nasihat menjengah masuk ke dalam telingaku dan yang paling penting kata ibu, jangan mudah mengalah kerana setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan rintangan dan aku harus melakukannya dengan sabar dan tabah.
            “Kalau dah jumpa yang berkenan kat sana, jangan lupa kenalkan pada ibu.”
            Terbeliak mataku mendengar kata-kata ibu. Sama seperti Kak Munah, ibu juga mengharapkan aku mendapat jodoh di sini. Aku ke sini untuk bekerja, bukan mencari jodoh. Walaupun usiaku kini telah melayakkan aku bergelar seorang isteri dan ibu tapi aku merasakan masih terlalu awal untuk perkara itu berlaku. Aku baru memulakan kerjayaku, sepatutnya ibu memberikan aku beberapa tahun lagi untuk menjurus ke arah itu.
            “Apa ibu ni, Safi nak kerja kat sini bukan nak cari jodoh.” Balasku.
            “Alah, sambil-sambil tu apa salahnya.” Ibu ketawa geli hati.
            “Ada-ada ajelah ibu ni. Dahlah ibu nanti-nanti ibu call lagi ya, Safi dah nak mula kerja ni. Kirim salam kat ayah ya, ibu.” aku cuba mengakhiri perbualanku dengan ibu. Tak sanggup aku untuk mendengar usikkan ibu lagi.
            “Okay, jangan nakal-nakal kat sana ya.”
            Apabila selesai menjawab salam, aku mematikan talian. Tergambar di benakku kegembiraan ibuku apabila aku menyatakan khabarberitahu yang aku telah diterima bekerja di sini. Kegembiraan ibu ituah yang menjadikanku lebih bersemangat untuk memulakan tugasku hari ini.
            Aku mengerling memandang ke setiap sudut bilik Roslina, tiba-tiba rindu pada butik Kak Munah mula menyinggah di hati. Takkan dia lupakan semua kenangan pahit dan manis ketika bekerja di butik pengantin itu. Semuanya akan menjadi memori terindah untuk dikenang.
            “Safi…”
            Aku berpaling memandang Kak Ros yang sudah berdiri di sebelahku. Kerana asyik mengimbas memoriku di butik pengantin menyebabkan aku tidak menyedari kehadiran Kak Ros di biliknya itu.
            “Mari akak kenalkan Safi dengan pekerja-pekerja lain.” Kak Ros membuka ruang dan jalan untuku melangkah keluar dari biliknya.
            “Kak Ros…” aku mula membahasakan Puan Roslina dengan panggilan Kak Ros sahaja, Kak Ros yang mengarahkan aku memanggilnya sebegitu. Tidak perlu berpuan-puan, agar tidak terlalu formal dengan rakan sepejabat katanya.
            “Saya setiausaha kepada siapa ya?” Soalan itulah yang bermain di fikiranku selepas di temuduga beberapa hari lalu dan soalan itu masih lagi bermain di mindaku kini.
            “Oh… Hah, akak pun terlupa nak bagitahu.” Roslina tersenyum sambil menyentuh dahinya. “Safi setiausaha kepada Ketua Pegawai Eksekutif Adni Maju.”
            Gulp! Aku menelan liurku. Ketua Pegawai Eksekutif? Setiausaha kepada CEO Adni Maju Consulting. Biar betul? Layakkah aku yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman ini menjadi setiausaha orang paling penting di dalam syarikat. Bukan kerja mudah, silap-silap hari-hari kena bambu dengan bos. Aku fikirkan aku hanya menjadi setiausaha kepada salah seorang pengurus besar di sini.
            Peluh mula merintik di dahiku, walaupun aku tidak dapat melihat wajahku sendiri tika ini tapi aku tahu pasti wajahku sudah pucat lesi. Pejabat yang lengkap dengan penghawa dinggin itu terasa berbahang.
            “Eh… Safi rileks, janganlah gabra sangat. Sampai pucat muka tu. CEO pun orang juga bukannya harimau yang hendak ditakutkan.” Kak Ros ketawa melihat aku yang semakin resah.
            Memanglah CEO pun orang tetapi CEO adalah orang yang paling penting dalam syarikat, masakan dia boleh bertenang apabila mengetahui yang dia akan menjadi setiausaha kepada orang yang paling penting itu.
            “Dahlah, jangan risau sangat. Jom ikut akak.”
            Aku menbuntuti Kak Ros, perasaan resah cuba kubuang jauh. Aku dan Kak Ros menjelajah keseluruhan pejabat dan diperkenalkan pada semua pekerja. Nampaknya semua pekerja menyambut kedatanganku dengan baik sekali dan penuh mesra. Kemesraan mereka semua menyebabkan keresahanku sebentar tadi beransur hilang sedikit demi sedikit.
            Tetapi apabila Kak Ros berjalan menuju ke bilik CEO, jantungku kembali berdegup kencang. Nak berkenalan dengan CEO pula ke? Mengenangkan hal itu jantung yang berdegup kencang terasa seperti hendak tercabut dari tangkainya sahaja. CEO pastinya seorang yang amat tegas dan mementingkan kesempurnaan, tidak boleh ada cacat celanya. Tiba-tiba terasa ingin lari dari syarikat ini dan kembali semula ke butik pengantin Kak Munah.
            “Safi ni Kak Ily, Kak Ily ni setiausaha CEO.” Kak Ros memperkenalkan wanita berambut panjang itu padaku.
            Setiausaha CEO? Jadi, apa perlunya aku di sini jika jawatan itu telahpun diisi? Walaupun otak ligat memikirkan perkara itu huluran tangan Kak Ily masih lagiku sambut.
            “Esok Ily ni last day kerja kat sini, ikut husband dia pergi oversea kerja kat sana. Jadi selama dua hari ni Ily akan ajar Safi semua yang berkaitan dengan tentang tugas-tugas Safi kat sini. So, memandangkan Safi tak ada pengalaman sebelum ni jadi akak rasa ini peluang terbaik untuk Safi belajar apa-apa yang patut.” Terang Kak Ros panjang lebar dan aku sudah tersenyum dengan penjelasan itu.
            “Kau tak payah risaulah Ros Dalam masa dua hari ni aku akan pastikan Safi jadi setiausaha terbaik kat sini.” Kak Ily mengangkat-angkat keningnya, cuba memberikan keyakinan pada Kak Ros.
            “Yelah tu. Hah, tapi kau jangan buli pula si Safi ni kang tak pasal-pasal kena marah pula dengan cik abang kita tu.”
            “Ha’ah nanti tak pasal-pasal tak dapat pula gaji terakhir aku.” Kak Ily turut membalas gurauan Kak Ros.
            Aku tidak faham apa yang dibicarakan oleh kedua-dua wanita itu sampai boleh ketawa beria-ia sehingga begitu sekali. Apa yang lucunya aku sendiri tidak pasti. Tapi apabila mendengarkan tawa mereka hatiku sedikit tenang, tidak seperti tadi.  Sebaik sahaja Kak Ros berlalu Kak Ily memberikan sedikit taklimat ringkas tentang operasi dan aktiviti syarikat.

“BOS KITA tak ada hari ni. Dia outstation tiga hari. Start hari ni, hari khamis nanti baru dia masuk pejabat semula.” Terang Kak Ily apabila aku dan dia pulang dari makan tengah hari.
            Patutlah aku tidak diperkenalkan pada bos sejak dari pagi tadi, barulah aku tahu sebabnya. Sampai sahaja di partition, Kak Ily mengajakku menjenguk bilik bos. Biliknya hanya di sebelah patition setiausaha, dinding kaca yang berbirai menjadi pemisah bilik itu dan patition ini.
            Ketika Kak Ily sedang membuka pintu bilik bos, sempat aku membaca tanda nama yang tergantung kemas di pintu masuk bilik itu. Berkilau-kilau warna tembaga yang telah siap diukir nama itu.
            KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
            ZAFRIL ADLI ZULKEFLI.

            Berkali-kali aku membaca nama yang terukir kemas itu. Benakku cuba mentafsir sesuatu. Zafril Adli Zulkefli? Macam aku pernah dengar nama itu, tapi otakku seperti terbejat untuk terus berfikir. Di mana agaknya aku mendengar nama itu?
            “Okay dari pagi tadi akak asyik cerita pasal syarikat aje kan. So, sekarang akak nak cerita pula pasal Encik Zafril kita ni.” Kak Ily meneruskan taklimat ringkasnya apabila kami berdua telah beradaa dalam bilik tersebut. Tangan Kak Ily pantas sahaja membuka birai bagi membenarkan cahaya masuk menerangi bilik yang gelap tadi.
            “Encik Zafril ni moody sikit orangnya, semua kerja mesti cepat dan betul, tegas dan kadang-kadang tu baran jugalah.”
            Bertambah gerun aku mendengar penerangan dari Kak Ily. Kalau itulah ciri-ciri bosnya itu, pasti Encik Zafril ini seorang yang sukar untuk dilayan dan diuruskan.
            “Tapi jangan risaulah, sebenarnya dia baik juga orangnya. Boleh bertolak ansur dengan pekerja. Semua pekerja kat sini senang dengan dia.” Puji Kak Ily pula.
            Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya adalah juga baiknya.
            “Setiap pagi mesti kena ada surat khabar atas meja dia. Kalau dia masuk aje bilik tak ada surat khabar mahu berdepa-depa panjang muncung dia. Pasal air pula Safi tak payah susah-susah nak buatkan untuk dia, Encik Zafril ni lebih suka buat air sendiri kat pantry, jadi senanglah sikit kerja kita kan tak payah susah-susah nak buat air untuk dia.” Terang Kak Ily sambil mengemas meja yang sudah sedia terkemas.
            Melihat tangan Kak Ily yang dari tadi lincah mengemas itu dan ini di atas meja itu, aku turut sama membetullkan beberapa buah fail di sebalik desktop. Tiba-tiba mataku tertarik dengan pelekat bergambar buaya berwarna hijau yang dilekatkan pada bingkai desktop itu.
            “Siapa punya ni kak?” tanyaku sambil mengusap anak patung sebesar tapak tanganku.
            “La, dah dalam bilik Encik Zafril mestilah dia yang punya.”
            Tawa tidak dapat lagi kubendung sewaktu mendengar jawapan dari Kak Ily. Tak sangka bakal bos aku ni gemar akan buaya hijau itu. Rasa macam nak gelak berguling-guling pun ada juga.
            “Kelakarkan? Akak pun terkejut juga masa mula-mula nampak pelekat ni. Entah kenapalah dia minat dengan binatang ni. Bila akak tanya, dia diam aje, tapi senyum sampai ke telinga jadinya.”
            Aku pula yang tersenyum sampai ke telinga jadinya. Entah kenapalah bos boleh minat haiwan ganas lagi brutal ni, macam dah tak ada haiwan lain yang nak dijadikan hiasan desktopnya. Kenapalah dia tak pilih kucing, ke? Aku tertanya sendiri.
            “Actually, company ni bukan Encik Zafril yang punya tapi kepunyaan kakak Encik Zafril, Puan Anni Zulaikha. Tapi sejak dua tahun lepas Encik Zafril yang teraju syarikat ni sebab Puan Anni ikut husband dia ke luar Negara. Puan Anni just terima update and report dari Encik Zafril bila dia balik ke sini, setahun dalam dua tiga kali macam tu.”
            Aku mendengar setiap patah kata Kak Ily dengan teliti, aku tidak mahu terlepas satu perkara pun tentang bosku itu.
            “Sebelum kerja kat sini, Encik Zafril kerja kat Bank Negara. Makan bulan jugalah Puan Anni pujuk dia joint company ni, sebab mula-mula dia tak nak teraju company ni. Agaknya dah kesian sangat tengok Puan Anni asyik merayu, akhirnya dia setuju juga.” Sambung Kak Ily sebaik sahaja aku dan dirinya sudah duduk di set sofa yang terdapat di dalam bilik itu.
            “Sepanjang dua tahun akak kerja dengan dia, dia OK ke KO?”
            “Dia OK je, tak payah risaulah. And one more thing, bos kita tu hensem tau. Dan yang paling penting... dia bujang lagi. So, bolehlah Safi cuba-cuba isi borang.” Ketawa Kak Ily mula pecah.
            “Ish, merepek ajelah akak ni!” pantas aku menolak cadangan tak berapa nak bernas daripada Kak Ily. Tak mungkin bosku itu akan memilih diriku. Banyak lagi wanita-wanita yang cantik-cantik di luar sana yang boleh dibuat pilihan hatinya. Setakat wanita sepertiku ini, tidak mungkin akan dapat menarik perhatiannya. Lagipun perkara itu langsung tidak terlintas di fikiranku.

FITRI sudah duduk di sebelahku sejak aku pulang dari pejabat, macam-macam soalan yang keluar dari bibirnya. Terlalu teruja kerana aku mula bekerja di tempat baru hari ini, mengalahkan keterujaan aku pula nampaknya. Jadi semua perkara yang aku alami hari ini aku ceritakan padanya.
            “Tak sangkakan dua tahun kau cari kerja sana sini tak dapat-dapat. Tup tup sekelip mata aje kau dapat kerjakan.” Fitri kawan serumahku, mula mengungkitkan kisah laluku.
            “Rezeki aku lambat sikit. Tapi tak apalah, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah.” Aku benar-benar bersyukur akhirnya berjaya juga aku mendapatkan kerja yang aku idam-idamkan.
            “Tapi kau tak rasa ke macam senang sangat kau dapat jawatan tu. Aku bukan nak pertikaikan kelayakan kau, aku tahu kau memang layak tapi aku rasa macam pelik. Hari ini hantar resume, hari yang sama ditemuduga dan lepas tu terus diterima, untuk post CEO secretary pula tu. Kau tak rasa pelik ke?”  Fitri mula mengusap-usap dagunya dan termmenung jauh, berfikir seperti penyiasat persendirian lagaknya.
            Kecurigaan yang Fitri utarakan itu juga sebenarnya bermain di mindaku beberapa hari lalu, namun setelah berjumpa dan mendengar tentang Kak Ily setiausaha lama yang akan berhenti dua hari lagi, membuatkan kecurigaanku itu terbuang jauh. Syarikat memang benar-benar memerlukan setiusaha secepat yang mungkin, mengantikan tempat Kak Ily.
            “Kan aku dah cerita tadi S.U. lama dia dah nak berhenti tu yang cepat-cepat company cari penganti. Malas nak tunggu lama-lama agaknya. Lagipun sementara Kak Ily tu ada lagi kat situ bolehlah dia ajarkan S.U. barukan. Tu yang cepat-cepat dia orang hired aku.” Aku cuba mencanggah segala keraguan yang ada dalam diri Fitri itu. Tiada apa lagi yang harus diragukan.
            “Em… betul gak tu.” Fitri mula mengiakan semua kata-kataku namun dia masih lagi dalam berkeadaan yang sama termenung jauh seperti tadi.
            Fitri, Fitri ada-ada sahaja tingkahnya yang mengundang senyumku.
            “Eh, dahlah…” Fitri mula mengibas tangan kanannya di hadapan wajahnya sendiri, mungkin cuba membuang prasangka yang membuatkannya termenung jauh tadi. “Kau jumpa tak lelaki hensem tu?” Fitri makin merapatkan badannya padaku, keningnya terangkat-angkat beserta sengihannya.
            “Lelaki hensem? Lelaki mana pula?” lelaki yang mana yang Fitri maksudkan aku sendiri tidak tahu.
            “Alah kau ni buat-buat lupa pula. Kan kau yang cerita kat aku, kau ada jumpa lelaki hensem masa kau hantar resume hari tu. Tak ingat?” bersungguh-sungguh Fitri cuba mengingatkankan aku, siap dengan mimik mukanya sekali.
            Oh… lelaki itu. Memang aku ada ceritakan pada Fitri tentang lelaki yang memberikan aku ruang meneruskan urusanku terlebih dahulu sewaktu aku menghantar resume beberapa hari lalu. Aku sendiri telah terlupa tentang lelaki itu, boleh pula Fitri mengingatinya. Aku berfikir sebentar sebelum menjawab soalan Fitri.
            “Oh… lelaki tu. Entah, tak nampak pula tadi masa Kak Ros perkenalkan aku pada semua pekerja.” Jawabku sambil cuba mengimbas satu persatu wajah pekerja yang diperkenalkan padaku hari ini. Rasanya memang lelaki itu langsung tidak kelihatan.
            “Eh, takkan tak ada, kau biar betul. Ada pekerja yang dia belum perkenalkan lagi pada kau tak?”
            “Mana ada? Semua pekerja Kak Ros dah perkenalkan pada aku kecuali Marketing Manager aje yang aku tak sempat nak kenal sebab dia outstation.” Terangku, memang semua pekerja telah diperkenalkan padaku, lagipun syarikat itu tidaklah besar sangat jadi dalam masa satu hari sahaja aku sudah dapat berkenalan dengan kesemua pekerja di situ.
            “Hah, entah-entah Marketing Manager tu lah lelaki hensem tu?” Fitri masih lagi cuba meneka.
            “Marketing Manager syarikat tu perempuanlah, nama dia Fazura.” Aku berkata malas. Mata sudah hampir hendak tertutup rapat. Melampau pula letihnya hari ini walhal di pejabat tadi bukannya aku ada melakukan apa-apa kerja pun, sekadar berbual-bual dan bersoal jawab dengan Kak Ily, itu sahaja.
            “Habis tu lelaki tu siapa pulak?” Fitri termenung jauh semula, tangan kanannya mengusap-usap dagu runcingnya.
            Aku merenung Fitri. Idea untuk menyakat tiba-tiba datang tanpa dipinta. Aku cuba menyembunyikan senyum yang mula berputik di bibir. “Entah-entah lelaki tu tak wujud sebenarnya.”
            Fitri tersentak, wajahnya dipalingkan memandangku. “Maksud kau?” Berkerut dahi Fitri menunggu bicaraku.
            “Entah-entah lelaki tu sebenarnya…” aku mematikan kataku di situ.
            “Sebenarnya apa?”
            “Hantu!” sergahku di hadapan muka Fitri. Fitri terkejut besar dengan tingkahku, terbeliak matanya memandangku.
            “Kurang ajar kau Safi.”
            Melihat sahaja Fitri sudah mengangkat tinggi bantal yang berada di set sofa, aku terus berlari memasuki bilikku. Berdentum pintu bilikku menerima tujahan bantal yang dibaling Fitri. Mujur aku sempat menutup pintu bilik, jika tidak pasti bantal itu sudah mengenai badanku.
            “Kau dah tahu aku penakut, lagi kau nak takut-takutkan aku.” Jerit Fitri dari luar bilikku.
            Aku ketawa terbahak-bahak di dalam bilik. Memang sengaja aku mengenakannya yang sememangnya penakut. Senak perutku seketika, hilang terus rasa mengantukku tadi. Nampaknya malam ini pasti Fitri akan merenggek-renggek untuk tidur di bilikku seperti selalu apabila dia dalam ketakutan.  

Bersambung...

10 comments:

Anonymous said...

cpt2 ketemukan zafril dgn safi...

nory said...

buaya hijau..hahahah..

umi kalsom said...

buaya tembaga... wah!
Zafril ingat lagi gelaran yg Safi bagi kat dia...
hehe... ^^

evy said...

x sbr nak tgk reaksi Safi bila dia jumpa Zafril.

blinkalltheday said...

wah,suke2.xsbar nak tggu depa kawen nih..hahaha,,

dila dyna said...

haha...best3xx

Anonymous said...

pasni safi kene susah2 kan diri buat air utk zafril...hehehheheh...

Nurul QisDhira said...

yeah ! heroin bakal bertemu dgn hero...
hari2 la si safi ngadap muka zafril...
love it.smbung lg...

Anonymous said...

bestnyer...bila nak sambung lg nie...

Anonymous said...

zafril!!hehe..cpt2 temukn zafril ngn safi..

Post a Comment