16
“Joe, pinjam kereta.”
Aku yang berdiri sedikit belakang
daripada encik Afdhal, memberikan isyarat supaya abang Joe tidak mengikut
kehendak encik Afdhal. Abang Joe nyata tercengang. Tidak mengerti barangkali
apa yang sedang berlaku antara aku dan encik Afdhal.
“Aku... aku nak pakailah, Afdhal.
Nak hantar barang customer kat
Rawang.” Abang Joe tidak mengizinkan.
Alhamdulillah. Senang hatiku
mendengar jawapan abang Joe.
“Van company mana?” tetap sahaja encik Afdhal mahu mencuba.
“Servis.”
“Hantar esok tak boleh?”
“Mana boleh. Inipun dah terlambat
dua hari. Customer dah bising.”
Katalog yang siap dicetak, sedang giat abang Joe masukkan ke dalam kotak.
“Kita pergi lain kali ajelah encik
Afdhal.” Aku mencadangkan. Harapnya cadangan aku itu diterima. Inilah akibatnya
kalau terlebih pandai.
“Tak boleh. Kena jumpa hari ni juga.
Aku dah cakap dekat mak dengan ayah aku, kau nak jumpa dia.”
Aik? Aku pandang encik Afdhal dengan
persoalan yang tidak dapat aku luahkan. Biar betul encik Afdhal ni. Dari tadi
aku ada bersama dia. Bila masa pula dia bercakap dengan mak dan ayahnya? Ini
juga perkara yang tak sedap didengar telinga.
“Joe, kunci kereta aku mana?” laung
encik Afdhal sedikit kuat. Bunyi mesin pencetak yang dihidupkan kembali cuba
dilawannya.
Kerana kurang dengar, abang Joe
berjalan menghampiri kami. Berkerut dahi abang Joe. Mungkin tidak suka masa
kerjanya diganggu. “Apa dia?”
“Kunci kereta aku mana? Kau tahu
tak?”
“Kunci kereta kau...?” sesuatu
sedang difikirkan oleh abang Joe. “Kereta dekat bawah pokok tu?” abang Joe
minta kepastian.
“Ha’ahlah, kereta apa lagi yang aku
ada?”
“Kau nak buat apa dengan kereta tu?”
“Aku ada hal sikit. Penting ni!”
encik Afdhal mencekak pinggang.
“Boleh bawa lagi ke, kereta tu. Kau
bukan pernah pakaipun.”
Hah! Aku terkejut. Beli kereta tapi
tak pernah pakai? Gila tahap apakah ini? berapa ramai orang di luar sana yang
memerlukan kereta tapi tidak mampu memilikinya. Tapi encik Afdhal? Beli sekadar
untuk disimpan?
“Cubalah dulu. Kau ada nampak tak?”
suara encik Afdhal sudah tinggi.
“Kau nak pergi mana? Kau jangan
main-main, Afdhal. Kau bukannya ada lesen. Kalau kena tahan nanti macam mana?”
Gulp! Tak ada lesen? Seriau darahku
mendengarnya. Masalahku jadi bertambah besar. Entah apa lagi selepas ini.
“Alah, kau ni banyak soallah. Aku
tanya kau ada nampak ke tak?”
“Lantak kaulah Afdhal. Pergilah cari
dalam box hitam, atas almari kau.” Mengalah
juga abang Joe akhirnya.
“Jom!”
Tudungku ditarik encik Afdhal. Dia
mahu aku mengikut jejaknya. Aku sudah panik. Ke mana agaknya encik Afdhal mahu
membawa aku pergi? Tak terjangkau fikiranku memikirkannya. Sebelum aku pergi,
aku perlu maklumkannya pada seseorang. Kalau apa-apa yang berlaku,
setidak-tidaknya ada orang yang tahu kisahku. Dalam masa kecemasan begini,
nampaknya, abang Joe saja yang sempat aku bagi tahu. Aku perlukan cara untuk
memaklumkan pada abang Joe.
“Argh...” jeritku kuat. Kaki kiri
aku pegang. Encik Afdhal yang laju langkahnya turut berhenti mendengar suaraku.
“Kenapa ni, Ana?” abang Joe
bertanya. Cemas wajahnya.
“Cramp!”
aku duduk.
“Kau rehat dulu. Tunggu sini sampai
aku datang.” Encik Afdhal menyambung perjalannnya sesudah memberikan arahan.
Usahaku berhasil. Hilang saja
kelibat encik Afdhal, aku kembali bangun. Membuatkan abang Joe menjadi buntu.
“Abang joe, abang Joe kena tolong
Ana.” Laju aku meminta bantuan.
“Kenapa ni, Ana? Duduklah, kata cramp.”
“Tak. Ana bohong aje. Abang Joe,
encik Afdhal nak bawa ana jumpa dengan mak, ayah dia.”
“Hah? Ana biar betul. Kan abang Joe
dah bagi tahu kat Ana yang mak dengan ayah Afdhal meninggal.”
“Ana tahu. Tapi Ana tersalah teknik.
Ana ingat Ana nak gertak aje, nak tengok reaksi encik Afdhal. Tak sangka pula
dia serius. Abang Joe agak, encik Afdhal nak bawa saya pergi mana?” gelisah aku
dibuatnya.
Hembusan Nafas abang Joe sedikit
sebanyak menambah kerisauan. Abang joe tidak menjawab. Bagaimana dia mahu
menjawab sedangkan tidak mungkin dia tahu kemana aku akan di bawa.
“Kebelakangan ni, abang tengok
Afdhal tu dah semakin okey. Kenapa pula tiba-tiba boleh jadi macam ni?”
Giliran aku menghembus nafas kuat.
Salah aku. Aku akui. Aku tak patut bertindak melulu tadi. Nasi sudah jadi
bubur. Apa lagi yang boleh aku kata? Sudah terlajak kata. Tak mungkin dapat
diundur masa.
“Apa kata Ana buat-buat pengsan?”
giat otakku mencari solusi. Cuba untuk selesaikan semuanya.
“Tak boleh. Afdhal takkan tertipu.
Kalau tertangkap nanti, lagi teruk Ana kena.” Abang Joe tidak setuju.
“Habis tu?” aku toleh ke belakang.
Melihat sama ada encik Afdhal sudah sampai atau sebaliknya. Masa kian suntuk,
sedangkan jalan penyelesaian masih belum ada.
“Apa kata Ana ikut aje Afdhal.”
Saran abang Joe.
“Abang Joe biar betul? Buatnya encik
Afdhal hantar Ana masuk kubur macam mana?” aku berfikiran waras. Menggunakan
logik akal sebaiknya.
“Ana nak takut apa? Nanti abang Joe follow dari belakang. Kita tengok apa
yang Afdhal cuba nak buat sebenarnya.”
Baru kini terasa menarik cadangan
abang Joe. Tapi ianya tetap berbahaya. Patutkah aku mengambil risiko? Lagi pula
aku sudah tidak punya cara lain. Ini sudah kira beruntung kerana abang Joe mahu
ikut serta. Memerhati dari belakang.
“Okey tak?” tanya abang Joe.
Aku masih diam. Terus memikir.
“Okeylah. Tapi abang Joe janji jangan tinggalkan Ana.” Akhirnya kata
persetujuan dicapai. Tiada pilihan lain lagi.
“Okey.” Janji abang Joe.
“Encih Afdhal tu, boleh ke bawa
kereta. Kata tak ada lesen?” aku ingin
tahu. Jadi aku bertanya.
“Tahu... cuma tak ada lesen aje.
Jangan risaulah. Ramai lagi orang kat Malaysia yang bawa kereta tapi tak ada
lesen.” Abang Joe cuba menyejukkan hati.
Aku angguk lemah. Sungguhpun begitu
tapi ia tetap merbahaya. Padaku, setiap undang-undang perlu dipatuhi selagi
tidak melanggar hukum agama. “Eh, satu lagi abang Joe. Nak tanya, encik Afdhal
tu pakai kereta apa?” teringin pula aku ingin mengetahuinya.
“Kalau abang Joe bagi tahu, Ana
jangan terkejut.”
“Kenapa pula, abang Joe?”
“Afdhal tu, nampak aje macam tu.
Tapi pakai Mini Cooper tau.”
“Wow! Biar betul.” Aku rasa macam
tak nak percaya. Iyalah kereta mahal macam tu, tapi simpan aje. Gila tahap
gaban rasanya encik Afdhal ni.
“Betul. Abang Joe tak tipu. Ana
tengoklah nanti.”
Aku mula terbayangkan wajah Mini
Cooper. Entah warna apa pilihan encik Afdhal? Huh! Dah tentu-tentulah hitam.
Aku mengandaikan, dan aku yakin tekaanku tepat. “Abang Joe, satu soalan lagi.”
aku tunjukkan jari telunjuk.
“Apa
dia?”
“Tapi
betul ke encik Afdhal tak pernah bawa kereta tu sejak dia beli?” aku tidak
berpuash hati, jadi aku bertanya. Macam tak percaya.
“Betul.”
“Kenapa pula macam tu. Dah tahu tak
nak pakai, kenapa beli?”
“Dia sayang nak pakai.”
“Sayang?” aku lagi musykil.
“Macam ni ana. Realitinya, memang
dia yang beli kereta tu. Abang Joe yang tolong uruskan semua. Tapi kalau Ana
tanya pada Afdhal, dia tak kata dia beli...”
“Habis tu?”
“Afdhal akan cakap itu hadiah
daripada ayah dia. So dia sayanglah
nak pakai kereta tu.”
Sekali lagi aku mengangguk faham. Sampai
macam tu sekali? Kronik sungguh bos aku seorang ni.
“Okey dah kaki kau?” Encik Afdhal
sudah tiba.
“Alhamdulillah. Okey dah.” Aku
senyum.
“Jom.. nanti lambat pula.”
“Jom.” Kali ini aku mampu balas
yakin pelawaan itu. Sempat aku pandang abang Joe. Dia sedang tersenyum. Aku
harap abang Joe tak mungkir janji.
KANVAS
kelabu yang menjadi pelindung kereta encik Afdhal sudah dipenuhi daun-daun
kering. Kotornya kanvas itu sudah cukup untuk membuktikan kata-kata abang Joe
bahawa kereta itu memang tak pernah digunakan sejak ia dibeli.
Dengan muka bangga, encik Afdhal
menarik kanvas yang menyelimuti keretanya. Mestilah bangga, kereta mahal.
Berapa ramai yang mampu pakai Mini Cooper? Dahlah kecil, harga bukan main pula
tu. Boleh pula disimpan aje. Aku geleng kepala. Dan yang membuatkan aku
bertambah pelik, tak ada adalah pula orang nak curi? Mesti dilengkapi dengan
alat kawasalan keselamatan.
“Ni lah kereta aku.”
Mataku terus menangkap lambang
kereta itu sebaik sahaja kanvas dibuka. Mengejutkan! Ya, memang benar itu
kereta Mini Cooper. Lambangnya mengesahkan. Tapi... tidak seperti yang aku
bayangkan.
Keretanya berwarna hitam. Tekaanku
tepat. Cuma bonet hadapannya ada sedikit gabungan warna putih dengan corak
geometri. Lebih senang kalau aku katakan ianya saling tidak tumpah seperti
papan dam. Corak berpetak, berseling seli antara warna hitam dan putih. Sekali
imbas, macam kain pelekat pun ada.
Tapi itu tidak menjadi masalah. Yang
aku musykilkan di sini ialah, kenapa kereta itu umpama baru saja terlibat dalam
kemalangan jalan raya? Kemek sana, sini.
Melihat keadaan kereta itu, aku tak rasa ia mampu bergerak. Entah ada
enjin ataupun tidak.
“Masuklah, tunggu apa lagi?” tegur
encik Afdhal.
Masih aku tidak berganjak.
Berkira-kira untuk naik. Selamatkah? “Tak ada kereta lain ke, encik Afdhal?
Macam tak boleh jalan aje kereta ni.” Aku suarakan pandangan ikhlas. Rasanya lebih
baik naik kenderaan lain.
“Kau jangan hina kereta aku.”
“Saya bukan hina. Saya...”
“Diamlah. Aku cakap masuk, masuk
ajelah.”
Belum sempat aku habiskan kata,
encik Afdhal sudah memekik. Aku yakin kereta itu tidak mampu bergerak. “Bos,
cuba tengok tayar kereta bos tu.” Aku nyatakan juga apa yang ingin aku cakapkan
tadi. Tayar keretanya kempis. Kehilangan angin. Atau mungin juga sudahpun
pancit.
Encik Afdhal tepuk dahi. Termenung
seketika dia. “Ah, kita naik teksi ajelah, Jom.”
Ada saja jalan penyesaian daripada
encik Afdhal. Laju langkahnya, menyebabkan kakiku turut bergerak laju. Aku
sekadar mengekori dari belakang.
Aku
seluk poket seluar. Mengeluarkan telefon bimbit. Mahu menghantar mesej pada
abang Joe untuk memaklumkan keadaan terkini. Aku mahu abang Joe bersedia di
simpang berhampiran dengan stesyen Lrt. Setahuku, itu sahaja perhentian teksi
yang ada berhampiran sini.
Teksi sudah sedia ada, membuatkan aku jadi
gubra. Sempatkah abang Joe sampai sebelum teksi bergerak? Encik Afdhal melulu
masuk ke dalam teksi. Dia duduk di bahagian penumpang. Di belakang pemandu. Aku
pula sengaja melambatkan langkah. Mahu memberi masa secukupnya pada abang Joe.
“Melenggang
king kong pula kau. Cepatlah!” jerit encik Afdhal. Kepalanya dikeluarkan
melalui tingkap yang luas terbuka, menggantikan pintu yang tertutup rapat.
Jeritan
itu membuatkan kakiku patuh. Laju aku melangkah. Sudah encik Afdhal duduk di belakang,
ini bermakna aku perlu di tempat duduk hadapan. Sebelah pemandu. Pintu aku
buka.
“Eh,
duduk belakang.” Arah encik Afdhal.
Terpaksa
aku tutup kembali pintu penumpang hadapan. Arahan encik Afdhal perlu dipatuhi. Aku
masuk dan duduk di sebelah encik Afdhal.
“Nak
pergi mana encik?” soal pemandu teksi yang berkemeja putih.
“Jalan
dulu, nanti saya tunjuk.” Encik Afdhal menjawab.
Teksi
bergerak, dan terus bergerak. Membelah jalan raya. Aku genggam telefon bimbitku
erat. Menunggu panggilan mahupun mesej daripada abang Joe. Sesekali aku paling
ke belakang, mencari abang Joe.
“Kau
tengok apa?”
Encik
Afdhal nampak tidak senang dengan tindakanku.
“Tak
ada apa. Saja tengok-tengok. Sejak saya sampai sini, tak pernah lagi
jalan-jalan pusing KL.” Aku senyum. Cuba menyelamatkan diri.
“Gila!”
balas encik Afdhal.
Menyirap
darahku mendengar kosa kat itu. Boleh pula aku dikatakan gila? Tak sedar diri
langsung!
“Terus
ke, encik?” soal pemandu teksi.
“Ha,
jalan terus aje. Jangan belok mana-mana.” Encik Afdhal mengiyakan.
Hampir
setengah jam perjalanan. Namun destinasinya masih belum kelihatan. Aku sudah
tidak sedang duduk dalam teksi itu. Sudahlah aku tidak tahu dimana aku berada. Apalah
nasib aku agaknya.
“Kring...
Kring...”
Aku
yang dari tadi hanya memandang keluar. Terus mengalih renungan ke arah suara
encik Afdhal. Berkali-kali dia mulutnya meniru bunyi deringan telefon sebelum
dia menyeluk poket seluarnya.
“Hello.
Ha, ayah. Kenapa yah?”
Tangan
encik Afdhal sudah melekat di telinga. Serupa orang yang memegang telefon. Padahal,
aku tidak nampak ada telefon di tangannya. Mataku bulat memandang kelakuan
encik Afdhal. Bukan hanya aku. Pemandu teksi itu juga aku lihat sibuk memerhati
encik Afdhal melalui cermin pandang belakang. Dia kelihatan tersenyum.
“Ayah
nak pergi mana pula?” suara encik Afdhal masih berkumandang di dalam teksi. “Tadi
ayah dah janji dengan Af. Takkan mak pun ikut sama? Kesianlah kawan Af kalau
macam ni. Kita orang dah nak sampai dah ni.”
Aku
tidak sanggup untuk terus memandang. Lantas aku alihkan pandangan ke luar
semula. Biarlah hanya telinga yang mendengar semuanya. Aku juga tidak mampu
melihat orang lain tersenyum dengan derita encik Afdhal.
“Okeylah...
lain kali ayah bagi tahu awal-awal tau. Kirim salam pada mak.”
Talian
palsu sudahpun dimatikan. Walaupun begitu, aku tidak mahu bertanya apa-apa. Aku
tidak sanggup. Aku tidak tahu apa yang aku rasa sekarang ini. Rasa itu tidak
jelas. Tapi aku tahu, hatiku tidak suka melihat encik Afdhal dalam keadaan
begini.
“Tolong
patah balik.” encik Afdhal berbicara pada pemandu teksi.
“Baik
encik!” laju saja pemandu teksi itu menjawab. Masih lagi dia tersenyum.
Sepatutnya aku berasa lega dengan situasi
kini. Tapi rasa lega tidak datang, menunjukkan diri. Sungguh aku simpati. Simpati
dengan sepenuh hati!
“Sorrylah.
aku tak dapat bawa kau jumpa emak dengan ayah aku. Dia orang dah ke airport. Ada hal penting nak kena
terbang ke sydney.” Encik Afdhal
memohon maaf.
“Tak apalah. Nak buat macam manakan?”
aku pura-pura senyum.
“Mak dengan ayah aku tu memang sibuk
sikit. Aku sendiripun jarang dapat jumpa dia orang sekarang ni. Lain kalilah
aku bawa kau jumpa.” Beriya, encik Afdhal menerangkan.
“Tak
apalah...” aku tidak mampu berkata lebih. Hatiku dibantai sayu. Ada satu
harapan dalam hati aku kini. Melihat encik Afdhal sembuh sebelum aku
meninggalkan Arena Printing. Aku akan usahakan sehabis daya. Itu janjiku!
“Kau
tak marahkan?”
“Taklah.”
Senyuman aku perlihatkan lagi.
TEKSI
berhenti bertul-betul di hadapan Arena Printing. Sebaik sampai, aku terus buka
pintu untuk turun. Namun encik Afdhal menghalang.
“Kau bayar. Aku tak bawa dompet.”
“Saya bayar?” aku soal. Kurang percaya
dengan apa yang aku dengar.
“Yer, kau bayar.”
Mataku terus mencari meter dalam
teksi. RM98.70. Aku terkejut! Ya, aku ada duit sebanyak tu. Tapi aku tidak mahu
membelanjakannya tanpa sebab munasabah. “Boleh claim balik tak, encik Afdhal?” sebelum membuat keputusan, aku
bertanya terlebih dahulu. Kalau jawapannya ya, boleh, aku tidak akan
teragak-agak untuk mendahulukan duitku. Tapi kalau jawapannya tidak, itu bakal
jadi satu masalah besar untuk aku, encik Afdhal dan pemandu teksi itu sendiri.
“Mana boleh. Ni bukan hal syarikat.”
Jawapan yang diterima tidak
menyenangkan hati. Kalau aku tetap membayar, aku takkan dapatkan kembali wangku
sebanyak itu. “Saya tak ada duitlah, encik Afdhal.” Suara aku perlahankan. Tidak
mahu pemandu teksi itu dengar. “Apa kata kita suruh abang Joe bayarkan?” aku
bagi cadangan.
“Tak payah. Aku tak suka susahkan
orang lain. Kau bayar.”
Sakit hati betul mendengar alasan
encik Afdhal. Tak suka susahkan orang lain? Habis tu, aku ni siapa? Bukan orang
juga ke? Hendak saja aku persoalkan begitu. Tapi tidak terkeluar pula kata. “Saya
tak ada duit.” Sekali lagi aku ulang.
“Kau bawa beg tangankan, takkan tak
bawa dompet?”
“Memanglah bawa, tapi dompet saya
tak ada duit. Cukup-cukup untuk tambang balik aje nanti.” Aku tetap
mempertahankan kewanganku.
“Bak sini dompet kau, aku nak
tengok?”
Cepat-cepat aku sorok beg tanganku
di belakang badan. “Mana boleh orang lelaki tengok dompet orang perempuan.” Aku
cipta alasan.
Tapi sayang, alasanku tidak sekuat
daya encik Afdhal. Dengan sekali rentap, dia sudah berjaya merampas beg
tanganku. Dompetku dikeluarkan dengan rakusnya. Aku sudah tidak mampu berbuat
apa-apa.
“Kedekut, kau ya!” encik Afdhal
memukul kepalaku dengan dompet di tangannya.
“Sakitlah, encik Afdhal!” aku tarik
muka.
Encik Afdhal buat tidak peduli
dengan kataku. Terus dia mengeluarkan not lima puluh sebanyak dua keping lalu
menyerahkannya kepada pemandu teksi. “Baki simpan.” Encik Afdhal meletakkan
dompet di atas ribaku, lalu dia turun dari teksi.
Baki simpan? Melampau sungguh encik
Afdhal. Sudahlah duitku digunakan sesuka hati. Boleh pula bakinya pun diberikan
sama kepada pemandu teksi itu. “Terima kasih, encik.” Aku turun selepas
mengucapkan terima kasih. Turun dengan perasaan marah.
Encik Afdhal sudah masuk ke dalam
bangunan. Hanya aku yang berdiri dengan rasa tak puas hati, geram, marah dan
lain-lain rasa yang seerti dengannya. Bibir aku ketap dengan kuat. Berusaha
untuk bersabar.
Aku
tidak dapat lakukan apa-apa. Semuanya sudahpun berlaku. Ada baiknya aku
ikhlaskan saja pemergian duitku itu. Membuat amal, menderma kerana ALLAH SWT. Pasti aku akan dibalas dengan pulangan
berganda. Itu lebih baik. ALLAH tak pernah memungkiri janji. Aku pujuk hati.
Bersambung...
Kata AH :
Alhamdulillah. Selesai JJC Bab 16. Ha! mesti ada yang tertanya2 kenapa AH attach sekali gambar Encik Beto Khusyairi kan? Hi2 bukan apa, sebab rata2 pembaca JJC menyatakan semasa membaca JJC mereka terbayangkan Encik BK sebagai Encik Afdhal. Hi2 AH pun tersenyum. AH tidak mengambarkan sesiapa sewaktu melukis watak Afdhal dalam JJC. AH lebih suka pembaca melakar sendiri wajah2 watak yg AH hidupkan. Tapi kalau ramai sukakan Encik BK sbg Afdhal. AH tumpang suka sama. Terima kasih krn sudi membaca JJC. Insya'ALLAH jumpa next entry. Assalamualaikum :)
P/S : Gambar Encik Afdhal tu, Ana yang Snap! Gambar yang kabur tu mungkin abang Joe kut! hi2
5 comments:
Suke giler JJC nie..
Mmg bayang beto pun jadi afdhal..
Layannzz..
Hihihi..
Go adah.. Go!!
X sabar nie nak tunggu next n3.... BK memang sesuai utk watak En Afdhal....muka selamb.....
xsaba nyer nk tnggu n3 psl ayh n mak afdhal yg dimaksudkan afdhal tue n lagi satu kawan ana yang mengaku afdhal nie abg dia....
terus terbyg cara BK ckp...comel jer..tp mmg sesuai BK jd afdhal..heh..
BK memang sesuai dgn watak en afdhal yg macam tiada perasan tu... hehehe
cepat sambunggg... kasihan Ana...
Post a Comment