Sedutan Babak Sudi Kata Sudi (Belum pernah disiarkan)
“Kau dah lain sekarang Su.” Provok Zulhairi untuk terus
berbual.
“Normallah tu, manusia berubah.” Balasku perlahan, tapi
cukup untuk dia mendengar dengan jelas tutur kataku.
“Tapi aku tak suka perubahan tu.” Segera dia membalas
kata.
“Terpulang.” Aku tidak mahu mengalah. Bukan kerana mahu
membalas semua katanya yang menyakitkan hatiku dahulu. Cuma aku mahu dia tahu
akan hakikat itu.
Aku bergerak ke sudut dapur mencari plug untuk menghidupkan mixer.
“Tak boleh ke kita rapat macam dulu balik?”
Tipu jika aku tidak tersentuh mendengarkan soalannya itu,
tapi aku segera matikan rasa yang muncul dalam hati. Mixer aku hidupkan suisnya,
dalam beberapa minit ini hanya bunyi bising mixer sahaja yang kedengaran. Tiada lagi suara
menghiasi dapur. Aku menarik nafas lega, sekurang-kurangnya aku boleh merasa
tenang seketika.
Selesai menutup suis aku kembali ke meja, meneruskan
kerjaku yang lain pula. Zulhairi masih lagi di situ, sedikit pun tidak
berganjak. Cuma Amira sahaja yang sudah menghilang entah ke mana.
“Su, aku tak suka dengan keadaan sekarang ni.” Masih lagi
Zulhairi mahu bersuara tentang hal yang sama.
“Keadaan apa?” ringan pula mulutku bertanya. Sepatutnya
aku biarkan sahaja soalannya itu berlalu dibawa angin.
Dia mengeluh perlahan sebelum menyambung kata. “Kau
semakin jauh dari aku.”
Kali ini aku tidak mahu menjawab atau pun menunjukkan
sebarang reaksi dengan kata-katanya itu. Biarlah, mungkin ini yang terbaik bagi
aku dan juga dia. Tidak perlu aku terlalu mengikut perasaan yang bukan-bukan.
Sinopsis
Suraya punya
Zulhairi. Sahabat baiknya sejak kecil. Kerana title sahabat baik itu
jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamsiah untuk mencarikan jodoh buat
Zulhairi. Suraya bingung. Sungguh dia tak mampu. Bukan kerana dia
cintakan Zulhairi, tapi dia tahu Zulhairi cukup tidak suka jika urusan
peribadinya dicerobohi. Tapi bila Zulhairi sendiri buka mulut, Suraya
terpaksa turun padang, membantu. Namun, urusan mencari jodoh bukanlah
mudah dan ternyata dia gagal untuk menolong.
“Mak cik tak nak disebabkan hal-hal kecil macam ni, Su nak tangguhkan rancangan perkahwinan Su dengan Zul.”
Apabila Zulhairi main taktik kotor, Suraya mula menggelupur. Tiba-tiba pula dia menjadi mangsa. Demi Mak Cik Khamsiah yang banyak berjasa, Suraya ikutkan juga rentak Zulhairi. Kemunculan Madihah tepat pada masa. Bersungguh-sungguh Suraya cuba menyatukan Zulhairi dan Madihah demi menyelamatkan diri. Lagi pula, Madihah punya pakej lengkap untuk menjadi calon isteri Zulhairi. Dia pilihan yang tepat!
Dalam diam, Zulhairi juga punya agenda membantu Wafi, memenangi hati Suraya. Seperti Suraya, Zulhairi juga mahu yang terbaik untuk Suraya dan Wafi punya syarat yang cukup untuk itu.
“Sampai bila kau nak harapkan aku aje? Tak mungkin kau nak bergantung pada aku selama-lamanya, kan? Bukan selama-lamanya aku boleh ada di sisi kau.”
Saat Suraya sedar dia mula sukakan Zulhairi lebih daripada seorang kawan, semuanya sudah terlewat. Keputusan takdir menyatakan mereka hanya akan kekal bergelar sahabat. Dan jodoh pula kelihatan seperti mahu menghadiahkan Wafi sebagai teman pengganti. Antara Zulhairi dan Wafi, siapakah jodoh sebenar Suraya? Adakah kawan baik akan kekal sebagai kawan baik? Atau, kawan baik, akan merubah status menjadi suami?

Tajuk: SUDI KATA SUDI
Penulis: ADAH HAMIDAH
ISBN: 978-967-365-163-4
Harga: RM26.00 / RM29.00
Kata AH :
Alhamdulillah, akhirnya Saat Ada Cinta yang kini ditukarkan tajuknya kepada SUDI KATA SUDI sudah dalam perjalanan ke Pasaran. Insya'ALLAH Awal Jun nanti sudah boleh mula membuat pesanan melalui penerbit FAJAR PAKEER. AH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan pembaca yang mengikuti kisah antara Zul, Su dan Wafi sejak dari blog lagi. Semoga ada sedikit ruang untuk SKS mendapat tempat di hati semua. AH tunggu komen dari semua dengan penuh debaran. Terima kasih!
Salam Sayang
AH.
24 comments:
terbaikkkkkkk
Tak sabarnya nak order...nak tau endingnya.....
Salahmsatu novel yg ditunggu2.
tahniah...
tahniah dab tak sabar nak milik novel tu.
Alhamdulillah.. Tahniah K Adah.. Confirm masuk list to buy nih.. =)
terima kasih kak syima :)
Terima kasih Eijan... harap happy dengan endingnya... hi2 ;)
Terima kasih. Semoga penantian itu berbaloi... :)
Terima kasih. Semoga sudi mendaptkannya :)
Terima kasih. Semoga sukakan SKS ya. :)
Alhamdulillah. Terima kasih juga buat Fara. Hi2 Tunggu komen dr fara nanti... tq dear :)
Assalam Adah, tak sangka sedar tak sedar dah nak kuar ceta nie kan..apa2 pun tahniah akak ucapkan...
Happy for u.....:)
Insyaallah saya akan beli. Berdebar nk tau apa akan terjadi kpd hubungan Zul & Su
ada jual secara online tak?
kalau ada sila email kat saya...
azu@psp.edu.my
tq
wa'alaikumusalam. terima kasih adah ucapkan buat akak. betul.. skjp saja masa berlalu. alhamdulillah. terima kasih atas sokongan akak.. :)
alhamdulillah. terima kasih tini. semoga tini sukakan sks.. terima kasih atas sokongan. :)
azu.. ada dijual online melalui fajar pakeer. kos pos percuma. semoga. azu sukakannya..
Sks dah ade jual kt bookshop ker
tak ada signature U ke?
Mika insya'ALLAH.. ada.. terutama MPH & Popular.. :)
Ida.. Kalau beli dgn Fajaf Pakeer. Insya'ALLAH ada.. terima kasih krn sudi memiliki Sudi kata sudi.. :)
Dear Adah,
Saya dah baca novel ni sampai abis...best sangat2!!! Sweet sgt Su & Zul.... Lega rasa hati bila dpt tahu ending criter ni sbb b4 this asyik curious juga siapa pilihan Su sebenarnya. Apa2 pun, thank you for the sweet ending. All the best ya!!
Mana nk dpt novel ni ye? Anyone pre-loved?
Post a Comment