Tuesday, August 24, 2010

E-Novel JAUH DARI CINTA

Assalamualikum n Salam 1 Novel... he3
   

Selepas Biarkan Cinta Hadir, Secangkir Kopi Rindu dan Cinta Dari Istana. AH kali ini muncul lagi dengan karya baru. Akhirnya AH membuat keputusan utk mempublishkan novel baru AH ini lebih awal memandangkan AH tak rasa AH boleh siapkan manuskrip JAUH DARI CINTA (JDC) sebelum bulan 12 kalau tak kena ketuk n dipaksa menyiapkannya. Jadi AH ambil langkah drastik ini supaya ada pihak2 diluar sana berjaya mendesak AH untuk menyiapkan manuskrip JDC ini dengan segera sekali gus melengkapkan jadual penulisan AH buat tahun 2010 ini. Al-maklumlah AH ni cukup lembap dlm karang-mengarang ni..he3
Terima kasih daun keladi buat semua pembaca yang sudi untuk terus mengikuti karya-karya AH yang tidak sebaik mana, insya'allah walaupun manuskrip JDC ini belum disiapkan sepenuhnya (Baru 1/4 ja..ha2) tp AH akan cuba menyiapkannya scpt mungkin..cumanya AH mengharapkan komen membina drpd pembaca2 diluar sana supaya AH dpt memperbaiki mutu penulisan AH yang masih pada tahap bawah lagi. Hu3..nak tak nak, anda semua terpaksalah menjadi juri profesional untuk karya AH kali ini.

JAUH DARI CINTA
Insya'allah hujung minggu ni AH akan  masukkan beberapa bab awal. So sementara tunggu hujung minggu tiba AH nak anda semua dpt gambaran awal tentang novel JDC ini k. 

Pernahkah anda jatuh cinta? Pernah? Bagus! Tapi adakah cinta anda dibalas atau anda hanya mampu menjadi  sang pencinta yang setia tanpa sebarang balasan? JDC mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Nysa Nur Sakinah...Dia jatuh cinta pada abang angkatnya sendiri dalam diam...Lantas atas keyakinan cinta yang lahir dari dalam diri bahawa itu merupakan cinta suci, Nysa dengan penuh yakin menyatakan perasaannya itu pada abang angkatnya iatu Farish Aqil. Namun apakan daya, hati Aqil bukan milik Nysa. lalu Nysa menanggung beban cinta dalam jiwanya sendirian.

Hari demi hari berlalu, Tahun demi tahun berganti, namun Nysa sedikitpun tidak mampu menghapuskan cintanya, lalu lamaran demi lamaran yang datang, hanya dipandang sepi dan ditolak mentah2 oleh Nysa. Keluarganya menjadi binggung. Namun sampai bila Nysa mampu menangkis setiap bingkisan suci yang dibawa untuknya. Dan apabila masanya telah tiba, Nysa tidak mampu lagi menjadi musuh kpd takdirnya sendiri, akhirnya satu lamaran terpaksa diterima dengan hati yang tawar...lebih memeranjatkan lamaran itu datangnya dr insan yang amat didambakan selama ini. Nysa tertanya-tanya, apakah yang berlaku sebenarnya? Benarkah cinta Aqil miliknya? apakah penantiannya selama ini berbaloi belaka? 

Anda rasa apakah yang berlaku sebenarnya? he3 untuk kisah lebih lanjut..nantikan JAUH DARI CINTA akan datang... Terima Kasih! c u soon....

13 comments:

jannah shaklee said...

blog adah kemas tol..:)..
suker ngn citer adah wlpon lom bace lagi...so..smoga berjaya..muaah..;))

arai said...

novel nie dh ader kat pasaran ker???
x jumpa pun???

Hani Suhaila said...

saya dah beli ! best sgt3 ! congrats AH . x)

fazlina said...

BOLEH BELI ONLINE TAK?

Anonymous said...

sangat best novel ni..sgt puas hati. tq atas hasil tangan adah..

Anonymous said...

bce sinopsis pon rse excited..
can't wait to buy it :)
congrats to ADAH HAMIDAH

pepol said...

nk cari la novel ni..:D

Anonymous said...

me, adyla aidyl....assalamulaikum AH...novel awak best r..buat lg power ok yg leh wat pembaca menangis xhenti2..heheheh.lg 1 buat juga novel yg lucuh giler sampai pembaca pecah perut yee... i wait 4 it..

jaja said...

dah baca JDC.. sedih sgt2.. bercucuran air mata..
Tahniah AH!!!

Sarah said...

saya dah beli, saya dah baca, sgt best, sgt puas hati, saya nak lagi!!

novia clalu cyang qmu said...

sya sudah bahagia sekali karna sya tau klo cinta ituh buta ?????????

Nukilan Rasa Juriah Ishak said...

Tahniah!saya baru membaca novel tulisan anda 'Jauh Dari Cinta'-semalam.

sebuah karya yang menarik,bahasa yang mantap..

semoga terus sukses

Miztiq Brown said...

Kak Adah, ada lagi tak stok novel ni ? Saya baru jer nak baca novel ni sbb terbaca kat www.penulisan2u.my. Nak cari novel ni kat miri, tak ada pulak. Kalau nak order dari akak, boleh tak? Akak email saya nanti k?

Post a Comment