Saturday, November 28, 2009

SINGGAH JAP!



Assalamualaikum...
'Ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH, adakah kita akan sabar atau pun sebaliknya? kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah NIKMAT dari ALLAH'

Ayat-ayat kat atas tu boleh jadi kekuatan bila mana kita dilanda masalah. Semua yang bernama MANUSIA pun akan ada ujian dan dugaan, ada yang ambil LANGKAH SINGKAT tanpa berfikir dan ada juga yang menggunakan AKAL + HATI dalam mencari jalan penyelesaian... anda pilih jalan yang mana agaknya ya?




NUR KASIH...
Akhirnya siri kegemaran ramai ni berakhir sudah, semua persolan terjawab dan pasti ramai penonton yang berpuas hati dengan ending siri tersebut. AH pun sama, puas hati...apa yang penting kualiti siri ini menampakkan kematangan dalam drama bersiri di Malaysia. Apa yang lebih penting, Siri ini berjaya membuktikan cerita berunsurkan keagamaan ini mampu mendapat tempat di hati penonton, tak gitu?...

Tuesday, November 3, 2009

Novel Biarkan Cinta Hadir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua.

kalau ditanya perasaan sekarang...mmg hepi....erm, mane taknyer akhirnya, berjaya juga novel sulung hasil karya Adah Hamidah (AH) diterbitkan. alhamdulillah.....

Cerita disebalik pena...

Bukan main susah lagi AH nak siapkan novel Biarkan Cinta Hadir (BCH) ni. Pada awalnya idea bukan main banyak, itu nak buat, ini nak tambah... lastnyer.. idea semua delay saat2 nk mengarang.. erm... lame gak AH sorok manuskrip BCH ni gara2 putus semangat. Akhirnya ada gak orang yang jumpa..... erm... then, nak tak nak kenalah habiskan jalan cerita BCH. Kalau tak hari2 AH kene dengar leteran dr peminat no. 1 BCH ni... siapa lagi kalau bukan kakak AH. Tapi AH bersyukur, kalau bukan kerana leteran dr kakak AH yang menyegat tu, mesti novel BCH masih tersadai kat dalam kotak bawah katil... Thanks Sis...

Biarkan Cinta Hadir...

Insya'allah tak lama lagi BCH akan dipasarkan ke seluruh tanah air. AH harap, semua pembaca diluar sana berpuas hati dengan BCH dan terus memberikan sokongan dan komen membina kepada AH ok! Untuk Sipnosis n Cover Page Novel BCH, semua peminat novel diluar sana boleh melayari blog Fajar Pakeer k. Daaa....c u next time..