SECOIT JDC
Seusai berdoa, Nysa
segera mendapatkan tangan Aqil untuk bersalaman. Lebar senyuman Nysa
mengiringi. Itulah rutin mereka jika Aqil tidak dapat menunaikan solat tarawih
di masjid atas urusan kerja. Nysa akan menunggu Aqil pulang dan mereka akan
berjemaah di rumah. Aqil sebagai imam dan dia sebagai makmum tunggal buat masa
sekarang, sebelum Farisha Safina, anak comel mereka membesar dan
bertanggungjawab melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim.
“Alhamdulillah.
Terima kasih abang sudi jadi imam Nysa.” Masih bersimpul senyuman Nysa bersama
sebuah rasa kesyukuran yang sentiasa tersemat dalam hati atas anugerah indah
yang dikurniakan oleh Illahi.
“Nysa
juga. Terima kasih bagi kepercayaan pada abang untuk jadi imam dalam hidup
Nysa.” Kini giliran Aqil kuntumkan senyuman. Sama lebar dengan senyuman isteri
tercinta. Bertuah kerana dia antara insan terpilih yang diberi kesempatan untuk
mendapat peluang kedua. Dia takkan sia-siakan peluang yang sudahpun dalam
genggaman.
“Kita
ni tak habis-habis dengan terima kasih kan?” Sejenak Nysa tersedar. Entah sudah
berapa banyak kali mulut melafaskan kata yang sama.
“Eh,
mestilah. Pada abang ucapan terima kasih tu penting, sama macam pentingnya antibiotik.”
Aqil mengutarakan teorinya secara tiba-tiba. “Kalau antibiotik tu fungsinya
untuk lemahkan atau bunuh bakteria dalam badan, terima kasih ni pula dapat
bunuh semua rasa-rasa yang tak best
dalam jiwa. Hah, contohnya, bila orang cakap terima kasih, kita pun rasa happy kan? Masa happy sampai, semua rasa-rasa yang tak enak pun hilang. Betul tak?”
Lancar sahaja lidah Aqil membentangkan teorinya.
Betul,
tapi Nysa kurang setuju. Pada Nysa ucapan terima kasih ni tak sesuai duduk dalam ketegori ubat-ubatan. Sebab
ubat-ubatan ni biasanya kita hanya ambil bila ada masalah kesihatan aje. Tapi
ucapan terima kasih ni kita boleh cakap bila-bila masa. Tak payah nak tunggu
orang lain tolong kita buat sesuatu baru nak ucap. Pada Nysalah... ucapan
terima kasih ni macam gift. Valuable gift yang kita boleh bagi pada
sesiapa aje yang kita nak tanpa perlu ada alasan. Sesuai untuk diucapkan setiap
masa.”
“Eh...
eh... dia ni. Teori abang, suka hati abanglah.” Aqil tarik muncung.
“Mana
boleh sesuka hati keluarkan pendapat.”
“Kenapa
pula tak boleh sayang?” Aqil cubit manja pipi Nysa. “Kita duduk kat negara
demokrasi tau. Kebebasan bersuara dah jadi hak kita sebagai rakyat Malaysia. So kenapa pula abang tak boleh bagi
pendapat abang?”
Nysa
alihkan tangan Aqil. Bersedia untuk lari. “Sebab pendapat abang tak sebernas
pendapat Nysa.” Nysa ketawa. Misi menyakat berjaya. Cepat-cepat dia bangun
sambil angkat sejadah.
“Nysa!!!”
Aqil geram. Namun hatinya terhibur dengan keletah Nysa. Geram-geram sayang kata
orang. Sebenarnya masih ada ruang untuk Aqil sangkal semuanya. Tapi sengaja
Aqil enggan memanjangkan perbualan kerana dalam diam hati juga bersetuju dengan
padangan isterinya. Lagipun, sesekali biar isteri menang, takkan jatuh maruah
seorang suami. Rasullulah Saw, semulia-mulia insan itupun pernah
kalah ketika berlumba lari dengan isterinya, Aisyah. Inikan pula dia yang tidak
punya apa-apa darjat di sisiNya. Malah Aqil yakin dengan percaturan itu, dia
akan mendapat tempat yang lebih luas di hati seorang isteri. Jangan takut untuk
memberi kebahagian, kerana kebahagian itu akan kembali pulang kepangkuan dengan
sendiri. Itu yang Aqil belajar. Belajar daripada seorang isteri.... TAMAT
Kata AH:
Alhamdulillah. Terima kasih buat pembaca yg sudi berkunjung ke teratak AH lalu mmbaca lanjutan kisah Nysa n Aqil. Secoit JDC AH tujukan buat mereka yg merindui Nysa n Aqil. Insya'ALLAH. kalau ada kesempatan mungkin ada Secoit JDC yang lain pula. hi2 Terima kasih krn setia membaca karya2 AH. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.