13
Wajah kak Dahlia yang tadi tersenyum
lebar, kini terus hilang seri apabila melihat kemunculan aku di situ. Mungkin
dia sudah dapat mengagak bahawa tugasnya bakal bermula. Aku juga bersimpati
pada kak Dahlia. Tak pasal-pasal dia kena ikut serta dalam misi menyelamatkan
encik Afdhal. Tapi apa boleh buat, dia saja satu-satunya manusia yang punya
kuasa ajaib untuk membuat encik Afdhal senyum dan bahagia.
“Assalamualaikum, kak Dahlia. Boleh
Ana masuk?” aku minta izin sebelum masuk ke dalam bilik pejabat.
“Wa’alaikumusalam. Masuklah.” Suara
kak Dahlia agak kemah kedengaran.
“Akak sihat?” aku mula mengambil
tempat duduk.
“Tadi sihat, bila nampak Ana aje
terus ada rasa nak demam.”
Kak Dahlia cuba berjenaka. Namun
entah kenapa aku dapat rasakan ada kebenaran dalam jenakanya. Mungkin itu yang
dia rasa sekarang. “Don’t worry kak.
Saya bagi tugas yang senang-senang aje untuk akak. Sambil baring pun akak boleh
selesaikan.” Sedaya upaya aku cuba
meredakan beban yang kak Dahlia sudah mula rasa.
“are
you sure?” baru kembali senyuman yang cantik persis puteri tadi.
“Of
course lah kak. Akak jangan risau.” Aku menyakinkan.
“So, apa yang akak kena buat?”
akhirnya, nada rela keluar dari bibir kak Dahlia.
“Macam saya cakap tadi. Sangat
senang!” aku letakkan sehelai kertas putih di atas meja.
Kak Dahlia mengambilnya, lalu
memulakan bacaan. “Isnin – Terima kasih kerana terus hidup.” Daripada memandang
kertas, kini pandangan kak Dahlia terus bertukar, melihat ke arahku.
Aku
tetap senyum walaupun aku tahu dia tidak suka dengan itu. Kak Dahlia
kemudiannya menyambung kembali pembacaan yang terhenti tadi.
“Selasa
– Saya suka senyuman awak. Senyum selalu,
please...
Rabu – Teringin nak
tengok awak pakai pakaian berlainan warna setiap hari. Boleh tak?
Khamis
– Alangkah bagusnya kalau kedai kita bersebelahan. So sweet.
Jumaat
– Sudi tak nak jumpa dengan saya?”
Selesai
membaca, kak Dahlia meletakkan kembali kertas di tempat asalnya. “Sebenarnya
akak nak kena buat apa?” kak Dahlia menyoal.
Aku
tahu kak Dahlia rasa tidak senang dengan apa yang tercatit pada kertas yang
telah dilepaskan dari tangannya. Aku sendiri tidak senang tatkala menulis
catatan ringkas itu. Nak termuntah rasanya. Mujur aku tulis bagi pihak kak
Dahlia. Kalau tidak, dah confirm aku
sekarang ditahan di wad gara-gara muntah tak henti-henti.
“Akak
kena tolong tulis balik semua tu atas kertas ni.” Aku serahkan buku nota kecil berwarna merah jambu yang aku ambil
dari pejabat Arena Priting. “Akak tulis semua siap-siap ikut yang saya bagi tu.
Nanti setiap hari saya akan bagi satu nota pada encik Afdhal. Senang kan?” selesai
penerangan.
“Supaya
nanti dia ingat, kak Dahlialah yang bagi note
tu?” kak Dahlia mengagak.
“Kak
Dahlia memang bijak!” aku memuji.
“Kalau
macam tu, kak Dahlia tak setuju dengan note
untuk hari khamis dengan jumaat.” Bantahan daripada kak Dahlia.
Aku
berfikir sejenak. “Okey, kita tukar.” Bantahan itu aku terima dengan hati
terbuka. Sungguh kak Dahlia bertimbang rasa. Kalaulah aku tak tempat kak Dahlia,
aku reject semua nota yang tertulis.
Menjengkelkan!
“Pinjam
pen, kak.” Aku hulur tangan. Lupa pula nak bawa pen sendiri. “Kak Dahlia ada
idea?” pendapat kak Dahlia aku minta sebaik sahaja pen berdakwat biru aku
terima. Kak Dahlia menggeleng kepala. Nampaknya terpaksalah aku fikirkan
sendiri.
“Khamis,
kita tukar... Happy Thursday. Boleh?”
Kak
Dahlia mengangguk tanda setuju.
“Hari
jumaat pula... erm...” otakku bekerja keras. Mencari ilham yang sedang
bersembunyi. “Ha! Untuk hari jumaat, kita tulis... Jangan lupa bersenam.”
“Macam
pelik aje.” Kak Dahlia nampak kurang setuju.
“Alah,
bolehlah tu kak. Encik Afdhal tu bukan kisah. Akak tulis huruf A ajepun dia dah
gembira satu alam!” aku enggan memikirkan lagi. Cukup. Otakku dah penat. “Kak
Dahlia tulis dulu, nanti petang Ana datang ambil. Thank you, kak Dahlia.” Aku bingkas bangun, dan meninggalkan kak
Dahlia.
“Kak
Dahlia.” Laungku di muka pintu. Aku perhatikan kak Dahlia gopoh meletakkan
kertas yang tadinya aku tinggalkan di atas meja. Barangkali dia terkejut kerana
aku berpatah balik. “Jangan tulis cantik-cantik sangat tau.” Pesanku.
“Kenapa
pula?”
“Sebab
tulisan saya tak cantik. Tata...” aku melambaikan tangan dan pergi. Aku yakin,
masih ada persoalan yang bermain di minda kak Dahlia. Tentu dia tertanya-tanya
apa pula kaitannya dengan tulisanku. Aku tersenyum sendiri. Kak Dahlia tak
perlu tahu bahawa nota pertama yang dikirimkan kepada encik Afdhal adalah hasil
tulisanku.
SEMUA
cash bill yang ditempah oleh
pelanggan sudah siap sedia di atas troli. Menunggu arahan lanjut daripada abang
Joe. Oleh kerana tak mungkin aku terlibat, maka aku berjalan untuk kembali ke
tempat duduk.
“Ana, tunggu kejap.” Suara abang
Joe, menghentikan langkah kaki. “Ana ikut abang Joe pergi hantar semua ni.”
“Ana, ke?” aku macam tak percaya
arahan itu ditujukan pada aku. Lalu mataku memandang abang Ijad dan abang Zack
yang sedang merai kegembiraan kerana terlepas.
“Ha’ah, Ana.” Abang Joe mengesahkan.
Aku kembali berpatah balik. Troli
yang sarat dengan kotak aku pegang dengan hampa. Tak habis-habis aku jadi
mangsa buli.
“Eh, Ana tak payah tolak troli tu.
Biar abang Joe yang buat. Ana ambil delivery
order ni, bawa sama. Kali ni kita check
betul-betul. Hari tu bolehkan dia cakap kita hantar tak cukup.” Abang Joe
menyerahkan salinan inbois kepadaku.
“Ye ke, abang Joe?” aku macam tak
percaya.
“Iyalah. Geram betul. Kali ni,
sebelum kita dia sign delivery order tu,
kita suruh dia kira dulu depan kita.” Cadang abang Joe.
“Okay.” Aku sudah rela. Kalau ada
kes macam ni, baru seronok nak buat kerja. Mana tahu ada peluang nak tengok
orang bergaduh.
“Nak bawa mana kotak-kotak ni?”
Aku dan abang Joe sama-sama
berpaling. Memandang gerangan yang bertanya. Abang Ijad dan abang Zack, mula
berdiri tegak. Seperti menyambut kedatangan tetamu kehormat.
“Ha, kau, Afdhal. Nak bawa mana lagi, nak hantar kat customer lah.” Jawab abang Joe.
“Dekat mana?”
“Tak jauhpun. Dekat TF Trading aje.”
“Sebelah 3B, tu?” soal encik Afdhal.
“Ha’ah, kenapa?”
“Siapa yang nak pergi hantar semua
ni?” encik Afdhal masih bertanya.
Aku sorokkan badanku di belakang
abang Joe. Kemudian aku geleng kepala. Sesiapapun yang jumpa encik Afdhal,
pasti akan merasa lelah. Letih menjawab pertanyaan darinya. Mungkin dalam
otaknya sudah tersedia bank soalan. Jadi dengan mudah saja ayat yang penuh
tanda tanya keluar dari mulutnya.
“Akulah.” Abang Joe mula menghitung
bilangan kotak yang ada atas troli. Membuatkan aku yang tadi berlindung di
belakangnnya, sudah kelihatan kembali.
“Kau pergi seorang aje?”
“Taklah. Aku pergi dengan dia.” Jari
telunjuk abang Joe tepat mengarah padaku.
“Kau buat kerja lainlah. Biar aku
yang pergi.”
Terus saja abang Joe menghentikan
kerja-kerja mengira apabila mendengar kata-kata encik Afdhal. Jangan katakan
abang Joe. Aku sendiri tersentak. Hati berdoa semoga abang Joe tidak
mengizinkan.
“Kau biar betul?” abang Joe senyum.
“Apa, kau ingat aku main-main?”
serius wajah encik Afdhal. “Tapi sebelum tu aku nak pergi toilet kejap. Nanti aku datang balik. Jangan kau hantar pula!”
“Okey, bos!” abang Joe menabik. Dia
kelihatan gembira.
“Abang joe, Ana cakap sikit boleh?”
terus aku meminta keizinan untuk bertanya setelah encik Afdhal pergi.
“Apa dia?”
“Abang Joe ni, biar betul. Takkan
abang Joe nak bagi encik Afdhal hantar semua ni? Abang Joe tahu dia macam
manakan?” aku cuba meracun fikiran. Bukan kerana aku tidak percayakan pada
kredibiliti encik Afdhal sebagai pemilik Arena Printing. Tapi sebenarnya aku
malas nak berjalan berdua dengan encik Afdhal.
“Ana... meh sini abang Joe bagi tahu
Ana satu perkara.”
Aku memasang telinga untuk
mendengar.
“Hari ni, buat pertama kalinya Afdhal
nak bekerja untuk syarikat dia sendiri.”
“Maksudnya?” aku minta
penjelasan.
“Ana
tahu tak, selama ni, Afdhal tu, jangan kata nak tolong. Tanya abang Joe buat
apapun pun di tak pernah.”
“Jadi?”
“Jadi,
abang Joe rasa, abang Joe kena bagi dia peluang untuk rasa macam mana nikmatnya
bekerja untuk diri sendiri. Ana faham!”
Aku
mengangguk. Nampaknya racun yang aku beri tak cukup kuat. Boleh pula abang Joe
telan macam itu saja. Sedikit kesan pun tak ada. Tapi aku tetap tak ada hati
untuk bekerjasama dengan encik Afdhal.
“Kalau
macam tu, abang Joe pergi berdua dengan encik Afdhal ajelah kan? Ana tak
payahlah ikut. Pergi ramai-ramaipun nak buat apakan? ” Akhirnya. Ada juga
alasan yang baik.
“Kan
Afdhal suruh abang Joe buat kerja lain tadi.”
“Kalau
macam tu apa kata suruh abang Ijad pergi. Bolehkan abang Ijad?” aku cuba
dapatkan persetujuaan abang Ijad yang hanya mendiamkan diri dari tadi.
“Eh,
Zack, kata nak start print katalog. Jomlah. Tunggu apa lagi.”
Abang Ijad tidak melayan.
“Jom-jom.
Banyak kerja lagi nak kena buat ni.”
Abang
Ijad dan abang Zack sudah pergi. Aku langsung tak dihiraukan. Nampak sangat
mahu mengelak. Semua orang tak nak bergandingan dengan encik Afdhal. Inikan pula aku!
“Ana...
abang Joe nak Ana pergi sebab abang Joe nak Ana belajar macam mana nak
berurusan dengan customer. Ana boleh
dapat pengalaman.”
“Tapi
ni bukan bidang Ana. Ana just kena
belajar hal-hal yang ada kaitan dengan pengurusan pejabat aje.” Aku tetap cari
alasan. Selagi encik Afdhal tidak muncul. Selagi itu aku berpeluang untuk
mengelak.
“Betul.
Tapi apa salahnya belajar kemahiran lain juga. Ada kredit tambahan untuk ana
kat situ. Siapa yang untung? Ana jugakan?”
“Okey,
abang Joe.” Aku mengalah. Tak mungkin aku menang dalam sesi kali ini. aku tidak
punya banyak fakta untuk mengalahkan idea bernas abang Joe. Terpaksalah juga!
“BAK
sini delivery order tu. Kau tolak
troli.”
Arahan pertama yang aku terima
daripada encik Afdhal. Arahan yang cukup kejam. Tergamak dia menyuruh aku
menolak troli yang penuh dengan kotak itu?
“Dah, cepat. Kau jalan depan.”
Dalam terpaksa, aku ikutkan juga
arahan encik Afdhal. Mustahil untuk aku melawan. Aku tahu padah kemudian hari.
Dengan penuh daya, aku tolak troli yang sudahpun aku pegang dengan rapi. Aku
mahu cepat sampai. Saat ini, jauh pula rasanya destinasi.
“Berat ke?” suara dari belakang
kedengaran.
“Beratlah. Saya bukan bawa kotak
kosong.” Aku jawab. Mulutku berkumit-kumit marah dalam diam.
“Nak aku tolong?”
“Kalau encik Afdhal rajin, apa
salahnya.” Aku benar-benar mengharapkan bantuan itu. Baru beberapa tapak
melangkah, pinggangku sudah rasa sakit.
“Tak payahlah. Bukan jauh
sangatpun.”
Aku berhenti dan menoleh encik Afdhal. Sakit
hati betul. Kalau tak nak tolong, tak payahlah tanya tadi. Buat mengharap hati
orang saja.
“Eh, jalanlah... yang kau berhenti
tu kenapa?”
“Tak... saya saja nak tengok keadaan
encik Afdhal kat belakang. Encik Afdhal okay?” aku pura-pura bertanya. Kalaulah
aku boleh luahkan segala isi hati.
“Wah, baik pula hati kau hari ni yer.”
Malas melayan. Buat kau sakit hati
aje. Aku teruskan perjalanan yang terasa jauh kerana pergerakanku yang
perlahan. Dan aku mula gembira apabila sudah tiba di Belleza Beauty Boutiqoe.
Maksudnya dah nak sampai ke TF Trading. Syukur.
“Gomez...
Gomez...” encik Afdhal memanggil.
Aku
pekakkan telinga. Buat-buat tak dengar. Lagipun Gomez tu bukan nama aku.
Pang!
Ada pukulan pada kepalaku. “Eh, Gomez, tunggulah...”
“Aduh!”
aku meraung sakit padahal tak sakitpun. Kena pukul dengan kertas nipis. Mana
ada rasa. Saja aku berdrama. “Apa main pukul-pukul kepala ni, encik Afdhal?”
aku tarik muka.
“Aku
panggil kau. Yang kau buat tak tahu tu kenapa?”
“Bila
masa pula encik Afdhal panggil saya?”
“Kau
tak dengar ke? Penat aku panggil Gomez... Gomez...” bersungguh-sungguh encik
Afdhal bercerita. Siap dengan gaya.
“Itu
bukan nama sayalah.” Sungguh aku bencii dipanggil begitu. Entah apa makna
Gomez? Buatnya yang bukan-bukan. Menjadi doa pula nanti. Menyesal pula tak bagi
tahu nama sebenar aku.
“Habis
tu, nama siapa? Oh nama ayah kau, eh?” encik Afdhla buat muka blur. “Maknanya nama kau Selena Binti
Gomez lah?”
Bertambah
sakit hati aku dibuatnya. Pada aku layan orang tak betul, lebih baik aku
teruskan perjalanan. “Suka hati encik Afdhallah.” Aku kembali mahu menyusun
langkah.
“Tunggulah...”
“Apanya
bos?” aku toleh lagi. Entah apa yang encik Afdhal mahukan dariku.
“Masa
dekat 3B tu, kau janganlah jalan laju-laju, okey!”
“Apasal
pula?” aku tak puas hati. Dengan troli yang aku pegang, rasanya kelajuan kakiku
hanya setara dengaan kelajuan kura-kura. Ini nak suruh perlahankan langkah
lagi?
“Alah,
kau tak payahlah tanya kenapa. Kau dengar ajelah cakap aku.”
“Eleh,
nak mengintai kak Dahlialah tu. Macamlah saya tak tahu.” Aku dapat mengagak.
Mungkin sebab itu jugalah encik Afdhal mahu menggantikan tempat abang Joe,
menghantar tempahan ini.
“Kau
cemburu ke?”
“Tak
kuasa...” aku balas laju. Nak cemburu? Dia bukan sesiapa padaku. Mengapa aku
perlu cemburu?
“Alah,
mestilah kau cemburu. Kaukan suka kat aku. Kan... kan...?” senyuman nakal encik
Afdhal tertayang.
“Tolonglah
bos. Nak termuntah saya dengar.” Aku sudah tidak dapat menahan loya di tekak.
“Nak
termuntah konon. Dah, jalan...” arah encik Afdhal.
Aku
teruskan perjalanan seperti arahan. Sejuk sikit hati yang tadinya panas.
Semuanya gara-gara mulut. Nampaknya aku perlu belajar berhati-hati sebelum
mengeluarkan bicara. Kalau tidak, macam inilah padahnya.
“Lain
kali, kalau dah tahu cemburu, tak payahlah ikut. Duduk aje kat opis tu!”
terdengar tawa kecil encik Afdhal.
Aku
sudah tidak mahu menoleh. Cakaplah apapun, aku tak akan menoleh lagi. Meluat!
Ya Allah, kau jadikanlah aku antara orang-orang yang sabar. Sendiri aku
berbicara. Memujuk hati.
SIA-SIA
usaha abang Joe membenarkan encik Afdhal menguruskan pesanan TF Trading. Encik
Afdhal hanya menunggu di luar TF Trading, manakala aku diarahkan untuk
menyelesaikan urusan penghantaran. Aku menyumpah dalam hati. Ini kali pertama
aku menjadi wakil syarikat. Satu apapun aku tak tahu. Mujur teringat kata-kata
abang Joe tadi. Jadi aku minta pekerja TF Trading membuat kiraan sebelum
menandatangan delivery order.
“Dah siap?” encik Afdhal yang asyik
memeluk tubuh, bertanya.
Aku yang baru melangkah keluar dari
TF Trading menganggukkan kepala. Tanganku masih memegang troli. Cuma kali ini
aku tidak perlu tenaga yang besar untuk menolaknya.
“Jom.” aku mengajak pulang ke
pejabat.
“Jom.” Kata setuju daripada encik
Afdhal. “Troli dah kosong. Bolehlah aku duduk.” Encik Afdhal menangkat
keningnya berkali-kali.
“Encik Afdhal jangan buat gila.
Ramai orang kat sini.” Aku tidak membenarkan. Nanti tak pasal-pasal orang lain
anggap aku pun gila sama. Cukuplah dia seorang saja begitu.
“Kalau macam tu, kau duduk. Biar aku
yang tolak.” Tambah encik Afdhal. Masih mahu meneruskan ideanya yang sudah
diubah suai.
“Encik Afdhal ingat kita tengah main
tarik-tarik upih ke? Terima kasih ajelah, bos. Kaki saya boleh jalan lagi.”
Satu jelingan aku berikan.
“Amboi, menjeling.” Encik Afdhal
ketawa.
Kami
berjalan beriringan. Sengaja aku perhati encik Afdhal sebaik kami melalui
Belleza Beauty Boutique. Mata encik Afdhal tidak lepas daripada memerhati ke
dalam butik kecantikan itu. Kesian. Tidak berpeluang bertemu muka dengan kak
Dahlia walaupun sudah dua kali melintasi kedai yang sama.
Encik
Afdhal sudah mendiamkan diri. Murung. Kata abang Naim, jangan biarkan
orang-orang begini murung. Jadi aku perlu lakukan sesuatu. Mungkin aku patut
mengumpan encik Afdhal berbual.
“Famili
saya ada empat orang. Emak, ayah, kakak dengan saya. Saya anak bongsu.” Aku tak
tahu sesuai atau tidak topik yang aku utarakan. Tapi hanya itu idea yang ada
saat ini.
“Oh.”
Pendek balasan encik Afdhal,
“Kakak
saya tu, belajar bidang kejuruteraan kat Jerman. JPA taja.” Aku sambung cerita.
“Apasal
kau tak belajar kat sana?”
“Saya
taklah sepandai kakak saya.” Aku merendah diri.
“Dah
agak dah. Tengok muka kau pun tahu. Tak ada muka budak pandai langsung.” Teratur
saja ayat itu dituturkan oleh encik Afdhal. Tak nampak cacat celanya.
Aku
menahan marah. Kesabaran mula tercabar. Kurang asam punya encik Afdhal. Kalau
ya pun, tak payahlah jujur sangat. “Encik Afdhal pula?” aku tak mahu lagi
bercerita tentang diriku. Cukup.
“Kurang
satu aje.” Balas encik Afdhal.
“Apa
yang kurang satu?”
“Family lah.”
“Oh,
kiranya sekarang ni, encik Afdhal tinggal seorang ajelah?”
“Apasal
seorang pula?”
“Iyalah.
Mak dengan ayah encik Afdhal kan dah tak ada.”
“Siapa
cakap dah tak ada?” kaki encik Afdhal sudah tidak lagi bergerak.
Langkahku
turut mati. Memikirkan kembali. Bukankah emak dan ayah encik Afdhal sudah
meninggal, mengikut cerita abang Joe? Ini sah, sakitnya datang balik.
“Aku
tanya siapa yang cakap?” keras suara encik Afdhal.
“Er...
saya agak-agak aje.” Kali ini aku berhati-hati dalam berbicara.
“Lain
kali jangan pandai-pandai. Suka-suka hati aje cakap mak, ayah orang dah mati.
Apa ingat mak dengan ayah kau seorang aje yang hidup lagi!” encik Afdhal
betul-betul marah.
Aku
terdiam. Mulut tertutup rapat, menguncikan diri. Tidak sangka akan berakhir
begini perbualan kami.
“Kau
jalanlah seorang. Padan muka!” encik Afdhal laju membuka langkah meninggalkan
aku.
Aku
pula masih terkesima di situ. Salah akukah? “Ish, Ana, kau dah buat apa ni?”
marahku pada diri sendiri. Tak pasal-pasal encik Afdhal naik hantu. Buatnya
satu pejabat kena tempiasnya macam mana? Minta-minta tidaklah...
“Encik
Afdhal, tunggu...” laju aku tolak troli. Mahu kembali menyaingi encik Afdhal
yang sudahpun hampir sampai di Arena Printing.
Dengan
semangat aku mengejar. Namun kakiku enggan mara lagi apabila kelihatan
seseorang yang aku kenal berada hadapan Arena Printing. Apa abang Naim buat di
situ? Niatku untuk tidak meneruskan jalan terpaksa aku batalkan apabila abang
Naim aku perhatikan berjaya menghentikan langkah encik Afdhal. Lalu aku segera
bergerak ke sana.
“Abang
Naim buat apa kat sini?” tercunggap-cunggap aku dibuatnya. Sempat aku
perhatikan encik Afdhal yang mukanya masih masam mencuka.
“Abang
ada hal nak cakap dengan Ana. Boleh tak Ana balik awal sikit hari ni?”
Permintaan
abang Naim itu mustahil untuk aku tunaikan. Arena Printing bukan aku yang
punya. Sebelum selesai waktu bekerja, mana mungkin aku dibenarkan pulang. Lagi
pula aku pelajar praktikal. Sama sekali mustahil!
“Encik,
boleh saya minta izin bawa Ana balik awal hari ni?” abang Naim bertanya sendiri
pada encik Afdhal.
Aku
mula risau. Dalam keadaan begitu. Entah apa yang bakal encik Afdhal katakan.
Diakan sedang marah. Dan aku adalah puncanya. Tak mungkin dia membenarkan.
Encik
Afdhal memandang wajahku tepat. Merah matanya masih kelihatan. Aku tunduk.
Tidak berani menatap terus wajah lelaki itu.
“Kau
nak bawa dia pergi mana?” padangan encik Afdhal sudah beralih. Memberi tumpuan
padan abang Naim.
“Saya
ada urusan sikit dengan Ana.” Ringkas jawapan abang Naim.
“Urusan
apa?”
“Urusan
keluarga.” Tenang abang Naim membalas setiap pertanyaan encik Afdhal.
“Urusan
keluarga ke, urusan cinta?” encik Afdhal cuba memerangkap. Dan ternyata abang
Naim tertangkap. Dia terdiam.
“Okey.
Aku benarkan.”
“Terima
kasih.” Baru kini abang Naim senyum. “Ana kemas barang. Abang tunggu Ana dekat
kereta. Kereta abang ada dekat situ.” Naim menunjukkan kedudukan keretanya
padaku.
Aku
sekadar memberi isyarat kepala. Tanda mengerti semuanya. Troli kembali aku
tolak untuk dibawa masuk. Encik Afdhal juga sudah mahu bergerak.
“Oh,
satu hal lagi.” Encik Afdhal tidak jadi melangkah.
Aku
juga begitu. Terhenti langsung kakiku. Ternanti-nanti apa lagi yang ingin encik
Afdhal katakan pada abang Naim. Kedua-dua lelaki itu bertentangan mata.
“Aku
tahu siapa yang Selena Gomez suka. So,
kalau dia tak nak, kau jangan paksa!”
Jantungku
rasa ditumbuk mendengar pesanan dari encik Afdhal. Padangan abang Naim pula
terus menerpa padaku setelah encik Afdhal meninggalkan kami. Persoalan demi
persoalan terlukis pada wajah abang Naim. Aku terkedu. Tidak sangka encik
Afdhal akan berkata begitu! Encik Afdhal! Kenapa lidahnya sungguh petah
berkata-kata?
“Dia
kenal dengan Selena Gomez?” dengan wajah buntu, abang Naim bertanya sebaik
encik Afdhal masuk ke dalam.
“Iyalah
kut.” Sikit saja jawapan yang dapat aku beri.
“Selena
Gomez penyanyi hollywood tu?” tawa abang Naim mula pecah. Sudah tentu dia tidak
percaya.
Aku
hanya senyum nipis. Tidak dapat menjawab lagi. Kalaulah abang Naim tahu Selena
Gomez yang dimaksudkan oleh encik Afdhal itu ialah aku. Mungkin lagi besar
abang Naim ketawa. Encik Afdhal... encik Afdhal. Sungguh dia sudah memalukan
dirinya sendiri!
Kata AH:
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Entry 13 muncul sudah. Selamat membaca kepada semua. Semoga terhibur dengan watak2 JJC. Terima kasih atas sokongan yg tidak berbelah bagi dari semua.. Jumpa next entry beberapa hari lagi ya :)
7 comments:
thanks sis....sengal gak En Afdhal nie...hehehehe
x sabar nak tunggu n3 baru.....
... hahaha .. rasa nak terguling-guling baca kali ni...
kelakarlah en afdhal dengan ana... sesuai sangatttt... rasanya en afdhal pun suka dgn Ana ni...
nasib baik abg naim x tahu siapa selena gomez dalam cerita ni... kalau tak mahu abg naim ingat cari en efdhal bila ana x nak dgn dia.... rasanya abg naim pun ada hati kat ana kot.... sambungggg
makin menarik jalan cerita dan watak2 yang dibawa, thanks AH :)
-chah husain-
Cerita ni makin best. Tak sabar nak tunggu n3 akan datang.
hahah kelakar siap nk duk dalam troli
Part yg ada selena gomez ni buat sy x tahan nk tergelak.. Haha
Kelakar la part afdhal panggil ana tu gomez..
Post a Comment