Monday, August 9, 2010

Bulan RAMADHAN, Hadiah terbesar daripada ALLAH utk umat Nabi Muhammad Saw

Awalan...
Assalamualaikum, ahlan wa sahlan kpd anda yg masih sudi berkunjung ke Blog AH. Kali ni, AH stop seketika menulis en3 ttg hal2 duniawi ni. Sebab apa? sebab skrg ni kan kita dah masuk bulan penuh keberkatan, bulan penuh cahaya & bulan penuh dengan hidayah-Nya. Bulan Ramadhan... Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menghirup udara di malam Ramadhan. Semoga juga kita masih terus diberi peluang utk menghidupkan malam2 Ramadhan sehingga tibanya detik akhir Ramadhan pada kali ini. Semoga juga Ramadhan kali ini merupkan Ramadhan terbaik yang cuba diusahakan dengan penuh rasa insaf, tawaduk dan istiqamah.

Tanpa Kita Sedar...
Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah SWT mensyariatkan agar umat Nabi Muhammad Saw utk menunaikan fadhu puasa? sedangkan umat nabi2 lain tidak diperintahkan utk berpuasa sama seperti kita pada hari ini? Apakah Allah SWT sengaja membiarkan kita berlapar di bulan Ramadhan? Sudah pasti TIDAK! AH tak perlu terangkan fadhilat2 berpuasa dari sudut kesihatan kerana AH yakin anda lebih pakar dan bpengetahuan luas tentangnya. Tapi kali ini AH cuma nk berkongsi sedikit pengetahuan mengapa ALLAH memerintah kita untuk berpuasa di bulan RAMADHAN. Mungkin anda tahu tentangnya dan mungkin juga ini merupakan ilmu baru utk anda. Diposisi manapun anda, semoga saja en3 AH kali ini membuka pemikiran kita, menyedarkan kita bahawa sesungguhnya kita selalu saja BERBURUK SANGKA pada Zat Ar Rahman dan Ar Rahim ini.
Hadiah dari ALLAH SWT....
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Tidak mungkin bagi kita yang purata umur sekitar 60-70 thn ni mampu mengerjakan ibadat setanding dgn umat2 terdahulu yang hidup bertafakur dan bertahmid kepada ALLAH SWT beratus-ratus dan beribu-ribu tahun. Jika begitu apakah kita akan mendapat tempat disyurga dengan hanya bekalan amal ibadat setakat 60-70 thn (itupun jika kita sememangnya beribadat sejak kecil).
Justeru, ALLAH mengirimkan hadiah yg tidak pernah diberikan kepada mana-mana umat sebelum ini. Hadih istimewa buat Umat Nabi Muhammad SAW. Agar hamba-hamba ini sedar bahawa ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mendengar. Dan malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. Jadi cuba-cuba menghitung ganjaran amal yang mungkin kita peroleh di bulan Ramadhan ini. (So kena rajin2 beramal dan capai pahala beribadah berartus2 tahun)
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) .
Hadiah inilah yang harus direbut oleh kita andai kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk berada di dalamnya. Kita terlalu lemah iman, terlalu kufur nikmat, terlalu cintakan dunia. Jarang sekali kita melihat apa yang dihantar dan dikurniakan oleh-Nya kepada kita dalam bentuk nikmat tetapi kita selalu hanya memandang bentuk-bentuk dugaan yang diutuskan oleh-Nya sehingga kita hanya tahu menyalahkan TAKDIR. sedangkan tidak ada siapa yang mampu mengubah takdir melainkan diri kita sendiri. Dikesempatan yang penuh dengan wangian syurga ini, marilah kita kembali merebut hadiah yang dikirimkan oleh ALLAH buat kita semua. Semoga ketika kita kembali bertemu dengan-Nya seperti mana perjanjian kita dengan-Nya, akan ada kuntum-kuntum iman yang mampu kita persembahkan kepada-Nya.

p/s AH Mengambil kesempatan ini utk mengucapakan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan...Biarpun kita bukanlah hamba yang sehebat mana, namun kita wajib untuk memperbaharui dan mempertingaktkan iman kepada-Nya. Mohon maaf dari AH dari hujung sulaman benang hijab hingga ke hujung jari... Jumpa di en3 seterusnya... Selamat Beramal :)

0 comments:

Post a Comment