ISTERI SOLIHIN
Oleh : Adah Hamidah
“Alhamdulillah, sampai
dah kita. Inilah rumah saya.” Pak cik Jamal senyum. Enjin kereta sudah
dimatikan.
Rumah yang beratapkan
zink aku pandang tanpa rasa teruja. Mama kat sebelah wajahnya nampak pasrah. Sungguh-sungguh
menyerah diri pada takdir. Pemilik kereta Proton Iswara sudahpun turun. Inilah
masa dan peluang untuk bertanya sekali lagi pada mama.
“Ma, betul ke keputusan
yang mama buat ni?” aku soal.
Mama tunduk. “Kita ada pilihan lain? Tak ada kan?” soalanku
dibalas dengan soalan.
“Tapi ma… tengoklah
rumah tu, macam reban aje.” Aku suarakan apa yang aku rasa. Tak sangka di
bandar besar beginipun masih ada lagi kawasan perkampungan. Penempatan yang
terdiri daripada rumah-rumah berdindingkan papan, dan beratapkan zink karat.
“Bersyukurlah... mama
rasa lebih baik kita tidur dalam reban ayam daripada tidur kat kaki lima.” Mama
terus keluar dari perut kereta.
Aku mendengus kasar.
Benci dengan apa yang berlaku. Terlalu banyak yang aku tak puas hati. Cuma tak
dapat aku luahkan pada mama. Termasuk soalan yang satu itu, yang sudah lama aku
pendam sejak huru-hara menyerang hidup aku macam halilintar. Soalnya sekarang,
macam mana aku nak tinggal di sini? Aku tak rasa aku mampu bertahan walau untuk
sehari. Bencinya! Kenapalah tiba-tiba
saja dugaan datang bertubi-tubi?
KOPI dihidangkan kepada aku dan mama.
Dari bertiga, kini sudah jadi berlima. Isteri Pak Jamal iaitu, Aminah juga ada
sama, duduk di ruang tamu. Yang kelima ialah anak lelaki Pak Jamal yang tidak
pernah aku kenal.
“Jemput
minum puan.” Pelawa Mak cik Aminah
“Tak
payahlah berpuan-puan bagai. Malu saya. Panggil kakak aje.” balas mama.
“Tak
apalah puan. Dah banyak jasa puan dan arwah tuan pada kami sekeluarga.”
“Kami
tak buat apapun. Semuanya rezeki Allah.”
“Kenalkan,
inilah anak saya yang sulung tu.” Giliran Pak Jamal bersuara.
“Ini
Solihin?” Lebar pula senyuman mama. Nampak sangat mama kenal. “Dah habis
belajarkan?”
“Belum
puan. Sekarang ni tengah semester akhir.” Solihin jawab sendiri.
“Oh…
belajar kat mana? Lupa pula mak cik.”
“UIA.”
“Course
apa?”
“Engineering.”
Aku pandang Solihin.
Budak engineering, patutlah skema jawapan. Sudah tentu-tentu aku lebih tua
daripada dia.
“Tengah cuti sem ke?”
“Eh, tak adalah puan.
Memang saya ulang alik dari rumah sebab tak jauh manapun.”
“Janganlah panggil
puan. Kekok mak cik rasa. Dahlah mak cik menumpang kat sini.”
“Baiklah mak cik.”
Solihin senyum.
Aku bosan. Nak-nak bila
mama buka cerita pasal menumpang hidup di sini. Sesuatu yang langsung tak
pernah aku terfikir.
“Ini Puteri Maisara.
Anak tunggal saya.”
Mama memperkenalkan
aku. Aku paksa bibir kuntumkan senyuman atas perkenalan itu. Manisnya ada,
ikhlas saja yang tak ada. Mukadimah perbualan mereka terasa panjang benar. Tak
sanggup aku nak tunggu. Kalau dibiarkan, mahunya melarat sampai ke tengah malam
nanti.
“Boleh tanya sikit
tak?” aku mencelah.
“Nak
tanya apa tu?” Pak Jamal angkat kening.
“Kipas
ni memang dah habis laju ke?” aku pandang kipas siling yang nampak begitu
keberatan untuk berputar laju. Langsung tak mengalu-alukan kedatangan aku. Terpaksalah
aku bersusah payah mengipas diri dengan tangan. Dari tadi aku kepanasan, tak
ada seorangpun yang peduli.
Solihin
dengan ayahnya berpandangan. Mama pula mula bagi signal dengan membutangkan
matanya padaku. Eh, adakah menjadi satu kesalahan untuk aku bertanya?
“Kipas
lama… macam inilah.” Suara Pak Jamal menjawab. “Tak apa, biar Pak Jamal ambilkan
kipas berdiri.” Pak Jamal bangun dari duduk.
“Ayah,
tak apa. Biar along yang ambil.” Solihin menahan ayahnya.
Aku
sekadar memandang babak keluarga bahagia di depan mata. Suasana harmoni yang
dipamerkan itu menimbulkan satu rasa dalam jiwa. Bukan rasa yang menyenangkan,
tapi rasa disebaliknya. Untunglah budak Solihin tu. Ayah masih ada. Aku ni?
“Tak
payahlah. Boleh sesiapa bagi tahu bilik saya dekat mana?” aku mahu buka cerita
baru. Tutup kisah kipas tadi.
“Hah
penat ya. Mari mak cik tunjukkan bilik.” Kini Mak cik Aminah pula bangun.
Aku
bangun sama. Tapi tidak mama. Masih duduk di situ. Tak mahukah dia menyertai
aku berehat-rehat di dalam bilik?
“Mama?”
“Sara
masuk dulu. Nanti mama masuk.”
Aku
sekadar mengangguk. Biarlah, mungkin ada perkara yang ingin mama bincangkan
dengan Pak Jamal setelah apa yang terjadi hari ini. Aku malas nak fikir.
SUNYI pula! Nak sambung berbaring, badan
aku dah mula rasa sakit-sakit. Mana taknya, dapat katilpun tak serupa katil. Tilam
pula punyalah nipis. Kek lapis Apollo lagi tebal rasanya. Tak jadi nak teruskan misi bersantai-santai.
Mama dengan mak cik
Aminah ada di dapur menyediakan minum malam sementara menunggu Pak Jamal dengan
Solihin pulang dari surau. Mama pun satu, bukannya sihat sangat tapi masih tak
menang tangan membantu mak cik Aminah. Aku nampak biskut kering sudah
terhidang. Tak jadi aku nak masuk campur memandangkan kedua wanita itu sedang
rancak berbual. Perlu ada haluan lain.
Sudahnya
aku selak langsir bilik yang menyinar cerah cahaya lampunya. Itu bilik anak
paling bongsu dalam keluarga Pak Jamal. Mama cakap namanya Aisyah. Baru berumur
enam tahun. Jauh jarak umur antara dia dan solihin.
“Buat
apa tu?” aku tegur dari luar. Hanya kepala yang aku jengahkan ke dalam.
“Eh,
kakak.” Aisyah letak pensil warna.
Senyuman
Aisyah menghantar langkahku masuk ke dalam biliknya. Bilik itu lebih kecil
daripada kamar mandiku dahulu. Aku duduk sebelah Aisyah. Alang-alang dah tak
ada kawan, ada baik juga aku jadikan si kecil ini kawan. Boleh jadi teman
berbual.
“Ayah
cakap tadi, nama kakak Puteri. Betul ke kakak ni puteri?” Aisyah petah
bertanya.
“Betul!”
aku mengiyakan. Memang itu namaku walaupun masih belum lengkap sepenuhnya.
“Puteri
tu princess kan? Kakak ni princess lah?”
Aku
diam seketika. Kemudian ada tawa menyilang. “Hah, betullah tu.”
“Macam
Princess Anna dengan Elsa ni?” Aisyah tunjuk gambar kartun yang tadi diwarnakan.
Masih
aku ketawa. Kepala aku anggukkan. Layan saja karenah budak kecil itu. Lagipun
sesekali dapat pengiktirafan jadi puteri dalam cerita dongengpun seronok juga.
“Kalau
kakak memang princess, kenapa kakak tak duduk dekat istana?”
Budak
ini! Terdiam aku dibuatnya. Tak sampai lima minit berbual, dia sudah bagi aku
soalan aras tinggi. Jenuh juga nak jawab.
“Errr…”
aku mencari idea. “Hah, sebab akak kan princess. Kan semua princess dalam fairy
tales tu tak dapat nak duduk dekat istana sebab istana ada orang jahat. Istana
akak kena kepung dengan orang jahat, jadi akak terpaksa lari duduk dekat sini.”
Aku reka cerita supaya sesuai dengan kefahaman anak kecil seperti Aisyah. Kalau
aku cakap rumah aku kena sita, tunggu masa untuk dilelong, aku yakin dia tidak
faham.
“Ha’ahlah…
istana ada orang jahat. Princess Anna pun nak lari dari istana sebab Duke
jahat.
“Betul
tu.” sokong aku sepenuhnya tanpa ada keraguan walaupun aku tak kenal siapa
Duke.
“Kesiannya
kakak princess. Tak apa, kakak princess tinggallah kat sini. Kalau ada orang
jahat datang sini, nanti along boleh lawan.”
“Along?”
Otak aku dah terbayang gambar Solihin tersenyum dengan pakaian sang putera. Siap
pegang perisai dengan pedang. Ceh! tak kena langsung.
“Tak
naklah. Akakkan princess. Akak ada kuasa nak lawan orang jahat. Kalau akak tunjuk aje tapak tangan macam ni,
terus kuasa akak keluar. Along tak payah tolongpun tak apa.” Berapi-api aku
bercerita. Siap dengan gaya.
“Kenapa?
Ingat saya tak boleh lawan orang jahat?”
Tersentak
aku dibuatnya. Tiba-tiba pula Solihin muncul depan pintu. Dia tentunya sudah
dengar perbualan antara aku dan Aisyah. Aduhai. Tak suka betullah aku.
“Along
dah balik...” Aisyah lari mendapatkan satu-satunya abang yang dia ada.
Solihin
membawa Aisyah dalam dukungan. “Ibu panggil kat dapur tu. Pergi cepat.” Aisyah
diturunkan.
Aku
turut bangun. Memandangkan Aisyah sudah mahu keluar, aku juga patut beredar.
Potong betullah budak Solihin ni. Laju aku berjalan melepasi Solihin yang masih
tegak berdiri di muka pintu.
“Menipu
tu berdosa.”
Sambil
aku lalupun sempat Solihin bagi nasihat. Pantang betul keturunan aku, budak muda
nak nasihatkan orang lebih tua. “Apa dia?” aku peluk tubuh sendiri sebaik
berpaling. Tanya dengan nada tak puas hati walaupun aku dah dengar tadi.
Sengaja nak uji apa Solihin berani nak ulang lagi?
“Tak
baik menipu, berdosa. Saya cakap salah ke?”
Ternyata
Solihin memang berani. Aku pula yang tergamam. “Amboi, mengalahkan Ustaz Don.
Tengah-tengah jalan ni pun sempat nak bagi ceramah.” Aku tetap pamerkan
senyuman pada anak tuan rumah walaupun aku rasa menjengkilkan.
“Saya
bukan nak berceramah. Mana yang saya nampak salah, saya tegur untuk ingatan
bersama.” Balas Solihin.
Aku
pandang sinis. Bukan aku sengaja tak suka dia. Tapi emak yang melahirkan rasa
kurang senang aku pada Solihin. Sejak emak langkah masuk ke dalam bilik, mak
tak henti-henti memuji-muji Solihin. Sakit telinga aku dibuatnya. Dan sekarang,
rasa itu makin meluap-luap. Tak adalah bagus manapun budaknya. Emak saja yang
rasa begitu!
“Oh begitu ceritanya…” terangguk-angguk kepala
aku. “Terima kasihlah ya ustaz… terima
kasih sangat-sangat atas ingatan tulus ikhlas tu. Terharu sangat dah ni. Lain
kali tegurlah lagi.” malas aku nak layan. Lebih baik pergi menonton siaran
televisyen.
“Sara,
nak ke mana tu? Semua dah tunggu nak minum sama.” Laung Solihin.
Sekali
lagi aku berpaling tanpa rela. “Tak apalah. Aku tak makan biskut kering, nanti
makin kering badan aku ni.” Aku cakap tanpa tunjuk wajah. Meneruskan misi
mendapatkan remote control
televisyen.
PUKUL lima pagi mama sudah kejutkan aku
bangun. Mama suruh pergi mandi. Siap sedia untuk tunaikan solat subuh.
“Pergilah
cepat, Sara. Nanti orang lain nak mandi pula.”
Aku
masih pejam mata dalam duduk. Belum pernah dalam hidup aku, bangun pukul lima
pagi semata-mata nak mandi? “Sekejap lagilah ma… mengantuk ni.”
“Jangan
macam ni, Sara. Kita ni menumpang, buatlah cara orang menumpang. Janganlah nak
jadi macam tuan rumah.”
Mata
yang mengantuk jadi segar mendengar kata-kata mama. Menumpang? Aku benci dengan
perkataan yang satu itu! Kenapa mesti aku? aku hentak kaki. Membentak keadaan
yang menyepit. Terus berjalan mendapatkan tuala dan keluar dari bilik.
“Sikit-sikit
menumpang… sikit-sikit menumpang…” aku membebel sendiri. Pintu bilik air aku
tolak kuat. Tapi kaki tidak melangkah masuk. Kedinginan yang menyerbu tubuh
menghentikan langkah. Belumpun sempat sentuh air, aku dah rasa menggigil
kesejukkan. Macam mana nak mandi? Terdiam aku di situ.
“Kenapa
tercegat kat situ? Kalau nak mandi, baik mandi cepat, ramai lagi yang nak mandi
ni.”
Automatik
aku toleh kepala. Ada solihin di sebelah. Dia datang dengan tuala di tangan.
Sah, diapun nak mandi juga.
“Water
heater ada tak?” aku tetap soal walaupun aku tahu mustahil ada.
Solihin
sekadar menggeleng. “Kalau sejuk sangat boleh jerang air, lepas tu campur
dengan air dalam kolah.” Cadangan dikemukakan oleh Solihin.
“Cara
tu dah lapuk. Tak ada cara yang lebih cepat dan mudah?” aku soal lagi. Tuala
yang menutup kepala masih belum aku lepaskan. Sejak berhijrah beberapa bulan
lalu, aku cukup jaga aurat yang satu itu.
“Tak
ada.” Solihin memberikan jawapan yang sama
“Takkan tak ada.
Bekulah aku dalam ni nanti.”
“Belum pernah ada lagi
orang yang beku sebab mandi pagi.”
“Sebab tak pernah
adalah aku risau. Mana tahu aku orang yang pertama. Kau tu carilah inisiatif,
usaha sikit. Jangan asyik jawab tak ada aje. Akukan tetamu. Dalam Islam, tetamu
kena layan baik-baik. Takkan tak tahu? Semalam bukan main pandai lagi kau bagi
ceramah.” Panjang lebar aku membebel.
“Usaha?”
“Hahlah. Usahakan
tangga kejayaan. Cepatlah, kata ramai lagi nak mandi.” Aku arah macam puan
besar. Gaya aku cakap memang penuh lagak. Setakat budak UIA jangan mimpilah nak
berlawan cakap dengan aku. Kalaulah dia tahu aku ni belajar dekat mana dulu,
tentu dia tercengang. Saja malas aku nak kecoh-kecoh.
“Apa-apa
pun tak apa?”
“Tak kisahlah. Janji
aku tak jadi ais kepal dalam bilik air ni.”
Solihin mengangguk. “Tunggu
kejap.”
Aku
hantar pemergian Solihin dengan senyuman. Macam ini barulah ada semangat nak
mandi. Kalau tak ada pemanas air, nescaya tak sanggup aku nak mandi.
Tak
sampai lima minit, Solihin datang balik. “Nah cuba guna ni. Mungkin boleh
bantu.” Senyuman solihin terbuka kecil.
Aku
pandang peralatan yang dihulurkan oleh Solihin. Alat yang didakwa mampu memanaskan
air itu tidak tercapai tanganku.
“Ambillah.
Lepas pasang suis, letak terus dalam kolah. Kut-kut air boleh jadi panas.”
Aku jadi bahang dengan tiba-tiba. Tahulah dia
bakal engineer, tapi tak perlulah pemikirannya sampai ke tahap ini. Rasa nak
telan aje budak tak cukup umur depan aku ni. Buatnya aku bendul, ikut cakap
dia, tak pasal-pasal aku akhiri hidup aku dalam bilik air. Mati kena renjatan
elektrik.
“Ini
bukan nak bagi air jadi panas, ini nak bagi hati jadi panas.” Aku jerkahkan
aje. “Simpan ajelah water heater tak cukup sifat tu.” Aku jelir lidah, lepas tu
cepat-cepat masuk dalam bilik air. Gila betul, ada ke seterika nak dijadikan
pemanas air? Macamlah aku tak tahu niat Solihin. Pada semalam tak puas hati
dengan aku. Nampak sangat dia tak suka aku menumpang kat sini. Ah, ada aku
kisah! Ini bukan rumah dia pun. Rumah emak dengan ayah dia. Bermakna, dia juga
penumpang di sini. Huh!
Untuk bacaan lanjut dapatkan Antalogi cerpen & mini novel, Melodi Cinta Terbitan Karyaseni. Himpunan 10 karya daripada 10 penulis Karyaseni & Penulisan2u.
Kata AH:
Assalamualaikum, Salam hormat buat semua pembaca AH. Lama AH tak update blog. Tak ada story dapat dikongsikan pada semua. Tapi hari ni, AH kongsikan teaser Cerpen ISTERI SOLIHIN yang turut dimuatkan dalam Antalogi Melodi Cinta. Memuatkan 10 Cerpen/mini novel daripada penulis2 hebat KS dan Penulisan2u. AH aje penulis bilis yang direzekikan terselit di situ. He3. Harap semua rakan-rakan pembaca sudi dapatkannya. Semua kisah ringkas daripada AH. Mudah-mudahan ada sedikit ilmu di dalamnya. Oh ya, boleh didapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Insya'Allah kalau tak ada sebarang perubahan, AH akan berada di Penerbitan Karyaseni pada 3 MEI nanti, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Ada kesempatan bolehlah kita jumpa ya. Doakan AH ada karya yang lebih besar tahun ni. Jumpa lagi nanti. Terima kasih pada semua.
12 comments:
Hahaha kelakarlah solihin... bijak betul... seterika di jadikan water heater.... boleh cuba tu... hehehehe. Terbaik Adah...
best jugak... hehehe... nak beli la kat pbakl esok... :D
best ni. xsabr nk dptkn bku ni
Saya suka cerita isteri solihin ni. Plot yg simple tapi olahan cerita mmg menarik....ditambah lagi dgn pengajaran drp cerita tu sendiri. As usual, karya Adah mmg tak pernah mengecewakan. Keep on writing ye Adah! Good Luck.
assalamualaikum..adah
saya khadijah alhumaira mustafa
nak tanya sikit leh tak?
saya ada story nak buat tapi still rasa takut2 nak hantar,sbb takut kena reject nanti,
boleh tak adah beri tips atau apa2 untuk saya yer.
adah.boleh hntr pd email nie
daietheummah@gmail.com
Very interesting.. Solihin is so funny. Make me can't stop to laugh.. Make me want to read the full of story..
Good job and keep writing
شركة تنظيف منازل بمحايل عسير
شركة كشف تسربات بمحايل عسير
here
شركة تنظيف مجالس بمحايل عسير
شركة مكافحة نمل ابيض يمحايل عسير
شركة عزل اسطح ببيشة
شركة تنظيف منازل ببيشة
شركة تنظيف خزانات ببيشة
(Cleaning houses - cleaning tanks - insect control - leak detection)
House cleaning company Balqmah
Bbeisha insect control company
Cleaning company in Khamis Mushait
Company cleaning its door cabinets
House cleaning company Khamis Mushait
شركة تنظيف مجالس ببيشة
شركة تنظيف شقق ببيشة
شركة تنظيف فلل ببيشة
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
شركة عزل خزانات ببيشة
شركة تسليك مجاري ببيشة
شركة رش مبيدات ببيشة
شركة كشف تسربات ببيشة
شركة جلي بلاط ببيشة
شركة مكافحة حشرات بجازان
شركة المثالى بروكر
شركة رش مبيدات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
drtyhtrjhrtjytkiuylk
شركة صيانة افران بجدة
ergreghfdhgfdjhgfjkjk
شركة صيانة افران بجدة
Post a Comment