1
Lama
Uzair merenung seutas gelang tangan bertakthakan berlian. Reka bentuknya begitu
klasik namun masih mengekalkan ciri-ciri kemewahan. Dia hanya memandang tanpa
sentuhan. Persoalannya untuk apa gelang itu ditayangkan padanya pada ketika
ini?
“Gelang
ni wan punya?” Uzair sekadar meneka.
Zaiton
menggeleng sambil tekun memerhati kertas dipandangan. Kemudian terukir sebuah
senyuman kecil. Dia tahu cucunya itu tentu tidak dapat mengagak apa-apa.
Rancangan yang telah diatur dengan sebegitu rapi pastinya akan membuahkan
hasil. Sekaligus memberikan jawapan yang selama ini didambakan. Dia sudah tidak
punya sesiapa selain Uzair.
“Untuk
cucu menantu wan.” Zaiton senyum lagi.
“Wan
ni, tak habis-habis cucu menantu.” Kening Uzair mula berkerut. Duduknya kian
bersandar. Kalau dah bertemu dengan neneknya, dia takkan terlepas daripada
persoalan tentang kahwin.
“Itulah
masalah Uzair. Wan minta bawa dia jumpa Wan pun Uzair tak nak. Uzair sendiri
yang bagi tahu wan yang Uzair dah ada calon. Jadi apa masalahnya?” cermin mata
yang tadinya dipakai untuk membaca buku mula ditanggalkan. Kini fokus Zaiton hanya
pada cucu kesayangannya. Sejak berumur enam tahun, dialah yang bertanggungjawab
membela Uzair. Jadi dia cukup masak dengan perangai Uzair.
Uzair
kelu. Mencari ayat yang sesuai untuk dilontarkan. Ya, memang dia pernah
memaklumkan tentang hal itu pada neneknya. Tapi itu semua kebohongan. Sengaja
direka bagi mententeramkan hati seorang nenek yang terlalu ingin melihat dia
mendirikan rumahtangga. Lebih-lebih lagi selepas kejadian itu. Hakikatnya dia
masih lagi seperti dahulu.
“Memanglah
ada wan, tapi tak payahlah wan nak bazirkan duit, hadiahkan gelang ni untuk
dia. Uzair tak sukalah manjakan bakal isteri Uzair dengan barang-barang mewah
ni.” Jawapan itu dirasakan cukup tepat untuk mengelak.
“Uzair,
ni gelang pusaka. Wan dapat daripada moyang kamu masa Wan kahwin dengan arwah
Tok Wan kamu dulu. Sekarang dah sampai masa Wan serahkan gelang ni pada bakal
cucu menantu Wan.” Zaiton membidas mudah. Dia terlebih dahulu makan garam.
Mustahil Uzair boleh menang. Gelang itu sudah kembali ke dalam simpanannya
setelah menantunya, Julia pergi buat selama-lamanya.
“Kalau Uzair tak nak serahkan gelang ni pada dia tak
apa. Biar Wan yang serahkan. Uzair Cuma perlu bawa dia jumpa Wan aje.
Bolehkan?”
“Tak
apa Wan. Biar Uzair yang serah sendiri.” Gelang di atas meja segera dicapai.
Uzair tidak boleh buka ruang. Siapa yang dia nak bawa jumpa dengan Wan? Itu
situasi yang sangat berbahaya. Harus dielakkan.
“Terpulang.
Tapi ingat... jangan pula Uzair simpan sendiri gelang ni. Kalau Wan jumpa,
siap. Uzair tahukan Wan macam mana?” Amaran diberikan.
Uzair
sekadar mengangguk. Dia tahu. Cukup tahu! tempoh 23 tahun membesar bersama Wan
menjadikan dia tidak ada keberanian untuk sorok gelang itu sebagai jalan
penyelesaian. Kuncu-kuncu Wan lebih ramai daripada kuncu-kuncu gengster. Dengan
mudah saja dia akan tertangkap. Misi sukar bermula. Namun dia yakin setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya.
“Tutup
pasal bakal cucu menantu wan. Sekarang wan nak tanya, bila Uzair nak ambil alih
tugas wan?
“Uzair
tak ready lagilah, wan.”
“Tapi
sampai bila?” Zaiton tidak puas hati. Dia mengharapkan Uzair menyambung legasi perjuangannya.
Menyalurkan khidmat bakti untuk agama, bangsa dan negara. “Uzair dah 29 tahun
tau. Uzair tak fikir masa depan? Asyiklah dengan lukisan? Sia-sia Uzair belajar
sampai luar negara kalau Uzair nak jadi pelukis jalanan.”
Uzair
hanya tunduk. Cuba memekakkan telinga. Ayat yang dihamburkan keluar oleh
neneknya sudah terlalu biasa didengar. Ayat yang sama juga diulang saban hari.
Sehingga sudah berjaya dihafal.
“Wan
bagi Uzair masa lagi.”
“Huh,
Uzair memang tak sayangkan wan.” Zaiton alih pandangan. Pura-pura merajuk.
“Uzair
janji, sampai masa nanti, Uzair akan jadi macam yang wan nak. Wan tunggu aje.”
“Tunggu...
tunggu... tunggu... tu ajelah jawapan. Uzair tahukan lepas ni wan akan joint
politik. Habis siapa nak jaga Rimbun Safa?”
“Mujur
ada jawapan. Kalau tak ada.” Uzair ketawa kecil.
“Budak
bertuah ni...” Wan angkat tangan. Mahu sahaja dilepuk Uzair. Tapi mustahil
untuk dia lakukan itu pada cucu kesayangannya.
“MACAM mana Kak? Berjaya tak?” Zainal, satu-satunya adik Zaiton tak
sabar mahu tahu. Hatinya penuh harapan agar rancangan mereka berjaya. Dia juga
mahu Uzair segera berkahwin. Dia sendiri tidak punya zuriat apatah lagi cucu.
Kini mereka hanya mengharapkan Uzair.
Zaiton
tampakkan senyuman yang panjangnya mampu cecah telinga sambil menunjukkan ibu
jari. Tidak perlu lagi untuk dia bersuara. Keyakinan sudah sampai tahap
maksimum. Agak mustahil untuk gagal. Semuanya berjalan lancar.
“Berita
baik ni.” Perkhabaran itu sememangnya menggembirakan Zainal.
“Cuma
tinggal satu step aje lagi sebelum
bakal cucu menantu kita terbongkar. Jadi, Nal kena tolong akak.”
“No prolem. Tolong apa?”
“Sekejap
lagi akak send gambar gelang tu kat
Nal. Nal tolong sebarkan gambar tu kat internet.”
“Itu
tak jadi masalah kak. Tapi kalau nak nampak apa budak-budak sekarang ni cakap
tu? Gempak? Hah, gempak, kenalah ada caption
panas untuk gambar tu kak.” Cadangan sampai tepat pada masa.
“Iya
tak ya juga. Hurm...” Zaiton mula memikir. “Hah, idea dah mari.” Zaiton petik
jari.
“Apa
dia kak?”
“Gelang
mewah untuk bakal cucu menantu Zaiton Salbi! Hah, okey tak caption macam tu?”
“Mahal
sangat ke harga gelang tu kak?” Zainal terkejut. Memang tak sangka.
“Ish
kau ni Nal. Manalah aku tahu harga gelang tu berapa. Akupun dapat percuma masa
kahwin dengan arwah abang Halim dulu. Dah kau yang cakap tadi nak caption panas. Sajalah aku reka.”
Zainal
ketawa besar. Tak terfikir pula dia. “Setuju. Caption terbaik yang pernah saya baca setakat ni. So, akak nak saya sebarkan bila pasal
gelang mewah ni?”
“Tak
apa, sehari dua ni, kita biarkan dulu. Sampai masa nanti akak bagi tahu kau.
Kau get ready ajelah.”
“Okey
kak. Tapi macam mana kalau calon kali ni pun...”
“Tak
mungkin.” Sepantas kilat Zaiton membidas. Itu tak mungkin berlaku. Dia juga
runsing hal yang sama. Kerana itu dia mahu tahu siapa pilihan Uzair kali ini.
“SETTLE!”
“Kau
biar settle betul-betul. Aku tak nak
esok-esok ada masalah pula.” Uzair memang tidak senang. Rasa tidak berjiwa
lukisan yang dari tadi mendapat sentuhan seninya.
“Kau
tak percaya aku ke?” Amri agak kecewa. Dia benar-benar berusaha keras
untuk membantu Uzair.
“Bukan
tak percaya. Kau pun kenal nenek aku tu kan? Kalau rancangan kita gagal lain
pula jadinya.” Kegusaran yang bersarang disuarakan. Pensil yang tadinya menjadi
peneman diletakkan. Dia sudah tidak mampu berkarya hanya kerana seutas gelang.
“Jangan
risaulah. Aku dah cari jumpa orang yang paling amanah kat Malaysia ni.” Yakin
sajaAmri. Dia sendiri tidak boleh menyimpan gelang itu kerana dia merupakan
teman rapat Uzair. Silap hari bulan, dia juga sedang diperhatikan.
“Pendek
cerita dia dah tahulah apa yang dia kena buat?”
“Tahu.
Kau tak payah risaulah. Aku dah terangkan. Kerja senang ajepun.”
“Kalau
macam tu baguslah. Barulah aku boleh lena tidur malam ni.”Uzair ketawa.
“Tapi
aku peliklah. Kenapa kau tak simpan kat bank aje? Kan lagi selamat?”
satu-satunya perkara yang Amri tak faham.
“Kau
gila? nenek aku tu kawan bersepah-sepah. Pergilah ceruk manapun, ada aje kawan
dia kat situ. Nak cari orang yang tak kenal dia lagi susah daripada nak cari
orang yang kenal dia. Silap-silap, budak tadika pun kenal dia kau tau tak? Buatnya
kawan dia ada kat bank tu, tak ke kantoi aku?”
“Betul
juga.” Amri setuju. Lupa pula status nenek Uzair. Bukan calang-calang orang. Pakar
motivasi wanita terulung negara. Sebut saja Zaiton Salbi, satu Malaysia kenal.
Wanita yang lantang bersuara. bersederhana dalam segala hal dan sentiasa
merendah diri. Atas kesemua ciri yang dimiliki, tidak hairanlah beliau
disenangi dan dikenali ramai. Lebih-lebih lagi sekarang. Satu Malaysia sedang
tertunggu-tunggu. Ingin tahu parti politik mana bakal disertai oleh Zaiton
Salbi.
“One more thing, Am. Apapun jadi, aku tak
nak sesiapapun tahu identiti orang yang simpan gelang tu. Ingat!”
“Aku
tahulah. Takut sangatlah kau ni?” Amri beri jaminan. “Bila kau nak bagi gelang
tu pada aku?”
“Malam
ni.”
Kata AH :
Terima kasih sudi membaca. INSYA'ALLAH JUMPA DALAM VERSI CETAK.
2 comments:
Cerita baru.. mcm best je.. dh nk d bukukn ye.. tahniah.
Hadoiii....... Baru bace bab 1 dah suke...... Cmner nk tunggu versi cetak..... Lambat tuuuuu
Post a Comment