9
Alia, Azira dan Amira
sudah duduk di sofa sebaik sahaja aku turun. Masing-masing aku lihat memegang
buku di tangan, kecuali Amira. Anak kecil itu setia mengendung anak patung
beruang kesayangannya. Hadiah daripada arwah ayah ketika sambutan hari lahirnya
yang ke 3. Aku terus duduk di sofa utama. Ada perkara yang perlu aku bincangkan
dengan Alia dan Azira. Sebaik sahaja aku duduk, Alia dan Azira mula menutup
buku.
“Subjek apa yang kau
orang lemah?” Soalku ingin tahu.
Alia dan Azira berpandangan.
Mungkin terkejut dengan soalan yang aku kemukakan.
“Maksud Along?” Alia
bersuara.
“Aku nak hantar kau
orang kelas tuisyen. Subjek apa yang paling kau orang lemah?” Aku perjelaskan.
“Alia rasa tak perlu
kut, Along. Apa yang Alia dapat kat sekolah tu pun dah cukup pada Alia” Alia
cuba menolak secara baik.
“Keputusan pertengahan
tahun hari tu kau dapat apa?” Aku memang tak puas hati.
“6 A plus, 2 A biasa, 1 A minus, dengan 1 B” Alia memaklumkan.
“Enam subjek aje yang
dapat A plus kan? Itu yang kau kata
dah cukup?”
“Maksud Alia…”
“Dah diam. B untuk
subjek apa?” Aku teruskan pertanyaan.
“Add Math” perlahan suara Alia.
“Kawan-kawan kau
tuisyen Add Math kat mana?”
“Kebanyakkan kawan Alia
tak tuisyen kat luar. Parent dia
orang upah tutor datang rumah”
Tutor! Dengar saja
perkataan itu sudah dapat aku gambarkan betapa mahalnya yuran yang perlu aku
bayar. Paling tidakpun, mungkin seratus ringgit per jam. Tambah pula dengan
subjek berat macam tu, tidak mustahil kosnya akan jadi bertambah tinggi
daripada apa yang aku jangkakan.
“Kau, Azira?”
“Azira tak nak tuisyen.
Azira boleh bawa semua subjek!” Sama seperti Alia, Azira juga enggan.
“Pandai sangatlah tu!
Berapa A yang kau dapat?”
“Tujuh” jawab Azira
pantas.
“Satu lagi subjek?”
“B”
“Subjek apa?”
“Matematik”
“Kalau boleh bawa,
macam mana boleh dapat B?”
Azira tidak dapat
menjawab soalan itu. Dia hanya mendiamkan diri. Buku di tangannya, dibuka
kembali.
“Kau orang tetap kena
tuisyen!” Keputusan aku buat. Mereka harus mengikuti kelas tuisyen. Aku akan
segera mencari tempatnya. Aku tahu, mungkin agak terlewat untuk menghantar
mereka mendapatkan ilmu tambahan. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi mereka
akan menghadapi peperiksaan besar. Tapi baru kini aku berkemampuan untuk
berbuat begitu. Biar hanya sedikit masa yang tinggal, aku tetap akan memberikan
yang terbaik buat mereka. Aku tak mahu ada rasa bersalah pada arwah ayah.
HARI ini langsung aku tak terserempak
dengan Wafi. Senang hati dibuatnya. Namun, kehilangan Zulhairi pula menjadi
satu tanda tanya. Mungkinkah dia bekerja di luar kawasan? Itu macam mustahil,
kerana kebiasaannya Zulhairi akan memaklumkan kepadaku terlebih dahulu
sekiranya dia akan bekerja di luar kawasan. Siap ditanya, sama ada aku inginkan
buah tangan dari destinasi yang akan ditujui. Jadi pasti itu bukan sebab
kehilangan Zulhairi.
Atau sebenarnya
Zulhairi bercuti pada hari ini? Tapi cuti apa? Cuti kecemasan? Nampak macam tak
mungkin. Cuti sakit kut! Tapi malam tadi Zulhairi nampak sihat saja. Habis tu,
kenapa mesej yang aku hantar juga tidak berjawab? Lagi bertambah musykil aku
dibuatnya.
Untuk tidak terus
dihurung rasa misteri, aku berkeputusan untuk singgah di rumah Zulhairi sebelum
pulang ke rumah. Oleh itu, masuk saja simpang yang membawa ke Taman Putra Damai,
aku terus membelok ke jalan rumah Zulhairi. Enjin aku matikan apabila sampai di
hadapan pintu pagar. Hon aku bunyikan, memberikan tanda aku datang
berkunjung.
Orang pertama yang
menjengah di muka pintu ialah kak Zarina. Dia melambaikan tangannya bersama
satu senyuman, mengalukan kehadiranku. Kak Zarina terus berjalan menuju ke
pintu pagar, sementara aku pula mula duduk di hadapan kereta.
“Masuk, Su.” Pelawa kak
Zarina
“Eh, tak apalah kak. Su
singgah sekejap aje ni.” Aku menolak. Bukan tidak sudi, tapi sememangnya aku ke
situ hanya untuk bertanyakan perkhabaran Zulhairi.
“Betul ni?” Kak Zarina
bertanya, mahukan kepastian.
“Betul!” Aku
mengesahkan. “Kak Ina, Zul ada?” Niat sebenar diteruskan.
“Oh, datang sebab nak
jumpa Zul ajelah ni, ya?” Kak Zarina mula mempamerkan senyuman nakal. “Baru
jumpa semalam, takkan dah rindu kut?” lagi kak Zarina cuba mengusik.
Aku cuma tersenyum.
Faham benar maksud kak Zarina. Namun aku tidak ambil pusing tentang hal itu.
Pengetahuan kak Zarina tentang status hubungan aku dan Zulhairi ternyata salah.
Dia tidak mengetahui hakikat yang sebenar. Kalaulah kak Zarina tahu, pasti dia
sendiri malu dengan kata-katanya.
“Kak Ina ni… ada-ada
aje. Zul ada tak?” Aku cuba membawa kak Zarina kembali perbincangan asal.
“Ada kat dalam tu. Nak
jumpa dia, ke?” Kak Zarina sudah berkira-kira untuk melangkah masuk semula.
“Eh… tak adalah kak
Ina. Su saja nak tahu, sebab satu hari langsung tak nampak Zul kat tempat
kerja.” Aku maklumkan hal yang sebenar. Sesungguhnya aku hanya ingin tahu
kedudukan Zulhairi. Dan setelah mendapat
khabar daripada kak Zarina, aku rasa aku sudah boleh pulang dengan senang hati.
“Lah… mestilah Su tak
nampak Zul kat pejabat sebab dia kat MC
hari ni”
“MC? Kenapa kak, Zul tak sihat ke?”
“Zul tak bagi tahu Su,
ke yang dia MC?” Soal kak
Zarina.
Aku tidak mampu
menjawab soalan yang kak Zarina ajukan. Sememangnya Zul tidak memaklumkan
padaku tentang perkara itu.
“Su dengan Zul gaduhlah
ni, ya?” kak Zarina meneka.
Aku masih tidak dapat
juga menjawabnya.
“Su, akak tahu Su marah
kat Zul. Tapi Su percayalah… Zul takkan buat satu perkara tanpa sebab. Kalau
dia kata dia nak semua urusan perkahwinan tu dibuat tahun depan, mesti dia ada
sebab yang sendiri. Akak harap Su faham!”
Terkedu aku di situ.
Tak habis lagi rupanya kisah malam semalam. Aku ingatkan semua dah selesai. “Su
tak marah, kak. Cuma Su ada rasa sikit terkilan dengan keputusan Zul.” Aku
tidak bermaksud apa-apa ketika pernyataan itu aku keluarkan. Sekadar ingin
menutp cerita. Semoga selepas ini tidak lagi dibangkitkan kisah semalam.
“Kalau Su tak marah,
kenapa Su tak nak masuk jenguk Zul?” kak Zurina kelihatan kurang yakin dengan
jawapan balas yang aku berikan.
“Su…” Otakku rasa
seperti sudah kejang. Langsung tidak dapat membalas kata. “Su memang nak jenguk
Zul. Teruk sangat ke, sakitnya kak Ina?” akhirnya berjaya juga bibir berbicara.
“Mahu tak teruk,
sebelah mata lebam kena tumbuk” beria-ia kak Ina melaporkan.
“Zul kena tumbuk?”
khabar itu benar-benar mengejutkan aku. “Macam mana boleh kena tumbuk kak?
Siapa yang tumbuk?” Aku yang dari tadi duduk di atas boots kereta, kini mula
berdiri tegak.
“Akak boleh cerita,
tapi Su jangan cakap kat Zul yang akak cerita pada Su. Nanti dia marah akak.
Lagi satu, Su pun jangan marah tau”
Lagi aku tidak sedap
hati mendengar ayat yang dituturkan oleh kak Zarina. Apa pula kena mengena
dengan aku? Kenapa pula aku mesti marah? Lagi bertambah-tambah soalan yang
timbul menggunung.
“Taklah, Su tak marah.
Kenapa kak? Cuba cerita.” Aku sudah tidak sabar mahu mendapatkan berita
sebenar.
“Zul kena tumbuk sebab
mengendap rumah orang”
“Hah?” Kuat suaraku
kedengaran. Cepat-cepat kak Zarina menutup mulutku. Pastinya tidak mahu suaraku
didengari oleh sesiapa. “Zul menghendap rumah orang? Biar betul ni, kak Ina!”
Aku langsung tak mampu untuk percaya kata-kata kak Zarina. Zulhairi menghendap
rumah orang? Mustahil… memang mustahil, nak angkat muka tengok anak dara orang
pun Zulhairi tak pernah, inikan pula nak pergi sekodeng rumah orang? Memang tak
masuk akal.
‘Ish… Su tak percayalah
kak!” Aku tetap dengan pendirianku. Enggan percaya dengan apa yang aku dengar.
“Itulah, akak pun tak
percaya. Tapi dah dia sendiri yang mengaku…”
“Bila kenanya kak?” Aku
cuba dapatkan info. Kalau Zulhairi tidak membenarkan hal ini menjadi
pengetahuanku, pasti sukar untuk aku dapatkan maklumat daripada Zulhairi. Jadi
lebih baik korek daripada orang yang sudi berkongsi cerita.
“Malam semalam masa Zul
hati Zu balik, kau orang ada singgah mana-mana?”
“Tak adalah kak Ina.
Zul terus hantar Su balik, lepas tu diapun balik” aku membuat penerangan.
“Iya ke?”
“Haahlah kak”
“Tapi dekat pukul dua
baru Zul sampai rumah tau!” jelas kak Zarina.
“Su nak masuk tengok
Zul” aku terus buat pemintaan. Berita panas lagi sensasi begitu memang perlu
aku pastikan. Buat pertama kalinya dalam perkenalan kami, Zulhairi buat
perangai gila. Ini tak boleh tidak, aku mesti terjah. Bolehlah jadi bahan nak
kenakan dia nanti. Mahu cukup malu sampai tua ni. Zulhairi… Zulhairi… aku sudah gelak dalam hati.
“Jom, ikut akak masuk!
Zul ada terbaring kat sofa tu.” kak Zarina menarik tanganku.
Aku mengekor kak Zarina
berjalan. Masuk saja ke dalam rumah, aku terus mencari kelibat Zulhairi di
ruang tamu. Namun Zulhairi langsung tidak kelihatan di situ.
“Aik, mana pula
perginya budak Zul ni?” kak Zarina tercari-cari kedudukan Zulhairi.
“Aiman, pak cik Zul
mana?” Kak Zarina cuba mendapatkan maklumat daripada anak lelakinya yang sedang
khusyuk menonton televisyen.
“Kat atas” jawab Aiman
ringkas.
“Ha, jom Su, kita naik
atas”
“Eh, tak naklah kak
Ina. Su tunggu bawah ajelah.” Aku tidak bersetuju dengan saranan kak Zarina.
Sungguhpun aku dan Zulhairi boleh diumpamakan macam isi dan kuku, tapi aku
tidak pernah memasuki zon peribadi Zulhairi. Aku hormat setiap milik
persendirian Zulhairi.
“Okay, Su tunggu
sekejap ya!” kak Zarina sudahnya bergegas lari menaiki anak tangga. Sementara
menunggu Zulhairi turun, aku ke dapur, mencari mak cik Khamsiah. Tiada! Mungkin
mak cik Khamsiah berada di dalam biliknya. Dugaku. Kemudian aku berjalan
kembali ke ruang tamu lalu duduk di situ, menemani Aiman menonton televisyen
dalam diam.
“Su… Zul tak nak buka
pintu” kak Zarina turun dengan wajah hampa.
“Kenapa pula?” Soalku
musykil.
“Entahlah Su, dia suruh
Su balik” serba salah kak Zarina menyampaikan pesanan itu.
“Dia suruh saya balik,
kak Ina?” Panas… panas… rasa berbahang satu badan mendengar pesanan daripada
Zulhairi. Berani dia halau aku balik! “Kak Ina, jom ikut Su!” kini giliran aku
pula menarik tangan kak Zarina. Tangga aku daki sepantas mungkin. Berani betul
Zulhairi buat aku macam ni. Memang nak kena ni!
“Zul, buka pintu ni?”
Suaraku garang. Dah macam polis nak tangkap penjenayah pula rasanya. Kemudian
aku diam seketika, memberi ruang masa pada Zulhairi. Nampaknya Zulhairi
benar-benar tidak mahu bertemu denganku. Lantas aku lancarkan serangan
seterusnya.
“Zul… aku kira sampai
tiga, kalau kau tak buka, aku pecahkan…” aku terdiam seketika. Tidak menghabiskan kata. Sebenarnya aku
sendiri tak tahu perkataan apa yang perlu aku letak apa pada hujung ayat itu.
Memecahkan rahsia atau memecahkan pintu? Yang mana lebih sesuai? Kalau nak aku
kata pecahkan rahsia, pasti kak Ina akan mengesyaki sesuatu. Tapi kalau aku
kata pecahkan pintu, tidak ke nampak macam ganas sangat bunyinya?
Krook… pintu terbuka
sudahnya. Zulhairi muncul di balik pintu.
“Kau nak pecahkan apa
tadi?” Zulhairi terus saja bersuara.
Dapat aku lihat dengan
jelas lebam pada mata sebelah kiri Zulhairi. “Ya Allah, lebamnya, Zul. Siapa
yang pukul kau ni?” Aku seolah tidak percaya dengan apa yang aku lihat.
“Cakap kat luarlah”
Zulhairi menutup pintu biliknya, kemudian dia berjalan menuruni anak tangga.
“Pergilah, Su” Arah kak
Zarina.
Aku menganggukkan
kepala, kemudian kaki mula pantas mengikut jejak Zulhairi. Keluar saja dari
pintu utama, Zulhairi terus duduk pada kerusi rehat yang ada di luar. Aku juga
melakukan hal yang sama sambil menahan gelak. Tawa cuba kebendung
sehabis-habisnya. Mana tidaknya, pertama kali melihat Zulhairi dalam keadaan
begitu. Bukan lebam biasa-biasa, kelihatan seperti Zulhairi terbabit dengan kes
pergaduhan besar. Namun tidak pula aku jumpa kesan-kesan luka yang lain pada
wajahnya.
“Hah, nak gelakkan
akulah tu. Ni yang aku malas nak jumpa kau ni!” Zulhairi tunjuk muka tak puas
hati.
Aku lepaskan tawa yang
tadinya aku simpan baik-baik. Berdekah-dekah bunyinya. Alang-alang Zulhairi dan
perasan, lebih baik aku lepaskan saja. “Zul… Zul… aku betul-betul tak
sangkalah…”
“Tak sangka apanya?”
“Patutlah kau marah
bila aku padankan kau dengan Madihah. Rupa-rupanya, dah ada pilihan hati.” Aku
ketawa lagi.
“Apa yang kau merepek
ni, Su?”
“Jadi itulah sebabnya
kau tak bagi aku keluar malam tadi. Kau takut terkantoi dengan akukan? Anak
siapa yang kau menghendap semalam?”
Muka Zulhairi terus
merah padam. Air mukanya turut kelihatan berubah. Terdiam dia tanpa kata.
Akupun apa lagi, bukan senang dan dapat peluang besar macam tu. Inilah masa
yang ditunggu-tunggu.
“Betul punya cinta ni, tak dapat tengok
orangnya, tengok bumbung rumah pun jadi…” Aku ketawa lagi. Zulhairi pula sudah
macam cacing kepanasan. Satu per satu kata yang aku perdengarkan nampak
menyentak hatinya.
“Kak Ina..” terdengar
nama kak Zarina disebut oleh Zulhairi. Perlahan tapi keras bunyinya.
“Eh, Su… Kalau kau
datang setakat nak ketawakan aku, lebih baik kau balik” muka Zulhairi berubah
menjadi serius.
“Woo… janganlah marah
Zul. Rilekslah. Orang yang tengah
dilamun cinta, normallah buat kerja-kerja bahaya macam tu” Aku tambah minyak
pada api.
“Sebelum aku suruh mak
aku masuk meminang kau hujung bulan ni, lebih baik kau balik!”
“Mengugut nampak? Huh,
yer la, aku nak baliklah ni!. Baru ada girlfriend
dah sombong dengan aku” Aku jelir lidah,
sambil bersiap sedia untuk pulang. Baru saja aku ingin bangun, kepalaku
terlebih dahulu ditolak oleh Zulhairi.
“Aku potong lidah tu
nanti, baru tahu!” Nampak sangat Zulhairi tidak suka dengan kelakuaanku.
“Adui! Tak habis-habis
tolak kepala aku. Kau tak faham bahasa ke, aku tak suka!” Aku buat bantahan.
Bantahan yang sama yang pernah aku kemukakan.
“Habis tu, kau ingat
aku suka sangat tengok lidah kau tu?” Zulhairi pun menyuarakan rasa tidak puas
hati.
Iya tak ya juga. Akupun
selalu buat benda yang Zulhairi tak suka. “Dahlah, kau Zul. Aku baliklah” Aku
bergerak, meninggalkan Zulhairi. Tapi hati tetap rasa mcam tak puas hati. Jadi
sebelum melangkah masuk ke dalam kereta, aku berpaling, menjengahkan kepada
memandang Zulhairi. “Hoi, Zul… Malam ni, kalau kau nak jalankan operasi
mengintip, jangan lupa ajak aku sekali!” Aku ketawa lagi. Sepantas kilat aku
masuk dalam kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi sebelum Zulhairi membuat
tidak balas. Kali ini baru aku rasa puas hati!
HAMPIR waktu maghrib, baru aku sampai di
rumah. Pintu jiran sebelah rumah terbuka luas. Mereka yang baru berpindah masuk
beberapa hari yang lalu masih sibuk mengemas. Aku pun masih belum sempat
menghulurkan salam perkenalan kepada mereka. Apabila mereka sudah selesai
mengemas dan berkelapangan nanti, aku akan menjengah.
Pagar
aku kunci setelah kereta aku bawa masuk. Semasa aku berjalan ke muka pintu,
salam daripada seorang wanita sayup-sayup kedengaran. Aku menoleh ke arah suara
yang kedengaran sambil menjawab salam yang diberikan.
“Baru
balik kerja.” Sapa wanita yang di balik pagar yang memisahkan rumah kami.
“Haah,
baru balik” Senyuman perkenalan aku hulurkan buat wanita itu.
“Saya
akak Azah. Maaflah, baru sempat nak bertegur. Sibuk mengemas”
“Tak
apa, biasalah tu kak… baru pindah, banyak kerja yang nak kena buat. Saya Su”
giliran aku memperkenalkan diri.
“Su
tinggal dengan siapa kat sini?” sesi perkenalan bermula.
“Su
tinggal berempat aje kak kat rumah ni, dengan adik-adik, Su”
“Oh,
patutlah…”
“Patutlah?
Kenapa kak, macam lain aje bunyinya”
“Akak
rasa Su kena hati-hati”
“Hati-hati?”
aku bertambah tak faham.
“Semalam,
suami akak balik lambat, lepas tu dia nampak ada orang lelaki kat depan pagar
rumah Su” Azah memulakan kisah.
“Lelaki,
kak?” aku mula binggung
“Haah,
lelaki. Suami akak cakap, dia nampak lelaki tu macam mencurigakan aje, jadi dia
pergilah tanya. Bila ditanya buat apa kat depan rumah Su, lelaki tu diam pula.
Habis tu apa lagi, suami akak bagilah penumbuk sebiji. Su tak payahlah risau,
suami akak tu bodyguard. Lelaki tu
confirm tak berani nak datang balik bila dah terkena penumbuk suami akak.”
Saat
ini tiba-tiba pula tergambar wajah Zulhairi. Mungkinkah lelaki yang dimaksudkan
oleh Azah berkemungkinan Zulhairi? Jika benar, patutlah teruk benar lebam di
mata Zulhairi. Ditumbuk oleh seorang bodyguard. Mesti sakit punya. “Lelaki tu
macam mana kak?” aku mulakan penyiasatan.
“Kalau
tak silap akak, suami akak cakap, lelaki tu tinggi juga. Dia pakai baju t-shit
dengan kain pelekat” terang Azah.
“Kejadian
tu lebih kurang dalam pukul berapa kak?” aku tanya lagi. Rasanya seperti hampir
dengan jawapan.
“Dalam
pukul dua pagi”
Sah, Memang Zulhairi!
Jadi Zulhairi menunggu di hadapan pagar rumahku sehingga pukul 2 pagi? Apa pula
yang Zulhairi tunggukan? Takkan Zulhairi nak menghendap aku pula? Ish… itu tak
mungkin, Zulhairi bukan orang macam tu. Andaian demi andaian bermain difikiran.
Laungan
azan maghrib sayup-sayup kedengaran. “Kak, saya masuk dululah ya, kak. Dah
maghrib ni. Terima kasih untuk akak dan suami sebab prihatin.” Aku minta diri
untuk masuk.
“Ha…
iyalah, akak pun nak masuk ni. Nanti kita berbual lagi ya” Azah juga mahu
menamatkan perbualan.
Selesai bersalaman,
masing-masing melangkah masuk ke dalam rumah. Fikiran masih terkenangkan
Zulhairi. Takkan dia tunggu sampai pukul 2 pagi sebab takut aku keluar rumah?
Atau Zulhairi betul-betul ikut arahanku supaya dia terus tunggu di situ
sehingga pagi? Biar betul Zulhairi ni!
Rasa bersalah mula
menyerbu hati dan minda. Nampaknya Zul cedera di hadapan rumahku, sedangkan
pada waktu itu aku sudah tidur lena. Apa patut aku buat kini?
Bersambung...
Kata AH: Ramai pembaca mula berteka-teki dgn perjalanan SAC. AH hanya tersenyum dengan andaian2 yang AH terima. Hi2... apapun kita tunggu kisah sebenarnya nanti ya. Bunyi mcm mendebarkan ye tak? (saja nk buat suspen...) Hi3 Terima kasih pada semua pembaca SAC.
Salam Ukhwah
AH
9 comments:
suke lh.. cptlh smbng erk.. hehehe..
emmm pandai pon AH,.mmg curious pon keke
mmg Zul dh tangkap cintan la ngan Su tu,.
ske zul dengan sue =)
tumpang gelak..ki ki ki
tumpang simpati gak kat zul..lobam biji mato eh
-che`leen-
kak adah... SAC best.............
bestbest :)tgu next entry
kDija
su pun benonya dah cinta kat zul tapi dia x perasan. tengok tu, baru sehari x nampak zul dah gelisah. hehehe. dalam hati ada taman
Su x perasan selama ni Zul mmg sukakan die kan Adah??? sabar menanti next en3 =))
nak Su dengan Zul juga.. datanglah dugaan apa sekalipun. ngeh2. and please, jangan matikan hero/heroin pleaseeee kak adah. hihi. :D
Post a Comment