23
Aku tidak tahu kenapa. Tapi hatiku
cukup ingin tahu mengapa abang Naim menolakku. Walaupun aku bakal terluka,
setidak-tidaknya aku tahu sebabnya. Aku tahu aku juga ada dalam hati abang
Naim. Tapi mengapa cadangan ibu dan ayahnya dipandang sepi.
Assalamualaikum. Abg Naim. Maaf kalau Ana menggangu. Ana cuma
nak tahu knp abg Naim tak bersetuju dengan cadangan ibu dan ayah abg Naim?”
SMS itu aku hantar dengan berani. Berdebar
hati menunggu jawapan balas daripada abang Naim.
Wa’alaikusalam. Abg rasa cadangan tu dah x perlu.
Pantas
aku menerima jawapan.
Kenapa? Abg Naim dah tak sayang Ana?
Aku
terus mengasak dengan soalan. Hati benar-benar ingin tahu.
Ana yang mulakan.
Ringkas
balasan daripada abang Naim. Jawapan yang cukup menyakitkan hati.
Tp Ana buat untuk kebaikan abg Naim.
Kalau Ana boleh pentingkan diri. Apa salahnya abg buat benda
yg sama?
Aku
terpukul membaca kiriman itu. Adakah abang Naim bermaksud untuk membalas semua
perbuatanku? Kenapa abang Naim begitu? Rawan hati kerananya.
Jgn jatuh cinta dgn tunang abg Naim.
Pesanan
itu aku tinggal. Aku tidak mahu mengatakan apa lagi. Kalau aku masih punya
tempat di hatinya, perkara itu takkan berlaku. Abang Naim takkan jatuh cinta
pada wanita lain selain aku.
“Mananya,
Ana? Tak datangpun.” Kak Dahlia merungut, menanti ketibaan encik Afdhal.
Aku terus mematikan niat untuk
menunggu mesej balas dari abang Naim. Mungkin abang Naim perlukan masa. Aku
berharap abang Naim akan sedar bahawa aku tidak bermaksud menolak dirinya.
“Ana.. akak tanya ni. Encik Afdhal
mana?”
“Encik
Afdhal?” sengaja aku mengulang nama. Encik Afdhal juga sudah hal. Sudah dua
gelas air berjaya kami habiskan. Tapi encik Afdhal masih tak nampak bayang. Aku
sendiri panas hati. Payah betul dengan lelaki yang seorang ni. Nak hadap orang
ramai pun susah.
“Akak tunggu sini sekejap.” Sebelum mood kak Dahlia bertukar. Lebih baik aku
pergi cari encik Afdhal.
“Ana nak pergi mana?”
“Tak apa. Akak tunggu sini. Jangan
pergi mana-mana tau. Tunggu sampai Ana datang balik.” Aku tidak menjawab tepat
pertanyaan yang diberi. Sekadar mengingatkan supaya kak Dahlia tidak berganjak
dari situ. Dan kak Dahlia mengangguk, setuju.
Aku keluar dari restoran mamak yang
kian galak menerima kunjungan. Mungkin siaran televisyen yang menyajikan
perlawanan bola sepak menjadi penarik utama. Aku berhenti di sebelah restauran,
tidak meneruskan langkah kaki. Asalkan kak Dahlia tidak nampak diriku. Kat mana
aku boleh cari encik Afdhal? aku tertanya sendiri.
Di
office? Mustahil. Waktu aku lalu
depan Arena Printing tadi, roller shutter
sudahpun siap berkunci. Atas bumbung agaknya. Itu boleh jadi. Tapi aku tak ada
keberanian untuk daki atas bumbung sendirian waktu malam begini. Macam mana
sekarang?
“Pssssttt...
Psssttt...”
Ada bunyi pelik kedengaran di
telinga. Nak kata bunyi cicak, tak serupa nadanya. Bunyi cengkerek, lagilah
jauh, tak sama.
“Psssttt... Gomes... sini!”
Sekali lagi bunyi yang sama
kedengaran. Kali ini berserta satu nama yang sudah melakat dalam jiwa. Aku
pandang ke kiri. Tiada apa-apa. Cubaan menoleh ke kanan nampaknya mendatangkan
hasil. Wajah encik Afdhal kelihatan. Dirinya berselindung di sebalik tembok
pejalan kaki di hadapan restauran mamak. Tidak jauh dariku. Boleh pula dia
menyorok di situ?
Lambaian tangan encik Afdhal membawa
langkahku menghampiri dirinya. “Bos pergi mana? Yang menyorok kat sini, kenapa?
Lama cik Dahlia tunggu kat dalam tu.” Aku terus bubuh sabun. Membasuh dengan
kata-kata atas tindakan kurang bijak encik Afdhal.
“Cik Dahlia ajak bos makanlah. Bukan
main sorok-sorok.” Aku tambah lagi. Bagi puas hati.
“Ah, bisinglah kau ni. Diamlah
sikit. Karang orang dengar, semua pandang kita.”
“Hah?” aku tercengang. Sampai begitu
sekali fobia encik Afdhal? “Okey, sekarang ni macam mana? bos nak masuk dalam
ke, tak? Kita orang dah lapar ni.”
“Ramai gila kat dalam tu. Tempat
lain tak boleh, ke?”
“Apa masalah bos ni? Ramailah bagus.
Tak adalah bos kekok nak berbual dengan cik Dahlia tu.”
“Kau tak faham masalah aku...” cebik
wajah encik Afdhal.
“Dah bos tak cerita, macam mana saya
nak faham?”
“Malaslah cerita dengan kau.”
“Suka hati boslah! Sekarang ni bos
nak masuk dalam ke, tak nak?”
“Ish, tak naklah aku. Kau pergilah
masuk seorang.”
“Okey. Kalau macam tu saya cakap kat
kak Dahlia yang bos tak ingin makan semeja dengan dia. Saya masuk dululah.” Aku
mahu bergerak pergi. Seperti selalu aku terpaksa mengugut.
“Eh... Eh.. janganlah macam tu. Kau
bagilah alasan yang best sikit. Hah!
Kau cakap aku sakit perut. Aku pergi klinik.”
“Bos, cik Dahlia tu bukan budak
kecil tau nak bagi alasan macam tu.” Aku bantah. Cakaplah alasan macam manapun
sekalipun, aku pasti akan bantah seratus peratus.
“Alah, tolonglah aku. Kau ni...”
encik Afdhal merayu bantuan.
“Tak ada tolong-tolong dah. Apa bos
ingat saya ni sukarelawan khidmat masyarakat? Dah banyak saya tolong bos. Kali
ni bos settle sendiri. Kalau nak
diikutkan, saya dah boleh bersantai dekat rumah tau sekarang ni. Disebabkan
bos, saya korbankan masa rehat saya. Bos pula nak buat hal. Kalau macam ni, tak
naklah saya tolong bos lagi.” aku tarik muka. Buat-buat marah. Aku perlu paksa
encik Afdhal berhadapan dengan orang ramai hari ini walau apapun yang terjadi.
Encik Afdhal membatukan diri. Saling
tak tumpah macam tembok di sebelahnya. Keras, tidak mampu bergerak
“Nak masuk ke tak nak ni?” aku tanya
sekali lagi. Mengharap jawapan yang lebih positif.
“Kau masuk sekali ke?”
“Mestilah. Sayakan orang tengah!”
“Okey. Kau masuk dulu. Aku jalan
belakang kau.”
“Oh, nak jadikan saya benteng
pertahananlah ni?” aku soal, tanda tak puas hati. Sempat pula dia fikir idea
sebegitu.
“Ah, jalan ajelah cepat. Karang lagi
ramai orang.” Balas encik Afdhal. Mengelak.
“Nak jalanlah ni.” aku besarkan
mata. Asyik-asyik nak kena dengar arahan dia. Tapi aku tidak kisah. Asalkan aku
berjaya bawa encik Afdhal masuk, duduk bersama orang lain. Sebab itu aku
sengaja memilih meja makan di tengah-tengah restauran. Dia tidak akan terlepas
daripada pandangan sesiapa dalam restauran itu.
“Eh, tak payahlah tarik baju saya,
bos, koyak karang!” Aku tepis lagi tangan encik Afdhal yang asyik memegang
belakang bajuku. Kali ini aku bagi amaran sama. Sudah macam nak bermain
permainan musang dengan anak ayam. Tak pasal-pasal mata semua yang ada di dalam
memanah ke arah kami. Dia tak apalah, jalan menunduk wajah. Aku ni? Dahlah
jalan depan. Mengheret dia pula. Nak sorok muka kat manapun aku tak tahu?
“Bos... janganlah bos. Buat malu kat
cik Dahlia aje.” Aku cakap lagi. Susuk tubuh kak Dahlia sudah kelihatan. Cuma wajahnya
saja tidak nampak kerana dia duduk membelakangkan kami yang sedang berjalan
menghampiri. Tidak jauh lagi. Tapi encik Afdhal tetap begitu.
“Ah, peduli apa aku. Kau tu pun
jalanlah laju sikit!”
“Eh...eh, saya pula yang kena.” Aku
membebel lagi. Tak henti mulutku berbicara.
“Dah, diamlah.”
Aku sudah malas mahu melayan
perangai encik Afdhal yang entah apa-apa. Muka aku tebalkan. Berjalan
mendapatkan kak Dahlia. Sampai saja di meja, aku tarik nafas lega. Kak Dahlia
mengangkat keningnya. Bertanya apa yang berlaku dengan orang di belakangku. Aku
muncungkan bibir sambil jungkit bahu.
“Encik Afdhal, duduklah. Kita dah
sampai dah ni.” Depan kak Dahlia, aku terpaksa berlaku sopan. Penuh protokol.
Perlahan-lahan bajuku dilepaskan.
Pasti renyuk teruk kerana aku dapat rasa genggaman kuat tangan encik Afdhal
pada bajuku.
“Silakan duduk.” Kak Dahlia
mempelawa.
“Encik Afdhal duduk sini.” Aku arahkan
encik Afdhal duduk di tempat dudukku tadi. Menghadap kak Dahlia. Dan aku pula
mengambil tempat di sebelah kak Dahlia.
Encik Afdhal mendengar kata. Dia
duduk dengan penuh hemah. Dia tidak mengangkat wajah. Hanya tunduk kaku.
“Ingatkan awak tak sudi datang
tadi.” Kak Dahlia bijak memainkan peranan.
Baru kini encik Afdhal tunjuk muka.
“Sudi...” hanya sepatah kata yang keluar dari mulutnya.
“Sebenarnya saya nak ucapkan terima
kasih pada awak sebab dah selamatkan saya hari tu. Kalau awak tak ada, tak
tahulah macam mana.”
“Alah... tak payah berterima kasihlah
cik Dahlia, bos saya ni, sebut aje pasal cik Dahlia, merentas Laut China
Selatan pun dia sanggup.” Aku tolong jawab bagi pihak encik Afdhal. Natijahnya,
kakiku disepak kuat. Encik Afdhal besarkan mata. Memberi amaran.
Eleh, macamlah aku heran sangan nak
ikut campur! Aku cebikkan bibir. Mula sedar diri. Seorang lelaki berkopiah
putih, datang mengambil pesanan. Kak Dahlia memesan sepinggan nasi goreng dan
air barli panas. Aku pula hanya meminta mee goreng dan milo ais. Kini tinggal
encik Afdhal yang belum membuat pesanan. Pelayan kedai masih menanti dengan pen
dan kertas di tangan.
“Awak nak makan apa?” kak Dahlia
bertanya apabila melihat encik Afdhal hanya mendiamkan diri.
Soalan dari kak Dahlia tidak
berjawab. Encik Afdhal memandang ke arahku. Buat muka simpati. Pasti mahu aku
yang memilihkan menu untuknya. Aku tahu sangat. Dia mana pernah makan di kedai.
Urusan makan dan minumnya diuruskan oleh abang Joe.
Aku alih pandangan. Tidak mahu
membantu. Tadi bukan main marah aku bersuara. Alih-alih nak minta pertolongan
aku. Kirim salamlah aku nak tolong. Entah kenapa pula aku panas hati?
“Err...” encik Afdhal tidak dapat
menyuarakan keinginannya. Dia mengaru kepala.
“Sama macam sayalah. Air aje tukar.
Bagi air nescafe.” Aku bantu juga akhirnya. Tak sampai hati tengok keadaan
encik Afdhal. Memilih menu yang sama denganku kecuali minuman. Seingat aku
encik Afdhal tidak suka milo. Dia lebih gemarkan nescafe. Aku rasa aku tepat.
Encik Afdhal senyum. Senyuman
pertamanya malam ini. Serta merta kak Dahlia senyum sama. Membuatkan aku
terfikir, senyuman itu untuk aku atau untuk kak Dahlia? Encik Afdhal tidak
memandang ke arah sesiapa sewaktu senyuman itu dilemparkan. Ah, takkan untuk aku
pula? Mestilah untuk kak Dahlia.
“Suka ke, makan mee goreng.” Soalan
kak Dahlia nampak seperti meragui pilihan yang telah aku buat untuk encik
Afdhal.
“Erm... okeylah pada tak ada.”
Hah? Aku tahan sabar. Boleh pula dia
cakap macam tu? Nasib baiklah kak Dahlia ada di sebelah. Kalau tidak... monolog
aku menjadi-jadi. Encik Afdhal sudah nampak kecil pada padangan mataku. Itu
petanda darahku sudah mendidih.
“Ingatkan she know your favorite food.”
Mata encik Afdhal melirik padaku
setelah soalan itu diperdengarkan. Pandangan itu nampak lain macam. Aku
bulatkan mata. Memberi isyarat supaya encik Afdhal tidak menjawab persoalan itu
dengan jawapan yang bukan-bukan.
Lagi senyuman pada bibir encik
Afdhal. Senang hati betul dia dapat bertemu empat mata dengan kak Dahlia.
“Dia tahu semua pasal saya.” Tenang jawapan
encik Afdhal.
Kak Dahlia terus memasak padangannya
pada wajahku. Terkulat-kulat aku dibuatnya. Pandai-pandai saja encik Afdhal
buat cerita.
“Betul ke, ni?” kak Dahlia sudah
mula menyoal.
Aku mati kutu. Tak pasal-pasal aku
pula nak kena menjawab. Entah bila-bila masa pula aku tahu semua perkara pasal
encik Afdhal? Dah tentu-tentu itu taktik encik Afdhal untuk membuat kak Dahlia
cemburu. Tak habis-habis nak mengeksploitasi aku!
Aku terpaksa buat-buat ketawa. Geli hati
kononnya. “Tak sangka encik Afdhal dah pandai buat lawak sekarang.” Aku sambung
tawa. Menyelamatkan diri.
“Tengok tu tak nak mengaku.” Encik Afdhal
bersuara.
“Apa ni, bos?”
“Apa?” kata encik Afdhal.
Aku diam diri. Banyak bunyi pula
sekarang. Tadi bukan beria-ia pemalunya. Mengalahkan perempuan melayu terakhir.
Sekarang dia pula lebih-lebih. Membuatkan aku terfikir betulkah dia memang
fobia berhadapan dengan orang ramai? Macam lakonan semata-mata aje.
Makanan
datang tepat pada masa. Sedia terhidang di depan mata. Jadi pertanyaan tadi
mati begitu saja. Air dan makanan semuanya sudah sampai. Hanya menunggu untuk
dimakan.
“Jomlah makan. Apa lagi?” aku
mengajak. Sudah tidak sabar melihat mee goreng yang cukup memikat selera.
“Kita baca doa dululah.” Kak Dahlia
memberi cadangan.
“Okey.” Aku bersetuju. Tangan ditadah.
Namun
Tiada
seorangpun yang memulakan bacaan. Aku tahu kak Dahlia sedang mengharap encik
Afdhal mengetuai bacaan. Padahal encik Afdhal tadah tanganpun tidak. Aku tak
rasa encik Afdhal akan membacanya. Entah bila agaknya kali terakhir dia membaca
doa makan? Mungkin lima belas tahun lepas juga. Aku dapat rasa begitu.
“Baca
sendirilah, dah lapar sangat ni.” Aku mulakan bacaan. Sekadar didengari
telinga. Kemudian sengaja aku melangar tangan kak dahlia dengan sikuku. Apabila
kak Dahlia memandang, aku kelip mata untuk tatapan kak Dahlia. Mahu dia tahu
bahawa kemahuannya itu tidak akan berlaku.
Kak
Dahlia juga membaca doa dan mula makan. Ternyata kak Dahlia mengerti. Melihat aku
dan kak Dahlia sudah menyuap makanan, barulah encik Afdhal memegang sudu dan
garpu.
Tidak
ada seorangpun yang bersuara semasa menjamu selera. Encik Afdhal lagilah pula. Makan
sambil tunduk wajah. Pening kepala aku. Tadi nampak macam okey. Sekarang dah
berubah kembali. Ini tidak harus berlaku. Aku perlu membuka ruang lebih luas
untuk encik Afdhal dan kak Dahlia. Jadi aku makan dengan segera.
Selesai
menghabiskan makanan, aku cepat-cepat menghirup minuman. “Alhamdullillah,
kenyang. Saya keluar dululah, ambil angin kejap.” Aku minta diri.
“Kau
nak pergi mana?” laju encik Afdhal menyoal.
“Tak
ada pergi mana. Duduk luar tu aje. Borak-boraklah dulu.” Aku tunjukkan ibu jari
pada kak Dahlia. Mengharap kak Dahlia menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Aku yakin
kak Dahlia mampu melakukannya.
Tersenyum
aku keluar dari restauran. Sudahlah perut kenyang, hati juga senang, sampai
tidak ternampak seorang pelanggan wanita yang baru melangkah masuk. Mujur tidak
terlanggar wanita yang sedang sarat mengandung itu.
“Sorry kak.” Aku minta maaf.
“Tak
apa.” balas wanita itu dengan senyuman.
Aku
lega. Kembali menyusun langkah keluar dari restauran.
“Afdhal...”
Baru
saja kakiku melepasi ruang keluar, aku dikejutkan dengan jeritan kak Dahlia. Jeritan
yang menyebut nama encik Afdhal. Apa yang berlaku? Aku segera menoleh. “Auch!!”
belum sempat aku melihat apa-apa, aku terlebih dahulu dilanggar kuat oleh susuk
tubuh encik Afdhal. Menyebabkan aku jatuh terjelepuk.
Encik
Afdhal berlari meninggalkan restauran. Lariannya laju, seperti tidak cukup
tanah. Kenapa pula begitu? Baru beberapa minit aku meninggalkan meja, keadaan
sudah bertukar rupa. Kecoh restauran mamak itu jadinya.
“Kenapa
kak?” soalku pada kak Dahlia yang bergegas mendapatkan aku yang masih duduk
terpaku.
“Entah.
Tiba-tiba aje dia lari.” Kak Dahlia sendiri tidak pasti.
Jawapan
yang kak Dahlia berikan tidak dapat menenangkan hati. Encik Afdhal bagaikan
betul-betul dalam ketakutan. Sesuatu telah terjadi. Aku yakin. Tapi apa dia? Pantas
aku bangun dengan bantuan kak Dahlia. Aku perlu mengejar encik Afdhal sebelum
perkara yang tidak diingini berlaku. Aku perlu mendapatkan encik Afdhal.
“Ana
tengok encik Afdhal dululah.” Kini aku pula berlari, mengekori encik Afdhal
yang sudah tidak kelihatan. Apapun terjadi aku harus mencari encik Afdhal
sehingga jumpa.
“Ana...”
Jeritan
kak Dahlia aku biarkan sepi.
WALAUPUN
aku ketakutan, tapi aku tetap cuba memberanikan diri. Bumbung atas bangunan
Arena Printing aku jejaki. Kemana lagi encik Afdhal mahu pergi kalau bukan di
atas bumbung itu. Hati memberikan jaminan.
Perlahan kaki melangkah. Mata melilau
memerhati sekeliling. Mencari kelibat encik Afdhal. Pintu rumahnya bertutup
rapat. Mungkin dia di dalam. Aku menaka. Atas tekaan itu, tangan terus mencapai
tombol. Bunyi tangisan yang sayup kedengaran dengan tiba-tiba mengesahan
tekaanku tadi salah. Bunyi tangisan itu bukan datangnya dari dalam.
Pencarian aku terus. Mengikuti alunan
suara yang makin lama makin kuat didengar telinga. Itu petanda aku makin
menghampiri. Ya, kali ini aku tepat. Aku geleng kepala melihat keadaan encik
Afdal. Dia duduk di sudut sambil merengkukkan badannya. Muka disembamkan ke
lutut. Manakala tangannya memegang kepala. Tangisannya jelas kedengaran.
Aku bukan tidak biasa dengan keadaan
luar biasa encik Afdhal. Tapi kali ini aku rasa encik Afdhal sedang berhadapan
dengan sesuatu yang amat hebat menyiksa dirinya. Apa yang patut aku lakukan? Patutkah
aku membiarkan saja encik Afdhal terus begitu? Bagaimana kalau ianya
berlarutan. Tekanan perasaan boleh membuatkan orang menjadi gila. Dan orang
gila mampu melakukan apa saja termasuk yang mengancam nyawanya. Aku patut
bertindak.
Aku menghampiri. Sungguh aku tidak
pandai mententeramkan diri. Tapi setidak-tidaknya aku harus mencuba. Mencuba dengan
sehabis daya. Rasanya encik Afdhal sudah dapat merasa kehadiranku di situ. Dia berganjak,
menghimpit terus dirinya dekat dengan tembok. Kalau tidak ada tembok, tentunya
dia sudah jatuh ke bawah.
“Encik Afdhal...” seruku perlahan. Tidak
mahu memeranjatkan dirinya.
“Pergi... pergi...” jerit encik
Afdhal dengan lantang.
Aku sudah tidak tahu nak buat apa.
Lalu aku berkeputusan untuk duduk menunggu di situ. Setidak-tidaknya sehingga
tangisan encik Afdhal reda. Menangislah encik Afdhal. Menangislah
sepuas-puasnya, kerana aku tahu tangisan mampu memberi sedikit ketenangan pada
jiwa.
TANGISAN
sudah hilang. Yang ada cuba bunyi kenderaan lalu lalang yang masih kedengaran. Encik
Afdhal sudah mampu memandang panorama malam. Aku pula masih menunggu di situ
tanpa sebarang suara. Langsung tidak bertanya apa yang membuatkan dia menggila.
Aku tidak mahu soalan itu sekali lagi bakal menggugat emosinya. Sama-sama kami
diam. Membisu seribu bahasa.
“Kau tak nak tanya kenapa aku lari?”
Soalan yang dari tadi bermain di
fikiranku, diluahkan oleh encik Afdhal sendiri. Tidak aku sangka. Ya, aku sama
sekali ingin tahu. Apa yang membuatkan dirinya jadi begitu? Berlari tak tentu
hala tuju. Tapi lidah keberatan untuk
bertanya.
“Tak ada orang yang tahu apa yang
terjadi pada aku.” encik Afdhal meneruskan kata. “Aku tak pernah cerita pada
sesiapa hal yang sebenar. Dia oranag hanya tahu apa yang dia orang nampak. Tapi
sebaliknya. Aku aje yang tahu.”
Aku tekun mendengar ayat demi ayat
yang keluar dari mulut encik Afdhal.
“Boleh aku percayakan kau?”
Mataku berkelip tidak henti. Kata
yang baru aku dengar itu menyentak hati. Apa maksud encik Afdhal? Adakah dia
mahu berkongsi kisah yang selama ini dia simpan seorang diri? Bersediakah aku
mendengarnya? Telinga sudah mengepakkan sayap. Tidak mahu tertinggal walaupun
satu kata.
“Saya cuba...” kataku cuba
menyakinkan agar encik Afdhal meneruskan cerita.
Bersambung...
Kata AH:
Alhamdulillah. Akhirnya tamat juga entry JJC di blog. Seperti yg AH sudah maklumkan, entry ini adalah entry terakhir. Insya'ALLAH kalau ada rezeki, semua bakal bertemu dengan JJC dalam versi cetak. Semoga doa semua bersama JJC. Untuk soalan2 yg masih tidak berjawab, sama2 kita tunggu nanti. AH ucapkan jutaan terima kasih kpd semua rakan pembaca yg sentiasa menanti entry JJC. Thanks utk komen2 membina yg AH selalu terima. Komen2 berbentuk tekaan Ana akhirnya dengan siapa? Komen2 yg meluahkan rasa x puas hati dengan karektor yg AH wujudkan. Komen2 gembira, suka dan duka. Dan apa2 saja komen yg ada. Ketahuilah, komen2 anda semua membuatkan AH sentiasa senyum sampai ke telinga. Terima kasih krn mmberi sedikit ruang pada JJC. Semoga JJC kekal dalam ingatan, walaupun hanya untuk satu babak. Terima kasih. Insya'ALLAH jumpa pd karya yang lain. Salam Sayang.
18 comments:
finally ada juga entry..adah bila nk kuar jjc versi cetak ni, tak sabar sgt nk tunggu sambungannya..
-chah husain-
AH boleh x ana dgn naim?
AH thanks for the entry, mesti nak beli JJC versi cetak.Harap Ana still Ngan Afdal..
Ana kalau abang Naim dah x sudi x pa lah... buat jual mahal sikit kkk...
x pa Abang Afdal lebih percayakan Ana kan...
x sabar nak baca full...
entry wt org tertanya2 je...huhu saspen
hrp2 jjc kluar dlm versi cetak pula...x sbr nk bca
apa yg akn jdi seterusnya :)
Alhamdulillah..
akhirnya JJC nak terbit jugak... tak sabar nak jadi hak milik nie..
ana mesti dengan afdhal..
naim kan tunang dahlia... :)
hehe...
jumpa lagi Adah..
Afdhal nie keanakan sangat, nk ikut prangai dia aje hish gerammmlah.
Cik Adah mne satu heronya Naim vs Afdhal.........dua orang lain tapi karektor mengelirukan lah
Adah
ngape dalam novel Cinta Adah nie selalunya karektor perempuan mesti merana, berkorban bagai untuk tersayang tetapi karektor lelaki egois, angkuh, bermasalah meluahkan emosi dan perasaan, mesti ke kisah cinta memeritkan, menyakitkan tak kn lah
Ifa
x sabar versi cetak nie.... nak tahu kesudahan afdhal n ana.....
Teaser ade x AH...
Wat ibt rindu hehe...
dah dijual di pasaran ke novel ni? nak beli arr.. nk tau ending citer ni.. huhu..
plizzzzz , kak adah .
bila nk ada versi cetak niiii ?
tak sabar2 dh nie .... vote 4 naim ehhh !
Ya Allah..mana bab 24 nh?..dh keluar ka novelnya yg bercetak? Kalau keluaq filem pn mesti box office.. Afdhal-beto kushairi, ana- nelydia senrose, naim-fahrin ahmad,dahlia-umi nazeera,afina-emma maembong,joe-jep sepahtu..mantopppp!!!!!.huhu
-afdhalotelli-
hehehe... betul2 tu.. kalau jadi movie/drama confirm meletopz..
Saya dah bacaq novel Jangan Jatuh Cinta... Ia memang best & menyentuh hati.
I have got the novel. X resist reading it repeatedly. A must have one. Love the story. A brilliant one.
Keep it up AH!!!
bestnya... nk cri la buku dy
# ketinggalanzaman... huhu
Mcm best je cite ni..nk dpt kn jgk la novel JJC...
Post a Comment